MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label NTAH HAPA HAPA. Show all posts
Showing posts with label NTAH HAPA HAPA. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Nak Balik Labuan Dah

Fuh fuh...penat kenduri aqiqah pun tak hilang lagi ni. Bizi sesangat sampai tak sempat nak hapdet lagi pasal kenduri aqiqah Aidi.


Hari ni dah senin. Esok selasa, lusa rabu.


Hoh, hari rabu pepagi dah nak bertolak balik ke Labuan pulau kesayangan. Eh Labuan dah jadi pulau kesayangan sebab ada insan kesayangan kat sana. Hehe.


Jadi, sebabkan lusa nak balik Labuan dah, kebizian adalah berganda-ganda.


Nak packing kain baju segala masuk dalam 3 luggage bag yang besar.


Ingat mudah.com.my ke??


Pheww!

Thursday, February 23, 2012

Kamera Baru. Eh Silap...Baru Nak Beli Kamera. Hehe..

Uiii aiii.

Hari ni gaji, kejap tgk dpt tgk jumlah 5 angka dalam akaun. Tak sampai bape minit tinggal 4 angka balik. Muahaha.

Tadi aku keluar ke Ampang Point. Biasalah, takde port lain nak tuju. Situ je la tempat paling dekat, paling senang aku nak pergi. Pergi pun sorang-sorang. Aidi tinggal..Pah Ma nya jaga. Nasib baik behave. Sebabkan Aidi behave, terus mama upah baju baru 4 pasang. Hehe.


Pastu sempat rembat kamera sebijik. Takdelah kamera DSLR ye mengkeme, aku nak pegang DSLR tu mau makan seminggu blajar pegang saja, belum blaja shoot lagi. Haha. Jadi aku beli kamera kompak biasa jek. Nak cari brand Nikon, tak terjumpa pulak hai..beli Olympus sudahlah. Janji boleh ketik gambar, boleh ketik video cukuplah. Rasa macam lama nau aku takde kamera sendiri. Last kamera aku ada tu yang jenis nak amik gambar kena letak mata rapat ke kamera tu, jenis yang pakai kodak lagi tu. Kodaak habis..maka habislah chance nak amik gambar. Salah amik gambar, burn la sekeping kodak. Bila cuci pun siap dapat filem kemain panjang berjela lagi. Pastu jakun nak tengok filem-filem tu kat bawah lampu. Huhu..lawak pulak bila ingat balik. Tapi memang itulah zaman last kamera aku ada. Lepas tu langsung tak pernah ada kamera sendiri. Asik menempel pada kamera orang jek.

Jadi bila dah ada anak ni nak la ada kamera sendir kan? Senang..boleh rakam momen-momen indah Aidi membesar. Nanti boleh tunjuk kat dia bila dah besar.


Inilah kameranya.





Kamera biasa jek.

Harga pun level orang biasa-biasa je macam aku. Huhu.


Tapi tadi kemain berejam jugak aku termangu kat kedai tu memikir nak amik kaler pink ke kaler hitam..kaler pink ke kaler hitam.


Kalau nak kaler pink..harga up lagi 50 hengget.


Hurmm..tak payahlah.

50 hengget tu baik aku buat beli susu Aidi satu kotak. Kenyang jugak perut anak aku.


Heh.

Wednesday, February 22, 2012

Rasa Nak Mengempiskan Poket

Esok gaji.

Yeay!!


Gaji kali ni memang dah niat nak spent sikit untuk diri sendiri. Dah lamaaaaa sangat rasanya tak memanjakan diri dengan bershopping.

Kasut dah berbulan bulan dok sarung selipar jepun jek.

Hand bag pun dah berkurun lama tak beli. Balik-balik mak yang belikan. Dah ada suami pun mak jugak yang belikan hand bag. Hadoi!

Baju pun lama tak beli. Rasa macam rindu sangat nak keluar masuk fitting room try baju berpasang-pasang.

Jeans...huiii. Sejak mengandung 6 bulan kot rasanya tak sarung jeans dah. Sekarang anak dah nak masuk 3 bulan. Kemain lama tak pegang jeans. Rindu!! Dik, bak mai jeans size 36 selai!Miahahah!

Jadi rasanya weekend ni nak p shopping la. Tumpang ada rezeki lebih sikit bulan ni, tak salah rasanya nak manjakan diri sendiri. Aku yang pepenat keje pok pek pok pek dalam kelas, aku yang tungkus lumus bercinta dengan buku-buku selama 4 tahun kat uitm nun dulu, jadi bila dah dapat habuan ni, bagi can la sikit kan?

Jadi weekend ni nak shopping.



Tapi.....


Bila buka fesbuk..

Bila bukak online shop...




Baju Aidi jugak yang belek belek berejam!


Hurmmm...itulah perangai seorang insan bergelar mama.


Kan??

Monday, March 7, 2011

UNTUNG ADA DEGREE AKAUN


"Wan, kau nak beli kereta apa nanti?"


"Honda City"


"Hah?? City jek? Apsal tak amik kereta lain? Civic ke, Lancer ke, Accord ke bla bla bla......Kau kan dapat gaji akauntannnnnn"


***************************************************************



Sentapp!!!



Aku kadang heranlah kenapa ada orang-orang spesis gini dalam dunia. Kau suka hati nak kondem pilihan orang lain..okey la fine, boleh kondem, kitakan ada kebebasan hak bersuara. Tapi pehlislah jaga sama hati budi nurani orang yang tersebut sama. Kalau kata kau nak bagi pendapat, aku memang akan dengar dengan hati yang terbuka. Tapi kalau sampai sanggup bagi titik nokhtah pada pilihan aku serupa macam aku ni lah manusia paling bongok sekali dalam dunia sebab pilih Honda City. Siap bawak masuk hal-hal gaji aku sekali.


Hello??


Kalau gaji aku gaji pengetua sekalipun, aku bukanlah mahkluk yang akan perabis ribu-ribu hengget sebulan hanya untuk sebijik kereta yang tentu-tentu akan disusut nilai.


Baik aku simpan buat pergi haji!




Tuesday, February 15, 2011

BILA HATI ADA LELAKI LAIN..



Persiapan kawen semakin rancak. Kalau ikut jadual, lusa aku akan menikah dengan seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal sangat siapa dia. Sumpah aku tak mahu. Aku masih cinta dan sayang suami aku. Dialah cinta mati aku. Pheww!


Abis kalau kau dah punya suami kenapa meroyan nak kawen dengan orang lain ni? Gilo ko?


Entah..aku pun tak tahu kenapa aku jadi gini. Kenapa aku boleh kiong akai nak terima semua ini.

