MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, September 1, 2015

10 Tips potty train anak


Legaaaaa....fuh lega sungguh dah dapat potty train Aidi Rizqy nan seorang tu. Tau je lah, Aidi tu dah beso, December nanti genap lah 4 tahun umurnya. Kira 4 tahun dah la ni kan, badan pun beso macamkan dah derjah 1. Tapi dok la pakai pampers lagi. Pegi tadika pun pakai pampers. wuwuwuwu.

So tak boleh tidak, cuti merdeka 3 hari baru ni aku guna untuk buat potty training intensif untuk Aidi.

Actually before ni Aidi dah mula dah potty train (PT), tapi on off la kekdahnya. Selalunya weekend je la boleh buat pun. Itu pun kalau tak keluar memana. Kalau keluar, memang berpampers la dia. So cuti merdeka ni aku nekad takmo keluar pegi memana.Gasaklah sakit hati sakit mata tengok kengkawan up gambo holiday bagai kat fesbuk, iols nak duduk umah memotty train si Aidi.

Guess what??

Berjaya!!!!

In just 3 days, Aidi boleh dikatakan lulus potty train. Alhamdulillah. Tak sesia mama kena kuarantin kat rumah.


So aku nak share tips and petua potty train anak kat sini. Esok esok nak potty train Adelea, senang, ku rujuk balik entri ni. Heh. Petua petua ni pun aku dapat dari kawan-kawan, dari pembacaan, pastu amik la mana yang sesuai dengan environment and peel anak memasing.


TIPS POTTY TRAIN ANAK:

#TIPS 1

Kenal pasti tanda-tanda anak dah ready untuk PT atau tidak. Antara tanda-tanda anak dah ready PT:

- tidak kerap buang air waktu siang (pampers tak berapa berat)
- anak boleh paham arahan 
- anak boleh bagi signal yang dia nak buang air.

Ada tanda-tanda ni, okey boleh proceed.


#TIPS 2

Beritahu anak seminggu awal yang dia akan menjalani PT tak lama lagi. Beritahu jugak kenapa dia kena diaper free dah. Keep on ulang ulang remind dia. So dia akan alert and taklah terkejut beruk masa hari kejadian.

#TIPS 3

Beberapa hari sebelum PT, ajak anak beli seluar dalam dia. Anak biasa akan pilih seluar dalam dengan gambo kartun kegemaran dia. Belikan aje dalam 10 lai. Beli sekali short pant untuk pakai basahan masa PT nanti. Ingat, kita akan mengalami pants running out nanti. Haha

#TIPS 4

Pilih waktu cuti atau long weekend untuk PT anak. Pendapat aku at least 3 hari direct kena PT anak utk elak anak konpius. Cari masa yang sesuai kalau kita ibu bekerja. Kalau surirumah memang takde masalah. Kalau pengasuh willing nak potty train anak kita pun bgs jgk. Tapi bagi aku, 1st 3 days tu biarlah kita train sendiri.


#TIPS 4

Bagi rewards.
Sogoklah sikit dengan apa apa rewards kalau anak berjaya buang air kat toilet. Macam aku, aku buat reward sheet macam kat bawah ni. Tampal kat pintu toilet.



Day 1
Berjaya buang air di toilet, dapat satu star. Tak berjaya kalu, dapat smiley masam. Wuwuwu. Aidi happy tiap kali berjaya, sbb dapat star. Ku cakap kat dia, kalau dapat banyaakkkk star, mama belikan aiskrim and choclate. Alah, aiskrim mangkuk RM1.50 tu je. Cekelet pulak kitkat yang RM1.20 satu tu. Happy dah dia tu.


Day 3.

#TIPS 5

Gulung karpet cantik uols! Janganlah berani berani biarkan karpet mewah korang terbentang indah masa PT anak. Buat mengundang extra letih je nanti. Aku simpan karpet patchwork aku, bentang tikar evamatik je. Senang anak terkencing, lap aje. Setel. Sofa pulak mujur la bukan jenis fabrik, so senang sikit. Sape umah sofa fabrik, jaga jaga...extra careful. Hehe




#TIPS 6

Selalu tanya anak nak kencing tak, nak berak tak. Biarlah setiap 15 minit sekali ko tanya pun. Gasak.

Tapi ikut pengalaman, kalau takat tanya je memang semedang jawapan derang "tak nak, kencing takde". Ha itu ayat aidi. Kencing takde katanya. So kalau dalam 1 jam pun kencing takde jugak, ku angkut je ke toilet. Siram kaki dia, bukak paip air, tak lama lagi memancut la tu. Kehkeh.

#TIPS 7

Tegas. Mesti tegas. Untuk hari pertama maybe bolehlah berlembut kalau dia terkucil. Masuk day 2 memang aku tegas. Kalau terkucil, mama tutup tv. No kartun. Tegas, ikut apa yg kita cakap. Tapi bila dia berjaya kencing kat toilet, pujilah dia, soraklah sama sama, bagi high 5 ke apa janji dia happy.


#TIPS 8

Perhati trend anak buang air. Tiap kali anak berjaya ke tak berjaya ke, kita mesti tengok jam. Tengok time pukul berapa dia kencing, berapa minit sekali. Bila tau trend, lebih senang kita nak remind. Ada anak sejam sekali, anak yang setengah jam sekali, ada yang dah 2 3 jam pun tak buang air jugak. Lain anak lain peelnya. Ibu lebih memahami. Gitewww.

#TIPS 9

Kuarantin kat rumah. Tiga hari pertama memang aku tak berani bawak aidi keluar. Ngeri rasa kalau dia terlepas kat soping mall ke mana. Wuwuwuw.

Tapi ritu ada sekali aidi ikut abahnya ke supermarket tanpa pampers. And berjaya! Sebelum ke kedai make sure kencing dulu la. Pastu jangan lama sgt, mesti less than 1 hour.


#TIPS 10

Mama jangan give up. Bak kata ayahanda Rani Kulop, kipidap dongibab!

Memang kita akan letih sikit, nak mengelap, membasuh kain baju yang terkena kencing berak semua, tapi tahan je lah. Sekejap je semua ni. Biasa 3 ke 7 hari pertama je renyah sikit. Lepas lepas tu ramai kata okey dah. Jimat duit pampers uols.


Cuti sekolah raya haji nanti aku nak latih PT malam pulak sebab tengok aidi pun tak byk kencing malam dah. Bangun pagi pampers tak berat. Kadang kering langsung tak kencing. So aku rasa aidi dah ready untuk PT malam dah. Tunggu bebetul pandai time siang then boleh proceed yang malam pulak. Dalam proses beli alas tilam waterproof macam kat bawah ni.



Sape ada bajet lebih, bolehlah beli cadar waterproof. Aku jakun baru tau ada jual waterproof bedsheet. Jumpa kat facebook: Aula Shield.


Harap harap before Oktober ni Aidi boleh fully diapers free. Kawan kawan lain dah free diapers dah, ko jugak yang lambat aidi.



1 comment:

  1. Wow! Saya pun belum potty train anak. Terima kasih atas perkongsian tips ini.

    Jom join giveaway di blog saya :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...