MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 28, 2010

ENTRI AKHIR SEBELUM BERGELAR CIK PUAN MUDA JELITA.sob sob sob..

Kehadapan pembaca-pembaca belog yang aku kasihi...

Woahahahahah.....I MISS U ALL MUAH MUAH MUAH!!!

Maafkan diriku kerna terlalu lama mengabaikan belog peliharaan ini. Owh aku sangat-sangat bizi dua tiga pat lima menjak ni. Sebelum ni bizi dengan sekolah. Tapi Alhamdulillah aku selamat abiskan praktikal aku dengan jayanya berdasarkan kiraan kotak-kotak hadiah yang aku terima dari murid-murid dan guru-guru. Huhuhu..Thanks semua!

Okey, berbalik kepada citer hari ini. Hari ni hari Jumaat, maka hari ini genap tinggal 7 hari saja lagi sebelum aku bergelar cik puan muda jelita. Hahaha..Tapi siyes weh, kepala aku serabut, pening, jiwa kacau bagai. Sungguh. Sampai satu tahap aku rasa aku dah menjelma menjadi apa bahasa kamu selalu guna tu...bridezella? gozilla? mozilla? ke apa ntah..aku konpius. Tapi itulah aku..Boleh gila pikirkan nak kawen ni. Sungguh..

Aku rasa ini last entry aku sebelum aku sampai ke situ. Walaubagaimanapun *perghhh bahasa* aku promise..ye promise ni, nampak x aku tengah angkt tangan ala-ala nk baca ikrar ni..yep, aku promise akan hapdet citer-citer tentang wedding aku after aku bergelar cik puan ayu jelita lepas ni. Promise ya dear..

Sekarang ni aku memang mahu tumpukan sepenuh perhatian jiwa dan raga kat persiapan akhir aku. Memang banyak lagi benda-benda yang tak siap yang mengganggu jiwa. Makanya izinkan aku mengundur diri buat seketika waktu dari dunia belog ini.

Buat kawan-kawan yang sama-sama bakal menjadi ratu sehari tak lama lagi..SELAMAT PENGANTIN BARU DEAR!!

Err..kawan-kawan, selama aku tak membelog ni rajin-rajinlah bersihkan semak sawang dlm belog aku ni ye. Hehehe

I'll going to mish all of u.

See u then..

Daa

Tuesday, May 18, 2010

KEMBALI SENYUM

Betul lah kata orang, doa seorang ibu tu sangat mudah dimakbulkan. Apalagi kalau doa tu dimohon depan Kaabah...Subhanallah. Sungguh aku insaf. Masalah aku dan incik tunang yang semakin meruncing beberapa hari ni seakan-akan terlerai sikit demi sikit. Semakin hari aku semakin nampak jalan untuk ke situ. Aku semakin mampu membayangkan indahnya sebuah perkahwinan itu. Alhamdulillah..

Kalau sebelum ni aku risau tentang borang nikah incik tunang yang masih belum setel-setel lagi, sekarang tak lagi. Boleh kata separuh jiwaku lega sekarang ni. Alhamdulillah incik tunang berjaya selesaikan permohonan nikah beliau hari ni. Insyaallah dalam hari Khamis ni segala bagai borang incik tunang akan sampai ke tangan aku. So Sabtu ni aku boleh ikut abah aku ke rumah tok imam untuk dapatkan pengesahan apa yg patot. Isnin depan kami boleh terus ke PAID utk dapatkan kelulusan..Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan aku dapat menikah seperti tarikh yang dirancangkan. Amin..

Jadi lepas ni aku boleh tumpukan sepenuh perhatian kat bagai-bagai lagi perkara kecik-kecik tentang wedding aku ni. Nampak macam banyak dah selesai, tapi sebenarnya..huhuhu..Meh la aku buat check list skit.


Nak kena buat:

22/23 Mei
1. Jumpa imam masjid
2. Amik baju nikah incik tunang
3. Amik kasut nikah dan sanding
4. Beli baju melayu hantaran incik tunang
5. Hantar barang-barang hantaran ke Merisik Gallery
6. Print TQ taq


24 Mei
1. Hantar borang ke PAID
2. Bayar duit cupcakes

25 Mei
1. Hantar semula borang ke imam masjid

29/30 Mei
1. Amik tetris glass and wood box dari Kugeeku.
2. Jumpa Sri Angsana Katerer
3. Fitting baju sanding
4. Follow up tudung nikah dari Vispera
5. Deco-deco bilik pengantin


Warghhhhhh!!!! Banyak la pulak agendanya. Aku ingat dah tak banyak dah.

