MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

bersalin normal vs bersalin czer


Beranak normal vs beranak czer.

Mana lagi sakit?

Ohoii...

Memula sekali, aku heran dan pelik kenapa ada manusia manusia yang seakan memandang sinis pada ibu yang beranak czer. Lagi kejam bila ada yang sanggup jatuh hukum kata beranak czer tak dapat pahala beranak sama macam beranak normal.

Rasa macam nak maki sebakul je.

Macam dia pulak Tuhan yang tahu segala.

Aku ngaku..hampir semua wanita mengandung kalau boleh nak bersalin normal. Termasuk aku. Kalau bersalin normal, luka senang jaga. Kalau kena gaya..seminggu bersalin badan dah sehat.

Beza dengan beranak czer yang orang kata susah nak jaga. Nak nak luka operation tu. Silap haribulan, luka terbukak ke bernanah ke..hazabbb ko nak ngadap spital lagi sekali.


Selaku mak yang dah rasa dua dua cara. Normal dah rasa, czer dah rasa..so aku nak share la pengalaman. Heh.

Masa Aidi aku beranak normal. Aidi overdue 5 hari, then kena induce dua kali baru ada contraction. Contraction induce memang 'terbaekk' wa cakap sama lu. Haha. Dulu kalau org tanya induce sakit tak, aku takleh nak jawab sebab aku ada sekali je pengalaman bersalin masa tu. So tak boleh nak compare. Jadi bila dah merasa contraction yang datang semulajadi, bkn sebab induce, maka bolehlah aku rumuskan bahawa memang ye contraction lps induce memang berganda. Tentiba rasa hebat sebab mampu tahan sakit itu. Haha. Part nak meneran, bagi aku takdelah sakit mana. Macam selalu aku cakap, aku dapat sakit macam nak berak. So aku tak rasa nak berak tu terlalu sakit. Sakit..tapi.masih boleh handle. Lepas bersalin pun jahitan aku cepat sembuh. Dalam 2 minggu gitu benang dah tanggal. 30 hari aku dah merambu ke ampang point makan kfc. Ko mampoo?? Haha


Beranak czer pulak...pun takdelah teruk mana. Cuma yang buat keadaan kelam kabut sikit sebab aku dah turun tanda..memula turun darah, lepas 8 jam,pecah ketuban. Dengan darah tingginya, So emergency czer la jawabnya.


Proses belah perut tu tak sakit langsung aku rasa. Ada bius kan? So memang tak sakit. Tau tau dah setel semua. Lepas habis bius pun aku tak rasa sakit terlampau. Boleh lagi bangun duduk bangun duduk. Pakai stokin pun sendiri. Hehe.


Alhamdulillah luka aku cpt baik, tak bernanah, tak terbukak, dan tak berapa sakit.

Hari ni 26 hari berpantang, percaya tak aku kata aku tak rasa sakit langsung dah kat bahagian luka tu. Tapi luka dalam aku tak tau lah. Harap harap ok.


Cuma bila czer ni aku tak dapat nak bertungku nak berbengkung nak berurut bagai masa awal awal berpantang. Tapi sebab ni dah lebih 3 minggu berpantang dah, aku rasa dah boleh pikir dah nak panggil tukang urut ke apa. Sengal jugak badan badan ni walau dah tak sakit.


Pendek kata..beranak cara mana pun, ada baik buruknya. Ada sakit nikmatnya. Janganlah sesuka hati nak jatuh hukum macam macam.


Ko ingat tak sakit ke kalau rabak tang bawah ko tu sampai kena jahit ke lubang bontot??


Pastu ingat best sangat ke serah perut untuk dibelah?? Dah macam kena siang hidup hidup.


Suami...kalau tak reti nak hargai pengorbanan isteri masing masing ku tak tau lah. Orang lelaki ni kadang, baru ulang alik jamban sebab cirit birit pun dah pucat lesi muka. Heh.



Sorang ikut pintu..sorang lagi ikut tingkap. Dua dua chenta mati mama

Thursday, December 5, 2013

manisnya berpantang sendiri


Ramai yang tanya..

"Ko pantang sendiri je ke yong kali ni?"

Iyo.

Kali ni den pantang sendiri sendiri je. Laki den jago.huhu.

Kalau masa pantangkan Aidi dulu aku pantang kat Ampang, ada mama jaga. Nak nak seminggu pertama tu memang macam princess la aku. Mak ada, mama ada, mak mentua pun ada, incik suami pun ada..memang feeling puteri la aku sampai spender pun mak mentua basuh n sidaikan. Nasib dia tak tolong pakaikan je. Kalau tak mau menangis puteri puteri raja seluruh dunia tengok aku. Bahahaha.

Itu cerita dua tahun lepas la yek.

Kali ni punya pantang, pandai pandailah ko laki bini ye.

Tapi best ohh pantang sendiri, laki jaga. Takde orang tua pun takpe, lagi best sebenarnya sebab bebas sikit. Dengan tok laki sendiri bolehlah nak fefeeling mengada kan, nak makan itu minum ini suruh buat itu mintak tolong ini. Best!


