MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2010

CONTEST DI FESBUK

*Ini entri melekit sampailah 28 Februari ni. Sila skrol ke bawah untuk baca entri berikutnya*


Huhuhu..masuk contest lagi. Kali ni kat fesbuk pulak. Kali ni contest anjuran salah sebuah wedding planner glamer kat Malaysia ni. D'Jari Artz. Contest kali ni simple jek, semudah 123, ABC.

1. Jadi fan D' Jari Artz kat fesbuk. Sila klik sini.

2. Upload sekeping gambar yang ada wajah kamu dan dia. Taruk lah gambar paling melecun dan menghensem yang korang ada. Tapi sekeping jek. Kalau taruk berkeping-keping alamatnya kna buang pertandingan la nnt.

3. Sertakan sekali nama kamu, tarikh tunang/tarikh nikah, dan juga sebab musabab kenapa kamu patot menjadi pemenang.

Hadiahnya memang terbabomm..pelamin mini bernilai RM800!!!


Untuk keterangan lebih mendalam lagi melebar, klik gambar ni.



Pemenang akan ditentukan melalui undian. Undian dikira berdasarkan berapa ramai yang klik "like" pada penyertaan kamu. Err paham ke? Sape yang ada fesbuk paham kot. hehehe..


Maka, di sini aku mahu mohon jasa baik kawan-kawan bloggers tak kiralah samada silent readers ke, readers tak reti nak silent ke *hehehe..*, please VOTE FOR ME.

Camne nak vote??

Klik gambar comey aku dan incik tunang kat bawah ni pastu cepat-cepat klik perkataan "like" yang tertera kat ruangan komen fesbuk tu okey? Hehehe.




Kepada semua fesbuker, jgn lupa undi aku okey?

Owh aku amat-amat menghargai jasa baik kamu-kamu.

Mekasih sayang!

Thursday, February 25, 2010

KEHILANGAN...

Assalamualaikum sayang..
Mak Yong ni..
sayang kenal tak Mak Yong?

Comel..
Bilalah agaknya Mak Yong dapat tengok wajah Comel.
Rasa macam lama sangat nak tunggu middle of May.
Comel tahu tak, setiap hari Mak Yong tunggu comel lahir ke dunia ni.
Tiap masa Mak Yong pikir adiah apa nak beli untuk comel bila lahir nanti.
Owh..Mak Yong sangat rindukan comel.
Comel jangan nakal-nakal tau dalam perut ibu.
Comel anak yang baik kan?
Cayanggg dia!

Mucuk mucuk Mak Yong..
Ramai yang kata mucuk ni baby boy.
Betul kan?
Iye..Mak Yong pun rasa mucuk ni baby boy.
Mak Yong dah berangan nak belikan toys banyak-banyak untuk mucuk.
Mucuk nak apa? Kereta? Pistol? Teddy? Games?
Semua pun Mak Yong akan cuba belikan.
Mucuk kan anak buah pertama Mak Yong..mestilah Mak Yong sayang sangat sangat.

Baby tau tak,
Semalam Mak Yong ada borak-borak dengan ibu Baby.
Kami sembang tentang hospital tempat Baby akan dilahirkan nanti.
Ibu kata Baby akan dilahirkan di Hospital Ampang..
Wah..tak sabarnya.

Manja nak tengok tak gambar ibu?
Inilah ibu Manja...gambar ibu dengan Paksu Baby.
Owh semalam besday Paksu tau?
Kami pergi makan-makan..
Baby pun ikut sekali..tapi duduk diam-diam dalam perut jek.hehe.






Tapi.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mak Yong dapat berita Baby dah 'pergi'.
Baby dah pergi jauh tinggalkan kami.
Yang tinggal cuma jasad Baby dalam perut ibu.

Sayang tahu tak,
Mak Yong sedih sangat.
Sepanjang petang Mak Yong nangis.
Sekarang pun masih sedih.
Pasti ibu dan ayah Baby lagi sedih.


Tapi tak mengapa.
Mak Yong tahu Baby akan tunggu Ibu dan Ayah di syurga.
Mak Yong pun berharap sangat untuk jumpa Baby di syurga.
Moga-moga diizinkan Allah S.W.T


Sayang Mak Yong.
Moga Sayang damai di sana.
Ketahuilah kami semua di sini sayang sangat pada Baby.
Sampai bila-bila pun Mak Yong takkan lupakan Baby.
Kalau ditakdirkan Mak Yong punya anak sendiri pun..
Mak Yong tetap takkan lupakan Baby.
Promise...


*Al-Fatihah buat anak saudaraku yang meninggal dunia di dalam rahim ibu pada 24 Februari 2010 pada umur 6 bulan setengah. Al-Fatihah.*

Wednesday, February 24, 2010

100 HARI MENCARI SUAMI





Tengok kiraan kat atas tu..100 HARI LAGI UNTUK SAMPAI KE SITU!

Omaigod...

Lama ke 100 hari tu? Mana ada lama..kejap je tu. *sendiri tanya sendiri jawab*Tetiba perasaan jadi macam-macam.

Teruja ke? Owh sudah tentu la..tepat 12 malam ni, ticker countdown tu akan bertukar jadi 2 digit, maknanya si dia hampir pasti menjadi milikku..aiceh!

Neves tak? Perasaan ni belum muncul lagi. Aku ni memang lambat neves. Kang bila tinggal 10 minit lagi nak menikah baru la gedebuk gedebak dalam dada.Hahaha..