Hok aloh..Kena buat checklist semula ni.

Okeyla..pape nanti aku story mory balik.

Sakit perut la weii!

Adush!

Sunday, May 16, 2010

SEBAB KENAPA SAYA DAH LAMA TAK MEMBELOG

Hai dear....

Lama rasanya tak bagi mkn entri. Kebuluran agaknya blog aku ni. Huhu.. Yang sebenarnya aku punya banyak cerita untuk dikongsi dengan kamu-kamu. Cerita gembira, cerita sedih, cerita tak bape nak gembira, tak bape nak sedih semua pun ada. Cumanya kehadiran berita tak bape nak gembira yang bertimpa-timpa buatkan aku takde hati untuk menghapdet apapun tentang persiapan kawen aku beberapa hari ni. Entahlah....

Mungkin ada yang perasan yang aku dah delete entri bertajuk "giving a fake smile". Aku tau ramai yang memberi kata-kata semangat pada aku dalam komen box entri tersebut. Dan aku sangat-sangat hargai sokongan kalian. Thanks dear..Tapi aku rasa adalah lebih baik aku delete entri tersebut untuk menjaga hati dan maruah mereka-mereka yang aku sayang.

Okeylah, berbalik pada persiapan kawen aku...

Hmmmm...

Cuba tengok check list aku kat belah kanan blog ni.

Apa yang masih tak setel lagi?

Kamu dah tau kan?

Sebenarnya itulah masalah terbesar aku sekarang.

Semua persiapan lain dah selesai kecuali ada beberapa perkara kecik yang memang kena beli last minit macam telur ayam, coklat, buah etc.

Tapi benda paling penting untuk menikah tu yang tak selesai lagi buat aku sangat sangat sangat serabut. Tiap hari macam ada perang dunia dengan incik tunang. Setiap hari jugak aku macam orang main petik-petik bunga pastu buang kelopak-kelopak bunga tu satu per satu sambil berkata.."kawen....takyah kawen...kawen..takyah kawen.."

Hahaha!

Memang aku boleh gila kalau terus-terusan camni.

Tak perlu lah aku canang satu dunia kenapa hal yang satu tu tak selesai-selesai lagi. Cukuplah famili terdekat je yang tau untuk jaga maruah orang-orang tertentu.

Cuma, aku sangat sangat berharap semuanya akan selesai. Aku mengharap sangat keadaan akan pulih macam sediakala. Aku sangat berharap...

Dear..

Just tinggal 19 hari je lg dear..

Aku kepingin sangat nak merasa perasaan seronok campur berdebar menjelang hari-hari terakhir sebelum bergelar puan macam yang kamu-kamu rasa.

Tapi hakikatnya...sehingga saat ni aku cuma ada satu je perasaan.

Risau risau dan risau.

Dear..

Mohon kamu semua doakan majlis aku berjalan seperti yang dirancang. Andai kata semua yang dirancang tak jadi kenyataan, harap takde yang gelakkan aku, ketawakan aku. Aku cuma mampu merancang...tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Selamat ya untuk semua!

=)

Saturday, May 1, 2010

ADA 2 CERITA

Kisah 1: Baju nikah siap suda..

Weekend menjelma lagi. Hohoho..

Semalam, sampai-sampai je rumah dari Seremban terus hati berkata..

Wahh!!!!

Rumah dah siap cat sepenuhnya! Sejibik seperti apa yang aku bayang dan mahukan.

Aircond pun dah dipasang kat hall rumah..Sejuklah rumah aku pasni. Heheh

Really happy.

Satu lagi kejutan bila masuk je dalam bilik.

Omaigod!!

Baju nikahku dah siap!

Owh sungguh teruja. Rasa nak terus fitting baju dan dan tu jugak. Tapi haruslah tidak ye kawan-kawan, dengan badan aku yang dah berpeluh sakan sebab sesak-sesak himpit-himpit dengan macam-macam manusia dalam komuter dan LRT, haruslah aku pegi mandi menyegarkan diri dulu baru boleh sarung baju nikah aku. Huhu.

