MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, November 20, 2014

Adelea's 1st birthday!!


Hola!!

Memang macam nak pencen berbelog je aku ni kan, haha. Cikgu memang gini, lagi ujung tahun lagi bizi. Ni sekolah tinggal esok je lagi, keje keje dah setel semua so moh le aku update belog.

Nak citer pasal 1st besday adelea.

Dah setahun dah si kenit aku tu 10 NOvember lepas. Kejap je rasa. So biasalah mak mak kan, 1st besday anak haruslah disambut penuh meriah. Kenangan katanyaa. So aku n asben decide celebrate besday Adelea on 8 November, awal 2 hari sebab nak kan weekend.

Ni kad jemputan. Tak jemput ramai pun. Aku cetak kad dalam 15 keping je. 


Aku saja pilih theme Sofia the first memandangkan nama penuh Adelea tu Adelea Sofea. Bajet anak aku princess Sofia la gituuu. Pastu the 1st pulak mewakili besday dia yang pertama. Kena dok tema mama pilih? Hehe

Kek tempah kat orang yang sama aku tempah besday cake Aidi dari umur 1 tahun dulu. Dari Kalthom's Cake House, Labuan.



Kek ni rainbow cake. Deco deco tu ada la aku tunjuk gambo contoh then aku mintak kakak tu deco deco lebih kurang. Dan hasilnya mabeles!! Saya suka saya suka! Kek sedap tapi manis sikit. Sikit lagi nak potong kaki. Hukhuk.

Where is the princess??


Tada!!





Onyonyo pinkcess mama.
Dress ni aku beli lama dah. Rasanya 2 bulan sebelum besday. So bila pakai dah nak sendat!! Nasib masih boleh zip. Kalau takkkk??? Adedeh..xmau bayang. Suka dress ni. Beli on9 jek. Kat labuan ni manalah nak cari dress lawo lawo. Mula aku decide nak beli dress yang ada gambo sofia tu, tapi ada yang kata mana ada princess pakao baju ada gambo dia sendiri, haaa betul jugak kan, so cancel dress Sofia and aku stick dengan yang ni. Asalkan gown kembang ala ala dress Sofia okla kan. Pastu kasi pakai crown sebiji atas kepala. Buat bergambo je tu.

Nak buat candy table tapi macam tak reti plus takde peralatan. Yang mampu ni je la. Jadiklaaahh!




Aidi memang macam out of the frame sikit hari tu. Dia keje ajak kawan kawan main sepahkan bilik dia jek. Macam tongkang pecah jadinya. Takpelah, main lah nak. Janji kamu tak kacau kaum mak kaum bapak nak makan nak gosip gosip kencang. Hahaha.





Cake cutting yang asal boleh. Masa ni tetamu dh agak ramai penuh rumah. So sebelum masing masing bizi layan tetamu meh la kita potong kek dulu. Aidi sampai sudah takmau masuk bergambo sama. So Adelea jadi anak tunggal kejap dalam gambo.


Menu makanan hari tu biasa je. Tak banyak pun sebab tetamu pun tak ramai kan. Aku hidangkan

Mihun goreng mak mentuaku
Satay sarjan matnor
Nugget dan sosej mak mentua goreng
Puding karamel hangit sikit yongnana. Heh.
Goreng pisang laki p beli
Cheesetart mabeles
Air ribena laki bancuh.

Ha tu je la makanannya..nasib baik habis semua.legaa. majlis mula jam 2 and tamat jam 6 petang. Lepas tu terus aku kemas kemas umah, susun balik sofa sofa malam tu jugak. Biarlah penat sekali harung je. Esoknya ahad aku nak terbongkang tido jek.

Doorgift untuk tetamu kecik ni aku order dari Dida Zenal. Ada coloring book, pensel kaler, mini choc,fridge magnet, n paper bag lengkap tema Sofia the 1st. Harap bebudak suka lah ye.


Maka tamatlah besday adelea edisi labuan. Insyaallah nanti balik kolumpo bln dpn nak buat besday aidi adelea edisi kolumpo pulak. Tapi tetamu limited la ye tak dapat nak jemput semua sebab bajet tak bape nak hado. Huhuhu

Next entry ku citer besday in advance aidi kat school dia pulak.

Daa!!

Wednesday, October 1, 2014

Entri Resepi. Risiko kelaparan sila tanggung sendiri


Hai!

Lama tak bersiaran, kot ada yang ingat aku dah pencen berbelog pulak. Uhuk uhuk. Aku memacam benda nak story kat belog cabuk ni, tapi asiklah malas nak bukak laptop. Nak hapdet dari fon memanjang typo, maklumlah jari gemuk. Huhu.