Incik suami masih lagi suami aku. Mungkin esok keadaan akan berubah. Aku jumpa beliau tadi...mungkin kali terakhir. Sedih...aku tengok beliau pun sedih. Renung wajah aku dengan seribu pertanyaan yang aku pun tak tahu nak jawab. Tapi kalau seribu soalan tu soalan sifir mungkin aku boleh jawab lagi sebab sekarang dah ada kalkulator untuk kira.



Tiba-tiba.....



Incik suami pengsan!!!


Mungkin terlalu sedih dan tertekan dengan situasi gila ni semua, sampai pengsan beliau. Aku panik. Tak sampai hati aku tengok keadaan incik suami. Siapa yang boleh tahan emosi bila terpaksa lepaskan isteri tercinta untuk lelaki lain. Ohhh tidak!!


Air mata aku mula bergenang..


Aku menangis..

Menangis..




Dan makin kuat aku menangis..



Abanggggg!!!! Jangan tinggalkan kite!!!


*siapa yang tinggalkan siapa sebenarnya ni ntah la.*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BLINK!!!!!


Aku tersedar.


Mimpi rupanya. Coi!


Tapi peliknya aku betul-betul menangis. Even dah terjaga tapi masih menangis sedu-sedan. Toleh sebelah cari incik suami......


Hoh, tak de. Betul-betul dia tinggalkan aku ke?


Wuaraghhhhh!! Makin kuat aku teriak


Terus bangun pegi bilik sebelah..nampak incik suami tengah main internet. Incik suami tengok aku menangis sedu sedan terus beliau pulak yang panik.


Biasalah kalau dalam situasi begitu musti sang suami akan peluk erat-erat sambil bertanya.."kenapa ni yang..kenapa menangis ni.." Haha..boleh imagine sendiri.


Aku pun jawab..


"Kite mimpi......."



Terus incik suami buat muka menyampah meloya...hahaha.



* Tapi awak tahu saya mimpi apa?? Saya mimpi kita dua kena.........kena......huii..tak sanggup nak taip kat sini!*

Saturday, January 29, 2011

SAYA CLASH 18 JANUARI TAU..BUKAN 2 BULAN LEPAS!

"Ehhhhh u tolonggg sikit ye, i clash dengan pakwe i 8 haribulan lepas tau! Pandai-pandai je nak buat cerita kata i break up 2 bulan lepas. Eiiiiiii.....tak suka! tak suka! Mencik!"


Hahaha


Siapa yang rajin baca gosip-gosip artis ni tahulah apa isu yang tengah hot and spicy sekarang ni. Memang meloyakan tekak dan membuatkan batuk aku menjadi makin kronik bila baca cerita-cerita tak matang gini.


Sumpah aku tak pernah terpikir nak mementingkan tarikh clash melash ni. Dah nama pun break up, sesuatu yang menyedihkan, menyeksakan, memeranakan jiwa dan raga segala. Adakah perlu nak ingat beria tarikh bila kita clash?? Kalau ingat tarikh kau couple ke menikah ke tarikh hanimunan ke tarikh confirm pregnant ke yang bahagia-bahagia tu logiklah jugak. Ini.......haiiih!


Sungguh aku tak paham.


Kalau aku lah..lantak lah dengan tarikh clash aku tu. Orang nak kata aku clash dua bulan lepas ke, tiga tahun lepas ke..pedulik hapa! Benda tak relevan nak ingat beria. Sejak aku pandai main cinta dulu-dulu sampai la ni....rasa aku dah 4 kali aku putus cinta *nak kata cinta pun tak cinta sangat lah.haha*...tapi sebijik tarikh aku clash pun aku tak hengat dan malas nak hengat.


Ada lebih baik aku hafal sifir lapan belas. Ada jugak pekdah.Tak pun hafal huruf Idzhar Halqi....itu pun aku dah lupa jugak tu. Hehehe.














Panduan bila putus cinta:

Sila jangan delete nombor fon pasangan anda. Biarkan aje...sebab bila kita cuba nak delete, makin kuat kita rasa nak hafal nombor dia. Lagipun nombor pakwe kan...ateee takkan tak hafal kan?

Adalah lebih baik kita rename je nama durjana tersebut. Kau rename je la jadi Pak Leman Lembu ke, Gayah Bahulu ke, Aik Sing Kedai Runcit ke....nama-nama yang kita takde selera nak amik tahu.

Selamat mencuba!

Sunday, January 9, 2011

U KALAU MARAH PUN TETAP COMEL APA?

Mood tak baik hari ni. Dari pagi membawak ke tengah hari membawak ke petang membawak ke malam asik rasa nak marah jek. Segala benda dalam rumah ni dah jadi mangsa. Paling teruk rasanya si kuali. Aku hempuk kuat-kuat atas dapur tadi. Huhu, marah-marah pun tetap mahu masak. Ceh.



Jadi kesimpulannya hari ni aku tidak dalam mood.



Kalau di compare kan muka aku dengan buah mangga muda..masam lagi muka aku gamaknya.


Huh!

Stress!

Monday, December 13, 2010

MAK DAH PESAN..NAK MAKAN BACA BISMILLAH.BARULAH TAK TERMAKAN &*%$ SENDIRI..

Malam tadi tido atas toto depan TV saja. Niat hati nak teman incik suami menonton bola..katanya Chealsea *ntah btol ke tak ejaan ni* lawan. Lawan apa ntah..susah nau aku nak pronounce..Tottenham? Totthem? Ahh lantaklah. Aku memang fail sikit bab-bab bola omputih ni. Jadi berkubanglah aku depan TV sampai ke pagi.


Subuh-subuh hari, bangun..siapkan incik suami pegi keje. Mandikan..pakaikan seluar kecik..pakaikan selur besar..pakaikan baju bla bla bla...sikat rambut..taruk minyak rambut sikit bagi extra hensem..bla bla bla...hantar incik suami ke muka pintu sambil melambai ala-ala miss universe langsung melayangkan kad merah sekeping...haha..tipu. Tentulah layangkan ciuman terbang. Haha geli!


Bila dah seekor diri di rumah, mulalah bosan. Layan astro...huh, kenapa semua cerita tak best ni?? Tengok jam, ohh baru jam 7.30 pagi. Patutlah....


Tekan-tekan remote lagi dengan harapan jumpa chanel menarik tapi hampa. Tetiba perut menjadi lapar secara otomatik. Terus ke dapur, bukak peti ais. Lepas berfikir selama 8 saat, aku buat keputusan untuk menggoreng nasik yang berlambak lebih semalam. Semalam aku merajuk dengan incik suami..jadi aku mogok lapar. Jadi nasik banyak berlebih.


Ketang ketung tukang ketung di dapur..


Siaplah nasi goreng.


Dengan lahapnya terus makan.


Sedap. Boleh kata ini adalah nasi goreng tersedap yang pernah aku buat. *ceeaaaa.memuji ke langit*


Tanpa malu dan segan terus menambah sepinggan lagi. *kauu!! Lapar betul!*


Ngap ngap ngap ngap....burppp!


