Wednesday, June 5, 2013

3 tahun selepas dia terima nikahnya.


Anibeseri katanyaaa semalam. Ohoi!

4 Jun datang lagi. Tahun ni maknanya genaplah 3 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.

Pencapaian rumahtangga??

Takdelah apa sangat. So so aje. Rumah pun tak mampu beli lagi. Saving pun bae hengget je lah sangat. Yang ada pun ni je lah anak-anak si intan payung ni. 3 tahun kawen, anak nak masuk 2 orang tu kira oklah kan? Rezeki Allah. =)

Takde sebarang sambutan hebat pun.

No hotel booking.
No candle light dinner.
No bouquet of roses.
No surprise.
Nothing grand.

Yang ada cuma...

Aku...si isteri.
Dan dia si suami.
Eh lupa pulak...ada jugak si comel itu...si Aidi.
Bertiga meraikan hari istimewa ni dengan cara kami sendiri.


Makan makan sampai lebam
Menu..bihun sup dan soto. 1st time masak ni. Haha aku semua 1st time kan. 


Main suap-suap kek sikit. Alah...mengimbau kenangan lama katakan. Tapi gambar haruslah tiada ye kawan-kawan. Aksi terlarang ni. Hahaha.



Kek anibeseri. No wording sebab cinta itu rahsia aku dan dia. Ewaaahhhh!




Sumpah sedap kek ni. Jemput tengok. =)


Sempatlah jugak aku jemput abang ipar sekeluarga datang makan sama. Banyak kot makanan aku masak. Siapa nak makan??

Aku makan 4 round.

Incik suami pun makan 4 round.

Abang ipar dengan biras aku masing-masing 2 round sorang.

Perghhh!!

Aku masak untuk 12 orang makan rupanya. Padanlah rasa nak pengsan. Haha.

Walaupun sambutan cuma di rumah kecik kami je, tapi aku seronok. Sampai ke malam aku seronok.

Paling seronok bila sampai tengah malam....

Tak sempat apa pun si suami dah berdengkur dulu.

Heh.

6 comments:

  1. kek apa tu sis? cam sedap je...ngeee

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Happy anniversary yong. Ok sgt lah tu. Kita anniversary kedua tak ada apa. Sbb tak sihat. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Happy 3rd annivesary ;) semoga cinta sampai ke Jannah..

    ReplyDelete
  4. Kek apa tu?..sumpah,aku tliur oi...
    Buat sendri?tolong bg resepi!!....
    Siyes ni yoong...

    ReplyDelete
  5. hahaha..ingt part tgh mlm aum...haha..tgh mlm bdengkur dulu..kihkihkih

    ReplyDelete
  6. hehe...kek tu nampak sedap jerk. terliur
    happy Anniversary.

    ReplyDelete