Saturday, July 31, 2010

RAHSIA BESAR TENTERA

Berjodohkan seorang tentera.


yang kanan itu incik suami. Yang kiri itu bukan aku.

Tak pernah terbayangkan langsung masa dulu. Sikit pun aku tak pernah terpikir yang aku akan berkongsi hidup dengan seorang tentera. Tak kisahlah tentera laut ke darat ke udara ke, langsung tak pernah terlintas.

Tapi itulah jodoh namanya. Tak kisahlah tak pernah lintas ke tak pernah seberang ke kalau dah tertulis itu jodoh kamu, maka berijab dan kabul la kamu berdua.

Dan sepanjang 3 tahun aku berbuah hatikan sang tentera, memang banyak pahit manisnya. Kalau nak diibaratkan mungkin dah jadi ikan siakap tiga rasa! Pahit manis payau! Haha.

Kamu rasa best ke jadi kekasih/isteri tentera???


Uiii...best apa.


1. Abang-abang tentera biasanya disiplin diri sangatlah tinggi. Kalau setakat nak kena bangun seawal subuh pagi tu memang takde hal la. Jadi tiada masalah untuk susah payah jadi jam loceng mereka. Memang sangat punctual, kemas, hebat bergaya. Markah tinggi untuk disiplin diri.

Errr...tapi incik suami ada masalah untuk sidai towel di ampai selepas mandi. Beliau lebih suka sidai atas tilam. Huhu.


2. Sangat protective. Sesuai dengan kerjaya mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk negara, macam tu jugak la mereka sanggup perjudikan diri untuk kamu.

Macam aku, aku sangat fobia terhadap anjing dan kera/monyet. Sangat takut hokey? Sampaikan kalau aku terserempak anjing on the way nak ke kedai, ke mana ke, aku lebih sanggup pusing balik ikut jalan jauh ataupun tak payah teruskan jalan. Terus meluru balik ke rumah dengan nafas laju menggila. Gila seram.

Tapi bila ada incik suami di sebelah...

Anjing ke kera ke monyet ke..

Apa ada hal??

ceh.


3. Ayat power. Hahaha.

Ko ingat ni iklan power ruk?? *saya menang moto. Terima kasih pawaruk*

Haha.

Tapi memang itulah yang aku rasa. Incik suami macam punya kuasa dalam bab-bab mengayat ni. Aku pun kadang heran, aku merajuk la sebesar mana pun. Kadang tu sampai dah sms "benci" "meluat" "menyampah" segala bagai yang busuk-busuk semua aku hambur kat dia. Tapi dia tenang jek. Siap boleh balas balik semua rajukan aku dengan penuh kasih sayang.

Maka mencair la aku bak lilin yang kependekkan sumbu. Haha.

Tapi ada bahayanya juga ayat power ruk ni. Beware!!


Tapi ada jugak tak bestnya bila berlakikan tentera ni. Memang boleh buat makan hati. Kalau makan hati ayam masak kicap ke sedap la jugak. Ini tak...sakitkan hati jek. Huhu.


1. Sakit tak hati kamu bila si dia asik-asik membizi je sepanjang masa. Macam incik suami, kerjanya memang pelik sikit. Satu hari duty 24 jam, esoknya off satu hari. Pastu lusa duty lagi 24 jam, tulat off lagi satu hari. Nampak macam best kan? Selang sehari cuti. Kiranya seminggu kerja 3-4 hari jek. Sorga!

Tapi sorga kebendanya??

Tiap kali off day incik suami akan bantai tido dari pagi membawak ke malam. Abis tu bilanya masa untuk aku?? Haih!


2. Kalau kamu mahu berboiprenkan atau bersuamikan sang tentera, get ready la fizikal dan mental. Jangan terkejut kalau semua plan untuk berdetink, berjumpa, bercanda terpaksa dibatalkan secara mengejut. Pasti akan berlaku.

Macam aku, setakat plan nak jumpa, nak detink semua tu ter cancel tiba-tiba tu memang dah lali dah. Biasa sangat. Kalau kamu nak tahu, aku hampir-hampir terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebelum ni semuanya gara-gara prosedur dan gaya hidup pelik seorang tentera.


3. Yang ni aku tak sure betul ke tidak. Nak ulas panjang pun tak berani. Kang tak pasal-pasal kena saman. Haha. Tapi aku memang selalu dengar benda yang satu ni. Dan pernah berlaku depan mata pun. Tapi tak berani la nak komen lebih. Bak kata orang terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata memang di setan-setan ko nanti. Uiii..tak berani.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi betul ke orang kata tentera ni playboy??




Ayakkk!!! Lari!!!!

Wednesday, July 28, 2010

BILA RINDU, TIANG LETRIK PAKAI SKIRT PUN NAMPAK MACAM AKU.

Apa perasaan kamu bila orang yang kamu sayang *lebih lagi sang suami* asik terbayang gila merindu siang malam pada kamu. Pendek kata apa yang dibuat pun asik terbayang kamu.

Rasa apa ye?

Aku rasa luluh urat sendi bila incik suami ulang kali mengadu rindu dendam kesumat suria baja hitam bagai.

Sayu sungguh.

Rasa macam sedikit berdosa sebab tak dapat berada di sisi dia saat dia perlukan aku. Sedih.

Tambah hiba bila kemaruk mabuk kepayang incik suami sudah sampai ke tahap kronik. Kata beliau bila rindu tengah menggila, di mana-mana pun dia nampak aku. Sampaikan tengok tv pun terbayangkan aku!

Wah wah wah!

Sebijik macam filem hindustan. Bila sang hero tengah syiok syiok tonton tv..dan mula berangan tentang kekasih hati. Tup tup watak heroin dalam tv bertukar wajah ke wajah chenta hati. Mula berangan menari ulala ulala berdua. Tukar baju berganti seluar. Golek-golek turun bukit. Kan selalu kan macam tu??

Hmmm..itulah yang terjadi pada incik suami aku.

Tengok tv...drama melayu je pun.

Tapi terbayang kan aku jadi pelakonnya!

Wattefish and chip??!

Agak kamu drama apa yang sampai incik suami terbayangkan aku??

Isabella lakonan Vanida Imran??

Oh sumpah la bukan. Bagai langit dengan teras bumi.

Drama Duyung Aridinata??

Pun bukan....kalau ada watak dugong dalam tu mungkin iye. Haha.

Drama apa??









Drama ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar: google image



DOTTIE!!!


Hahaha!

Sesuwaiiiii gitu.

Lucu la kamu ni incik suami.

Siap ada wish list lagi.

Beliau mahu aku buat rambut macam Dottie tu. Katanya comel lagi kiut dan miut.

Iye ke??

Saturday, July 24, 2010

MAK MENTUA KASSIM SELAMAT. *siapa Kassim Selamat???Loyer??Majistret??*

"Alaaaa Kassimmmmmmm...ampunkan mak kassimmmm..mak bersalah kassimmm...."


Pernah dengar dialog tu?

Tentu pernah kan? Dialog glamer dalam filem Ibu Mertuaku *sebetulnya Ibu Mentuaku*.

sumber google


Filem sangat terkenal dengan watak ibu mentua yang garang gila bak singa betina. Gila punya cerewet part nak pilih calon suami buat anak darannya..sampai kita semua boleh hafap dialog yang satu lagi ni.

