MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, July 17, 2014

Online seller Penipu! Beware.



AMARAN: INI ADALAH ENTRI PANJANG. SILA BERTABAH MEMBACANYA.

Hari ni bebetul mencabar pahala puasa aku. Grrrrr.

Ni habaq kat hang, aku kena tipu dek on9 seller!

Choi sangat!

Gini..aku beli baju melayu untuk incik suami and aidi. Sebelum puasa lagi aku dah order. Bayar pun sebelum puasa lagi. Tapi sampai sekarang, yang tinggal 10 hari je lagi nak raya ni parcel tak sampai-sampai!

Ko rasaaaaa???

Mendidih jiwa aku ni tau tak.


Oklah sabo..sabo. Meh nak story dari awal.

Aku beli 2 pasang baju melayu dari page "Malaynise". Nengok pagenya,likers sampai 15k. So aku bajet seller ni ok la kan. Ramai likers and maybe ramai customers.



So 25 Jun aku mula pm page Malaynise ni untuk order. Bla bla bla bla semua total harga RM185. Dia bagi diskaun RM5, so total aku bayar Rm180. Payment through cimbclicks on 26 Jun.


Payment made on 26 Jun.


Kendian, 28 Jun baru Nia (owner Malaynise rasa aku) noted payment yang aku buat. Dia tak maklum pun bila dia pos apatah lagi nak forward tracking number. Memang takde. Senyap terus.


Sebabkan ni bulan puasa,ramai orang soping moping, so aku pun pahamlah poslaju punya servis akan jadi lambat sikit. Jadi aku pun bertabah je la tungu baju melayu laki aku n aidi tu. Sampaikan jalan jalan kat mall pun kami pejam mata je bila nampak baju melayu sebab pikirkan dah beli. Tunggu je nanti sampailah tu kat rumah.

Malangnya...tak sampai sampai. Seminggu tak sampai. Dua minggu tak sampai. Sedangkan barang lain yang aku beli lagi lewat pun dah lama sampai.

So 10 Julai aku pm semula page Malaynise. No reply. Hampa.


Pastu aku teringat Nia ada bagi aku no fon ritu masa order. So aku sms dia. Wasap dia rosak katanya so aku sms je la. 11 Julai aku sms. Tak reply. 12  Julai aku sms lagi, pun sama. Tak reply. Hati aku dah dup dap dup dap ni. Tapi masih berbaik sangka. Kot memang poslaju lewat ke apa kan. So positif positif.


Esoknya 13 Julai, laki aku dah bebel bebel tanya kenapa baju dia tak sampai lagi ni. So aku nekad call Nia. Ada berjawab. Aku pun bagitau la barang tak sampai lagi apa semua. 

Nia suruh aku sms kat dia nama fesbuk aku, so nanti dia check status order. So aku sms kan. Siap aku sms sekali details order aku semua. Nia cakap dia akan minta  pekerja dia check. Anything dia akan inform aku.

Berjangguttttt hoi tunggu. Takdenya dia update apa apa.


Esoknya 14 Julai. Hakakkkkk jugak kena sms dia balik. Tapi macam biasalah. Nan hado reply.

Bertabah je la aku kan. 14 Julai tu Isnin kan? Selasa 15 Julai cuti Nuzul Quran, so aku call semula Nia ni. Okey ni point penting ni.

Aku call 15 Julai pada hari baik bulan baik.

Nia jawab. Katanya PARCEL AKU DAH SAMPAI KE LABUAN. KALAU TAK PETANG NI, ESOK PAGI PARCEL SAMPAI RUMAH.

Aku ingat lagi ayat dia. Sebabkan ni calling so aku tak dapat nak printscreen. Tapi memang itulah ayat dia.

Okeylah lega lah sikit hati aku ni kan dengo parcel dah jejak labuan. Kemain aku nunggu posmen ketuk pintu. Memang ada posmen datang, tapi bukan hantar baju melayu, hantar sampin je. Memang aku ada beli sampin untuk Aidi n abahnya. Tapi dari seller lain la. Dua seller berbeza. Sampin tu 3 4 hari je dah sampai dah. Bajunya??? Hurmmm.

Esoknya 16 Julai aku sabar menanti lagi. Tapi hari tu langsung posmen takde ketuk pintu. Hampa lagi.

So hari ni 17 Julai kan?

Kat sekolah tadi aku call Nia.

Okey dia angkat. Aku kenalkan diri. Dia dengar je nama aku terus dia offer aku dua pilihan.