Sedih tak? Hmmm..skit-skit la. Sekarang ni bila kenangkan famili aku selalu jadi sebak sendiri. Kelmarin duduk sembang-sembang dengan mama kul 2,3 pagi *kami x tido okey*, sedih sangat bila mama kata..

"kamu semua sekarang dah besar-besar dah. Semua nak kawen dah. Cepat je masa rasanya. Lepas sorang, sorang nak tinggalkan rumah ni."

Gila aku tak sebak time tu? Rasa nak peluk-peluk mama cakap aku takkan lupakan dia sampai hujung nyawa aku. Owh aku memang cepat emosi bila pikirkan famili sekarang ni. Hmmm..mungkin ada yang konfius siapa pulak mama ni. Selalu aku selalu citer pasal mak jek. Nanti la aku story simpang siur famili aku dilain entri.

Panik??

Yup, ini adalah perasaan utama aku sekarang. Memikirkan banyak lagi hal nikah kawen tak selesai, aku jadi panik sendiri.

Barang-barang hantaran tak beli lagi.
Cincin kawen pun masih dok elok terletak kat kedai Pak Habib.
Dokumen-dokumen nikah sepatah perkataan pun tak isi lagi. Jangan kata isi borang, beli borang pun belum lagi. Haih.
Paling tak bleh ampun...kusus kawen baru nak pegi. Sila tampar aku laju-laju *aiyakkk*

Cakap psl kusus kawen..memang hiba. Aku rasa macam aku lah satu-satunya manusia yang pergi kusus kawen seorang diri. Tanpa teman, apa lagi kekasih hati. Haih. Bukan tak ajak kawan-kawan..ajak..tapi kebanyakan mereka belum merancang untuk pergi lagi. Maybe masing-masing dah plan nak pegi dengan buah cinta hati. Huhu. Incik Tunang pulak jauh, lagipun beliau dah pernah pegi kusus kawen ni dulu. Aii..nasib badan la kena pegi sorang-sorang. Redahkan je la labu, yang penting aku dapat menikah. ^_^

Buat masa ni aku tak banyak hapdet tentang persiapan kawen. Aku nak tumpukan pada latihan praktikal aku dulu. Owh ye, esok aku nak pegi melawat sekolah, jumpa pengetua, jumpa penolong kanan bagai. Sepatotnya aku kena lapor diri hari Isnin depan *1 Mac* tapi xpela p awal, bersuai kenal secara tak rasmi. Nanti hari Isnin takdelah tak tentu arah mencari mana bilik pengetua, mana pejabat, mana bilik guru...dan yang paling penting, mana kantin! Hahaha..*diet konon* ^_^

Tu je la untuk hari ni. Nak bermandi mandian pulak. owh sekarang aku sangat rajin melulurkan diri ketika mandi. Nanti aku story pasal lulur melulur ni okey?

Owait dear, jumpa kamu dalam entry seterusnya.

Daa!


P/s: Hari ni 24 February..besday my beloved brother, Haziq yang ke-11. *tapi badan mcm 15 tahun ^_^*


dah macam Alex Raja Lawak dh adik aku ni. Haih. *ops, jgn sebut nama A_ _ x, nanti Incik Tunang cemburuan lagi.huhu*

Monday, February 22, 2010

AKU MAHU TAPI....

Sebelum ni aku gigih la nak DIY macam-macam. Pomander ball terasa nak buat sendiri, kad kawen terasa nak print potong lipat sendiri. Sungguh aku bersemangat untuk buat semua itu. Mesti seronok kan?

Dalam beberapa entri sebelum ni pun aku dah tunjuk beberapa design kad kawen yang memang tahap amatur gila, hasil tangan kayu aku ni. Kalau sape-sape yang memang follow belog ternakan aku ni mesti tahu betapa aku usaha menyiapkan bola pomander aku *walaupun sampai skrg tak siap sepenuhnya lagi.huhu*.


Aku memang nak sangat buat kedua-dua benda tu. Sebab aku rasa itu je yang aku reti nak buat.

Nak suruh aku buat bunga telur, alamat aku bagi lidi je la kat tetamu aku nanti. Bunganya sampai ke sudah tak jadi.

Nak suruh aku DIY gubahan hantaran, hmmm...mungkin boleh. Tapi pasti tak seglamer gubahan Merisik Gallery. Ngeh ngeh ngeh..

Nak suruh aku jahit kain langsir, kain cadar bagai?? Owh lagi la aku "terrer penuh skill". Ada jugak pengantin tido atas tilam toto nanti. Huhuhu...sejarah sungguh.

Pointnya aku nak cakap kat sini, aku kepingin sangat mau DIY sesuatu untuk wedding aku.

Sangat mahu.

TAPI.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAK TAK BAGI...UWAAAAA!!!!!

Sunday, February 21, 2010

AKU SI TUAH ITU LAGI

Ingat tak contest "Vispera Tudung Idaman" anjuran Vispera dulu? Owh dah agak lama dah contest tu. Yang adiahnya memang menarik iaitu sehelai tudung santek untuk dipakai masa nikah! Wow!

Sekian lama aku tunggu resultnnya. Setiap hari aku jenguk blog Vispera, mana tau result kuar, tapi hampa..takde pun. Maka aku pun membuat andaian yang aku dah kalah. Takpelah, takde rezeki kan. Cukuplah berpeluang menang contest anjuran Merisik Gallery dulu. Merasa la jugak kan?