Setakat dah nak masuk sebulan berpantang ni..semuanya berjalan lancar.


Bab mandikan Adelea, memang keje aku. Mandikan, pakaikan baju, tukar pampers memang aku lah punya job sebab incik suami gayat lagi katanya. Tapi tiap kali aku buat semua tu dia akan setia duduk kat sebelah aku. Belajar katanyaaa. Nanti dah pandai, dia boleh take over.


Bab basuh baju, sidai baju memang serah ke dia. Tapi melipat baju memang aku lah amik. Tak sanggup aku nengok kain baju lipat serupa bungkus belacan. Haha.

Ngemas rumah pun aku takyah risau. Laki aku ada. Tiap hari dia akan vakum satu rumah. Kadang sehari dua kali dia vakum dan ngelap habuk. So setel di situ.


Tang masak memasak, memang keje incik suami. Tapi kadang aku masak jugak. Alah...takat masak sap sap soi takde apa lah. Aku alhamdulillah dah kuat dah. Kadang laki aku malas masak, dia beli bungkus je jah. Aku pun sebat je lerr. Prosperity beger pun aku dah tibai. Eh semalam iols melantak pizza hawaian chicken lagi. Kerlasss tak menu pantang mak jemah?? Hahaha. Matiklah kalau mak mak tau.

Bab susukan adelea, jaga adelea, berjaga malam, memang kami kerjasama. Ada shift kekdahnya nak nak tengah malam. Aku tido dulu dalam pukul 11 malam gitu, dia jaga anak. Aku bangun kul 3 4 pagi nak ngepam susu, dia pulaklah tido. Aku pulak masuk shift keje sampai pagi. Gituuu.. so takdelah letih sangat. Adelea pun jenis behave. Dia nangis nak susu je. Dapat susu, kenyang..dia tido lah balik. Nama dia nak nanges nanges tanpa sebab, or nak berjaga sepanjang malam memang so far aku tak nampak lagi. Tido pun boleh je dia lena sorang sorang dalam playpen dia. Tak payah berdodoi berpangku berdukung sangat. Senang jaga budak ni.

Jadi kesimpulannya aku suka cara gini.

Berpantang sendiri.

Berempat je...pandai pandailah urus anak dan diri sendiri.

Aku suka.






Wednesday, December 4, 2013

NICU yang memori


Bersawang hoi blog aku.

Macam bizi nau berpantang kali ni.haha.

Alhamdulillah...Adelea dah discaj dah dari nicu 26 november lepas. Kiranya dah seminggu jugaklah. Lega sangat bila berat Adelea cecah 1.75kg dan doktor bagi balik. Aku memang tak berapa nak selesa berumahtangga kat nicu tu. Walaupun bilik ada aircond 24 jam, aku disediakan katil sebelah incubator Adelea untuk aku baring rehat tido, ada toilet yang 24 jam bersih dan kering, ada makan hospital sediakan, ada misi misi yang cantik manis yang sentiasa sedia membantu aku...tapi rumah sendiri tetap nombor satu.


Apapun, pengalaman jaga Adelea dalam nicu memang satu pengalaman berharga untuk aku. Tak semua orang dapat experience cenggini.

Minggu pertama Adelea lahir, aku memang tak dapat nak jaga dia 24 jam sebab aku pun masih dalam wad lagi. Seminggu aku kena tahan. Hazabbbb...tangan aku kiri kanan kena cucuk jarum tiap hari. Sampai sekarang masih ada kesan jarum tu. Kalau satu je takpe jugak, ini belambak. Hoi!

Lepas aku dah discaj baru aku boleh jaga Adela 24 jam. Kira aku boleh rooming dengan baby la kat nicu tu. Tapi idokler aku bebetul 24 jam kat situ. Kejap kejap aku balik la rumah untuk mandi, makan, rehat kejap. Ada hari hari aku tak tido hospital. Letih badan jugak hoi kalau harI hari tido spital.



Tapi mujurlah Adelea tak banyak ragam.

Dia memang senang sangat nak jaga. Keje dia tido je manjang. Bila lapar, barulah dia kuak kuak bangun mintak susu.

Gaya tido dia pulak ya hampunnnnn...rasa macam tengok diri sendiri tido. Sebijik aku! Hahaha. Nak tergelak aku. Kemain dalam incubator pun tido berposing. Kehkehkeh.





Dalam 2 3 hari sebelum discaj tu, Adelea dah tak payah duduk dalam incubator dah. Syukur sangat.

Doktor kata progres Adelea sangat baik. Berat dia naik dengan baik. Dan cepat. Selalu baby amik masa lebih kurang sebulan nak cukupkan berat. Tapi Adelea amik masa 2 minggu je. Aku lega sangat. 

Aku rasa macam nak tepuk bahu sendiri sebab susu badan aku menyumbang 95% kepada kenaikan berat Adelea. Heh.

Okla itu je. 

Haha

Aku ekceli blur..dah lama tak karang entri. So habis macam ni je lah ek.

Daa!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...