MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Sedihnya Meninggalkan 2011..........

2011...

Tahun yang penuh dengan momen indah.

Tiada apa yang lebih membahagiakan bila seawal suku tahun pertama aku dikhabarkan berita gembira. Ada nyawa dalam rahim aku. Syukur kepada Allah. Akhirnya benih cinta kami ada di situ.


Sepanjang tahun dilalui penuh indah. Mengendong kandungan tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik buat aku dan baby. Sungguh, seronok sangat rasanya alam hamil yang aku lalui.

Tahun 2011 ditutup dengan sangat indah.

Baby Aidi yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun kini menjenguk dunia.

Syukur.

Sesungguhnya, tiada apa yang lebih membahagian seorang wanita selain memegang gelaran isteri dan ibu. Rasa seperti lengkap sudah hidup aku.





Semoga tahun 2012 membawa lebih banyak sinar dalam hidup.

Semoga tahun 2012 menjadi saksi kebahagian berganda aku dan suami.

Semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.


Selamat tinggal 2011 yang penuh dengan kenangan...


Selamat datang 2012 yang memungkinkan sejuta kebahagiaan..

Thursday, December 29, 2011

10 Perkara Tentang Aidi Rizqy Yang Mungkin Kamu Nak Tahu

Hari ni 29 Disember...Alhamdulillah Aidi dah 17 hari. Nampak macam sikit sangat umur anak aku tapi pengalaman yang aku dapat sepanjang 17 hari ni memang sangat-sangat bernilai.

Aidi ni nampak aje baby dalam pantang. Umur tak sampai 3 minggu pun lagi tapi karenah dia....aduyaiiiii! Tak padan dengan umur.

Meh sini aku nak pahat sikit perkembangan Aidi setakat 17 hari ni.


1) Aidi mempunyai pelbagai pattern tido yang kadang aku tak terbayang budak 2 minggu mampu buat gaya tido begitu.





Ini gaya biasa baby dalam pantang tido. Berbedung elok jek. Sangat serupa baby.


Selang beberapa minit..

Tengok..



Tangan dah keluar dari bedung. Kuat kau tangan Aidi ni. Bedung la ketat mana pun, mampu je dia nak keluarkan tangan dia. Jadi terimalah hakikat bahawa Aidi hanya boleh dibedung kaki je. Nak bedung tangan? Mintak hampun lah. Tulang besi anak aku ni. Haha.


Bila dah lama-lama, aku boleh agak kenapa Aidi tak suka tido dengan tangan berbedung.

Pasal dia sangat suka tido dengan gaya gini.











Topang dagu!


Sebijik perangai aku. Haha!




Ha tengok..sama tak gaya tido kami. Like mama like son katanyaaa..heh.


Ini gaya tido memang tak boleh blah.

Mak kata ini gaya tido dia dalam perut dulu. Tak boleh nak tinggal gamaknya.




Hai la anak...masa amik gambar ni umur belum pun 2 minggu. Dah mampu mengiring kau. Ada jugak Aidi ni meniarap masa umur 2 bulan nanti ni. Huhu


2) Bila sampai time minum susu, Aidi adalah sangat gelojoh. Puting botol belum sempat masuk dalam mulut lagi Aidi dah menggelupur mulut nak hisap puting. Lepas tu bila dah dapat susu, kemain pegang botol susu bajet macam ada orang nak curi susu dia. Haih!!




Menjeling..takut orang amik susu dia lettew!


3) Aidi seorang anak yang tak banyak ragam. Menangis pun bertempat. Bila lapar nak susu, pampers dah penuh isi, perut tak selesa, atau saja gatal nak mintak dukung..ha waktu tu je la dia akan berbunyi. Itu pun jaranglah nak menangis kategori meraung. So far alhamdulillah..menjaga Aidi tidaklah susah mana.


4) Ha..walaupun kat atas tu kata Aidi takdelah kuat sangat nanges, tapi perlu diketahui bahawa Aidi sangat tidak suka bila dibukakan baju. Pemalu amat anak aku ni. Bila time nak mandi, part nak bukak baju memang terrible sikit. Kena bagi upah susu dulu sebelum bukak baju dia, baru dia akan senyap.

Tapi bila lama-lama aku rasa Aidi ni penggayat orangnya. Bila dah bolen *bogel* gitu dia rasa macam gayat. Terkepak-kepak tangak kaki nak imbangkan badan. Hehe.


5) Aidi suka mandi secara terlangkup. Kalau mandi terlentang memang menjerit la si kecik tu. Pasaipa? Pasai tu la aku dah kata...Aidi ni penggayat. Sebijik perangai abah dia. Gayat memanjang. Kalau pergi Genting tu mimpilah kau nak feeling romantik naik roller coaster berdua. Dia nak naik merry go round tu kita bertuah dah la tu. Heh. Sempat mengata suami sendiri.


6) Aidi sekarang dah tersusun dah jadual harian dia. Senang sikit lah hidup aku pun. Jadual harian Aidi adalah seperti berikut *kemain ayaaattt*

5 - 6 pagi : Bangun minum susu, dodoikan balik sampai tertido.

9 - 10 pagi : Bangun minum susu, mandi, minum susu lagi, tido.

1 - 2 petang : Bangun minum susu, nak manja-manja kejap, pastu tido balik.

5 -6 petang : Bangun minum susu, mandi, minum susu lagi, tido.

9 - 10 malam : Bangun minum susu, tido balik.

1 - 2 pagi : Bangun minum susu, kalau nasib baik Aidi akan terus tido balik. Kalau nasib tak baik..biji mata dia terjegil jek. Berjaga lah kau di situ. Huhu.

4 - 5 pagi : Bangun minum susu, biasanya time ni Aidi akan tido balik sampailah pukul 9 pagi.


Itu lah jadual harian Aidi. Siang memang dia layan tido jek. Malam tu tengok mood jugaklah. Kalau mood baik memang dia tido jek. Kalau mood kurang baik, dia mulalah nak test kesabaran mama dia. Heh. Tapi so far tak pernah lah lagi aku merasa tak tido direct 7 8 jam waktu malam. At least 2 jam mesti dapat tido. Alhamdulillah.


7) Suka tido dalam playpen. Aku memang tak ajar sangat dia tido celah ketiak aku. Nak bisakan dia tido atas katil sendiri. Senang lepas-lepas pantang nanti. Tapi sebelum nak lena tu wajibul ghunnah lah aku dodoikan Aidi atas pangku dulu. Kena tepuk-tepuk bontot sambil nyanyi lagu-lagu zikir kegemaran Aidi. Bila dah lena baru boleh letak dalam playpen.


8) Awal-awal hari dulu Aidi minum susu 2 oz je sekali minum. Aku rasa itu kuantiti normal untuk baby baru lahir. Sebab aku tengok kat kotak susu Anmum yang aku beli tu pun tulis baby dalam pantang minum susu 2 oz je sekali minum.

Tapi lepas 2 minggu, Aidi dah mula demand susu tambah. Boleh kata setiap kali sesi minum susu Aidi akan mintak susu tambah. Dulu minum 2 oz jek..sekarang dah double. Terkejar-kejar aku sekarang nak pam susu. Tapi alhamdulillah, sekarang ni pun susu makin banyak. Setiap kali pam memang boleh dapat 5 - 8 oz. 4 atau 5 kali pam sehari bolehlah tampung 100% keperluan susu Aidi.

Kesimpulannya Aidi kuat makan.

Turun perangai siapakah??

haha!


9) Kulit Aidi so far alhamdulillah..tidak sensitif. Dulu masa mengandungkan Aidi aku selalu minum soya. Boleh kata setiap hari mesti minum 1 tin soya. Orang kata kalau ibu suka minum soya masa mengandung memang kulit anak boleh cantik tapi sensitif. Tak tahulah..Yang aku tahu setakat ni kulit Aidi normal. Pampers pun pakai yang cap murah jek. Pampers jenama Hey Baby! jek. Murah...tak sampai 30 sen sekeping.

Mama kedekut??

Eh takdelah...ada je pampers Mamy poko dalam simpanan. Tapi saja nak didik Aidi bersederhana dalam kehidupan. Haha!


10) Yang ni paling aku suka tentang Aidi.

Aidi ada lesung pipit kat dua-dua belah pipi dia. Dalam pulak tu. Sweet!

Eh ada lagi, Aidi jugak ada lesung pipit kecik kat bahagian kiri dan kanan atas bibir dia. Bila dia minum susu memang nampak jelas empat-empat lesung Aidi.

Sangat manis.

Serupa siapa?

Serupa mama lah!!




Aidi inside there.

Gambar ni taken masa ngam-ngam due date..7 december 2011. 5 Hari sebelum Aidi melihat dunia.

Mama??

Masih sehat tanpa rasa sakit walaupun perut dah mengkedepan dengan jayanya.


=)

Tuesday, December 27, 2011

Susu Mama VS Susu Lembu

Okey sambung cerita entri yang lepas lagi...sekarang ni memang susah sikit nak cari masa nak sambung entri. Nasiblah, siapa suruh buat entri episod-episod, kan susah nak sambung-sambung. Muahaha.


