Lama aih tak hapdet blog. Bukan kata tak hapdet blog, bukak blogger.com pun idok. Ate cuti katanyaaa...maka masa 24/7 Aidi sajork. Denga abahnya pun takde 24/7. Sebab tu kalau nengok kat fesbuk kat segram penuh gambar Aidi je tiap hari. Huhuhu.
Aku ni sejak cuti ni banyak pulak kepinginnya. Kepingin nak makan satay lah, nak makan laksa lah. Haa...yang teringin laksa ni yang drama sikit. Aku teringin laksa bukan sebarang laksa tau tak? Ni tingin nau nak makan laksa air tangan sendiri. Punya mengidam sampai dah terasa rasa sedapnya laksa tu kat mulut ni. Tapi bahan hapah pun takde lagi nak masak laksa. Ewaahhhh..nak masak katanyaaa. Mana ko reti bedah oiiiii nak bikin laksa??
Tapi nekad ni.
Nak masak laksa.
Resepi dah google. Aku pilih RESEPI LAKSA KEDAH yang ni.
Tak cukup lagi...aku wasap pulak Mak Da *mak tiri* aku. Dia memang cemerlang bab bab laksa ni.
Nak hebat lagi, ku pekik pulak kat fesbuk...dapatlah jugak sikit tips nak bagi laksa aummmm.
Gabung semua resepi tu...jadi resepi aku.
Kita tunjuk gambor dulu lah baru salin resepi ye. =)
Ini hiasan ye kawan-kawan. Aku bukan makan pun. Aku punya style laksa kosong dengan telur sebijik. Haha
Ada yang menjilat skrin katanyaaaa..
Uiii aiii..
Boleh bersorak kalau tengok gambor ni kan? Ni kalau citer kat mama ni mesti dia tido bangun balik pun tak percaya aku masak laksa. Anak dara dia ni dulu pemalas katanyaaa. Haha.
Ok..sebelum bagi resepi, aku nak terus terang dulu. Laksa aku ni 1st time buat ni. Sumpah tak pernah masak laksa sebelum ni. Inilah malam pertama. Hahaha. So ada banyaklah kurang kurang sana sini.
1. 1st round makan, incik suami kata kuah agak masam. Aku pun rasa macam tu. Nak pulak laki aku suka laksa pedas pedas. Jadi memang awal awal aku dah kena tembak.
2. Kena tembak lagi dengan incik suami bila dia komen kata laksa tak pedas. Ini memang bukan salah aku, salahkan cili kering Labuan. Sumpah cili kering kat sini tak pedas. Resepi kata masuk 20 tangkai je, aku dah siap masuk 25 tangkai pun hasilnya tak pedas. So aku oter..buang separuh asam keping and potong cili padi 10 biji masuk dalam kuah. Hasilnya better.
3. Yang lain lain semua okey. Kuah pekat, laksa okey. Mak Long Aidi datang makan dia kata sedap. Boleh masak masa raya lagi. Haha.
So sekarang aku nak turunkan resepi. Ni resepi selepas aku masak okey. Kira aku dah ubah sukatan cili and asamnya. Bukan apa..untuk rujukan aku jugak esok esok. Kata raya nanti nak masak laksa lagi. Bahahahah!
RESEPI LAKSA YONGNANA. *Ewaahhhhh nama nak copyright saja*
Untuk hidangan 8-10 orang.
Bahan-bahan:
3-4 biji bawang besar *dikisar*
1 ulas bawang putih *dikisar*
25-35 tangkai cili kering *dikisar* (kalau cili korag dah pedas, 20 tangkai dah cukup)
10-15 biji cili padi *dikisar* (tak suka pedas boleh kurangkan)
Belacan besar ibu jari *dikisar*
1-2 kuntum bunga kantan
daun kesum
Ikan kembung/sardin sekilo atau 10 ekor.
Asam keping 6 keping.
Garam
Pak Aji kalau suka.
Caranya:-
1. Rebus ikan dalam periuk. Masukkan 3-4 keping asam keping dan sedikit garam. Bila dah masak, angkat toskan dan biarkan sejuk sekejap.
2. Sambil tunggu ikan direbus, boleh blend semua bahan yang perlu dikisar. Aku blend sekali harung je semua. Malas nak blend asing asing. Nak sedap lagi, amik 3 4 kelopak bunga kantan and 5 6 helai daun kesum blend sekali.
3. Laksa jangan lupa rebus siap-siap sebab laksa ni amik masa jugak nak kembang. Sepekt laksa boleh makan dalam 10 orang.
4. Okey, air rebusan ikan tadi jangan buang ye. Boleh guna untuk buat kuah laksa tapi make sure tapis dulu untuk pastikan tulang tulang ikan tak sesat dalam kuah. So tapis air rebusan masuk dalam 1 periuk besar untuk masak kuah laksa.
5. Ikan tadi bila dah sejuk, asingkan isi dengan tulang. Kena hati-hati jangan sampai makan tulang pulak nanti.
6. Kendian, blend isi ikan dulu. Masukkan isi ikan dah blend dalam periuk kuah tadi
7. Kendian blend pulak tulang tulang ikan. Ya...blend jugak. Jangan ingat tulang je nak buang. Membazir. So blend halus halus, pastu tapis masuk dalam periuk kuah jugak.
8. Lepas tu bolehlah hidupkan api. Sederhana sudah.
9. Lepas tu masukkan segala mak nenek cili bawang semua yang kita dah blend awal-awal tadi.
10. Masuklah asam keping, bunga kantan (aku koyak-koyak kelopaknya), dan daun kesum.
11. Masuklah garam secukup rasa. Pak aji sikit kalau suka.
12. Pastu pepandailah adjust kepekatan kuah. Nak cair sikit tambah air lagi. Nak pekat korang masak lama sikit atas api.
13. Dah mendidih tu masaklah tu. Alahhh..pandailah kita rasa kan. Haha.
14. Oh ya..bahan aksesori jangan lupa. Bawang besar, timun, salad, cili, limau, telur etc.
Itu je lah..dah boleh makan.
Selamat mencuba!!
haish sedapnya i dahla hantu laksa hehe tapi biasa i makan laksa mak i je. resepi malas mintak tau nak makan je huhu
ReplyDeletenak lagi sedap..taruk pes otak udang and sardin (diblend)..every year wajib buat especially tiap2 raya..
ReplyDeleteprint dah resepi nie yong..hahha
ReplyDeletesalam...laksa nie sdp sgt..mmg fav fmly.nk try la buat sendri..tq sharing=)
ReplyDeletesedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
ReplyDeletenk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)