Sunday, August 22, 2010

CHERYL SAMAD BERGADUH DI RADIO *dushh dushhh dushh!*

Zaman sekarang, duit menjadi satu alat yang amat berkuasa sekali kan? Nak buat apa pun sekarang ni perlukan duit sekalipun mahu ke tandas yang belum terjamin kebersihan dan kewangiannya tapi dari jauh dah boleh nampak sign "30 sen per entry". Huh..masuk seminit dua pun kena bayar 30 sen! Kadang tu masuk toilet cuma nak calit lip gloss je pun tapi tetap tiga posen.

Cekik darah. Drakula!


Eh aku bukan nak citer pasal masuk tandas mahal sebenarnya, itu cuma metafora jek. Hehehe. Sebenarnya hati aku panas sikit ni. Mendidih je darah bila dengar rakaman perbualan antara seorang pendengar radio dengan deejay radio. Stesen radio mana aku tak pasti.


Kamu pernah dengar? Memang boleh mendatangkan marah kalau dengar ni. *sila pikir berkali-kali sebelum dengar, takut puasa sia-sia je arini*


Kelik SINI untuk dengar rakaman perbualan tersebut. *kredit to www.ohtidak.com*

















Dah dengar??

Menggelegak tak hati??


Uiiii....aku memang marah betul. Nasib baik aku dah dengar malam tadi. Jadi selamatlah pahala puasa aku. Aku hairan betul, perempuan dalam perbualan tu, apa nama dia? Haaa Cheryl...apasal la sampai ke situ mulut dia ek? Menghina tunang dia lajuuuuu jek. Mentang-mentang la tunang dia tu penjual beger tepi jalan jek, kemain bertih lagi dia hentam. Konon penjual beger takde masa depan lah, duit tak banyak lah, muka tak hensem lah..bla bla bla..



Hello??!


Kalau kau dah tau Samad *tunang dia nama Samad* tu jual beger jek, duit tak de, muka tak siap bagai-bagai apsal yang kau hegeh-hegeh terima lamaran Samad tu dulu sebelum bertunang? Bila dah tunang, dah dekat nak kawen baru pot pet pot pet claim itu ini. Ceh!


Dah tu boleh curang dengan tunang sendiri pulak tu. Mentang-mentang dah dapat "banker" baru yang kaya-raya aidilfitri lagaknya, yang hensem ala-ala...............*kau letak la sendirik ala-ala siapa. Kalau suruh aku fill in confirm aku taruk nama laki aku.huh*, yang ada kereta mewah tapi hutang 10 tahun lagi pun belum tentu abis bayar, dan segala lah yang si Samad tu takde, berani lah kau nak hina-hina Samad ni kan?


Memang kejam. Materialistik sungguh.


Itulah dunia. Bila duit ringgit menjadi raja, kekasih hati ditolak tepi, tunangan diri di pandang sepi, malah ada juga yang membuang suami. Yang mengenepikan famili semata-semata kejarkan wang ringgit memang tak boleh dibilang dengan jari. Berlambak selori!


Tapi aku yakin, apa sahaja yang kita buat kat dunia ni ada balasannya. Samada Tuhan bayar "hutang" atau bayar "cash", itu jek. Yang pasti..ada habuan buat semua kelakuan durjana kita di dunia ni.


Buat Cheryl...terpulang lah pada kamu. Kalau wang ringgit dan kekayaan yang kamu kejarkan, kejarlah sampai dapat. Tapi tak perlu sampai menghina orang lain sebegitu. Mungkin benar kamu sudah jumpa Mr. Right kamu, tapi bagi aku amat-amat salah kalau nilai manusia melalui wang ringgit mereka. Salah sama sekali.


Duit dan harta memang penting, tapi bukan perkara nombor 1. Mungkin jatuh ke nombor 3 atau 4 atau 5 atau berapa-berapa lah. Bergantung pada senarai kamu.


Buat Samad. You go man!!

Pasti ada insan lebih baik buat kamu. Kita kena pasti janji Allah...


"lelaki yang baik...adalah untuk wanita yang baik. Dan begitulah sebaliknya"


Doakan yang terbaik buat kamu Samad.











Nota-noti: Samad dah beli lori lah! Oitt lori pun bukan murah tau? Err Samad, kat mana stall burger kamu?? Hehehe..

Saturday, August 21, 2010

SIAPA TAK PANDAI SIANG IKAN SILA BACA.

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Berapa haribulan hari ni? 21 Ogos ek? Ha elok sangat la tu. Sepuluh hari lagi kita akan sambut hari kemerdekaan. Memang secocok benar lah tu. Tak ubah bagai pinang dibelah dua.


Kenapa hari ini begitu hari ini dalam sejarah??


Kerana hari ini aku adalah pertama kali menyiang ikan!!


Hahaha!

Bangga! hoh hoh hoh horlicks!!! *apakah??*


Memang satu pencapaian luar biasa untuk diri sendiri bila mampu menyiang ikan dengan demo dari mama yang cuma sepintas lalu. Gila kau, mama tunjuk demo sekali jek, time sekali tu la otak aku berusaha gigih menghafal step-stepnya, kalau tertinggal satu step maka akan gagal la aku dalam misi menjadi penyiang ikan seantero rumah. Haha.


Lepas mama buat demo jek...


Ceh, very the simple kekdahnya. Aku ingat susah benau nak siang ikan ni. *berlagak di situ padahal anak dara sunti ceruk-ceruk kampung bantai gelak je baca entri ni*


Mula-mula....buang mulut dia. *ketap* (owh aku guna gunting ye. Sebab tu bunyinya cenggitu)


Then...belah bawah badan dia..*sreeeeettttt*


Pastu....buang insang dia..*ketik*


Kemudian.....gunting separuh ekor dia...*zzuppp*


Pastu.....potong sirip dia..*ketip*


Last sekali......


Keluarkan isi perut dia. Keluarkan isi perut saja tau, jangan ko bantai korek abis isi-isi ikan sekali.


Owh untuk kebersihan lebih menyeluruh...bersihkan bahagian dalam perut ikan tu. Buang semua lendir-lendir hitam tu. Hanyir kau tau hitam-hitam tu.


Pastu ready untuk di simpan dalam peti ais. Kalau dah kebulur sangat, kau masak la ikan tu. Goreng pon sodappp..


Tips mama: Untuk ikan cepat masak isinya, belah sedikit bahagian badan ikan. Dua-dua belah sekali.



Akhirnya..


Berjaya jugak aku menyiang 5 ekor ikan kembung buat pertama kali.
































Dalam masa lebih 10 minit!!!! *Bapak lama*





Nota-noti: Kalau ada yang tak tahu, umur saya adalah sudah 26 tahun ye. Sekian!

SESEKALI TERBANG JUGAK PINGGAN DAN CAWAN

Hari ni takde entri.

Mood kurang baik.

Tak tahulah sebab aku sengaja cari gaduh dengan incik suami ke atau ini petanda aku nak period lagi dua tiga hari.


Yang penting aku tiada mood untuk ber entri arini.


Huh.

Tak suka perasaan gini.



Daaa dear!

Friday, August 20, 2010

KERJA KOSONG DI NUFFNANG!!!

Ni ha..baru tadi aku terbaca iklan ni kat Nuffnang.


Mesti kenal kan Nuffnang?? Elehhhhh janganlah kata tak kenal pulak. Kang ada jugak yang tak dapat iklan kang. Hahaha.


Ni ha..incik Nuffnang kita ni ha tengah nak cari pekerja baru.


Wow wow wow!

Bekerja dengan Nuffnang kau! Tak teruja ke?


Ada 2 jawatan kosong Web Developer dan Blogger Relations.

Siapa-siapa yang berminat boleh kelik sini




Mana tahu ada rezeki bermajikan kan nama besar dalam dunia blog ni kan?


Kalau bukan sebab aku tengah tunggu posting, mungkin resume aku dah selamat sampai kepada mereka. Hahaha!


Gud luck kepada semua yang mahu mencuba nasib.


Mungkin itu rezeki kamu.

Siapa tahu kan?


Gud Luck dear!

