MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 30, 2014

Autisme ke idok? Moh Check!


Aidi kan dah nak masuk 2 tahun 5 bulan dah bulan depan. Tapi kemahiran bahasa dia memang kurang. Sampai ada yang kata kot kot Aidi ni tak normal.

Huiii berderau darah mama!

Biasanya, baby lambat bercakap dikaitkan dengan autisme. Aku pun gigih la google tentang autisme, tanda tanda autisme bla bla bla.

Boleh kata 90% tanda autisme tiada pada Aidi kecuali lambat cakap.

Kebetulan, Erin ada bawak anak dia, Aish pergi check up sebab Aish pun lebih kurang Aidi jugak. So Erin dengan baik hatinya share Autisme Checklist yang doktor dia bagi. Checklist ni biasa digunakan doktor doktor untuk detect samada anak kita ada Autisme atau tidak.

Meh la aku share sini yek. Tapi bahasanya ayatnya aku ubah sikit lah ye untuk mudah paham gitu. Heh

AUTISME CHECKLIST:

1. Anak kau seronok ke idok bila kau timang dia. Tak kisahlah timang pakai lutut ke kaki ke. Seronok ke idok?

If yes, itu normal.

2. Anak ko suka berkawan dengan budak baya baya dia tak?

If yes, itu normal. Budak autisme biasanya sama ada tak suka berkawan atau suka berkawan dengan orang dewasa banding budak baya baya dia.

3. Anak kau suka memanjat merabat tak? Contoh panjat tangga, panjat grill, panjat la apa saja.

If yes, normal.

4. Anak kau suka main cak cak tak? Main peek a boo gitu.

If yes, normal.

5. Anak kau suka tiru apa yang kau buat tak? Contoh dia ambik phone and pura-pura bercakap telefon macamkan dapat projek juta-juta. Atau di amiknya doll ke apa dia pura-pura itu anak dia, kemain dia belai dia susukan apa semua sebab dia tengok mamanya buat gitu.

If yes, normal.

6. Anak kau kalau dia nak tunjuk sesuatu dia guna jari telunjuk tak?

If yes, normal.

7. Kalau anak nampak sesuatu yang baru, dia tunjuk tak benda tu guna jari telunjuk?

If yes, normal.

8. Anak kau pandai main toys ikut fungsi toys tu tak? Contoh kalau main lego, dia susun susun lego tu. Kalau main car, dia jalan jalankan car tu. 

If yes, normal. Sebab kalau autisme, budak tak pandai main toys. Kalau dia ada car, dia tengok belek belek je car tu. Dia tak tau cara main car.

9. Pernah anak bawak something dekat kau? Contoh kalau dia ada mainan baru, dia aka bawak tunjuk dekat kau.

If ada, normal.

10. Bila bercakap dengan seseorang, anak kau tengok tak mata orang yang dia sedang bercakap tu?

If yes, normal. Budak autisme kalau bercakap suka tengok tempat lain. Kiranya takde eye contact.

11. Adalah normal kalau budak budak takutkan bunyi blender, vakum atau something yang membingitkan telinga. Tapi kalau autisme, dia over sensitif sampai tahap takut sampai tutup telinga atau menangis.

Okey yang part ni Aidi memang tak takut langsung. Dia tengah tido pun apa ada hal kalau mama vakum umah. Haha.

12. Anak kau akan balas senyuman kau tak?

Kalau balas, normal

13.Kalau kau buat memek muka, anak kau ikut balik tak? Contoh kau jelir lidah, dia jelir balik tak?

If yes, normal.

14. Anak kau respon tak bila kau panggil nama dia?

If yes, normal.

15. Kalau kau tunjuk sesuatu, anak kau tengok tak?

If yes, normal.

16. Anak kau dah jalan?

Kalau by umur 2 tahun dah boleh jalan berlari, normal.

17. Anak kau tengok tak kat sesuatu yang kau tengok jugak. Contoh, kau nampak kucin. Kau pun tengok kucin tu sambil cakap "cat". Anak kau tengok sekali tak kucin tu? Ke buat dono je. Huhu.

Kalau yes, normal.

18. Anak kau ada buat pergerakan jari yang pelik tak kat muka dia? Contoh dia suka pusing pusingkan jari sekeliling muka ke.

Kalau takde, itu normal.

19. Anak kau ada cuba tarik perhatian kau tak masa dia tengah main atau buat sesuatu?

Kalau ada, normal.

20. Anak kau paham tak apa orang cakap? Kiranya boleh paham arahan tak?

Kalau yes, normal

21. Anak kau suka tak duduk diam macam termenung pikirkan sesuatu?

Kalau takde, normal.

22. Ada tak anak kau tengok muka kau untuk tengok reaksi muka kau bila sesuatu berlaku. Contoh, ada orang ketuk pintu, anak kau otomatik pandang kau dulu.