Tapi.

Sedang aku dok syok syok layan Raja Lawak malam ni, terpandang sesuatu kat side bar blog aku.




Owh benda tu menarik aku untuk terus klik dan klik...sampai keluar benda ini.



Adeh berdebar tiba-tiba..

Bila skrol ke bawah..nampak ini pulak..



Masih blur...

Skrol ke bawah lagi..*dup dap dup dap*




REALLY??????

Nama aku kah itu???

*gosok-gosok mata*

Owh betul la..itu nama aku!

Apakah semua ini?

*melompat-lompat gumbira..weeehoooo*
.
.
.
.
.
.
.
.
lompat lagi
.
.
.
.
.
.
.
Err...lupa..Alhamdulillah..syukur. Aku si tuah itu lagi.

Thanks Vispera, thanks semua yang menyokong aku. *pergh..bajet ucapan menang ABP*

Friday, February 19, 2010

AKU MAU KURUS

Majlis makin mendekat, badan maintain membulat. Haih!

Famili semua pun dah risau bila tengok bentuk badan aku yang masih tak berbentuk...kata orang puteh, straight to the point, takde lekak-lekuk. Huhu.

Bila la aku nak merasa berbadan berbentuk ni. Bukanlah apa, dalam hati tu teringin la jugak kan? Tengok orang lain santek je pinggang ramping, leher jinjang, kulis mulus tulus...Aku? Hmmm telan air liur je la.

Majlis tinggal kurang lebey 3 bulan je lagi. Maka aku rasa elok la aku menggigihkan diri ber diet.

Owh cakap pasal diet, mak aku ada belikan aku benda ni.


err rasa mcm dah rotate dh pict ni..tp nape senget lagi?huhu


Citernya gini, sebelum ni mak ada janji nak sponsor belikan JDM5 sebanyak 3 kotak *sbb nak harga murah*. Mak memang sungguh-sungguh nak aku berdiet la kononya. Aku on jek, lagipun aku memang pernah minum JDM5 tu sblm ni. Tapi bila dah abis sekotak, aku pun stop gitu jek..takde beli-beli lain dah sebab benda tu mahal. RM200 sekotak beb. Dalam tu just ada 20 paket jek. Kiranya sepeket tu harganya RM10! Huhu..

Tapi JDM5 ni memang berkesan la aku rasa. Aku yang dulu minum sekotak *tu pun kdg minum kdg tak* pun boleh turun dalam 3-5 kg. Kalo btol-btol disiplin memang boleh selim la.

Tapi baru ni time mak nak belikan JDM5 tu, kakak owner kedai tu macam tak suggest plak dah. Dia kata aku takla gemuk sangat-sangat *wink wink wink* sampai cecah 100 kg, so tak perlu la minum JDM5 tu. Mahal kata kakak kedai tu. Aku pun macam heran, kakak kedai ni tak suka ke kitorang beli benda mahal-mahal dari dia? Huhuhu

Pastu dia suggestkan minuman mcm dalam gambar kat atas tu. Produk selim badan dari ATIKA BEAUTY. Aku tak pernah try sebelum ni, tapi kakak tu kata produk ni pun ok. Harga sebotol RM50 hengget. Sebotol tu cukup utk sebulan guna. Minum 2 kali sehari *dh mcm ubat dah*. Time period tak perlu minum.

Aku cuma sempat minum sekali je lepas balik-balik dari beli aritu. Esoknya aku period, maka kna stop kejap la dari minum. So aku tak dapatlah nak bagi testimoni lagi. Cumanya semalam aku dah mula buang air besar versi air tu. Itu tandanya minuman diet sedang memainkan peranan beliau dengan menyahkan lemak-lemak tidak berguna dalam badan ni. Huhu..

Kepada kawan-kawan bloggers, kalau ada sape-sape yang penah guna minuman diet ni, tinggalkanla testimoni. Atau sape-sape ada cadangan produk lain nak guna untuk kecik kan badan aku ni pun dialu-alukan. Huhu..

Errr..mak pun ada belikan ini.




Huhuhu..mak kata dah nak kawen-kawen ni blaja la minum benda-benda seangkatan dengan ini. *malu*

Err tapi Pearl ni bkn untuk orang kawen je kan?kan?kan?

*malu lagi*

Thursday, February 18, 2010

JIWA TAK KACAU LAGI DAH

Dalam entri lepas aku ada tulis pasal kekacauan jiwa yang melanda hati kan?

Owh sekarang hati tak gundah lagi. Incik tunang telah berjaya dapatkan cuti kawen.

Weeehoo!

Syukur sangat sebab sepanjang Jun nanti Incik Tunang takde sebarang aktiviti penting. Beliau dibenarkan bercuti selama sebulan bermula 31 Mei 2010 sampai 1 Julai 2010. Owh leganya hati.

Thanks Incik Tunang. Ingatkan kamu tak serius untuk apply cuti hari ni jugak. Rupanya rupanya kamu gigih orangnya. Hehehe. Lepas ni sila completekan segala bagai dokumen nikah kamu ya Incik Tunang kesayangan hati. Sebelum bulan 4, harap-harap semuanya dah selesai. Gambate!!

Kepada kawan-kawan blogger yang memberikan kata-kata semangat dalam entri lepas, Tenkiu so much! Sayang bangat sama kamu deh. Membaca komen-komen kamu sedikit sebanyak melegakan runsing dalam hati.