CERITA TENTANG BURUNG.....................puyuh

Dalam sebuah kampung yang indah permai, terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun. Kanak-kanak itu tinggal bersama keluarganya yang terdiri daripada mak, abah, kakak, abang, dan adik-adik. Amatlah bahagia hidup kanak-kanak itu. Langsung tiada masalah yang melanda jiwa dan raga apatah lagi membelenggu palahotak beliau. Bak kata pepatah, kalau bom meletop kat sebelah pun apa ada hal?? Takde hal bai..

Namun begitu, kanak-kanak yang tak hensem itu punya satu palahotak yang sedikit kretip. Beliau suka pikirkan bagaimana mesin cabai *itu adalah blender* boleh menghancurkan bawang-bawang yang dimasukkna ke dalam mesin tersebut. Beliau juga amat teruja untuk mengira berapa saat yang diperlukan untuk mengayuh beskal dari rumah ke sekolah yang terletak nun jauh 5 km di sana.

Namun begitu, kanak-kanak comot itu punya satu kelemahan. Beliau amatlah tidak pandai untuk meletakkan tanda nokhtah bila membuat satu-satu ayat seperti yang diperintahkan oleh cikgu. Perletakkan huruf besar dan huruf kecik juga adalah sangat berterabur. Namun setelah cikgu mengulang ajar *sambil marah-marah serta jegil-jegil mata* selama beberapa bulan barulah kanak-kanak itu pandai *sedikit*.


Hendak dijadikan cerita...


Pada satu hari, kanak-kanak itu terpikir untuk menternak burung puyuh. Tapi beliau tidak punya lastik yang canggih untuk melastik burung puyuh yang terbang dilangit biru. Duit juga adalah tidak ada jika nak beli burung puyuh di kedai burung. Maka kanak-kanak kretip *kretip ke??* ini telah mendapat satu mentol atas kepala beliau


TING!!


Berbekalkan muka seposen, beliau berjaya mendapatkan beberapa sen lagi daripada abah beliau. Lalu beliau ke pasar membeli telur burung puyuh. Beliau berpikiran menternak burung puyuh sedari usianya masih diperingkat telur mungkin lebih menjimatkan.


Bila pulang ke rumah, kanak-kanak itu terpandangkan seekor ayam dalam reban belakang rumah yang sedang mengeram telurnya. Tiba-tiba kanak-kanak selebet itu mendapat satu lagi mentol lampun atas kepala.


TING!



Kamu tahu apa idea kanak-kanak itu??




















Teka lah...




























Tak tahu?

































Hehehe..Kanak-kanak itu dengan yakinnya meletakkan telur burung puyuh yang dibelinya tadi kat bawah perut ayam betina. Dengan sepenuh harapan telur burung puyuh itu akan menetas seperti anak-anak ayam yang lainnya.









Malangnya sampai ke sudah telur itu kekal sebagai telur.



Hahaha!





Aik?? Yang kau gelak beria sangat ni kenapa labu??



Hehehehe...


Pasalnya kanak-kanak dalam cerita kat atas ni adalah incik suami aku!


Hahahaha...nak gelak lagi.


Wakakaka!!!

Thursday, August 19, 2010

HAPPY MOMENT SOLUTION CONTEST

Yeeehaaa!

Contest lagi. *ampun la ye dear kalau ini bukan entri yang kamu tunggu-tunggu.huhu*

Kali ni aku di tagged oleh Puan Shalin supaya meng joinkan diri masuk contest ini pulak. *nampak nau aku ni muka contest.haha*

Contest ini dianjurkan oleh Muslimah Ladies. *sila kelik sila kelik*

Nama contest ini adalah HAPPY MOMENT SOLUTION. *wahhh kelass nama contest. tersenyum je bila sebut.*


Syarat-syarat
contest boleh baca kat sini.




Happy moment aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Naik bot pisang serupa ini adalah sangat sorga. Tengok tu, bot belum sempat membelah ombak pun kami dah tersenyum girang. Lagi-lagi aku, badan siap meliuk-liuk umpama pohon nyiur ditiup angin kekdahnya. ( Aku adalah 6 dari depan...3 dari belakang. Jumpa tak? Tak jumpa memang saja la..Dah abis gergasi dah saiz aku tu)



Sekian.




*tuan punya contest dah bagi amaran, entri haruslah sesimple mungkin. Aku ni kan spesis asal masuk contest je mesti nak tulis berkilometer. Jadi ini adalah entri contest paling simple yang mampu aku buat. Huhu*


Okey sekarang aku nak tagged dua orang yang nampak macam muka contest serupa aku:



1. Misi Azlina *sebelum kamu cipta contest sendiri, ada baiknya kamu join contest ni dulu.huhu*


2. FarahFatihah. *beliau ni amat lah rajin drop komen di belog peliharaan ini. Maka, aku hadiahkan borang penyertaan ini buat kamu. Huhu.*


Tarikh tutup penyertaan lambat lagi...26 September 2010.

Wednesday, August 18, 2010

ROSLIN HASHIM BERCERAI LAGI??!

Gambar: google images


Rasanya ramai dah tau tentang berita Roslin Hashim (RH) bercerai lagi ni kan? Dah heboh kecoh satu Malaysia dah pun. Dalam paper Kosmo siap terpampang muka depan lagi. Memang glamer sungguh la abang badminton kita ni hari ni.


Bila baca je tajuk akhbar sebesar alam tu, hati aku terdetik...


"apakeheynya dengan mamat ni asik cerai berai jek?"

Memang itulah soalan pertama yang terlintas kat kepala aku. Pelik. Aku macam nak tahu je apa punca jadi camtu. Sebelum ni perkahwinan pertama beliau dah pun runtuh seawal 12 hari usia pernikahan. Kali ni kecundang lagi. Cuma bezanya perkahwinan kali ni berjaya la bertahan lebih sekali ganda dari perkahwinan terdahulu. *kira kejayaan jugak ke?*


Sebabkan perasaan ingin tahu tu membuak -buak dalam jiwa *gila bizi body aku ni*, maka aku pun gigih la mintak info kat incik google.

Dan aku jumpa pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai tentang kes yang menggemparkan ni.

Ada yang kata Roslin Hashim tu gay.
Ada pulak aku baca mereka kata Roslin Hashim nafsu kuat macam kuda.
Ada jugak yang kata sebaliknya..katanya Roslin Hashim ni mati pucuk.

Hmmm...mengucap panjang je lah aku baca-baca spekulasi-spekulasi semua tu.

Manusia memang gitu kan? Cepat je nak buat tuduhan. Melampau pulak tu. Sampai ada yang sanggup kaitkan ciptaan Allah (gigi beliau) sebagai punca perceraian. Haih!

Memang lah sekali pandang nampak tindakan RH ni macam melulu, terburu-buru, tak pikir panjang *bukan sama je ke maksudnya tu?*, tapi sebagai orang luar yang tak tahu cerita baik lah kita diam je dulu. Just wait and see. Takut nanti terkena kat batang hidung sendiri. Apa kata orang, sibuk-sibuk nak ludah ke langit akhirnya...ptuiii kena muka sendiri. Minta jauh la jadi gitu.

Kadang aku rasa kesian jugak kat RH ni. Kawen dua kali, dua-dua ranap. Dalam tempoh yang sangat singkat. Orang berpantang pun lama lagi. Aku terpaksa menahan rindu tak jumpa incik suami pun lebih 30 hari. Haha. Jadi mesti semua orang akan hambur semua kesalahan kat bahu dia. Tunding jari kata semua ni salah dia. Mungkin ada yang kata dia jahat, kejam sanggup menjandakan anak orang.


Kesian kat beliau..kat mantan isteri beliau lagi lah aku kesian. Sob sob sob..

Ada orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang paling kritikal sekali. Dalam 5 tahun tu la kita kena bersabar banyak hadapi semua dugaan rumahtangga yang datang. Kalau berjaya harung 5 tahun mendebarkan tu, Insyaallah akan selamat la rumahtangga kita. Tapi kalau sebulan pertama pun dah keluar macam-macam ayat, kadang tu siap ugut-ugut, memang parah lah.


Aku bukan nak kata aku ni hebat yada yada bab-bab rumahtangga ni. Aku sendiri baru beberapa bulan je kawen. Inai pun masih cukup kat doploh-doploh jari ha. Jadi aku tak rasa aku layak nak bagi nasihat tentang rukun damai rumahtangga ni. Cuma bila berlaku kes-kes macam ni, sedikit sebanyak ia mengingatkan aku...


