MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

Aidi Merap.




Semalam Aidi merap.

Dia susah nak tidur. Aku tahu dia ngantok tapi dia tak mau lelap mata. Dia lawan, bila tak tahan ngantuk dia nangis.

Aku ni berusaha gigihlah nak tidurkan dia. Aku dodoi, aku tepuk bontot, aku bagi susu, aku peluk segala lah aku buat nak bagi dia lena. Tapi payah amat.

Sudahlah incik suami takde..outstation sampai hari Rabu. Seekor diri uruskan anak memang cabaran.

Last-last aku dodoi-dodoi sambil nyanyi guna tone suara paling merdu..baru Aidi lena. Bila dah lena so bajet nak letak dia tido atas tilam la kan..so lepas tu boleh mamanya main laptop sampai lebam. Haha.

Sekali letak jek...

Uwaakkkkk!!


Sudah.. Dia melalak lagi. Melalak yang bunyi macam sedih sangat tu. Macam mintak simpati apa aku pun tak tahu. Aidi tak sehat ke? Rasa badan..tak panas pun. Normal. Pampers pun dah aku tukar, minyak pun dah sapu kat perut and tapak kaki...apa lagi tak kena ni.

Aidi keep on nanges. Dia nak aku peluk dan peluk. Kadang dah peluk pun dia nanges jugak macam sedih sangat bunyi nanges dia tu.

Pastu aku tentiba dapat saspek satu sebab..


Mungkin Aidi nak abah dia.

Laju-laju aku amik baju incik suami yang tergantung kat pintu almari. Baju belum basuh..tapi takla busuk sangat sebab baru pakai beberapa minit je sebelum dia pergi outstation.

Terus aku selimutkan Aidi.


Aidi terus senyap.


Dan mata terus pejam.

Lena..


Magic!











Gambar blur sebab Aidi tido dalam gelap.


Bila Aidi dah tido lena gitu...baru terbit rasa kesian kat dia.

Dia rindu abah dia rupanya.

Kesiannya.

Mama pun rindu abah jugak. Kesian mama jugek. Heh









Sunday, April 29, 2012

Basuh Toys


Weekend kali ni memang rasa best sangat sebab dapat duduk rumah tanpa keluar ke mana-mana. Habis jauh pun pergi kedai runcit beli ikan bilis. Hehe.

Jadi dapatlah pegang title suri rumah tangga sepenuh masa untuk dua hari ni.

Kerja utama adalah mendobi kain baju. Semalam memang aku bercinta dengan kain baju sepanjang hari. Incik suami pergi keje je kul 5.30 pagi tu, aku terus on mesin. Membawak ke jam 9 pagi baru setel basuh and sidai semua baju. Penyidai tak cukup aku bantai iron board untuk jadi penyidai jugak. Asalkan baju kering. Haha.

Masak memasak pulak ala kadar dah la. Incik suami pun keje, jadi takde kuasa aku nak memasak beria. Nasik goreng 1 kuali penuh makan dari breakfast sampailah ke dinner. Jimat.

Pagi ni aku mula boring balik.

Aidi tido ni..incik suami dah pergi outstation. Ohh rindunya pada teddy bear aku tu. *padahal dia baru keluar 5 minit lepas*


Aku cadang nak basuh toys Aidi lah hari ni.

Tapi tak reti.

Aku tengok hampir semua toys Aidi yang cloth surface semuanya macam dah kotor-kotor. Ada yang berhabuk siap. Ngeri bila bayangkan Aidi masukkan toys tu dalam mulut dia.


Nak basuhlah.

Tapi macam mana ye?

Boleh masuk mesin ke?

Ada cadangan??

Friday, April 27, 2012

Ke Mana Tumpahnya Duit Kalau Tidak Ke AIDI. Huhu..




Baru lepas tengok-tengok kalendar, pastu baru perasan yang 2 minggu lagi nak kena bawak Aidi pergi check up and cucuk 5 bulan.

Waaweee!! Aidi dah nak 5 bulan dah. Kejap je rasa. Pastu mulalah ada angan-angan nak suap solid food dah kat Aidi. Huhuhu.


Budak ni sekarang pun makin kuat menyusu. Kos susu dia saja sebulan RM300. Beruntung badan kalau dapat breastfeed. Tambah pulak sekali minum dah 5oz selang hampir setiap jam. Tu pun kenkadang tak cukup. Nampak gaya nak kena beli botol 9oz dah sekarang ni. Bila dah banyak minum, mulalah badan memberat serupa mama dia. Mak Long Aidi yang jaga Aidi tiap hari tu ada ngasuh baby girl jugak sorang. Baby 6 bulan. Boleh tahan bam bam jugak budaknya..tapiiiiii Mak Long Aidi kata Aidi lebih berat dari baby girl tu. Ate camne?? Haha!


Ini dia rupa budak bam bam si mata boolat.




Aidi pakai jumpers. Baju tido Aidi boleh kata hampr semua style jumpers. Mula-mula dulu nampak kiut tengok Aidi pakai jumpers. Sekarang aku rasa dah bosan pulak. Nak belikan Aidi pyjamas yang banyak sangat jual kat blogshop-blogshop hatta kat fesbuk pun melambak tu. Murah sikit. Ada yang promo 6 helai RM100 pun ada. Tapi saiz semua besar-besar. Paling kecik pun aku jumpa saiz 18 - 24 months. Siapa pernah beli ye pyjamas-pyjamas ni? Boleh review tak cutting dia dia macam mana? Agak-agak Aidi boleh pakai tak?


