Wednesday, November 7, 2012

Deman Campak Part II



Tunggang terbalik kejap life aku 2 3 hari ni.

Aidi demam.


Weekend hari tu dia macam selsema batuk jek.

Aku relax je lah, bagi ubat yang memang ada kat rumah.

Tak jugak kebah-kebah.

Tentiba hari Isnin hari tu badan dia dah mula panas.

Ah sudah...demam panas pulak. Inilah demam yang paling aku takuti kalau kena kat Aidi. Bahaya oh demam panas ni, bukan boleh buat kesah tak kesah jek.

Isnin malam tu panas badan dia dah lain macam. Panas sangat. Sukat suhu 37.9. Ni kalau pakai termometer doktor ni mau cecah 39 darjah celsius ni.

Sudahnya aku decide untuk mc je hari esoknya. Sementelah aku pun sama tak sehat. Hidung ni nak berair je sepanjang masa. Kejap-kejap bersin. So aku nak amik mc esok. Boleh jaga Aidi. Aidi ni kalau demam memang merengek dia lain macam, asik nak melepek dengan mamanya aje. Tengok tv pun kena atas riba, nak susu pun atas riba, nak tido lagilah nak kena berpeluk atas riba. Very the manja tentiba. Huhu.


So Selasa tu....aku pergi klinik.

Kat kaunter lagi aku dah pening tak tau nak keluarkan IC siapa. IC aku ke Aidi? Haha. Siap tanya.."dik, kalau saya dengan baby dua-dua demam, nak guna IC siapa ye?". Adik tu cakap..."Bagi saya dua-dua ic.". Hahaha..Bodoh sangat kan tak boleh nak pikir. Pakai je lah masing-masing punya ic. Takkan aku sakit, nak pakai ic anak puleeekkkkk?? Haha..itulah, kalau dah tak sehat memang otak ting tong sikit. Huhu.


Masuk bilik doktor...

Aku ketawa dulu.

"hehehehe....kali ni dua-dua beranak tak sehat doktor."

Hahaha. Boleh nak bergurau pulaaaakkk.

Doktor check Aidi dulu.

Check suhu. Lupa pulak nak tanya berapa suhu Aidi.

Dia check breathing Aidi guna steteskop. Eh betul ke namanya? Haha lantaklah. Tak lama...doktor kata dada Aidi banyak kahak. Dia suggest Aidi buat nebulizer. Sedut wap tu.

Ohhh mai!

Aku p klinik sebab anak demam panas, sekali lain pulak resultnya. Huhuhu.

Takpelah, moh la kita buat neb.

20 saat pertama aku tengok Aidi cool je sedut wap. Diam je dia. Makin lama dia mula tak selesa. Sungguh-sungguh dia teleng-telengkan kepala dia nak lari dari penyedut tu. Suara jangan cakaplah...memang karoke lah dia dalam bilik doktor tu semalam. Tapi syukur Alhamdulillah, lepas neb, terus kurang bunyi-bunyi nafas Aidi. Kalau tak, minum susu berbunyi, tido berbunyi, duduk diam-diam pun berbunyi. Risau.


Doktor bagilah segala mak nenek ubat untuk aku dan Aidi. punyalah banyak. Ubat Aidi je ada 5 jenis. Aku ada 4 jenis. Walaaa!!

Malamnya....panas badan Aidi naik lagi. Oh kali ni cecah 38 darjah celsius. Panas sangat ni.. Masak air pun boleh ni. Huhuhu. Aku lap-lap badan dia dengan kain basah bagi surut panas. Bagi susu then Aidi lena.

Pagi ni.....

Aidi bangun tido tentiba menangis. Jarang sangat dia bangun tido menangis. Ni mesti sebab tak selesa badan la tu.

Aku rasa badan dia masih panas, tapi takdelah macam semalam.

Bagi mandi, bagi susu..dia main-main dengan abahnya. Mujur abahnya keje petang hari ni. Ada jugak aku PA. Hehehe.


Sekali dalam pukul 9 pagi tadi.....Masa Aidi tengah tido..





Aku perasan sesuatu di muka Aidi.


Bintik-bintik merah.


Dangg!!!!


Adakah Aidi nak kena demam campak sekali lagi??

2 Bulan lepas dah kena dah campak sekali. Ni nak kena lagi sekali ke??

Aduduhhhhh....


Paniknya paniknya...

Tak sampai 15 minit, aku nampak bintik-bintik merah tu dah naik ke badan.

Lahaiii...confirm ni demam campak ni. Patutlah Aidi demam suhu tinggi 2 3 hari ni. Demam campak rupanya.

Aku decide tak payahlah pergi klinik lagi. Ubat celamine untuk demam campak hari tu masih ada lagi. Jadi kita guna baliklah ubat sapu tu.

Cuma aku dah mintak incik suami keluar cari air kelapa untuk Aidi.

Mudah-mudahan cepatlah sembuh Aidi oii.

Kalau tak kebah jugak, macam mana dengan birthday party kita Ahad ni??


Cancel kah??

Kuang kuang kuang....




6 comments:

  1. ala syiannye aidi kalo kene demam cmpak lg..rasanye yong kne tanggalkan baju dia siang hari,biar pns tu keluar..dlu airis demam aida pkaikan baju doc marah ckp risiko kne sawan kalo panas xkeluar,dia suh tanggalkan baju..

    ReplyDelete
  2. Oh...kadang2 itu bukan campak. sbb demam panas sgt boleh keluar merah2 kat badan. So..the best result bukak baju dia semua.Pakai pampers jer. lepas tu jerlum kepala dia dengan air. kalau sy ..sy masukkan air dalam spray utk iron baju tu then spray kepala dia selalu. check suhu dia every hour. Ubat bg setiap 4 jam. Ubat yang dah lama jgn bg lg. Takut ada bakteria. Kalau dia mudah minum air masak bg byk2. kerapkan penyusuan dia. Mungkin dia nak tumbuh gigi lagi tu atau nak dpt akal baru:p...Don't worry selagi tak 3 hari n dia minum n makan mcm biasa insyaallah dia sihat. mlm2 tidur peluklah anak tu. insyaallah cepat sembuhnya. I know how ur feeling bila anak demam ni especially when he's the first one:p.

    ReplyDelete
  3. alamak siannya aidi. mikha lom kena campak lagi. nak cerita experience pon tarak. takpe moga dicepat sembuh lah yer aidi. amin!

    ReplyDelete
  4. eh saya rasa better gi check... maybe bukan campak, sometime allergic pun cepat naik... sebab kita nak bg dia makan ubat campak tuh kan better rujuk doc... sometime badan kita boleh tahan dgn ubat.. badan baby maybe tak boleh tahan... plus ubat demam yg dia br ambil tu lg kan... get well soon aidi & mama nya yeee...

    ReplyDelete
  5. aidi demam ke..? patut la nmpk kete yong ade kt uma je mggu neh. ingtkn cuti skolah da start. org doakan aidi cepat kebah dan sembuh supaya boleh celeb bday. ameen..

    ReplyDelete
  6. alahai..kesian aidi..semoge cepat sembuh yer sayang...mak awak tak sabar nak buat besday party besh tuk awak tu..:)

    ReplyDelete