Yang perkahwinan itu bukan satu permainan. Memang jauh beza dengan zaman kita main kawen-kawen, main mak-mak masa kecik dulu. Perkahwinan penuh dengan tuntutan, tanggungjawab, kepercayaan, cinta dan kasih sayang.


Jangan ingat mudah nak kawen ni.


Kepada RH, aku doa-doa beliau dapat rungkaikan permasalahan rumahtangga beliau dengan sebijak mungkin. Kalau perceraian jalan terbaik, siapalah aku nak bising-bising RH nak bercerai lagi.


Moga rumahtangga aku dan incik suami sentiasa di bawah lindungan-Nya. Aminn..








Pssstt: nak bagitau ni, jurunikah aku dengan jurunikah Roslin Hashim masa beliau kawen baru ni imam yang sama tau? Hehe..

TONYOH-TONYOH CONTEST BERSAMA PUAN SHALIN

Jeng jeng jeng....



Ops kejap..ada peringatan dulu:
Ini adalah entri yang bakal membuat nafsu makan kamu bergedebak gedebuk. Sila tahan nafas. Eh silap, sila tahan perut masing-masing.hehe.


* baca dengan nada cef wan bercakap*

Ko tau....Puan Shalin belog sebelah nun ada buat contest masak-masakkk..kelas dik non. Jadi aku yang memang sudip bangku ke kuali bangku *ganti kaki bangku* ni pun tergodaaaaaa nak menjoing kan diri kau. Berusaha gigih la aku semalam memasak untuk berbuka, siap hangkut kamera ke dapur kau! Kemain berperasaan ingin menang tuh. Puan Shalin oiii...*jerit dari tingkap dapur jek nih*, ni aku nak tonyoh-tonyoh kuali dapur aku ni..Sila tengok Puan Shalin oiii..


Kepada puwan-puwan dan puwan-puwan sekalian, ini adalah contest ye puwan-puwan, maka contest haruslah ada syarat-syarat contest ye puwan-puwan. Jadi kalau nak tahu apa syarat-syaratnya sila terjah zaasss zuupppp zasss ke belog Puan Shalin sekarangggggg jugek.


*Jap..nak tiun suara balik. Letih aku bercakap guna nada cef wan ni. Errr bercakap ke ko?*


Hokey. Resipi yang aku nak pertaruhkan di sini sebenarnya ada dua. Boleh ke penganjur contest? Aku tepek dua resipi sekaligus? Gila tamak. Entah-entah dua-dua pun rasanya kedaung. Haha.

Oh no no no...Memang aku kurang cekap bersilat kat dapur tapi.....don't sangka klea wata no boya haa..


*cukuplah kau melalut Yongnana oii..dah dua mukasurat dah ni..mana resipi nyek?*


Okey. Resipi pertama aku.


TIGA SEKAWAN DIGORENG KICAP.

Bahan-bahannya sungguh mudah:



- 2 biji ubi kentang
- segenggam kacang tanah
- segenggam ikan bilis
- kicap manis cap apa pun boleh. *cadangan cap kipas udang*
- Aji Shio. *tiada dalam gambar*
- Minyak masak untuk menggoreng. *pun tiada dalam gambar*


Cara nak masak:
Langkah 1:

Kupas kulit ubi kentang molek-molek, jangan sampai terkupas kulit jari ye Puan Shalin. Lepas tu kamu potong la ubi tu ikut suka hati. Nak nipis-nipis ke, nak gemuk-gemuk ke, nak bentuk segitiga ke patsegi ke bintang ke bulan ke itu terpulang pada tahap kerajinan masing-masing.

Tips: Potong ubi nipis-nipis dan saiz yang kecil supaya cepat masak dan cepat empuk.


Langkah 2:


Panaskan minyak untuk goreng kentang. Harap gunakan minyak masak sahaja ye Puan Shalin. Jangan kamu bantai guna minyak angin ke minyak moto ke..itu adalah bahaya.

Lepas minyak dah panas *jangan tanya aku camne nak tau minyak dah panas ke belum, kang aku jawab "ko celup jari ko dalam kuali tu".haha*, gorengkan lah kentang itu sehingga garing.



Amik masa 4-5 minit.


Langkah 3:

Angkat kentang yang dah garing dah toskan minyak. Kemudian kita nak goreng kacang tanah pulak. Gunakan minyak tohor *minyak sedikit sajork* untuk menggoreng.



Kacang dikira dah masak dengan rangupnya bila mereka mengeluarkan bunyi pop pop pop berkali-kali. Sila hati-hati, takut kacang makan diri. Haha.

Tips: Basuh kacang tanah dan toskan sementara ubi kentang tengah digoreng atas dapur.


Langkah 4:


Goreng bilis pulak. Boleh guna minyak yang sama goreng kacang tadi. Sila jangan bazir-bazir. Kita ni kan baru kawen. Haha.


Goreng bilik ni kejap jek. 2 minit siap. Macam mee megi kekdahnya.


Langkah 5:

Opp oppp..tak perlu angkat bilis tu dari kuali. Biarkan saja sebab kita akan bawa masuk dua lagi kawan bilis ke dalam kuali sekarang.



Kecikkan api.

Masukkan kentang dan kacang tanah yang dah digoreng tadi ke dalam kuali yang ada bilis tu.



Masukkan sedikit kicap manis. *agak-agak dalam 20 kali hentakkan*
Masuk sedikit ajishio. *dalam 5 kali hentak*



Gaul rata.


Langkah 6:

Bila dah rata semuanya, tutup api.


Angkat dan sedia untuk dihidang serta dimakan oleh Incik Fahmi. Hehe





Tips: Lauk ni sangat sorga kalau dilawankan dengan telur dadar dan nasik panas dengan kicap. Hehe.



Puan Shalin, ni nak tepek resepi kedua ni. Aci ke tidak ni? Kalau tak aci, anggap je la entri ni abis kat sini je ek. Kalau aci.......sila la sambung baca lagi. *Haha..macam tu pun boleh ke?*



Resipi kedua:


AYAM DAN REMPAH DIGORENG BERSAMA
*ayam goreng berempah la tuh*



Bahan-bahannya:

- ayam mentah 5-6 ketul *cukupla untuk kamu dan habibi makan*
- Minyak masak untuk menggoreng

Untuk perap:

- halia 3 cm x 1 cm *ha amik ko..sukatan dah macam nak potong kayu*
- bawang besar sebiji @ bawang kecik 2-3 biji
- bawang putih 2 ulas
- rempah kari daging 2 sudu besar
- kunyit 2 sudu kecik
- serbuk lada hitam sedikit
- kicap manis sedikit
- garam 2 sudu kecik
- gula 1 sudu besar


Cara nak masak:

Langkah 1:
Macam biasa basuh ayam bersih-bersih. pastu toskan.


Langkah 2:

Tumbuk bawang besar, bawang putih, dan halia.

Kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan untuk memerap ayam.


Biarkan selama beberapa ketika, *1 jam lebih kurang*

Langkah 3:

Panaskan minyak masak *minyak banyak* dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sehingga masak.



Keadaan ayam akan menjadi sedikit hitam macam rentung, tapi itu bukan rentung ye Puan Shalin, itu adalah keadaan semualajadi ayam yang sedap. Ahaks!



Bila dah masak, angkat dan sedia untuk dimakan bersama habibi. Yaribba! Yaribba!




Tips: Mama kata goreng ayam mula-mula dengan api kecik untuk bagi masak isinya. Di pertengahan jalan barulah dibesarkan api untuk menggaringkan ayam.



SLOGAN *ada slogan kau..kelasss*:

Resipi ini bersesuaian untuk Puan Shalin memasak kepada Incik Fahmi kerana resepi-resepi ini memenuhi piawaian pertandingan...SIMPLE TAPI MENYELERAKAN. Tambahan lagi resepi-resipi ini amatlah mudah untuk dimasak. Mudah dari segi cara dan bahan masaknya. Hatta aku yang failed masak-masak ni pun bejaya memasak dengan kepujian layaknya, Haha.

