MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 22, 2013

Buat Si Tanggang Moden di Luar Sana



Aku seorang ibu.
Aku ada seorang anak lelaki. Dan Insyaallah datang sorang lagi yang belum tahu jantinanya lagi. Kalau lelaki jugak., maka dua lah anak teruna aku.
Melihat Melodi Ahad lepas.....
Sang anak tanpa segan silu mengutuk ibu sendiri. Ditambah perisa dengan deraian airmata konon mohon simpati. Nak efek lebih lagi, ditambah pulak sedu sedan sang girlfren yang konon turut menjadi mangsa.
Sigh..................
Aku keluh panjang.
Ya Rabbi....jauhkanlah aku dan anak-anak aku dari malapetaka begini.

Sang suami asyik bertanya,

"siapa yang salah dalam hal ni?"

Laju aku jawab..

Anak lelaki tu yang salah.

Ibu....macam mana pun ibu tu tak salah.
Ibu itu sekadar jalankan tugasnya. Cuma mungkin bahasa yang diguna bukan bahasa standard buletin utama.
Hey..kau tak pernah kena marah ke dengan mak kau sebelum ni?
Kau tak pernah kena bambu dengan mak kau ke masa kecik dulu?
Ibu....dia maki kau macam mana pun, dalam hati dia..kau adalah anak dia. Darah daging dia. Sakit perit dia. Nyawa jantung dia. Kau adalah segalanya.

Tapi kau...

Baru dapat kepit perempuan cun wannabe kat sebelah, dah lupa semuanya.
Lupa berapa banyak peluh ibu yang mengalir melayan kau dari umur satu hari dalam rahimnya.
Lupa berapa juta duit ringgit yang ibu dah hambur buat senangkan hati dan perut kau.
Lupa berapa gelen air mata ibu yang tumpah menahan sakit seksa yang kau berikan.
Lupa segala-gala.
Lupa!

Yang kau ingat...

Itu dia teman wanita aku yang sanggup bersusah payah bersama selama beberapa bulan ini.
Itu dia keluarga teman wanita aku yang sanggup sokong segala tindak tanduk aku sekarang ini.
Itu dia teman wanita aku yang mak aku caci.
Tapi ada satu benda kau lupa lagi.....
Itu jugak wanita yang entah ya atau tidak akan setia padamu sampai mati.
Belum pasti.

Yang pasti....
Ibu...
Nama ibu...
Nama ibu yang kau kata perempuan sihir itulah yang akan kau bin kan masa kau ditalkinkan nanti.

Itu pasti.

Tuesday, May 21, 2013

Akulah puteri buyong


Aloha!!

Hai!

Rindu ke?? Bluwek!

Aku memang lama tak hapdet belog. Maklumlah..sejak-sejak dah pakai note II fink ini, laptop seakan-akan sudah dilupakan. Huhuhuhu. Nak suruh aku hapdet belog pakai fon memang takdelah...nak taip komen kat fesbuk pun berapa kali kena backspace sebab asiklah typing error, ini pulak nak buat karangan up kat blog. 3 hari taip pun belum tentu siap. Haha.

Takde cerita menarik pun sekarang. Hidup macam biasa. Dikelilingi Aidi yang super keletah. itu. =)

Cuma ada benda nak share sini.

2 minggu lepas kan...aku dapat berita yang mak long Aidi PREGNANT!!

Yeayyy!!!

Tapi aku bukan tau dari mulut Kak Ija sendiri, tapi mak mentua yang habaq mai. Mak pesan suruh aku buat-buat tak tau sampailah Kak Ija sendiri announce berita dia hamil.

Huhuhu...

Aku ni dah teruja dah ni mengandung sama-sama dengan biras kesayangan. Sekali kena zip mulut pulak pura-pura tak tau apa-apa. Kak Ija pun sampai sekrang tak nak bagitau lagi. Maybe dia nak tunggu cukup 3 bulan baru bagitau kot. Nak betul-betul confirm kata orang. Tapi pagi tadi dia dah terbagi hint. Dia kata Abang Emi ada beli air soya baaaaaannyakk. Siap offer sikit kat aku. Aiii Kak Ija, tentiba je beranak stok soya kat rumah tu..kenapa? Kihkihkih.