Eh,

Baru hari tu janji bulan ni Aidi cuma dapat soft book je dari mama dia. Alih-alih nak beli jugak baju.


Dasar!


Haha.






Thursday, April 26, 2012

Lawak!


Sekarang ni merata orang jual tikar evamatic. Makin lama makin murah dah harganya. Aku punya pun dah selamat sampai rumah dah. Beli 3 keping. 2 keping corak abstrak, untuk rumah..1 lagi corak ABC untuk Aidi.

Cantik. Aku suka.

Aidi pun suka golek-golek atas tu. Kalau dulu kena bentang tilam untuk jadi port lepak Aidi. Sekarang ni tak payah dah. Bagi je Aidi golek-golek atas tikar dia, kemain seronok dia.






Tapi ada satu benda yang aku rasa lucu pada tikar Aidi ni. Mula tu tak perasan, bila dah belek satu-satu baru aku perasan.



Pastu kecoh nak amik gambar konon nak pahat dalam belog peliharaan nak bagi sama-sama gelak dengan korang. Ke aku sorang je yang rasa lawak entahlah. Aku ni tengok lawak tak berapa nak lawak pun aku boleh gelak bahak-bahak. Miahaha!


Gelak yang pertama.





Tie = Dasi.

Kalau kat sini kita panggil tali leher kan? Di Indonesia mereka panggil dasi. Huhu.


Okey tak berapa nak kelakar. Fine


Gelak yang kedua.





Giraffe = JERAPAH.


Muahahah!!

Jerapah kauu!

Nasib baik tak serapah.

Lawak...lawak...


Tak cukup lawak?


Try yang ni pulak.




Kangaroo = KANGGURU

Sumpah lawak.


Nasib baik bukan 

KANG KANG GURU!


Tak lawak??


Okbai!

Tuesday, April 24, 2012

Ailapyu Babang!


Lama betul tak bukak belog peliharaan sendiri. Sekali bukak...aik? Kenapa dashboard dah lain? Pastu konon-konon nak hapdet belog...pun terkejut jugak bila tengok layout semua dah lain. Tentiba jugak aku rasa macam tak reti nak berbelog. Muahaha!!


Akak bizi dik tiga pat hari ni. Eh, aku pernah ke ada hari yang tak bizi? Biziiii memanjang. Weekend lepas start dari Jumaat sampai Ahad aku adalah mengikuti perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri. Cikgu Bomba achik tahun ni....kerlass! Haha! Baru je lepas habis Kejohanan Olahraga, terlibat pulak dengan camping bomba. Pastu kulit muka memang berdabel la belangnya. Aku takut Aidi tak kenal mama dia je..almaklumlah..dah rentung. Huhu.


Rumah dah lama aku tak sapu. Mengemop lagilah harammm. Dapur pun jarang sangat meriah. Balik balik telur goreng. Habis best pun aku masak sardin je untuk sang suami. Sedih.



Berdoa agar minggu ni ada sikit ruang nak bernafas.


Semalam balik sekolah awal, amik Aidi terus zass balik rumah.


Belum masuk rumah lagi aku dah bau semerbak harum softner Daia dari dalam rumah.


Incik suami mendobi rupanya. Habis semua kain baju aku, baju Aidi, baju dia, towel, baju-baju kecik semua dia dobi. Ohh heaven!

Pijak lantai rumah pulak...eh sedapnya. Incik suami dah sapu dan mop siap. Dabel heaven.

Siap kipas siling pun dia cuci kasi bersih macam baru.


Terus bagi muah muah kat pipi.


Terima kasih abang!!





Thursday, April 19, 2012

Aidi Nak Tumbuh Gigi.

Semalam balik lewat lagi. Biasalah hari Rabu, petang mesti ada aktiviti kokum. Jadi balik lambat tu wajiblah. Tambah lagi weekend ni ada perkhemahan Kadet Bomba dan aku terlibat. Maka bersiap sedialah dengan segala kebizian yang bakal melanda.

Ah, malas nak cerita hal sekolah. Memang sampai pencen takkan habis.

Ni nak cerita hal Aidi ni. Semalam masa amik Aidi kat rumah longnya, ada la kami borak-borak sikit.


Mak Long Aidi : Kak Ija tengok Aidi macam nak tumbuh gigi jek.

Aku: Yeke? Yeaayy!! *eksaited okey, padahal baru "macam" jek*


Aku: Mana Kak Ija tau?

Mak Long Aidi : Tu, nampak putih-putih kat gusi dia.


Balik rumah, berabis aku bukak mulut Aidi semata-mata nak cari gigi sulong dia.


Tak berapa nak jelas sangat. Tapi ada jugaklah nampak macam putih-putih kat gusi bawah dia.


Kita tengoklah seminggu dua lagi.


Betul ke Aidi nak tumbuh gigi.


Tapi jarang aku dengar baby 4 bulan dah nak tumbuh gigi. Tapi kalau tengok perangai Aidi yang suka menggigit toys, gigit teether, gigit puting botol susu, gigit jari sendiri....hmmm macam ada tanda-tanda jugak tu.


Ohh mama yang neves nak oii!

Wednesday, April 18, 2012

Kalau Boleh 2014 Lah.

Baru-baru ni aku ada call mak mentua. Saja lah call tanya khabar. Topik utama biasalah...AIDI.


Borak punya borak punya borak, tentiba mak tanya gini.


"period wan macam mana? Okey ke?"


Wahh!! Terus tuju jek soklan.