Dengan itu, saya selaku CEO Persatuan Suri-Suri Kurang Cekap Memasak menyeru Puan Shalin mencuba resepi di atas. Sila cuba time kamu puasa, kalau kamu cuba time kamu ABC maka tentu lauk-lauk tersebut akan habis lichinn sebelum habibi kamu sempat merasa. Hahaha...*gurau kasar nampak? Nak kena disqualified??*



Sekian sahaja resipi aku untuk kali ini. Semoga bertemu lagi kita di hari dan waktu yang belum tentu sama dalam rancangannnnnnn




TONYOH-TONYOH CONTEST BERSAMA PUAN SHALIN!



SUAMI MANJA TERLEBIH EPISOD 2

Nota-noti:
Ini adalah entri "hentam sajalah labu". Meraban tanpa motip. Petang sikit nanti akan ada entri baru tentang masak-masak. Stay tune......bip bip!






Hari ni agak lewat sikit bagi makan entri sebab lepas sahur tadi mama dah pot pet pot per suruh basuh baju. Bukan basuh baju orang lain pun, basuh kain baju aku sendiri jugak. Dari balik Labuan aritu tak berbasuh-basuh lagi kain baju kotor. Haha. Inilah perangai huduh sang isteri yang kejauhan suami. *Alasan tak boleh pi*


Jadi lepas dah setel semua kerja-kerja suri rumah tangga barulah aku boleh duduk diam-diam depan lappy konon-konon nak hapdet belog. Tapi macam biasalah, bukan ada cerita best pun, mengarut meraban sajork.


Mau cerita apa ya?


Hmmm...

Owh ye, semalam kan hormon terlebih manja incik suami masih belum surut, makin meningkat ada kot. Haha. Aku ingat kelmarin je dia manja terlebih, call awal sebelum"cindarella balik rumah", rupanya malam semalam pun iye.


Sejak lepas berbuka berkali-kali dia call. Awalnya dia call-call ada tujuan. Kawan-kawan TUDM yang dekat Banting nun mintak nak tengok gambar kawen kitorang, jadi aku suruh la mereka add aku kat fesbuk sebab kat situ aku dah tepek beralbum-album gambar kawen. Jadi bercalling-calling la kami laki bini hanya untuk bagi nama kawan, nak confirmkan kata dah add, call lagi nak bagitau kawan sana dah accept request dan segala bagai urusan la.


Sudahnya setel. Lega..Boleh aku main laptop balik.


Tiba-tiba...



"tanpamu......akulah yang rindu....tanpa dirimu....." *bunyi ringtone petanda incik suami call lagik.*


Mungkin ada lagi kawan nak tengok gambar kawen.*aku rasa bukan kawan dia yang nak tengok sangat, entah-entah dia yang ofer kat kawan-kawan dia supaya pegi terjah tengok gambar kawen dia. haih!*


Tetiba incik suami cakap ini.






"Ayang....jom kita sembang nak? Abang boringgg lah....nak tak?"


Alahai.....luluh hati nurani aku.


"Bosan ye? Ololo...okey okey jom kita sembang ye."


Maka berborak la kami laki bini malam tu. Rancak, macam muzik pop, balada, etnik kreatif *apa dah macam final AJL ni*.


Memang dah macam final AJL dah pun.





Sebabnya??



















Incik suami ajak aku berduet nyanyi apa-apa lagu yang terlintas dalam kepala beliau. Haha.


Macam orang gila lah aku semalam melalak menyanyi dengan incik suami dalam fon.


Macam tak kena masa je kan?


Tapi dah dia bosan sorang-sorang kat sana.








Tak sampai hati guwe...



Alahaiiii suami saya..suami saya..

Tuesday, August 17, 2010

JANGAN LUPA LIRIK versi laki bini

Malam semalam lepas berbuka, mandi segala aku mula lah menyantaikan diri. Lepak-lepak dalam bilik, hidupkan berukbeng, switch on peti telebisyen, kipas, lampu *nak kena bagitau jugak ke?* semua. Memang sorga. Ceh, padahal setiap malam pun gini.*kantoi tak pegi terawikh.haha*


Jadi apa bezanya malam semalam dengan malam-malam yang lebih semalamnya??


Malam semalam masih kurang lebih sama je dengan malam-malam lain sampailah tiba-tiba..........



tanpamu..........akulah yang rindu....tanpa dirimu.....*bunyi ringtone petanda incik suami call*


Tengok jam tengok jam..


Eh, baru pukul 10, cepatlah pulek mamat ni telefon malam ni. Rindulah tu agaknya..*sambil sengih-sengih*


Errr nak taip semula ke butir perbualan kami semalam ek? Tak yah la kan? Kang muak putih kang kamu.


Lepas dah pot pet pot pet barang beberapa ketika aku pun tanyalah kat incik suami..


" Kenapa abang call awal ye hari ni, biasanya abang call bila cindarella dah balik rumah." *kul 12 la tu*


Incik suami jawab.


"Kenapa, tak boleh call ke?"


Hahaha. Aku memang lemah kalau dia bagi jawapan gini. Memang tentu-tentulah kamu boleh call i bila-bila masa dan ketika yang kamu mahu incik suami oiii..hatta kalau aku tengah dalam bilik menung pun kamu boleh call. Takde masaelah.


Beliau sambung cakap lagi. *banyak cakap mamat tu malam semalam. Biasa aku je yang macam pengulas sukan*


" Ni ha..abang ada lagu best untuk ayang."


Aku reply.


"Iye ke? Bestnya..nyanyi la cepat."


Dia sambung lagi.


"Lor...abang bukan nak nyanyi, abang nak suruh ayang dengar kat youtube. Sekarang jugak."


Huh?!


Sekarang jugak? Adeh la, aku dah la tengah berchatting dengan abah dan Azlina Proud to be Mrs Rafie ni kat fesbuk. Alahaiiii...incik suami incik suami.


"hokey hokey..apa tajuk lagunya bang? Meh nak cari"


Beliau pun bagilah tajuk lagu. Aku cari kat TiubKamu. Dengar. Dan bagi respon separa ikhlas. Haha.

Ingatkan selesai dah sampai situ. Rupaya very the nehi.


Beliau bagi pulak tajuk lagu lain. Harus dengar sekarang jugak jugak.


Pun patuh. Dengar dan bagi respon tiga suku ikhlas pulak. Huhu


Sekaliiiiiii......


Beliau bagi lagi DUA lagi tajuk lagu.


Haruslah aku mencari di TiubKamu, dengar dengan sepenuh hati dan paling penting beliau ada wish list buat aku.....
















"AYANG DENGAR LAGU-LAGU TU BANYAK-BANYAK KALI PASTU HAFAL. NANTI BOLEH NYANYI UNTUK ABANG"





DANGG!!!!





Apakeheynya bulan-bulan Ramadhan yang mulia ini aku kena hafal lagu-lagu ni? Alahaiiiii....













Ini adalah lagu-lagu itu. Link terus ke TiubKamu.

Emang Dasar - Wali Band
Mimpi Yang Mati - Bliz
Muah - Suzanne Brautigam

Kisah Kita - Stacy

Monday, August 16, 2010

MAKAN SAHUR BOLEH DAPAT BAJU RAYA.

Sahur pagi ni sangatlah mengeyangkan. Lauk pauk selambak mengalahkan menu buka puasa kekdahnya. Lepas sahur mula lah sangap tak tahu nak buat apa. Macam aku sekarang ni. Nak menulis entri, takde topik. Err ekceli aku ada topik nak dikupaskan *wahhh vocab ko*, tapi dari semalam mood nak menyiapkan entri tersebut terbengkalai macam rumah tak dapat CF. Huhu. Sudahnya inilah entri terbaru aku. Entri takde motip. Haha.


Tadi kan masa tengah sahur mak ada bagitahu yang tak lama lagi ada cuti Jumaat Sabtu Ahad, Isnin keje balik, pastu Selasa cuti lagi *31 Ogos*. Wahhh!! Best kot.

Pastu kan nak lagi best kan mak tanya pulak soalan ni.


"Yong nak beli baju raya kat mana?"


Waaaa wiiiiiii juniur juss!


Mak dah bukak topik baju raya dah ni. Maknanya tak lama dah la ni..tak lama dah la.

Pastu mak cakap lagi.

"Mak ingat nak amik cuti la Isnin 30hb tu, boleh kita jenjalan cari baju raya."


Aku senyum simpul jek *sebab tengah kosentret nak abiskan nasik dalam pinggan.haha*. Padahal dalam hati YES YES SETUJU!