Takpelah..

Ikut dia lah nak bagitau bila pun. Yang penting aku dah tau dah. Hahahaha.


Kalau ikutkan mak mentua punya berita, Kak Ija punya due date bulan Januari 2014. Aku bulan December 2013. Beza sebulan je. Hoyeahhh!!


Pada Aidi, setiap hari aku dok berzikir kat telinga dia.

"Aidi jangan naughty tau kat rumah Mak Long. Jangan susahkan Mak Long. Mak Long ada baby dalam perut dia. Sama macam mama. So Aidi kena jadi gud boy, jangan buat Mak Long penat. Bla bla bla bla"

Panjanglah zikir aku. Dari keluar kereta sampai naik tangga sampai depan pintu rumah aku berpesan. Harapya Aidi paham. Heh



Kite nak makan kaki banyak-banyak sebab kite nak dapat adik tiga orang tahun ni. Yeayyy!!




Seronoklah pregnant kali ni. Belah famili sendiri pun ada geng mengandung. Adik ipar aku tengah pregnant...due bulan October. Belah in law pun ada kawan semegandungan. Rasa macam puteri buyong pulak aku kena apit kiri kanan.

Puteri buyong. Voley??

Haha.

Eh jap nak tanya...camne kiraan trimester tu eh? Aku betul-betul lupa.

1st trimester dari minggu berapa sampai berapa?
2nd trimester pulak bila?
3rd trimester??

Sumpah aku lupa. Malas nak google. Haha!

Friday, May 10, 2013

Malam Jumaat kan sinonim dengan bergelap dan berpeluh. Eh??


BLACKOUT.

Ohoiiii!!

Ini bukan isu politik. Ini nak habaq mai tengah malam semalam rumah aku blackout hoi. Satu taman bergelap. Berpeluh-peluh aku tido.

Alkisahnya semalam aku kitorang satu rumah tido awal. Kul 10.30 dah gudnite dah. Maklumlah malam jemahat. Ehem ehem.

Dalam kul 12 malam gitu aku perasan satu rumah gelap gelita sampai tak nampak apa dah. Pastu perasan Aidi ada kat sebelah. Eh, bila pulak budak kecik ni masuk bilik entahlah. Berpeluh sakan badan Aidi. Tapi dia lena amat tidonya. Incik suami dah entah ke mana hala tidurnya. Gelap, tak nampak. Atas lantai kot.

Aku bangun...menggagau-gagau jalan sampai terpijak laki sendiri. Ohoiii..nasiblah bang...isteri abang yang gagah lagi gajah ni terpijak abang. Hahaha. Aku cari torchlight. Pastu cari kipas tangan. Pastu bukak tingkap and langsir bilik seluas-luasnya bagi angin masuk. Lantaklah orang nak kata malah jemahat seram..hantu banyak ke apa ke. Panas ni tau tak. Huhu. Sedih nau nengok Aidi berpeluh-peluh. Jadi aku kipaslah Aidi macam kipas satay tu. Pastu aku kipas diri sendiri pulak. Last-last aku mengeroh balik. Huhu.

Mujur Aidi tak meragam. Dia keep on tido walaupun aku tau dia tak selesa.

Maybe sebab penangan ubat.

Aidi makan ubat sebelum tido. Ubat gatal.

Balik sekolah semalam aku terkejut badak tengok badan dia habis naik merah-merah. Merah-merah yang macam mana eh nak cakap. Dia bertompok-tompok. Kat perut ada 2 tompok. Kat tangan ada jugak, kat peha, kat kaki, kat belakang badan. Merata-rata lah. Pastu kat setiap tompok merah tu ada banyak bintat-bintat kecik macam kena gigit nyamuk tu.

Gegata kan tu??

Panik terus aku. Tapi dalam panik-panik tu sempat jugak aku google pasal gegata lah, up status lah apa siap. Maklumlah...zaman IT. Haha.

