Monday, August 31, 2009

PERCEPATKAN TARIKH NIKAH???

Adeh berdebar plakjantung aku bila tengok tajuk kat atas tu. Biar betol?? Tapi itulah realitinya. Tadi aku and family aku ada bincang pasal wedding aku. Ntah camne boleh tertimbul idea untuk percepatkan tarikh nikah..alasannya sebab takut aku kena posting jauh untuk mengajar nanti. Huhuhu..
Bila pikir-pikir balik, logik jugak alasan tu. Yelah takde guna juga kalo kawin beria sudahnya kena berjauhan dari Incik Suami terchenta. Btol tak? Serupa tak yah kawin dulu kalo camtu..hehehe. So mak and abah aku cadangkan aku and Amry nikah dulu. Kalo boleh sebelum praktikal lebih baik. Kenduri besarnya buatlah lepas abis praktikal pun takpe. Nak wat tahun depan pun takpe. Bak kata abah kalo dah dapat anak baru nak wat kenduri besar pun takpe..sanding la dengan anak skali.hahaha..Abah sempat melawak plak tadi. Yang penting nikah dulu untuk dapatkan sijil nikah tu jek. Huhuhu..

Aku tak citer lagi plan ni kat My Incik Tunang..(sebab bil tak berbayor..kna bar dh fon kitorang.hahahah). Esok aku ingat nak bincang btol-btol dengan dia. Tengok pandangan dia camne pulak. Aku terharu jugak dengan idea abah aku tadi..beliau seboleh-bolehnya taknak susahkan pihak laki. Abah kata kalo Amry tak cukup duit lagi untuk sediakan duit hantaran pun takpelah..tak yah bawak duit hantaran lg masa nikah tu. Yang penting duit mas kahwin jek. Dulang-dulang hantaran bagai pun abah kata wat sikit-sikit dah la. Tapi tang tu aku kurang setuju. Sebabnya aku dan Amry dah set dah nak bagi apa untuk hantaran nanti. Ala,,setakat hantaran je bape duit sgt la..Takkan itu pun dia takde duit kot.(huhu...bajet tunang aku kaya la tu.hahaha)

Best jugak kan dapat nikah awal. Takde la ke hulu ke hilir tanpa ikatan sah. Hehehe..macamlah kami ni selalu kuar dating.hehehe...Tak sbar nak tunggu esok..nak p bayar bil tepon (Incik tunang dah bank in kan duit td. Yeay!) then aku nak bincang hal ni dengan dia. Harap-harap dia and famili dia setuju. Kalo dia tak setuju..xpela. Takkan nak paksa kan? Aku tak nak la nampak macam desperate sgt. Cadangan ni timbul bukan sebab aku tak sabar sgt dah..aku cuma nakkan sijil nikah untuk permohonan posting nanti jek. Ok ke tak ok idea aku, mak, and abah aku ni? Tolong komen skit...=)

Sunday, August 30, 2009

CHECKLIST 2..

Tingin nak update checklist...huhu

Theme Kaler: White and red...bkn red and white tau?ada beza tuh..

Husband-to-be : Tunangku teristimewa..Syaiful Amry bin Ahmad Syah

Date :Nikah : erm..tatau lg..kalendar 2010 tak kuar lg..maybe antara Mac hingga Jun 2010

Sanding : Sama spt di atas

Tandang : seminggu lps majlis sanding

Place : pun tak tetap lg..yg pasti kenduri pompuan kat KL, lelaki kat K.Kangsar

Kursus kahwin : After Raya br nak p..Incik tunang dh p dh dolu..tp aku paksa p skali lg.huhuh

Documents to be submit to Pejabat Agama : Adeh..aku pun tak tau sgt apa dokumen nk kna bg nih.huhuh

List barang2 hantaran :

For me:
1) Sirih junjung
2) Cincin + mas kahwin
3) Duit hantaran
4) Baju sepasang + tudung
5) kasut + handbag
6) Tafsir Al-Quran
7) Kek
8) coklat
9) misteri..huhuhu

For him:
1) Sirih junjung
2) Cincin
3) Sepersalinan baju melayu
4) Kasut
5) Perfume
6) Kek
7) Coklat
8) Jam tangan
9) Al-Quran
10) Buku-buku ilmiah
11) Misteri..(Aku dh tau dh apa nk bg utk misteri ni.hehehe)

Tok kadi : Pun x sure lg..sabar ek

Mak andam : Tgh survey..aku suka Rins Bridal..but too expensive utk aku yg kurang berduit nih.huhu

Baju Sanding & Tandang : Not yet..but ada beberapa design dah dlm kpala..I like kebaya labuh merah kat Isha Boutique.

Bunga pahar : Beli siap je la..kat Nilai blambak

Baju Family : erm...bergantung pada bajet

Bilik pengantin : Awal lg nk pikir..Guna bilik adik je la..dia baru kawin Oct last year.

Fotographer : Abah aku sdia membantu..TQ WanDet Entertainment

Catering : Masih dlm proses pemilihan..might be Sri Angsana

Honeymoon : erm..setakat ni Pangkor..after majlis tandang kat k.kangsar leh trus p jek.dh dekat.hahaha

Lauk pengantin & kek : Lom decide..but aku sure pak mak sdara aku akn wat terrrbaek punya.

Kad jemputan : simple but nice

Baju Nikah : lom lagi..yg confirm white in colour

Hiasan Hantaran : hantar kdai jek

Paper Bag : erm..perlu ke?aku ingat nk bg simple gift, tanpa perlu paper bag coz its costly..pape pun, biarkan dlm senarai dulu.

