Monday, October 1, 2012

REVIEW WALKER AIDI




Hari ni nak buat review sikit tentang WALKER.

Okey sebelum apa-apa, aku harap takde yang nak komplen-komplen kata walker ni tak bagus lah, boleh rencatkan pertumbuhan baby la apa lah. Okey aku memang paham dan sedia maklum itu semua. Sebelum aku masukkan anak aku dalam walker pun aku dah siap-siap buat research tentang tu.

Tapi itulah..lain orang lain kekangan dia. Aku ada sebab musabab aku sendiri kenapa aku letak anak aku dalam walker. Yang penting tujuannya BUKAN NAK BAGI ANAK BELAJAR BERJALAN.

Jadi aku rasa entri khusus untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang bercadang nak walkerkan anak memasing.

Ake belikan Aidi walket Little Bean. Ini 2nd walker dia. Kalau nak tau kenapa tukar walker boleh baca SINI.

Harga kat Parkson Labuan RM299. Harga kat semenanjung aku tak pasti. Rasanya lebih kurang sama.

Mahal. Memang mahal bagi aku. Tapi aku beli jugak sebab aku rasa ini walker paling selamat untuk Aidi.


 

Kenapa walker ni BEST??


1. SEAT YANG DALAM
Seat walker ni memang dalam. Masa mula-mula beli dulu, Aidi tenggelam paras ketiak dia. Sekarang sebab Aidi dah makin tinggi, walker ni dah hampir paras pinggang Aidi. Tapi masih dalam. Jadi aku kira itu selamat sebab baby tak boleh nak melompat terjun keluar dari walker sesuka hati.


2. KAKI YANG LEBAR.
Aku sebenarnya dari awal dulu tak berapa berkenan walker yang pakai kaki besi tu. Sebab aku rasa tak kukuh. Tapi aku beli jugak walker besi tu as a 1st walker untuk Aidi. Sekarang walker tu dah selamat kat tapak pelupusan sampah kot. Huhu. Tapi walker ni memang kukuh. Kakinya lebar buatkan walker ni sangat kukuh. Pernah satu hari anak buah incik suami si Amsyar tu masuk duduk dalam walker Aidi. Budak tu dah 4 tahun..ada hati nak duduk dalam walker. Nasib baik walker kukuh, jadi tak patah apa lagi roboh. Huhu.


3. SAIZ LEBAR
Tadi saiz kaki lebar. Sekarang nak bagitau yang saiz keseluruhan walker ni pun memang lebar. Bila saiznya lebar, baby akan susah untuk capai benda-benda terlarang yang ada disekeliling dia. Aidi kalau duduk dalam walker, dia memang tak dapat capai apa benda pun yang ada atas coffee table. Cuba kalau dia tak duduk dalam walker, habis togel coffee table aku dikerjakan. Haha.


4. TIDAK TERLALU RINGAN
Okey, ini antara kebestan walker Little Bean ni yang paling aku suka. TAK RINGAN. Tapi takdelah pulak berat sampai semput anak nak driving kan. Cuma tu lah, walker tak terlalu ringan macam walker-walker yang biasa ada kat pasaran tu. Yang sampai baby boleh drift weeengggg sana weengggg sini pastu terhantuk berlaga dinding lalu terbalik walkernya. Kasihan sangat. Huhu. Tapi aku tengok walker ni baby boleh berjalan just nice je lah. Memang tak boleh drift. Jadi selamat.


5. ADA TOYS KELILING.
Ini boleh nampak dengan mata kasar lah kan. Walker ni mahal sebab toys penuh keliling. Aidi pun nampaknya suka main dengan toys tu. Bolehlah buat dia ralit kejap. Cer tengok gambar bawah ni, tak cukup main toys dalam walker, dah kat luar walker pun tetap nak main dengan toys tu jugak. Suka sangat lettew.





6. SEAT BOLEH PUSING 360 DARJAH.
Ya, walker ni seat dia boleh turning 360 darjah. Sebab tu toys dia penuh keliling. Jadi dia boring main toys depan, dia pusing main toys belakang. Boring lagi..pusing lagi..boring lagi..pusing pusing pusing sampai pening. Haha. Lagi satu, kalau mama panggil pun senang, pusingkan seat dan terus berkata "ye mama...". Haha.


7.  RODA JUST BOLEH DEPAN BELAKANG DEPAN BELAKANG.
Roda walker ni unik tau. Hanya boleh bergerak ke depan atau ke belakang sahaja. Kalau nak begerak ke kiri ke kanan memang tak boleh. Tapi sebabkan seatnya boleh turning turning, so nampak macam baby boleh je bergerak ke mana arah dia suka dengan kawalan lebih ketat. Bayangkan kalau roda boleh pusing ikut suka...wala!! Berpusing-pusing anak kau drift dalam tu.


8. LAIN-LAIN
Banyak lagi kebaikan walker ni sebenarnya. Antaranya ada stopper, washable, ketinggian boleh adjust etc. Yang ni aku rasa mana-mana walker pun sama jek. Tak banyak beza.


Satu lagi kelebihan walker Aidi ni adalah...



SANGAT SELESA SAMPAI BOLEH DBUAT TIDO.



Haha.

Itu je lah. Daaa!!







8 comments:

  1. terbaik!!! nk blikan utk airiell jugak..best2..hehe..mumy airiell tgh kumpul dana....huhu

    ReplyDelete
  2. terbaikkk....little bean best...tapi tak jumpa little bean beli sweet cheery ok la jugak...

    ReplyDelete
  3. bestlah walker ni..ok, tgh berkira2 nk beli

    ReplyDelete
  4. aku pekenan walker nih....sekali laki aku tak kasi beli..katenyer bajet hanyer 2oo...huuiihh..aku nyer walker 219..yang 19 tu aku tambah...ko tengok laki aku...tapi aku kate nak tambah lagi saeratus tul walker macam ko ni..die tak kasi..geram hokeh...!!

    ReplyDelete
  5. bestnye! sy mmg tgh survey walker. kat mana ade jual ek? Rm nye berape plak, canggih2 :)

    ReplyDelete
  6. bestnye! sy mmg tgh survey walker. kat mana ade jual ek? Rm nye berape plak, canggih2 :)

    ReplyDelete
  7. Sama walker dgn afif!mmg best,stabil sgt,so xyh risau jatuh ke ape..kat baby fair yun beli rm240.. :)

    ReplyDelete
  8. disebabkan sdap sgt smpai tertido dibuatnyer...hehe

    ReplyDelete