1. Refund duit.

2. Dia hantar semula baju yang lain guna kurier lain.

Tapi aku tolak dua dua tu. Aku mintak dia tracking number. Aku pun apalah bodo sangat tak mintak tracking number dari awal. So aku cakap aku nak tracking number dulu, aku nak check sendiri dengan poslaju labuan since dia kata barang dah sampai labuan kan ritu. So meh aku nak check.

Aku call mintak tracking number tu kul 11 pagi. Sampai kul 1 petang pun haraammmm dia nak bagi tracking number aku.


Dan aku pun ngadu la masalah ni kat geng wasap kedok. Then tau apa??? Kami terjumpa sesuatu.

Jeng jeng jeng..


0

Korang nampak tak? Nampak tak?

Bukan aku sorang yang terkono oiii!!

Cadbury betol!!

Untuk pengetahuan, dia dah delete status yang ada orang komen komen macam ni. Puii sangat kan? Nasib aku sempat printscreen.

Apa lagi..aku pun forward la printscreen aku ni ke dia.

Aku sms dia macam kat bawah ni


Berdesupp dia reply. Padahal sebelum tu berkali kali aku call mintak tracking number yang dijanjikan, langsung tak berangkat call. Bila aku cakap nak report je terus reply. Takut keww?

Tapi Ko tengok jawapan dia apa?? 

Ada yang terima ada yang terima parcel katanyaaa..Bergantung pada kawasan masing masing. Apa benda ni??? Kau jual barang tapi taknak make sure barang tu sampai pada customer. Kebodohan apa ni??? Bergantung pada kawasan masing masing pulak tu. Apa ni? Ko nak cakap poslaju labuan tak buat keje ke apa ni? Aduhaii..pening aku dengan Nia ni. Siap guna nama Allah. Ya memang Allah je tau apa yang ko kerjakan. Tinggal nak tau kerjaan ko tu kerja baik ke kerja buruk je. Allah memang nampak.

Start dari sini aku dah mula emosional. Tapi aku cuba control untuk tak memaki maki. Kitorang berbalas balas sms masa ni. Malas pulak aku nak printscreen semua. Tapi kalau baca sms dia memang boleh sesak jiwa. Dia memang tak mengaku salah. Dia dok kona sana sini back up diri. Apa ko ingat aku ni hulu sangat ke boleh ko cong cong gitu??


Aku ada tanya dia, apa yang susah sangat nak bagi tracking number tu? Tadi aku call kata boleh bagi. Aku tunggu 2 jam lebih pun tak dapat dapat jugak. Apa la susah sangat ni?

Ko tengok apa dia jawab.



Dia ni baru start bisnes ke apa ni? Apa ke jawapannya macam tu? Boleh pulak KALAU BERLAKU HILANG??? Abis buyer ni membeli barang untuk tengok samada barang tu hilang ke tak tengah jalan ke cane? Kalau hilang..refund la duit. Kalau selamat sampai, bonus la untuk buyer tu. Gitu eh? Eh?

Oii makcik! Kami ni beli barang sebab kami nakkan barang tu. Dah kalau ko penah berdepan dengan masalah barang hilang tengah jalan, supposed ko buat aduan dengan poslaju dari 1st time kes tu jadi. Bukan biar biarkan sampai sudahnya customer pulak kena jadi penunggu barang hilang ke tak. Akai ada tak??

Lastly, dia bagi jugak tracking number. Check check..ko tau apa resultnya??


RECORD NOT FOUND!

Ko rasaaaa????

Aduhai..remuk rasa hati aku ni.

Ritu cakap barang dah sampai Labuan. Logiknya kalau dah sampai Labuan,mesti ada dalam sistem dah. Dah lebih 3 minggu kot ko pos (katanyaaa). Takkan lah tak hapdet hapdet lagi?? Tak ada logika sungguh.

Sudahnya aku dah betul betul give up. Aku malas nak fight for parcel aku dah. Aku nak refund je. So baju melayu Aidi n abahnya kita cari lain je lah.

Tapi tak habis lagi muslihat dia. Nak refund pun dia mintak tangguh


Sebabkan aku ni budi bicara level tinggi, so ok kan je la dia nak tempoh sehari dua tu. Kita tengoklah dia bayar ke tak. Kalau dia tak bayar, memang e-aduan kpdnkk la jawabnya.

Sempat jugak aku bagi sepatah dua kata kat dia.