PA, kompang, MC : WanDet Entertainment tp please..no more lagu sedih..ada ke patot adik aku kawen aritu dj tu psg lagu cinta tiga segi la..madu tiga la..hampeh!

Gift : small, nice, memorable

Bridesmaid : erm..who?Flowergirl : aku tak ramai sdara kenit2 nih...adeh

Penunjuk Jalan : sendiri wat..print jek

Bunting : erm..tingin jgk nak bunting..nnt la pk

Cat Bilik : x perlu cat..baru jek lg cat kaler cream..match dgn apa jua theme kaler kan?

Kemas Bilik Pengantin: a month before br aku wat.hahaha

BILA CIK WAN TURUN DAPUR

Aku sebenarnya bukanlah kategori wanita yang pandai memasak. Sangat serius ni. Aku memang kurang keyakinan diri kalo bab-bab dapur ni. Aku lebih sanggup buat kerja rumah yang lain. Bagilah aku kemas umah ke, basuh pinggan mangkuk ke, lipat kain ke, basuh kain ke, apa-apa je la..janji bukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan aku memegang sudip dan kuali atau yang seberadik dengannya. Memang aku fail.

Pada suatu masa dahulu, sewaktu aku berkunjung ke kampung tunang aku (masa tu boipren lg la.hehehe), aku telah disuruh memasak oleh bakal mak mentua aku! Huh, memang parkinson la time tu. Giler! Mana aku reti memasak weh..Tapi takkan aku nak terang-terang habaq mai kata aku ni "buta kuali"? Jatuh la saham aku..huhu. Jadi aku pun berlakon la..persis seorang wanita yang sangat la cekap hal-hal dapur ni. Padahal dalam kepala aku time tu ligat dok ingat balik sgala bagai petua-petua and resepi untuk masak satu lauk yang simple jek..sambal telor! Huh, berkat lakonan mantap aku, ditambah pula dengan daya ingatan aku yang kuat ini..maka terhasil jugak la sambal telor aku. Sedap tak sedap lantak la..janji aku dah berjaya siapkan. Abis jugak diorang makan. Huhuhu


Petang tadi, pintu hati aku macam terbukak la pulak untuk memasak. Silap-silap orang kata aku buang tebiat. Huhu..Tapi kalo dah namanya pompuan, buang tebiat apa kebendanya kalo rasa nak memasak ye tak? So hari ni aku telah berjaya memasak tiga jenis lauk untuk hidangan berbuka puasa. Lauk simple jek..tapi sebab aku yang masak, so aku rasa itu satu kejayaan besar bagi diri aku yang failed bab-bab masak ni. Cakap je kalo takde bukti tak guna kan? Meh aku tempek gambor sekeping...inilah hasil masakan aku arini..Sambal telur puyuh, daging masak kicap and sayur kacang. Nampak sedap kan? (Tapi rasanya ntah la...hehehe)


Thursday, August 27, 2009

BILA AKU DAH BOSAN..

Berikut adalah hasil nukilan aku dan kuncu-kuncu aku ketika kebosanan menyerang di dalam lecture class..iaitu PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN serta PERTANDINGAN TEKA TEKI TEKA TEKOK..huhuhu..layabkan aje..



















Thursday, August 20, 2009

PANTUN SENGAL

Aku time sekolah tu pernah la masuk pertandingan balas pantun. Memang bajet terrer dah la. Hahaha..tp aku tetap salute dengan insan yang berjaya mengaplikasikan teknik modification ke atas pantun-pantun melayu kita. Memang kategori pecah perut la. Tapi sekali lagi harus diingat..pantun-pantun ni tak sesuai digunakan di dalam bilik darjah mahupun di atas kertas peperiksaan. Kalo ada yang kena pelempang sedas dek cikgu kelas, aku tak jamin. Hehehehe..

1. Berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.

2. Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu

3. Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
sebab tu lah pekasam tu masam,
bila diseluk kena ketiak masam.

4. Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan,
kalau boleh nak makan perahu.

5. Tidur tak lena,
makan tak kenyang,
mandi tak basah,
berak tak basuh.

Sengal tak sengal? =)

PEPATAH YANG PATAH..

Adoi la..aku tak sangka inbox email aku banyak jugak email lawak. Kalo dijadikan bahan untuk rancangan raja lawak mesti boleh jadi juara aku rasa. Huhuhu.. Aku tak larat nak gelak dah baca forwarded email ni..Mari gelak bersama-sama..(Panduan: kepada yang tengah makan nasik, berhati-hati apabila bergelak ketawa kerana dikhuatiri nasi yang dimakan akan keluar melalui lubang idung anda)

1. Alang-alang mandi biar guna sabun.
2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.
3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Biar lambat asalkan lembab.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.
10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.
11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.
12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
14. Habis madu sepah dikitar semula.
15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.
16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.
19. Hidup segan mati ditanam.
20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.
21. Jauh di mata sakit di hati.
22. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.(beli le pukat tunda lagi baik)
23. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.
24. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
28. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.
29. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.
30. Membujur lalu melintang pukang.
31. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.
32. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat. 33. Patah tumbuh hilang report polis. 34. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.
35. Sambil menyelam tengok kapal selam.
36. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
37. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
38. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.
39. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga. 40. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.
41. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.
42. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian $B!D!D!D(B.
43. Tiada rotan pelempang berguna juga.
44. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.

Amaran keras!
'- Pepatah yang patah di atas hanyalah untuk kegunaan di luar bilik darjah. Tidak sesuai digunakan oleh guru-guru (termasuk bakal guru DPLI) mahupun para pelajar teristimewa sekali mereka yang bakal mengambil peperiksaan. Harap maklum ye.