Sekarang aku ceria kembali. Owh arini 18 Februari, besday my mak. Kami adik beradik ada sesuatu yang seperais untuk mak malam ni.

Tungguuu....

=)

Wednesday, February 17, 2010

JIWA KACAU

Hari ini aku sedikit tertekan. Nak cerita camne ek? Hmm biarlah aku mula dari awal.

Ekceli Isnin lepas bersamaan dengan kelmarin mak dan abah incik tunang ada datang bertandang ke kampung aku. Tujuan ketandangan mereka? Hurm boleh kata nak sembang-sembang hal nikah kawen aku dan incik tunang la kononya. Maklumlah, sejak kata putus tentang tarikh tunang dibuat, famili aku dan famili si gula-gula hati belum lagi berkesempatan untuk duduk berbincang, bersembang-sembang tentang hal perkahwinan kami ni.

Bila orang tua dah duduk bersembang tu mula lah, pum pang pum pang pum pang tak hengat dunia dah. Tambah-tambah bakal bapak mentua aku...uiiii abis semua buruk-buruk incik tunang dikobarkan. Aku tahulah incik tunang aku tu memang kadang-kadang perangai menyakitkan hati, aku juga paham budaya masyarakat melayu kita yang lebih suka merendah diri, tapi aku tetap rasa abah beliau tak patot ceritakan segala kudis nanah incik tunang kat famili aku. Sebagai bakal isteri, aku dapat rasa maruah bakal suami aku *aiceh* sedikit tercalar. Dan aku sedikit sebanyak mendapat malu juga.

Kamu bayangkan, abah incik tunang boleh cerita yang anak dia macam tak serius je nak kawen! Mau mak dan ayah aku tak gubra?? Haih!

Aku tau incik tunang nun jauh di Labuan. Kapan bila dapat pulang ke semenanjung ni pun aku tak tau. Tapi itu tak bermakna beliau tak serius dengan perkahwinan ni. Opp opp opp...maybe statement tu ada unsur-unsur menyedapkan hati sendiri. Yup, aku ngaku incik tunang memang kadang-kadang menyakitkan hati, suka lengah-lengahkan sesuatu, tapi aku yakin dan aku percaya beliau serius dengan perkahwinan ini. Serius.

Dan sekarang, disebabkan statement berani mati bakal abah mentuaku tu, mak aku memang dah panik abis. Sampai jadi satu keje pulak untuk aku yakinkan famili aku yang incik tunang memang serius. Owh, benda tinggal 3 bulan je lagi, gila ke apa nak main-main?

Jujurnya aku pun risau jugak. Tak dapat nak bayangkan kalau-kalau sampai hari nikah pengantin lelaki tak datang! Adoiiii....mintak dijauhkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku dah warning...err sebenarnya lebih kepada merayu melutut kat incik tunang supaya lekas-lekas apply cuti kawen. Aku nak sebelum hujung bulan ni dia dah dapat confirmkan cuti dia. Tak dapat cuti sebulan pun takpelah, janji hari nikah dan kenduri tu dia ada. Aku dah cukup bersyukur dah.

Haih. Lagi dekat nak kawen makin teruk perasaan ni. Owh silalah tabah wahai hati.

Err..sekadar gambar hiasan. ehehe

Saturday, February 13, 2010

SYURGA DI NILAI 3

Memang betul la kata orang, kalo dah sampai ke Nilai 3 tu memang rasa tak nak balik. Uiii aiii...barang-barang kawen memang memanggil-manggil. Biarpun ini bukan kali pertama aku ke Nilai 3 tu. tapi tak tahulah, pegi kali ni rasa macam best sangat.

Satu, sebab kami pegi hari weekday, jadi manusia sangat lah tak ramai. Parking kete melambak-lambak. Mak aku sampai ikut suka hati dia nak park kete dalam kotak ke, luar kotak ke, makan kotak sebelah ke..memang takde sape nak hon-hon marah. Hehehe

Dua, sebab kali ni pegi Nilai untuk beli barang-barang kawen aku. Atas alasan itu, aku tersangatlah weeehoooo teruja. Best woo..

Memang banyak benda kami borong kat sana. Antaranya..

ini.



Ini kain langsir yang terpilih untuk menghiasi seluruh rumah pada hari indah itu. Aiceh! Aku sangat suka. Ibu juga setuju. Huhu..Nampak kontemporari and moden sikit. I like! Aku beli langsir ni kat kedai nama Nafisa kalo tak salah.

Harga?

Harga tepek dalam RM28 semeter gitu. Tapi pandai-pandailah tawar menawar, boleh dapat diskaun hampir 50%. Kalo nak suruh dia jahit siap pun boleh. Upah RM8 sekeping langsir. Senang, dalam masa sejam kain yang tadinya gulung-gulung pada kayu dah siap jadi sehelai kain langsir yang santek.

Lepas dah setel langsir untuk rumah, pikir langsir untuk bilik pengantin pulak. Kami berjalan ke MK *kalo tak silap firasat hamba la*.

Dan ternampak langsir ini.


Uii..aku memang aim langsir design damask ni untuk bilik pengantin. Untuk paparan jelas tengok ini.

Perghh! Berkali-kali jugakla telan air liur sebab terlalu mahu design ini. Terus buat muka teruja sambil kedip-kedip mata kat mak. Hehehehe...Mak setuju beb!

