Tuesday, November 3, 2015

ADEL, My Princess.


Adelea dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi.

Sekejap je rasa. Besar dah anak dara iols. Siapa sangka si kenit Adelea, lahir dengan berat 1.55 kg sekarang dah anak dara dah. Comel cantik lemah lembut. ceaaaaaa lobi anak nampak! 




Tapi aku ada sikit masalah dengan perkembangan Adel ni.
Dia berjalan normal. Umur 1 tahun 2 bulan. Oklah tu kan. Takla cepat but taklah lambat sangat.
Tapi sampai sekarang kemahiran komunikasi dia sangat lemah. Lambat cakap.


Mula aku tak la risau sangat sebab Aidi pun lambat cakap jugak. Masuk umur 3 tahun baru dia banyak vocab sikit. Adel ni tak berapa hari lagi nak 2 tahun, tapi dia tak boleh panggil mama or abah pun lagi. Dia mumbling ajo.



Mulut dia bising, tapi mumbling. Kalau ada pun dia menyebut, semua words yang takde maksud. Bahasa jerman katanya.


So i is risau.

Mulalah otak ni nak pikir bebukan.

Autisme kah??

Dulu..Aidi pun aku pikir perkara yang sama. Tapi ramai yang nafikan, and now alhamdulillah Aidi berkembang dengan baik. Boleh bercakap walaupun ayat tak bape cantik sangat. Tapi bolehlah. Aidi December nanti masuk 4y.

Ni Adel pulak. Aku perhati Adel memang lagi lambat banding Aidi. Adakah sebab dia lahir full term tapi tak cukup berat tu mempengaruhi (37w, 1.55kg) ?? 

Aku susah hati pikir.
Tapi incik suami cool wat lek wat pis je. Dia yakin sangat Adelea takde apa-apa. Plus dalam seminggu dua ni Adel boleh sebut dua perkataan, "SEDAP" (sambil buat sign thumb up) dengan "CANTIK".  Dalam banyak banyak word, "sedap" jugak yang jadi 1st word dia. wuwuwuwu.




Cane eh?

Perlu bawa jumpa speech therapist tak?
Ke just wait and see?
Ke cane?

Next year, by June 2016 Insyaallah aku akan hantar Adel masuk kindergaten sama dengan Aidi. Harap-harap communication skills dia boleh improve bila dia bersekolah and blajar berkawan.

5 comments:

  1. anak sya pun 3thn lebih baru nak bercakap... kalau x .. susahnya nak dgr suara dia bercakap

    ReplyDelete
  2. boleh jer tanya pendapat nurse waktu cekup nanti.. perkembangan semasa anak..

    ReplyDelete
  3. InshaaAllah takde ape2 tu..doakan yang baik2 aje..tapi kalau nk pegi therapist pn ape salahnye, mane tau boleh membantu adel lebih cepat bercakap..kan

    ReplyDelete
  4. kalau risau bawak je tanya pakar sis. at least tkde la duk risau fikir memanjang x berkesudahan.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah xde ape2 tu yong .
    anak buah elya pun nak msuk 2 bulan 11 ni...tak pandai sgt ckp lagi:)

    ReplyDelete