20 CARA BUAT ROOMATE ANDA GILO!

Hehehe..Aku gelak dulu. Sebenarnya aku baru pas mendelete email-email tak guna dalam inbox mail aku. Yela, menyemak jek. Tetiba aku terpandang satu email ni..durjana sungguh. Email dah lama dah. Bertarikh 20 May 2007, di forward kan oleh salah sorang kwn email aku..Faizal Ismail (Bukan dj Hotfm ye. Harap maklum). Email ni memang durjana la..tengok tajuk la tambi..20 cara buat roomate anda gila. Hahahaha...saper2 yang ada masalah dengan roomate, blehla aplikasikan teknik-teknik di bawah nie. Kalo ada yang kena mati kena bunuh dengan roomate, jangan salahkan aku k? Sendiri pikir la dei!

20 cara untuk jadikan roomate anda gila

ommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


Hahahaha!!! Lawak x? Lucucah ya? (Versi Suppiah)...Kalo berani try la wat kat roomate masing2. Risiko tanggung sendirik. Huhuhu..

Wednesday, August 19, 2009

SUPPIAH...(JIWA TERSEPIT YA?)

Aku rasa sejak aku tadika sampailah aku amik CIMA, belum pernah lagi aku rasa sangat lah rugi kalo aku tak menghadiri kuliah. Dulu, aku memang ratu ponteng. Kecik-kecik dulu lg aku dah tunjuk bakat dah dalam ponteng memonteng ni. Tu yang sampai kena libas dengan abah tu.Huhuhu.Masa wat degree plak, kelas apa yang aku tak tuang? Sumer abis aku tibai. Tapi sejak sejak amik DPLI ni, tak pernah lagi aku ponteng kelas. Kesalahan devian tu.(Sila rujuk buku Sekolah dan Masyarakat Bab 8 kalo tak silap.). Aku suka p kelas kat UPSI ni. Biarla aku terpaksa menapak dari umah ke pintu timur sekalipun.(perjalanan biasanya memakan masa antara 15-20 minit jika berjalan dalam kadar yang sederhana), aku tetap akan gagahkan jua. Huhu.Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kerajinan aku ini adalah...jeng jeng jeng...tgk tajuk la dei! Suppiah la..mana lagi ada?
Siapakah Suppiah ini? Yang telah membuatkan aku mencipta rekod terhadap diri sendiri? Suppiah ini merupakan lecturer subjek Psikologi aku. Beliau tersangatla pandai dalam hal-hal menyiko aku dan kuncu-kuncu aku. Tapi serius, 7 minggu kat UPSI (atau boleh dikenali sebagai Proton City) ni, Mr. Suppiah ni dah byk mempengaruhi pemikiran aku dan kuncu-kuncu aku. Sampaikan cara kitorang bercakap pun dah mcm Suppiah.
Antara dialog yang menjadi kegilaan ramai dan sering digunakan dalam perbualan harian adalah seperti berikut:(Perlu dibaca dalam nada Suppiah)
1. Lambaian malar hijau..bersama kita berjuang!
2. Seribu satu isteri boleh kita cari, seorang bonda sukar dicari ganti..
3. Durjana la?!
4. Berkeliaran tanpa tujuan..
5. Jiwa tersepit ya?
6. Kurang bedak la?
7. Urusan malam ya?
8. Otak pegaga la?
9. Lucucah la?
Stop Stop Stopppp!!! Fuh, cukupla tuh. Memang banyak lagi sebenarnya. Ini baru dialog rutin beliau, tak citer pasal cerita-cerita lawak yang beliau utarakan semasa kuliah. Memang terbahak-bahak la. Tidak mampu kutahan lagi Jebat. Ini pun ada rasa nak terkucil ku tahan Jebat.Hahaha..Mr. Suppiah memang terbaeekkk la. Bersama kita berjuang...Cikgu Jo dan anak muridnya, Daneng. Lambaian Malar Hijau!

Sunday, August 16, 2009

SKIT SKIT TENTANG AKU PULAK..

Dalam entry sebelum ni aku dah citer skit-skit tentang My Incik Tunang kan? So arini aku nak citer skit-skit tentang aku pulak. Hehehe...ni boleh kata entry edisi membuka pekung di dada.Hahahaha..

1. Masa dalam perut mak aku dulu, mak aku sangat2 yakin yang aku ni baby boy. Dia siap booking nama Wan Mohd Farid dah untuk aku. Time melenggang perut, mak bidan tu bagitau yang anak dalam perut tu girl, tapi beliau tetap mempertahankan "kelakian" aku. Sudahnya bila kuar baby girl, beliau hampir2 nak mengatakan aku ni bukan anak dia. Nasib baik wajah aku yang comel tu mewarisi iras beliau. Jadi beliau akur yang anak sulung beliau ini girl..Huhuhu..

2. Asalnya mak nak namakan aku Wan Nor Fatin..hihihi. Tapi beliau kata nama tu nampak macam 'mati' jek. Sudahnya arwah pah aku yang bagi nama untuk aku..Wan Nor Fadzlina, nama yang diilhamkan dibawah pohon rambutan. Patotla rambut aku lebat mcm buah rambutan.hehehe..

3. Aku ada satu fobia masa kecik2 dulu. Aku sangat takut dengan bunyi guruh, kilat and hujan. Sangat takut. Aku masih ingat lagi camne aku berlari terkedek-kedek mencari kain buruk untuk tutup sgala lubang2 samada bawah pintu, kat tingkap segala dengan harapan air hujan tak masuk umah.Hahahaha..then aku akan menyorok samada dalam almari, belakang pintu, atau bawah katil sambil menekup telinga. Hahahah..sila la gelakkan aku.