Alhamdulillah kenyang..


Tentiba baru aku teringat satu perkara.




Alamak!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU BELUM GOSOK GIGI LAGI!!





Coii!


Rasa nak meloya bila teringat aku makan taik gigi sendiri!





Thursday, December 9, 2010

KALAU NAK BERLAKON JADI CIKGU..SILA BUAT HOMEWORK DULU!


Okey, terus nak sambung entri sebelum ni tentang apa hal yang aku panas hati sangat kelmarin. Tapi sebelum tu aku nak tanya kamu-kamu semua, perasan tak kat Astro Prima sekarang ada drama Dia Atilia? Lakonan Zamarul Hisham, Almy Nadia, dan Fasha sendat. Perasan tak?


Ke aku je yang perasan? Haha.

Aku ni bukanlah minat sangat dengan pelakon-pelakon tu, apalagi Fasha Sendat tu...memang tak la. Tapi aku tertarik nak tengok drama ni sebab aku rasa drama ni ada unsur-unsur ciplak Filem Kuch Kuch Hota Hai. Itu yang buat aku naaakkk sangat tengok. Nak tengok sejauh dan sedalam mana penciplakan itu telah berlaku. Perghh bajet macam pengkritik filem jek.


So aku pun tekunlah nonton drama tu. Tak pasti episod pertama ke episod berapa, tapi yang pastinya memang sah drama tu tiru jalan cerita Kuch Kuch Hota Hai.


Itu ke yang buat kau panas hati sangat ni??


Ohh tidak tidak tidak. Lantakkan la depa nak meniru jalan cerita ke nak meniru jalan raya ke apa ke. Itu biasalah tu. Macam tak biasa pulak tiru-meniru ni. Sejak dari sekolah tadika lagi dah apply dah tiru-tiru ni kan? Jadi itu bukan halnya.


Yang buat aku panas ni sebenarnya adalah salah satu dari adegan yang ada dalam drama tu.


Ada satu part tu...


Si Fasha sendat ni berlakon sebagai guru...jadi adalah adegan dia mengajar dalam kelas. Bila scene si Sendat ni masuk kelas....dalam hati aku..

"uiii cantik baju dia..macam batik-batik moden."


Ala-ala macam jatuh cinta pandang pertama.....................sama baju yang di pakai Si Sendat tu. Aku ulang..jatuh cinta sama BAJU ye. Bukan orangnya. Heh.


Tapi masa tu kamera fokus pada bahagian atas badannya jek. Tak nampak bahagian bawah lagi. Suspen ni nak tengok bahagian bawah baju tu..mana tau laaagiiii santek kan?


Sekaliiiii....



Ternganga aku!!


Haaaa!! Nganga!


Apasal??



Lorr...rupanya Si Sendat tu pakai dress sampai paras lutut jek weiii! Takde sebarang seluar ataupun kain disediakan.


Serius aku marah.


Guru Melayu Islam pergi sekolah pakai dress paras lutut?? Itu pun tak sampai lutut aku rasa. Sipi-sipi jek.


Ye...Aku tau itu cuma lakonan. Tapi bagi aku, even itu cuma dalam drama tapi kalau nak berlakon watak cikgu, sila buat homework dulu. Kau kalau nak pegang watak pelacur la perempuan dot dot dot la pandai pulak kau buat homework tentang pakaian, gaya, cara hidup diorang bagai. Tapi bila dapat watak cikgu??? Alahaiiii......



Sedih aku.


Terasa macam profesion keguruan telah diperkotak-katikkan.


Emo!

Sunday, November 7, 2010

PERGI BUKAK ISI PERUT LAPTOP KAMU SEKARANG



Laptop aku buat hal lagi. Aku pun pelik lah, dah dekat 3 tahun aku bela laptop tu, tak de pulak masalah pape. Setakat ada menternak virus sikit-sikit tu biasalah kan. Tapi bila aku duduk di Labuan ni, asik ber problem je laptop belaan tu. Entah apa masalahnya ntahlah. *sambil menjeling tajam pada incik suami.heh*


Aku pernah bagitahu sebelum ni laptop aku telah di format, dah tu biasalah kan, laptop bila dah format memang otomatik akan jadi suci sesuci lebaran kekdahnya sampai habis hilang semua fail-fail, gambar-gambar, pendek kata hilang semualah..dah jadi sebijik macam laptop baru. Dan aku memang bengang tahap langit ke tujuh belas saat itu.


Selang beberapa minggu, si laptop ni buat hal nak hang hang pulak. Nak turn on pun berejam, nak refresh pun sama, apatah lagi nak bukak belog, bukak fesbuk segala. Sampai aku dah jarang sangat dah berinternet. Belog terabai, fesbuk pun macam hak milik orang mati gara-gara tak dijaga selalu.


Kemudian aku dah tak boleh sabar. Aku mintak incik suami pegilah hantar repair laptop tu buat sekian kalinya. Gila payah wei takleh guna laptop. Macam-macam kerja terbengkalai. Jadi incik suami pun pi la hantar repair. Lama jugak laptop aku kat sepital. Makan hari jugak lah.


Dan pagi tadi, laptop aku pulang ke rumah. Aku pun risik-risik lah apa penyakit laptop aku tu sampai asik hang jek.


Kamu tahu apa??















Hard disk laptop terbakar!!!


Terkujat aku.


Nak lebih thrill lagi??


Hard disk yang selama ini bermastautin dalam perut laptop berjenama Dell rupanya hard disk Toshiba!!


Add Image



Aku tentiba rasa nak pergi Sunway Pyramid maki-maki tokey kedai aku beli laptop dulu.


Haih!!

Saturday, October 30, 2010

PAUSE TAIP PAUSE TAIP LAGI

Pergh!! Gila!

Lama betul aku tak dapat hapdet. Jangan kata nak hapdet, nak bukak belog pun tak kesampaian. Semua gara-gara laptop aku ni. Buat hal tak sudah-sudah. Sekarang sudah dijangkiti penyakit "hang". Oh bukang hang jebat mahupun hang tuah, apalagi hang kebun, tapi ini penyakit "hang" atau pronounce nya "heng". Memang menyampah aku. Nak turn on laptop pun amik masa dekat setengah jam, Nak refresh pulak amik masa 5 minit. Nak bukak word bagai pulak amik masa sejam. Nak ber internet lagilah parah..kadang tu 24 jam tunggu pun tak boleh loading firefox lagi.

Abis ni boleh pulak kau online ni Yongnana??

Oh mungkin malam ni malam yang baik. Baik tak baik sangat lah, ada lah 3 jam jugak aku tunggu untuk sampai ke page "new post" ni. Ini pun tak tahu lagi berjaya publish atau tak ni. Kalau kamu dapat baca sekarang, maknanya berjaya lah aku. Huhu.