Harga?

Aku tak bape ingat la harga tepeknya bape. Tapi after dah kaw tim bagai dapat harga RM18 semeter kot. Ntahlah, lupa. Tapi lebih kurang tu la. Aku suruh dia siap jahit jugak. Yang bestnya upah jahit RM zero. Free! I like!

Owh dalam kedai tu jugak ada jual cadar pengantin. Tetiba aku ternampak cadar sebijik macam yang aku hampir beli kat Alinas dulu. Aku tanya harga...hmmm sama macam kat Alinas. RM650. Nampaknya memang bukan rezeki aku la nak pakai cadar camtu. Mahal seyh!

Tapi,

Aku dapat cadar ini


Hmmm gambar tak bape clear. Tapi aku sangat suka cadar ni. Design yang simple, harga yang affordable, yang uniknya dia bagi satu sarung bantal unik. Sarung bantal yang boleh isi dua biji bantal sekaligus. Romantiknya....ngeeee..


Owh paling best tokey kedai tu bagi aku ini.



Sarung kusyen comel dari design kain langsir yang sama. Dengan kusyen-kusyen skali. Tentunya for FREE! Bagus bukan? Hehehe.

Setel abis dah hal langsir dan cadar pengantin. Pastu mak ajak tengok karpet pulak. Mula-mula ingat nak cari karpet murah-murah yang harga 30,40 hengget tu untuk hampar depan pelamin kat bawah khemah tu, tapi hampa. Takde mananya jumpa karpet murah harga puluh-puluh hengget gitu. Sudahnya mak belikan aku karpet untuk bilik pengantin.

Ini.



Santek tak? Aku suka bangat deh karpet ni. Tapi tersangatlah susah nak tawar harga dengan abang pakistan si penjual karpet tu. Tapi sebabkan aku dan mak pandai wat muka kesian, bodek-bodek sikt..harga karpet yang RM220 pun boleh roboh jatuh jadi RM125! Hebat tak? Hehehe..

Pastu aku memang dah penat gila dah. Tapi tengok mak aku semangat lagi. Mak hai..mak ni stamina boleh tahan. Dia ngajak bejalan lagi. Owh Tuhan...

Jalan punya jalan punya jalan..kuar masuk kedai masuk kedai. Jumpa ini pulak.



Owh ibunda sangat terpukau dek bekas telur ini. Dah 3,4 kedai masuk, benda ini jugak yang beliau kagumi. Maka untuk elakkan malam ni tidur termimpi-mimpi, aku relakan mak borong bekas telur ni 1000 bijik. Khas buat tetamu budiman lagi baik hati yang sudi datang ke majlis aku nanti.

Owh, dalam pict ni bekasnya kaler biru. Aku punya bukanlah warna ni. Ni saja je nak bagi suspen sikit. Hahaha.

Murah jugak benda ni. RM50 untuk sepeket yang ada 50 biji. Jatuh harga RM1 la sebiji kan? Okla tu. Tak perlu membazir untuk hadiah pintu.

Sedang mak dok sibuk kira-kira helai duit nak bayar kat tokey kedai, aku sempat lagi kaut benda ini.




Sweet tak?

Ini bunga rozet untuk petugas-petugas yang akan berbakti pada majlis aku nanti. Owh aku gelarkan mereka "Jantung Majlis". Kalau panggil petugas/ AJK kang nampak macam pekerja pulak. Jadi bagilah mereka nama best sikit macam 'Jantung Majlis". Ibaratnya kalau takde diorang, punah ranah mati la majlis aku tu. Huhu.Harga morah jek..RM1 sekuntum. Dah siap ada pin dah pun. Lepas majlis boleh jadi brooch pakai kat tudung. Best kan?

Sebenarnya ada lagi beberapa benda yang kami borong tapi tak sempat aku nak curi-curi amik gambar sebab terlalu letih ya amat. Sampai otw nak balik ke rumah pun kami boleh sesat larat sampai ke terminal KLIA lg. Huh, memang penat. Mak drive kete pun dah macam budak nak amik lesen memandu..70km sejam. Datang la lori ke bas ke kat jalan tu, takde mananya mak nak potong. Maintain slow ikut blkg kenderaan gedabak tersebut. Haih la mak saya...mak saya..

Bila balik rumah, susun-susun semua barang-barang yang dibeli atas katil yang tak bergunapakai dan hasilnya adalah ini.



Haih. Borong barang kawen macam nak kawen minggu depan. Hai la Cik Yongnana..

Apapun aku sangat sangat sangat berterima kasih pada ibuda terchenta sebab sanggup amik cuti semata-mata nak perabihkan duit ringgit untuk anak baliau yang comeymontel ini. Thanks mak!

Mau tidur lah, esok mau berjimba bersama famili lagi. Weeehoo!


Psssst: Hari ni..*err ke smlm* besday adik aku.. Nini. Wish her Happy Besday!

Friday, February 12, 2010

D.I.Y BOLA POMANDER SIRI 3

Whuaaarghh....*menguap*

Sungguh, ngantok bangat saat ini. Mana tak nagntok, dah dekat pukul 2 dah ni. Apalah aku buat tak tido-tido lagi.

Aku sebenarnya baru lepas gigih menyiapkan ini.
.
.
.
.
.
.


Tada!

My 1st pomander ball dah siap!


Err..sebenarnya belum boleh dikira siap sebabnya....



Hehehehe...

