Rocker Aidi dah sampai!!
Yeay!!
Walaupun hampir nak bertekak dengan orang delivery sebab dia tak jumpa rumah aku. Huh. Katanya dah sampai kat jalan rumah, tapi nombor rumah tak jumpa. Padahal dia dah kemain lepas ke Taman Tar nun. Memanglah tak jumpa. Aku bukan orang kaya kaya tinggal kat Taman Tar, aku cumalah semut merah. Huhu.
Dapat je kotak rocker tu kat tangan aku memang dan dan tu jugaklah aku kerjakan.
Laju-laju keluarkan set skru driver dan terus pasang. Kena pasang sendirilah ye bila dah jadi "ibu tunggal" cenggini. Almaklumlah..suami jauh. Uhuk uhuk.
Sebabkan ralit memasang rocker, maka gambar adalah tiada.
Aidi daripada ngantuk nak tido terus tak jadi tido bila tengok mama dia pasang rocker. Siap rancak dia tegur-tegur aku ajak borak. Mesti Aidi dok sibuk tanya.."mama buat apa tu mama?". " Mama..apa tu mama...Aidi punya ke mama?" Hihihi..comel sangat kalau dia boleh cakap macma tu.
Senang je nak pasang pun. Tengok instruction jek. Siap.
Rocker ni guna bateri saiz D. Alah..bateri besar tu. Tapi aku takde bateri. Jadi takleh lagilah Aidi nak feeling feeling duduk atas kerusi urut Ogawa ke apa ye. Vibration takleh function lagi.
Tapi ada Aidi kesah??
Yang penting toys ada. Cukup dah untuk buat si tebu tu gembira.
Tengah elok-elok main toys dalam rocker, tentiba kepala ingat susu pulak. Meraung tentiba kat situ. Ceh.
Minum susu pun nak dalam rocker jugak aihh. Benda baru, kalau boleh tak nak berganjak seinci pun kan Aidi kan? Haha.
Lepas minum susu....
Inilah jadinya..
Mentido!!
Wednesday, February 29, 2012
Ini Entri Tajuknya Penjaga Taska Gila Tekup Mulut Baby. Ptuii!
Dua tiga hari ni sana sini kecoh dengan kes penjaga taska tampal mulut baby dengan soletep pastu bedung kuat-kuat. Motip??
Tak mau bagi baby nangis?
Tak mau dengar baby nangis?
Ke kau kempunan sangat nak feeling gangster ikat mangsa macam selalu dalam TV tu?
Hello? Kalau tak suka jaga budak, tak suka dengar suara budak "rakam lagu", rimas rimas lemas dengan bebudak..tak payah kerja taska boleh tak?
Sumpah aku tak paham manusia takde nurani gini.
Alasan konon nak sabotaj majikan.
Heh, apa alasan pun perbuatan tekup mulut budak kecik cenggitu tetap salah salah salah. Orang sekarang sebut..no no no *sambil goyang goyangkan jari telunjuk*
Budak kecik kot...yang ditekup mulut sampai gitu apahal ntah.
Banyak lagi cara lain nak pujuk baby bagi diam.
Even yang kena tekup mulut, kena bedung dengan kain pelikat tu bukan anak aku, tapi aku tetap sentap.
Hati mama...halussss beb.
Tak dapat bayangkan kalau Aidi diperlakukan macam gitu.
Hishh!! Tak mau la bayangkan. Tak sanggup.
Berani berani la buat Aidi aku macam tu.
i bukak langkah silat nanti baru tau.
Aidi jangan risau..Aidi dilindungi oleh takaful insurans cap mama. Heh.

Monday, February 27, 2012
Review Diapers Pulak
Rentetan dari entry semalam tentang promosi hebat harga Mamy Poko kat Jusco tu *ramai jugak yang serbu Jusco lepas baca entry tu ek? Huhu*, aku tentiba rasa nak buat review tentang diapers pulak hari ni. Kebetulan pulak tadi baca entry kat blog DD
tentang pampers Huggies yang selalu bocor, jadi makin bersemangat pulak aku pun nak review diaper Aidi. Heh..nak tiru lettew! DD ok kan DD? =)
Tapi Aidi tak pakai Huggies. Eh lupa nak cakap, review yang aku tulis ni 100% bergantung pada pengalaman aku uruskan Aidi tau. Lain baby maybe lain efeknya.