4. Kecik-kecik dulu aku juga sangat takutkan tarian singa yang suka berjoget joget time CNY. Dalam takut-takut tu, aku tetap akan join kawan2 p tengok singa-singa tu bersiap untuk berjoget. Bila gendang dung dung ceng tu bunyi jek..Maka bertempiaran la aku berlari tanpa tujuan. Hahahaha..sampai sekarang famili aku suka ungkit citer tu. Mak kata aku lari tak cukup tanah. Dengan badan montelnya..korang imagine la sendirik.Hehehe..

5. Aku pernah kna rotan dengan abah aku masa kecik dulu. Reasonnya sebab aku selalu ponteng sekolah agama. Huhuhu...Tapi itulah first and the last time aku kna tibai. Sampai pecah2 cermin kat dinding korang tau? Sungguh takkan aku lupa. Apapun aku tetap sayang abah aku. Makin dah dekat nak kawin ni, makin aku sedih bila pikirkan abah. Serius.

6. Masa kecik2 dulu jugak aku ada satu habit pelik..aku sangat suka wat collection beg skolah, botol air, n kotak pensel. Tiap kali kuar jalan2 kat mall, aku mesti akan merengek rengek nak kan samada botol air, atau beg atau kotak pensel baru. Hehehe..Jujurnya sampai sekarang aku masih suka mingle2 kat department stationery bila p mall. Trasa sangat bahagia.Hehehe..

7. Aku ada bantal busuk. Sampai sekarang aku masih tido dengan bantal busuk. Bantal busuk aku haruslah mempunya bucu yang tajam kerana aku sangat suka gentel bucu bantal busuk tersebut sampailah aku terlena. Indahnya...

8. Aku juga suka cabut rambut gatal. Kecik2 dulu aku ada masalah gatal kulit kepala. Jadi aku suka cabut rambut kat bahagian kulit kepala yang gatal tu. Sedap kot. Sampai pernah satu masa, kepala aku botak kat tengah2. Dah macam keadaan bumi bila diserang kapal angkasa. Hahahah..

9. Aku tak pandai masak. Serius. Tapi mama kata aku sangat pandai goreng telur dadar. Sangat sedap even telur kosong jek tanpa cili bawang bagai. Hahaha..satu pujian yang cukup mengembangkan idung aku ini.

10. Aku pandai wat biskut choclate chips and kek batik. Tiap kali musim raya aku terpaksa buat hampir 1000 bijik biskut choclate chips untuk santapan keluarga. Sebarang tempahan tidak diterima.Hehehe..Baru2 ni, dah pandai buat kek choclate pulak. Sangat sedap kata famili aku. Kembang lagi idung aku.heheheh..

11. Aku ada 4 orang ibu pelbagai kategori (thn depan insyaallah dpt sorang lg.), aku ada 2 orang bapa yang bakal bertambah jadi 3, 2 orang adik kandung, 3 orang adik sebapa, seorang adik seibu, beberapa orang adik beradik lain ibu lain bapa, seorang tunang, ramai kawan2 yang best, dan beberapa ekor teddy bear yang sentiasa menemani aku. Aku sangat bahagia!

Saturday, August 15, 2009

MY INCIK TUNANG



Skit- skit mengenai My Incik Tunang:

1. Nama penuh beliau Syaiful Amry bin Ahmad Syah. Nama kosong beliau Amry@Manong@Abang@Sayang@Ucuk.=)

2. Lahir pada 20 April 1985 kat Bukit Gantang, Perak. Berbintang Aries yang dikatakan tidak serasi dengan gadis berbintang Cancer mcm aku. Tapi kita bahagia kan?hehehe...

3. Berkhidmat sebagai anggota TUDM di Kem Jugra, Banting Selangor. Beliau bukanlah pegawai tinggi..jadi jangan berangan nak tengok aku kawin bawah pedang. hahaha..

4. Beliau sangat la suka menonton DVD dan bermain PS2. Itula bini no 1 and 2 dia..aku ni bakal bini no. 3. Cedih...

5. Makanan feveret??err..mamat ni jenis telan apa saja..tolak batu and kayu jek. Tp beliau sangat bahagia andai dapat p 'cap teh' bersama teman-teman sambil bergosip. Hehehe..

6. Terlalu penyabar dan berhati lembut. Aku tak pernah kena marah dengan Incik Tunang ni. Aku yg selalu marah dia ada la..hehehe..cowi ucuk.=)

7. Perangai buruk beliau? Sangup berbohong untuk jaga hati aku. Oh tak sukanya. Tp setakat ni aku berjaya discover semua pembohongan beliau..cuma cepat atau lambat jek. Jgn x tau, aku ada teropong hikmat. Hahaha..

8. Beliau sangat concern dengan minat aku terhadap ayam sampaikan bercita cita untuk jadi penternak ayam bila pencen nanti. Wah..dapatla aku mkn ayam hari hari. Hehehe..

9. Bukan seorang yg romantik dengan material e.g: bunga, hadiah, coklat bagai. Sekuntum bunga pun aku tak pernah dapat dr beliau..hatta yg petik tepi jalan pun. Tp aku tau beliau sayangkan aku sepenuh hati. Aiceceh...

10. Beliau bakal jadi suami aku, anak lelaki mak abah aku, imam aku, bapa kepada zuriat aku. Doakan kebahagiaan aku dan Incik Tunang..

