Wednesday, October 10, 2012

Happy Dua Kali

Bizi sangat kan sampai tak sempat nak jengah blog. Nak nyinggah blog kengkawan pun aku tak sempat. Apalah agaknya cerita hangat mengkeme-mengkeme sekarang ni yek?

Aku ni bukan apa, sibuk mengawas bebudak PMR. Ni 1st time ni aku kena jaga exam besar. Selalu aku jaga exam dalaman jek. Jadi bizi tu agak lain. Letih pun berganda jugak. Kematu kaki aku kena berdiri berjam-jam lamanya. Itu belum masuk bab kena ngiring budak ke jamban lagi. Kejap-kejap nak ke jamban, kejap-kejap ke jamban. Stres pulak aku. Huh.

Tapi stress-stress pun aku hepi jugak.

Ada dua benda yang buat aku hepi sekarang.

Satu...

Incik suami sedang bercuti selama 3 minggu!!! Horayyy!!! 1 November nanti baru dia masuk kerja balik. Jadi kami sekarang tukar tempat. Aku kerja, dia duduk rumah jadi surarumahtangga. Haha. Semalam aku balik sekolah tengok-tengok incik suami dah hidang telur masak sambal dengan ayam goreng. Wala!! Hari ni aku balik rumah tengok bakul baju kotor dah kosong. Sorga!! Aidi pun tak payah hantar ke rumah Mak Long dia. Abahnya jaga sepanjang hari. Jadi aku adalah hepi.=)

Hepi yang kedua adalah ini.





Cousin kesayangan aku Athirah tu dah selamat melahirkan baby!!!

Yeayyyy!!

Alhamdulillah. Bertambah sorang lagi anak buah aku.

Athirah bersalin semalam, 9/10/2012 jam 5.15 pagi. 

Kau tengok gambar baby dia cer teka berapa berat baby tu??

Cer teka..cer teka..












TIGA POINT LAPAN KILO!!!


Kussssssss semangat.

Panjang pulak 55cm.

Memang besar anak buah aku sorang ni. Elok sangatlah doctor suruh bersalin awal, tak payah tunggu due date. Kalau tunggu due date tak tau pulak berapa kilonya budak ni. Huhu.

Bersalin secara czer.

Mula-mula dah kena induced. Dah ada bukaan da dah mula rasa sakit. Tapi bukaan stuck kat 5 cm agak lama sampai heartbeat baby dah lemah. Jadi doc suruh czer sebab taknak amik risiko baby lemas.

Tak kisahlah..

Normal ke czer ke...pahala tetap sama.

Siapa yang kata beranak czer tu pahala kurang tu aku memang tak paham.

Cer kau try belah perut sendiri tengok azab ke tidak ngerinya.

*eh tentiba emo.haha*




So..untuk anak buah Mak Yong yang latest ni..


AKID ARYAN,

SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG FANA INI. *cewaaaahhh*
TUNGGU MAK YONG BALIK PELUK CIUM AKID DISEMBER NANTI TAU. ERR SATU LAGI, AIDI PESAN....."Mama...cakap kat Akid, Aidi nak friend forever dengan Akid." =)







3 comments:

  1. Kus semangat!!!comei la anak buah awak...alhamdulillah semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. tahniah dpt anak buah baru..comel nyer baby & nice la nama dia...hehe

    ReplyDelete
  3. tahiah.. sme berat ngn anak saye.. 3.85kg.. huhu.. udah la bersalin 40minggu 3hr.. hehe..

    ReplyDelete