Sampai aku pun blur kejap nak pikir jawapan. Haha.


Tapi memang besfren bulanan aku ni datang tepat masa. 3 kali datang bulan lepas beranak ni semuanya on time. Boleh kata lagi stabil dari sebelum mengandung. Jadi lagi senang nak buat benteng pertahanan. Haha.


Mungkin mak pun risau aku ter mengandung awal sebab aku memang takde amik apa-apa pil ke suntikan ke implan ke apa untuk famili planning. Bak kata mak sana..."pandai-pandai sendiri la adjust." Muahaha!


Kalau bleh tahun 2014 nanti baru nak bagi Aidi adik. Tapi nama adik Aidi dah ada dah dalam kepala. Boleh?? Hehe.


Tapi aku sebenarnya risau jugak kalau-kalau terbabas.


Incik suami pulak dah selalu sangat tersasul cium perut aku time nak salam peluk cium sebelum pergi kerja.


Bila aku tegur kata mana ada baby lagi dalam perut ni..


Dia jawab..


"ADA....TAK LAMA LAGI ADA LAH TU."



Tentiba seram sejuk badan.


Haha.

Tuesday, April 17, 2012

Aidi Kena Tendang Keluar Padang.

Alhamdulillah...

Semalam best sangat sebab dapat balik sekolah pukul 2 petang. Memang hip hip hooray!!


Balik rumah terus zoom pergi amik Aidi. Aidi tengah tido lah pulak time tu. Comelnya tengok Aidi tido. Kenkadang mulut dia macam nyot nyot nyot..mimpi minum susu mungkin. Haha.


Bila Aidi terjaga, cepat-cepat dukung ajak balik rumah. Sampai rumah, walaupun badan letih ya amat, tapi layan jugaklah si anak tu nak memain. Sebabkan penat, jadi ajak Aidi landing atas katil je la.


Aku ni baring-baring tapi mata dah bukak separuh je ni. Ngantuk sangat. Tentiba dengar Aidi pun dah nyanyi-nyanyi macam tengah dodoikan diri sendiri. Budak ni memang gini peel nya sekarang, bila dia ngantuk sangat tu mesti dia akan nyanyi-nyanyi dodoikan diri sendiri. Alih-alih dah tido. Huhu.



Kadang memang semudah ABC nak tidokan Aidi. Kau tepuk-tepuk bontot dia jap lagi lenalah tu.


Kenkadang tu mak ai susahnya la nak bagi anak ni lena. Ditepuk tak jalan, didodoi pun takde kesan, bagi susu...hmm susu memang habis licin tapi mata tetap membuntang. Jawabnya memang kena sabar sabar dan sabar je lah. Budak memang macam ni kot kan..dia mengantuk tapi dia lawan ngantuk dia tu.


Tapi cumanya aku lega sikit sebab Aidi memang jenis tak bangun tengah malam mintak susu ke apa. Dia akan masuk tido pukul 9 - 10 cenggitu then tido lena sampai pukul 5 - 6 pagi. Jadi itu adalah best untuk mama dengan abahnya. Heh.


Dulu masa awal-awal balik ke Labuan, Aidi memang tido atas katil dengan mama abahnya.

Mula-mula tido tengah-tengah.


Pastu ubah kasi tido tepi dinding.


Lama-lama sekarang ni terus kena "tendang" tido kat bawah..atas tilam dia sendiri.


Sorry ye Aidi sayang....


Heh.

Sunday, April 15, 2012

Happy 4 Months Old Aidi!!

12 hb baru ni Aidi genap 4 bulan.


Kejap je Aidi dah 4 bulan. Jap lagi tengok-tengok eh eh, dah 4 tahun dah Aidi. Pastu pejam celik pejam celik, eh eh..dah darjah 4 dah dia. Pastu dah tingkatan 4, pastu kau sedar-sedar je Aidi dah mintak nak kawen. Haha! Begituuuu!






Kalau zaman dendulu, baby 4 bulan ni orang dah bagi makan dah kan? Even kat tin nestum pun tulis "4 months ++". Maknanya 4 bulan dah boleh makan. Tapi itu duluuuuuu punya cerita. Zaman sekarang ni orang tak galakkan baby makan terlalu awal. Mungkin ramai dah buat kajian, tambah lagi environment sekarang ni yang memang kritikal sangat. Jadi susu sahaja pun dah cukup untuk baby 6 bulan ke bawah. Dapat susu ibu lagi berganda baiknya.


Jadi aku takdelah plan nak bagi Aidi makan lagi even ada jugak suara-suara kata Aidi dah boleh makan. Buat pekak je dah la. Tunggulah paling awal pun Aidi 5 bulan baru berani nak try suap solid food untuk Aidi.


Budak debab tu sekarang, sejak-sejak dah terer meniarap ni, kejenya asik nak tunjuk skil jek. Pantang diletak baring, laju je dia pusing badan nak meniarap. Pastu jawabnya sesi menukar pampers, memakai baju seluar lepas mandi semua tu sangatlah adventure dah sekarang. Kena bergusti dulu baru siap pakai baju. Haha.


Nak tengok video Aidi meniarap boleh klik sini.



Aku tak reti nak upload video kat blogspot ni. Buta IT. Kat fesbuk je reti. Heh.


Pastu kan, anak aku sorang ni mulut mak ai, macam pop corn!


Pot pet pot pet pot pet memanjang. Ntah hapa bahasa dia cakap aku pun kurang periksa. Tapi kenkadang macam ada bunyi-bunyi dia panggil "mama" "abah" jugak. Perasaaaan!