Dari Aidi dalam perut lagi aku memang aim dua jenama pampers ni.
Mamy Poko.
Hey Baby.
Mamy poko tu rasanya semua orang kenal. Gah habis dah jenama tu. Jujurnya dulu-dulu masa zaman anak dara aku ingat mamy poko tu jenama cikai-cikai je, kira macam pampers bajet la. Sekali rupanya itu antara pampers mahal dalam pasaran. Heh, tu lah..pandai je buat andaian sendiri.
Ha Hey Baby baru betul pampers bajet. Mungkin ada yang tak perasan pun kewujudan jenama ni kat market. Aku pun kalau member tak rekeman, sumpah aku pun tak tahu.
Aku cadangnya nak pakaikan Aidi pampers bajet-bajet je waktu siang. Siang kita lebih kerap tukar pampers, jadi pakai yang murah-murah dah lah. Mamy poko pulak aku pakaikan malam-malam atau waktu keluar berjalan. Lebih tahan lama.
So hasilnya?
Yep..memang ok.
Hey Baby kira berbaloilah dengan harga dia. Murah kot Hey Baby ni. Kat Tesco hari tu harga RM25 untuk 70 keping. Murah kan?
Cuma Hey Baby kuasa serapan dia takdelah sehebat Mamy Poko pulak kan. Tapi kualiti permukaannya masih ok. Cotton lembut. Cuma kena kerap tukarlah. Agak-agak dah 3 4 jam, tukarlah pampers anak. Janganlah biar sampai pampers dah berat londeh sampai ke betis baru kecoh nak salin. Tapi aku pun selalu je terbabas..kadang Aidi pakai pampers yang sama dari kul 9 pagi sampai 5 petang. Berat!! Haha!
Tapi seingat aku, sepanjang Aidi pakai Hey Baby, tak pernah lagi ada insiden bocor sana sini. Kira not bad la kan?
Mamy Poko??
Yang ni takyah banyak cerita lah. Memang terbaiklah. Sesuai lah dengan harga dia kan. Kalau bawah harga promosi harga Mamy Poko kebih kurang 65 sen sekeping. Boleh bikin mamy pokai gini. Huhu.
Tapi kuasa serapan memang bagus. Tak bocor, tak basah, kalau berak pun taik takdelah sampai meleleh leleh keluar. Kira boleh bagi 4 daripada 5 bintang.
Tapi lama-lama aku mulalah rasa macam mamy pokai dah asik beli pampers mahal jek. Jadi nak tukar plan, nak try pakaikan Aidi dengan Drypers pulak. Kalau okey, takyahlah aku jenuh nak beli 2 jenis pampers setiap kali. Pakai 1 je sudah sebab Drypers harganya kira pertengahan lah. Maahal pun tidak, murah pun tidak. Kira level-level rumah teres lah. Kalau Hey Baby level rumah setinggan, Mamy Poko level rumah banglo. Haha.
Jadi aku pun belilah pampers Dryper size S *masa ni pakai S lagi* pek besar untuk Aidi. Kemain terus beli yang besar. Harga RM30 kalau tak silap. Beli kat Giant.
Sekali pakai...hmmm takdelah kering sangat. Basah jugak. Mungkin sebab Aidi memang jenis kencing selambak. Takpe, esok pakai lagi.
Esok pakai, lusa pakai lama-lama dapat rasa macam ketidakbestan.
Bila Aidi bangun tido je, baju dia mesti basah. Basah tang bahagian perut *Aidi tio meniarap*. Tapi Aidi maintain ceria je tiap kali bangunt tido. Jarang sangat dia bagun tido menangis-nangis. Habis kuat pun dia cebik lapar jek. Pampers basah ke apa memang dia tak terkesan langsung even dah sampai ke baju, kadang sampai ke tilam basah.
Mula-mula ingat peluh, sekali bau..hmm hancing. Confirm kencing bocor. Tapi takpelah, maybe sebab tak tukar dalam temph yang lama, tido kan..jadi bocor.
Pakai lagi waktu siang, pun bocor jugak. Basah habis baju Aidi.
Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu.