LAMBAIAN MALAR HIJAU


Sabtu-15 Ogos 2009. Sekumpulan pelajar yang tertekan kerana tidak berjaya menyiapkan tugasan kuliah mereka melarikan diri ke dalam hutan malar hijau dengan tujuan untuk mencari ketenangan dan ketegangan fikiran. Namun malang bagi mereka kerana disangka panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam hari. Misi melarikan diri itu hampir hampir menemui jalan buntu kerana berlakunya beberapa insiden yang melemahkan seluruh jiwa dan raga. Namun di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maka akhirnya berjayalah misi melarikan diri sekumpulan pelajar ini. Benarla kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang di hulu yam. Yahoooo!!!!

CORAT CORET MISI HULU YAM:


1. Misi ini disertai oleh 8 orang budak stress yang digelar Wan, Norly, Yanti, Irda, Riha, Ana, Kak Mona, dan Kak Manja. Didatangkan dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz. Hahahaha

2. Dua bijik kete digunakan bagi menjayakan misi penting ini. Kelisa Ana, n Kancil Yanti. (No. Plat tak dpt dinyatakan ats sebab-sebab keselamatan.huhuh)


3. Misi ini hampir-hampir gagal bila mana pemandu arah hampir-hampir kehilangan arah. Skit lg nak lencong ke Genting Kota Keriangan. Hahaha..

4. Kereta kancil versi pecut Yanti menunjukkan prestasi dan budi pekerti mulia yang membanggakan apabila sanggup memberikan laluan mudah kepada segala bagai kenderaan lain untuk memecut laju..hatta motosikal kapcai pak Abu jiran Mak Limah. Syabas diucapkan!


5. Kancil Yanti juga sekali lagi mengharukan kami semua kerana mampu berhenti secara otomatik tanpa menekan brek bila sampai tepat di kawasan kera bersantai.

6. Kesemua ahli misi ini agak terkejut bilamana terpaksa mengeluarkan RM1 untuk masok dalam kwsn mandi manda.(Berapa punya kedekut daa)


7. Norly telah dapat mencungkil bakat modelling yang ada dalam diri beliau apabila berjaya berposing dalam hutan dalam pelbagai versi dan gaya. Teruskan usaha anda!

8. Yanti mungkin perlu ke kelas renang kerana belum berjaya mengaplikasikan teknik pengapungan diri. Dipercayai kerana bumper berat. Hahaha..

9. Irda telah membuktikan bahawa ilmu itu ada di mana mana bilamana beliau telah mempelajari dan berjaya mengemudi permainan cap kali cap dengan terernya..(x cukup seround pun.huhuh)

10. Riha telah melaporkan bahawa beliau telah menjumpai satu 'artifak' pelik di celah batu. Patotla beliau tak duduk diam...rupanya 'mencari' sesuatu. Hahaha.

11. Ana yang pada mulanya berkeras tidak mahu membasahkan seluar barunya, akhirnya terkulai layu dek pujukan manja kami. Tapi, seluar barunya tetap tidak basah kerana kalis air..canggih sungguh.

12. Kak Manja memberikan khidmat cemerlang sebagai pengadil permainan botol baling (Jiran bola baling). Juga sebagai penanda aras renangan Kak Mona. Huhu

13. Kak Mona telah membuka kelas renang di mana pelajar dan jurulatihnya terdiri dari orang yang sama iaitu beliau sendiri. Syabas atas rekod 2 inci yang berjaya dicipta. Ekekeke

14. Dan aku??? Aku hampir hampir mendapat malu besar apabila seluar aku hampir di bawa arus sungai yang gatai. Hahhaha..

15. Sila la layan beberapa keping gambo yang boleh membuktikan betapa Misi Ulu Yam ini berjaya! Zasss!



aku nak amik nama hutan lipur tu jek..

Mcm ada torchlight kat atas nu

Harta saper nih?ish ish ish



Aku..sebelum memulakan misi



Bajet comey la..hahaha

Ba Ba Cak by Kak Manja..layann!



Riang!


makan time..lapo weh!


p/s: ada satu lg gambo sebenarnya..gambo kat titi gantung. Tp asik ilang jek time aku nak edit caption.Sudahnya malas aku!










PERUTUSAN RAJA BERHARI HARI


Agak lama jugak aku tak update blog ek? Huhu. Apa nak buat. Keje sekolah semakin banyak. Kalo tak siapkan nanti cikgu denda berdiri atas meja la pulak. Lagi malang kalo kena berdiri atas bumbung, Haha

Okla jangan merepek lagi. Malam ni aku nak tulis pasal kad kahwin. Erm..penting tak kad kawin ni ek? Aku tengok zaman sekarang pengantin-pengantin sumer dah advance, jemput pakai sms jek. Tambah advance diorang jemput guna facebook ke, myspace ke, friendster ke. Kalo yang rajin ada la jugak usaha diorang untuk scan kad kahwin diorang tu. Kalo yang malas tu just wat ayat cantik cantik sebagai ganti kad kawin. Kalo berterusan gini, bleh makan nasik dengan kicap je la tauke tauke kad kawin sumer nanti. Huhu..

Bagi aku la, canggih camne pun teknologi, kad kawin tak boleh kita lupakan. Tetap kena bagi. Tapi sejak ekonomi makin meleset nih, boleh la kita bagi kad tu kat sesiapa yang kita rasa akan datang kenduri kita nanti jek. Contoh kwn-kwn rapat, and famili-famili rapat. Kalo setakat kwn-kwn yang kita tak bape nak kenal kat dalam facebook bagai tu tak yah kad pun takpe. Yang tu boleh la guna teknik malas seperti yang dinyatakan kat atas nu. Huhu.