Tapi memang bising mulut Aidi ni. Bukan dia menangis pun, dia bermonolog sendirian. Tapi pitching kemain tinggi. Tu yang tengah meniarap pun bising. Mulut sama badan sama kaki sama tangan sama naik jek.


Kalau tengah main toys pun bising kemain. Boleh klik SINI kalau nak tengok video budak debab ni mulut riuh.





Kiutnya bila dengar suara dia. Macam mak bedah. Haha!


Aidi suka senyum jugak. Kalau aku senyum kat dia, mesti dia akan balas balik. Kalau aku ketawa berdekah-dekah even ketawa tak ikhlas, mesti Aidi akan ketawa dekah-dekah jugak. Kalau aku buat-buat tidur sebelah dia, nanti tak lama pastu dia pun nak tidur sama. Kalau abah dia tengah berak kat jamban, Aidi pun tentiba nak berak jugak. Muka berkerut-kerut teran taik. Haha!







Aku sukalah tengok keletah Aidi.


Setiap hari ada je keletah dia yang buat aku happy. Yang buat aku sengsara pun ada jugak. Kui kui kui.


So far alhamdulillah. Paling-paling sengsara pun nak jaga Aidi ni part dia lapar nak susu, and nak bagi dia tidur je. Itu je lah part yang selalu train aku dan incik suami jadi manusia yang lebih sabar.


Part lain memang no hal.






Aidi memang anak yang baik. Mudah-mudahan selama-lamanya begitu. Insyaallah.


Eh berat Aidi yang terkini adalah 6.83 KG!!


Tahniah!


=)

Saturday, April 14, 2012

Kau Ada ??

Jam 10.30 pagi tadi, berakhirlah sudah tugas aku sebagai pencatat masa bagi kejohanan olahraga dan balapan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Peringkat W.P. Labuan.


Legaaaaa!!


Letih okey 3 hari setengah berkampung di stadium, berdiri bawah terik matahari semata-mata nak amik masa budak-budak lumba lari. Letih...tapi seronok jugak tengok anak murid berlari. Pastu mulalah time keeper yang bersorak lebih. Haha.


Aku tak sure pulak sekolah mana yang muncul sebagai juara keseuruhan kejohanan kali ni. Rasanya sekolah aku naib juara je kot, ketinggalan 1 pingat emas. Tapi kalau kira bilangan pingat memang kamilah johan. Pingat SMK Mutiara memang banyak, jauh meninggalkan sekolah-sekolah lain. Cuma pingat emas je lah yang kurang sebijik untuk muncul juara. Tapi tak tahulah kot-kot betul sekolah aku yang juara tahun ni. Harapaannnn!


Taki kisahlah, yang penting tugas aku dah habis.


Dan hasil daripada 3 hari setengah pegang jawatan sebagai time keeper MSSWPL.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.





Tangan berbelang. Boleh tau aku pakai baju lengan panjang mana, jam aku letak kat mana, cincin pakai jari mana semua. Sebijik macam kuda belang.


Ha..yang ni lagi best.


Sebab sport shoes aku dah terkoyak *wahh, macam aku pulak yang berlumba lari kan*, jadi aku pakai sandal jek.


Dan hasil jemuran kaki selama 3 hari adalah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








King of zebra namanya ni.



Tahun depan mesti kena lagi ni. Baru hatrik 3 tahun beturut-turut jadi AJK Teknikal.


Kalau rasa tak nak nama naik lagi, senang jek.


Sila mengandung lagi.


okbai!

Wednesday, April 11, 2012

Cerita Besday Incik Suami

Semalam besday incik suami yang ke - 27.

Happy Birthday sayang!!

Besday incik suami semalam disambut dengan penuh sederhana. Sangat sederhana. Aku yang memang dari awal tak tau nak plan sambut macam mana, akhirnya aku decide untuk ikut je flow. Apa yang nak jadi, jadilah. Yang penting kami bertiga happy. =)



Macam yang aku jangka, aku balik dari kejohanan olahraga pukul 5.30 petang. Incik suami pulak akan habis duty jam 7 malam. Jadi bajet-bajet dalam 7.30 dia akan sampai rumah. Kek yang aku tempah selamat di deliver depan pintu jam 6.15 petang macam tu. Acara masak-masak memang takde. Aku letih kot sepanjang hari berdiri bawah terik matahari jadi pencatat masa budak-budak lumba lari. Jadi menu yang terhidang atas meja cumalah sebiji kek.






Dalam jam 6.30 macam tu Aidi dah tido. Aku amik masa sikit untuk mandi-mandi. Mandilah dulu kan..dah lah tak masak, takkan nak sambut besday boy pun dengan bau badan busuk berpeluh segala kan? Tak romantik langsung. Heh.


Jadi mandi apa semua, pakai baju proper siap-siap sebab plan nak bawak incik suami keluar dinner je malam ni. Then baru je nak sikat rambut tentiba aku dengar bunyi motor incik suami.


Hah??


Dah balik ke pakcik tu?


Cepatnyaaa...


Huh laju-laju sikat rambut *tak nak aku sambut incik suami dengan rambut ala-ala kak limah balik rumah*.


Pastu laju-laju keluarkan kek dari kotak and letak atas meja makan. Hajat hati nak buat air semua siap-siap, nampaknya tak jadilah. Incik suami dah depan pintu.


Incik suami masuk je rumah..


"Hai besday boy!!"


Incik suami muka penat gila. Tapi masih mampu senyum. Besday la katakan..