Aiii...entahlah. Dari kecik membawak ke besar episod membeli belah keperluan raya memang memori. Sangat ditunggu-tunggu. Sementelah tahun ni kami satu famili semua pun tak sempat nak hantar tempah baju raya kat Kong The Tailor sebab tempahan sejak bulan Mac lagi dah ditutup. Haih!

Maka nampak gaya tahun ni semua pakat beli baju siap jek. Hmmm....aku tak bape suka beli baju ready made sebenarnya sebab badan aku bukanlah standard size. Mesti nanti akan ada bahagian yang terbonjol sana sini, terkembung sini sinun, tersenteng ke terlabuh ke..aduiii.

Tapi apakan daya.

Aku cuma ada dua pilihan jek,

Nak baju raya baru ke tak nak??


Kalau nak....
















Duduk situ diam-diam sampai 30hb!!







Nota untuk kamu:

Dear, ada tahu tak mana boleh kita beli baju kurung cantik-cantik selain Jalan TAR?? Paling penting mesti ada saiz gergasi bagai aku ni. Huhu

Sunday, August 15, 2010

CANTIK ITU KAMU CONTEST 4 YOU

Pheww!


Berpeluh kau tahu mencari gambar melecun dalam gobok gambar? Nasib baik jumpa. Jumpa bukan satu keping je pulak tu, berkeping-keping!

Tak sangka aku ada banyak jugak koleksi gambar cantik-cantik yang motip dalam gambar adalah aku. Kalau gambar yang motipnya bukan aku lagilah berlambak yang cantik. Haha nampak nau aku yang kurang cantik di sini.


Huishhh.....


Apa ni cakap tak cantik tak cantik ni? Semua ciptaan Tuhan tu kan cantik, dosa tau kata gitu. Lagi pulak aku nak bertanding *wah bertanding kau* dalam pertandingan yang bernama CANTIK ITU KAMU, maka seharusnya aku yakin diri yang aku cantik, paling koman spanar pun aku kena percaya yang gambar aku kat bawah tu nanti santekkkkkk!


Ha amik kau..ober!

Dah cukup dah mukadimah pertandingan. Aku ni kalau nak masuk pertandingan je mesti nak tulis panjang-panjang, kalau tulis panjang-panjang tu maknanya aku nak bertanding la tu. Menyampah juri-juri nak menilai.Huhu..ampunkan saya penjuri contest


Okey okey jom kita pergi lurus kepada titik itu *go straight to the point*.


Pertandingan ini ada syarat-syaratnya. Cekidaut!


  1. Follow dan add blog MawarPink dekat blogroll korang. (sebab pemenang akan diumumkan disini) *udah folo and link..semalam lagi aku dah buat ni
  2. Follow dan add blog Cantik Itu Kamu jugak *pun dah jugak..pun semalam jugak*
  3. Letak banner Cantik Itu Kamu kat sidebar korang.*cuba intai jap, ada tak banner tu?ada??legaa...*
  4. Buat post dengan tajuk Cantik Itu Kamu Contest 4 you. *ni tengah menaip la ni*
  5. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye..*owait..ondewey..uploader macam siput sedang berpuasa. Tapi bila kamu baca ni mesti dah ada dah banner tu*
  6. Letakkan SATU sahaja gambar yang korang rasa cantik permandangan, cantik baju korang pakai, cantik tudung korang ke, or korang sendiri memang cantik dlm picture tu. terpulang pada creativity masing-masing. Tak perlu explain pun tak pe. tak kisah la sorang-sorang or ramai2.. semua boleh join.. laki pun boleh.. hadiah nnt boleh bg kat aweks or wife kan.. ^_^ *gambar di bawah ada gambar incik suami sekali, tapi kalau menang adiah itu aku yang punyaaa....akuuuuu yang punya. TAMAK!*
  7. Leave your entry link kat comment in this entry supaya senang saya nak check. *owait..lepas aku publish ni aku terus p terjah komen*

Pemenang
Pemenang akan di pilih berdasarkan gambar yang unik & kreatif & cantik. Cantik itu subjective kan.. jadi juri-juri terpilih akan membuat penilaian.



Prizes:
Hadiah akan di sponsor oleh Cantik Itu Kamu.jadi korang boleh la letakkan hadiah ape yang korang nak dari Cantik Itu kamu. Hadiah akan di berikan berdasarkan pada penyertaan dan availablity hadiah tersebut.Anda boleh letakkan gambar hadiah yang anda nak dalam entry contest ni.. ^_^




Sila kelik

Mudah bukan syarat-syaratnya?

Sebab tu aku berani join, kalau susah sampai memerah otak dah peluh pikir doplohlapan juta kali untuk join. Haha

Sebagai penutup entri, haruslah aku tepek gambar yang konon paling cantik yang aku ada kan? Kalau tak, kena tendang keluar dek juri la jawabnya nanti. Haha.


Ini gambar konon cantik aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Aku rasa semua orang akan kelihatan super duper cantik masa hari perkahwinan. Jadi untuk tampak lebih yakin, aku pertaruhkan gambar kawen aku. Haha!




Nota untuk juri dan bukan juri:

Aku suka gambar ni bukan sebab aku nampak cantik ke apa, tapi aku suka gambar ni sebab gambar ni nampak hidup. Seperti mampu menceritakan perasaan dan keadaan aku kala waktu bulan mengambang mengikat janji dengan chenta hati. *Cheewaahh kau*


Sebagai penutup entri *dah bape kali kata nak tutup entri dah ni*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya yakin betol barisan juri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya kunci entri ini!!!

Saturday, August 14, 2010

CONTEST LAGI. *terima kasih pawaruk*

Malam semalam rajin pulak lah aku nak merayau-rayau ke kawasan kejiranan blog ni. Rayau punya rayau punya rayau aku jumpa blog ini.



http://mawarpink.blogspot.com *tertaip mawarberduri.blogspot plak tadi.haha*


Wahh!



Ada contest lah.




Baca syarat-syaratnya...hmmm tak susah mana. Macam biasa jadi follower mereka, link blog, tepek banner, buat entri khas tentang tajuk yang diberi plus tepek SEKEPING GAMBAR PALING CUN MELECUN TERBABOOM YADA YADA YANG AKU ADA.


Baca tak tu??

Jadi follower and link blog *aku dah buat dah*
Tepek banner kat side bar *pun aku dah tepek dah*
Buat entri khas plus tepek gambar paling cun. *errr...belum*


Hmmm...


Aku ada ke gambar yang cun melecun weh?


Ishh..


Jap nak pikir jap..ada ke?


Macam takde jek.


LEMPANG!


Sengal sungguh kamu ni Yongnana. Beria nak join contest tapi gambo cantik pun takde. Haih!

Hehehehe....nanti aku gobek-gobek gobok gambar aku. Mana tahu ada terselit tersepit gambar cantik. *gambar je la yang cantik...orang dalam gambarnya nan ado*


Jom dear, join contest ni. Daripada sangap tunggu waktu berbuka ada baiknya kita buat kerja yang mendatangkan hasil. Ahaks!


Ok sekian.

Aku nak mulakan misi mencari gambar paling cun melecun yang aku ada. Kalau ada jumpa, ada lah aku join contest ni. Kalau tak jumpa maka aku bagi iklan free je lah kat contest ni. Haha.

TAK SANGKA ADA 2nd HONEYMOON

Ini adalah entri tentang pahit manis maung aku di Pulau Labuan.



9 Ogos 2010

Sepanjang malam aku mengalami sindrom susah nak tidur. Pusing ke kanan....mata kedip-kedip. Bergolek ke kiri....mata terkebil-kebil. Puas dah suruh mata tidur, siap berangan bagai-bagai dah. Tapi haih!!!


Excited mungkin. *terima aje lah alasan aku tu*


10 Ogos 2010

Inilah harinya.

Aku bangun seawal jam 5 pagi. Fuh serupa nak bangun sahur dah. Tapi incik suami punya pasal aku gagahkan jugak bangun awal pagi, mandi air sejuk gedi, dan tanpa breakfast terus zuuupppp ke LCCT.

Flight pukul 7.50 pagi okey.