Bunga tak cukup sebab kertas crepe tetiba kehabisan. Huhu.

Tapi huduh benar rupanya. Bunga comot. Kejap besar kejap kecik. Dah tu banyak pulak lompong-lompong sampai boleh nampak sang polisterin kat bawah tu. Haih!

Tapi takpe tapi takpe. Esok sekali lagi aku mahu berjimba dengan ibunda. Kali ni kami mahu ke Nilai 3. Weeehoo!

Makanya kat sana nanti aku nak cari daun-daun plastik untuk tutup lompong-lompong huduh tu. Pastu aku ingat aku nak cari bunga plastik je la untuk ganti bunga crepe paper ni. Jenuh woo nak wat pomander ball banyak-banyak guna crepe paper. Cukupla aku DIY guna crepe paper 2,3 bijik jek. Yang lain guna bunga plastik je la. Senang sikit. Huhu.

Owh lupa nak bagitahu, kepada sape-sape yang tingin nak men DIY bola pomander ni, sila gunakan dawai lembut yang tak bape nak lembut. Maksud aku jangan beli dawai yang terlalu lembut, nanti bunga-bunga susah nak duduk elok kat polisterin tu. Cari dawai yang sederhana lembut dan sederhana keras. Biasanya dawai lembut ni ada 'saiz' dia. Biasanya dari 18 hingga 26. Makin besar saiz dia, makin lembut la dawai tu. *bape byk "lembut" aku taip daaa*

Macam aku, aku guna dawai saiz ini.

Dawai saiz 22. Kalau dapat yang 20 lagi okey kot.


Nanti bila pomander ball aku yang sulung dah siap sepenuhnya, dah siap ada manik-manik penggantung bagai, aku tepek gambar lagi okey?

Sekarang aku mahu bobom. Esok kul 10 pagi mahu berjimba dengan ibunda ke Nilai 3. Tak tahulah nak cari apa kat sana. Huhu

Owh sebelum itu layan dulu picture tuan belog yang menggedik dalam kete tadi.


*ko ingat ko comey buat gaya gitu?*


Sekian untuk hari ni. Daa!

Wednesday, February 10, 2010

SAAT TERAKHIR

Weehoo! Horayy!

Hari ni hari terakhir final exam aku untuk DPLI ni. Alhamdulillah. Biarpun persiapan tak berapa nak tersusun rapi, nota asik 'terlupa' baca jek tapi aku berjaya mengharungi peperiksaan ini dengan jayanya walau dalam dewan exam terpaksa kerap garu kepala yang tak gatal sebab tak tahu jawapan. Huhu..

Bila exam dah abis, bermakna tamatlah sudah sesi pembelajaran aku kat UPSI nan indah permai bagai pekan koboi ni. Bermula 1 Mac nanti aku akan memegang status baru *guru pelatih*. Aku akan mula jalani latihan praktikal di SMK Seremban Jaya sampailah 28 May nanti. Owh aku tamau pikir lg psl praktikal. Aku mahu melayan perasaan aku yang sangat sedih sekarang.

Serius, aku sangat sedih.

Siang tadi kemain aku berlagak tak cari semua kawan-kawan untuk ucap buhbye, peluk cium muah muah bagai. Dalam hati pikir,ala..fesbuk kan ada, still boleh keep track lagi apa? *dasar berlagak*

Alih-alih sekarang ni bila aku ibarat sireh pulang ke ganggang, dah boleh lepak-lepaking atas tilam empuk umah sendiri baru lah terasa rindu hati. Aku rindu semua kawan-kawan aku masa kat UPSI. Especially bebudak course perdagangan/perniagaan yang sekuliah dgn aku.

Owh aku mahu pahatkan nama mereka di sini. Di blog peliharaan diri.

Sahabat...(Norly, Toro, Ana, Riha, Irda, Pakcik, Joe, Aman, Faiz, Khidir, budak2 umah Nusa 5, dan ramai lagi. Betul, aku mahu taip setiap nama di sini. Ada kurang lebih 100 org semuanya. Tapi takut kamu peluh sakan membaca. Huhu)

Aku kangen bangat deh sama kamu. Even baru beberapa jam hilang dari pandangan, aku sungguh-sungguh rindukan kamu. Tak pasti bila lagi kita dapat jumpa. Owh....aku rindu sayang kamu macam tajuk lagu Black tu. Hanya itu je yang aku tahu. Noktah.




Geng 6 jahanam..*my best frens ever*. Sejurus selepas abis exam final paper. Berposing bersama buat kali terakhir yang ntah bape kali akhir ntah. Hehehe..


Kenangan bermandi manda sambil berbakar ayam di Sg Kalumpang. Terbaekkk wokk!


Kawan-kawan, nanti kita jumpa lagi ye? Owh aku diserang emosi yang menggila. Baik aku stop sebelum air mata menderu-deru membasahi pipi tembab aku ni. Huhu..


Owh windunya....

Tuesday, February 9, 2010

DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE ONLINE CONTEST





Tarikh: 9 Februari 2010
Tempat: Dalam bilik atas tilam penyek
Masa: Senja nan merah, sikit lagi nak maghrib. Huhu.
Objektif: Memberi makan entri tentang "MENGAPA SI DIA PILIHAN HATI SAYA"


Uii..dah macam nak buat rancangan mengajar dah siap ada objektif bagai. Tapi memang betul kali ni aku mahu memberi makan entri tentang gula-gula hati aku. Aku mahu cerita mengapa dia yang menjadi pujaan hati aku. Kenapa dia yang aku sanjung timang tinggi-tinggi sampai cucur atap. Kenapa mesti dia? Kenapa tidak aku pilih saja mamat-mamat hensem anak jiran sebelah rumah? Owh tentu saja aku ada alasan aku sendiri.