"Siapa Kassim Selamat?? Lawyer? Majistret?

Ingat tak?

Gila aku kecut perut kalau dapat mak mentua cenggitu. Kang terkeluar pulak dialog

"Siapa Yongnana??? Juara akademi fantasia?? Miss Universe?? Ohhhhh.....pembelog rupanya. Apa yang kau tergila-gilakan Yongnana tu ha Amry?? Harap badan je macam tong deram tapi ketok deram seketul habuk pun tak bunyi."


Hahaha..sumpah aku takut kalau mak mentua aku mulutnya pot pet pot pet edisi bernanah gitu. Arghhh tamau.

Fuh fuh fuh....nasib baik lah tak dapat.

Tapi memang betul. Mak mentua memang banyak jenis dan spesisnya. Ada yang lemah lembut sopan santun tutur kata. Ada yang suka bercakap tak kira masa. Ada yang jenis mulut lepas tak sempat nak diinsurans, ada yang jenis tak reti nak bercakap langsung, ada yang asik moody je manjang *maklumlah..umur dah 50an ke atas memang gitu kekdahnya* dan macam-macam jenis lagi lah. Banyak.

Kira nasib kamu la dapat mak mentua yang camne nanti.

Mak mentua aku?

Hehe.

Aku bertuah okey. Mak mentua aku selalu berpewatakkan comel selalu.

Kadang-kadang dia nampak perfect sebagai seorang ibu.

Kadang beliau sedikit clumsy atau bahasa melayunya kelam kabut.

Ada masa beliau buat lagak "maleh aku nak layan..lantak kome la". Haha.

Dan paling selalu beliau nampak sangat la comel. Bukan senang wanita yang dah berumur atas 50an untuk kelihatan comel lagi remaja. Tapi itulah mak mentua aku.

Pernah sekali tu aku terbukak cerita pasal lemang jagung tak sangat susah nak jumpa kat KL atau mana-mana tempat lain kecuali Kuala Kangsar jek. *gila tak sabar nak raya, puasa pun belum dah bukak cerita lemang*

Then kamu tau apa?

Bila jumpa orang jual lemang jagung, terus dibelinya untuk aku. Banyak okey? Siap dengan rendang sekali. Sudahlah lemang ni harganya mahal. Sepotong bulat sekali masuk mulut tu je yang rm3. Gila! Tambah lagi mak cik niaga tu cuba untuk menipu kami mentua dan menantu. Huisshh! Hangin la aku. Mak Cik Lemang ni tak tahu agaknya aku ni handal matematik, lulusan akaun lagi tu. Sila jangan berani-berani nak menipu harga lemang dengan aku. Aku calculated balik harga lemang campur rendang semua depan mak cik lemang tu dan depan bakal-bakal pembeli yang lain dan ternyata makcik tu tipu kami RM4!! *ceh, RM4 pun kecoh la kau Yongnana.*


Ha kan dah terciter pasal lemang pulak dah. Okey sambung balik sambung balik.

Ada sorang blogger pernah mintak aku share tips macam mana nak mulakan perbualan dengan mak mentua. Juga bapak mentua.

Sebenarnya bagi aku cara nak berbual ni berbeza jugak ikut perangai mentua masing-masing.

Kalau macam aku memang punya mentua yang sediakala kuat bersembang memang mudah keje. Aku tak sempat bukak mulut lagi mereka dah mula dulu dah. Sampai pernah sekali aku tengah ralit-ralit syok-syok dok mengemas kat dapur, mak abah mentua aku panggil duduk sekali. Nak bersembang katanya. Haha.

Tak cukup dengan bersembang puas kat kampung, bila dah balik KL pun mereka rajin call tanya khabar dan seterusnya sembang pot pet pot pet selalu. Iye betol. Selama dah kawen ni aku tak pernah lagi call mentua kat kampung. Bukan aku sombong atau kedekut duit tak nak call, tapi selalunya aku baru berangan nak call mereka sekian-sekian hari tup tup mereka dah call aku dulu. Dah tu?? Salah aku ke? Hehe..

Pastu bercakap dalam fon pun dah ibarat aku bergayut dengan incik suami. Kemain lama. Siap boleh main pas-pas talian lagi. Mula-mula cakap dengan mak, pastu abah pulak nak cakap, pastu mak nak cakap balik sampailah selalunya talian terputus sendiri. Mungkin kredit mereka abis atau line tak de. Comel. *hotak ko comel ngabiskan kredit mentua je tau*


Tapi kalau dapat mentua yang kurang bersembang, mungkin kita boleh cuba tips ni.

1. Cuba mulakan perbualan ringkas. Kalau untuk kita-kita yang baru kawen ni topik paling senang nak dijadikan modal bersembang adalah anak dia sendiri iaitu suami kita. Cuba la soalan-soalan mudah tentang anak dia. Tapi awas!! Jangan sesekali cuba bertanya soalan yang buruk-buruk tentang anak mereka. Tanya soalan yang comel-comel mungkin takpe. Contoh:

" Mak mak..Amry tu masa kecik-kecik mesti comel macam mak kan?"

Haha..Kalau aku pegang watak mak tu aku akan senyum meleret dulu sebelum jawab. Hehe.


2. Selalulah dan rajin-rajinkan lah diri tu duduk dapur dengan mak mentua. Bukan apa, kita ni orang pompuan kat dapur la port paling strategik untuk bersembang sambil buat keja apa yang patot. Kat dapur tu macam-macam benda boleh dijadikan topik berbual. Dari lesung batu, periuk belanga, hitam bontot kuali, perasa makanan baru di pasaran, bawang besar dengan bawang kecik mana lagi best, kicap terbaik sepanjang zaman dan segala bagai topik bersembang ada di dapur. Moh kita ke dapur!


3. Mak mentua biasanya akan senang hati melayan karenah menantu yang berusaha nak senangkan hati dan perut anak lelaki mereka. Maka, rajin-rajinlah bertanya segala bagai makanan kegemaran mahupun aktiviti kegemaran sang suami. Mesti mak mentua akan berborak panjang. Silap-silap kamu sampai tak cukup pen dan kertas nak salin resipi. Hehe.


4. Kalau ada saudara mara yang bertandang atau kamu pegi bertandang ke rumah sanak saudara belah incik suami, rajin-rajinlah bertanya kat mentua tentang sanak saudara tersebut. Tunjukkanlah sifat prihatin kamu terhadap kaum keluarga belah sana. Serasa aku mentua akan senang hati nak perkenalkan kita dengan adik beradik mereka. Menantu baru oii...sape tak bangga punya menantu baru??


5. Kalau mentua kamu masih kurang mahu bersembang, masih duduk terperok seorang diri tak suka kamu mencelah apa lagi mahu dengar kamu sok sek, janganlah susah hati. Mungkin dia ada masalah peribadi yang terlalu peribadi untuk kita amik tahu. Jadi kamu janganlah kecik hati, usahalah jadi menantu yang baik. Kadang-kadang tingkah-laku kita je boleh jadi alat penilaian paling ampuh bagi mereka. Jaga tingkah laku, dan cuba sedaya upaya senangkan hati mentua biarpun mereka tak senang dengan kehadiran kamu.