Minggu sudah, one of my dear fren, Irda ada p pameran pengantin kat Mid Valley. Adoyai..dia yang blom nak kawin lagi pun rajin merajinkan diri dia utk p sana. Aku nih??Adoi...malas kuasa dua. Hahaha. A big hug to Irda! So, Irda ni dengan murah atinya bagi kat aku sumer pamplet/brochure yang dia dpt kat wedding fair tu. Dan mata aku seperti biasa la mesti akan terpegun dengan sesuatu yang menawan kalbu. Hahaha..Cuma kali ni aku terpegun dengan satu design kad kawin yang ada dalam koleksi GedungKadKahwin.Com. Memang cantik. Unik. Simple.Sweet. Tak caye? Tengok pict kat bawah ni. Aku snap guna kamera fon cikai aku jek masa kat dalam kelas. Huhu. Maaf kalo gambo tak cantik. Im not a fotografer. Huhu.

chantek x? I like the cartoon one. My fiance too..huhuh

Monday, August 10, 2009

SANDING KE TAK?

Sanding..tak sanding..sanding..tak sanding..sanding..tak sanding?????erk? Tak sanding ke? huhu....Pernah tak hadapi situasi camni? Korang tingin nak bersanding, tp famili tak bagi. Atau pun korang taknak sanding, tapi famili pulak beria suruh..konon2 ini the 1st wedding la dlm famili la..the last wedding la..mcm2 alasan la. Pernah x? hehe..Aku tak pernah rasa lg, sebab pendapat aku n famili aku sama. Tally gitu..hahaha. Aku mmg tak nak bersanding, tp aku tetap gatai tgn nak perabih duit sewa pelamin. Awat? Hurm..tentula utk tujuan berposing posingan. Hehehe..


Leceh la sanding sanding ni..Aku and incik tunang dah la pemalu, kang ada yg asik tergelak je atas pelamin tu. Kan ke huduh sgt tu. Masa bertunang aritu org soh dok berdua kat pelamin pun dh diserang parkinson..hahaha. Dah tu tak reti dok diam, asik gelak je. Langsung burok abis gambar sumer. Hahaha..



So, bersempena dengan tajuk kat atas tu, tingin la pulak aku nak upload pict2 contoh pelamin yg mencuri pandangan mataku. Mari kita zaassss!

















Erm..kecik la pict2 tu..sorila kalo ada yg kna pki kanta plak utk nengok.huhu..Bila aku nengok balik pict2 kat ats ni..dapatla aku rumuskan bahawa aku sangatla meminati pelamin yang menggunakan elemen bunga dan bewarna puteh..puteh itu suci..sesuci lebaran..hahaha..Hopefully dapatla sebijik pelamin lebih kurang yg ada dalam gambor2 kat atas nuh..amin..

Sunday, August 9, 2009

CHANTEKNYA DOORGIFTS TU..


Sooo...cumey! Itu lah 1st impression aku bila tgk pictures doorgifts kiut dr Shajaratuldesign. Sangat lah cantik dan unik and sesuai utk sesiapa yg mencari kelainan dlm wedding diorang. U all layan je la pict yg aku upload ni. Yang ni just beberapa je, ada manyak lg kat website dia. Just klik kat link kat ats tu..Layannn!


cantik kan?sweet sgt key chain ni




Buku nota..cantik jgk kan?

chumelnya...


soo unik.

WEDDING PLANNER..ERK?

Beberapa hari lepas, aku ada terjumpa satu pakej perkahwinan lengkap berharga RM21,999 dari Djariartz.. mmmm..pakej tu memang menawan sukma kalbuku. Tp agak mahal bg famili biasa biasa mcm aku ni. huhu..Tp sebab aku tingin sangat dengan pakej tu, so aku pun beranikan diri tanya kat mak and abah aku..mana la tau tiba tiba diorang kata ok pulak kan?rezeki la tu.huhuh...Tp ramalanku benar belaka..mak abah aku kata mahal..utk 800 pax, RM22k agak mahal la. Tp aku tetap kata berbaloi..sebab kitorang tak perlu wat pape lg dah..pakej tu mmg dah complete. Dr sebesar2 hal mcm katering smp la sekecik kecik bunga manggar pun diorang siapkan..berbaloi baloi..=)

Tp dah mak abah tak stuju aku nak kata apa kan? Yang kuar duit..diorang jugak. So aku cuma menurut perintah..ekekeke. So aku rasa aku kna tukar plan la..takleh nak harap wedding planner lg. Mahal..x mampu la kami kuarga biasa2 ni. Adik laki aku kawin last year pun kitorang hempas pulas wat. Cr katerer, mak andam, pa sistem, fotografer, doorgifts, hantaran bagai sumer cr sendirik. Tp dulu xpela, aku ada kat umah. Tiap mgg leh p Nilai cr barang. Skrg ni smp la ke bulan Februari nnt aku sibuk dgn DPLI aku ni. Cuti panjang2 mmg takdela..Ni pun nasib baik dpt cuti free sempena H1N1.hehehe..bulan Mac smp May aku kna praktikal dh kat skolah..n maybe time praktikal aku akan kawin..paling lewat pun Jun 2010. So sape la yang nak handle persiapan aku nnt?? Sbb tu aku prefer amik wedding planner. Tp.....erm apakan dayaku tgn tak smp..huhuhu..