Sampai LCCT pukul 6.10 pagi camtu. Masih awal. Dengan langkah perasan diva *motip?* terus ke kaunter check-in. Sekaliiiiii.....tu dia.......kemain panjang lagi lane Q untuk ke Labuan. Air Asia bukak dua lane, dua-dua pun dah serupa ular sawa. Panjanggggg.....dah tu sorang-sorang luggage tak nak kalah. Beg roda saiz XXL dua tiga bijik, tambah lagi kotak-kotak berbalut yang saiz boleh masuk budak kecik dalam tuh. Hadoi!!


Aku ingat kaunter ke Labuan la paling tak glamer skali, rupanya meleset. Huh!

Aku pun tawakal je la beratur dengan orang-orang ramai gitu. Terasa kerdilnya diri bila takde luggage godang-godang macam mereka. Aku cuma bawak satu luggage sederhana and hand bag sajork.*kata lusa nak balik dah kan*


Sudahnya pukul 6.50 pagi baru aku dapat boarding pass. Lenguh! Ada masa lagi 15 minit sebelum boarding, jadi aku jalan laju-laju ke Mc D untuk sarap dulu. Sangat heaven rasanya dapat pekena Mc Muffin. Mahu kenyang sampai ke petang ni. Hehe..


7.50 pagi.....masa untuk terbang. Yeay!!



aku dapat seat tepi tingkap, maka sempat la snap gambar ini. Indah kan? Rasa macam gula-gula kapas jek awan-awan tu. Subhanallah.


10.20 pagi....selamat tiba ke Pulau Labuan. Huhu..berdebar pulak jantung bila nak jumpa dengan incik suami. Apakah??

Tapi memang indah betul bila dapat tengok wajah incik suami. Gila rindu mendendam menggila. Hahaha.

Incik suami datang naik motor jek. Yang aku pulak datang siap bawak luggage kotak, makanya aku kena ke hotel naik teksi. Incik suami yang deal dengan abang teksi tu. Jadi aku naik teksi, incik suami follow dari belakang. Aku memang tak tahu apa-apa, kalau kata abang teksi tu bawak aku lari memang sia-sia je la. Huhu.


Aku sampai ke Hotel Pantai View.*bukan Pantai Hospital yek kawan-kawan..dushh!*


Pemandangan dalam bilik. Biasa sajork hotel ni. Nama pun hotel bajet *bajet-bajet pun terbang gak duit RM190 untuk 2 malam.Huh*


Incik suami tetiba call kata beliau terpaksa patah balik ke tempat kerja sebab ada emergency call. Aku disuruhnya check in dulu and berehat la kat bilik dulu.

Ceh!

Tipu!

Sebelum ni kata 10hb off day. Ni tetiba kena keje pulak. Gorammm makkk!! Itu yang muncul entri tak puas hati tu. Dah baca?? *klik sini untuk baca. Nak baca sekali lagi pun klik sini jugak*


Bengang!

Tapi bengang-bengang pun tetap ada mood untuk berposing mosing sendirian dalam bilik. Haha






Sejam kemudian...

Incik suami call kata beliau on the way ke hotel.

Yaribba!!

Tapi dalam hati neves bukan main. Siap kemas-kemas bilik *padahal baru je masuk sejam yang lepas*, siap masak air konon-konon nak bancuh air teh o kegemaran suami. Owhh...eksaited sungguh.


Owh lupa..kaki aku melecet angkara pakai kasut baru.*nak kena buat entri kasut baru pulak ke.haha LEMPANG!!* Jadi sempat pesan kat incik suami supaya belikan plaster. Plaster kat Labuan comel bangat. Sampai teruja nak snap gambar. Haha Jakun.


Oke..ke okey? ke okek? Haha



Kemudian hari-hari dihabiskan begitu saja.Tak payah story la ek yang itu. Haha *malu*



11 Ogos 2010

Omaigod! Hari ni mula berpuasa. Mula la tak tentu arah pikirkan menu sahur. Bila suruh incik suami beli makanan kat kedai mamak bawah hotel, hmmm....harammm. Beliau lagi sorga godek-godek internet guna lappy aku. Mentang-mentang ada WI-FI. Bini dah kebulur pun dia buat tak tahu. Caitt!


Sudahnya kami sahur megi jek. Itu pun nasib baik aku ada bawak stok megi dari KL. Aku ada bawak rendang daging and roti jugak tapi dua makanan tu awal-awal dah licinn kena sapu dek incik suami. Maka confirm, sahur kami yang pertama sebagai suami isteri adalah MAGGI......Sudu takde, dah tanya housekeeping pun mereka kata mereka takde sudu dalam simpanan. Apakah?? Jadi makan tak guna sudu tapi guna penutup tupperware. Gila tak senonoh!


Bila siang aku ajak incik suami jenjalan. Itu pun liat nau. Tapi takde apa pun kat Bandar Labuan ni. Macam pekan lama jek. Kau jangan haraplah nak jumpa mall bagak-bagak ala-ala Sogo ke Mid Valley ke kat sini. Memang takde la. Panggung wayang pun takde. Tapi kalabul malami banyaklah. *Hey..apa itu kalabul malami lah??? Itu KELAB MALAM LAH*

Aku sempat ke Bazaar Labuan. Tempat jual baju-baju t.shirt yang sesuai nak dibawak balik sebagai cenderahati. Tapi takde selai pun aku beli. Huhu.

Aku sempat jugak kuar masuk dua tiga kedai duty free. Mencari apa lagi kalau bukan coklat. Tapi aku agak keciwak bila tengok harga coklat kat Labuan mahal beberapa hengget banding dengan kat Langkawi. Memang padanlah pun kan..Kos nak bawak ke Labuan nun pun kena la kira sekali kan? Tapi apapun masih jauh lebih murah berbanding dengan harga kat KL. Itu pasti.


Antara coklat yang sempat aku buat perbandingan harga:


Ferrero Rocher (sekotak ada 30 biji)
RM19.90 (Langkawi)
RM25.00 (Labuan)


Kisses (375 gram)
RM12.90 (Langkawi)
RM15.00 (Labuan)


M&M (300++ gram)
RM13.90 (Langkawi)
RM19.90(Labuan)

Kinder Bueno (pax of 3)
RM7.50 (Langkawi)
RM7.90 (Labuan)


Daim
RM16.80 (Langkawi)
RM13.50 (Labuan)


Hmmm..itu je la harga yang sempat aku survey. Oleh sebab harga coklat kat Labuan mahal sikit, maka takdelah aku borong menggila. Tambahan lagi duit pun sipi-sipi je tinggal. Jadi beli ala kadar dah la. Jangan tak beli langsung orang kata. Huhu.


Lepas dah puas round-round bandar Labuan *kami round town naik bas no. 11. JALAN KAKI SUDA...*, incik suami bawak aku ke restoran makanan laut yang glamer kat Labuan tu.




Tengok signboard memang aku rasa gerun nak masuk. Ni restoran halal ke tidak nih?


Tapi bila jenguk-jenguk dalam nampak ramai pekerja Islam, siap bertudung lagi maka aku pun berani. Dan ternyata ini memang restoran halal. Sila jangan takut.


Mahu makan apa deh berbuka hari ni? Hehe..kuasa veto untuk memilih lauk diberikan pada aku. Suka!


Muka incik suami yang kelaparan menugguh waktu berbuka. Kat Labuan berbuka pukul 6.30 petang. Memang sorga.



Uii..lauk dah sampai dah. Pandang tepi pandang tepi..nanti terliur. Huhu.



Menghayati memandangan indah. Ceh! Padahal dok tengok bila la matahari tu nak terbenam. Sebabnya bila matahari terbenam, aku boleh ngapp semua makanan yang ada depan mata tu. Huhu




Menu kami untuk berbuka puasa pertama kali sebagai suami isteri adalah ini.
.
.
.
.
.
.



Gila tamak laki bini ni. Order tak beragak. Haha. Kata puasa..nafsu nak meng order tu memang membesar bagai johan. Tapi kamu tahu tak, makanan laut kat Labuan ni memang morah!

Nasi putih 2 pinggan
Tomyam campur
Telur dadar
Kailan ikan masin
Ayam masak halia
Ikan merah masak tiga rasa
Sotong goreng tepung
Buah potong (free)
Kurma (free)
Fresh oren
Teh o ais limau
Mineral water
Teh o panas (free)

*tu diaaa..list makanan pun panjang kemain*


Harga??