Memang bukan mudah nak jadi menantu pilihan. Tambah lagi kalau kamu punya saingan. Haha. Tapi ingatlah, kita kawen dengan anak mereka bukan sebab nak menunjuk-nunjuk kita menantu terhebat ke apa. Kita hadir dalam lingkungan hidup mentua untuk jadi seorang lagi anak mereka.

Maka usahalah untuk jadi anak yang terbaik. Macam mana kita sayangkan mak abah kita kat rumah tu, seperti tu jugak kita harus kasihkan mentua itu. Tiada beza.

Kalau awal-awal perkahwinan bila gaduh laki bini, dialog ni selalu keluar:

"Hantar saya balik rumah mak saya"

Siapa tahu lama-lama kawen dialog ni pulak yang keluar:

"Hantar saya balik rumah mak abang"

Hahaha.

Comel kan?

Thursday, July 22, 2010

MAT, DAH BESAR BESOK NAK JADI APA?

Aku ingat lagi, dulu masa sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6 bila dah dekat hujung-hujung tahun tu mesti cikgu akan buat soal selidik tentang cita-cita murid-murid termasuklah aku. Cikgu akan panggil nama setiap murid sorang-sorang pastu murid-murid yang namanya dipanggil haruslah berdiri dengan pantas dan sebutkan apakah yang anda ingin jadi untuk tempoh 10 ke 20 tahun akan datang. Bukan jado ottomen, ke flash man, robocop ke suria baja hitam ke apa, tapi apa cita-cita kamu. Beritahu cikgu apa cita-cita kamu. Pastu aku nampak cikgu akan tulis cita-cita yang murid-murid sebut tu dalam buku rekod penilaian memasing. Cenggitu la kekdahnya.

Ada tak cikgu-cikgu kamu buat gitu?


Takde??


Aik apsal sekolah aku je ada wat camtu??

Sudah lah tu, cikgu siap mintak senaraikan tiga cita-cita ko tau?? Dan hendaklah disusun mengikut tertib. Yang paling minat terkagum teridam-idam mesti duduk paling atas. Yang paling kau menyampah, kalau boleh tak nak jadi pun tapi sebab cikgu dah mintak sampai tiga cita-cita dan ko cuma tau tiga jenis pekerjaan tu je masa tu, maka kau sebut la jugak dan yang itu kau letakkan la paling bawah.


Kamu tahu apa cita-cita aku masa kecik dulu??

1. Doktor *ni cita-cita yang memang glamer la zaman aku dulu. Sape yang tak taruk doktor sebagai cita-cita memang akan dipandang kuno ataupun dianggap tak pandai matematik oleh kawan-kawan. Maka harus letak "doktor" sebagai cita-cita paling atas sekali supaya dianggap pelajar pandai matematik walaupun hakikatnya sifir 6 pun kadang-kadang sangkut. Tapi harus!*


2. Peguam *Walawei!! Aku pernah rekodkan mahu menjadi peguam bila besar kamu tahu? Gila kentang putar. Sumpah masa sekolah rendah dulu aku tak tahu sangat peguam tu camne kejenya. Yang aku tahu keje peguam dalam mahkamah. Kawan dengan hakim yang rambut putih gulung-gulung tu. Pastu pakai baju hitam macam hebat gagah perkasa jek. Maka "peguam" harus ada dalam senarai. Hahaha*


3. Pramugari * Ini memang paling tak boleh blah. Pramugari wokkk??? Adeh la...sape la yang pengaruh aku untuk jadi pramugari masa ni entah lah. Nak kata selalu terbang naik flight yang memungkinkan aku kagum dengan kerjaya ni, baru sekali jek aku naik kapal terbang. Nak kata pengaruh drama TV, ada ke citer ala-ala Awan Dania dulu-dulu??

Tak de kan?

Entah la labu..Memang tak sedar diri aku time tu. Badan dah macam tong deram, ada hati tu...Alahaiii...


4. Akauntan. * Hehehe..ni 100% pengaruh dari mak aku. Mak dari dulu sampai sekarang pegang jawatan Penolong Akauntan di MPSJ. Jadi dari aku kecik lagi aku dah terbiasa dengan perkataan akauntan ni. Dan dulu-dulu bagi aku keje akauntan ni macam keje mak. Kira-kira duit. Sampai pernah satu masa aku konpius antara akauntan dengan cashier pasaraya. Dua-dua pun kira duit jugak. Huhu..


5. Guru *Hmmm..guru adalah nama yang paling aku sebut-sebut dalam buku rekod aku. Boleh kata setiap tahun mesti ada "guru" sebagai salah satu cita-cita aku. Wajib ada. Tak tahulah kenapa aku minat sangat nak jadi cikgu. Tapi memang tak pelik bila budak-budak kata nak jadi cikgu masa kecik sebab setiap hari hidupnya bergelumang dengan guru. Kat sekolah nampak guru, balik rumah pun dok terbayang muka cikgu. Lagi-lagi cikgu yang garang misai lebat yang bagi homework matematik berlambak-lambak tapi aku tak siapkan lagi! Wakakaka! Gerun!



Aku kecik-kecik memang tak luas perbendaharaan kata. Aku tak pernah tahu apa tu arkitek, jurutera,juruaudit,programmer, angkasawan, buruh binaan, makcik cleaner bla bla bla semua tu. Memang aku tak kenal lagi. Aku cuma tahu *yang tak berapa tahu* lima jenis kerja kat atas tu jek. Sudahnya lima tu la aku dok ulang-ulang setiap tahun dari darjah 1 sampai darjah 6. Haha.

Bila aku masuk tingkatan 3, aku mula nekad *ni betul-betul nekad* untuk pilih "akauntan" sebagai cita-cita sebenar aku.

Kenapa??

Hehehe..konon-konon nak teruskan perjuangan mak. Aiceh! Mak aku lulusan Diploma in Accountancy (DIA) dari ITM. Beliau lulus cemerlang dan ditawarkan sambung degree in Acountancy di luar negara tapi..............*hmm ada tapi*, mak tolak sebab dah seronok kerja dan dah sibuk nak kawen. Alahaii omak...

Maka aku konon-konon nak sambungla perjuangan mak yang terbantut tu. Aku nekad nak amik degree akaun kat UiTM. Muktamad! Takde tukar-tukar dah. Sampaikan tiap kali lalu depan UiTM Shah Alam tu aku mesti cakap dalam hati..


"satu hari nanti aku mesti akan ke sini. Mesti."

Dan Alhamdulillah, aku berjaya amik degree akaun kat UiTM Segamat, Johor. Walaupun bukan kat UiTM Shah Alam tapi tetap seronok gila. UiTM Segamat best apa??? Hanis Zalikha blogger terkenal tu pun budak UiTM Segamat jugak what?? *haha...tumpang glamer*

Bila graduated merasa la aku kerja sebagai juruaudit kat firma audit swasta. Weh, apsal tak jadi akauntan?? Dulu kemain kobar-kobar nak jadi akauntan??

Huh!

Kalau kat firma-firma swasta ni, bila sebut kerja akauntan saling tak tumpah macam kerja kerani akaun. Sebijik. Tambah-tambah kalau kampeni kecik. Silap-silap ko yang key in akaun, ko yang sign, ko jugak yang approve. Adeh..aku tak mau akauntan gitu. Biarlah aku jadi auditor, skop keje lebih luas dan lebih mencabar. Mana tak mencabar, dalam 5 kali submit file, paling kurang 2 file mesti kena baling kuar dari bilik bos. Hahah! Gila kena kuat mental fizikal kalau mahu jadi auditor. Mana-mana auditor pun lebih kurang jek. Bos semua pesen baran. Huhu.

