Tuesday, July 22, 2014

Report sudah dibuat...habislah kau!


Rentetan isu seller online penipu dalam entri lepas (KLIK UNTUK BACA) , maka terpaksalah aku sekeluarga mencari semula baju melayu untuk Aidi dan abahnya.

Untuk incik suami takde masalah sangat sebab memang dah pernah nampak ada baju melayu johor kaler royal blue jual kat Parkson. 50% lagi ada diskaun. Sebelum ni pejam mata je lah tengok baju tu sebab pikirkan dah order dengan si penipu tu kan. Huh. Mujur masih ada size lagi. Tinggal ngam ngam je sepasang lagi size incik suami. Rezeki dia la tu.

So setel cik abang punya.

Meround pulak ujana kewangan tu cari baju melayu Aidi. 

Ada tu ada. Jumpa. Tapi bukan baju johor macam abahnya lah. Tinggal baju cekak musang je. Aku malas nak pikir panjang, size ada, kaler ada, so aku rembat je. Tak koser dah nak mencari baju johor pulak untuk Aidi.




Jumpa sampin sekali. Sampi sebenarnya dah beli. Tapi jumpa pulak sampin yang ala ala abahnya punya. Rege pun RM15 je, so aku rembatlah jugak. Sepasang baju Aidi siap sampin baru RM60. Murah lagi dari beli dengan penipu tu. Baju abahnya pun murah. RM75 je after 50% less. Berbaloi. Daripada beli dengan penipu, terbang duit aku RM180, barang pun tak dapat. Pfftt!!


So setel baju melayu cap abah dan anak.

Aku ni dari Jumaat ritu dok tunggu la duit refund aku dari penipu tu kan. Jumaat tunggu, takde. Sabtu takde, Ahad Isnin pun takde. So arini dah selasa. 5 hari dah aku tunggu duit aku tak nampak bayang. Aku sms tak reply. Pm kat fesbuk pun tak berjawab. Makanya...


E aduan ke KPDNKK la jawabnya.




Terima kasih banyak buat Piya (atasrakcollection) sebab gigih dapatkan nombor ic dan alamat penuh si penipu ni. Terharu pulak aku dengan dak Piya ni. Terima kasih la ye Piya. Ni akak dah report dah ni. Kita wait and see.

Duit aku tu, aku memang tak halalkan ko makan dunia akhirat.


So aku akhiri entri hari ni dengan ucapan puasa tinggal 5 hari je lagi.

Horayyy!!

6 comments:

  1. nana, gambar tu ada no ic awak.. padam dulu.. bahya..

    ReplyDelete
  2. semoga online seller itu akan dibawa ke muka pengadilan!

    ReplyDelete
  3. nasib baiklah kat kelantan. kalau kat sini2 aje, aku rela jejak kedai tu yong!huh jahat betol depa2 ni

    ReplyDelete
  4. Kak,ape respon dr kpdnkk?perlu x saya buat report jugak since saya rasa saya pun dah kena tipu oleh seller ni..punah harapan nak pakai royale blue tahun ni..huhu

    ReplyDelete