Cerita pengalaman menyusukan Aidi...


Bila sampai je waktu melawat, maka penuhlah keliling katil aku dengan ahli keluarga yang teruja gembira nak tengok Aidi. Tapi Aidi macam biasalah..men tido je memanjang. Kenyang sangat ke dapat minum susu yang beberapa titik tu. Aku pun keliru. Tapi baguslah jugak kan..dapat lah aku rehat kejap.


Tapi bila dah ramai-ramai keliling katil, masing-masing nak merasa dukung pangku Aidi, nak tak nak terjaga jugaklah si kecik tu. Bila dah terjaga..nak tidokan balik bukan senang ye kawan-kawan, harus diupah dengan susu.


Susu??


Ohh..bila sampai waktu nak kena menyusukan Aidi memang nightmare sikit la untuk aku. Tambah pulak ahli keluarga yang melawat makin ramai, memang cabaran la untuk aku nak menyusukan anak time tu.


Bila Aidi ek ek ek nak susu jek, mulalah semua pun kerumun keliling aku nak tengok Aidi menyusu. Dah macam bahan pameran dah aku rasa. Habis semua boleh tengok Cik B aku.

Ate aku ni reti pulak time tu nak menyusu secara sopan santun tanpa menampakkan Cik B langsung sedangkan cara nak pegang anak ketika menyusu pun aku failed lagi. Jadi nak senang aku bukak je separuh butang baju aku. Senang. Sebenarnya menyusu anak ni tak jadi masalah besar kalau cuma orang yang berkenaan je ada sebelah aku, tapi bila dah semua pakat nak tengok aku demontrasi penyusuan susu ibu...merasalah kau stress sekejap kat situ.

Aku pernah baca..kalau ibu stress ketika nak menyusu, memang susu susah nak keluar. Jadi eloknya cari tempat yang privacy sikit untuk menyusu. Silap aku itulah..aku tak mintak diri untuk pergi bilik menyusu masa tu. Aku biar diri aku jadi bahan tontonan umum..aku biar semua orang dok kumat kamit ulang-ulang kata "susu tak keluar" "susu tak keluar", aku biar diri aku diselubungi stress ya amat waktu tu.


Itu memang silap aku.


Silap aku..yang masih hijau sebagai seorang ibu.


Sampai satu tahap aku rasa nak sorokkan muka dalam tong sampah sebab macam semua orang dah tau kekurangan diri aku *inverted nipple*. Kalau setakat tahu je takpe lagi, ini sampai dah boleh tengok live lagi camne rupa nipple aku. Ohhhh malunyaaa!!!


Tapi apakan daya...itu memang silap aku.


Bila hari dah makin petang...famili macam dah risau sebab Aidi belum berak kencing lagi. Bilik aku tu pulak elok-elok tadi ada 4 patients, sekarang dah tinggal 2. 2 orang lagi dah boleh balik dah since baby diorang dah berak dan kencing.


Aidi??

Belum nampak tanda-tanda nak berak dan kencing. Aku memang kalau boleh nak balik rumah hari tu jugak. Tak nak aku bermalam kat hospital lagi. Tak sanggup nak tempuh sepanjang malam berdua je dengan Aidi kat wad tu.


Tapi macam mana nak balik kalau Aidi belum buang air lagi? Paling sedih bila ada suara-suara kata macam mana Aidi nak buang air kalau Aidi tak dapat minum susu secukupnya. Ohh sedihnya time ni. Rasa macam seorang ibu yang gagal jek.


Tentiba aku teringatkan breastpump aku kat rumah.


Apa kata ku cuba pam susu. Mana tahu susu senang keluar kalau dipam.


Yess!! Itu idea terbaik aku rasa dah time tu.


Terpaksalah mak balik rumah kejap amik breastpump aku. Dengan pam yang belum steril lagi, botol pun masih dalam kotak lagi. Ayoyo...kesian kat mak kena buat semua tu.


Tak lama pastu mak sampai balik ke hospital. Aku pun semangat kobar-kobar nak pam susu. Psdahal nak pasang part-part pam pun terkial-kial lagi, terpaksa tengok instruction. Hehe.


Bila dah siap pasang semua, dah ready nak pam, tentiba terpikir..


"boleh ke guna breastpump kat hospital ni? Botol susu memang sah-sah dilarang bawak, tapi breastpumo boleh ke?"

Ahh sudah...takut pulak.


Terpaksa lah mintak permission pada doctor dulu. Bila doctor kata okey..barulah berani nak pam.


Nerves jugak ni nak pam susu pertama kali. Tapi demi Aidi..cekal je la hati ni.


5 minit..


10 minit..

15 minit...


Hmmmmm.....kecewa.

Yang keluar masih lagi kolestrum.

Susu pekat...sedikit jernih...adalah dalam sesudu kecik kuantitinya.


Mengenangkan itu adalah kolestrum, maka sayang kalau disia-siakan..macam biasa aku calit guna jari dan bagi Aidi hisap.

Tertido jugak budak tu...Alhamdulillah.


Elok je jam tunjuk lebih kurang pukul 5 petang...Kakak katil sebelah bagitahu baby dia dah berak dan kencing dah. Dia dah boleh balik petang tu. Oh no!! Takkan aku nak kena tido berdua je dengan Aidi kat bilik 4 katil tu malam ni? Ahhh tidak!!

Tentiba hati tergerak nak check pampers Aidi. Mengharap ada sesuatu di bawah punggung Aidi..keh keh keh.


Rasa rasa....eh eh basah. Aidi dah kencing. Yeay!!


Angkat punggung Aidi..ada kesan-kesan kuning. Macam berak..tapi tak banyak.

Terus panggil nurse untuk tengok.

Nurse kata okey..boleh balik petang tu jugak.

Alhamdulillah...lega..


Bila balik rumah, terus sedaya upaya breastfeed Aidi lagi. Kali ni bf dalam bilik sendiri, mengharapkan sedikit privacy walaupun ramai jugak yang cuba menceroboh privacy diri. Maka diri akan stress. Bila stress, susu segan silu nak keluar.


Sudahnya.....aku terpaksa buat keputusan yang sangat berat.


Memang sangat berat. Kalau boleh aku taknak amik keputusan camtu. Tapi bila dah banyak sangat kata-kata godaan, kata-kata pujukan, tambah lagi hati aku pun macam sayu je tengok anak minum susu beberapa titik tu....sudahnya aku setuju dengan cadangan orang tua supaya bagi Aidi minum susu formula buat sementara waktu.



Ahhhhh......tak suka tak suka.


Tapi pikir-pikir balik..takpelah, ini cuma sementara. Aku janji dengan diri sendiri aku usaha sehabis daya bagi Aidi susu badan lepas ni. Janji!!


Jadi hari pertama tu minum la Aidi susu formula. Aku suruh incik suami beli susu Anmum. Beli kotak kecik je. Kang beli besar-besar kang terus psiko taknak menyusu badan pulak. Tak maulah.

Masuk hari kedua....aku usaha lagi pam susu.


Alhamdulillah...kali ni susu dah mula menampakkan alirnya. Walaupun cuma sesudu besar, tapi cukup untuk buat aku senyum. Paling tidak aku yakin aku mampu keluarkan susu.


Hari ketiga...


Susu semakin bertambah kuantitinya. Walaupun tidaklah mencurah-curah tapi sekurang-kurangnya susu dah mula boleh mengalir masuk ke dalam botol. Sebelum-sebelum ni susu yang keluar cuma tertinggal kat corong pam je. Tak masuk dalam botol pun.





Jadi dapatlah aku masukkan susu tu dalam botol susu Aidi dan bagi Aidi minum.

Memang satu kepuasan bila dapat bagi anak minum susu badan kita sendiri..walaupun aku tak mampu nak bagi secara direct feeding, at least aku mampu suapkan susu aku sendiri ke dalam mulut Aidi. Itu dah cukup buat aku.


Hari ketiga ni jugak kami dapat detect Aidi macam kena kuning. Nanti ada masa aku story dalam entri lain la cerita kuning ni ye.

Balik pada cerita susu ibu...

Alhamdulillah..makin hari susu makin banyak keluar.


Masuk hari keempat aku dah mampu pam susu lebih kurang 10 oz sehari. Masih belum cukup untuk tampung keperluan seharian Aidi. Aidi minum susu 2 oz setiap kali sebanyak lebih kurang 10 kali. Jadi aku masih kena tampung keperluan Aidi dengan susu tepung dulu. Bukan senang aku nak pam susu 20 oz sehari time tu. Aku nak menguruskan diri aku pun kelam kabut lagi, jadi masa untuk mengepam pun haru biru lagi.


Tapi makin lama aku makin biasakan diri. Rasanya masuk hari keenam aku dah tak bagi Aidi susu formula dah. 100% susu badan sahaja.