Bila dah asik kena humban baling fail jek, aku dah mula bosan. Bosan weh kalau dah sampai satu tahap ko takde motivasi dah nak pergi keje, apatah lagi nak buat kerja. Memang bosan. Aku mula berkira-kira nak cari kerja lain, yang tak stress sangat, yang best, yang gaji banyak.

Ops, cakap pasal gaji, kamu tahu tak masa aku kerja auditor dulu gaji aku berapa??

Teka lah..

Rasa macam banyak kan? Maklumlah..auditor. Dengan bunyi pun dah ala-ala editor. Ubah sikit lagi mungkin boleh jadi Edi Pak ataupun Edry KRU. Gaji mesti mahu mahal lor...

Tetapi..

Takde maknanya.

Gaji aku cuma RM1550 sajork masa aku resigned aritu. Itu pun adalah increment skit sebab prestasi aku bagus sepanjang tahun *mahu puji diri jugak.hehe*. Kalau tak RM1400 sajork okey?


Tapi apapun Alhamdulillah..ada jugak rezeki dari takde langsung.

Maka makin hari aku makin merajuk dengan dunia perakaunan. Ceh, baru kerja setahun lebih dah merajuk. Pigi daa!

Dan memang aku pergi.

Aku tekad nak mohon jadi guru. Yep. Cita-cita aku yang tak pernah aku lupa bagitahu kat cikgu dulu-dulu. Ya...patotnya dari dulu aku jadi cikgu. Kerjaya tu lebih sesuai dengan jiwa aku.

Terus dengan pantasnya beli borang DPLI, then isi secara kelam kabut dan hantar pun macam lipas kudung sebab tarikh tutup penyertaan *eh bukan, permohonan* adalah esok! Fuh fuh fuh!

Dan alhamdulillah aku berjaya ke UPSI. Amik DPLI dalam kursus Perdagangan/Perniagaan.

Dan tamat belajar dah pun. Praktikal pun dah selesai. Sekarang cuma menunggu penempatan mengajar sahaja.


Aku dah mula rindu untuk ke sekolah semula.

Rindu amat.

Kangen bangat sama budak-budak nakal begini.



Dan juga anak-anak cerdik pandai gini.






Juga rindu pada rakan-rakan seperjuangan seperti ini




Incik KPM...cepatlah posting kan kami.

Cepat lah incik...cepat lah..

Errr..saya mahu mengajar di Labuan boleh tak incik KPM??

Boleh la...boleh la...*sambil menyanyi lagu bolehlah boleh gelekkan Mas Idayu*

Monday, July 19, 2010

AKU TAK TIDO SEMALAMAN UNTUK BUAT INI

Sape kat sini pandai edit gambar angkat tangan??
.
.
.
.
.
.
.

Aku sungguh la tak reti. Tapi aku ada keinginan yang tinggi bak klcc untuk belaja edit gambar sendiri.

Owh lupa, kepada yang angkat tangan tadi, sila turunkan tangan masing-masing.

Ok sambung semula.

Agaknya ngedit gambar ni perlukan bakat alam semulajadi ke atau bakat belakang pisau yang diasah sampai tajam?? Kalau bakat alam semulajadi memang aku takde la kot. Aku ni kalau kamu suruh lukis orang lidi pun belum tentu cantik orang lidinya. Silap haribulan jadi orang mop!

Haih!

Sangat cemburu pada mereka yang punya bakat istimewa itu.

Tapi kalau kita tak cuba mana nak tahu kan? Lagipun berlambak dah software edit-edit gambar sekarang ni. Kamu tanya jek incik google. Jangan lupa mintak yang free. Hehe.

Macam aku siap dapat 3 software free.

1. Picasa 3

2. Photoscape

3. Photoshop....hanya bertahan beberapa minit pastu aku delete dari laptop. Sungguh aku tak reti guna photoshop. Rumit bebenau. Padahal inilah satu-satunya editing software yang aku belajar secara formal dalam kelas dulu. Tapi sumpah sampai ke hari ni aku tak paham fungsinya. Its complicated bak kata Avril Lavinge. *ater betol ke aku ngeja nama minah saleh tu?*

Maka aku guna dua software jek. Picasa 3 tu aku dah familiar sikit dah sebab dah lama jugak kitorang bersahabat baik. Cuma Photoscape tu jek baru malam ni aku mintak kat incik google. Jadi sesi ice breaking tu masih tak abis lagi.

Nak edit gambar ni bukan senang rupanya ek? Perlukan tahap kesabaran yang tinggi melangit.

Mana taknya...ko kalau nak edit gambar kena kenal semua function yang ada, tau cara guna semua tools yang tersedia, pendek kata kena tahu semua la. Dan proses nak tahu semua tu bukan makan sejam dua ye..boleh jadi berminggu-minggu.

Dan untuk budak baru macam aku ni, yang baru habiskan 3, 4 jam godek-godek software ni, maka jangan diharap la hasil editan *ada ke word ni?* yang terbabomm bak OP-OP terkenal ye. Memang jauh panggang dari pulut panggang, Apatah lagi dari ayam panggang. Memang jauh!

Yang aku mampu...cuma ini.


Aku suka tona warna gini. Tapi tak semua gambar sesuai guna warna camni pun. ke aku yang tak reti?? Hmm tidak syak lagi, memang aku yang tak reti. Huhu

Lagi,


Kalau ikut gambar asal, ada sorang minah saleh dok posing mosing jugak kat belakang aku. Aku godek-godek sang Photoscape tu......Tara!!! Hilang. Magic kan? *padahal orang lain dah tau lama dah camne nak magic-magic kan objek dalam gambar ni*

Seterusnya..

Gambar ni pun aku magic-magic kan jugak. Kalau ikutkan kat laut belakang aku tu ada 3 ke 4 buah bot ntah. Tapi aku dah ghaibkan semua, tinggal sebijik bot saja. Budak-budak pat lima orang sedang mandi-manda kat belakang tu pun aku dah "lemaskan". Ilang tanpa dapat dikesan. Hahaha.

Okey ini pulak..

Aku memang suka betol gambar ni. Sebelum edit pun memang aku dah suka dah. Haii..siapalah tukang petiknya ek? Hehe..

Ada lagi?



Gambar ni sekali tengok aku memang jatuh chenta. Tapi dua kali tengok aku jadi nyampah. Sumpah buruk gila peha ayam segar dari ladang aku tu! Hishh!

Blum habis lagi..


Ini gambar make-up masa bertunang setahun yang lepas. Bila tengok gambar ni aku musykil betul...kenapa gambar time make up orang lain semua lawa-lawa, cun jek, nampak macam artis-artis diva-diva jek. Tapi gambar aku??? Awat la huduh semacam?? Tak gelemer langsung. Sampai sekarang aku musykil..Hmmmmm...*sambil pegang janggut yang tiada*


Owh ini pulak gambar masa rombongan meminang sampai. Aku jumpa function "fisheye" kat Photoscape tu. Boleh buat gambar melengkung. Ikut suka la nak melengkung berapa darjah pun. Darjah satu ke darjah dua ke darjah enam ke..Tapi kalau amik darjah enam nanti kena amik UPSR. Kena tunggu sampai UPSR confirm mansuh baru boleh amik darjah enam. Selamat sikit. *tak paham?? Tak paham pegi amik newspaper, ada berita tentang UPSR nak dimansuhkan*


Ini gambar hantaran bertunang dua-dua belah pihak. Yang pink tu dari aku and vice versa. Aku gubah senirik ni hantaran masa ni. Kemain gigih tanya kat incik google camne rupa dan cara nak gubah hantaran sendiri. Siap taip kat enjin carian "hantaran ekslusif". Ha..inilah hasilnya...Ekslusif la sangat. Bunga pun pelsu cap sin yin. Haha!