Takpela..aku akan try survey lg. Setakat ni katerer dah ada dh dlm pale aku..Katerer wedding adik aku dulu. Sri Angsana..Murah, bawah RM10 utk sekepala. Makanan pun sedap. Cuma aku nak pujuk mak abah aku utk tambah skit..aku kalo bleh nak kerusi sarung ada reben, ada red carpet, n pelamin kat canopi..hehehe..aku tingin nk wat majlis cam kat hotel, tp lokasinya kat umah jek..jimat skit.hehehe. Satu lg aku kna usaha lg cr mak andam yg leh provide baju cantik n sesuai dgn saiz bdn aku yg chomel nih.hahaha..pelamin plak nak yg sweet n simple. Takmo yg sarat2 dgn ropol2 sgt. Adeh cerewet plk minah ni..duitnya ada ke??hahahaha..

Doakan aku berjaya dlm misi survey menyervey ni okies?Daaa

Saturday, August 8, 2009

WHITE AND RED..


Dalam entry sebelom nie aku ada kabor kata toksah pikir sgt dulu tentang kaler tema majlis kawin kan? Erm..itu secara teorinya..realitinya semua orang ada theme kaler idaman memasing ye dok? Aku pun sama...and aku sangat la suka gabungan kaler putih and merah. Sebelom ni aku suka kaler lain..pink and purple. Tp kaler tu aku dh bg kat adik aku untuk jadi theme kaler wedding dia. So aku beralih ke kaler putih n merah. soooo chantek di mata aku.huh

Aku start suka combination dua kaler ni bila aku perasan yg ati aku selalu sgt terhibur bila tibanya Hari Kekasih..aku tak sambut pon..cuma aku suka nengok decoration kdai bila hampir tiba 14 Februari tu..cantiknya kaler merah digabungkan dgn putih..seperti cinta suci yang membara..cheeewaah!! Kat bawah ni aku upload pict 1 wedding yg guna theme kaler ni..sgt sgt chantek..aku nak try bikin my wedding more or less like this.hahahaha..

cantik kan? sgt suka munge ros kat kiri kanan carpet tu..

Harap2 impian aku termakbul..amin..=)


Friday, August 7, 2009

TIP 1: APA NAK BUAT DULU YE?

Arini aku nak tulis pasal satu info yang aku pernah baca sebelom ni. Kat mana ek aku jumpa info tu? Lupa la pulok..tp rasanya kat dlm blog sesorang jugak. Sebagai bakal pengantin, biasanya kita tak tahu kat mana nak mulakan sesi persiapan wedding kita kan? Nak mula dengan cari katerer ke..nak mula dengan cari barang hantaran ke..kira bajet ke..apa ke..Ermm..sooo confusing! Aku pun konpius jugak..
Tp bila aku terbaca tips dr sorang blogger ni..aku rasa btol jugak cakap dia. Beliau cadangkan setiap bakal pengantin MEMILIH BUSANA PERKAHWINAN TERLEBIH DAHULU sebelum pikirkan persiapan yang lain. Rasionalnya?? Sebab pengantin itu sendiri adalah elemen terpenting dalam sesebuah perkahwinan. Jadi kalau pakaian pengantin sendiri nampak tak suit dengan badan..nampak sangat mcm baju pinjam (even mmg pinjam pon..huhuh) atau lebih malang lg..baju tiba2 tak muat atau tak fit dgn badan..tentu nampak hodoh sesangat kan? So go to pick up your wedding dresses first.
Rasional kedua, bagi bakal2 pengantin yang bersaix XL, XXL, XXXL atau dlm erti kata berbadan gempal..(mcm aku..huhuhu), elokla pilih baju dulu. Kalo badan tu kecik molek, mmg sng..just pilih and amik jek..takde banyak masalah. Tp bg yg over saiz mcm aku ni..hendakla kita p survey merata and dapatkan pakaian yang sesuai dengan bentok badan kita. Kadang2 kita nampak baju tu cantik kat badan orang lain..(terutama kat badan model), tp bila mai kat badan kita..adoyai...soooo tak matching! Kan ke haru tu?
Rasional yang ketiga...theme colour. Rasanya hampir sumer org..even bukan bakal pengantin yg nk kawin dlm masa terdekat pun dah ada theme color idaman utk wedding diorg nnt kan? Takyah kita sebot kat cni..kang mcm2 kaler kuar..maybe kelabu asap pun ada.huhu..tapiiii..harus diingatttt! Jgn pikir sgt psl theme kaler dulu..P cari baju dulu. Tp kebanyakan bakal pengantin ni degil..diorang sibuk la p tempah bunga telor la, hantaran la, khemah la, pelamin la..ikut kaler idaman diorang tu. Tp bajunya takde lg. Bila nak p cr baju..alih2 takde baju yang sesuai dgn theme kaler..yg match dgn badan sendiri!Itu la selalu jadi kenduri pengantin pakai baju ijo..pelamin kaler biru..bunga telor kaler merah..adey..dh mcm deepakawin dah.hohohoh..
So..moral of the story..Go and pick your wedding dress first..then baru sng ati nak decide theme kaler ke hapa ke? Okies! Daaa..

CHECKLIST..CHECK IT OUT!