Masa ni sekali pam aku boleh dapat 4 oz. Aku pam 5 kali sehari dah boleh tampung keperluan Aidi untuk satu hari. Syukur...

Esoknya aku kena bangun awal pagi pam laju-laju lagi untuk bagi Aidi minum. Aku terpaksan terkejar-kejar mengepam sebab aku memang takde stok EBM dalam peti sejuk. Kalau kata aku pam susu pukul 6 pagi, pukul 9 pagi nanti Aidi akan minum. Aku pam susu pukul 10 pagi...pukul 12 tengah hari nanti Aidi akan minum. Jadi memang susu akan fully utilised. Takde stok lebih dalam peti ais.


Cuma bila dah masuk hari ke sepuluh camtu, barulah ada balance-balance susu dalam 2-3 botol *1 botol 2 oz untuk sekali minum* dalam peti sejuk dipenghujung hari. Kira bolehlah di brought forward ke hari esoknya.






Memang rasa sedikit susah bila setiap hari terpaksa terkejar-kejar pam susu untuk kenyangkan perut Aidi. Tapi itulah..bila dah jadi mama ni, apa saja sanggup buat untuk anak kesyangan. Masa ni baru rasa nak insaf mengenangkan pengorbanan mak kat aku dari kecik sampailah sekarang. Huhu..


Aku ada beli nipple shield untuk bantu aku breast feed secara direct, tapi aku macam tak berapa reti nak guna nipple shield tu. Aidi pun macam tak berapa biasa nak hisap puting palsu tu. Kadang-kadang bila aku terasa nipple aku macam timbul sikit, aku cuba-cuba jugak bagi Aidi belajar hisap, tapi idak le dia reti dah.Dia dah terbiasa hisap puting botol.





Kadang aku terpikir jugak....


Bersalah ke aku tak dapat nak direct feeding Aidi??


Perlu ke aku rasa malu sebab tak dapat nak menyusukan anak seperti kebanyakan wanita normal lain??


Aku pun tak tahu.


Yang aku tahu...aku dah cuba sedaya upaya untuk mengenyangkan perut Aidi dengan susu badan aku sendiri.

Aku selalu cakap kat Aidi..


Aidi anak mama...mama akan cuba sehabis baik bagi Aidi susu mama...bukan susu lembu.


Harap Allah permudahkan urusan penyusuan susu ibu untuk aku dan Aidi.


Insyaallah...



Gambar penutup entri..






Tak tahu kenapa..tapi suka sangat pemandangan ini. Walaupun katil bersepah larat...tapi di situ ada dua hero kesayangan saya. nokhtah.


=)

Saturday, December 24, 2011

PENGALAMAN MENYUSUKAN AIDI PERTAMA KALI

Okey, hari tu dah janji dah bagi makan entri tentang pengalaman menyusukan Aidi pertama kali kan?

Okey, meh aku tunai janji.


Cerita menyusukan Aidi ni start dari kat hospital lagi. Lepas je aku di transfer masuk wad lepas bersalin hari tu, maka bermulalah perjalanan seorang ibu untuk aku.

Masa tu jam tunjuk pukul 3.30 pagi camtulah lebih kurang. Aku pun tak berapa nak ingat dah. Tapi memang subuh-subuh hening gitulah. Kat wad masa tu ada lagi 2 orang mommy tengah snatai=santai dengan baby masing-masing. Diorang bersalin sehari sebelum aku, itu pun muka nampak masih lemah. Yang aku ni?? Baru bersalin sejam yang lepas...lagi maksimum lah lemahnya badan.


Pukul 3.30 pagi, incik suami memang takdelah di sisi sebab bukan waktu melawat. Ahli kelaurga yang lain lagilah takde. Tinggallah aku berdua dengan Aidi je terkontang-kanting kat katil tu.


Blurr...


Aku tenung je muka Aidi...alahai anak aku. Comelnya kamu. * mak mana yang tak kata anak dia comel ye tak? hihi*





Aidi tido...tapi tak berapa lena nampaknya. Mulut dia dok terkumat kamit macam nam mintak susu.


Apa??

Susu??

Ahh sudah..panik panik!! Aku sumpahlah tak tahu camne nak nyusukan Aidi ni.


Aidi makin tak melena tidonya. Suara dah mula keluar ek ek ek dia. Ni kalau dibiar lama lagi ni mau meraung budak ni nanti. Jadi baik aku angkat.


Huhuhu...nak angkat Aidi pun kemain kekok. Dengan kepala dia yang masih lembik..tulang tengkuk pun tak kuat lagi, memang sangat berhati-hati memegang anak time tu. Silap haribulan terpeleot kepala Aidi. Risau!!

Pelan-pelan angkat dan pangku.


Subhanallah!!

Aidi dah pandai mencari-cari "botol susu" nya. Terteleng-teleng kepala anak mencari susu. Tak payah diajar.

Masalahnya aku ni yang perlu diajar. Heh.


Sumpahlah aku tak tahu nak mula dari mana untuk susukan anak ni.

Nak selak baju dulu ke?

Nak betulkan posisi Aidi dulu ke?

Nak check susu ada ke tidak dulu ke?

Haishhh!! Pendek kata memang aku blurr..

Rasa macam nak suruh Aidi tido je..tak payahlah menyusu dulu. Boleh??

Haha..kejam sungguhlah kalau macam tu.

Tentiba aku terpandang alat interkom untuk panggil nurse in case ada pape emergency. Aku tekan la button tu. Selang berapa saat ada nurse datang kat aku.


"Nurse...saya dah boleh menyusukan baby ke nurse?" Aku tanya.


"Ha..boleh dah. Puan dah boleh susukan baby puan sekarang." Kata nurse.

"Tapi saya tak pandai......." sambil buat muka seposen mintak belas kasihan.

" Takpe..saya ajarkan." Kata nurse.

Ohh lega..nasib baik nurse baik hati nak ajarkan. Kalau tak.....tak tahulah.


Nurse pun ajarlah gitu gini macam mana nak susukan baby.

Tapi aku ni ada masalah sikit dengan Cik B aku. Aishh! Malu pulak nak disclose kat sini. Tapi takpelah..mungkin ada antara kita yang alami masalah yang sama tapi malu nak bagitahu...jadi biarlah aku share sikit kat sini.

Sebenarnya aku ni ada problem inverted nipple. Maknan kata nipple tenggelam/pendek. Ini memang masalah normal bagi wanita, jadi tak perlulah rasa seriau sangat. Paling penting jangan ingat kalau ada masalah gini peluang untuk kita breastfeed anak terlepas macam tu aje. Sangat tidak betul. Aku masih boleh breastfeed anak, cuma mungkin usahanya akan berganda sedikit berbanding ibu-ibu yang punya nipple normal.


Ahh!! Tak jadi masalah. Bila dah jadi mama ni, apa aje sanggup aku buat untuk Aidi. Apa saja. Jadi setakat masalah inverted nipple ni..apalah sangat.

Nurse yang mengajar aku nuyusu anak tu bagi aku satu alat penyedut macam picagari tu..apa ke nama bendanya aku lupalah. Tujuannya untuk aku sedut nipple sebelum susukan Aidi. Yep, memang nipple mula timbul sikit. Tapi Aidi macam amik masa jugaklah nak hisap. Takpe..aku usaha usaha usaha banyak kali sampailah Aidi pandai hisap.


Alhamdulillah..Aidi boleh. Bijak anak mama..


Selesai satu masalah..datang pulak masalah lain.

Susu belum mahu keluar!!.

Ya..aku lebih suka guna istilan belum mahu keluar berbanding susu tak nak keluar. Aku memang dah lama set mind yang badan aku mampu produce susu. Yep..kena yakin tu. Tapi agak-agaklah kalau baru lepas bersalin beberapa jam lepas tu kau nak bajet susu akan keluar memancut-mancut macam air pancut KLCC kan..memang takdelah. Even aku tanya mommy-mommy yang satu bilik dengan aku tu pun kata susu diorang pun belum keluar banyak lagi. Diorang tu bersalin anak kedua ketiga tu..aku yang bersalin anak sulung ni lagilah kena bersabar.

Yang pasti aku sangat yakin badan aku ada susu.

Pastu aku tanamkan dalam hati dan pegang ayat ni..


PERCAYALAH..BANYAK MANA SUSU YANG KELUAR DARI BADAN KITA..MAKNANYA ITULAH REZEKI UNTUK ANAK KITA. DAN YAKINLAH BAHAWA REZEKI TU CUKUP UNTUK DIA.


Memang aku pegang ayat tu.


Time tu, jujurnya memang aku panik jugak bila Aidi menangis-nangis masa menyusu. Aku tak pasti dia menangis sebab susah nak nyonyot atau sebab dia masih tak dapat susu. Memang aku pun keliru.


Jadi takkan aku nak biar anak aku meraung sekuat hati kelaparan pulak kan? Sampai pulak hati kau nak buat gitu..jadi jalan lain adalah aku guna penyedut yang nurse bagi tu untuk sedut susu.

Alhamdulillah...