3 tahun dulu, aku tak pernah menyangka yang "haykal.1983" itu akan menjadi kekasih cerahku. Tak pernah jugak aku terbayangkan yang aku akan berjumpa jodoh depan skrin komputer. Semuanya macam drama swasta. Gila!

Tapi percayalah, tak semua cinta siber itu dusta. Masih terselit sekeping hati yang ikhlas menyinta. Aiceh!



Dia si pencuri hati



Jujurnya, aku sendiri tidak pasti kenapa aku jatuh cinta. Sampai sekarang pun kalau ditanya kenapa aku pilih dia.....hmmm..tiada jawapan konkrit. Sungguh aku tak tahu cara mana dia curi hati aku.

Nak kata sekeping hati ini dicuri dengan kepuk-kepuk duit ringgit, owh tidak.

Mungkin juga hati ini dirompak dek ketampanan rupa? Owh, Awal Shaari lebih hensem aku rasa. *hahahah*

Nak di kata budi pekerti dia yang terlalu mulia? Hmm..mana mungkin. Dia bukan maksum. Masih ada lompang-lompang diri yang kadangkala menyakitkan hati.


Aku pun si pencuri hati



Sudah tu? Apa yang membuatkan aku memuja-muja dia separuh mati?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku masih tiada jawapan.

Cuma yang aku tahu, aku cintai dia seluruh hidup aku.

Kalaulah hati ini punya muka, pasti kamu akan tahu betapa aku cintai dia.

Cinta tanpa syarat.


Kini,

Aku cuma mahu lekas-lekas menghabiskan sisa-sisa alam pertunangan yang berbaki beberapa bulan saja lagi. Aku mahu cepat-cepat memegang takhta permaisuri kedua dalam hati. Biarlah majlis perkahwinan tak semegah majlis selebriti. Tanpa ada dulang-dulang emas berisi beg tangan Prada mahupun Gucci. Cukuplah sekadar majlis indah bewarna putih disulami kehangatan merah membara. Memadailah ada aku, dia, sahabat, dan keluarga. Aku sudah cukup bahagia.

Sungguh, aku tak sabar untuk menyimpul tali percintaan berusia kurang lebih 3 tahun ini dengan satu ikatan suci penuh makna.

Tali cinta yang diikat selamanya. Aminn..


Mereka dua-dua pun pencuri hati.*polis tangkap!*



p/s: Terima kasih kepada dinahalim.blogspot.com kerana anjurkan pertandingan ini. Mudah-mudahan ada rezeki buat aku dan si gula-gula hati.=)

Monday, February 8, 2010

OWH INCIK TUNANG AKU..

Hai! Sungguhpun entri lepas aku mohon cuti dari memblog untuk beberapa hari kononya untuk tumpukan pada final exam, tapi hampagas cap singer la jawabnya. Nan ado aku mampu bertahan dari memblog untuk tempoh masa yang lama. hehehe

Owh untuk pengetahuan, aku baru je balik dari exam hall. Alhamdulillah, 1st paper hari ni agak mudah. Mana tak mudah, 30 soalan objektif. Soalan dah ada, jawapan pun dah ada. Apa nak lagi? Hehehe..Harap-harap dapatlah gred bagus-bagus sikit nanti.huhu..


Hmm..aku bukan nak story pasal exam kali ni. Bosan lah asik citer pasal exam jek. Cemoih kata tok wan aku. Huhu.. Hari ni aku nak citer pasal incik tunang. Beliau berperangai pelik semalam. Adapun semalam kami seperti biasa dok pung pang pung pang la dalam telefon sejam dua. Tetiba boleh terkeluar topik Raja Lawak. Ala, yang sekarang tengah hot kat Astro Prima tu. Aku pun rancak la sembang pot pet pot pet...Idlan best...pot pet pot pet....Alex lagi best...pot pet pot pet....Alex mst juara la..pot pet pot pet sampailah incik tunang keluarkan statement ni.
.
.
.
.
.
.
" Ayang nak kat Alex tu ke?"


Alex agagaga...*sumber:incik google*


Perghh! Incik Tunang cemburu seyh...sangat susah nak tengok beliau cemburu. Alih-alih boleh cemburu dengan Si Alex!


Owh comelnya kamu wahai Incik Tunang si gula-gula hatiku..huhu.



Psssst: Pak andam aku ada call my mom, katanya baju sanding aku dah siap. Tinggal nak tampal-tampal bunga and jahit manik-manik jek. Weeehooo! Tak sabar mahu menerai.=)

Friday, February 5, 2010

ENTRI MOHON CUTI

Terasa macam lama je aku abaikan belog peliharaan ni. Bukan apa, aku sedikit sibuk sekarang ni. Exam just around the corner *Isnin ni okey*. Aku sepatah perkataan pun tak study lagi. Maka aku dengan ini mahu memohon cuti dari memjadi pembelog buat beberapa ketika. Huhu..

Owh satu lagi, mohon kamu-kamu doakan kejayaan aku dalam exam kali ni. Doakan aku berjaya jadi guru bitara. Chaiyokk!!