Eh arini 30hb kan? Arini sorang geng blogger bernama Xora *sorilah aku tak dapat nak link kerana masalah seperti yang di bebelkan di atas, nak pergi belog Xora sila taip http://diaterimanikahnya.blogspot.com* kahwin kalau tak silap aku. Xora ni antara blogger first yang aku minat. Setahun lepas kami sama-sama mula berbelog, tapi sebab belog beliau berkali ganda gedavass dari belog peliharaan aku ni, maka belog beliau adalah lebih glamer, lebih ramai follower. Huhu. Apapun aku tetap nak amik kesempatan ini untuk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT XORA & DZULQ *err betul ke aku eja nama suami Xora ni.hehe* Tak sabar nak tengok gambar-gambar wedding kamu Xora. Harap laptop ni memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi. Huhu.

Oh esok juga aku diperintahkan oleh incik suami supaya hadir ke Ladies Night.

Wow! Ladies Night??!

Di kelab malam ke??

Oh sungguhlah tidak. Gila nak berladies night di kalabul malami. Ini adalah Ladies Night anjuran BAKAT *persatuan isteri-isteri tentera*. Bertempat di hotel bintang-bintang terbest yang ada di Labuan ni. Huh teruja!











Aku stress ni. Dah bape kali aku pause time menaip entri ni. Laptop aku buat hal lagi. Cukuplah sampai sini je dulu. Aku nak publish dah. Harap-harap berjayalah publish.


See u later!!

Daa!

Friday, October 15, 2010

AKU, LAPTOP DAN SUAMI.

Sigh. Penat.

Baru lepas bersilat di dapur menyediakan sepinggan dua lauk buat santapan perut. Menu hari ini simple sajork. Simple-simple pun aku kena google resepi jugak. Haha.

Ayam goreng kunyit + sambal telur mata kerbau + nasik putih .

Cukuplah buat makan berdua. Tapi buat masa ni incik suami tiada di rumah. Meng kerjakan diri kekdahnya, maka kejap lagi aku nak makan sorang-sorang. Aku abiskan semua lauk biar padan muka incik suami.

Har har har har harunn!

Aku sedikit bengang dengan incik suami hari ni. Semalam incik suami bawak laptop aku yang dah serupa ladang ternakan virus ni pergi ke spital *format*, katanya beliau ada sorang kawan yang pandai format meng format laptop ni. Maka aku atas dasar kepercayaan kepada suami yang teguh lagi utuh, aku serahkan lah laptop aku. Sempatlah aku pesan supaya jangan delete sebarang file yang ada dalam laptop terutama kerja-kerja sekolah aku.

Bila dah selesai format, incik suami pun bawak la laptop aku pulang ke teratak bonda *motip guna teratak bonda??* kami ni.

Baru tengok desktop, aku dah ternganga dah.


Melopong.


Wallpaper desktop yang dulu suci je aku letak gambar nikah kami berdua, alih-alih dah magic jadi hitam gelap. Siap ada tulis ini.



" Van Diesel is XXX, 08.09.02"


Apakeheynya itu??


Huh..sabar lagi sabar lagi. Mungkin orang yang format tu fanatik sangat sama Van Diesel, layankan aje.


Godek-godek lagi.


Uik?? Dah tukar Window Vista pulak??


Oh ye, laptop aku memang ketinggalan bas sikit. Masih menggunakan Window XP. Tapi sekarang dah Vista. Oh sebijik macam laptop baru.


Okeylah tu, cantik dah la tu laptop aku sekarang. Asalkan tak jadi ladang ternakan virus lagi sudah bagus dah tu.





Pagi tadi, di sekolah..

Aku turn on laptop untuk update buku log orientasi aku *aku kena orientasi okey, jangan ingat bebudak je ada orientasi, cikgu pun kena. Padan muka*. Tentiba..........



Aik, mana folder "sekolah" aku ni??

Ish takde pun.

Godek-godek lagi...oh memang takde. Guna aplikasi search pun nan ado.

Pastu baru aku perasan, bukan takat folder "sekolah" je ghaib, abis semua gambar nikah kawen aku pun ghaib sama. Oh oh oh...aku mahu menjadi hulk sekarang jugak!!


Terus capai hand set...taip apa yang patot....tekan butang send.


Ke incik suami.

Terus nak cari pasal dengan incik suami time tu jugak. Walaupun aku tengah melantak mee goreng kat kantin sekolah sekalipun, jari jemari maintain balas-balas mesej menghambur marah geram kat incik suami.

Padan muka beliau!!







Bila dah balik rumah, emosi dah makin okey baru aku boleh berpikir balik.

Apalah salah incik suamiku itu. Bukan beliau yang format laptop aku pun, jadi beliau tak salah pape. Beliau pun dah pesan banyak kali kat kawan tukang format tu supaya buat back up file-file yang ada, tapi mungkin kawannya tu terlepas dengar, atau mungkin jugak file-file tu paling banyak menyimpan virus sampai tak boleh diselamatkan lagi.


Kesian pulak kat incik suami.


Tak pasal-pasal kena berdepan dengan amukan puaka sms pagi tadi.


Huhuhu..


Minta maaf?? Haruslah kannn.......tunggulah malam nanti. Ekekekeke...

Tuesday, September 7, 2010

MAK KITE KATA...............

Dulu mak pernah kata.....

Yang selama 9 bulan aku dalam kandungan mak, beliau pikirkan aku ni baby boy. Dulu-dulu belum ada scan-scan ni, maka bergantung harap pada petua orang tua-tua jek macam mak bidan. Mak bidan dah bagitahu mak dah yang baby dalam perut tu baby girl tapi mak tak percaya. Arwah pah aku pun tahu yang cucunya ni perempuan, tapi arwah pah diam jek sebab tak nak kecikkan hati mak yang teruja lebey nak sambut anak lelaki. Cukup hari, aku jengah bumi....taraa!!! Im girl! Mak langsung terkesima.


Nasib beliau masih percaya aku ni anak beliau. Bukan baby tertukar. Huhu

Paling tak boleh blah..

Nama aku dalam perut adalah Wan Mohd Farid okey?



Mak pernah kata.....

Aku lepas-lepas je lahir kena demam kuning. Tapi tak teruk sangat lah. Tapi dalam tak teruk pun tetap kena jemur bawah matahari sambil pakai spek mata hitam.

Aku pulak pikir...apa tak kejam sangat ke jemur baby bawah matahari panas terik tu? Ke camne kekdah jemurannya? Ada macam jemur baju kat ampai ke apa?


Mak pernah kata....

Aku dulu bila dapat je mulut *boleh bercakap* memang pot pet pot pet. Ada saja benda aku nak ngomel. Soalan kemain banyak nak tanya. Paling aku ingat tiap kali nak balik kampung, setiap 1 km aku akan tanya kat mak abah...