Hmm..editing gambar buruk.



Orang tua-tua tengah berbincang bla bla bla. Sungguh memori detik ini. Jadi aku edit ala-ala gambar lama...tahun 1980an. Haha..Gila lama kau bertunang ye Yongnana??


Tetiba kuar gambar nikah pulak. Sangat tak mengikut kronologi. Ada ke hanimun dulu, pastu bertunang kemain lama *dari 1980an* pastu tup tup baru menikah? Hahaha!

Oii Oii jangan pikir lain ek? Kisah hidup aku penuh dengan kronologi yang amat tertib okey? *heh, tetiba risau orang pikir aku btol-btol hanimunan dulu sebelum btunang.apakah??*

Okey ulasan gambar terakhir...


Gambar huduh amat. Sila tunjuk ajar ku sifu.


Sekian.




p/s: Jangan kamu tanya kenapa aku edit gambar sekian-sekian, nape tak edit gambar sekian-sekian. Aku memang pick gambar randomly jek. Ikut suka jari aku nak click yang mana. Hehe.

Sunday, July 18, 2010

LAKSANA OTTOMEN KOCOMO....BERRR TUKAR!!

Perasan tak sesuatu yang berbeza pada belog ternakan aku nih??


Perasan tak??

Ke aku je yang perasan sorang-sorang? Hahaha


Kamu perasan ke tak perasan ke aku tetap pukul canang. Tak kiralah, pukul canang ke, pukul roti canai ke..tetap mahu memukul.

Ye...aku sudah tukar nama belog peliharaan begitu juga dengan gambar tepek di header. Semuanya sudah BEEERRRRR TUKAR!!

Sememangnya aku sayang sangat dengan tajuk "Hampir Ke Situ" tu. Kira ada memori la. Tapi bila pikir-pikir balik, dah tak berapa relevan dah tajuk tu. Aku pun dah sampai dah pun ke situ. Hehe..

Owh mula-mula memang ada terpikir nak tukar tajuk yang ada bau-bau bacang dengan tajuk lama jugak. Contoh macam ni:

1. Dah Sampai Dah..
2.Sampai Ke Situ
3. Dah Sampai Ke Situ, Mahu Ke Sinun Pulak.
4. Balai Ketibaan Telah Kujejaki.
5. Aku Situ Sana Sini

Owh banyak lagi lah. Lupa dah semua. Memang dua tiga hari ni aku asik memikir tentang nama tajuk baru jek. Pastu kadang berpikir lagi dengan seriusnya samada nak tukar ke tak nak tukar tajuk belog ni. Pastu berpikir lagi nama-nama lain yang best dan terbabomm yada yada sampailah aku tertido. Pastu dalam tido pun boleh mimpi tentang nama belog lagi. Pastu bila bangun tido aku ulang proses yang sama seperti yang tertera di atas.

Begitulah seterusnya dan seterusnya sampailah hari ni. Bila aku dah fed up pikir nama baru untuk belog, aku pun tak nak pikir dah. Baik aku cari gambar yang best untuk gantikan header aku yang tak berapa nak lama tu. Ah sudah...nak tukar header pulak??

Lantak kau la Yongnana, jangan kau tukar laki sudah lah. Haha.


Kredit untuk incik Google


Maka aku pun godek-godek la perpustakaan picasa aku...dan aku pilih gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini
.
.
.
.
.
.
*sila tengok header belog sekarang untuk gambar*


Aku malas nak edit-edit bagai, Aku cuma letak text saja. Maka secara otomatiknya text tersebut la nama belog baru aku. *tepuk tepuk tepuk*

Maka dengan ini aku mengumumkan nama belog baru aku adalah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*errr..sila tengok header sekali lagi ye*

Aku rasanya takkan tukar-tukar nama belog lagi dah lepas ni. Nama yang baru ni benar-benar mewakili diri aku yang sebelah lagi.

Aku tahu ramai antara pembaca belog aku *ceh, ada pembaca ke??* lebih kenal nama "Hampir Ke Situ" dari nama aku sendiri. Sampaikan ada blogger yang panggil aku Cik Hampir Ke Situ. Hehehe..comel pulak kedengarannya. Hehe.

Buat kawan-kawan yang dah terbiasa dengan belog "Hampir Ke Situ", sila jangan tukar chanel mahupun delete link ya..ini masih belog yang serupa, penulis yang sama dengan ketembaman yang tak berbeza. Ini adalah belog aku...Nama Ku Yongnana.


Stay tune ya...

Saturday, July 17, 2010

SOGO ADA MEGA SALE

* ini entri pendek*


Sogo tu best kan??



sumber: incik google

Gila meriah. Nampak macam ada mega sale sepanjang tahun jek.

Best kan?

Shopping Mopping, cuci mata, cuci purse sampai "bersih". Hehe.

Mesti heaven kan?

Alah...Sogo je pun, kecoh macam nak pergi shopping mopping ke Harrods nun. Ceh!

Tapi teringin la..Pembawakan budak agaknya ni. Hahaha! Tipu gila!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi betul lah..

Teringin la nak pergi Sogo

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak pergi interview kerja kat sana.





Pembantu Juruwang.




Boleh tak?

Tuesday, July 13, 2010

LEPAS SEMINGGU TULIS ENTRI BARU PERASAN ENTRI INI TIADA TAJUK..*okey sekarang dah ada tajuk dah*

Sebahagian daripada dialog perbualan telefon yang biasa antara suami dan isteri sebelum melelapkan mata:


Isteri: Abang...apa yang paling abang tak suka tentang kite ye?? Tak kisahlah dari zaman bercintan cintun sampailah ke hari ni. Apa ye yang abang paling tak suka tentang kite??


Suami: *diam*

Isteri: *pun diam. Sabar tunggu jawapan*

Suami: Hurmmmmm.....................................*pastu diam lagi*

Isteri: *dalam hati...aii banyak sangat ke yang dia tak suka sampai lama nau nak bagi jawapan. Neves dah ni*

Suami: Ermmmmm..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*tarik nafas panjang*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Takde apa.

Takde apa yang abang tak suka.

Semuanya okey. Semuanya abang suka.

Isteri: *terkelu tanpa bicara*


Ulasan: Gila aku terdiam saat tu. Dalam banyak-banyak perangai buruk aku takkan takde satu pun yang dia tak suka? Uishh! Aku ni sudahlah kuat melenting, cepat sensitip, kaki merajuk, tak reti masak bagai bagai lah perangai huduh aku. Incik suami boleh magickan semua perangai buruk tu jadi perangai indah permai di hati beliau??

Sungguh la aku terharu. Kalau dia tanya aku soalan yang sama aku tak tahu berapa banyak senarai perangai buruk-buruk dia yang akan aku lontarkan. Huhu..