Jumpa lagi di lain sekembalinya aku dari medan peperiksaan. Aiceh.

Wish me luck ya!

Monday, February 1, 2010

ENTRI BUAT ANONY.

Wah, sejak dua tiga menjak ni aku dah mula terima komen dari anony la. Tapi setakat ni alhamdulillah semuanya komen baik-baik saja, takde lagi komen-komen berbentuk serangan bomm tebaboo!! Huhu..

Baru-baru ni jugak ada sorang anony tu mintak nak add aku kat fesbuk dia. Owh sangat tiada masalah dengan itu. Dalam entri ni aku akan bagi nickname muka buku aku plus emel address aku. Jadi siapa-siapa nak add aku dalam muka buku masing-masing bolehlah berbuat demikian. Aku pun ada akaun myspace dan friendster tapi dua-dua tu macam mati segan idup tamau. Huhuhu. Maka takyahlah tambah aku kat situ. Takut nanti sampai dah beranak dua pun aku tak approve lagi permintaan kamu-kamu. Huhu.

Di bawah ni emel address dan nama manja aku kat fesbuk:

yongnana1881@yahoo.com

Wan Fadzlina W. Mahadzer

Kepada cik anony yang berkenaan, harap-harap kamu berpuashati dengan entri ini. Maaf sebab agak lambat bagi respon. Sebetulnya aku baru baca komen kamu tadi pagi. Hehehe..Ya hampunn!


Jumpa kamu-kamu dalam fesbuk ya! =)

DIY KAD KAWEN...MAMPU KE?

Penat betol weekend lepas. Semuanya gara-gara kursu Bina Insan Guru yang aku kena pegi. Owh bukan setakat kena pegi, tapi WAJIB pegi. Kalau tak pegi mau aku tak dapat jadi cikgu nanti. huhu. Apapun kursus B.I.G ni sangat-sangatlah best. Aku kagum dengan En. Aziz, fasilitator yang conduct program ni. Beliau sangat hebat. Beliau ajar aku banyak benda dua hari ni. Beliau jugak berjaya buat aku menangis sedu-sedan tanpa malunya dalam dewan SITC tu. Huhu. Hmm..aku ni memang tak suka bergambar, makanya takdelah banyak gambar yang dapat aku haplod. Cuma ini jek.
.
.
.
.


Rantai keluaran terbaru...emas berkarat karat.hahaha..


Owh ini dia b2b and bridemaid to be..ermm gumuk giler!


Tapi penat-penat aku ber BIG tu pun aku masih sempat mengupdate sesuatu untuk wedding aku. Apa dia ek?
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada!!!

KAD KAWEN!

Ntah mana datang semangat kobar-kobar untuk men DIY kad kawen ni ntahlah. Idea ni semua timbul bila aku buat design penanda arah aku aritu. Berbekalkan gambar "love' merah menyala dup dap dup dap tu, aku mula create cover kad kawen aku. Pastu mula godek-godek kata-kata undangan pulak, then part yang paling hazab adalah untuk membuat peta lokasi umah pengantin. Perghh! Aku ni memang makhluk zaman algraria la. Orang lain dah terer wat benda-benda ni guna photoshop la, ilustrator la, aku tetap kuno...guna word jugak. Hadoi..

Tapi berkat kesabaran aku menempuh rintangan, maka terhasillah ini.
.
.
.
.


Hahahha..bila tgk berkali-kali mcm kelakar pulak.hadeh la..

Aku dah try print dah pun. Okey memang okey tapi besar sangat. Kad bersaiz A4 lipat dua. Besar kan?

Huhuhu..tamau la aku besar-besar gitu.

Pastu aku duduk menung-menung lagi. Pikirkan cara dan idea camne nak buat kad saiz kecik sikit. *sungguh aku ni lembab sikit bila kena berkretip kretip ni*. Sbil dok menung-menung tunggu idea jatuh dari langit tu, aku chatting-chatting la dengan bridemaid aku. Owh beliau sungguhlah angle arini sebab berjaya bagi satu idea bernas untuk buat kad. Guna Microsoft Publisher!

Adehla..nama aku bengong tak terpikir benda ni. Ish ish ish. Dapat je idea, aku terus buat. Berbantukan incik google dan cik minda aku, sudahnya terciptalah design ini.

.
.
.
.
.
Cover la kononya ni.hihi


Bahagian dalam..kata-kata undangan dan doa buat pengantin


Peta lokasi bersaiz hampir A4.

Hmm..ini kira dah abis kretip la bagi aku ni. Kalau suruh buat lagi bagus memang nan ado la. Makanya sekarang tibalah masa untuk aku membentangkan hasil keje aku kepada penyimpan mohor-mohor besar raja lingam kat umah tu. Dah mereka penaja utama majlis bajet indah aku ni, maka segala keputusan harus dapat persetujuan mereka terlebih dahulu. Nak tengok design mana yang lebih okey. Tapi aku suka design yang second tu. Ala, aku suka ke tak suka ke, dua2 pun aku jugak yang buat. Hahaha. Hmm..nak tunggu balik umah, lambat lagi, emel je sudah sementelah abah aku pun dah sangat mahir berfesbuk sekarang. Takkan bukak emel pun tak reti ye tak? hehehe..

Hmmm..kalo lulus nak kena pikir tentang kertas, envelope, n tempat print pulak kan? Any idea best x dear??

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...