"jauh lagi ke abah, mak?"

Setiap 1 km kau! Pikirlah sendiri bape kali aku bertanya dan berapa kali pulak mak abah kena menjawab. Kalau kau, ada rasa nak lempang tak sedas dua??


Mak pernah citer kat aku....

Aku masa baby dulu langsung tak merangkak. Aku bermula dengan baring, meniarap, duduk, passtu tau-tau je aku dah boleh berdiri.

Hahaha..Ajaib kan?

Tau tak kenapa aku tak merangkak??


Sebab vontot i berat!


Mak pernah kata....

Aku memang la takde cantik macam kanak-kanak lain. Badan montel, kulit legam, pendek lagi...memang tak menang la dari segi itu. Tapi mak banyak kali kata aku ni manis.

Hohohoho!!

Mak kata lagi senyuman aku menawan. ngeh ngeh ngeh..


Mak kata lagi....

Dulu masa aku sekolah-sekolah, mak selalu call sekolah senyap-senyap. Aku memang tak pernah tahu. Lepas dah abis sekolah baru aku tahu. Oooo..rupanya-rupanya mak meyiasat aktiviti aku dan adik-adik kat sekolah dulu-dulu.

Nasib baik perangai aku baik..pandai pulak lagi. Hahaha!!


Ni last mak kata...

Baru tadi mak kata..........


Kalau nak pakai duit.. cakap.


Hehehe...itu yang den nak dongar tu.

Sunday, August 22, 2010

CHERYL SAMAD BERGADUH DI RADIO *dushh dushhh dushh!*

Zaman sekarang, duit menjadi satu alat yang amat berkuasa sekali kan? Nak buat apa pun sekarang ni perlukan duit sekalipun mahu ke tandas yang belum terjamin kebersihan dan kewangiannya tapi dari jauh dah boleh nampak sign "30 sen per entry". Huh..masuk seminit dua pun kena bayar 30 sen! Kadang tu masuk toilet cuma nak calit lip gloss je pun tapi tetap tiga posen.

Cekik darah. Drakula!


Eh aku bukan nak citer pasal masuk tandas mahal sebenarnya, itu cuma metafora jek. Hehehe. Sebenarnya hati aku panas sikit ni. Mendidih je darah bila dengar rakaman perbualan antara seorang pendengar radio dengan deejay radio. Stesen radio mana aku tak pasti.


Kamu pernah dengar? Memang boleh mendatangkan marah kalau dengar ni. *sila pikir berkali-kali sebelum dengar, takut puasa sia-sia je arini*


Kelik SINI untuk dengar rakaman perbualan tersebut. *kredit to www.ohtidak.com*

















Dah dengar??

Menggelegak tak hati??


Uiiii....aku memang marah betul. Nasib baik aku dah dengar malam tadi. Jadi selamatlah pahala puasa aku. Aku hairan betul, perempuan dalam perbualan tu, apa nama dia? Haaa Cheryl...apasal la sampai ke situ mulut dia ek? Menghina tunang dia lajuuuuu jek. Mentang-mentang la tunang dia tu penjual beger tepi jalan jek, kemain bertih lagi dia hentam. Konon penjual beger takde masa depan lah, duit tak banyak lah, muka tak hensem lah..bla bla bla..



Hello??!


Kalau kau dah tau Samad *tunang dia nama Samad* tu jual beger jek, duit tak de, muka tak siap bagai-bagai apsal yang kau hegeh-hegeh terima lamaran Samad tu dulu sebelum bertunang? Bila dah tunang, dah dekat nak kawen baru pot pet pot pet claim itu ini. Ceh!


Dah tu boleh curang dengan tunang sendiri pulak tu. Mentang-mentang dah dapat "banker" baru yang kaya-raya aidilfitri lagaknya, yang hensem ala-ala...............*kau letak la sendirik ala-ala siapa. Kalau suruh aku fill in confirm aku taruk nama laki aku.huh*, yang ada kereta mewah tapi hutang 10 tahun lagi pun belum tentu abis bayar, dan segala lah yang si Samad tu takde, berani lah kau nak hina-hina Samad ni kan?


Memang kejam. Materialistik sungguh.


Itulah dunia. Bila duit ringgit menjadi raja, kekasih hati ditolak tepi, tunangan diri di pandang sepi, malah ada juga yang membuang suami. Yang mengenepikan famili semata-semata kejarkan wang ringgit memang tak boleh dibilang dengan jari. Berlambak selori!


Tapi aku yakin, apa sahaja yang kita buat kat dunia ni ada balasannya. Samada Tuhan bayar "hutang" atau bayar "cash", itu jek. Yang pasti..ada habuan buat semua kelakuan durjana kita di dunia ni.


Buat Cheryl...terpulang lah pada kamu. Kalau wang ringgit dan kekayaan yang kamu kejarkan, kejarlah sampai dapat. Tapi tak perlu sampai menghina orang lain sebegitu. Mungkin benar kamu sudah jumpa Mr. Right kamu, tapi bagi aku amat-amat salah kalau nilai manusia melalui wang ringgit mereka. Salah sama sekali.


Duit dan harta memang penting, tapi bukan perkara nombor 1. Mungkin jatuh ke nombor 3 atau 4 atau 5 atau berapa-berapa lah. Bergantung pada senarai kamu.


Buat Samad. You go man!!

Pasti ada insan lebih baik buat kamu. Kita kena pasti janji Allah...


"lelaki yang baik...adalah untuk wanita yang baik. Dan begitulah sebaliknya"


Doakan yang terbaik buat kamu Samad.











Nota-noti: Samad dah beli lori lah! Oitt lori pun bukan murah tau? Err Samad, kat mana stall burger kamu?? Hehehe..

Wednesday, August 4, 2010

BUAT DUIT DENGAN BLOG

Ramai yang tahu menternak belog pun boleh buat duit.

Kan?

Memang sorga kalau tiap-tiap bulan incik nuffnang kirim kertas pat segi tepat tertulis Ringgit Malaysia sekian sekian ratus dan beberapa sen. Fuhh! Heaven gitu.

Kalau macam pembelog hot macam Mak Merah The Diva tu takyah cakap la. Mahunya beliau kutip ribu-ribu RM tiap bulan dengan hanya menternak belog jek. Uiiii..memang rezeki. Beruntung la badan Kak Red oii..

Aku ni cuma mampu berangan je la. Belog tak glamer cenggini la kekdahnya. Sob sob sob. Alah Yongnana, menternak belog pun baru setahun jagung, dah tu malas pulak tu nak bagi makan entri, kalau bagi makan pun entah apa makanan yang kau bagi pun tak tahu la. Tak berkhasiat langsung. Tu pasal incik nuffnang pikir doploh juta kali nak bagi iklan kat kau. Huhu..Padanla dengan muka!