Jadi aku cuba tukar size. Dari S aku beli M sebab aku tengok size S tu pun macam dah ngam-ngam je dengan Aidi. Selalu sangat pampers melurut ke bawah sampai nampak alur punggung Aidi. Haha. Kadang tu berbekas-bekas tang peha kena getah pampers. Jadi tukar size lah. Mungkin lepas ni tak bocor dah dan Aidi pun selesa.
Yes, bila pakai Drypers M, nampak macam selesa sikit. Tapi selesa je lah, secure tidak sebab masih bocor-bocor. Tapi takdelah selalu.
Sudahnya pikir-pikir balik, aku nak kembali pada Mamy Poko dengan Hey Baby lah.
Mamy Poko memang confirm confirm ok, Hey baby pun takdelah mengecewakan even standars *setinggan* jek. Huk huk.
Jadi sekarang Aidi adalah pengguna Mamy Poko and Hey Baby.
Aku tak boleh nak try and error banyak sangat jenama sebab kat Labuan tak banyak choice untuk pampers. Yang kerap aku jumpa itulah..Mamy Poko, Hey Baby, Dryper, Huggies. Susah betul duduk pulau ni. Pilihan tak banyak..mahal pulak tu. Hurmm..
Tips dari Mama Aidi:
Untuk mommy to be, tak perlu beli pampers newborn berkoyan-koyan banyak. Cukup beli 1 pek je. Biasanya pampers size newborn memang tak pakai lama, kejap je dah sendat. Senang cerita, tak perlu beli diapers terlalu banyak untuk sambut baby. Dalam pantang nanti pun masih boleh beli in case stok dah habis. Better beli lepas baby lahir sebab kita tau size sebenar anak kita. Buatnya anak jenis Aidi..peha je dah berapa kilo. Haha!

Sunday, February 26, 2012
Promosi Barang Baby Di Jusco
Okey..takde apa nak cerita hari ni. Kalau cerita pun bosan..balik balik cerita beli baju baru untuk Aidi sampai tiap hari budak tu pakai baju baru siang malam. Serupa hari raya dah ha.
Jadi tak mo cerita lagi. Meluat.
Cuma nak habaq mai..Jusco sekarang tengah ada promosi barang-barang baby. Promosi tak promosi sangatlah tapi ada lah jugak diskaun.
Yang menarik hati aku..
Rocker Fisher Price yang macam aku beli *rujuk entri bawah ni* tu ada promosi.
RM299.90
Jadi kalau ada yan berminat boleh terjah mana-mana jusco sekarang. Aku pergi Jusco kat Sunway Pyramid semalam.
Pastu ada lagi yang menarik hati..
Diapers Mamy Poko.
RM84 untuk 2 x pek besar.
Malangnya size M semalam dah habis. Tapi salesgirl tu suruh aku tengok kat bahagian supermarket. Kat sana ada lagi.
Hari ni ingat nak ke Sunway Pyramid lagi lah. Nak borong diapers Aidi, buat bawak balik ke Labuan. Kat sana gerenti harga up naik 20 30 40 peratus.
Eh eh..Aidi dah pakai size M??
Iyeeee...gedebap dah anak aku tu.
Nah tengok.
Kaaannnn??

Friday, February 24, 2012
Beli Bouncer Pulak Dah.
Bouncer atau rocker.
Penting ke?
Masa mengandung dulu, rocker atau bouncer bukanlah satu benda yang jadi keutamaan aku. Rasanya takde masuk dalam list barang baby pun sebab rasa macam alahhhh..takde pun tak pe.
Bila Aidi lahir...bila dah semakin kenal perangai anak...baru terasa bouncer atau rocker tu penting.
Sebab??
Aidi jenis suka tido berbuai-buai..berayun-ayun. Tapi aku cekal tak nak ajar anak tido dalam buaian. Entahlah..takde sebab spesifik. Cuma aku rasa macam leceh kalau anak dah biasa tido dalam buai nanti. Ke mana pun nak tido berbuai aje. Buatnya dalam shopping mall dia melalak nak tido dalam buai jugak camne? Itu takpe lagi..boleh kejar balik umah lagi. Kalau atas flight dia nak buai??? Tak ke adoyai tepuk dahi mamanya nanti. Muahaha! Sudahlah kami anak beranak ni nanti jenis selalu travel naik flight. Setahun mahu 4 6 kali jugak apa naik flight. Jadi tak payah lah ajar berbuai.