Kebetulan incik suami off duty. Jadi marilah ke klinik.



muka sebelum jumpa doktor. Rupa macam sakit sangat.

Kalau perasan ada 2 tompok merah kat tangan Aidi tu. Tapi tak berapa clear sangat dalam gambar.


Doktor kata ini allergik ni. Samada alergik makan atau pakai. Puas pulak lah aku pikir apa lah benda pelik yang Aidi makan beberapa hari ni. Kalau bab pakai pakai ni Aidi pakai benda yang sama je. Tak de ubah apa-apa. Sabun sama, pampers sama, bedak lotion apa semua yang normal dia pakai. Cuma kat rumah Mak Long dia aku tak sure macam mana. Kot lah ada ter share towel ke sapu tangan ke apa ke kan. Pernah jugak sekali tu aku nampak Mak Longnya lap hingus Aidi guna sapu tangan baby lain. Ayakkkk!!!

Kalau bab makan...malam sblm tu aku bagi Aidi makan nasik lauk sardin. Tapi dia tak berapa nak makan. Dua tiga suap je. Kat rumah Mak Longnya tak tau lah dia makan apa.

Tapi takpelah.

Lepas makan ubat semalam nampak macam dah kurang dah gegata Aidi. Esok baik la tu.

Aidi pun happy je.

Takde nampak dia meggaru-garu ke apa.

Keluar bilik doktor pun muka ceria jek. Heh




Oh lupa.

Beberapa hari ni aku ada bagi Aidi makan multivitamin brand Champs tu. Sebiji sehari.

Ke Aidi alah denga vitamin tu??

Aku nak stop dulu lah bagi Aidi multivitamin. Maybe tak serasi dengan brand Champs. Kita try brand lain pulak ye Aidi.

Wednesday, May 8, 2013

Pak Lawak


Lama tak cerita pasal Aidi kan?

Eh yeke lama? Macam tiap kali up entri bukan semua cerita Aidi ke? Wuwuwuwu..

Anak bujang i tu kan...sudah makin bebijak sekarang. Ketawa aku nengok gelagat dia. Ada je benda lawak dia nak buat. Bila dia buat lawak...ayat otomatik yang akan keluar dari mulut aku adalah..

" Lawaklah pakcik ni..."



Haha.

Hari tu kan..Aidi cubit aku. Bisa kau dia cubit. Dah lah kuku panjang. Pastu aku pura-puralah nanges...buat bunyi..


"wuu wuuu wuuu wuuu wuu wuuu"

Siap berlakon memek muka, dengan bibir terjuih-juih dok buat bunyi wuwuwuwuwuwu aku tu.

Sekali kan....

Bukan Aidi nak mai pujuk. Dia bantai ejek balik mama dia dengan buat  mulut juih siap bunyi wuwuwuwuwuw jugak.

Terus tak jadi nak merajuk dah aku. Pecah gelak dibuatnya.

Boleh dia ejek kita balik. Heh.

Aku rasa Aidi dah masuk fasa imitate orang orang sekeliling dia. Dia mula tiru apa je yang dia nampak orang buat.

Aku tepuk tangan, dia pun tepuk.

Aku angkat tangan baca doa...dia pun buat gaya baca doa sambil mulut kumat kamit awah awah awah. Baca doa lettew. Hiuhiuhiu.

Hari tu aku leka buang taik kuku..eiiiii kotor kau ni Jemah!! Haha. Sekali ku toleh sebelah, Aidi pun sebok korek kuku dia jugeeekkkkkk.

Baiklah.

Mulai sekarang kena tunjuk perlakuan elok-elok je kat depan Aidi.

Incik suami pun aku dah warning jangan asik nak berboxer je siang malam.

Dalam bilik boleh.

Eh??

Thursday, May 2, 2013

Baby Cot...perlu tak?


Aku ni kan...nama je baru pregnant 9 minggu, tapi perancangan beli barang baby dah mula dah ni. Muahahaha!!