Tapi kan, yang sebenar benarnya...masa mula-mula aku buat keputusan*ceh macam decision besar jek* untuk buat belog ni setahun lepas, aku langsung la tak de terpikir apa lagi memikir tentang nak dapat duit dari membelog ni. Sumpah la takde. Incik nuffnang tu pun aku tak kenal lagi masa tu *ceh..sedikit berlagak di situ. Ampun incik nuffnang.huhu*

Yang aku tahu, aku buat belog konon-konon nak jadikan diari peribadi *peribadi la sangat kalau dah semua orang boleh terjah baca* dan tulis segala bagai persiapan wedding aku. Hurm mungkin jugak aku tak nak kalah dengan blogger-blogger lain yang gigih tulis belog untuk corat-coret tentang majlis kawen diorang. Kamu ada belog, aku pun nak jugak. Mana boleh kalah, ketinggalan komuter *ladies coach lagi* nanti orang kata. Hahaha. Tak nak kalah tu.

Dan sekarang dah hampir setahun dah aku bela belog ni. Aku pun dah mula kenal siapa itu incik nuffnang. Incik nuffnang pun nampaknya menerima baik kehadiran aku dalam dunia berbelog ni. Ish..terharu tau.

Paling aku tak jangka, aku dah mula dapat sagu hati hasil berbelog dari incik nuffnang. Aku rasa tak lama lagi boleh la aku cash out kan duit nuffnang aku tu.

Tak banyak mana lagi dah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rasanya sebelum raya ni sempat kot.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tinggal sikit je lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku dapat je RM46.72 lagi merasa la duit nuffnang pertama aku.




Hahahaha!



Serius ni, duit nuffnang aku baru ada RM3.25!!!!


Very the verangan la kamu ni Yongnana. Rentikan!


Sekian. *mood: majuk kat incik nuffnang*

Monday, August 2, 2010

YES NO I LOVE YOU

Masuk tahun ni, umur aku genap 26 tahun.

Ini bermakna sudah kurang lebih 21 tahun aku belajar Bahasa Inggeris samada secara formal atau tak formal.

Lama kan?

Memang lama amat.

Tapi aku sampai sekarang masih tak mahir berbahasa Inggeris.


sumber:google images

Betul ni. Tak tipu. Aku memang mengaku aku lemah betul dengan bahasa penjajah yang satu ni. Kadang aku rasa rendah diri gila. Kenapa lah aku ni bebal sangat bab-bab Bahasa Inggeris ni. Padahal dah 21 tahun aku bergelumang dengan bahasa tu.

Sedih.


Bila aku tak pandai Bahasa Inggeris, mula lah aku tak suka subjek tu. Bila dah tak suka subjek tu, mula lah aku mencik kat cikgu yang mengajar. Serasa aku tak de sorang pun cikgu feveret aku cikgu Bahasa Inggeris. Memang aku tak suka. Aku tak suka sebab aku tak paham apa yang diorang sok sek sok sek dalam kelas. Aku jadi mencik sebab aku malu nak tanya soalan tentang topik-topik yang aku tak paham. Aku malu sebab aku tak reti nak susun ayat.

Aku lemas bila terpaksa bersusah hati memerah otak pikir bila masa aku patut letak "ing", bila pulak aku patut guna "ed" bila ketika pulak nak masukkan "s" ke takyah "s" ke.

Letih otak pikir.


Pernah dulu kalau orang suruh cakap English, ada tiga perkataan jek yang selalu muncul-muncul atas kepala.

Yes

No

I love you.

Hahaha! Sungguh. Perkataan lain aku amik masa sikit nak keluarkan. Haha. Sengal kan?

Peliknya aku lemah matapelajaran tu jek. Subjek lain semua aku terer. Wah kau! Berani mati ngaku terer subjek lain tu. Haha, sila abaikan perasaan mahu mengangkat bakul sendiri tu.


Tapi memang sedih bila satu-satunya subjek bahasa tu yang selalu cacatkan sijil UPSR, PMR, SPM aku. Kalaulah aku hebat berbahasa orang putih tu, mesti cantik je sijil aku. Seragam je semua gred. Entah-entah boleh muncul jadi pelajar terbaik seluruh negara. Wah...angan kau!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau la aku pandai berbahasa Inggeris.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ah sudah la. Takyah bagi banyak alasan. Kalau dah malas tu cakap je la malas.

Thursday, July 8, 2010

"RAMALANKU BENAR BELAKA." kata PAUL SI SOTONG KURITA


Piala Dunia kali terasa best sikit.

Kenapa??

Satu,

Sebab ada incik suami yang boleh jadi teman borak-borak pasal bola. Kadang-kadang kami bertaruh *OLOK-OLOK YE* tentang pasukan mana yang menang. Pertaruhan ni langsung tak bermodalkan wang ringgit mahupun wang syiling. Sekadar bermodalkan air liur jek. Huhu.


Dua,

Sementelah aku masih lagi gigih mengusahakan "ladang anggur" aku kat umah ni, maka aku tak perlu susah hati pikir nak pilih mana satu.

Nak tengok bola ke nak tido??*sebab esok pagi harus bangun awal pagi untuk ke tempat keje atau ke kuliah*

Aku boleh tengok bola sampai lebam pastu tido subuh-subuh hari pastu bangun pulak time tok bilal surau depan umah dah get ready nak laung azan Zohor. Hahahaha!!


Tiga,

Piala Dunia kali ni terasa best dan ajaib sikit sebabkan satu mahkluk ni.
.
.
.
.
.
.


sumber: incik google

Paul si sotong kurita!!

Kata orang Paul ni mampu buat ramalan tepat atas satu-satu perlawanan terutama yang libatkan pasukan German dah ajaibnya setakat ni semua ramalan si sotong kurita ni TEPAT!!

Huhu..

Tapi apapun aku takdelah taksub dengan Paul ni apalagi nak percaya ramalan sotong ni.

Buktinya game semalam *German vs Spain* aku tetap sokong German biarpun satu dunia hampir percaya kata si Paul ni yang Spain bakal ke final.

Lantak pi la sama hang punya ramalan.

Walaupun akhirnya Spain menang jugak.

Haih!!

Mencik!


Paul..sekarang ni kamu mesti tengah seronok nyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka kan?? kan??

Tak pelah, German menang ke Spain menang ke sama jek. Aku bukan dapat apa-apa pun. Kalau German menang aku boleh dapat posting cepat layak jugak la aku nak meroyan menggila bila German kalah ye dak??

Hurm...tak sabar nak tunggu game kemuncak.

Final World Cup

Spain vs Belanda

Kamu sokong mana ya dear??

p/s: nak tunggu ramalam Paul la. Hihi

Thursday, April 15, 2010

ANAK AKU KE??

Err nak tanya sikit, pernah tak kamu-kamu berangan punya baby? Ngeee....