RM47.70!

Bagi aku murah dah tu. Sebab makanannya banyak. Kami makan pun tak habis. Banyak berlebih. Nak tapau bawak balik hotel segan la pulak. Huhu.



Tengok, kan betul makan tak habis. Nasik pun dok ada suku lagi dalam pinggan. Pembaziran sungguh. Ishh.


Bila dah kenyang, apalagi, balik la kami laki bini ke hotel. Membongkang. Haha.

Takdelah. Malam yang kedua kat Labuan ni aku dah mula rasa sedih-sedih dah, Yelah, esok nak balik KL dah. Uhuk uhuk..


Incik suami pun dah kena kerja esoknya setelah bercuti bercanda ria dengan isteri tercinta selama dua hari. Maka aku kena siapkan baju kerja beliau. Hmm..tak perlu iron sebab kainnya bukan jenis berkedut seribu. Apalagi berkedut dua tiga ribu. Jadi just gantung molek-molek jek macam ni.



Yang meriah sebelah sana tu adalah baju aku yang telah aku popularkan dalam entri lepas. Kata baju baru, harus la dipakai berulang kali sampai lusuh, pastu kita beli baju baru lagi. Haha.

Uniform incik suami ni dah macam uniform polis. Err..sebenarnya beliau memang polis pun, polis tentera atau nama saintifiknya Provos. Polis....hmmm kerja berkawal je 24 jam. Dah macam pak guard pun ada aku tengok. Huhu.

Jadi malam itu aku habiskan dengan incik suami tercinta. Menonton movie. Tak cukup menonton kat TV, kami cari movie online pulak. Sudahnya mata kiri tengok TV, mata kanan tengok lappy. Haha!

Bila penat....tido.


12 Ogos 2010

Bangun awal pagi temankan incik suami bersiap ke tempat kerja.

Mood sedih.

Rasa nak nangis.

Sob sob sob...


Tak sabar tunggu 3 minggu lagi. Beliau pasti akan pulang. Insyaallah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Miss him so much

Friday, August 13, 2010

SAYA ADA BAJU BARU...*kau ada??*

Ish..


Resah..

Gelisah...

Pusing kiri tak kena..pusing kanan pun tak kena. Haih!

Sebenarnya sejak balik dari Langkawi dulu lagi aku asik teringatkan satu benda ni. Asik sangat teringat. Boleh kata siang terbayang malam merindu dah pun. Tapi aku tak sure aku mampu memilikinya atau tak. Aku sedar aku ni banyak kekurangan diri. Kalau ada yang lebih pun mungkin lemak degil je yang lebih. Huhu..


Tapi aku memang teringin sangat nak memiliki satu benda yang satu ni. Kepada incik suami pun aku dah kobarkan, dan reaksi beliau cumalah.....

"hmmm..nanti kita pegi beli okey"

Tapi bila tahunnya nak di beli entahlah.

Aku sangat mahukan benda ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





sumber: google image


Comey seyh..

Ke aku sorang je yang perasan baju ni comey? Haha

Aku suka betul tengok orang pakai baju ni. Nampak suwitt jek. Sebab tu sejak dari pergi Langkawi aritu aku dah berkenan terbayang-bayang dah tapi sebabkan keyakinan pada diri tu kurang maka aku pendamkan jek perasaan tu. Huhu.

Yo lah, dari jauh aku tengok baju-baju tu pun aku dah tau yang itu bukan saiz aku. Kalau degil nak pakai jugak mahunya aku BERTUKARR jadi sarung nangka nanti. Silap-silap nak masuk lengan pun tak lepas. Tak mahu lah aku. Jadi baik aku diam je lah. Padahal dalam hati ni jeles bukan main tengok orang pakai. Huhu...*padanlah muka*


Te

ta

pi


Hehehehe...*ada tapi-tapi ni yang best ni*


Port Dickson telah berjaya merawat luka hatiku yang kejelesan selama ini. Hehehe..


Yep. Aku jumpa baju kurang lebih macam gambar kat atas tu kat PD. Berlambak! Yeay!!

Yang lagi sorganya bila aku jumpa selai yang memang saiz aku. Dua kali yeay!!

Nak lagi best??


Harga mampu milik. RM40 sajork daripada harga asalnya RM55. Hehehe..Even harga kat butik-butik online pun mahal lagi. Jadi memang rezeki aku la pergi PD baru ni. Dapat baju baru yang dah sebulan lebih diidam-idamkan. Huhu.

Mahu lihat baju saiz super duper gajah aku tu??


Tengoklah. Jangan muntah sudahlah ye. Bulan puasa ni. Kang ada pulak yang puasa sekerat hari jek. Huhu..



Wah..siap ada tali pinggang lagi.huhu



Baju ni ekceli ada lengan pendek. Tapi sebab aku tak bawak inner maka aku terpaksa la redah pakai dengan sweater orang demam aku ni. Haha..*tetiba tingin nak beli long cardigan pulak.haih!*




Ini kalau edit lebih sikit ni boleh buat cover majalah MOM & PA. *bluweek*



Santek tak baju baru aku tu??


Hahaha..Perasan!

Inilah padahnya bila badan cap gajah gini. Orang lain dah puas melaram dah fesyen sekian-sekian aku baru nak merasa. Haih!

Owh tentang holiday di PD lagi nih. Kan kecoh kan orang kata ada buaya kat PD kan??









Huh!


Nan ado!

Sikit pun berita tu tak menjejaskan kemeriahan pantai Teluk Kemang dan pantai-pantai lain yang sejawatan di PD tu. Lagi ramai yang turun mandi laut adalah.


Termasuk lah aku.


Konon jek dalam entri lepas bersumpah mumpah takkan jejak kaki ke laut,


Sekaliiiiii...........................


tu dia....







Siap naik bot pisang lagik!!


Sorga weh PD!

Tuesday, August 10, 2010

SEEKOR DIRI DI PULAU LABUAN

Tara!!!

Aku sudah di Labuan sekarang,

Ni pun bersiaran langsung dari bilik hotel. Siap baring atas katil lagi. Haha.

Labuan nampak macam best. Pulau kecik jek. Tapi penduduk ramai. Siap tadi boleh jalan jem lagi. Huhu.

Aku stay kat Hotel Pantai View. Ada WI-FI, tapi takde peti ais. Ada TV tapi cuma ada chenel RTM 2 dgn STAR MOVIE *ceh*.Hotel ni betul-betul kat bandar. Kat sebelah hotel ni ada kedai mamak. Kat depan hotel pulak ada deret-deret kedai untuk membeli dan membelah. Aku perasan ada kedai jual baju tadi. Hehehe..Memang strategik sangat lah.

Semuanya nampak macam okey


KECUALI...........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
INCIK SUAMI KENA KERJA 24 JAM HARI INI!!!!






Makanya aku sorang-sorang kat bilik ni. Kat tengah-tengah bandar Labuan.


Aku stress!!!


Mencik!


Aku rasa nak terbang pulang ke KL sekarang jugak!!




MENCIKKKKKKK!!!

Sunday, August 8, 2010

BULAN PUASA BOLEH HONEYMOON TAK?

Kau baca tajuk kat atas tu.


Apa jawapan kamu??




Siapa kata boleh angkat tangan kanan.


1 2 3 4 ............uiii ramai.


Siapa kata a BIG NO NO? Angkat tangan kiri.


1 2 3 4 5 6 7 8 .....................uiks..ramai jugak.


Siapa kata "lantak kamu la Yongnana......" angkat dua-dua tangan.


Wa wiiiii...lagi ramai?? *sebab bilangan tangan berganda-ganda.haha*


Macam tak senonoh pun ada kan kalau nak pergi berhanimunan sekali lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Tapiiiiiiii....................ohh


Aku kangen bangat deh sama dia.

Lama betul tak jumpa.

Aku siap amik kalendar tadi nak kira berapa hari dah aku ketemu gula-gula hati aku yang nun jauh di Labuan nun.


Lama tau
.
.
.
.
.
.
.
.
40 hari!


Ni kalau orang beranak pun dah abis pantang dah. Anak pun dah besar siap pandai senyum-senyum bila diagah lagi.


Uhuk uhuk uhuk....


Rinduuuuuuuu..........


Aku tak kira. Aku mahu ke Labuan jugak. Mahu.