Memang ada susu keluar. Eh, bukan susu lagi pun..masih lagi kategori kolestrum. Macam cecair jernih pekat...

Keluar pun tak banyak. Sekali sedit keluarlah dua tiga titik.

Mana susu yang melekat kat nipple tu aku bagi Aidi hisap. Mana susu yang tersedut masuk dalam alat sedut tu aku calit guna jari aku dan bagi Aidi hisap jari aku.

Aku ulang-ulang buat camtu banyak kali. Aidi pun dah mula diam. Tak menangis lagi. Sudahnya Aidi tertidur sendiri. Kekenyangan gamaknya.


Bila dia terjaga...lapar nak susu, aku buat benda yang sama. Sedut nipple dan susu. Mana yang melekat kat nipple, aku bagi Aidi hisap..mana yang tersedut masuk dalam alat sedut, aku calit guna jari and bagi Aidi hisap jari aku.


Memang itu je la cara terbaik yang boleh aku pikirkan untuk elakkan Aidi dari kelaparan. Biarlah Aidi cuma dapat susu beberapa titik je pun, yang penting bila Aidi dapat tido lena lepas menyusu, maknanya dia dah kenyang la tu. Tak perlu risau lagi.






Sampailah waktu melawat tiba...


Incik suami, mak, mak mentua, mama, adik-adik, sanak famili semua dah mula kerumun melawat aku dan Aidi.....


Keadaan jadi huru hara sedikit...


Huru hara yang macam mana???


Tungguuuuuuu.....................


=)



Saturday, December 17, 2011

Cerita Bersalin Episod 2

Okey jom sambung entri Cerita Bersalin. Nanti Aidi tentiba merengek nak nenen susah pulak aku nak hapdet entri. Huhu.


Sakit contraction yang mula datang sejak jam 5 petang makin tunjuk taring bila jam tunjuk pukul 1 pagi. Time ni aku memang tak boleh blah dah. Kalau sebelum ni boleh lagilah nak baca ayat Kursi bila sakit datang, tapi time ni aku memang cuma mampu ucap "Allah Allah Allah" je.

Sakit makin kuat.

Perut makin memulas.

Mata asik pandang jam jek. Bilalah nak pagi ni. Aku tak sabar nak tunggu doktor seluk lagi sebab aku amat-amat mengharap aku boleh ditolak ke labour room secepat mungkin.

Incik suami yang bertunggu tangga kat lobi hospital pulak asik call je. Risau lettew!


Masalahnya asal beliau call je mesti time tu contraction tengah datang. Jadi mulalah aku rasa nak hangin jek. Mana nak tahan sakit lagi, mana nak jawab call dia lagi. Tapi mengenangkan dah tengah sakit nak bersalin ni aku malaslah nak gaduh-gaduh dengan incik suami, nanti tak terampun dosa baru padan muka. Huhu.


Perut aku makin teruk memulasnya. Rasa macam tak berak 10 hari, tentiba baru dapat nak berak. Ohh memang tak tahan. Kalau ikut hati nak je aku meneran kat tandas tu tapi berani ke nak tanggung risiko kalau tentiba kepala baby yang keluar dulu? Ohh tidak!!

Jadi buat sekian kalinya aku berjalan ke kaunter wad tu mengadu nasib diri yang nak terberak sangat ni. Memang tak boleh tahan dah. Nak berakkkk!!!


Buat kali ke berapa entah nurse suruh aku masuk bilik check up lagi. Nurse kata dia nak bagi ubat berak. Tapi sebelum tu dia buat VE dulu.

Jam 10 malam tadi bukaan baru 3 cm.

Pukul 1 pagi ni bukaan dah naik jadi 5 cm!!


Yeay!! dah boleh pergi labour room!!

Wahh kemain seronok aku time tu tapi dalam hati je la. Hehe.

Sebelum pergi labour room, nurse masukkan ubat untuk bagi aku berak dulu. Dah dari tadi asik kata nak berak, nak berak..nah, pergilah kau berak dulu.

Legaaaaa amat bila dapat membuang isi perut. Barulah lega rasanya.

Nak pergi labour room pun hati senang jek.

Keluar dari tandas aku tengok nurse dah tunggu aku dengan wilcha. Nurse pesan suruh bawak baju baby *baju je, seluar tak payah*, dan pampers. Tapi sebab aku tak larat nak buat apa kerja pun time tu, aku dengan muka tak malunya mintak tolong nurse tolong amikkan baju and pampers baby dalam beg. Hehe. Kesian pulak aku tengok nurse dok kumbar beg baju baby time tu. Apa nak buat...aku memang tak de kudrat dah.

Dalam tak larat tak larat tu aku sempat call incik suami kat bawah bagitahu aku nak kena pergi labour room dah. Lepas tu nurse suruh aku salin baju. Baju stail camne ntah..ada tali-tali kat belakang. Sampai pulak tangan aku nak ikat tali-tali tu kan? Nasib baik nurse baik hati..beliau yang tolong ikatkan. Kalau tak menyeksi la bahagian belakang aku terdedah gitu aje. Kalau kulit cantik tak pe jugak. Miahaha!


Pastu terus kena tolak nee noo neee noo nee noo ke labour room. Aku mati-mati ingat labour room tu besar macam bilik bedah yang selalu tunjuk kat TV tu, rupanya bilik kecik jek. Tentiba macam rasa kecewa sebab bilik bersalin tak macam yang dibayangkan. Boleh?? Haha..

Bila aku masuk je bilik tu ada 2 3 orang sambut aku. Perempuan. Aku tak pasti itu doktor ke nurse ke apa sebab baju diorang sama jek. Aku disuruh baring atas katil. Pastu nurse/doktor apa semua macam sibuk-sibuk dok set up apa ntah. Ada yang set up peralatan, ada yang dok isi data aku dalam komputer, ada yang pasang mesin CTG, ada yang pasang drip air, pendek kata keadaan memang bizi la time tu.

Aku pulak bizi menahan sakit.

Sakit nak berak tu datang lagi.

Aduh!!

Time ni aku malas nak cover-cover dah. Aku cakap direct je kat nurse aku rasa nak berak, nak berak.

Tapi nurse buat tak tahu jek.Mungkin dia suruh aku tahan dulu.

Tentiba ada seorang lelaki masuk. Aku yakin itu doktor. Dia kenalkan diri dia tapi aku tak dengar nama dia. Aku angguk-angguk je bila dia bercakap dengan aku. Tentiba doktor tu kata dia nak buat VE kat aku. Ohh ini first time doktor lelaki buat VE kat aku. Tapi dah sakit punya pasal ada kuasa pulak aku nak malu-malu. Haha.

Doktor tu bagus, dia siap mintak maaf dulu sebelum seluk sebab takut aku tak selesa. Eh aku rasa hampir semua doktor yang buat VE kat aku akan mintak maaf dulu sebelum seluk. Nampak macam sangat bersopan. Aku suka itu.


Tengah-tengah dia seluk tu aku dengar doktor tu dok cakap-cakap dengan nurse kat situ..

"eh cepatlah bukaknya...cepat ni"

Aku pun mulalah hairan. Apa yang cepat?

Doktor kata bukaan rahim aku dah 7 cm.

Wow!! Baru setengah jam tadi bukaan baru 5 cm, tentiba dah jadi 7 cm. Alhamdulillah..

Tapi nurse kata kena tunggu bukaan 10 cm baru boleh push.

Adui..ada 3 cm lagi. Berapa jam pulak aku kena terbaring sakit kat labour room ni entahlah. Redha je la.

Contraction tetap datang macam biasa.

Sakit tapi bertahan je lah.

Sakit perut nak terberak memang makin menjadi-jadi. Aku tak tahulah kalau nurse-nurse and doktor kat situ dah naik meluat dengar aku asik cakap nak berak nak berak jek. Tapi dah memang itu yang aku rasa pun.


Tak lama tu aku nampak incik suami masuk.


Ohh legaa. Painkiller aku dah sampai. Haha.


Elok je incik suami masuk, doktor and nurse-nurse pun tentiba reramai masuk keliling aku. Aku nampak doktor pegang satu objek macam pembaris panjang kaler biru. Ah sudah..nak pecah air ketuban dah ke??


Memang sah.

Doktor masukkan "pembaris" tu kat bawah. Aku dah pejam mata dah kot-kot tak menahan sakitnya nanti. Rupanya takde rasa apa pun. Tau-tau je dah berdebur air ketuban keluar membasahi tilam.

Pastu aku macam tak berapa nak sedar dah apa jadi. Dalam otak aku cuma ada satu benda jek time tu.


Nak berak!!

Boleh?

Asiklah aku dok ulang mengadu nak berak nak berak nak berak kat nurse yang ada. Sungguh tak berputus asa merayu nak berak sampailah ada sorang nurse buat "keje" apa ntah kat bahagian bawah, macam jolok-jolok sesuatu..serius memang buat aku nak berak dan dan tu jugak.

"Nurse...nak berak...." Merayu buat sekian kalinya. Heh.