Jangan tipu kata tak pernah. Yang baru bercinta seminggu dua pun kadang-kadang dah mula membayang-bayang wajah anak sendiri. Yang dah bertunang dan bakal kawen tak lama lagi makin kuatlah imaginasi tentang baby. Apalagi yang dah kawen, owh tiap hari berdoa berusaha agar cepat-cepat dikurniakan rezeki. Betul tak? Hehehe..

Jujurnya aku pun selalu jugak verangan punya anak sendiri. Owh bukan aku sorang, incik tunang pun dah pandai verangan pegang title 'abah' dah.*iye, dia mahu anak-anak dia panggil dia abah ye*.

Kadang tu bila bersembang pot pet pot pet tentang anak dengan incik tunang memang best. Mungkin ada yang kata "apa gatal sangat ko ni jah, belum kawen lagi bawak-bawaklah bersabar nak cakap pasal anak". Huh, ada aku kesah? Rasanya tak salah nak bersembang tentang anak. Bak kata omputih, famili planning. Hahaha.

Sila jangan terkejut kalau aku kata incik tunang dah reserved satu nama dah untuk anak lelaki dia. Huhuhu..Bersemangat tak semangat gula-gula hati aku. Untuk nama anak pompuan pulak dah ada dalam peti simpanan aku. Hahaha..gila semangat jugak.

Dan semalam, aku terjumpa satu site yang boleh create wajah sorang baby comey hasil gabungan rupa aku dan incik tunang. Owh memang teruja habis aku nak tengok muka anak aku. Hahaha..

Okey, kalau rupa aku cenggini.
.
.
.




Dan rupa incik tunang cenggini.
.
.
.



Maka hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa!!!



Comey tak?

Owh aku sangat kagum dengan kecomelan baby ni. Tak sangka gabungan wajah aku dan incik tunang mampu menghasilkan rupa sekiut dan semiut ini. Sungguh aku jatuh hati.

Bila aku tunjuk gambar ni kat incik tunang, ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah...."muka baby tu sebijik macam muka abg kan?"

Perghhh!! Tak agak-agak. Dia nak sapu bersih semua asal-usul kecomelan baby tu. Padahal pipi tembam baby tu sah-sah ikut pipi aku. Memang tak syak lagi. Idung baby tu pun sebijik idung aku. Pun tak boleh disangkal lagi. Yang lain-lain tu mungkin la ikut 'abah' dia. Hahaha..

Memang teruja betul dapat tengok wajah olok-olok baby kita. Terasa macam dah punya anak sendiri dah ha padahal anak kucin pun takde. Hahaha.

Kepada kamu-kamu yang teringin nak tengok wajah 'anak' masing-masing, bolehla ke sini:

www.morphything.com

Pasti kamu teruja tengok rupa wajah baby comey kamu.

Enjoy ya!!


p/s: Ingin diingatkan bahawa aktiviti ini hanya untuk suka-suka. Ini hanyalah fantasi, bukannya realiti.

Wednesday, February 24, 2010

100 HARI MENCARI SUAMI





Tengok kiraan kat atas tu..100 HARI LAGI UNTUK SAMPAI KE SITU!

Omaigod...

Lama ke 100 hari tu? Mana ada lama..kejap je tu. *sendiri tanya sendiri jawab*Tetiba perasaan jadi macam-macam.

Teruja ke? Owh sudah tentu la..tepat 12 malam ni, ticker countdown tu akan bertukar jadi 2 digit, maknanya si dia hampir pasti menjadi milikku..aiceh!

Neves tak? Perasaan ni belum muncul lagi. Aku ni memang lambat neves. Kang bila tinggal 10 minit lagi nak menikah baru la gedebuk gedebak dalam dada.Hahaha..

Sedih tak? Hmmm..skit-skit la. Sekarang ni bila kenangkan famili aku selalu jadi sebak sendiri. Kelmarin duduk sembang-sembang dengan mama kul 2,3 pagi *kami x tido okey*, sedih sangat bila mama kata..

"kamu semua sekarang dah besar-besar dah. Semua nak kawen dah. Cepat je masa rasanya. Lepas sorang, sorang nak tinggalkan rumah ni."

Gila aku tak sebak time tu? Rasa nak peluk-peluk mama cakap aku takkan lupakan dia sampai hujung nyawa aku. Owh aku memang cepat emosi bila pikirkan famili sekarang ni. Hmmm..mungkin ada yang konfius siapa pulak mama ni. Selalu aku selalu citer pasal mak jek. Nanti la aku story simpang siur famili aku dilain entri.

Panik??

Yup, ini adalah perasaan utama aku sekarang. Memikirkan banyak lagi hal nikah kawen tak selesai, aku jadi panik sendiri.

Barang-barang hantaran tak beli lagi.
Cincin kawen pun masih dok elok terletak kat kedai Pak Habib.
Dokumen-dokumen nikah sepatah perkataan pun tak isi lagi. Jangan kata isi borang, beli borang pun belum lagi. Haih.
Paling tak bleh ampun...kusus kawen baru nak pegi. Sila tampar aku laju-laju *aiyakkk*

Cakap psl kusus kawen..memang hiba. Aku rasa macam aku lah satu-satunya manusia yang pergi kusus kawen seorang diri. Tanpa teman, apa lagi kekasih hati. Haih. Bukan tak ajak kawan-kawan..ajak..tapi kebanyakan mereka belum merancang untuk pergi lagi. Maybe masing-masing dah plan nak pegi dengan buah cinta hati. Huhu. Incik Tunang pulak jauh, lagipun beliau dah pernah pegi kusus kawen ni dulu. Aii..nasib badan la kena pegi sorang-sorang. Redahkan je la labu, yang penting aku dapat menikah. ^_^

Buat masa ni aku tak banyak hapdet tentang persiapan kawen. Aku nak tumpukan pada latihan praktikal aku dulu. Owh ye, esok aku nak pegi melawat sekolah, jumpa pengetua, jumpa penolong kanan bagai. Sepatotnya aku kena lapor diri hari Isnin depan *1 Mac* tapi xpela p awal, bersuai kenal secara tak rasmi. Nanti hari Isnin takdelah tak tentu arah mencari mana bilik pengetua, mana pejabat, mana bilik guru...dan yang paling penting, mana kantin! Hahaha..*diet konon* ^_^

Tu je la untuk hari ni. Nak bermandi mandian pulak. owh sekarang aku sangat rajin melulurkan diri ketika mandi. Nanti aku story pasal lulur melulur ni okey?

Owait dear, jumpa kamu dalam entry seterusnya.

Daa!