"Kite ada benda nak tunjuk kat abang."


"Apa dia??"


Terus aku pimpin tangan dia bawak pergi meja makan...







"Ohhhhh kek!!!"


Dia teruja hokey. Kek je pun, tapi teruja lebih. Aku suka. Heh.


Incik suami kata dia nak mandi dulu. Okey fine, mandi wangi-wangi pastu kita potong kek sambil nyanyi lagu hepi besday.



Layan gambar la okey.

















Masing-masing makan sepotong kek jek. Simpan perut sebab lepas tu nak pergi dinner kat luar pulak.


Jadi keluarlah kami bertiga berdinner.


Kat mana??


Kat restoran seafood biasa jek. Yang paling dekat dengan rumah. Dah itu yang incik suami request. Aku memang dah standby poket dah, manalah tau dia ajak pergi dinner kat Hotel Grand Dorset ke kan...pengsann!



Fine la makan kat gerai jek. Kami memang berwasatiah dalam kehidupan. Hehe.


Bila dah dia pilih gerai seafood, dalam kepala aku membayang-bayanglah mesti incik suami nak order


tomyam

sotong goreng tepung

telur dadar

siakap 3 rasa

kailan ikan masin

daging masak merah

bla bla bla kan?


Aku sedia duit je la. Takkan besday boy pulak yang belanja kan? Okey takpe takpe..aku memang dah ready.


Sekali bila sampai time nak order.


"Abang nak order apa?"



KUEW TEOW GORENG SAMA TELUR MATA SATU!!!


Coi!!

Monday, April 9, 2012

Tolong Pilihkan Untuk Aku Boleh?

Besok 10 April..besday incik suami. Yang ke berapa?? Rahsia katanya..hehe.


Tahun lepas, sambutan adalah sedikit beria. Siap ada surprise party, siap main tutp-tutup mata dengan kain siap. Kira memang menjadik la surprise yang dirancang. Boleh baca kat sini kalau nak rewind balik. Ceh.


Tahun ni??


Alahai...


Sampai ke saat ni aku masih tak tau nak celebrate macam mana besday suami ni esok. Hadiah pun takde lagi ni. Cuma kek je aku dah tempah siap-siap. Itu pun incik suami tak tahu. Aku agak je lah dia tak tahu sebab aku tak bagitau. Tapi kalau dia curik-curik baca sms aku dengan tokey kek tu aku tak tahulah pulak kan. Haha.


Tahun ni takdelah rancang nak bikin parti terkejut lagi. Letihlah nak rancang. Aku dengan tengah membizi dengan Kejohanan Olahraga & Balapan Peringkat Negeri lagi. Wah..bunyi macam aku coach je kan? Padahal cuma bertugas sebagai pencatat masa. Haha.


Jadi aku adalah tidak tahu camne kekdahnya nak raikan besday boy kesayangan aku ni esok.


Dalam kepala ada dua tiga pilihan.


Satu, bawak incik suami makan kat gerai makan yang dekaaattt sangat dengan rumah kami. Sian kan? Ajaklah sekali abang ipar sefamili bagi meriah. Aku belanja. Kek bawak sekali kita potong-potong kek nyanyi hepi besday semua kat sana.



Dua, Aku tapau je mekdi ke kfc ke bawak balik. Kita selebret kat rumah. Pun ajaklah sekali famili abang ipar kasi meriah hulala. Tapi makanan itu je lah..kek and fast food. Aku memang takde masa nak memaasak sebab esok confirm paling awal 5.30 baru dapat balik dari kejohanan olahraga. Incik suami balik keje jam 7.30 malam. Nak masak?? Hampunlah..


Tiga,


Yang ni jimat.


Tidorkan Aidi seawal yang boleh. Pastu makan kek berdua. Nak lagi romantik, kita makan kek atas katil.


Haha!!


Sila pelempang aku laju-laju.

Sunday, April 8, 2012

Lawak La Aidi Ni.

Baru kejap tadi..tengah best santap hidangan makan malam iaitu Nasi Goreng Singapore + Sotong Goreng Tepung, baik punya aku nom nom nom...tentiba kunyahan terhenti. *wah!! kunyahan gitu!*


Sebab apa?


Sebab terpandangkan ini.








Apakah???


Terpandang hand set ada atas meja makan, terus amik gambar laju-laju.


Tak puas hati, pergi dekat sikit.







Keh keh keh!!


Aku gelak dulu.



Nak bagi kuat lagi gelak aku, aku amik gambar dari depan pulak.









Kui kui kui kui!!!!



Aiii la Aidi.


Macam mana lah da da *singkatan pada 'panda'* kamu boleh ada atas kepala ni??



Dah habis gelak baru mula serius pikir..


Eh macam mana ek benda tu boleh ada atas kepala dia??


Aidi letak sendiri ke?


Impossible jek.

Saturday, April 7, 2012

Topik Aidi Lagi.

Weekend memang best. Dapat masa berkualiti dengan Aidi...berharga sangat tu. Cuma masa berkuali berperiuk bersudip je tak dapat minggu ni sebab dah berapa hari gas habis, incik suami asik malas je nak pergi beli. Katanya nak beli kepala gas yang baru dulu then baru nak beli gas. Kami suspek tiub gas kami bocor. Sebab baru je lagi sebenarnya tukar gas, tak sampai pun sebulan. Tup-tup dah habis. Tong pun dah ringan. Patutlah sebelum ni macam ada bau-bau gas sikit bila aku basuh pinggan kat dapur. Bahaya kan tiub gas bocor...eeii seram.


