MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, December 4, 2013

NICU yang memori


Bersawang hoi blog aku.

Macam bizi nau berpantang kali ni.haha.

Alhamdulillah...Adelea dah discaj dah dari nicu 26 november lepas. Kiranya dah seminggu jugaklah. Lega sangat bila berat Adelea cecah 1.75kg dan doktor bagi balik. Aku memang tak berapa nak selesa berumahtangga kat nicu tu. Walaupun bilik ada aircond 24 jam, aku disediakan katil sebelah incubator Adelea untuk aku baring rehat tido, ada toilet yang 24 jam bersih dan kering, ada makan hospital sediakan, ada misi misi yang cantik manis yang sentiasa sedia membantu aku...tapi rumah sendiri tetap nombor satu.


Apapun, pengalaman jaga Adelea dalam nicu memang satu pengalaman berharga untuk aku. Tak semua orang dapat experience cenggini.

Minggu pertama Adelea lahir, aku memang tak dapat nak jaga dia 24 jam sebab aku pun masih dalam wad lagi. Seminggu aku kena tahan. Hazabbbb...tangan aku kiri kanan kena cucuk jarum tiap hari. Sampai sekarang masih ada kesan jarum tu. Kalau satu je takpe jugak, ini belambak. Hoi!

Lepas aku dah discaj baru aku boleh jaga Adela 24 jam. Kira aku boleh rooming dengan baby la kat nicu tu. Tapi idokler aku bebetul 24 jam kat situ. Kejap kejap aku balik la rumah untuk mandi, makan, rehat kejap. Ada hari hari aku tak tido hospital. Letih badan jugak hoi kalau harI hari tido spital.



Tapi mujurlah Adelea tak banyak ragam.

Dia memang senang sangat nak jaga. Keje dia tido je manjang. Bila lapar, barulah dia kuak kuak bangun mintak susu.

Gaya tido dia pulak ya hampunnnnn...rasa macam tengok diri sendiri tido. Sebijik aku! Hahaha. Nak tergelak aku. Kemain dalam incubator pun tido berposing. Kehkehkeh.





Dalam 2 3 hari sebelum discaj tu, Adelea dah tak payah duduk dalam incubator dah. Syukur sangat.

Doktor kata progres Adelea sangat baik. Berat dia naik dengan baik. Dan cepat. Selalu baby amik masa lebih kurang sebulan nak cukupkan berat. Tapi Adelea amik masa 2 minggu je. Aku lega sangat. 

Aku rasa macam nak tepuk bahu sendiri sebab susu badan aku menyumbang 95% kepada kenaikan berat Adelea. Heh.

Okla itu je. 

Haha

Aku ekceli blur..dah lama tak karang entri. So habis macam ni je lah ek.

Daa!!

6 comments:

  1. ujian & dugaan setiap org tak sama kan..semoga adelea membesar dgn sihat..

    ReplyDelete
  2. ok xpe.dh byk dh baca kisah adelia kat fb.hehehe.yelah yong.pengalaman ni xsume org dpt kan.moga adelia sihat menbesar dgn cepat ye syg~

    ReplyDelete
  3. alin pun penah mengalami ujian dan dugaan yg sama.tp tamparan nye lagi hebat kot.alhamdulillah setiap ujian ade hikmah nye.semoga adelea membesar dengan sihat ye...amin

    ReplyDelete
  4. semoga sofea membesar dengan sihat. minum susu mama banyak2 ye sayang

    ReplyDelete
  5. smg adelia terus membesar dgn bambam n sihat :)

    ReplyDelete
  6. Ahamdulillahhh... Adelea cpt bsar2 bambam tau :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...