"Ha..beraklah. Boleh berak sekarang. Berak je atas katil tu."


Ohh apa lagi. Dah dapat greenlight, haruslah terkeluar semua isi perut di situ. Malu memang malu seyh..berak secara terbuka disaksikan orang ramai. Incik suami pun aku rasa terkejut tengok adegan tersebut sebab beliau pun tak pernah tengok aku berak selama ni. Apalagi nak tengok isi perut yang harumi itu. Miahaha!

Lepas dah berak perut rasa lega sikit. Tapi............kejap je la. Tak lama pastu datang lagi rasa nak berak.

Bila mengandu kat nurse..nurse kata lepas ni bila datang je rasa nak berak tu terus meneran.

Okey baikkk..


Selang berapa saat, sakit nak membuang tu datang lagi.

Okey kali ni nak teran, tapi takut kot-kot terteran baby.


Jadi aku double confirm dulu dengan nurse betul ke boleh teran ni? Sempaat lagi kau nak ber double confirm bagai kan. Haha..

Nurse kata..."ye, teran bila rasa memulas tu datang. Kepala baby dah nampak dah ni ha."

APA????

KEPALA BABY???


Woi, aku ni dah nak kena meneran baby dah ke? Ingatkan nak meneran *&^5*# lagi. Haha..memang kelakar kalau ingat balik. Betul bendul aku ni. Haha.

Bila nurse dah kata suruh teran baby..semangat kobar-kobar lah aku.

Incik suami berdiri kat tepi, support bahagian belakang badan and kepala aku. Tiap kali rasa nak meneran aku akan bagi signal kat incik suami supaya angkat kepala aku tinggi sikit. Baru senang nak teran.

Kaki aku nurse suruh letak kat palang ke apa ntah namanya..kat tepi kiri kanan katil. Pastu kat palang tu ada tali, nurse suruh aku pegang tali tu. Bila nak meneran..angkat kepala, tolak kaki ke depan, tarik tali ke belakang, pastu teran sekuat hati selama 10 saat.

Ohh..bunyi macam mudah.com.my je kan?

Cer try buat...bertarung nyawa dibuatnya.

Mula-mula meneran memang aku failed.

Nafas aku pendek.

Tenaga aku kurang. Baru aku ingat aku tak makan apa-apa sejak dari petang lagi. Makanan dinner yang hospital sediakan pun aku tak sentuh sebab masa tu dah mula rasa sakit-sakit pinggang. Selera makan dah takde langsung.

Jadi bila meneran, aku cuma mampu teran selam kurang lebih 5-6 saat camtu jek. Jadi kepala baby agak susah nak keluar.

Sekali teran...dua kali teran..tiga kali teran..sampailah entahlah meneran yang keberapa kali..aku dengar suara incik suami kata..

"teran lagi ayang...cuba lagi..abang dah nampak rambut baby dah.."


Ohhh..ini tak boleh jadi, Dia dah nampak rambut anak, aku pun nak tengok jugak. Jadi harus meneran dengan lebih konfiden lagi ni. Begituuu.

Teran lagi dan lagi dan lagi. Serius aku rasa aku terpaksa meneran banyak kali. Tapi ajaibnya aku tak rasa sakit langsung. Kalau ada pun rasa sakit macam nak teran taik je. Bagi aku best apa rasa sakit nak meneran berak tu..bila dapat teran nikmatnya..haha.


Jadi bila sakit memulas tu datang, aku usaha sedaya upaya meneran.

Makin lama stail meneran aku semakin improve bila makin lama nurse kata aku makin pandai teran. Sempat lah nak kembang lubang hidung kejap. Haha.

Tapi...sampai satu saat tu aku jadi panik bila nurse kata..


" Puan, teran panjang lagi puan..jantung baby dah lemah tu. Cuba dengar jantung baby tu *melalui mesin CTG*"


Ahh sudah.


Memang betul heartbeat baby makin slow. Aku boleh dengar. Time tu pulak kepala baru keluar separuh je. Ohh panik panik!!


Harus meneran lebih lama lagi pasni. Tapi masalahnya kudrat aku alahaiiii...seciput. Aku takde tenaga sangat. Tapi pikirkan keselamatan baby....apa je aku sanggup buat.

Kali ni bila sakit datang...aku tarik nafas sedalam yang boleh dan terannnnnnnn selama 10 saat. Sebabkan aku takde kuasa nak kira kiraan 10 saat tu, nurse yang tolong coutdownkan. Heh.


Kepala baby dah makin keluar.


Tentiba pulak makin ramai orang kat dalam bilik bersalin tu. Habis semua pun dok ramai-ramai bersorak untuk aku. Dah macam bersorak tengok sukaneka dah aku rasa. Incik suami pun gigihlah bersorak untuk aku. Jarang nak tengok incik suami bersemangat jitu macam tu. Selama ni kalau tengok bola pun beliau tidaklah seaktif orang lain, bola gol ke tak gol ke camtu jugak mimik muka dia. Eh, tentoba termasuk cerita bole pulak. Heh.


Tapi ada satu part paling kelakar dalam bilik bersalin tu aku nak cerita sikit...Hahaha..aku nak gelak dulu. Hehe.

Ada satu masa tu tengah aku dok baaik punya meneran tentiba kitorang yang ada dalam bilik bersalin tu terdengar ada satu mommy to be dari bilik bersalin sebelah menjeriitttttt...ya hampun! Kuat nau!

Serius kuat sampai nurse-nurse yang ada kat situ berbisik-bisik sesama sendiri.

Yang tak menahannya..incik suami tentiba boleh keluarkan dialog begini..

" Okey ayang...teran lagi..jerit kuat lagi..jerit kuat lagi ayang ."


Aku yang mendengar kata-kata semangat incik suami tu terus tak jadi nak meneran. Sempat lagi aku pandang muka dia and cakap..

"abang, mana boleh menjerit masa meneran lah abang. Hilanglah tenaga nanti."

Pastu nurse dengar kitorang borak-borak,*sempat kan berborak bagai lagi, kepala anak baru keluar separuh tu.haha* nurse pun mengiyakan kata-kata aku. Kesian incik suami termalu sendiri di situ. Hehe.

Tapi lepas-lepas tu kalau aku terbunyi suara sikit pun masa meneran, incik suamilah orang pertama tegur supaya jangan keluarkan suara. Hehe..comellah kamu.


Pastu aku dok keep on teran dan teran lagi setiap kali sakit datang. Kalau sakit hilang, jangan teran. Nanti boleh rabak bawah tu. Itu pesan doktor. Sila ingat.


Sampailah ke teranan yang keberapa puluh entahlah aku tak kira pun...tentiba rasa macam ada satu benda keluar dari perut. Disambut pulak dengan tarikan nafas lega dari nurse-nurse and doktor yang ada kat situ. Tahulah aku yang baby Aidi dah selamat lahir ke dunia ini.

Aku memang tak mampu nak kata apa dah time tu. Aku dok ulang-ulang ucap Alhamdulillah jek.

Incik suami pun nampak happy sangat. Beliau ada cium dahi and pipi aku tapi aku takdelah bagi respon sangat sebab aku rasa letih ya amat. Sungguh letih.

Tak lama kemudian nurse sua baby kat aku sambil tanya baby aku girl ke boy..

Aku kan konon-konon memang 100% yakin baby adalah boy..jadi memang yakin je nak jawab boy..tapi apapun aku tengok jugaklah kemaluan baby tu..manalah tahu entah-entahnya girl. Tapi bila aku nampak telur baby selambak besar depan mata aku *jelas walaupun tak pakai spec*, teruslah aku jawab boy. Hehe.

Nurse aku Aidi..bawak pergi cuci kot..pastu dia letak balik baby atas dada aku. Ohh nikmatnya saat itu. Tapi peliknya aku tak nangis pun. Aku siap berborak panjang lagi dengan Aidi. Macam selalu aku borak masa Aidi dalam perut tu. Haha..

Pastu nurse amik balik Aidi letak atas katil khas untuk timbang and ukur tinggi.




Berat Aidi adalah 2.68 kg. Kecik je budaknya.

Panjang Aidi adalah 48 cm. Mungkin tinggi kot Aidi ni besar nanti.

Ukur lilit kepala 33 cm.

Alhamdulillah...baby lahir sempurna sifatnya.

Dah selesai proses melahirkan and keluarkan uri sekarang turn nurse bukak "kedai jahit" pulak. Nurse mintak izin nak bius kat bahagian bawah supaya aku tak rasa sakit sangat, tapi even kena bius pun ngilu-ngilu bila benang ditarik tu aku terasa jugak. Tapi taklah sakit sangat. Kena cubit dengan cikgu masa sekolah dulu jauh lebih sakit aku rasa. Haha.

Tengah-tengah nurse jahit tu, sempat pulak aku mintak air minum dari nurse. Aku dahaga sangat. Lapar pun ye jugak. Tapi takkan nak mintak nasik kot dalam labour room. Jadi nurse bagi aku minum air jek. Aku request air masak jek, tak payahlah bancuh-bancuh milo. AIr masak adalah feveret drink aku. Hehe.