Ha, tak pasal dah masuk cerita tong gas pulak. Heh.


Next week, 12 hb Aidi genap 4 bulan. Alhamdulillah. Makin membesar anak aku.


Aidi sekarang memang dah terer dah rolling over. Aku pun terkejut tengok ketereran dia. Dulu macam malas-malas je nak meniarap, sekarang tidak lagi. Hehe.


Seronok tengok dia rolling-rolling. Kadang dalam tidur pun dia rolling jugak. Pastu mulalah silap landing masuk celah ketiak mama abahnya. Haha.


Selain dah pandai meniarap, Aidi sekarang dah boleh menjulur. Err menjulur ke orang panggil?? Kiranya bila dia meniarap, dia suka bergerak ke depan, dan depan lagi dan depan lagi. Aidi ni suka angkat bontot dia dah aku tengok. Gamaknya nak praktis merangkak pulak kot. Maju!


Pegang botol susu sendiri pun dah boleh dah sikit-sikit. Tapi sebabkan botol susu Aidi ni diameternya kemain lebar, jadi macam susah sikit Aidi nak hold. Tapi dia nak hold jugak, kadang ditolaknya jari mama dia tak nak bagi pegang botol susu dia. Nka berdikari lettew. Hehe.


Sukalah tengok gelagat Aidi.


Memang kenkadang dia buat perangai macam nak mintak pelempang je kan..tapi sebabkan dia comel, jadi mama terus sejuk hati. Ada sekali baru-baru ni dia meragam nak mintak dukung je manjang, letak tak mau. Yang aku pulak mata dah ngantuk tahap hapa dah ni. Pujuk dia tido pun tak de naknya dia tido. Sudahnya mulalah aku hangin. Terkeluarlah suara cikgu marah anak murid time tu. Tapi ada Aidi kesah?? Takdenyaaa.....Dia bantai ketawa mengekek-ngekek je tengok mamanya jadi hulk. Alahaiiii.


Keseluruhannya, aku masih lagi rasa Aidi anak yang senang dijaga. Tak pernah lagi dia melalak meragam tak tentu pasal, sakit demam pun tak pernah lagi. Alhamdulillah.


Aidi ni jenis gini...kalau agak-agak nak keluar bawak dia jenjalan mana-mana, kita kena war-warkan pada dia awal. Then bisik-bisiklah kat telinga dia supaya jangan notty bila keluar nanti, mesti behave, kalau nak susu..mintak elok-elok. Kalau ngantok bagitau elok-elok..jangan jerit-jerit. Eh budak ni kalau sesekali test suara..1 blok ni boleh dengar aku rasa.


Okbai!

Friday, April 6, 2012

Aidi dan Abah.

Tak sabar nak tunggu pukul 11.30. Nak balik rumah. Yeay!!


Sekarang dah pukul 11.10. Habis je aku taip entri ni mesti dah pukul 11.30, boleh kemas beg, tutup kipas, tutup lampu, kunci pintu, punch card, thumb print, start enjin kereta, pecut laju-laju balik rumah. Ohh sorganya dapat balik awal. Tiap hari kena balik lambat...kesian sangat.


Hari ni kan, tak hantar Aidi ke rumah Mak Long dia tau. Incik suami off day hari ni, jadi dia offer diri nak mengasuh Aidi. Aku pun kejap lagi nak balik dah, jadi takdelah lama sangat dia kena mengasuh Aidi sorang-sorang.


Sayang sangat kat incik suami sebab beliau memang bagi support sepenuhnya dalam hal-hal menjaga Aidi ni. Kalau dia nampak aku letih, cepat-cepat dia amik Aidi dan aku disuruhnya tido. Best!

Kalau kenkadang Aidi terjaga tengah malam nak susu, memang incik suami yang bangun layan Aidi. Aku? Tido lah apa lagi. Hehe.


Tapi bila aku tengok incik suami pulak letih, takdelah aku pass Aidi kat dia kan. Sama-sama tolerate lah kata orang.


Agaknya apalah yang dibuat dek dua beranak tu kat rumah ek?


Pagi tadi call incik suami kata Aidi tido, tapi belum mandi lagi. Tapi tak risau sangat, incik suami memang dah terer dah bab-bab mandikan Aidi, pakaikan baju, tukar pampers, bancuh susu, playing with Aidi segala tu..memang boleh diharap. Aku memang tak risau.





Pernah satu hari tu..tinggalkan Aidi dengan abah dia.


Bila aku balik rumah, bukak pintu...


Dihidangkan dengan pemandangan ini.







Ohh sweet!



Errr abaikanlah incik suami yang selalu tak berbaju tu. Nama pun kat dalam rumah, kadang-kadang pakai boxer jek. Opps!


=)

Thursday, April 5, 2012

Rindunya Kat Aidi

Rindunya pada Aidi. Apalah yang dia buat kat rumah Mak Long dia tu ek? Semalam Mak Longnya report kata Aidi meragam. Dia mengamuk memanjang tak nak diletak atas tilam tapi nak dipegang. Budak comel tu memang cenggitu, datang mood mengada dia memang kena sabar jek. Lagipun dia bukan mengamuk apa pun, cuma nak dipegang, dipeluk, dicium, disayang. Ala..biasalah baby kan?


Harap-harap hari ni Aidi behave.


Rindunya...


Nak balik, lambat lagi. Tambah lagi hari ni ada lagi bengkel PBS BM. Nampaknya pukul 5 baru aku dapat jumpa Aidi. Ohh..lambatnya masa berjalan.