Memang suami aku bukan kategori suami berpendidikan tinggi. Tapi beliau punya banyak ilmu tentang kehidupan. Dan malam ni aku belajar sesuatu dari incik suami. Belajar sesuatu yang tak pernah aku dapat kat mana-mana institusi pengajian formal sebelum ini.


Aku cinta sayang kamu banyak sangat incik suami.

Monday, July 12, 2010

26 TAHUN DULU.....AKU ADALAH....

Zaman kanak-kanak indah kan?

Selalu tersenyum kalau teringat zaman riang itu. Terasa macam dunia ni tak de masalah. Aman sentosa. Bahagia sentiasa. Huhu.

Aku bertuah sebab abah aku memang sangat amat lah suka amik gambar aku dan adik-adik untuk dijadikan kenangan bila kami besar kelak. Hobi agaknya. Sungguh aku ada banyak koleksi gambar zaman hingus itu. Dari aku berumur 2 3 hari sampailah aku dah pandai berjalan berlari. Koleksi video pun banyak, tapi aku tak pasti mana letak duduknya. Mungkin ada dalam simpanan abah. Kalau dapat tepek satu dua video kecik-kecik kat sini best jugak kan? Hahaha...macam lah reti.

Kenapa tiba-tiba aku buka citer pasal zaman kanak-kanak ni ye?

Hmmm..sebenarnya tadi aku godek-godek la henfon cikai aku ni..*sungguh dah cikai sangat dah fon aku sampai keypad pun dah tanggal-tanggal.huhu*. Dan aku terjumpa beberapa keping gambar aku masa kecik dulu. Memang boleh buat aku senyum-senyum sendiri. Hihi..


Mahu lihat??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sat na...mahu upload.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tada!


Inilah aku masa baby, comel tak?*anda tiada pilihan, sila jawab comel.haha*. Masa ni baru umur sebulan dua kot. Ke baru beberapa hari...tak sure sebab ikut kata mak aku ni membesar dengan cepat bagai johan. Hahaha..


Ini pun umur masih tak sampai seratus hari lagi agaknya. Owh ye lupa nak kenalkan, yang baju biru tu Athirah, sepupu aku yang selalu aku pukul canang nama beliau dalam belog ni. Kami ni sebaya..beza cuma 30 hari saja. Aku lahir 24 Jun, beliau lahir 24 Julai. Wah! her besday coming soon! Huhu. Dan yang seekor diri lagi tu siapa lagi kalau bukan baby paling comel tahun 1984! Hahaha..perasan gilos!


Aku masa baby memang pesen tido berbuai. Zaman dulu-dulu takde la lagi buai ala-ala anak orang kaya yang style pat segi diperbuat dari besi@kayu tu. Yang ada cuma buai edisi kain batik mak. Memang terbaikk! Abah hayun buai laju-laju, dan aku terlena kroh kroh kroh sambil peluk bantal busuk.

Errr..nak tau tak, sampai sekarang aku masih tido dengan bantal busuk yang seakan-akan sama macam dalam gambar tu. Hehe, dah kawen pun masih ada bantal busuk. Ketiak incik suami tak cukup busuk untuk lenakan tido aku. Haha!


Ini aku tak tau kat mana lokasinya. Entah kat tepi jalan mana entah ni aku tak pasti. Yang pasti kat KL la. Hehe. Montel kan i??=p


Naik kuda kayu sambil menyanyi...


"kuda ku lari gagah berani!!!!"

Hahaha..sayang bangat sama abang kuda ni. Tapi sah-sah la dah "arwah" dah abang kuda aku ni.


Wallawei!!

Dah macam champion wrestling dah kekdahnya. Hahaha. Sila tengok bentuk tubuh badan aku kala ini, geram kan? Ada rasa nak cubit-cubit geget-geget kan? Cuba bayangkan sekarang ni aku pakai pakaian yang sama sambil pegang trofi camtu. Agak-agak berapa baldi korang nak muntah?? Hahah!


Playtime.

Serasanya aku memang ada banyak toys zaman kanak-kanak riang dulu. Oleh itu segala kerja-kerja menyepahkan rumah silalah serahkan pada aku adik-beradik. Hehe.



Masa kecik-kecik Zoo Negara adalah antara tempat yang wajib mak abah bawak pegi jalan-jalan melawat "sedara mara". Hahaha.

Tapi untuk si badan montel macam aku ni pegi la ke mana saja, yang nampak di mata hanyalah makan makan makan!

Sebab tu muka aku dalam gambar ni cebik jek. Sibuk nak makan KFC la tu. Haih!


Sumpah 1 2 3 aku tak pernah daftar mana-mana pun kelas taek kwan do dari kecik membawak lah aku besar. Tapi entah angin apa yang goda abah aku pegi beli set baju taek kwan do ni. Adakah semata-mata mahu jadikan props bergambar??

Kalau la betul, maka tabik la kat abah. Sanggup beli 3 set uniform ni hanya untuk amik gambar eksyen konon-konon ada hantar anak-anak pegi kelas "gaduh-gaduh" tu..padahal nan ado. Huhu.




Bersama adik lelaki aku. Masa ni kat kampung ni. Entah hapa kejadahanpokok ntah la kami dua beradik kena bertanjak tinggi gini?? Adakah ini pun angkara abah jugak?? Adeh la..abah saya..abah saya..


Wah..ini best. Hari Bakat di tadika. Kalau tak salah ni acara fashion show. Semua pelajar dikehendaki pakai baju yang paling cantik yang kami ada pada hari tu. Wah! Teruja!

Mak aku lagi teruja. Siap belikan sepasang gown baru untuk aku. Gown tingkat-tingkat beb. Tengah in what masa tu. Stokin pulak jenis yang tinggi sampai ke peha pastu ada rambu ramba. Kasut pun siap dapat baru lagi. Getah rambut, hair ban bagai semua pun mak belikan yang baru. Pink karer lagi!

Wah! Tak seronok kau??

Siap menang lagi tau??

Tapi MENANGgung kekalahan jo lah jang...Huhu.


Hahaha!

Itulah aku masa kecik-kecik. Gemuk, montel, hitam, comot, pendek, semualah bagi kat aku. Tapi even aku tak comel ala-ala princess macam kanak-kanak perempuan lain aku peduli hapa? Yang penting aku bahagia. Menjalani zaman kanak-kanak setahun demi setahun demi setahun, sambut besday demi besday sampai tak sedar yang aku dah besar.



Kek paling canggih la orang kata untuk zaman dulu-dulu. Hahaha!


Riang ria memotong kek hari jadi yang ke-3 tahun. Yeke ni?? Apsal aku tengok badan aku dah macam budak darjah 1??

Ilusi kamerakah atau memang aku yang membesar bagai anak badak??!

Haih!



Besday lagi..tapi yang keberapa entah lah. Tak hengat.

Dapat banyak sangat hadiah. Sungguh best. Paling best tu lah, hadiah yang aku tengah bukak tu..Playdoh set!

Gila kau?

Budak stinggarden pun dapat adiah playdoh tu. Memang kembang sekembang cik siti wan kembang hati aku time ni. Hahah!