If ye, normal


Okey itu la 22 soalan chekclist untuk tengok anak kita ada autisme atau tak. Tak semestinya kena yes semua soalan.  Kalau sebahagian besarnya memberikan jawapan positif, cukup untuk tunjukkan anak kita normal. Tapi kalau banyaknya jawapan negatif, bolehlah bawak jumpa pakar untuk pemantauan lanjut.

So far Aidi alhamdulillah. Aku boleh kata semua 22 soalan kat atas ni memberikan jawapan yang positif untuk Aidi. So hati aku lebih kuat kata Aidi memang normal. Dia tak apa apa, cuma lambat cakap, late talker.

Walau apapun, untuk tempoh 4 bulan kebelakangan ni, kosa kata Aidi meningkat dengan baik. Banyak dah word yang dia boleh sebut walaupun kadang pelat. Normal lah kan pelat. Aku bagi Aidi masa sampai dia 3 tahun. Aku yakin by the time besday dia 3 tahun nanti mulut dia dah becok dah.

Kita tunggu.

Heh.

Tuesday, April 15, 2014

Rezeki bukan hanya pada wang ringgit

Bila sebut rezeki. Ramai yang bayangkan duit. Aku pun gitu jugak dulu. Rezeki sama dengan duit. Bila dah makin matang baru aku paham rezeki bukan wang ringgit semata mata.

Kita sehat tubuh badan. Itu rezeki.
Kita seronok bahagia dengan kehidupan. Itu rezeki.
Kita dapat suami atau isteri yang kacak cantik hensem bergaya. Itu rezeki.
Kita dapat mak pak mentua sporting. Itu rezeki.
Kita dapat anak anak comel keletah bijak pandai. Itu rezeki.

Kita dikurniakan anak yang ramai. Itu rezeki senikmat nikmat rezeki bagi aku.

Sungguh. Anak memang pembawa rezeki. Bawa rahmat dalam rumahtangga.

Selalu sangat terjadi antara kita dinaikkan pangkat, naik gaji bila bakal terima orang baru

Balik rumah lepas balik keje penat penat, mengadap keletah anak anak yang macam macam, buat kita bahagia. Bukan rezeki kah itu?

Paling besar rezeki dari anak anak yang soleh, bila mereka yang akan doakan kita, menarik kita ke syurga bila di sana nanti. Besar sungguh nikmat rezeki yang satu itu. Insyaallah

Bagi aku..ini pandangan aku lah. Usah takut kalau punya anak ramai. Patut bangga dia banyak harta akhirat.

Jangan takut beras kat umah tak cukup kalau anak berderet. Percaya..rezeki ajal maut di tangan Allah. Berusahalah kita selagi daya.

Jangan susah hati takut anak ramai tapi sorang pun takde kualiti. Kalau bijak mak bapak mendidik, insyaallah menjadi manusia anak anak itu.

Kualiti memang penting. Tapi kalau kualiti dan kuantiti berjalan seiring. Bagus kan?

Err bagi yang belum ada rezeki anak. Jangan risau. Kan kat atas tadi aku ada cakap rezeki bukan hanya pada wang ringgit? So sama jugak..rezeki bukan hanya pada anak-anak. Uols ada suami ganteng badan ketak ketak...uiii rezeki tu. Hehe

Rezeki dari Allah

Friday, April 11, 2014

Ko berdosa besar kalau masuk blog aku tak tinggalkan komen!

Dari semalam aku dah emo dengan satu isu ni. Tapi aku up kat fesbuk je sebab rasa macam boleh dibendung lagi. Tentiba pagi ni buat aku makin emo pulak.

Okey aku nak tanya.

Kita..kalau masuk blog orang, senyap senyap, tak tinggal komen apa semua. Itu di panggil stalker ke silent reader??

Boleh beza tak stalker dengan silent reader?

Aku memang hangin dengan sorang so called blogger ni. Dia bajet semua orang yang masuk blog dia tak tinggal komen tu stalker! Bajet ko Erra Fazira ke orang nak stalked??

Eh tolong bukak kamus cari maksud stalker boleh? Kata keje parlimen kan? Gred hebat 41 kan? Tolong pegi cari maksud stalker then bezakan..orang yang sudi masuk jengah blog ko senyap senyap tu stalker ke silent reader. Itu esaimen aku bagi ko buat.


Dah dapat jawapan?? Dah?

Okey sekarang aku nak tanya soalan lain pulak.

Adakah menjadi satu kesalahan, adakah melanggar adab etika pembaca blog jika tidak meninggalkan sebarang komen atau jejak pada setiap entri yang dia baca??

Berdosa ke?

Dosa besar ke kecik ke sedang sedang ke acaner?

Heyyy hangin aku ni. Hangin.


Orang singgah jenguk blog cabuk ko tu pun patut syukur alhamdulillah dah la. Boleh jugak naikkan rating blog. Yang ko hadap nau komen komen orang tu dah kenapa? Pegi masuk kilauan emas la..tiap tiap minggu kena komen.