Eh korang, today iols dah tepek resepi buleh dok? Ritu cuti sekolah seminggu roh masak datang la pulak, hari hari keje nak memasak je aku ni ha sampai ada yang ingat aku ni bawak budak lagi ke? Kui kui kui..bawak budak memang bawak lah, tapi bukan dalam perut la ye, luar perut. Tu dua budak aku kepit bawak tiak tiap hari. Kehkehkeh.

So iols tak mandung ye, cuma terlebih rajin je. Maklumlah...tengah cubaan nak jadi isteri mitali.Ekekeke.


Antara menu yang aku cuba masa cuti sekolah ritu.


1)YONG TAU FU




Pergh!! Ini adalah ohsem! Dapat buat kuah yong tau fu memang terus rasa macam bijak masak serupa chef. Nak nak nama aku pun Yongnana, so tarak guna nama Yongnana kalau tak pandai buat yongtaufu. Gitttuuuu.

So ini resepi kuah yong fu.

1. Cairkan gula kabung seketul dalam air setengah periuk saiz sederhana.
2. Sementara tunggu gula cair, blend cili kering 6 ke 7 tangkai dengan cili padi dalam 6 ke 7 biji. Cili kering tu rebus dan goreng tanpa minyak dulu sebelum blend.
3. Pastu masukkan cili blend tadi dalam periuk berisi air gula kabung tadi.
4. Masukkan petis otak udang 1 bekas.
5. Bubuh air bancuhan tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah. Perasakan dengan garam. 
6. Siap lah kuah. Benda-benda makanan dalam yong tau fu tu sukati la korang nak bubuh apa. Aku wajib ada telur puyuh baru selera bertambah. Haha. Celur je bahan-bahan then potong potong kekecik. Ala...macam pakcik pasar malam buat tu. 


Memang wajib cuba ni kuah yong tau fu ni. Sedap habaq hang! Dah la senang je nak buat. Setengah jam siap. Try lah.


Okey makanan kedua aku try buat masa cuti adalah..

Cempedak Goreng.


Haa haa..nak kata hek eleh la tu.

Aku ni memang idok la pernah goreng cempedak. Tapi sebab ritu masa cuti tengah musim cempedak, merata orang jual cempedak. Mana tahan hoi! Bentak bentak kaki suruh tok laki belikan cempedak sebiji dua bini nak goreng katanya.

Ni resepi bater cempedak goreng aku.

Bahan:

1. tepung gandum dan tepung beras dengan nisbah 1:2
2. serbuk kunyit 1 sudu kecik
3. minyak panas 3 ke 4 sudu besar
4. garam sikit

Bancuh semua bahan di atas. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Pepandailah ye. Hasilnya memang cempedak kekal rangup walaupun dah sejuk. Sedap!





Ohmenn!!

Resepi ketiga aku nak tepek ni memang sudah menjadi lauk kegemaran aku sekarang. Seminggu 2 3 kali aku masak lauk ni. Sedap hoi! Korang mesti dah terer dah, aku je baru nak belajo.


Ayam Masak Lemak Cili Padi.





Gambo memang tak presentable sangatlah sebab gambo ni masa 1st time aku try buat. Tapi memang sedap. Makan dengan nasik panas boh pulak kicap atas nasik lawan pulak dengan telur masin,, perggh perghh perghhh!!! Lapo terus aku.

Meh la aku tepek resepi sini.

1. Tumbuk cili padi (20 ke 25 biji) dengan kunyit hidup 1 inci
2. Masukkan ayam, serai (dititik) dan bahan tumbuk tadi dalam kuali/periuk. Hidupkan api, biarkan sampai ayam mengecut sikit. Boleh bubuh air sikit bagi ayam cepat kecut.
3. Masukkan santan dari kelapa 1 biji.
4. Boh la asam keping yang kecik sekeping. Campak la jugak daun kunyit yang di koyak-koyak.
5. Perasakan dengan garam.

Masak guna santan ni selalu kacau la kuahnya. Takut santan tu naik kepala dia nati tak cantik pulak. Aku sebelum ni tak berapa berani masak guna santan ni. Tapi ni bila dah pandai, macam kacang je aku rasa. Ewaaahh. Aku suka lauk ni. Aku suka versi aku masak ni. Boleh bertambah aku makan nasik.


Benornya ada lagi tiga resepi nak turunkan ilmu ni.

Pau sambal bilis



Apam balik



Karipap

Esok esok la ye. Cikgu nak kena masuk kelas la pulak ni. Dah time kata orang. Huhu.

Nanti cik Kiah datang bagi resepi lagi yek.

Tata!!

Jaga diri!

Lebiu!

Wednesday, September 3, 2014

Apa cer Adelea iols?


