MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

BILA INCIK SUAMI SAY NO!

Tentiba tadi incik suami hantar sms bertulis begini..


" malam ni tak payah la pegi Ladies Night tu "


Erk?!


Apsal pulak ni. Ceh, tak puas hati aku. So, aku pun reply tanyakan sebabnya. Incik suami kata tak payahlah pegi sebab bini kawan-kawan dia pun tak pegi. Beliau takut aku mati kutu nanti seekor diri kat sana.

Ceh, kalau bini kawan-kawan dia pegi pun bukannya aku kenal lagi pun. Mestilah kat sana nanti baru akan cari dan dapat kawan baru. Tak puas hati pulak aku. Tapi takpelah, dah incik suami kata takyah pegi, aku ikut je la. Tapi rugi jugaklah sebab benda dah berbayar. Baju pun aku dah iron siap. Even aku tak de baju yang bang bang boom gedavass mengikut tema colourful and bling bling gitu tapi semangat tinggi jugaklah aku nak pegi. Tapi takpelah, takde rezki nak santap menu makan sedap-sedap malam ni. Huhu. Tahun depan la pulak Insyaallah.

Jadi sempena nak mengubat jiwa aku yang lara ni, aku nak pegi memasak. Nak makan, lapar dah ni. Dari kul 6 pagi tadi tak makan apa pun. Ate nak makan celah mana sebab aku bantai tido je sepanjang hari. Ceh, balas dendam nampak? Haha.

Saturday, October 30, 2010

PAUSE TAIP PAUSE TAIP LAGI

Pergh!! Gila!

Lama betul aku tak dapat hapdet. Jangan kata nak hapdet, nak bukak belog pun tak kesampaian. Semua gara-gara laptop aku ni. Buat hal tak sudah-sudah. Sekarang sudah dijangkiti penyakit "hang". Oh bukang hang jebat mahupun hang tuah, apalagi hang kebun, tapi ini penyakit "hang" atau pronounce nya "heng". Memang menyampah aku. Nak turn on laptop pun amik masa dekat setengah jam, Nak refresh pulak amik masa 5 minit. Nak bukak word bagai pulak amik masa sejam. Nak ber internet lagilah parah..kadang tu 24 jam tunggu pun tak boleh loading firefox lagi.

Abis ni boleh pulak kau online ni Yongnana??

Oh mungkin malam ni malam yang baik. Baik tak baik sangat lah, ada lah 3 jam jugak aku tunggu untuk sampai ke page "new post" ni. Ini pun tak tahu lagi berjaya publish atau tak ni. Kalau kamu dapat baca sekarang, maknanya berjaya lah aku. Huhu.

Eh arini 30hb kan? Arini sorang geng blogger bernama Xora *sorilah aku tak dapat nak link kerana masalah seperti yang di bebelkan di atas, nak pergi belog Xora sila taip http://diaterimanikahnya.blogspot.com* kahwin kalau tak silap aku. Xora ni antara blogger first yang aku minat. Setahun lepas kami sama-sama mula berbelog, tapi sebab belog beliau berkali ganda gedavass dari belog peliharaan aku ni, maka belog beliau adalah lebih glamer, lebih ramai follower. Huhu. Apapun aku tetap nak amik kesempatan ini untuk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT XORA & DZULQ *err betul ke aku eja nama suami Xora ni.hehe* Tak sabar nak tengok gambar-gambar wedding kamu Xora. Harap laptop ni memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi. Huhu.

Oh esok juga aku diperintahkan oleh incik suami supaya hadir ke Ladies Night.

Wow! Ladies Night??!

Di kelab malam ke??

Oh sungguhlah tidak. Gila nak berladies night di kalabul malami. Ini adalah Ladies Night anjuran BAKAT *persatuan isteri-isteri tentera*. Bertempat di hotel bintang-bintang terbest yang ada di Labuan ni. Huh teruja!











Aku stress ni. Dah bape kali aku pause time menaip entri ni. Laptop aku buat hal lagi. Cukuplah sampai sini je dulu. Aku nak publish dah. Harap-harap berjayalah publish.


See u later!!

Daa!

Tuesday, October 26, 2010

SURUH MENYANYI MEREKA TAHU, SURUH MENGAJI......HAMPAGAS CAP SINGA JAWABNYA.

Pada suatu hari yang indah, aku ditugaskan untuk membawa budak-budak seramai kurang lebih 100 orang ke ILP Labuan. Ini bukan bawak melawat-lawat ye, ini bawak ada tujuan lain iaitu untuk dengar ceramah. Eh iye ke ceramah? Bukan kot, mungkin lebih tepatnya bengkel. Hmmm..bengkel pun macam tak jugak, apa ye kita nak panggil? Kursus? Taklimat? Ah entahlah, yang pastinya aku dan 2 orang guru lagi kena jadi guru pengiring. Huh dah macam raja-raja je bebudak ni ada tukang iring-iring. Huhu.


Nak dijadikan cerita, ceramah/bengkel/kursus/taklimat itu disertai oleh 3 buah sekolah lain lagi. Kalau tak silap ada sekolah teknik, sekolah Lajau, sekolah satu lagi aku lupa. Huhu. Menarik jugak program ni. Temanya Aku Bijak Jauhi Zina. Tahu-tahu je lah bebudak sekarang, expert kalau tang-tang tajuk tu. Jadi harus diberi benteng awal. Ada benteng pun kadang boleh roboh benteng, apa lagi kalau takde pape pertahanan, ke laut la nampaknya. Kalau ke laut tak pe lagi, boleh berenang, tapi kalau ke neraka la jawabnya??? Ha sapo nak jawab??


Okey cukup dah merepek. Sepanjang program tu ada satu insiden yang sangat buat aku sedih. Sedih rasa macam....Astaghfirullah.......mengucap panjang aku.


Nape nya?


Agak-agak kamu, kalau kamu terdengar perbualan gini..



Penceramah: Boleh kamu beritahu saya bagaimana cara berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W?

Murid: *sengih* *sengih lagi* *eh eh dia sengih snegih lagi sambil jungkit bahu tanda tak tahu*














Agak-agak korang apa perasaan aku time tu??

Monday, October 25, 2010

BARANG BAIK PUNYA......SIAPA TAK MAHU?



Aku tahulah Labuan ni jauh. Memang jauh gila. Kalau nak mai sini kena seberang lautan segelombang dua dulu baru boleh sampai. Tapi aku tak puas hati betul lah. Setiap hari mata ni dok dihidang dengan tayang benda tu. Hari-hari pun telan air liur nak kan itu.


Ohhh cantiknya....


Terpengaruh aku dibuatnya.


Incik suami pun melayan. Gigih diusungnya aku ke dua tiga supermarket. Geledah setiap lane dengan harapan akan jumpa benda yang aku tengok dalam iklan hari-hari tu.


Tapi hampa..


Kalau ada pun cuma tinggal rak dan tanda harga pada rak jek. Benda dan sold out. Incik suami kata mungkin belum sampai lagi kot kat Labuan. Labuan kan jauh..


Uhh!


Stress aku.

Dah berhari-hari aku keluar masuk macam-macam supermarket untuk cari benda ini.




kredit to incik google




Kamu ada jumpa tak?




Kalau ada tolong pos sebotol dua boleh?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...