Untuk baby A, rasanya takde banyak sangat benda nak beli. Iyeke?? Boleh percaya ke dengan mama kamu ni baby A oiiii. Heh. 

Rocker tak payah beli. Rocker Fisher Price Aidi tu cantik macam baru lagi. Nanti aku basuh je bagi lagi cun serupa new in the box.

Walker pun tak payah. Aidi sekarang kalut lah nak main semula walker dia. Sebok betul. Padahal mama dah simpan dalam stor dah. Itu adik punya, no longer Aidi punya lagi. Hahaha!

Stroller pun tak payahlah kot. Aidi pun dah ada 2 bijik stroller dah. Nak beli lagi ke??Ikut hati nak jugak. Haha nafsu...nafsu..

Segala mak nenek barut/lampin apa semua pun rasa tak payah beli. Kalau nak beli pun sikit je lah buat tambah-tambah.

Tapiiii......baju bajan mesti mau beli baru sebab baju bajan Aidi yang kecik-kecik semua dah ku sedekah kat orang. Kalau kata rezeki kali ni nak dapat baby girl, lagilah sakan mama beli baju pink. Hahaha. Okey sediakan RM2000 untuk baju sahaja. Huhuhuhu.


Ada satu benda yang aku masih lagi timbang pikir timbang pikir nak beli ke tak beli ke tak.


BABY COT


Credit to www.babieskingdom.com.my


Credit to mudah.my



Ini aku tepek contoh  yang aku berkenan.

Aku suka baby cot jenis yang boleh convert jadi toddler bed tu. Yang jenis 4 in 1.

Boleh jadi baby cot
Boleh jadi playpen
Boleh jadi sofa bed
Boleh jadi toddler bed.

Aku rasa jenis ni lebih berbaloi kalau nak beli. Insyallah boleh pakai sampai anak tadika kalau kena gaya. Tapi regenya memang kau kena menabung beberapa bulan baru dapat beli. Huhuhu.

Yang gambar atas tu aku suka sangat. Harganya RM1299. Tilam lain harga lah pulak. Phewww!! Katil mama abah pun RM399 je nak oiii!


Yang gambar bawah tu aku jumpa kat mudah.my. Preloved rasanya. Harga pun murah je RM380. Tapi dah SOLD. Huhuhu. Dapat tengok je lah.


Aku ada jumpa lagi beberapa baby cot yang cantik. Kat One Baby World ada, kat Little Whiz ada. Mana lagi ada eh? Lupa dah aku. Banyak nau survey.


Tapi itulah...perlu ke tak perlu baby cot ni??

Aidi dulu aku bagi tido atas tilam toto je. Lapik-lapik 3 4 lapis, ha tidolah kamu di sana. Kalau nak rewind balik, Aidi dulu umur dia 5 bulan lebih aku dah ajar dia tido kat bilik dia sendiri. Boleh baca SINI

Tapi si adik ni nanti tak tahulah pulak macam mana ragamnya. Kot nak lena celah ketiak mama je ke. Huhu.

Dah tu kenapa nak beli baby cot??


Sebab......sebab....sebab aku risau Aidi lepuk Adik dia. Hahaha. Aku rasa hampir semua mak bapak akan risau anak 1st pukul adik dia yang masih baby. Aku sendiri pun selalu nampak benda tu berlaku. Tak payah tengok jauh lah, Aidi sendiri pernah kena lepuk dengan cousinnya si Shaqil masa dia baby baby dulu. Pastu bila ada  Akid anak Tira Miss U tu, Aidi pulak lepuk Akid. Begitulah seterusnya. Hahaha.


Itu sebab utama aku nak beli baby cot. Katalah adik takmau tido dalam baby cot, kita convert lah cot tu jadi toddler bed, bagi Aidi tido situ. Aidi memang takde masalah dah sekarang tido sorang-sorang. Dia memang dah bujang. Tinggal belum sunat je lagi. Haha.


Tapi apapun...semuanya masih dalam pertimbangan.


Ingat pakai duit sikit-sikit ke nak membeli beli ni. Heh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...