Setakat ni Aidi tido lena bila didodoi guna lengan atau tidokan dia atas dada atau atas bahu. Boleh je dia lena. Bila dah lena pejam mata tu baru aku letak atas katil dia. Lena lah dia kat situ.
Tapi bila ramai yang suggest aku beli rocker atau bouncer..hati mula tergerak nak beli jugak. Tapi benda alah tu bukan murah-murah benda sekarang ni. Yang jenis pakai besi and kain net biru or pink tu saja dah RM60 ke RM70 aku tengok kat Butik Anakku hari tu. Mak kata masa zaman aku kecik dulu regenya RM20 lebih jek. Huhu.
Mula ingat nak beli bila dah balik Labuan je nanti, senang..tak payaj nak berangkut banyak kali. Tapi entah..tentiba je hati nurani ni rasa nak beli sekarang jugak. Rasa macam comel pulak tengok bouncer-bouncer yang ada kat pasaran tu sampai rasa geraammmmm...nak beli nak beli nak beli jugak! Haha.
At first usha bouncer yang rege bawah RM150 je. Almaklumlah...bukan kaya. Huhu.
Jumpa.
Yang ni.
Berkenan sangat.
Jenama My Dear. *ada aku kesah jenama apa?*
Mostly letak harga dalam RM125 - RM 140.
Dah nak beli dah ni.
Tapi bila survey-survey lagi.
Jumpa ini.
Pergh!!
Fisher Price!!
Pastu confirm confirm pricenya pun kemain cantik lagi kan? *sambil kira-kira duit dalam bank*
Tapi bila timbang sukat timbang sukat tiga pat kali. Aku rasa lebih berbaloi beli yang Fisher Price ni.
Yang My Dear tu boleh guna masa baby je..sedangkan yang Fisher Price boleh guna sampai baby jadi toddler. Boleh guna sampai 4 tahun kalau badan anak tak serupa aku. Huhu.
Harga??
Market price biasanya RM359.
Tapi kebanyakan online store jual RM299. Ada aku jumpa jual RM260, tapi dia caj transpotation sampai RM30. So jadi RM290 jugak. Still murah..tapi aku tak dapat nak proceed payment kat store tu. Kenapa ntah.
Jadi sudahnya beli jugak Rocker Fisher Price pada harga MR299.
Hari Selasa baru deme deliver.
Ohh mama yang tak sabar nunggunya.
Haha!

Thursday, February 23, 2012
Kamera Baru. Eh Silap...Baru Nak Beli Kamera. Hehe..
Uiii aiii.
Hari ni gaji, kejap tgk dpt tgk jumlah 5 angka dalam akaun. Tak sampai bape minit tinggal 4 angka balik. Muahaha.
Tadi aku keluar ke Ampang Point. Biasalah, takde port lain nak tuju. Situ je la tempat paling dekat, paling senang aku nak pergi. Pergi pun sorang-sorang. Aidi tinggal..Pah Ma nya jaga. Nasib baik behave. Sebabkan Aidi behave, terus mama upah baju baru 4 pasang. Hehe.
Pastu sempat rembat kamera sebijik. Takdelah kamera DSLR ye mengkeme, aku nak pegang DSLR tu mau makan seminggu blajar pegang saja, belum blaja shoot lagi. Haha. Jadi aku beli kamera kompak biasa jek. Nak cari brand Nikon, tak terjumpa pulak hai..beli Olympus sudahlah. Janji boleh ketik gambar, boleh ketik video cukuplah. Rasa macam lama nau aku takde kamera sendiri. Last kamera aku ada tu yang jenis nak amik gambar kena letak mata rapat ke kamera tu, jenis yang pakai kodak lagi tu. Kodaak habis..maka habislah chance nak amik gambar. Salah amik gambar, burn la sekeping kodak. Bila cuci pun siap dapat filem kemain panjang berjela lagi. Pastu jakun nak tengok filem-filem tu kat bawah lampu. Huhu..lawak pulak bila ingat balik. Tapi memang itulah zaman last kamera aku ada. Lepas tu langsung tak pernah ada kamera sendiri. Asik menempel pada kamera orang jek.
