Siapa yang mahu mengandung angkat tangan!!!
Wahhh...macam senang je kan nak getting pregnant. Macamlah kalau kita angkat tangan, 5 minit lagi terus ada baby dalam perut. Macam mudah sangat sedangkan hakikatnya mahu mengandung bukan sesenang yang kita bayangkan.
Semuanya bergantung pada rezeki yang Allah dah tetapkan. Kalau kata cepat rezeki kita..cepatlah kita mengandung, kalau lewat sikit..bersabarlah...masanya akan sampai jugak.
Yang penting kita kena usaha. Usaha yang macam mana?
Ha..sebelum aku terus membebel kat sini, harus diingatkan segala usaha ni hanya boleh dilakukan oleh pasangan yang dah ada ikatan sah ye..yang baru feeling-feeling nak naik pelamin tu bawak bersabar dulu. Baca boleh...buat jangan. Haha.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita usaha hamil. Dan semuanya bukan senang..kena banyak sabar. Kalau kita jenis cepat fedup..hmm rentikan.
Usaha 1: Tahu waktu subur
Setiap wanita didunia ni ada waktu subur mereka masing-masing (kecuali yang dah putus haid). Jadi sebagai seorang wanita sejati, kita kena tahu bila waktu subur kita. Kalau tak dapat nak detect exactly bila harinya..dapat anggarkan pun kira okey.
Kenapa kena tahu?
Sebab pada waktu subur ni la ovari kita akan keluarkan telur untuk disenyawakan dengan benih lelaki. Kalau telur ni takde, ada 100 juta liun sperma dalam rahim kita pun takde guna. Huhu.
Camne nak kira hari subur??
Waktu subur biasanya adalah HARI KE-14 SEBELUM 1ST DAY PERIOD BULAN YANG SETERUSNYA.
Paham ke?
Cenggini...andaikan period cycle kamu 28 hari (ada jugak yang 30 hari and so on)dan andaikan kamu datang bulan pada 1 Mei. Maknanya period yang seterusnya akan menjenguk pada 28 Mei. Jadi hari subur kamu adalah 14 hari sebelum 28 Mei bersamaan dengan 15 Mei (28 - 14 + 1).
gambar jumpa kat google images
Makanya bila dah tahu hari subur kamu..pandai-pandai la susun jadual dengan suami. Seeloknya "bersama" 3 hari sebelum sampailah 3 hari selepas waktu subur sebab sperma biasanya boleh hidup dalam rahim wanita sehingga 72 jam sedangkan telur wanita cuma boleh bertahan sekitar 2 hari je. Jadi kita pun tak tahu exactly bila telur tu akan keluar..so be prepared. Hehe.
Oh satu lagi, Teknik ni biasanya berkesan untuk mereka-mereka yang period cycle nya tetap setiap bulan. Kalau period kamu tak tetap setiap bulan, itu jadi agak susah untuk tentukan bila waktu subur. Mungkin boleh guna alat untuk detect ovulation yang banyak jual kat farmasi tu.
Usaha 2: Ambil Asid Folik
gambar ihsan google images
Asid folik biasa kita dengar ibu-ibu hamil je yang makan kan? Tapi sebenarnya mereka yang belum hamil dan mahu hamil pun boleh mula makan dah. Ada jual kat farmasi. Yang glamer brand Appetton. Harga pun murah je..dalam RM20 je kot rasanya. Lupa dah aku.
Kenapa perlu ambil?
Asid folik ni sebenarnya menyediakan rahim supaya lebih bersedia untuk menerima kehadiran baby. Kiranya asid folik ni menguatkan rahim. In case kalau kita berjaya pregnant, risiko untuk dapat kecacatan pada baby pun rendah. Jadi sangat bagus di situ.
Kalau kata kamu mahu kawen dalam masa terdekat ni dan planning mahu hamil cepat...sangat direkemenkan untuk makan asid folik 3 bulan sebelum wedding day kamu. Kalau malu orang keliling tahu dan cop kamu gatai nak berlaki..ah lantakkan. Susah-susah makan senyap-senyap di tempat tertutup. Huhu.
Untuk aku, aku start ambil asid folik starting bulan Dec 2010...dan Alhamdulillah bulan Mac 2011 aku disahkan hamil. Tapi sebenarnya aku takdelah makan secara disiplin pun. Kadang ters skip jugak. hehehe..
Usaha 3: Jaga Emosi
Ramai kata menjaga emosi ni sangat penting kalau mahu hamil. Kalau setiap hari asik berada di bawah tekanan je memang susah la nak lekat. Eloknya kita kena tenang...jangan terlalu stress. Perempuan biasanya cepat stress. Kalau aku, lagi nak dekat waktu subur lagi aku stress. Ate camne?
google images
Jadi eloknya selalu tenang terutama dalam zon subur tu.
Macam aku...persenyawaan berlaku time kami holiday cuti-cuti Malaysia balik semenanjung time cuti sekolah bulan 3 hari tu. Time tu memang gila relax...tenangggg jek. Takde stress pikirkan hal sekolah. =)
Usaha 4: Teknik
Adoi mak..tak reti pulak aku nak explain bab teknik ni. Yang ni kamu google sendiri la ye. Aku memang tak reti nak tulis. Kang silap haribulan jadi bahan lucah pulak. Wakaka!
Tapi satu yang penting yang aku tahu..lepas "bersama", jangan basuh miss V dulu. Tunggu dalam setengah jam (dalam keadaan baring terlentang) then baru la ke bilik air buat apa yang patut.
Usaha 5: Berjumpa Doktor
Aku pernah terbaca kat mana ntah..ada saranan kata kalau kita dah lebih setahun berkahwin dan berusaha untuk dapatkan anak tapi belum berhasil, elok pergi jumpa doktor untuk dapatkan nasihat doktor.
Mana tahu, ada apa-apa masalah dengan tubuh badan kita..jadi eloklah dapatkan rawatan awal. Mungkin ada yang ego atau malu nak jumpa doktor, tapi cubalah..kuatkan hati..untuk kebaikan diri.
Setakat ni itu je la yang boleh aku share.
Tapi apapun kita kena ingat..kita sebagai manusia hanya boleh berusaha..boleh merancang..tapi final decision Allah yang tentukan. Insyaallah..
Kepada yang masih berusaha untuk hamil, jangan putus asa, jangan lemah semangat..banyakkan berdoa dan teruskan usaha.
Bukan ke Usaha Itu Lif Kejayaan??
=)