Lama takde cerita pasal Adelea kan? Kalau Aidi dulu kemain mama tiap bulan hapdet milestone. Sebulan dah pandai apa, 2 bulan pandai apa, 3 bulan apa pulak sampailah ke setahun umur gigih aku hapdet. Sampai turn Adelea, aduhai..nan hado. Esok esok Adelea dah besar dah pandai baca blog mama, janganlah anakanda berkecik hati ye. Bukan mama tak sayang, mama tak cukup masa nak berbelog tiap hari nak. Uhuk uhuk.

Cayo la cakap omak kau ni. Hahaha.

Eh Adelea dah big girl tau. Dia dah nak 10 bulan dah. seminggu lagi 10 bulan la dia. Kejap je rasa. Apa pandai dah budak ni??

Dah pandai merangkak. Laju hoi dia merangkak. Zup zap zup masuk bawah meja. Sap sap soi masuk dalam bakul toys. Pheww!

Pandai dah pegang botol susu sendiri. Dah 2 3 bulan jugak dah dia pandai pegang botol sendiri ni. So senang keje mama.

Dah mula pandai memanjat. Asal ada tempat boleh berpaut, memang dia memanjat lah. Port paling feveret untuk memanjat adalah badan gajah mama ni.

Mulut boleh tahan membebel. Kadang dalam kete dia menyanyi layan perasaan. Kemain anak dara tu.

Pandai nak main dah. Pantang nampak abangnya main, keje nak joinnn je. Kalau abangnya tido memang bahagialah dia main sorang sorang.



mama skodeng balik pintu. Hehehe.



Abang tido merasalah kamu main gitar ye, kalau idok..tengok je lah. huhu

Dari segi makan minum, Adelea masih lagi kuat nyusu. Tapi kekuatan dia memang takleh lawan kekuatan nyusu Aidi lah. Anak lelaki memang kuat nyusu kan. Adelea sekarang minum average 6oz sekali minum. Kalau datang haus dia, 9 oz pun dia balun je sekali harung. Makan pun boleh tahan. Untuk anak ni aku bagi jugak Carelac tu. Tak kisahlah orang nak cakap apa pun. As long as aku tak bagi racun sudah lah. Seminggu 2 3 kali aku masak jugak bubur untuk Adelea. Dia tak memilih makanan and so far semua makanan serasi dengan dia. Telur je aku tak try bagi lagi. Tunggu setahun nanti baru try bagi telur.

Adelea ni badan memang tak berapa nak berisi. Tapi dia tinggi. Kira kurus langsing gitu mengikut mak ndak dia (adik perempuan asben). Kalau ikut gen aku memang gemuk pendek la ko nak. Huhu.

Disebabkan Adelea dah makin tinggi, banyak dress dress dia dah senteng. Dress raya baru ni pun ada yang senteng dah. Aduhaiii..cepatnya beso ko nak.

Ni antara dress yg dah senteng. Baju baju pun banyak dah kena masuk kotak sebab dah kecik. Kali ni aku takde plan nak buat preloved sebab aku nal sedekah baju baju adelea ni pada sorang cikgu sekolah baru bersalinkan baby girl 29 ogos ritu. 



Lain kali la aku buat preloved lelong baju adelea yek.

Heeeee

Tuesday, September 2, 2014

Rahsia Tomyam Sedap Macam Kat Kedai


Sejak sejak jadi bini orang ni macam jadi hobi pulak belek resepi. Ewaah gaya cakap macam baru semalam aku kawen kan, padahal anak dah duo! Hahaha. Aku ada join grup grup masak kat fesbuk nun. Grup Resepi Ringkas la, grup Musykil Resepi la, menarik betul nama grup. So aku join. Bolehlah jugak baiki skill memasak yang tak berapa nak hebat ni. Uhuk uhuk uhuk.

Okey rini aku share 1 petua yang aku dapat dari grup Musykil Resepi.

Petua masak tomyam maveles ala ala restoran punya style!!

Aku ni bukan apa, kalau buat tomyam mesti rasa tak sama macam kedai. Kalau tak sama tu membawa kepada rasa lebih sedap tak pe jugak, ini rasa lagi huduh. Huh. So skrg aku dah dapat rahsia masak tomyam ala kedai. Mau resepi?? 

Nah sila printscreen.

RESEPI TOMYAM ALA KEDAI

Bahan:

1. Binatang yang disukai (ayam, daging, udang, sotong etc)
2. Pes tomyam made in thai (jangan pakai kiub)
3. Sayuran (carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis etc)
4. tomato 1 biji
5. daun limau purut 3 4 helai
6. limau kasturi ambil airnya
7. bawang besar sebiji potong bulat
8. bawang putih 3 ulas diketuk
9. lengkuas seinci diketuk
10. Cili padi ikut suka banyak mana
11. serai 1 batang dititik
12. susu pekat manis 1 sudu
13. garam perasa
14. air untuk kuah

Nah kau, berderet bahan. Tapi percayalah, bahan je banyak tapi tak susah nak sediakan. Nanti dah siap bahan ko campak campak je siap tomyam ko. Gituuu. Okey meh tengok cara membuatnya.