Err...sape pulak yang adiahkan aku pistol siap peluru tu?? Hei..i princess tau..princess pakai gown..pakai crown..mana ada princess pakai pistol???? *dush!benti la berangan. dush lagi*


Gila best sambut besday zaman kanak-kanak dulu. Tiap tahun mak abah buat parti. Masak banyak-banyak, sedap-sedap pastu ajak kawan-kawan satu taman datang umah, nyanyi-nyanyi. tiup lilin bagai..Owh indahnya..Hurmmm..

Tahun ni aku menjadi semakin dewasa. Semakin tua bahasa kasarnya. Molek lagi ke nak bersambut-sambut besday macam zaman kata atas tu lagi??

Macam huduh jek.

Maka sambutan besday kali ni dirancangkan tak perlu lah kek ke belon ke nyanyi-nyanyi ke tak payah dah la. Cukuplah sambutan yang sederhana bersama incik suami terchenta.

Di mana?

Langkawi tentunya.=p


Apa agendanya??

Tiada apa yang istimewa sangat. Incik suami mulakan dengan nota surprise ini *aku dah penah citer pasal nota ni dulu*



Dan diteruskan dengan membelanja besday gurl makan besar. Hehe




Ceh, aku punya besday dia yang makan melahap dulu. Tengok nasi aku, menggunung cantik lagi tau. Nasik incik suami??Huhuhu..2 3 suap lagi licin la tu. Hahaha.

Walaupun cuma belanja makan di warung tepi jalan, tapi aku gembira amat. Kalau Incik suami belanja makan roti sambil duduk atas lantai bilik hotel sambil menonton TV pun aku tak kesah, janji incik suami ada di sisi.


Dear, cuba teka mana satu minuman aku mana satu minuman incik suami??? Hahaha! Gila besar cawan tu.


Owh belum tamat lagi sambutan hari jadi aku. Incik suami mahu belanja aku lagi. Uishh banyak pulak duit dia 24 Jun tu ek??

Belanja apa??

Tadaaa!!
.
.
.
.
.
.
.
.
My besday present..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hand bag.

Owh sila la tahu bahawa ini langsung amat la bukan hand bag cap prada ke gucci ke coach ke yang ribu riban tu.

Ini cumalah hand bag cap langkawi. Beli pun di kedai-kedai cenderahati tepi jalan sajork. Tapi sebab aku dah suka, suka yang sampai tahap asalnya tak mau beli tapi bila dan jalan sampai hujung jalan nun tetiba meroyan nak patah balik ke kedai tadi. Katanya hand bag tu memanggil-manggil supaya dibeli. Hahaha!

Incik suami pun belikan lah..murah saja..doploh hengget! Hahaha! Aku memang tak kesah kalau hadiah besday aku kategori super ekonomi sekalipun. Hehe.

Memang gumbira aku sepanjang 24 Jun tu. Sambutan yang penuh memori.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba
.
.
.
.
.
Bila pulang ke Ampang..
.
.
.
.
.
.
Ada ini.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.



Omaigod!!

Rupanya famili merancang surprise belated besday party untuk aku.

Mereka masak banyak sekali.

Gila terharu.

Aku ingat dah besar-besar gini tambah lagi bila dah kawen ni takkan ada dah sambutan party riang macam zaman kanak-kanak dulu. Rupanya masih ada. Sungguh gumbira amat.

Ada kek sedap dari Secret Recipi



Masih berpeluang tiup lilin *suka-suka saja okey* sambil mereka menyanyi lagu sumbang melodi. Huhu..



Paling bahagia ada incik suami di sisi.




Seronok. Suka.

Thanks buat semua ahli keluarga yang tungkus lumus buat persiapan untuk raikan aku tempoh hari. Memang terkujat amat. Tapi hati amat suka. hehehe.

Harap-harap tahun depan 24 Jun aku akan raikan seronok macam ni lagi. Tambah best kalau ada orang baru mengisi ruang hati. Siapakah orang baru tu??? Hehehe...pray for it.

=)

Daa!

Friday, July 9, 2010

UIIT PENGANTIN, BUAT APA DALAM BILIK TU??

Kalau kita pergi mana-mana kenduri kawen, mesti ada terselit satu dua dialog gini..


"eh, lepas makan ni kita masuk tengok bilik pengantin nak??"


Pernah tak dengar?

Atau kamu sendiri pernah ungkap dialog camtu?

Aku ngaku aku memang pernah wat gitu. Kalau pegi kenduri kawen terasa macam tak lengkap kunjungan kalau tak pergi tengok bilik pengantin. Tapi kalau pergi kenduri orang yang rapat-rapat je la. Takdelah sampai kalau pergi kenduri kawan mak abah pun aku kalut nak tengok tempat beradu pengantin jugak kan?

Tapi apsal eh?

Tetiba aku pelik.

Apalah yang nak sibuk-sibuk tengok tempat tidur orang. Seronok agaknya tengok bilik yang siap dihias cantik dari biasa. Pastu kalau ada yang otak nakal sikit mesti mula nak membayang yang tidak-tidak yang akan berlaku malam harinya nanti. Hahaha!

Dek kerana dah jadi kebiasaan, maka membizi la kita semua pengantin-pengantin untuk siapkan bilik tidur mempelai seindah mungkin. Yelah, kalau dibiarkan bilik sebijik sejiban sama macam masa bujang, mahu pengsan tetamu yang menjenguk muka.

Terutama bilik aku.

Ya ampunnnn!!!

Bersepah larat.

Dengan segala mak nenek 'harta pusaka" bawah katil, atas almari, belakang almari, celah almari semua pun ada.

Kain baju dalam almari tok sah cakap la. Silap hari bulan kau bukak je almari......burrrrrrrrrrrrrr berderai semua baju jatuh ke bawah gara-gara tak berlipat, main sumbat jek.

Pendek kata memang kapal karam bilik aku sebelum majlis kawen aritu.

Haih!

Maka bertungkus dan berlumus la aku adik beradik mengemas bilik.

Katil lama kami dah patahkan. Kopak-kopak sampai jahanam. Memang niat nak buang je sebab katil tu dah crack dah pun sebenarnya. Jadi patah-patahkan dan buang. hehe

Almari baju aku transfer ke bilik belakang. Masih elok, sila jangan buang. Sayang wooo..set bedroom lama aku tu Mak adiahkan sempena hari jadi aku yang ke berapa ek...err thn 2006 kalo tak silap. Umur aku sekarang 26 tahun, ha kamu kira la sendiri. Huhu

Almari solek pun masih elok. Pun transfer ke bilik belakang.

Ok setel. Bilik dah kosong, boleh beli set baru. Takyah gambar la. Kamu pun dah tengok banyak kali dah set bilik tidur aku. Takdelah gah pun. Bukan english minglish style pun. Biasa sajork.

Bila dah ada set bedroom baru, maka bermula acara korek idea nak deco-deco bilik aku tu.

Huh punyalah malas aku. Sampai ke sudah aku takde pikir idea pun. Aku main konsep wait & see jek. Haha.

Sudahnya sehari sebelum nikah baru aku pegi cari apa-apa untuk serikan sikit bilik pengantin aku tu.

Mula-mula aku cari kat dalam rumah je dulu. Walaupun rumah aku kecik, dalam tu ada banyak jugak benda yang boleh aku guna semula *recycle kata omputih*.

Antara hiasan sedia ada yang aku rembat adalah:

Ini





Lilin berlampu...err ke lampu berlilin? Aku pun dah konpius.

