Monday, November 2, 2015

Resepi Playdoh Homemade.



Hai uols!

Budak budak sekolah cuti hari ni sempena SPM, jadi cikgu ada free la sikit, moh le hapdet belog. Padahal keje berlambak ni, takpelah amik 15 minit kejap je update sikit. Penting ni nak update, kang esok-esok aku nak buat lagi, senang..iols google je belog sendirik. Kehkehkeh.


Nak buat Yong oiii??


Ni ha Kiah....iols buat homemade playdoh ha.





Benda ni lama dah viral, aku je lambat buat. Takpelah, aku bukan jenis nak in trend sangat. Lambat lambat pun takpe.

Bagus ni buat sendiri playdoh. Lebih selamat gitu untuk anak-anak sebab bahan-bahan dia semua bahan boleh makan. Jap nak kasi resepi.


RESEPI PLAYDOH HOMEMADE

Bahan:

Tepung gandum 2 cawan
Garam setengah cawan
Cream tartar 2 sudu besar (kalau takde pun takpe)
Minyak sayuran 1 sudu (Aku pakai minyak jagung. Minyak masak pun okey je)
Air panas setengah cawan
Pewarna (ikut warna apa suka)

Caranya:

1. Campur semua bahan (kecuali pewarna), uli sampai jadi doh lembut. Air panas tu masukkan sikit-sikit. Uli sampai tak melekat kat jari. Kalau melekit lagi, tambah tepung lagi.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna yang kita nak buat.

3. Titiskan pewarna pada satu bahagian doh, uli lagi sampai warna sebati.


Ha gitulah cara buatnya. Senang jo eh. Tapi berpeluh jugaklah nak menguli tu. Fuh fuh fuh. Bila dah siap tu rasa macam waaaaa...tokey playdoh pun tarak buleh carik makan gini. Hakhakhak.


Aidi teruja.

Aku biar dia main ikut suka dia. Dia buat resaksa, pastu suruh aku buatkan ultraman. Peh peh peh ulraman macam mana nak buat guna platisin ni?? Ah gasaklah buat cane pun, janji ada tanduk dua, mata kuning. Jadilah ultraman tu. Eh nape macam setan pulak aku rasa tu? Wakakakak!!



Mainlah ye nak.. silakan silakan.

Adelea tak layan sangat benda ni. Dia belum paham kot. Aidi je layan.

Eh, lupa nak bagitau, playdoh homemade ni tahan lama tau, boleh tahan sampai 6 bulan kalau korang simpan dalam peti ais. Jadi lepas anak main, masukkan dalam tupperware then simpan dalam peti ais.

Playdoh aku ni elok elok aku buat 6 kaler, sekarang semua jadi 1 kaler je. Habis semua Aidi campurkan.


Nangess!!

No comments:

Post a Comment