1. Masukkan ayam, udang, sotong, daging apa saja lah binatang yang disukai. Masuk sekali bawang besar, bawag putih, cili padi, daun limau, serai, air. Biarkan sampai mendidih.





2. Bila air mendidih, Masukkan sayuran. Pas masuk sayur, masukkan pes tomyam. Aku suggest korang pakailah pes tomyam yang made in thailand punya. Lagi banyak tulisan siam lagi bagus. Hahaha. Tapi pastikan halal ye. Aku pernah buat tomyam pakai kiub, tak bape kick lah. So pakai pes. Aku pakai pes yang ni. Masukkan 3 sudu besor. Ikutlah air korang banyak mana. Lagi banyak pes lagi kaw!




Ini pes tomyam yang famous dikalangan peniaga peniaga restoran. Aku cari, jumpa tapi beso benor tin nya tahap boleh bukak restoran. Haha.

3. Okey ini langkah secret nak bagi tomyam sedap. Bubuh susu pekat 1 sudu. Iye, benor ni aku kabo, bubuh susu pekat sikit therefore tomyam ko akan mabeles gitu. Bubuh susu cair pun boleh. Jangan banyaklah ye, 1 sudu cukup. Bagi rasa lelemak sikit gitu. Kang banyak sangat kang jadi susu tomyam puleeekkk.




4. Perahlah limau kasturi tu sikit bagi masam masam. Pastu perasakan dengan garam. Siap!!



rupa memang tak semenggah tapi taste is there kata omputeh.

TIPS MAMA: Mama aku pesan, kalau nak guna udang, better masukkan udang tu last last sikit untuk elakkan udang kecut and keras. Kalau ada daun ketumbar, bolehlah tabur daun ketumbar untuk hasil yang lebih meletop!

Sekianlah segmen dapur Kak Yong hari ni. Silalah masak tomyam mabeles lawankan dengan sotong goreng tepung dan telur dadar. Perrrghhhh!!!

Wednesday, August 27, 2014

Lama tak hapdet.



Hai peeps!

Rindu titew 200 persent keww? Hahaha lepang mau?

Aku ni ntah la apa yang bizi sangat ni. Memanjang tak sempat bukak belog. Belog sendiri tak sempat bukak, belog orang apatah lagi. Hukhukhuk.

Ritu lepas raya, adik perempuan aku kawen. So selaku kakak pengantin dah tentulah aku bizi jahhhh! pui! Hahaha. Bizi la sikit-sikit. Menyibuk sana menyibuk sini. Niat hati nak buat entri pasal wedding adik, tapi sebab rasa macam dah basi je so takyah lah eh. Pengantin pun dah balik honeymoon dah. So memang tak payahlah. Aku tepek gambo tiga pat keping dah la ye. *kongajo sangat kakak gini ye dok?.muahahaha*



Berinai


Pelamin nikah. By whom? errr sorry aku tak sempat tanya.



Hemoihhh khemah ko dik, kerlasss. Tema ku petik bintang katanyaaaa



Mak mentua iols yuhuuu. Untunglaa ada mak mentua sanggup turun kolumpo dari Perak. Sayang mak muahhss!



Pengantin. Ku cilok gambo OP. Kredit to www.lookitlove.com

Majlis resepsi. Kredit to www.lookitlove.com



Yuhuuuu geng kedok in the house! Thanks datang laling!

Famili! Siapa boleh teka apa nama budak yang buat aksi paling rare bila bergambo kat tengah tengah alam tu? Bahahaha.

Okey dah. Tu je gambo yangt dapat upload.

So setel dah wedding adik perempuan kesayangan aku. Pasni tunggu majlis Aqiqah anak diorang la pulak ye tak? Kehkehkeh.

Masalahnya laki tu ha bizi body terlampau. Selang 2 hari sibuk la tanya Nini dah ada isi ke belum, dah ada isi ke belum. Hamboiii bang, kalah mak joyah kampung sebelah nyeboknya ye.


Ok dah habis dah entri.

Daaa!

*sangat anti klimaks.heh*




Wednesday, August 6, 2014

Raya hoi hoi hoi!


Fuh, dah masuk 9 Syawal dah. Tapi aku baru nak up cerita raya.

Oohhh raya tahun ni adalah superb! Supersaiya punya seronok. Tak tau kenapa. Sebab raya kampung aku dulu kot. Kehkehkeh. Tapi raya umah mentua pun best jugak. Sama je.

Aku terbang dari Labuan hari Ahad sehari sebelum raya. Memang lambat tapi bak kata omputeh better than never. Ceaaa!

Sampai KLIA2 aku terpegun kejap. Tapi tak payahlah la citer panjang lebau tentang KLIA2 tu, koserr pulak aku nak buat cerita raya 18 episod. Entri kat klia je 2 episod dah. Kohkohkoh.