Jadi bila dah ada anak ni nak la ada kamera sendir kan? Senang..boleh rakam momen-momen indah Aidi membesar. Nanti boleh tunjuk kat dia bila dah besar.
Inilah kameranya.
Kamera biasa jek.
Harga pun level orang biasa-biasa je macam aku. Huhu.
Tapi tadi kemain berejam jugak aku termangu kat kedai tu memikir nak amik kaler pink ke kaler hitam..kaler pink ke kaler hitam.
Kalau nak kaler pink..harga up lagi 50 hengget.
Hurmm..tak payahlah.
50 hengget tu baik aku buat beli susu Aidi satu kotak. Kenyang jugak perut anak aku.
Heh.

Wednesday, February 22, 2012
Rasa Nak Mengempiskan Poket
Esok gaji.
Yeay!!
Gaji kali ni memang dah niat nak spent sikit untuk diri sendiri. Dah lamaaaaa sangat rasanya tak memanjakan diri dengan bershopping.
Kasut dah berbulan bulan dok sarung selipar jepun jek.
Hand bag pun dah berkurun lama tak beli. Balik-balik mak yang belikan. Dah ada suami pun mak jugak yang belikan hand bag. Hadoi!
Baju pun lama tak beli. Rasa macam rindu sangat nak keluar masuk fitting room try baju berpasang-pasang.
Jeans...huiii. Sejak mengandung 6 bulan kot rasanya tak sarung jeans dah. Sekarang anak dah nak masuk 3 bulan. Kemain lama tak pegang jeans. Rindu!! Dik, bak mai jeans size 36 selai!Miahahah!
Jadi rasanya weekend ni nak p shopping la. Tumpang ada rezeki lebih sikit bulan ni, tak salah rasanya nak manjakan diri sendiri. Aku yang pepenat keje pok pek pok pek dalam kelas, aku yang tungkus lumus bercinta dengan buku-buku selama 4 tahun kat uitm nun dulu, jadi bila dah dapat habuan ni, bagi can la sikit kan?
Jadi weekend ni nak shopping.
Tapi.....
Bila buka fesbuk..
Bila bukak online shop...
Baju Aidi jugak yang belek belek berejam!
Hurmmm...itulah perangai seorang insan bergelar mama.
Kan??

Tuesday, February 21, 2012
VCD Pertama Aidi
Ya hampun...budak demok muntel ni sekarang dah pandai nak test vokal dah. Kalau meraung kemain pekik lagi. Lambat sikit bagi susu, mulalah...macam retis rakam lagu. Memekik!
Pastu Aidi ni hobi sebijik abah dia. Tengok TV.
Kau bagilah dia tengok cerita apa pun..layaannn aje. Citer melayu layan..citer omputeh layan..citer hindustan pun minat..citer tamil pun takde hal la. Semua pun boleh.
Bila tengok dia ni dah hobi sebijik abah dia, aku pun rasa elok jugak kalau aku belikan Aidi vcd yang untuk baby baby tu. Ada jugak pekdahnya Aidi tengok dari dia tengok cerita mengarut mengarut kat TV tu.
Pernah sekali tu kat tv tengah ada adegan pompuan pakai seksi seksi, terus aku kalih muka Aidi tak bagi Aidi tengok. Haha.
Tapi kalau tengok vcd ilmiah cenggini..mama seribu kali bagi kamu tengok anak oii..
Vcd Baby Einstein...nak harap anak sebijak Einstein ke kak jemah oiii!
Ralit nau.
Mama panggil "Aidi..Aidi..." pun beliau buat dono jek. Suka lettew!

Monday, February 20, 2012
Rezeki Aidi Rizqy
Bulan Februari ni memang bulan rezeki la untuk aku. Bulan ni saja 6 orang famili member sambut besday, maka paling koman mesti dapat makan free 3 atau 4 kali. Makan kek jangan cakap lah..paling meriah adalah bulan ni lah.
Pastu last week abang posmen ada hantar surat untuk aku. Tengok sampul..hmm matiklah, ini mesti surat mintak hutang. Bahahahah!!
Sekali bukak..
Ooo mai god!!
Cek Nuffnang yo!!
