MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, July 11, 2012

Walker Baru.


Okey, sambung balik cerita tentang walker dalam entri sebelum ni.

Walker Aidi dah tidak lagi memenuhi piawaian keselamatan. Dua kali dah Aidi melurut ke bawah seat dia. Dia tak jatuh terhempas gitu, tapi melurut slowly sampai ke lantai. Memang tak sakit tapi tetap bahaya. Jadi aku decide takmo guna dah walker tu. Simpan bikin pusaka. Haha.




Walker lama Aidi. Tersadai bak dugong di bilik stor.




Ni lah bahagian yang merunsingkan aku. Ni lepas Aidi terlurut buat kali kedua, terus incik suami ikat simpul cenggini konon nak bagi lagi kukuh. Tapi..huh, cukup..cukup..cukup..sudahh...lalalala.


Mulanya takde plan nak beli walker baru pun. Kira macam hati dah kata..ah, tak payah walker-walker lah Aidi. Merangkak sudahlah.

Tapi sebenarnya aku perlukan jugak walker ni. Bukan apa...

Kalau time aku ada kerja nak buat macam memasak ke mengemas ke apa ke..senang sikit kalau letak dia dalam kereta dia tu. Bukan tak boleh biarkan dia atas lantai, boleh. Tapi kena letak dalam playroom dia. Kalau letak kat hall..habis semua benda dia masuk mulut nanti. Alas kaki pun selera je dia nak makan.

Tapi bila letak dalam playroom..rasanya mampu bertahan 10 minit camtu je kot. Bila dia perasan mama dia takde depan mata, mulalah memanggil. Biasalah budak baya gini kan. Attention seeker katanya.

Walaupun begitu, aku tetap takde plan nak beli walker baru. Aku buat bodo je lah sampailah hari semalam. Aku keluar detink dengan incik suami. Aidi tak ikut. Kami keluar berdua jek, jalan berpimpin tangan. Hehe. Walaupun Aidi tak ikut, kaki tetap jugak terjah babies department dan teruslah ternampak satu walker ni.

"Bang, cantik kan tuuuuu?"

"Cantik."

Pastu bila tengok incik suami lagi laju pergi membelek walker tersebut, lagilah aku teruja. Laki aku ni bukan suka sangat nak tengok-tengok benda-benda yang agak-agak boleh membazir ni. Jimat sangat.

Dah tu kami laki bini dok ulang alik ulang alik ke depan ke belakang sambil dok diskas diskas perlu ke tidak beli.

Pastu tanpa sedar dah terpanggil SA tu bawak turun walker tu untuk kami belek-belek dengan lebih dekat.

Pastu sedar-sedar je terkeluar ayat ni dari mulut.

"Okeylah dik. Kami beli. Tolong bawak ke kaunter ye. Terima Kasih."

Gituuuuuuu...


Hehe.

Balik rumah..

Tengok reaksi Aidi. Dia pun macam jakun je nampak benda baru depan mata.

Bila letak dalam tu..lagi berdabel dia seronok.



Seat boleh pusing 360 darjah.

Toys penuh keliling.

Mana tak seronok itu putera kecik.



Yang ni memang jauh lebih secure banding walker lama dia.

Seat yang dalam. Aidi tenggelam paras ketiak. Selamat. Walker lama dia sampai paras pinggang jek. Kenkadang bila Aidi lasak lebih, dia macam nak terkeluar dari walker. Bahaya.

Yang baru ni pun kaki boleh pijak lantai dengan stabil. Walker lama agak tinggi walaupun dah turunkan ke level paling rendah. Rasanya bukan sebab Aidi pendek, tapi sebab seat dia yang tinggi. Tambah lagi nak kena ikat-ikat..jadi makin tinggi.

Yang ini ada stopper. Kiranya kalau kita takmau baby berjalan-jalan guna walker tu, boleh turunkan stopper dan dia akan statik di situ. Sesuai guna time nak bagi anak makan. 



Pendek kata aku memang menyesal beli walker yang lama tu.

Weh, nampak je walker cikai-cikai siap seat pakai ikat-ikat tapi harganya RM120++ tau? Boleh tahan.

Menyesal mokcik!

Tapi yang ni....so far aku puas hati. Heh, baru dua hari beli..memanglah kan? Haha.

Harapnya walker yang ni boleh bertahan lama dan melindungi Aidi dengan lebih selamat. Kalau boleh, berbaktilah kepada semua anak aku nanti. Eh?=)

Memang..harganya agak pricey..

Tapi demi keselamatan anak.....

Bulldozer pun mama sanggup beli. *apa kaitan?haha*




P/S: Walker lama Aidi tu incik suami kata nak buang je ke tempat pembuangan sampah. Macam kasihan pulak. Ada ke sesiapa kat Labuan ni yang nak? Nak bagi free jek. 








7 comments:

  1. wan, adakah mcm kte nampak tanda rege tak buang lg dr walker tuh.. apakah..? huhu..=)

    ReplyDelete
  2. Haha! Almaklumlah..freash from the oven. Tak sempat nak tanggalkan.hehe.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap beberapa negara Barat termasuk US, Canada dan Australia dah lama mengharamkan penjualan walker sebab banyak kes kemalangan yg berlaku ke atas baby disebabkan penggunaan walker. Masa kita kecil2 dulu tanpa walker pun kita boleh jalan juga. Apapun yg penting setiap ibu bapa perlu berwaspada, jika selalu perhatikan baby bersama walkernya insyallah selamat...

    ReplyDelete
  4. tak bagi kat orang, cam tak syok plak, sebab anak kita pun penah jatuh duduk dlm tu kan.

    better buang kat tempat buang sampah, tapi balut dlm plastik sampah elok2.
    sometimes, orang yang kutip sampah (ala..yang kutip pastu jual tu), derang boleh amek kalau dia mau.

    i slalu buat camtu. kasut-kasut lama, baju2 lama, yg mana elok lagi, nak bagi kat orang mcm tak syok plak. sebab dah tak berapa elok. org miskin pun memilih dah skarang.

    So, i letak dalam plastik elok2, balut elok2, letak tepi tong sampah.
    sapa mau, dia amek.
    Slalu cik abe ckp, pagi buang, tengahari pegi tengok, dah takde dah bungkusan tu.

    hope that helps.

    ReplyDelete
  5. JR..memang ada baca artikel tu. Negara luar byk dah banned. Itu yg saya pun pikir byk kali nak beli walker dulu. At last beli jgk tapi penggunaan kalau boleh seminima mungkin. Bila perlu je letak dia dalam tu and mesti dipantau. Thanks atas nasihat berguna.=)

    Honey dear..itulah kan? Benda dah rosak siapalah yang nak kan? Bagi free pun org tak mau. Hehehe.. Husband pun kata gitu..siapalah yang nak. Itu yang dia nak buang jek. Tapi bungkus dlm plastik eh? Okey okey..thanks ye.

    ReplyDelete
  6. aku dah survey bende ni..nak beli nanti..aku suker sebab warne warni...n cun..;)

    ReplyDelete
  7. hai sis.. sy ni dah lame silent reader blog sis. entry dari ari ni sampai taun lepas sume dah baca. sis memang kelakar. gelak sorang2 saya :)bf sy Navy..hehe tetibe je..

    meriah betul walker baru aidi. kalau sy jadi aidi pun berdabel seronok.. haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...