Jadi lusa..10 Ogos aku akan terbangggggggg *kau yang bawaku terbang, kamu lah jua yang membawa cinta lalalalala....PANG!*


Yep. Aku akan ke Labuan 10 Ogos ni. Mahu berhanimunan buat kali kedua. Hahaha!


Takdelah. Bukan itu tujuannya yang sebenar. Itu tujuan sampingan jek. Kira kalau kat KFC tu ibarat coleslaw dengan kentang putar la...side dishes. Apakah??

Aku sebenarnya nak ke Labuan tujuan yang sebenar-benarnya adalah untuk sambut puasa bersama incik suami di sana. Teringin sangat nak bersahur dan berbuka pada hari pertama puasa dengan beliau. Pengalaman kata orang. Ceh, alasan berjela. Kata je la kamu tu dah rindu meroyan sama dia. Kan senangggg..


Kamu-kamu semua doakan aku selamat pergi dan selamat pulang okey. Aku pergi tak lama pun. Hari ni aku pergi, lusa aku balik la. Tak berani nak berlama-lama berdua dengan incik suami kala bulan puasa gini. Sudahlah dah lama tak jumpa. Bahayaaaaa....Hohoho.


Dah diam. Jangan nak senyum-senyum simpul gelakkan aku. Haha


Ada berapa jam lagi nih sebelum kapal terbang Air Asia bawa aku membelah awan.


"kau yang bawak ku terbang. Kau lah jugak yang membawak cinta ke jalannya..lalalalalalala Kau yang bawak ku terbang ke bintang kejora errrr....ke Labuan. Huhu*

Saturday, August 7, 2010

AKU takmau JUMPA BUAYA DI PORT DICKSON

Hujung minggu menjelma lagi!!

Yeay!!

*padahal weekend ke weekdays ke sama je bagi aku buat masa ni. Kadang nama hari pun aku lupa.caitt*

Tapi weekend kali ni ada bezanya.

Aku mahu ke Port Dickson!

Dua kali yeay!

Walaupun Port Dickson tu tak berkali-kali terjah, sampai kadang rasa tak de menda pun kat sana. Tapi bila dah namanya nak pergi holiday, ke Bukit Belacan pun aku akan alami keseronokan berganda. *gila tak matang*

Siapa tak suka pergi holiday ohh..


Tak sabar rasanya mahu terjun kolam renang. *ceh, tipu. Padahal kemain berhati-hati masuk pool guna tangga*

Tak sabar rasa mahu sama-sama sibuk..err lebih tepat buat-buat sibuk bakar BBQ. Nyum nyum...

Paling tak sabar mahu ketemu bintang paling fofular di Port Dickson saat ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Artis ke??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kurang lebih la sebab muka dah masuk paper. Kira selebriti la tu. Uhuk uhuk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sumber: incik google



Cuba tenung lama-lama..



Ehhh..salah tu. Bukan tenung abang baju biru tu.


Tenung muka dara senang tu. *err kalau jantan kita panggil bujang senang kan?hehe*









Ada muka selebriti tak???









*LEMPANG!!*


Palahot kau selebriti.....ngeri adalah!


Sumpah aku takkan mandi laut kat sana nanti.

Friday, August 6, 2010

CUCU CICIT CICUT PIUT MIUT MAHSURI

Bukan baru ni aku dengar hal yang satu ni. Sebelum ni pun aku pernah dengar jugak. Dalam Mastika pun pernah keluar artikel tentang ni. Tadi pun aku jumpa satu blog yang menulis tentang ini.



Tentang apa yang kau meraban ni labuuuuu???




Ni ha..ada orang kata
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keturunan Wan Kedah adalah keturunan Mahsuri!



Uiiii...betul ke tak betul ke aku tak tahu. Tapi membacanya pun dah cukup buat lubang hidung aku kembang kempis kembang kempis. Hahaha.


Err lupa nak kenalkan diri.

Assalamualaikum..hai..Nama saya Wan Nor Fadzlina binti Wan Mahadzer bin Wan Abdullah bin Wan.....errr aku lupa nama moyang aku.*sila lempang doploh juta kali*

Tapi yang pastinya pangkal nama aku "Wan" tu berasal dari Kedah. Dan secara otomatiknya aku salah seorang keturunan Wan Kedah. Jadi atas sebab itulah hidung aku tetiba jadi kembang kempis kempus. Harap-harap aku tak kena semput. Huhu


Baru ni aku pergi Langkawi kan? Sempat la aku melawat Makam Mahsuri.


Sempat jugak la aku sedekah Al-Fatihah buat moyang aku tu. *aiceh..nak jugak ngaku moyang*


Dan sempat jugak la aku berposing-posingan di situ.



Ceh, tak senonoh.



Sebenarnya aku tak de la kisah sangat aku ni keturunan Mahsuri ke tidak. Cukuplah aku tahu aku ni keturunan Wan Dali. Siapa pulak Wan Dali ni Yongnana oiii.. Huhu. Err kalau tak silap Wan Dali ni tok wan kepada tok wan aku. Hehehe..aku bedal je tuh. Tak pasti betul ke tak. Hihihi..Sejarah failed, apa lagi sejarah keluarga. Dua kali failed! Huhu.

Tapi andai betul kajian yang pakar-pakar sejarah buat selama ni *boleh baca artikel di sini*, wahhhh seronok jugak kan?


Bangga menjadi salah seorang keturunan Wan Kedah!


Ahaks!

Thursday, August 5, 2010

BURGER AYAM G......nama dalam surat beranak GCB.

Cuba kamu tengok gambar kat bawah ni.






Uiii aiii....

Menyelerakan.

Menggiurkan..

Menghairahkan..

Slurppppp...


*ah sudah...setop. Seperti ada elemen kelucahan di situ*


Very the yummy kan bila tengok?

Setiap hari bila tengok iklan GCB ni kat peti telibisyen membuatkan aku makan hati. Teringin nau nak merasa tapi bila pikir-pikir duit dalam purse pun ada bape kerat jek maka gigit jari je la dengan harapan jari aku ni ada iras-iras rasa beger GCB tu.* Huh tipu agak-agak la*


Memang telan air liur je la.

Tapi semalam incik suami masukkan duit sikit. Sikit je la. Lepas la kalau nak beli beger ayam G tu. Kalau nak berjimba meroyan shopping baju seluar baru memang nan ado la. Huhu..Jadi aku pilih untuk beli beger ayam G kat mekdi tu. Sekian lama dah perut aku memendam rasa. Jadi kali ni aku nekad untuk beli.


Yep.

Harus beli.


Terkocoh-kocoh aku pegi Mekdi Ampang Point.

Beli tapau jek. Takde kawan nak makan dine in. Kalau makan sorang-sorang tak best. Rasa macam banyak je mata pandang aku sambil hati mereka berkata.


"kesian wanita itu..makan berseorangan. Takde kawan..kasihannya..."

Huh. Takmau.


Jadi tapau sajork. Balik makan kat rumah sambil tengok sinetron Aya Cahaya Aya.


Sampai rumah terus bukan kotak beger.


1st impression.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Uiiiii....macam best. Tapi takde la besar mana. Ingat kot besar gabak. Tengok iklan dalam peti telibisyen macam besau jek. Tetiba baru tingat frasa ini.


"this picture is for advertising purpose only"

Okey. Paham dah. Mekdi tak salah. Aku yang salah menaruh harapan terlalu tinggi kat beger ayam G. Huhu.

Dah bubuh sos cili secukup rasa.

Masa untuk makan.

Bismillah...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Erk!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa benda ni? *sila baca sambil kerutkan dahi*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lembik-lembik..weh apa ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarik benda pelik tu kuar dari mulut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hok oloh...

Daging beger apa ni siap ada kulit ayam??!
.
.
.
.
.
.
.
Huh.

Kerugian sebelas hengget beberapa sen gue.




Fakta: memang aku gemuk montel, tapi aku tak suka makan kulit ayam yang lembik-lembik siap ada bintik-bintik tu. Tapi kulit ayam goreng aku feveret. Siap lagi kulit ayam KFC. Huhu..


Err..apa pengalaman kamu makan beger ayam G?? Mesti ada yang suka gila-gila kan? Siap makan berkali-kali seminggu. Sungguh jeles. Haih!