Siap good luck aku hadiahkan. Mana ko nak cari customer berbudi bahasa tahap band 6 macam aku ni. Kohkohkoh.

So kesimpulannya..baju melayu tok laki and aidi tarak. Haha.

Kesimpulan kedua, kau, kau, kau, dan kau. Ye kau yang tengah sengih sengih tu, sila berhati hati semasa shopping online. Aku tak suruh korang jangan berurusan dengan Malaynise ni. Terpulang lah. Tapi...BEWARE!






16 comments:

  1. Silent reader : Yeeewwww.... jahatnye.... x baek la buat orang mcm tu... alahai.. kalau lasan ikut kawasan, knp sis order brg lain smpai je... x amsuk akal. celah ceruk kat sulu tu pun pos laju bole sampai.. sakit jiwa baca. hukhukhk

    ReplyDelete
  2. Baca juga status awak kat fb semalam. Harini gigih akak baca entry panjang lebar ni. Hihi..

    Kadang2 ini antara masalah berurusniaga dgn page yg likers/ pelanggan ramai. Mungkin stok terhad tapi permintaan tinggi, tu yg tak terkejar. Silapnya mereka tak berterus terang dan ada unsur2 mcm penipuan disitu.. Wallahu a'alam..

    Ps: sempat lagini shopping baju lain.. ;-)

    ReplyDelete
  3. Paling menyampah kalau order barang tak sampai2 lamanya. Tapi Alhamdulillah, sekarang kalau order selalu awal sampai. Biasanya akan google dulu pasal online shop/store yang nak beli. so, boleh tengok review orang ramai. hehe Sabar ye kak :)

    ReplyDelete
  4. Eh..eh ehh....I pos baju bajan ari tu sampai je....kebangangan ape kah itu....

    ReplyDelete
  5. Tu yg xbrp bestnya beli brg online kan yong..tp alhamdulillah..akk xpnh lg hadapi bnda cmni..tp please la kan..jgn konar sana sinila..nmpk sgt menipu tau..klu stok xde bgthu jela..n refund blk duit..setel

    ReplyDelete
  6. Ya allah...mcm tu skali...bg je lah tracking no..mcm2 lah alasan nk bgnya...teruklah...like beribu skarng ni le je wat..xle nk caya dah...

    ReplyDelete
  7. silent r jugak haha : ohmaiii ngerinyaaaaaaaa. harap2 daku yang seller online ni ambik iktibar. tabah ye yong. nanti pi beli baju melayu express ye, kotlah ada.

    ReplyDelete
  8. hadoihai... maybe betul la tu order banyak tapi stok siki pastu tamak haloba tanak terus terang... harap2 dapatlah balik refund mu tu yong... bukan sikit tu.

    ReplyDelete
  9. Sy terkena da.....

    ReplyDelete
  10. samo la kiter...terkono gak...

    ReplyDelete
  11. ee takutnya..dh la semua benda suka beli online ni... erkk... so apa cite dpt refund tak?

    ReplyDelete
  12. Sama la brg I pon sebulan order x sampai2! Jom report polis nak? Kedai dia kat Kota bharu. ade no HP dia x? Dia dah block I kat FB xnak I komen n msg dia mtk refund

    ReplyDelete
  13. saya pun kena tipu. brg utk baby. stroller.
    ayat dia sebijik macam diatas. tp nama org lain la. akaun maybank atas nama Mohd Fauzi Abdullah. penjual perkenal nama Farah. email farahmohd52@yahoo.com.my

    sila berhati2 ok. tak sangka barang baby pun boleh menipu. byk ratus lak tu. sy dah bg warning dia bt aduan tp dia bt diam jer. dia ingat sy main2 kot.

    kita kalau dpt brg/ refund kita pun boleh maafkan. tp jgn lama sgt lah yer. memang frust dah la duit x byk.

    kesian baby sy

    ReplyDelete
  14. hati2 no phone ni 0166972429

    yg kenal dia tlg bg tau disini.
    no akaun maybank dia
    164351162669 mohd fauzi bin abdullah

    dia nama farah. entah betul entah tak

    ReplyDelete
  15. saya pon terkena jgk dgn malaynise ni & dah buat aduan kt kdpnkk.. officer tu ckp dia akan make sure org tu akan refund semula duit dimana dia kena tunjuk bukti slip bank ke officer tu (kata officer yg kendalikan kes ni). sekarang saya tgh tunggu lagi duit tu di bank-in.. kalau masih belum ada, saya akan follow-up lagi dgn officer tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...