Mandi laju-laju pastu terus sarung baju nikah.

Serasanya ini adalah sarungan baju kali ke-3 kalo x silap aku. Huhuhu..Cuma bezanya kali ni baju tu dah betul-betul siap sepenuhnya. Dan perasaan aku tentulah berganda-ganda gembira bila pakai baju nikah sendiri.

Lepas dah puas senyum-senyum sendiri depan cermin, aku prektis duduk bersimpuh pulak. Bajet bersimpuh time tunggu akad nikah la konon. Hahaha..

Dan keputusannya, aku sangat sangat sangat puas hati. Aku lupa nak tanya mak bape tailor aku tu amik upah jahit baju ni. Rasanya dalam RM300 kot. Ntah, tak pasti. Hehehe..

Part paling kelakar bila aku sempat ber webcam dengan incik tunang semata-mata nak tunjuk kat dia keadaan aku dalam baju nikah tu. Huhu..Incik Tunang kata aku nampak cantik bila pakai baju tu. Hahahaha...haruslah kembang berbunga-bunga hati bila dipuji tunang sendiri. =)

P/S: Errr..aku terasa sedikit kurus dalam busana nikah aku. Ilusi ke?? Huhu..



Kisah 2: Cincin kawen aku

Baru-baru ni aku ada berselisih pendapat sikit dengan incik tunang. Aku dah sekian lama dah ingatkan dia supaya pegi amik ukuran jari dia. Nanti senang aku nak belikan cincin. Tapi sampai ke sudah asik lupa jek. Haih.

Satu lagi masalah, Incik Tunang tiba-tiba kata dia nak belikan cincin kahwin aku. Ye, dia mahu belikan sendiri kat Labuan nun. Dan secara otomatik jugak aku jadi kecut perut untuk benarkan dia pilih sendiri cincin yang aku pakai seumur hidup aku. Ntahlah, macam-macam aku pikirkan.

Pandai ke dia pilih?

Menepati citarasa aku ke?

Kang kalau tak muat saiz camne pulak?? Kan ke malu nanti bila sampai upacara batal air sembahyang tetiba cincin tak muat kat jari pengantin pompuan? Malu aku beb!

Tapi kadang-kadang rasa macam apa salahnya dia belikan. Cincin tu kan hadiah dari dia, apa salahnya dia yang pilihkan ikut apa yang cantik pada pandangan mata dan jiwa dia. Kan??

Uishhh!

Sudahnya aku berperang dengan perasaan sendiri.

Sampai satu tahap aku pasrah jek. Redha je la cincin camne pun yang datang kat aku nanti.

Tapi.

Semalam sementara tunggu LRT sampai, sempat aku buat tawaran hebat dengan incik tunang. Hehehehe.

Aku cadang kat incik tunang apa kata kalau aku beli cincin aku sendiri dan dia beli cincin dia sendiri. Maka masing-masing boleh pilih cincin masing-masing ikut citarasa hati dan poket masing-masing. Deal??

Dan incik tunang jawab "deal".

Legaa.....

Esok aku mahu serbu Kedai Pak Habib. Habib tengah buat Ekstravaganza sale sekarang..starting 29 April - 2 May. Esok last day weh, haruslah menyerbu. Aku mahukan cincin ala-ala ini.


3 kuntum bunga berlian bermakna I LOVE YOU. hehe..


Tapi.....

Aku tau dalam hati dia masih mahu pilihkan cincin aku.

Hmmm..tengoklah. Malam nanti aku tanya dia sekali lagi. Kalau incik tunang masih ada bau-bau mahu pilihkan cincin aku, aku biarkan dia pilih. Sekali sekala kita ikut citarasa orang tersayang apa salahnya kan??

Lagipun dia ada cakap...dia akan belikan cincin paling latest kat pasaran untuk aku. Hehehe.. Yo Yo ooo je kamu si gula-gula hati.

Aiii...tunang saya..tunang saya..

Itu je untuk hari ni.

Esok famili nak buat kenduri doa selamat sempena adik ipar aku dah abis berpantang sekali dengan doa selamat untuk mak yang akan berangakat ke Mekah untuk tunaikan umrah pertengahan bulan nanti.

Aku pasti bizi jadi orang sinki. Amik tender basuh pinggan mangkuk.


Jumpa lagi ya!!

Tata!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...