Lampu berlilin ni hak milik Cik Yah aku. Sepupu aku *Athirah* hadiahkan sempena besday Cik Yah tahun lepas. Kalau tak salah lampu ni sepupu aku beli kat Ikea. Kalau sesiapa berkenan, boleh la terjah Ikea hokey?

Pssst..memang romantik amat tido berdua ditemani cahaya lilin berlampu ini tau. *gatai! wink*



Satu lagi benda dalam rumah yang aku wat pinjaman adalah ini.



Owh aku suka bangat benda ini. Lilin di dalam sangkar. Erk??! Sangkarkah itu??

Sama macam kat atas, lilin dalam sangkar ni *sukati aku je bagi nama* pun Athirah yang beli untuk dihadiahkan kat adik lelaki aku sempena besday beliau. Pun beli kat Ikea jugak. Sepupu aku sorang ni memang peminat kipas susah mati dengan Ikea la aku rasa. Mana tidaknya, masa time bukak adiah kawen aku aritu, aku dengan incik suami baru bukak wrapper je tapi dia dah tau dah adiah tu apa benda dan tentunya dibeli di Ikea. Haha..Gila taksub! *Yong tau kakak baca entri ni.haha*

Baru-baru ni aku ada la teman Athirah pi Ikea *see??kan peminat kipas susah mati minah tu* dan aku jumpa Lilin dalam sangkar ni lagi. Cumanya warna merah menyala gini sudah tiada dalam stok. Yang ada cume warna silver dengan black kot. Ke white pun ada. Ntah lupa. Hehe..

Pastu baru terpikir.

Heh?! Dua benda ni je ke hiasan bilik aku nanti?? Apakehey nya?!

Owh no no no.

Harus cari lagi. Cari dan terus mencari walaupun detik untuk menikah tinggal kurang dari 24 jam je lagi. Haha gila kabut!

Maka aku ajak mak pergi KK Home Deco. Alah kedai yang tengah hot & spicy sekarang ni. Merata cawangan ada. Aku pergi kat cawangan Ampang je la. Yang dekat dengan Taman Tasik Ampang Hilir tu. Dan apa yang aku bawak balik dari kedai tu??

Ini.




Bantal Berpotpuri Berbentuk Love dan Berbau Wangi Amat. *hah, amik ko nama dia aku bagi*

Aku dengan mak sebenarnya pergi KK tu tak de idea pun nak beli apa. Maka kitorang amalkan konsep beli segala yang berwarna merah! Hahaha!

Takdelah beli semua yang kaler merah, gila ko ada banyak duit ke nak borong semua?

Maksudnya di sini, segala apa yang berwarna merah akan menjadi calon untuk dibeli. Termasuklah bantal berpotpouri bla bla bla bla ni.*panjang nau nama dia*

Harga??

RM4.90 ke RM 5.90 camtu. Aku tak ingat dah.

Aku beli 3 bijik. Cadang nak gantung kat dinding bilik yang putih mulus itu. Huhu


Satu lagi aku beli ini.



Aku bukan beli kepala katil ye kawan-kawan, tapi aku beli tuu....yang juntai-juntai rambu ramba kaler merah tu.

Kenapa harus aku beli benda ni?? Macam takde guna sangat pun.

Yes!! Sebab ianya berwarna merah! Hahaha!

Memang sengal masa kat kedai. Main beli tanpa pikir kat mana nak taruk benda alah ni. Sudahnya bila time nak deco-deco abis masa berejam hanya untuk pikir mana nak taruk rambu ramba ni.

Nak gantung panjang-panjang kat pintu ke? Ke gantung kat dinding?? Ada jugak idea nak gantung kat siling!

Nasib takde sape bagi idea suruh lilit kat leher pengantin. Haha.

Pikir punya pikir sudahnya itulah..

Buat ombak-ombak pada kepala katil. Gam guna soletep sudaa..

Pastu ada belen aku lilit-lilit kat lampu berlilin macam dalam gambar kat atas nun.

Setel.

Cantik tak cantik lantak kan.

Janji fully utilised. Heh!

Then lepas tu pasang la segala cadar, langsir, runner bagai. Owh lupa segala cadar, langsir, runner aku beli kat Nilai 3. Semua tu beli kat kedai yang sama. Apa nama kedai ntah. Yang aku ingat kedainya cat warna ungu.

Harga??

Adeh lupa..

Cuma cadar tu kalo tak silap RM350 ++ tak sampai RM400 rasanya.

Okey, lepas dah pasang cadar langsir semua.

Inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.

Gambar skop kecik


Gambar skop besar sikit


Gambar skop lagi besar


Inilah bilik pengantin i..

Simple saja. Kadang rasa macam simple sangat. Tapi tak pelah, aku pun memang tak suka yang melampau-lampau sangat. Kalau ada yang bagi idea suruh letak background kain ropol-ropol bagai kat belakang katil tu memang aku akan buat muka separa tak setuju. Huhu.

Jadi dah ko nak simple sangat kan??

Ha..hamik la bilik simple kamu ni.

Owh lupa, ada satu lagi benda yang aku beli untuk hiasan. Tapi bukan beli di KK Home Deco. Tapi beli secara online.

Apa bendanya??


Tadaa!!!


Gambar masa lampu berlilin off

Frame gambar comel kiut miut!!

Gambar masa lampu berlilin on

Owh suka bangat sama frame ni.

Aku order dari tokeybaju.blogspot.com

Harga?? Hmmm...jap jap..lupa pulak. Tapi yang pasti bawah RM50. Hehe..

Mula tu aku ingat tak merasa lah aku tepek frame ni kat dinding bilik pengantin aku tu sebab frame ni sampai agak lewat ke aku.

Tapi nasib baik lah...rezeki aku. Pagi sebelum nikah tu frame comel ni selamat sampai ke aku. Siap dapat free selai T.shirt lagi. Thanks Kak Syuda!

Frame ni aku gantung kat dinding bilik. Tengah-tengah antara tiga-tiga bantal berpotpouri bla bla bla tu tadi.

Tapi kamu tahu, baru-baru ni frame tu kecepek gedebuk jatuh dari dinding masa aku tengah tido!!

Homaigod!

Nasib tak kena kepala aku. Frame tu jatuh kat bantal sebelah. And nasib baik jugak incik suami takde masa frame tu jatuh. Kalau tak....................adalah jugak laki atau bini yang kena kejar ke spital gara-gara dihantuk frame gambar kawen sendiri. Ahhh tamau bayangkan!

Jadinya aku dah fobia nak gantung frame tu lagi. Ada baiknya aku letak molek-molek atas meja sisi sebabnya frame ni tetap disediakan dengan stand dia macam dalam gambar ni.





Letak elok-elok. Itu lebih selamat dari aku amik risiko kena hempap dengan gambar kawen sendiri lagi. Ngeri!

Okey back to the cerita bilik pengantin aku tadi. Lepas dah siap-siap gantung semua and finally inilah bilik pengantin aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hehehe..saja bagi kamu gambar blur. Dah muak dah kamu tengok gambar bilik aku. Kang muntah kang!

Nak bagi kamu muntah lagi.

Layanlah gambar laki bini yang pertama kali diberi peluang melenjan katil pengantin mereka.

Hahahaha! *gatai gila*




Itu saja untuk hari ni.

Sekian. Permisi ya nyonya.=)