Touch down klia2 dalam jam 1 petang. Naik teksi pegi umah mak kat usj subang nak amik kereta. Mak and famili semua dah selamat sampai kampung dah. Aku anak beranak je tetinggal. Lepas mandi mandi rehat rehat buat apa yang patut, dalam kul 4 petang kitorang chalo balik Kuala Kangsar.


Muka happy nak balik kampong


Paling best, jalan lengang oii!!


Padahal sehari sebelum tu penuh wall kat fesbuk orang dok hapdet jalan jem sana sini. Rezeki kami la balik jalan lengang. Kl - kuala kangsar 3 jam dengan kelajuan tak berapa nak laju. Yang penting sempat berbuka puasa kat kampung.

Malam raya mcm biasalah acara tradisi, ronda pekan kuale. Time gini barang semua kasi lelong je. Aku pergi bertiga je dengan asben n aidi. Adelea tinggal lah. Lagipun dia good girl, duduk dengan siapa pun okey je.

Jalan jalan jalan sekali terjumpa donald duck ni. Terus suruh aidi bergambo.

Mujur dia tak takut. Over tau donald ni siap request 3 kali take. Haha

Beli apa je pun malam raya tu. Aku beli tudung selai, aidi beli tikar evamatik upin ipin rm10, beli tilam toto nak buat tido. Balik umah dah kul 2 pagi. Terus pengsan. Esok nak raya hoi! Tido!


Pagi raya...

Subuh syawal asben request nak balik umah mak dia kejap. Nak sembahyang raya kat sana. Oh lupa,umah mentua aku kat kuala kangsar jugak. Kat manong. Dekat je 15 minit sampai. So aku pun okey je la bagi tok laki nak balik semayang raya kat kampung dia. Dengan syarat lepas solat terus balik sini. 

Anak anak aku uruskan la sorang sorang. Siapkan anak dara dulu pastu baru siapkan yang bujang.

Aktiviti pagi raya..

Berkumpul kat rumah Pak Nyah. (Ayah tira miss u). Berkumpul makan makan, bergambo gambo,bersalam salaman, dan berduit duitan..hahaha.

Nah gambo 2 3 keping.



Semua kata aidi sebijik abah dia. Okeylah..hasil projek usahasama katakaaaan.haha


Aidi dengan pah. Ohoiii mudanya mak aku ni. I is jeles!



Gambo famili. Macam biasalah..takde pernahnye gambo jadi cantik. Tunggu la 3 4 tahun lagi kot baru boleh dapat gambo lawa.


Lepas bergambo gambo salam salam semua, konvoi la kami ramai ramai pegi serbu rumah orang. Aku kira kira ada dalam 8 buah rumah kitorang pergi raya 1st tu. Sempat jugak bawak famili 1881 aku beraya ke umah mentua. Terus meriah umah mentua iols. Huhu


Adelea dengan tokwan (abah mentua)


Tengok gambo ni pun boleh nampak meriahnya. Ni baru sebahagian. Yang lain lain mana ntah,kutip manggis gamaknya. Haha

Malamnya berkumpul umah pak sedara pulak..memang keje makaaannnn je sampai lebam. Esok raya kedua nak makan lagi. Haha


Raya kedua..

Raya kedua program serbu rumah orang lagi..aduhaiii!!

Ini kali berjalan area taiping sampai ke alor pongsu pulak. Aku dah kira, ada 7 buah umah aku serbu raya kedua ni. Kemainnnn!

Pergi rumah sorang mak sedara ni kat alor pongsu, ada bendang belakang rumah. Apa lagi....photoshoot la!

Yang belakang belakang tu tak menahan..ada jugak yang jatuh dalam bendang kang.



Ini time asben dah fedup dengan aidi asiklah buat perangai bila bergambo..rasa nak dihumban je dalam bendang tu.


Dapat la sekeping gambo famili yang molek sikit walauponnnn boleh nampak perangai rempan aidi tu.

Raya kedua malam aku dah gerak balik umah mentua dah. Tido sana pulak sebab semua adik beradik asben tengah berkumpul sana. Macam tak best pulak kitorang je takde. So moh la kita balik manong pulak.


Raya ketiga...

Berjalan lagi.

Sakan betul raya kali ni. Berjalaaaannn je keje.

Ini kali menghala ke utara.


Raya hoi hoi hoi

1st pit stop, rumah Mak Yang aku kat bukit tambun.

Adehlah kenapa gambo kelabu ni entahlah.

2nd pit stop, rumah tok wan aku kat alor setar. Lama sangat dah tak balik alor setar tengok tok wan. So tahun ni balik la kejap. Lagipun abah pun ada sana.