Kita tengok gambar Aidi je lah..buat melepas rindu. Huhu.



Aidi dah pandai main toys dah sekarang. Suka tengok dia main. Ralit jek.





Eh eh..mama amik gambar aidi ye?



Mama janganlah kacau..Aidi nak main ni. Iyolaaahhh.



Last-last...



Letih.


Tido.


Zzzzzzzz...

Wednesday, April 4, 2012

School Aidi

Minggu ni ada Bengkel PBS Bahasa Melayu. Siapa cikgu tingkatan 1 mesti tahu apa itu PBS. Katanya budak form 1 tahun ni dah takde PMR dah, semua dinilai berasaskan sekolah. Cikgu yang kena nilai. Itu yang muncul PBS tu..Penilaian Berasaskan Sekolah. Macam-macam..yang letihnya cikgu. Pening kepala. Nasib baik ajar form 1 satu subjek jek. Kalau tiga-tga subjek aku ajar form 1?? Mampuih!!


Eh sebenarnya bukan nak cerita pasal PBS pun. Sebenarnya nak cerita..semalam, aku borak-boraklah dengan sorang cikgu ni. Cikgu sekolah Sri Labuan International School.


Aku: Ramai ke pelajar kat international school?

Cikgu IS : Hurmm..takla ramai sangat. 1 kelas tu dalam 9 orang je.


Aku : Ohhh..sikit jek. Senanglah cikgu mengajar.


Cikgu IS: *senyum*


Aku: Eh, sekolah tu ada nurseri jugak kan?


Cikgu IS : Takde..tadika ada lah.


Aku: Oh ingatkan ada. Tadika dia berapa eh yuran dia? Mahal tak?


Cikgu IS: Mahal jugak..RM300 sebulan. Tapi kalau kerja goverment ada 50% diskaun. So jadi RM150 je la sebulan.


Aku: Oooo...okla jugak tu. Ada diskaun siap. BOLEHLAH HANTAR AIDI TADIKA SITU NANTI.



Tentibaaaaa kan!


Anak baru nak masuk 4 bulan, aku gelojoh dah cari tadika untuk dia.


Pheww!!





Eh tapi memang hati macam ada niat-niat dah nak masukkan Aidi ke situ nanti. Cikgu tu kata 4 tahun dah boleh register dah.

rm150...untuk learning class + breakfast + lunch + swimming class, vocal class, piano class bla bla bla.


Macam okey jugak.


Tapi tak tahulah 4 tahun lagi kot-kot yuran naik berganda.





Tapi bila ajukan pada incik suami..jawapan beliau..



"Ala..tadika kemas pun okey jugak apa."



Heh.

Tuesday, April 3, 2012

Momen Aidi Meniarap Terlentang

Aidi kan...dia sebenarnya dah pandai dah meniarap and terlentang. Ada lah beberapa kali dia buat aksi meniarap terlentang tu. Cumanya budak bertuah ni maaaalassss.


Haih!


Dia kan..kalau tahu mama atau abah dia ada dekat-dekat situ, usaha dia menangis mintak tolong angkat dari dia usaha sendiri nak terlentang atau tiarapkan badan. Manja Terlebih.


Tapi selalunya aku buat dono jek. Kalau dia dah meraung sampai macam nak keluar anak tekak tu barulah aku angkat. Heh.


Semalam, Mak Longnya eksaited bagitahu aku yang Aidi dah boleh meniarap. Eksaited okey nada suara dia padahal aku dah tahu lama dah Aidi boleh meniarap. Heh.


Hari tu masa kat rumah Mak Longnya, Aidi sempat buat show. Sempat pulak aku snap gambar.




Dari posisi meniarap....


Cubaan untuk terlentangkan badan.






Ehh ehhh ekkk ekkk bunyinya.






Berjaya mengiringkan badan.


Usaha, usaha jugak. Tapi jari tetaaappp dalam mulut. Haih!







Lama nau nak tunggu Aidi berjaya terlentangkan badan, aku main snap-snap gambar anak buah aku yang 2 orang ni pulak.


Iklan jap






Tengok kat tepi tu..gigih si budak botak tu nak terlentangkan badan. Chaiyok!!!


Aku pulak ralit main snap-snap gambar anak buah aku tu. Berkeping-keping aku snap.



Tentiba.....






Eh eh..







Berjaya dah?


Yeayyyy!!


Mama sorak gembira. Aidi buat muka blur.


Aku nampak dada dia turun naik laju masa ni. Letih mungkin.


Heh.

Sunday, April 1, 2012

Pesta Pantun Punya Cerita.

Dua minggu pertama naik kerja yang amat meletihkan. Bizi!

Faktor utama bizi adalah pesta pantun sekolah-sekolah menengah W.P Labuan. Sekolah aku pulak tu jadi tuan rumah. Hadoi! Entahlah macam mana tahun ni boleh pulak terpilih jadi guru pembimbing pasukan pantun. Nasib baik bukan sesorang diri, ada 2 lagi cikgu yang membimbing pasukan pantun sekolah tahun ni. Paling lucky salah sorang dari cikgu tu merupakan pemantun USM masa zaman beliau study kat U dulu. Aku dengan sorang lagi cikgu ni cuma pemantun sekolah sajork. Sekolah pun tahun berapa? Lamaaaa dah tinggal pantun memantun ni.


Latihan bermula kurang seminggu sebelum pertandinga. Memang Gila. Dengan pemantun pun baru nak select, tambah pulak 4 orang dari 5 pemantun memang takde pengalaman langsung pergi pesta pantun ni. Memang zero.