Yang tak tahan tu, dah orang taknak tinggalkan komen kat blog dia, dia boleh tinggalkan komen kat blog orang dengan ayat berbunyi lebih kurang gini.

"Happy birthday to asben u senah.. psst, thanks tau visit blog kak jemah. Kak jemah boleh detect readers yang masuk blog kak jemah tapi tak tinggalkan komen"


Puiiii!!

Wednesday, April 9, 2014

Membeli hadiah besday tok laki

 Hari ni 9 April. Esok besday incik suami. =)

Dah bertambah umur pakcik tu. Uban pun dah banyak. Sikit lagi dah rupa tokwan. Haha.

So macam biasalah, bila besday orang tersayang mesti kita akan tanya hadiah apa nak kan? Aku malas dah nak surprise surprise. Laki aku tak bape nak gemor surprise ni. Jadi ada baik aku tanya terang terang. Abang nak hadiah apa, nak makan apa, nak kite pakai baju tido apa malamnya..bahahahaha!!


Tahun lepas, dia pilih henset. Samsung galaxy grand aku belikan. Kemain rege beribu jugak lah. Nasib memang tengah berduit. Kalau tak ku beli nokia tiga tiga sekupang je la. Haha.

Tahun ni pun nasib dia baik. Asal besday dia je mesti aku tengah dimurahkan rezeki. Kang bila sampai besday aku kang mesti dia sengkek. Acaner? Huhu. So besday kali ni cik abang request nak jam tangan baru.

Aku tau..laki aku ada jam idaman. Dah lama dia nak tapi rege mahal sampai beribu. Mana nak mampu. Aku pun tak mampu. Sebabkan aku ada rezeki lebih sikit sekarang, jadi bolehlah aku belikan buat adiah besday.

Moh ler bang kita ke kedai jam. Err besdaynya esok tapi hadiah dia dah claim minggu lepas lagi. Haha



Pilih bang jangan tak pilih. Dia terus tuju brand Expedition je. Memang kebanyakan mat mat tiarap suka brand ni sebab apa entahlah. Boleh masuk dalam air? Boleh guna solar? Boleh apa entahlah. Jam je pun. Boleh tengok waktu dah lah. Huhu


Pilih punya pilih...dari asal yang dia bekenan rege seribu terua tukar jadi 700 je. Huiii lega bini. Haha. Gambo jam pilihan dia dah aku delete pulak dalam fon ni. Takpelah, bukan mengkeme nak nengok pun ye tak?

Maka bergembiralah laki aku sepanjang hari itu.

Ko tengok je muka dia ni



Tak gembira ke ni?


Haha. Ok bye!

Tuesday, April 1, 2014

Bye bye geng gojes. =(

Hari ni nak buat entri meluah perasaan. Ingat, ini luahan peribadi aku. Jangan cuba cuba nak kaitkan dengan mak abah aku ke, famili or kawan kawan aku. Takde kena mengena. Ingat. I watch u! Haha

Aku ni kan, jarang sangat nak wujud rasa tak suka kat orang. Benci apatah lagi. Memang payah. Aku lebih pada konsep lantak ko lah kat situ. Haha.

Tapi sejak akhir akhir ni, aku macam tak boleh tahan. Tak boleh hadam dah kata budak sekarang.

Yang betul kau
Orang lain salah.

Yang suci kau.
Orang lain hina.

Yang ada Allah,kau.
Orang lain takde.

Yang positif, kau.
Orang lain negatif.

Yang sayang semua mahkluk kat muka bumi ni, kau jugak.
Orang lain pembenci

Kalau sekali dua dia tunjuk lagak gitu aku tahan lagi. Ini makin lama makin menjengkelkan. Aku tak tau ada orang lain yang berperasaan macam aku ke tak. Mungkin jugak cuma aku je yang gini. Mental gamaknya aku. Jadi lebih baik aku yang undur diri dari aku terus terusan dosa memaki dalam hati.

Cuma aku nak cakap satu lah.

Kita ni manusia, memang dituntut untuk mrnjadi baik. Tapi kalau terlalu menunjuk baik, terlalu berlagak ceria, terlalu banyak sangat kata kata bajet positif depan orang, lama lama orang pun meluat.


Cuba sekali sekala kita jadi humble. Mohon maaf dengan ikhlas, mengaku kesilapan diri, tak rugi apa pun. Mungkin memang betul kita ada buat salah yang kita sendiri tak sedar. Mungkin selama ni kita yang jadi punca segala drama swasta yang berlaku, tapi kita tak perasan. Yelah, kita ni manusia selalunya niat memang baik. Konon nak jadi pendamai lah apa lah. Tapi hujung hujung kau yang jadi pencetus ummah. Acaner??

Oh satu lagi..


Tak payahlah sikit sikit

Sayangggggg kalian sayanggg kalian. Berlapang dada lah, Allah ada...Allah ada.


Tiap hari disogok ayat gini memang migrain aku.


Sekian luahan hari ni.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...