Ralat pulak tak tido sana. Bukan tak nak bermalam, tapi tu la, aku kan dah balik umah mentua so macam tak sedap pulak rasa kalau tak balik umah malam tu. So terpaksalah mintak ampun maaf kat famili belah kedah tak dapat nak berlama lama. Asben janji dengan tokwan dia akan balik tido umah tokwan cuti sekolah disember nanti. Dia yang janji..bukan aku tau. Kita wait n see je nanti. Hehe.

So tamatlah beraya dengan famili aku. Masa untuk beraya dengan famili mentua pulak.

Raya ke empat.

Beraya ke rumah mak pak sedara asben pulak.

Pegi rumah Mak Yang incik suami. Pun ada bendang jugak belakang rumah. Terus aku amik gambo poster filem..hahaha


Aidi tu orang suruh pandang kamera taknak,lantak kan gambo jadi poster.

Pastu laki aku ni entahlah ngidam ke apa. Dia nak makan ayam belanda pulaaaakkkk.

Ni gara gara dia tau pak lang dia ada bela ayam belanda. Terus dia mintak nak beli sekor..suruh pak lang sembelih siap.

Aduhaiii la abang.


Budak tak pernah tengok ayam memang gitulah panjang je tengkuk dia.



Dia nak makan, so dia sendiri la pegi kejar tangkap ayam mana yang dia nak. Eh tak sangka pulak laki den berbakat dalam acara menangkap ayam. Hehe

Aku dah bisik bisik kat laki, abang yang nak makan sangat ayam ni so nanti abang cariklah bulu ayam ni sendiri. Aku memang tak reti. Haha.

Memang ye dia uruskan sendiri bab mencelur mencarik bulu ayam semua tu. Ayam tu abah masak lauk kari. Sedap jugak ayam belanda ni. Mcm ayam biasa jugak cuma kenyal sikit and banyak tulang dari isi. Aku dahlah spesis suka makan ayam isi je. So ayam belanda not my favourite. Heh.


Pastu raya raya seterusnya dah takde gambo. Ada je pegi beraya lagi. Tapi dah malas amik gambo. Ikutkan nak beraya lagi pun dah letih. Dari raya pertama sampai ke empat asik berjalan je mau tak letih badan? Letih sampai rasa nak pegi spa urut badan. Haha.


Raya ke 6 aku dah balik ampang.

Balik balik ampang, masuk bilik terus ternampak benda ni.



Holoh holoh teddy bear.

Boipren bagi ni.

Sayang gila sama ini teddy.

Mama kata..kamu bawak la balik labuan.


Adehlah...seksa pulak rasa nak hangkut binatang beso beso ni naik flight.


Daaa!!

Tuesday, July 22, 2014

Report sudah dibuat...habislah kau!


Rentetan isu seller online penipu dalam entri lepas (KLIK UNTUK BACA) , maka terpaksalah aku sekeluarga mencari semula baju melayu untuk Aidi dan abahnya.

Untuk incik suami takde masalah sangat sebab memang dah pernah nampak ada baju melayu johor kaler royal blue jual kat Parkson. 50% lagi ada diskaun. Sebelum ni pejam mata je lah tengok baju tu sebab pikirkan dah order dengan si penipu tu kan. Huh. Mujur masih ada size lagi. Tinggal ngam ngam je sepasang lagi size incik suami. Rezeki dia la tu.

So setel cik abang punya.

Meround pulak ujana kewangan tu cari baju melayu Aidi. 

Ada tu ada. Jumpa. Tapi bukan baju johor macam abahnya lah. Tinggal baju cekak musang je. Aku malas nak pikir panjang, size ada, kaler ada, so aku rembat je. Tak koser dah nak mencari baju johor pulak untuk Aidi.




Jumpa sampin sekali. Sampi sebenarnya dah beli. Tapi jumpa pulak sampin yang ala ala abahnya punya. Rege pun RM15 je, so aku rembatlah jugak. Sepasang baju Aidi siap sampin baru RM60. Murah lagi dari beli dengan penipu tu. Baju abahnya pun murah. RM75 je after 50% less. Berbaloi. Daripada beli dengan penipu, terbang duit aku RM180, barang pun tak dapat. Pfftt!!


So setel baju melayu cap abah dan anak.

Aku ni dari Jumaat ritu dok tunggu la duit refund aku dari penipu tu kan. Jumaat tunggu, takde. Sabtu takde, Ahad Isnin pun takde. So arini dah selasa. 5 hari dah aku tunggu duit aku tak nampak bayang. Aku sms tak reply. Pm kat fesbuk pun tak berjawab. Makanya...


E aduan ke KPDNKK la jawabnya.




Terima kasih banyak buat Piya (atasrakcollection) sebab gigih dapatkan nombor ic dan alamat penuh si penipu ni. Terharu pulak aku dengan dak Piya ni. Terima kasih la ye Piya. Ni akak dah report dah ni. Kita wait and see.

