Wednesday, November 7, 2012

Ku Nak Edar Kad Jemputan Aidi Ni.



Ada 3 hari lagi sebelum besday party Aidi.

Banyak lagi benda aku belum buat. Kalau hal-hal tempah menempah tu semua setel dah lah. Ini hal-hal nak beli tableware, bahan basah untuk masak, decoration ballons apa semua aku belum sempat beli.

Mulanya plan asal nak keluar membeli-belah hari ni, tapi itulah..kita hanya mampu merancang kan? Manalah aku tau yang hari ni aku akan discover yang Aidi kena demam campak. So memang takdelah keluar ke mana-mana.

Susah hati jugak sebenarnya memikirkan sambutan besday Aidi ni. Sempat ke Aidi sehat sebelum hari Ahad??

Huhuhu...

Tapi kad jemputan dah siap tau?

Dah selamat sampai ke rumah dah petang tadi. Tinggal nak edar je. Aku pun tak tau siapa yang aku nak jemput ni. Ada 5 6 famili yang ada dalam kepala otak aku. Jadilah..aku bajet pun tetamu dalam 20 orang jek.

Nak tengok tak kad jemputan Aidi??









Tadaaa!!




Tema mickey mouse katanyaaaa..

Yang bhgn atas tu muka depan, yang bawah tu page belakang. Kira macam poskad je lah. Bolehlah aku simpan dalam album Aidi nanti buat kenangan. Heehehehe.

Aku tempah dari DIDA ZENAL

Sebenarnya ada lagi beberapa benda aku tempah, tapi belum ready lagi. So dia pos invitation card dulu sebab benda ni nak guna dulu. Yang lain-lain hari Jumaat sampai pun sempat lagi.

Kalau ada pembaca-pembaca orang Labuan yang sudi nak datang besday party Aidi, jemputlah datang. Tapi inform lah aku dulu ye. Kang ada pulak aku terkemut-kemut nak cam tetamu. Hehehe.

Bab makanan....hurmmm sempat bercekau jugaklah kami laki bini.

Yang sorang sibuk nak buat nasi goreng cina.

Yang sorang sibuk nak goreng bihun.

Last-last bertekak. Padahal pasal nasi dengan bihun je pong! Kalau bihun dengan nasik tu boleh bercakap, depa pun bantai gelakkan kami laki bini. Dey, itu pun nak bergusti ke? Kau masak je lah dua-dua sekali, apa nak kecoh sangat kan? Hahaha.


Yang lagi sedih  ada yang dah lari dari plan. Plan nak order satay, sekali tempahan satay semua dah full. 

Melepas.

Ku order ayam goreng KFC je satu bucket ke 1 barrel ke apa ntah namanya. Dalam 20 ketul ke. Sudah.

Makanan lain-lain, nantilah hapdet bila majlis selesai. Insyaallah.

Dah la mama tergedik-gedik nak buat backdrop la, nak buat menu signage la bagai...padahal pinggan mangkuk pun campur-campur kaler. Ada hati nak buat table setting cun-cun. Hahaha.

Kita tengok je lah nanti macam mana hasilnya besday party Aidi ni.

Mana yang boleh korang gelakkan..ko gelak je lah.

Hahaha.

Bye!




7 comments:

  1. kad cantik..:) kalau dekat aku pon rase nak datang...

    ReplyDelete
  2. Nak jointttt....tapi jauh sangat la Labuan...hihhihihi..

    Happy Birthday in advanced ye Aidi Comel..membesar bagai JUARA tau... :-)

    ReplyDelete
  3. Nak jointttt....tapi jauh sangat la Labuan...hihhihihi..

    Happy Birthday in advanced ye Aidi Comel..membesar bagai JUARA tau... :-)

    ReplyDelete
  4. Saya x gelak pun...entry ni membuat saya x sabar nak sambut birthday anak saya qaireen...ye, mmg selalu mama yg over excited, anaknye selamba jer - Hanim

    ReplyDelete
  5. "Kalau ada pembaca-pembaca orang Labuan yang sudi nak datang besday party Aidi, jemputlah datang. Tapi inform lah aku dulu ye. Kang ada pulak aku terkemut-kemut nak cam tetamu."

    alamak, macam terasa la pulak. jenuh yong nk cam org yg tak penah jumpe yek..? huhu..=)

    ReplyDelete
  6. comeinyo kad! paling tak menyabor nak tgk kek besday aidi...:)
    semoga aidi cpt sembuh!

    ReplyDelete
  7. rasa tak sabar pulak nak sambut 1st birthday sakina...he3

    ReplyDelete