Erm..tadi aku sempat la belek2 beberapa blog menarik tentang persiapan wedding diorang..Antara blog yang aku singgah tadi ialah blog Amelia, then aku terjumpa satu checklist yg agak menarik and praktikal bg aku..Sebenarnya aku ada dah beberapa checklist dlm simpanan aku..cuma apa yg aku jumpa td lebih menarik..suker! Saya pinjam ye Puan Amelia?=)

Theme Kaler: White and red...bkn red and white tau?ada beza tuh..
Husband-to-be : Tunangku teristimewa..Syaiful Amry bin Ahmad Syah
Date :Nikah : erm..tatau lg..kalendar 2010 tak kuar lg..maybe antara Mac hingga Jun 2010
Sanding : Sama spt di atas
Tandang : seminggu lps majlis sanding
Place : pun tak tetap lg..yg pasti kenduri pompuan kat KL, lelaki kat K.Kangsar
Kursus kahwin : After Raya br nak p..Incik tunang dh p dh dolu..tp aku paksa p skali lg.huhuh
Documents to be submit to Pejabat Agama : Adeh..aku pun tak tau sgt apa dokumen nk kna bg nih.huhuh
Barang2 hantaran : Nak tempah jek..kat sape tak sure lg..
List barang2 hantaran : will be discuss with him after raya..but aku suka idea hantaran misteri tuh..ehe
Tok kadi : Pun x sure lg..sabar ek
Mak andam : Tgh survey..aku suka Rins Bridal..but too expensive utk aku yg kurang berduit nih.huhu
Baju Sanding & Tandang : Not yet..but ada beberapa design dah dlm kpala..I like kebaya labuh merah kat Isha Boutique.
Bunga pahar : Beli siap je la..kat Nilai blambak
Baju Family : erm...bergantung pada bajet
Bilik pengantin : Awal lg nk pikir..Guna bilik adik je la..dia baru kawin Oct last year.
Fotographer : Abah aku sdia membantu..TQ WanDet Entertainment
Catering : Masih dlm proses pemilihan..might be Sri Angsana
Honeymoon : erm..setakat ni Pangkor..after majlis tandang kat k.kangsar leh trus p jek.dh dekat.hahaha
Lauk pengantin & kek : Lom decide..but aku sure pak mak sdara aku akn wat terrrbaek punya.
Kad jemputan : simple but nice
Baju Nikah : lom lagi..yg confirm white in colour
Hiasan Hantaran : hantar kdai jek
Paper Bag : erm..perlu ke?aku ingat nk bg simple gift, tanpa perlu appaer bag coz its costly..pape pun, biarkan dlm senarai dulu.
PA, kompang, MC : WanDet Entertainment tp please..no more lagu sedih..ada ke patot adik aku kawen aritu dj tu psg lagu cinta tiga segi la..madu tiga la..hampeh!
Gift : small, nice, memorable
Bridesmaid : erm..who?
Flowergirl : aku tak ramai sdara kenit2 nih...adeh
Penunjuk Jalan : sendiri wat..print jek
Bunting : erm..tingin jgk nak bunting..nnt la pk
Cat Bilik : x perlu cat..baru jek lg cat kaler cream..match dgn apa jua theme kaler kan?
Kemas Bilik Pengantin: a month before br aku wat.hahaha

Owait, wat masa ni mmg x nampak mcm checklist lg nih..tp aku akn start update paper perkembangan yg berlaku dlm persiapan wedding impian aku nnt..daaa

BILA AKU JADI TUNANG AMRY..

Erm..14 June 2009 adalah antara Ahad yg paling membahagiakan dalam hidup aku. Naper? Sebab aku officially booked by him!Yeay!=)

So aku nak share sdikit sebanyak pict aku masa tunang aritu..
Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Lokasi Majlis:Padang Rengas, K.Kangsar Perak (Kg. Belah mak aku nih)
Masa: Dijadualkan kul 12 tgh hari..tp pihak laki terlewat skit..maklumla rombongan besar..hehe
suka pict ni..suka sgt hand flower tu jgk..

aku gegel kot time nih..adus..dlm video mst nampak ketara parkinson aku tuh.








antara pemandangan indah di mataku..huhu

Hasil sentuhan tgn aku yg tak bape nak kreatif ni..but its work kan?

With my Incik Tunang..Amry

Videografer aku..WanDet tu abah aku tau..huhuh

Erm...ni la antara pict majlis pertunangan aku aritu. Memang meriah..aku bajet rombongan lelaki nk mai 2,3 bijik kete jek..skali tu dia! LAPAN bijik kete datang! Mak aku dah riso tkt2 lauk tak cukup..huhu. Tp alhamdulillah..sumer berjalan lancar..meriah..makanan pun ngam2 je..Nak kata tak cukup pun tak..nak kata membazir pun tak..ngam ngam ho kata org.huhuhu..So skrg aku kna fokus pd persiapan wedding aku plk.Rangkanya dh ada la dlm kpala. Cuma nak kna edit2 bg cantik skit la..Adeh dh mcm gambo plk main edit2 dulu..hahahaha..Apo apo la jang..

Dis Is mY bLOG.HuHu..

Arini dah masok 7 Ogos 2009..sbb jam dah tunjuk kul 1.50 am..Ermm..Aku baru pas gayot dengan incik tunang aku..mungkin dia dah masok tido dah skrg.Biarla dia tido awal skit..(awal ke?) sbb esok dia terlibat dengan latihan menembak budak2 PLKN..ermm..masalahnya mata aku ni je yg tak jumpa2 tiun nak tido..adoyai..So aku pun gatai jari nak bukak blog sendiri.huhuhu..Sblm ni aku cuma ada blog kat frenster jek..Tetiba aku rasa nk blogging kat sini lak..aku nak post sumer pahit manis aku selama jadi tunang orang..termasokla sgala mak nenek persiapan wedding aku..Setakat ni aku mmg takde wat pape persiapan berat lg..takat survey2 caterer, belek2 design baju..wat bajet kawen..skit2 tu ada la. Sebab aku pun baru je sebulan bebape ari jd tunang org..tarikh nikah pun takde lagik..sebabanya kalendar 2010 tak kuar lg.hihihih..So kalo ada pape info menarik..aku pasti post kat cni..Moga blog ni leh jadi rujukan, n kenangan aku esok lusa..To my incik tunang..nunite cayang..