Duit aku tu, aku memang tak halalkan ko makan dunia akhirat.


So aku akhiri entri hari ni dengan ucapan puasa tinggal 5 hari je lagi.

Horayyy!!

Thursday, July 17, 2014

Online seller Penipu! Beware.



AMARAN: INI ADALAH ENTRI PANJANG. SILA BERTABAH MEMBACANYA.

Hari ni bebetul mencabar pahala puasa aku. Grrrrr.

Ni habaq kat hang, aku kena tipu dek on9 seller!

Choi sangat!

Gini..aku beli baju melayu untuk incik suami and aidi. Sebelum puasa lagi aku dah order. Bayar pun sebelum puasa lagi. Tapi sampai sekarang, yang tinggal 10 hari je lagi nak raya ni parcel tak sampai-sampai!

Ko rasaaaaa???

Mendidih jiwa aku ni tau tak.


Oklah sabo..sabo. Meh nak story dari awal.

Aku beli 2 pasang baju melayu dari page "Malaynise". Nengok pagenya,likers sampai 15k. So aku bajet seller ni ok la kan. Ramai likers and maybe ramai customers.



So 25 Jun aku mula pm page Malaynise ni untuk order. Bla bla bla bla semua total harga RM185. Dia bagi diskaun RM5, so total aku bayar Rm180. Payment through cimbclicks on 26 Jun.


Payment made on 26 Jun.


Kendian, 28 Jun baru Nia (owner Malaynise rasa aku) noted payment yang aku buat. Dia tak maklum pun bila dia pos apatah lagi nak forward tracking number. Memang takde. Senyap terus.


Sebabkan ni bulan puasa,ramai orang soping moping, so aku pun pahamlah poslaju punya servis akan jadi lambat sikit. Jadi aku pun bertabah je la tungu baju melayu laki aku n aidi tu. Sampaikan jalan jalan kat mall pun kami pejam mata je bila nampak baju melayu sebab pikirkan dah beli. Tunggu je nanti sampailah tu kat rumah.

Malangnya...tak sampai sampai. Seminggu tak sampai. Dua minggu tak sampai. Sedangkan barang lain yang aku beli lagi lewat pun dah lama sampai.

So 10 Julai aku pm semula page Malaynise. No reply. Hampa.


Pastu aku teringat Nia ada bagi aku no fon ritu masa order. So aku sms dia. Wasap dia rosak katanya so aku sms je la. 11 Julai aku sms. Tak reply. 12  Julai aku sms lagi, pun sama. Tak reply. Hati aku dah dup dap dup dap ni. Tapi masih berbaik sangka. Kot memang poslaju lewat ke apa kan. So positif positif.


Esoknya 13 Julai, laki aku dah bebel bebel tanya kenapa baju dia tak sampai lagi ni. So aku nekad call Nia. Ada berjawab. Aku pun bagitau la barang tak sampai lagi apa semua. 

Nia suruh aku sms kat dia nama fesbuk aku, so nanti dia check status order. So aku sms kan. Siap aku sms sekali details order aku semua. Nia cakap dia akan minta  pekerja dia check. Anything dia akan inform aku.

Berjangguttttt hoi tunggu. Takdenya dia update apa apa.


Esoknya 14 Julai. Hakakkkkk jugak kena sms dia balik. Tapi macam biasalah. Nan hado reply.

Bertabah je la aku kan. 14 Julai tu Isnin kan? Selasa 15 Julai cuti Nuzul Quran, so aku call semula Nia ni. Okey ni point penting ni.

Aku call 15 Julai pada hari baik bulan baik.

Nia jawab. Katanya PARCEL AKU DAH SAMPAI KE LABUAN. KALAU TAK PETANG NI, ESOK PAGI PARCEL SAMPAI RUMAH.

Aku ingat lagi ayat dia. Sebabkan ni calling so aku tak dapat nak printscreen. Tapi memang itulah ayat dia.

Okeylah lega lah sikit hati aku ni kan dengo parcel dah jejak labuan. Kemain aku nunggu posmen ketuk pintu. Memang ada posmen datang, tapi bukan hantar baju melayu, hantar sampin je. Memang aku ada beli sampin untuk Aidi n abahnya. Tapi dari seller lain la. Dua seller berbeza. Sampin tu 3 4 hari je dah sampai dah. Bajunya??? Hurmmm.

Esoknya 16 Julai aku sabar menanti lagi. Tapi hari tu langsung posmen takde ketuk pintu. Hampa lagi.

So hari ni 17 Julai kan?

Kat sekolah tadi aku call Nia.

Okey dia angkat. Aku kenalkan diri. Dia dengar je nama aku terus dia offer aku dua pilihan.

