Friday, October 12, 2012

Aidi 10 Bulan




My baby getting bigger. Eh bigger ke elder? Ke dua-dua pun salah. Maklomlah BI tak pernah A. B memanjang. Haha.

Aidi 10 bulan hari ni. Alhamdulillah.

Tinggal 2 bulan lagi Aidi nak turns 1. Tak sabar sangat. Tapi kadang rasa macam nak slowkan masa pun ada sebab rasa macam cepat sangat berlalu. Sekarang ni tengok Aidi memang rasa dia dah big boy sangat. Rindu pulak zaman Aidi tidur pun kena berdodoi dulu. Heh.

Perkembangan Aidi untuk bulan ni rasanya takde banyak beza sangat. Cuma bab merangkak memang laju. Uiii kalau dia tahu mama dia tengah kejar dia kemain racing lagi dia merangkak. Pastu kejap-kejap dia berenti and toleh belakang tengok mama dah sampai mana dah. Siap pakej gelak keh keh keh sebab mama jalan lagi lambat dari dia. Sebijik macam perlumbaan arnab dan kura-kura. Aku lah kura-kura tu. Haha.

Aidi masih belum boleh jalan. Tapi makin banyak cubaan untuk berdiri tanpa pegang apa-apa yang dia buat.

Gigi so far dah ada 7 batang. 5 gigi atas, 2 gigi bawah. Dan kuasa menggigit dia masih lagi power. Hari tu pah nya datang ke Labuan habis digigitnya hidung pah. Nakal!

Aidi pun dah pandai bermain. Dia makin pandai bereksperimen dengan toys dia. Jadi sekarang aku makin seronok nak beli learning/development toys untuk Aidi. Sebulan peruntukkan 50 hengget tak jadi hal kot kan? Huhu.

Masuk hari ni dah 3 minggu aku ajar Aidi tidur atas tilam yang lebih kecik saiznya. Dulu Aidi tido atas toto sebesar-besar tu. Queen size. Memang lasak. Sekarang aku dah lipat dua toto tu bagi nampak macam size single. Nak ajar supaya dia tak tido terlalu melasak. Nampaknya ada perubahan positif. Aku bukan apa..dalam hati ada rasa macam nak belikan Aidi katil. Tapi...nantilah. Tunggu dia besar sikit dan pandai turun naik katil dulu.

Oh sekarang ni Aidi adalah salah sorang peminat cerita Adam dan Hawa. Kalau cerita tu start je dia manusia paling depan berdiri depan TV. Orang lain tengok TV duduk, dia sorang je berdiri. Bila sampai part lagu tema, paliiiiiinng dia suka. Aku pun kadang hairan, baby sekecik ni dah boleh tahu lagu tu sedap ke tidak, best ke tidak. Heran!

Aidi adalah peminat iklan. Rasa macam dah pernah bagitau ni dulu. Takpe nak bagitau lagi. Perangai minat tengok iklan ni memang ikut DNA aku la ni. Kekecik dulu aku pun suka tengok iklan. Paling ingat.......TV tigaaaaaaa......untuk andaaaaaaa. Hehe.


Apa lagi perkembangan anak ni? Aku pun blur. Haha.


Takdelah apa yang kembang sangat pun, yang aku tahu makin hari dia makin keletah dan bijak. Dan Aidi adalah baby yang suka senyum. Soooo sweet.

Setakat 10 bulan ni, aku masih lagi rasa Aidi anak yang senang dijaga dan tak banyak ragam. Syukur sangat.

Banyak mana pun usia Aidi...Aidi tetap baby mama sampai bila-bila. Mungkin bila Aidi dah ada baby sendiri nanti baru mama isytihar Aidi is toddler. Voley??

Haha.






2 comments:

  1. ingatkan aidi berdiri tadi.
    baru nak kasik standing obviation.

    *clap-clap*

    ReplyDelete
  2. Yeah..rindu moment mase die br lahir..skrg dah makin besar..:-)

    ReplyDelete