Lepas dah setel semua kerja-kerja menjahit kat bawah, nurse bagi aku baju untuk ditukar. Nurse pakaikan materbity pad yang jenis tali-tali tu siap-siap sebelum aku akan ditransfer ke wad lain. Ya..aku kena pindah wad. Sebelum ni aku duduk wad mengandung..sekarang aku kena pindah ke wad bersalin pulak. Barang-barang dalam wad semua incik suami dah siap kemas dah. Lega...


Dengan wilcha....dengan baby di pangkuan aku..dengan nurse comel tolak wilcha...jom kita balik ke wad baru!!






Next episod adalah bertajuk "PENGALAMAN PERTAMA KALI MENYUSUKAN AIDI"

Tuesday, December 13, 2011

Cerita Bersalin Episod 1

Okey sekarang ada mood nak karang cerita pengalaman malahirkan Aidi Rizqy. Kebetulan pulak Aidi tengak tido tu..si kenit tu kalau tido memang lama..4 jam pun boleh layan sampai aku jadi risau.

Okey..nak mula cerita dari mana pun konpius ni..haha. Kita sambung dari episod Kena Seluk Pertama Kali tu la ye?

Imbas balik..aku kena seluk 1st time pada 11 Dec 2011 jam 7 pagi. Masa tu doktor kata bukaan baru 1 cm. Terkejut jugak, ingatkan belum ada pape bukaan sebab aku memang tak rasa sebarang contraction lagi time tu. Mungkin penangan merambu ke Ampang Point sehari sebelum tu kot. Muahaha. Then doktor bagitahu dia nak masukkan ubat induce. Aku memang redha je kena induce sebab baby dah overdue 4 hari dah. Tambah lagi pergerakan baby dah slow, jadi tak berani nak amik risiko..induce adalah jalan terbaik. So masuklah ubat induce di situ.


Lepas sejam dua jam tiga jam kena induce..masih tak rasa pape contraction. Siap sempat lagi pekena Prosperity Burger tengah hari tu. Memang rasa macam sorga je duduk kat wad.

Masuk jam 1 tengah hari, kena induce buat kali kedua. Sebelum induce, doktor check bukaan rahim dulu. Masih 1 cm. Logiklah sebab aku memang tak rasa sakit lagi time tu.

Bila hari dah makin petang, dalam jam 5 petang camtu baru aku mula rasa sakit-sakit pinggang. Tapi tak perasan pulak ada sakit datang ada selang masa ke tak tapi dah mula rasalah tanda-tanda nak beranak tu.

Kul 7 malam, aku nak mandi. Sekali perasan ada keluar lendir macam gam campur darah sikit. Iyeewwww!! Terkejut mak! Nampaknya memang tak lama dah ni. Selalu dengar orang kata bila dah keluar lendir macam gam campur darah tu memang nak beranak sangat la tu. Ohh neves!

Tengah-tengah mandi, nurse ketuk pintu bilik air bagitahu lepas mandi terus pergi bilik check up, doktor nak buat VE.

Baikkkk..

Ini adalah VE yang ketiga buat aku. Jadi dah takde seriau apa pun dah. Tambah pulak nasib aku baik sebab semua VE session aku dilakukan oleh doktor perempuan. Jadi kuranglah sikit rasa malu tu. huhu..

3rd VE...bukaan rahim dah naik jadi 2 cm.

Yess!!

Bila hari dah mula malam..sakit pun dah mula bertambah. Aku siap guna stopwatch kat hand set untuk kira berapa selang masa sakit tu datang.

Sakit selama 1 minit setiap 5 minit.


Sakit yang macam mana?

Mula-mula sakit tu menangkap kat bahagian atas punggung sampai ke pinggang. Lama-lama sakit merebak sampai ke bahagian bawah perut.

Sakit macam senggugut.

Sakit macam nak terberak.

Sakit macam ada benda perah isi perut pun ada.

Tapi alhamdulillah aku mampu tahan. Tiap kali sakit datang aku ulang-ulang baca ayat kursi. Kalau dah tak mampu sangat nak baca sebab tahan sakit, aku zikir je banyak-banyak. Aku ni kesian sikit sebab sakit contraction datang waktu malam, time melawat dah abis. Jadi seekor diri lah aku kat atas katil tu menaggung sakit. Sungguh kasihan.


Bila jam tunjuk pukul 10 malam, aku rasa sakit contraction makin kerap. Tadi sakit datang setiap 5 minit, sekarang sakit datang setiap 2 minit pulak.

Perghh!!

Memang mencabar.

Tapi masih boleh bertahan.

Cuma yang tak tahan tu aku asik rasa nak buang air besar.

Bila pergi toilet, takde apa yang keluar. Nak meneran memang hampun lah..aku tak berani. Tak menahan sakit perut, aduhaii..jadi aku dengan berani-berani takut tu pergi la ke kaunter nurse kat depan tu bagitahu aku sakit perut nak berak. Terus nurse suruh aku masuk bilik check up. Mulanya aku ingat nurse nak masukkan ubat berak, rupanya nurse nak buat VE.


Bukaan rahim dah 3 cm.


Hmm..kalau bukaan dah 4 cm dah boleh tolak masuk labour room dah ni. Berdoa cepatlah bukaan naik ke 4 cm pulak. Lagi cepat masuk labour roon lagi bagus.

Aku sempat tanya nurse bila lagi doktor nak buat VE kat aku..nurse kata tunggu esok pagi, jam 7 pagi.

Lamaa lagi tu!!


Memang tak tido lah aku malam ni tahan sakit.

Rasa nak terberak kat perut ni masih tak surut-surut, makin memulas ada lah. Contraction datang tetap pada selang masa 2 minit. Tapi entahlah, aku masih boleh tahan. Masih boleh berjalan ke hulu hilir dalam bilik tu dengan harapan bukaan cepat cecah 4 cm.

Dalam jam 11 malam camtu, incik suami call bagitahu dia ada kat lobi hospital. Datang nak hantar barang. Aku mintak hantarkan sweater dengan towel. Towel aku dah abis kena kesan lendir campur darah petang tadi. Paling kelakar incik suami sempat tapaukan aku nasik goreng ayam kegemaran tapi sumpahlah aku tak lalu nak makan. Sakit setiap 2 minit, celah mana masa aku nak suap nasik oiii!!

Masa hantar barang tu sempatlah incik suami urut-urut belakang badan aku sikit, tenangkan perasaan aku sikit, peluk cium sikit pastu terus kena suruh keluar wad. Yelah..jam kul 11 malam, mana boleh melawat. Jadi tak dapat teman aku kat wad, beliau tunggu kat lobi pun jadilah. Manalah tahu ada emergency apa-apa.

Tinggal lagi la aku seekor diri kat katil tu. Bila sakit datang aku hanya mampu sebut kalimah Allah je. Bila sakit redha, sempatlah aku baca ayat kursi dalam tempoh 2 minit tu. Itu je la kerja aku sampailah jam tunjuk pukul 1 pagi.

Apa jadi pada jam 1 pagi??


Kita sambung dalam entri lain la ye..

Kasi saspen sikit.

Heh.









............to be continued.

Baby Aidi In The House!!

Alhamdulillah

Selamat sudah melahirkan anak yang dikandung 9 bulan terlebih hari ni. Huhu.

Baby nak pilih tarikh yang cantik aje..12/12/11..masa lahir adalah 2.15 pagi.

Pengalaman bersalin??

Hmm..nantilah, nak cerita dalam satu entri nanti panjang macam novel ombak rindu pulak..kita buat episod-episod la baru thrill..*padahal dah klise*.

Untuk hari ni tatap dulu lah gambar baby Aidi.










Syukur Alhamdulillah...

Macam tak percaya dah jadi mama dah sekarang.

Semoga Aidi Rizqy membesar sebagai anak yang soleh, yang berguna untuk agama bangsa dan negara.

Wahhh!! Patriotik sungguh mama.

Haha!

Daa!

Sunday, December 11, 2011

Kena Seluk Pertama Kali

Hapdet live from katil hospital again.. Hehe.

Malam tadi tengah syok-syok tido *maklumlah tido dalam aircond..nyenyak bukan main*, tentiba nurse kejutkan aku bangun.

Tengok jam baru kul 3.30 pagi. Coi la..ngantok ni. Huhu.

Nurse suruh pegi buang air dulu sebab dia nak pasang mesin CTG kat perut. Nak tengok graf jantung baby.

Okey..baik.


Then nurse set up segala mala alat CTG tu letak kat perut.

Dengar jantung baby..dup dap dup dap dup dap kat dalam. Kejap kuat kejap pelan kejap macam hilang...ohh aku panik. Nurse tu jenuhlah mencari port paling strategik nak parking alat dengar jantung tu..jenuh cari tapi susah nak dapat dengar jantung baby secara best. Sudahnya nurse terpaksa pegang alat tu kat perut aku..Duduk la nurse kat tepi katil sampai selesai proses CTG.