1. Refund duit.

2. Dia hantar semula baju yang lain guna kurier lain.

Tapi aku tolak dua dua tu. Aku mintak dia tracking number. Aku pun apalah bodo sangat tak mintak tracking number dari awal. So aku cakap aku nak tracking number dulu, aku nak check sendiri dengan poslaju labuan since dia kata barang dah sampai labuan kan ritu. So meh aku nak check.

Aku call mintak tracking number tu kul 11 pagi. Sampai kul 1 petang pun haraammmm dia nak bagi tracking number aku.


Dan aku pun ngadu la masalah ni kat geng wasap kedok. Then tau apa??? Kami terjumpa sesuatu.

Jeng jeng jeng..


0

Korang nampak tak? Nampak tak?

Bukan aku sorang yang terkono oiii!!

Cadbury betol!!

Untuk pengetahuan, dia dah delete status yang ada orang komen komen macam ni. Puii sangat kan? Nasib aku sempat printscreen.

Apa lagi..aku pun forward la printscreen aku ni ke dia.

Aku sms dia macam kat bawah ni


Berdesupp dia reply. Padahal sebelum tu berkali kali aku call mintak tracking number yang dijanjikan, langsung tak berangkat call. Bila aku cakap nak report je terus reply. Takut keww?

Tapi Ko tengok jawapan dia apa?? 

Ada yang terima ada yang terima parcel katanyaaa..Bergantung pada kawasan masing masing. Apa benda ni??? Kau jual barang tapi taknak make sure barang tu sampai pada customer. Kebodohan apa ni??? Bergantung pada kawasan masing masing pulak tu. Apa ni? Ko nak cakap poslaju labuan tak buat keje ke apa ni? Aduhaii..pening aku dengan Nia ni. Siap guna nama Allah. Ya memang Allah je tau apa yang ko kerjakan. Tinggal nak tau kerjaan ko tu kerja baik ke kerja buruk je. Allah memang nampak.

Start dari sini aku dah mula emosional. Tapi aku cuba control untuk tak memaki maki. Kitorang berbalas balas sms masa ni. Malas pulak aku nak printscreen semua. Tapi kalau baca sms dia memang boleh sesak jiwa. Dia memang tak mengaku salah. Dia dok kona sana sini back up diri. Apa ko ingat aku ni hulu sangat ke boleh ko cong cong gitu??


Aku ada tanya dia, apa yang susah sangat nak bagi tracking number tu? Tadi aku call kata boleh bagi. Aku tunggu 2 jam lebih pun tak dapat dapat jugak. Apa la susah sangat ni?

Ko tengok apa dia jawab.



Dia ni baru start bisnes ke apa ni? Apa ke jawapannya macam tu? Boleh pulak KALAU BERLAKU HILANG??? Abis buyer ni membeli barang untuk tengok samada barang tu hilang ke tak tengah jalan ke cane? Kalau hilang..refund la duit. Kalau selamat sampai, bonus la untuk buyer tu. Gitu eh? Eh?

Oii makcik! Kami ni beli barang sebab kami nakkan barang tu. Dah kalau ko penah berdepan dengan masalah barang hilang tengah jalan, supposed ko buat aduan dengan poslaju dari 1st time kes tu jadi. Bukan biar biarkan sampai sudahnya customer pulak kena jadi penunggu barang hilang ke tak. Akai ada tak??

Lastly, dia bagi jugak tracking number. Check check..ko tau apa resultnya??


RECORD NOT FOUND!

Ko rasaaaa????

Aduhai..remuk rasa hati aku ni.

Ritu cakap barang dah sampai Labuan. Logiknya kalau dah sampai Labuan,mesti ada dalam sistem dah. Dah lebih 3 minggu kot ko pos (katanyaaa). Takkan lah tak hapdet hapdet lagi?? Tak ada logika sungguh.

Sudahnya aku dah betul betul give up. Aku malas nak fight for parcel aku dah. Aku nak refund je. So baju melayu Aidi n abahnya kita cari lain je lah.

Tapi tak habis lagi muslihat dia. Nak refund pun dia mintak tangguh


Sebabkan aku ni budi bicara level tinggi, so ok kan je la dia nak tempoh sehari dua tu. Kita tengoklah dia bayar ke tak. Kalau dia tak bayar, memang e-aduan kpdnkk la jawabnya.

Sempat jugak aku bagi sepatah dua kata kat dia.



Siap good luck aku hadiahkan. Mana ko nak cari customer berbudi bahasa tahap band 6 macam aku ni. Kohkohkoh.

So kesimpulannya..baju melayu tok laki and aidi tarak. Haha.

Kesimpulan kedua, kau, kau, kau, dan kau. Ye kau yang tengah sengih sengih tu, sila berhati hati semasa shopping online. Aku tak suruh korang jangan berurusan dengan Malaynise ni. Terpulang lah. Tapi...BEWARE!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...