P/s: Hari ni 24 February..besday my beloved brother, Haziq yang ke-11. *tapi badan mcm 15 tahun ^_^*


dah macam Alex Raja Lawak dh adik aku ni. Haih. *ops, jgn sebut nama A_ _ x, nanti Incik Tunang cemburuan lagi.huhu*

Tuesday, January 26, 2010

PERAYAAN JUBLI EMAS



Wah, sedar tak sedar dah 99 entri aku bagi makan kat blog belaan aku ni. Ini maknannya entri kali ni merupakan entri yang ke-100! Ucapkan tahniah pada blog aku! Yeeehaaa...buat ombak buat ombak...woOoOoOoO! *over reaction*

Apalah yang teruja sangat entri dah mencecah 100 ni entahlah. Blogger lain pun belambak dah entri cecah 100 tapi takde la teruja lebih macam aku ni. Huhu. Tapi takpela, aku mahu meraikan jugak kehadiran entri ke - 100 aku ni. Taki kira.

Jadi hari ni tak de entri pasal kawen ke apa ke. Aku cuma mahu buat sedikit analisis terhadap blog peliharaan aku ni. Maka aku pun bukak la nuffnang aku. Owh, sila la tau blog aku takde la glamer mana. Tukang ketuk pun boleh bilang dengan jari. Bulan lepas punya unic visitors cuma 1081 orang jek. Huhuhu..Takpelah, aku ternak blog ni pun untuk kemudahan aku, di samping sharing is caring dengan B2B yang lain. Takde langsung niat nak mencari glamer. Huhu.

Tapi aku sangat tertarik nak wat analisis tentang bagaimana orang-orang di luar sana boleh terjelepok masok ke blog aku ni. Apalah agaknya yang diorang taip kat incik google tu yang tak semena-mena terbabas masuk blog bosan ni. Hehehe..


1. Beg kertas murah.

Owh ini antara keyword glamer kat mereka tanya pada incik google. Malangnya aku langsung takde bercerita apa lagi memberikan tips-tips hebat kat mana nak cari beg kertas murah. Sebenarnya aku tak bercadang untuk gunakan beg kertas untuk isi doorgift tetamu nanti. Aku lebih suka bagi satu je benda yang best, sweet, and praktikal. Bagi camtu jek..hand by hand. Tak perlulah paper bag. Maka harap maaf la kepada mereka-mereka yang susah payah mencari beg kertas murah di blog aku ni. Kalau aku ada info tentang beg kertas yang murah, mungkin aku boleh kobarkan di sini di lain kali.

2. Beg tetamu yang murah lagi menawan.

Mak ai, kemain panjang lagi soalan yang beliau tanya pada incik google. Dah macam tagline barang pulak. Hehehe..Tapi sama la jugak dengan kes kat atas tu, aku takde info tentang beg kertas mahupun beg tetamu, apa lagi beg tangan. Memang belum ada. Mungkin akan wujud di masa depan. Sila cuba lagi okey?=)


3. Tunang tentera

Siapalah agaknya yang meng google pasal tunang tentera ni ek? Risau pulak aku. Yup, aku memang tunang abang tentera. Bahagia tapi kena banyak bersabar. Sebabnya incik tunang aku ni, tunang nombor 1 dia bukanlah aku, tapi kerjaya dia. Aku dah banyak kali merasa cancel dating. Gila ko, aku dah siap lawa-lawa, pakai baju paling santek dalam lemari, tepek bedak banyak-banyak alih-alih dia call kata tak jadi la kuar detink, kena panggil pegi keje emergency. Haih! Tu belum masuk citer dia bizi 24 jam. Bila kita call, dia jawab. Tapi dengan takde salam ke helo ke hai ke dia terus je cakap "keje keje keje" laju-laju. Pastu "tapp" dia letak fon. Stress tak stress?? Makanya, kenala praktis bersabar banyak-banyak.

Errr..itu ke info yang kamu cari tentang tunang tentera? Heheheh..


4. www.gedungkadkahwin.com

Ini pun antara keyword glamer yang menjerumuskan insan-insan tak bersalah ke blog aku. Ya ampunnn!

Aku memang pernah bercerita sikit pasal satu design kad kawen dari Gedung Kad Kahwin ni. Tapi atas nasihat seorang teman, aku tak jadi amik kad dari gedung tersebut. Kenapa? Hmmm..ntahlah. Beliau kata servis kurang bagus. Pendek kata lambat. Tapi ini bukan aku yang kata tau..member aku yang kata. Jadi aku takde la recommend kata GKK ni tak bgs ke apa. Cuma aku dah ada tempat lain untuk tempah kad kawen.

Kalau ada antara kamu yang memang nak jugak tempah kad kawen dari GKK ni, boleh tanya kat Puan Nadd. Kalau tak silap aku, kad kawen dia aritu dari GKK. Kalau nak nombor fon GKK pun aku leh bagi. Ni ha:

012-73600032 - Ijan

Aku pernah sms Ijan ni dulu, and feedback dia cepat. Bagus la tang tu. So siapa yang berminat dengan koleksi dari GKK, just call him. Err...tatau la kalo "her". Hehehe.


5. Pengantin badan gempal

Hehehe..tak tau nak kata apa la. Kalau sape-sape yang cari pengantin badan gempal, Insyaallah akan terpele'ot masok ke blog aku ni dan akan berjumpalah dengan bakal pengantin yang berbadan gempal ni. Selamat berkenalan!=)


6. DPLI Julai 2009 UPSI

Wah, keyword ni pun ada ek. Tapi memang betul pun aku salah sorang student DPLI ambilan Julai 2009/2010 kat UPSI ni. Best jugak blaja balik, tak terlalu stress. Tengok macam sekarang ni, 8hb ni aku start final exam tapi kemain boleh berblogging hari-hari lagi. Tu lagi sorang blogger seangkatan dengan aku..Cikgu Shalin, pun 2 x 5 jugak. Asik berblogging jek. Kadang-kadang beliau bersiaran langsung dari bilik kuliah lagi. Hahahaha..

Cikgu Shalin, jangan marah no...


7. w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a

Uish, paling tak sangka ada yang directly google nama aku. Kagum sungguh. Siap ada gaya tulisan pulak tu. Kalau camtu rupa google nya confirm pasti akan terbabas ke blog aku ni. Atau termasuk ke profile my space aku, blog zaman purba kat my space, kat frenster aku dulu. Macam-macam la kamu boleh jumpa. Segalanya tentang aku. Huhuhu.


Apapun pun kata kunci yang kamu guna, apapun cara yang buat kamu sampai ke blog bosan ni, terpaksa memaksakan diri membaca tulisan-tulisan aku yang kadangkala perasan sendiri, aku ucapkan terima kasih. Aku mintak maaf kalo ada kata-kata yang menyinggung perasaan kamu-kamu di luar sana. Sesungguhnya aku cuma mahu berkongsi cerita, berkongsi perasaan. Cuma itu. Harap takde yang serik untuk menziarahi entri entri ternakan aku di lain hari.

Terima kasih dan sila datang lagi ye?=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...