Heh.

Nurse kata jantung baby tak konsisten. Kejap kuat kejap slow. Nurse tanya aku ada makan tak sebelum tido tadi..

Ada..sempat je aku bedal sebiji pau kari ayam dengan secucuk fish ball yang incik suami belikan siang semalam.

Nurse kata maybe baby lapar lagi, sebab tu jantung dia gitu. Gigih nurse cari pape makanan yang ada kat tepi katil aku..

Dia jumpa sebekas plastik buah anggur.

Dengan pantas dia bukak plastik tu, hulur kat aku suruh makan.

Makan sampai habis.

Huhu..belum pernah aku kena paksa makan anggur sebanyak itu..kul 4 pagi pulak tu. Memang memori daun pisang sungguh.

Then barulah jantung baby okey sikit. Lega...

Selesai buat CTG aku sambung men tido balik.

Kul 7 pagi camtu, nurse dah panggil..

Katanya kena pergi bilik depan..doktor nak masuk ubat.

Ubat??

Nak kena induce dah ke?

Tak sangka seawal itu.

Laju-laju gosok gigi cuci muka..tak payah mandi lah..terus pergi jumpa doktor.

Yes..inilah masa yang ditunggu-tunggu..selama ni asik dengar pengalaman orang je kan..Its VE!!

Aku kena seluk!!

Heh.

Bila doktor kata dia nak buat VE terus aku set mind yang VE adalah tidak sakit. Otak pulak terus nak recall segala petua yang pernah kawan-kawan blogger bagi bila kena seluk..

Jangan kemut.

Jangan angkat punggung.

Jangan melawan.

Okey fine..

Aku kosongkan mind..mata melilay pandang ke lain. Pikirkan yang indah-indah jek..

Alih-alih dengan doktor kata..

"okey..dah. Bukaan baru 1 cm"

AIk? dah selesai? Tak sakit pun. Alhamdulillah.

Lepas buat VE, terus kena masuk ubat induce. Masuk ikut miss V. Pun sama..set mind yang induce adalah tidak sakit. Maka hasilnya memang tak rasa sakit.

Doktor suruh aku balik ke katil and baring selama sejam. Jangan bangun, jangan berdiri, jangan berjalan apa lagi berlari. Makan minum pun tak boleh. Baring situ diam-diam selama sejam.

Baikkk..

So sekarang dah lebih kurang 5 jam berlalu lepas kena induce pagi tadi.

Dah rasa sakit??

Belum lagi.

Masih sehat..masih kuat.

Cuma rasa lenguh-lenguh pinggang sikit jek. Contraction ke apa ke belum lagi merasa.

Kul 12 nanti nak kena seluk lagi.

Bersedia atau tidak.....bolos saja dinding itu!!!

Heh.

Saturday, December 10, 2011

Saya Sudah Berada Di Hospital Ampang. Tapi....

Hai!!

Hehe..masih belum bersalin lagi mak buyong sorang ni.

Tapi hari ni ada sedikit perkembangan, aku sudah ditahan wad Hospital Ampang.

Yeay!!

Heh, bukan senang hati nak bersorak riang bila kena tahan wad tahu?

Ceritanya gini..pagi tadi bangun tido macam biasa. Selalunya lepas beberapa minit aku bangun baby dah mula moving-moving dalam perut. Ikut sama bangun tido gamaknya. Tapi pagi tadi keadaan lain sikit. Baby macam segan segan nak bergerak. Aku tak tahulah baby masih tido ke apa. Oleh sebab jam baru tunjuk pukul 10 pagi cenggitu, jadi aku bolayan je la. Tunggu la kejap-kejap lagi.

Nak dijadikan cerita, hari ni memang mak ada plan nak bawak aku pergi klinik untuk check up lagi. Plan nak pergi klinik swasta biasa jek..saja nak dengar second opinion dari doktor berbeza tentang mengandung terlebih hari ni. Yela..dah masuk 3 hari overdue..mak mula risau. Aku pun risau jugak sebab sakit tak datang-datang.


Jadi masa nak keluar rumah nak ke klinik tu, aku ngadu la kat mak yang baby macam kurang bergerak hari ni. Time tu jam dah dekat pukul 12..tapi aku macam rasa baby baru gerak sekali dua je..itu pun segan-segan nak gerak. Tak kuat macam selalu. Mak pun apalagi..merisau lah. Terus tukar plan..dari nak ke klinik biasa terus pergi hospital Ampang je. Senang.

Sampai hospital terus kena masuk bilik check up. Urusan daftar-daftar semua incik suami uruskan. Aku memang dah kena heret masuk bilik untuk check up. Takleh tunggu-tunggu lagi. Emergency betol rasanya.

Mula-mula kena check bacaan jantung and pergerakan baby guna CTG. Eh betul ke tidak CTG aku pun tak pasti. Main hentam je ni. Muahaha.


Inilah rupa mesin CTG nya..kalau salah betulkanlah. Kat mesin tu ada keluar kertas tunjuk graf denyutan jantung baby and movement baby.






Adeh..tak paham kenapa gambar boleh tertonggeng gini pulak. Dalam folder aku dah rotate dah. Layankan je la ye..tak reti nak rotate kat blogspot ni.

Ini pulak alat yang diorang tepek kat perut aku. Huhu..nampak pulak perut mak buyong di situ.






Doktor kata bacaan CTG aku kurang cantik. Jadi doktor nak scan pulak. Nak tengok jantung baby melalui mesin scan. Aku follow je la.

Masa scan kemain sampai 5 6 orang nurse and doktor keliling aku. Femes pulak aku rasa. Haha.


Dari mesin scan boleh nampak jelas jantung baby tengah berdegup. Comel je jantung baby..kecik. =)

Pastu aku perasan pipi baby adalah ibarat pau macam pipi aku. Tembaaaamm kau!

Pastu doktor bagitau anggaran berat baby adalah 3.4 kg!!

Mak datok!!

Baru 3 minggu lepas scan, anggaran berat baby cuma 2.7kg..alih-alih sekarang mencanak naik jadi 3.4 kg. Phewww!! Jenuh meneran la aku nanti.


Lepas dah scan tu..doktor keluarkan dialog gini..



"Puan..kami tahan puan kat wad la ye? Esok pagi kita induce. Kita bersalin je la ye? Lagipun puan dah overdue 3 hari dah."


Heh. Begituuuu kata doktor.

AKu pun angguk je la.

Terus kena hulur baju pink hospital. Tunggu turn nak masuk wad.





Ini muka orang kena tahan wad untuk bersalin. Kemain happy lagi.





Ini pulak muka bakal abah yang teruja nak sambut baby.




Tadi lepas maghrib tadi ada doktor datang..doktor lain pulak kali ni, bukan doktor siang tadi.

Doktor ni tanya camne dengan pergerakan baby hari ni..

Aku jawab so far alhamdulillah cukup 10 kali..tapi lambat la nak sampai ke kiraan 10 tu. Kul 6 petang tadi baru cukup 10 kali. Selalu pukul 2 petang camtu cukup dah.

Doktor kata takpe..tengok esok camne..Kalau esok tak cukup 10 kali, then baru diorang akan induce.

Kalau cukup 10 kali??

Kena balik dulu la kot..

WuaaaAaAaAaA!!!

Seksanya nak menunggu baby lahir!!!

Thursday, December 8, 2011

Overdue 1 Hari Dah...

Tada!!!

Belum bersalin lagi rupanya aku. Muahaha!!

Harini dah 8 Disember..dah overdue 1 hari. Tak sangka pulak akan ter overdue nak lahirkan Aidi ni. Dulu kemain ingat baby akan lahir awal dari due date...rupanya tak semua naluri ibu boleh pakai. Heh.

Jadi tak pelah..menunggu lah lagi.

Semalam pergi check up 40 minggu kat klinik kesihatan Ampang. Sebelum pergi klinik kemain lagi hangkut beg baju aku dan baby sekali kot-kot doktor terus suruh pergi hospital ke apa ke. Bersedia bukan main lagi. Sekali takde apa pun, check up biasa je..jumpa doktor pun tak payah. Nurse kata baby dalam keadaan ok, kepala dah engaged, jantung baby normal, kesihatan aku pun alhamdulillah baik..jadi tak perlu risau. Aku diberi masa sampai 16 haribulan untuk tunggu baby keluar dengan syarat gerakan baby cukup at least 10 kali setiap hari.


Jadi marilah kita sama-sama menunggu.


Baby...baby...bila nak keluar ni sayang?


Apa baby tak sampai hati nak buat mama sakit bersalin ke?


Heh. Boleh pulak cenggitu.


Tapi sungguh..inilah pertama kali dalam hidup aku tak sabar nak tunggu rasa sakit datang. Maksud aku rasa sakit nak bersalin. Tak kiralah turun tanda ke, pecah ketuban ke, contraction ke..even sakit pinggang mild-mild gitu pun aku dah teruja.