Awal-awal latihan memang aku dah cuak dah. Budak-budak ni baca pantun pun nada masih lagi nada kita baca pantun buah cempedak tu. Memang fail. Belum lagi tengok depa buat pantun lagi. Lagilaaahhh! bagi 5 minit pun belum tentu siap serangkap pantun. Masa pertandingan masa yang diberi untuk membeli dan menjual pantun hanyalah 60 saat. Ate camane??


Jadi jawapannya adalah training training training! Pagi petang siang malam adalah training. Bukan budak je kena training..dengan cikgu-cikgu pembimbing sekali. Jadi selama seminggu ni memang lewat petang baru aku dapat amik Aidi dari rumah mak long dia. Pastu malam, jam 8 camtu dah kena keluar lagi pergi train budak-budak.


Aidi macam mana??


Abahnya lah jadi baby sitter. Huhuhu. Nasib baik ada incik suami yang sangat memahami dan memberi sokongan 120 peratus. Kalau suami kata "NO"?? Nak kata apa kan?


Jadi berlatihlah kami anak beranak secara intensif. Sampai Mc D pun jadi port berlatih. Tapi Mc D kat Labuan ni ada sebijik jek, jadi agak crowded, tukar pulak port latihan ke gerai makan jek. Cari pulak gerai yang tak ramai orang. Privacu sikit. Balik latihan malam-malam mesti tak kurang dari jam 11 malam. Balik-balik tengok Aidi pun dah tido. Kenkadang incik suami pun dah tido. Kesian sangat...


29hb..Khamis. Pertandingan bermula.

Sekolah aku..SMK Mutiara lwn SMK Lajau.




Muka-muka pemantun sebelum pertandingan start. Muka ala sinyum...tapi dalam hati bergempa bumi gamaknya. huhu.


Keputusannya??


Kami menang!! Yeay!!


Kalau iktu jadual perlawanan, kalau kami menang, terus pergi semi final. Bila?? Esoknya..Pergh!!


Semi final...SMK Mutiara lwn SMK Pantai.






Sebelum pertandingan, aku memang cakap dengan budak-budak harapan kita 50-50 je. Maklumlah, semi final kan..jumpa dengan pasukan yang sama hebat sebab sama-sama dah menang kat pusingan awal. Jadi just all out. Tapi jangan over konfiden.


Sekali bila pertandingan dah mula....aku pulak yang macam over konfiden sekolah boleh menang. Hahaha! Tapi betul apa..we won!!


Jadi esoknya kami akan ke final bertemu SM St Anthony. St Anthony ni juara bertahan ni wa cakap sama lu. Tahun lepas depa wakil Labuan pergi peringkat kebangsaan boleh sampai semi final tau. Jadi memang lawan besar ni. Memang menggerunkan. Terasa sangat kami ni macam semut merah..depa tu gajah besar. Huhu.


Tapi takpe..takpe. Pantang menyerah katanya. Gajah ke king kong ke kita kasi lawan jugak. Jadi latihan malam tetap ada malam tu. Latihan paling intesif sampai pukul 12 malam. Tentiba jugaklah aku jadi berani driving malam-malam. Selalunya aku memang kurang yakin nak drive malam. Tapi demi bebudak pantun..cikgu relaaaaa.







Sebelum pertandingan. Tersenyum dalam debaran.


Baju budak-budak ni kami main hentam je ni. Sekolah memang takde koleksi baju pemantun sekolah sebab memang sebelum-sebelum ni sekolah aku tak pernah sampai final pun. Selalunya pusingan awal dah kalah. Tahun ni ajaib sikit. Jadi baju ada;ah takde. Terpaksalah kami cikgu-cikgu pembimbing ni buat muka seposen mintak pinjam baju melayu pasukan nasyid, mintak pinjam sampin hak milik pendidikan khas, pinjam capal pasukan kompang bla bla bla. Dan nasib baik semuanya macam dipermudahkan. Dapatlah jugak bebudak ni berbaju sedondon. Kalau tak...kita pakai baju sekolah je la ye anak-anak. Heh.






Semasa pertandingan.



Muka memang masing-masing ketat. Cuak lettew!


Walaupun jumpa pasukan gergasi, aku kagum jugak dengan pasukan pantun ni..depa melawan la jugak. Dengan pusingan pengenalan yang mantap, memang mampu buat pemantun lawan berubah muka. Kena saiko lettew.


Pantun-pantun yang dijual memang killer-killer. Banyak jugak pantun yang tak dapat dijawab tepat. Tapi pasukan lawan mantap dari segi gaya bahasa. Kosa kata diorang memang mantap banding bebudak aku. Yela..mana nak lawan pasukan yang dah praktis berbulan-bulan dengan pasukan yang praktis beberapa hari je. Huhu.


Jadi keputusannya kami tewas. Cuma naib juara.

Tai bagi aku, dapat ke final pun dah kira kemenangan bagi pasukan pantun. Mana pernah smk mutiara cipta nama dalam arena pantun ni, inilah kali pertama. Tambah membanggakan diorang berjaya ke final sebagai tuan rumah. Memang cikgu bangga!


Lepas ni,pasukan pantun ni akan diberi latihan berterusan sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai persediaan ke pesta pantun 2013 tahun depan. Aku macam ada sikit yakin yang tahun depan, pasukan pantun SMK Mutiara mampu bergelar juara.




Juara Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah W.P Labuan 2013.


Percayalah.


Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...