Baby cepat-cepat keluar ye sayang..


Ramai yang menunggu kamu lahir ni..


Paling kesian kat mak mentua....sampai terpaksa extend cuti untuk tinggal lebih lama kat KL ni hanya sebab nak sambut cucu. Cuti tanpa gaji pulak tu.


Tentiba aku jadi terharu pulak.


Eh, siapa ada petua nak bagi cepat bersalin?


Share lah...


=)

Sunday, December 4, 2011

Siapa Ada Pengalaman Minum AIr Selusuh??

Air selusuh.

Pernah dengar tak?

Aku pernah la dengar. Tahu la jugak sikit-sikit air selusuh tu untuk apa. Kata orang air selusuh tu air bacaan ayat-ayat Quran tertentu untuk memudahkan proses bersalin.

Tapi setakat itu je la aku tahu.

Sejauh mana keberkesanan air selusuh tu, aku pun tak tahu. Tapi nak sangat tahu.

So ada tak siapa-siapa yang ada pengalaman minum air selusuh masa nak bersalin dulu?

Nak kena minum waktu bila?

Minum banyak mana?

Betul ke orang kata kalau minum air selusuh, contraction akan berganda-ganda sakitnya?

Ada pantang larang apa-apa ke nak minum air selusuh ni?

Sungguh..aku selaku bakal mama ni langsung tak tahu.

Yang aku tahu..mak mentua kat kampung nun dah susah payah pergi rumah bidan buatkan air selusuh untuk aku. Petang ni Insyaallah mak sana sampai KL. Boleh jadi malam ni aku kena minum air selusuh tu.


Ish..debaran makin terasa..


Please ye...siapa yang ada experience minum air selusuh tu..share sikit kat sini.

Tenkiu sayang!! *dan dan sayang.hehe*

Saturday, December 3, 2011

Baby Nak Keluar Dah Ke?

Tengah menahan sakit pinggang saat menaip entri ini.

Lokasi masih lagi di rumah. Belum lagi jejak kaki ke hospital, apalagi ke labour room. Takpelah, biarlah aku merasa sakit yang betul-betul sakit baru nak terjah hospital.

Siang tadi macam biasa...berjalan lagi. Kali ni dengan mak dan mama pulak. Incik suami tiada dalam senarai sebab beliau ada nun di kampung halaman. Esok baru pulang ke KL bersama mak sana.


Mak kata dia ada dapat sms dari Butik Anakku..katanya ada members card day kat semua Butik Anakku weekend ni. Jadi jom terjah Ampang Point..kat situ ada Butik Anakku. Heee.. Bab berjalan memang aku paling depan walaupun due date tinggal beberapa hari je ni. Huhu..


Konon dalam hati takde apa dah nak beli untuk baby..semua macam dah cukup. Alih-alih bila sampai kedai..tu diaaaa diskaun 50%!! Tambah lagi kalau ada member card, dapatlah lagi extra 10%. Jadi maknanya kalau baju-baju yang harga sepasang RM25 after diskaun terus jadi RM10 jek. Aku rembatlah..mak bayarkan. Heeee..Sudahnya Aidi free free dapat baju bajan tambahan dari Pah beliau sebanyak 4 pasang tadi. Rezeki kamu la anak oii.


Sebelum balik, ter lalu depan Mc D..ter nampak pulak papan iklan Prosperity Burger.


Uiiiii...tak harus ditolak ni. Tambah lagi tak lama lagi aku akan kena kuarantin bab makan minum ni, jadi harus bedal sekarang jugak prosperity burger sebelum Aidi keluar. Gituu...Jadi gumbiralah hatiku dapat makan secara heaven siang tadi.


Sekali bila dah balik rumah...baru perasan yang pinggang dah mula sakit.

Adeh..lama dah aku tak sakit pinggang ni. Last sakit pinggang pun masa pregnant 5 6 bulan dulu. Tentiba hari ni sakit pinggang datang balik.


Aishh!!

Petandakah??

Ni dah malam pun sakit tak hilang lagi.

Sampai aku rasa nak duduk pun tak selesa..nak baring pun tak kena. Berdiri lagilah hazab.

Mak kata..dulu masa beliau nak lahirkan aku...sakit pinggang adalah salah satu petanda majornya selain ada keluar tompok darah warna coklat-coklat gitu.


Huh?

Aku pun sama macam tu ke??


Kalau betul....aku rasa macam nak senyum riang sekarang ni. Hati memang tak sabar sangat nak lahirkan Aidi. Sakit pun sakitlah..aku redha.


Insyaallah..

Thursday, December 1, 2011

5 Hari Lagi...

2 Disember sudah...fuh! fuh!

Dah masuk bulan Disember dah pun. Berdebar berganda-ganda la nampaknya.

Baby masih belum nak keluar nampaknya. Setiap hari mama dengan abahnya dok pujuk-pujuk keluar cepat..heh, tidak dipedulikannya.

Jadi sejak-sejak incik suami dah ada di sisi ni, gigih la aku mengajak beliau teman aku berjalan-jalan. Nak bagi senang bersalin kata orang.

Incik suami selamat sampai KL hari Isnin malam..hari Selasa tu pagi-pagi lagi aku dah keluarkan idea nak pergi Sogo.

Sogo kau!!

Tempat yang penuh umat manusia tu jugak yang aku nak terjah. Heh.

Bukan ada apa yang nak dibeli pun..ntahlah, dah lama sangat tak ke Sogo..jadi terasa nak menziarah pulak. Hehe. Sampai Sogo awal..umat manusia pun belum ramai lagi. Jadi sorga sedikit time tu. Sempat aku rembat barut and stokin anak sikit buat tambah koleksi. Pastu makan-makan secara heaven. Agak-agak pengunjung Sogo dah mula nak meramai..aku dengan incik suami apalagi..angkat kaki la. Tak kuasa nak bersesak-sesak dengan ramai orang. Tahu je la Sogo tu..tak kiralah musim perayaan apa pun, janji namanya mega sale memang penuhlah manusia.

Hari Rabu asalnya takde plan nak ke mana. Pagi-pagi jenjalan kaki berdua cari nasik lemak and roti canai. Seronok pulak berjalan kaki berdua pepagi gitu. Macam bercinta rasanya. Muahaha! Petang sikit tentiba mama mengajak ikut dia ke Giant Hulu Kelang..nak mencari rak besi apa ntah..jadi kami laki bini ikutkan aje. Pergi reramai dengan adik lelaki and cousin sekali. Meriah gitu.

Itulah..konon asalnya taknak berjalan hari Rabu tu alih-alih bukan setakat sampai ke Giant Hulu Kelang aku meraound..sempat lagi ke Ampang Point pulak. Siap makan KFC lagi. Heh, aktiviti aku sekarang setiap hari adalah makan makan makan. Makan tak pernah nak kenyang sekarang ni. Nasib berat tak naik mendadak lagi dah. Huhu.


Semalam Khamis..

Ini best..

Aku ada rutin check up macam biasa. Setiap Khamis memang kena pergi check up. Ini check up untuk 39 minggu. Harap-harap lepas ni tak kena pergi pregnancy check up dah. Biarlah aku pergi baby check up pulak. Huhu.

After selesai check up...berjalaaannnn lagi lah aku.

Kali ni destinasi dituju adalah KLCC.

Mahu menonton filem Ombak Rindu.

Boleh??

Heh.

Mama, mak semua siap pesan..nak tengok wayang tu hati-hati..pilih seat yang tepi-tepi, senang nak keluar kalau jadi pape, masuk panggung awal sebelum panggung gelap gelita..keluar panggung bila lampu dah bukak..gituuuu pesanan orang tua kepada mak buyong yang tunggu hari ni..Heh.


Tapi serius..citer ombak rindu memang best. Eh tapi ini pada pandangan aku la. Pandangan orang lain aku tak tahu la pulak. Kalau tanya aku, aku bagi 4 bintang out of five untuk filem ni. Best!!

Lepas dah penat pusing tawaf KLCC sampai 3 4 pusingan...mulalah terasa letih. Dah pukul 8 malam baru nak terasa letih kau! Hebat sungguh penangan mak buyong berjalan.

Kat KLCC semalam aku panik jugak sekejap bila perut asik mengeras dalam satu selang masa. Aku pun tak tahu itu contraction ke atau baby yang mengeras. Untuk elakkan pape risiko, dan dan tu jugak aku ajak incik suami balik rumah. Seriau kalau tentiba sakit bersalin muncul di KLCC. Boleh bikin sejarah tu.hehe.


Hari ni...2 Disember.


Kira-kira ada 5 hari lagi sebelum sampai due date.


Incik suami pun baru kejap tadi bertolak balik ke kampung beliau di Kuala Kangsar nun..nak amik mak sana bawak datang sini. Mak sana dapat cuti 10 hari kau...nak sambut cucu punya pasal.

Hai la anak dalam perut..

Bertuah la kamu sana sini orang dok menunggu kamu lahir.


Cepat-cepat keluar ye Aidi sayang...


Love you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...