Rezeki rezeki...Memanglah takde banyak mana pun jumlah pada cek tu,sementelah aku bukan blogger hebat macam Red Mummy ke, Ben Ashaari ke Hanis Zalikha ke kan..aku cuma Yongnana, jadi berapa sen sangatlah yang mampu dikutip sepanjang berblogging dekat nak 3 tahun ni. Tapi berapa pun jumlahnya, tetaplah rezeki. Lepaslah nak buat beli henbeg cap carlo rino sebijik. Huhu.
Kemudian minggu ni. Hari ni. Tadi.
Minggu ni adalah minggu gaji untuk pekerja gomen termasuklah aku. Jadi aku pun saja lah nak usha-usha aku punya slip gaji. Slip gaji cikgu cikgi sekarang pakai print sendiri dari website Jabatan Akauntan Negara jek, dah takde kakak kerani nak tolong print sorang-sorang punya lagi dah. Jadi aku sajalah nak tengok slip gaji and nak save sekali dalam laptop. Senang kalau pape hal nanti.
Sekali bukak bukak slip gaji...tengok..
Aik?? Apsal gaji aku tinggal RM1500 ++ jek?
Gosok-gosok mata..pastu tengok lagi sekali sambil muka tinggal 3 inci je dari skrin laptop. Huhu..
Ohhh..rupanya RM1500 lebih tu EPF.
Hah??!!
EPF???
Kalau dah EPF banyak tu..gajinya berapa la ye?
Eh jangan salah sangka, bukan nak kata aku keje cikgu gaji melantun-lantun banyak. Takde banyak mana gaji cikgu ni. Tolak sana tolak sini tinggal tak sampai seribu pun dalam tangan.
Tapi syukur syukur syukur sangat-sangat sebab bulan ni aku dapat tunggakan gaji 15 bulan. Sebelum ni aku dapay gaji guru sandaran jek..DC 41. Since dah lulus interview SPA, dah lulus induksi, aku dah naik dapat jadi guru tetap dan berpencen gred DG 41. Jadi beza gaji guru sandaran and guru tetap tu aku dapat secara tunggakan. Dibayar lump sum. Itu yang EPF bulan ni sampai RM1500 tu. ALhamdulillah.
Bila dalam situasi gini, aku terbayangkan wajah Aidi jek.
Kamu memang pembawa rezeki wahai Aidi Rizqy.
Aminn..
Aidi..sejak-sejak mama bagi can takyah pakai mitten dah, kemain rancak dia makan jari. Nom nom nom bunyinya.

Sunday, February 19, 2012
Undangan Ke Majlis Aqiqah Aidi
Hai Aunties!!
Mama Aidi kata, tak lama lagi mama nak buat kenduri aqiqah untuk Aidi. Tak sabarnya nak naik endoi. Musti lenaaaa tido dalam endoi cantik kan?
Pastu mama kata lagi nanti kepala Aidi nak kena botak. Eh sekarang pun dah separa botak, tapi nanti abah Aidi akan cukur habis sampai licin. Barulah halusssssss.=)
Jadi Aidi nak lah tanya kat sini, ada tak auntie-auntie, uncle-uncle, kakak-kakak, abang-abang yang sudi nak attend kenduri aqiqah Aidi nanti? Mama Aidi pesan, kalau ada yang nak datang meriahkan kenduri Aidi, bolehlah tinggalkan jejak kat kotak komen. Nanti mama Aidi bergoyang bergoyang i follow..bergoyang i follow i follow...bergoyangggggggg i follooowwwww. Eh silap, follow up. Hihi.
Okeylah..Aidi nak cakap tu jek. Aidi nak minum susu dulu. Lapau betol hari ni. Dah 20 oz dah Aidi minum hari ni. Huhu.
Jumpa lagi masa kenduri nanti.
tatatatata!
Thursday, February 16, 2012
Cer Korang Tengok Jap.
Sejak dari awal kelahiran Aidi lagi aku ada perasan satu benda yang muncul pada badan Aidi ni.
Bukan tanda lahir.
Bukan jugak tahi lalat.
Apa lagi jerawat. Huhu.
Tapi aku pun takde sure sangat betul ke tidak apa yang aku pikirkan tu. Takut aku je perasan sendiri. Halusinasi katanya.
Jadi apa kata aku tepek gambar Aidi sekeping, then cuba korang tengok.
Kalau ada yang boleh nampak sama macam apa yang aku nampak..maknanya mungkin betul lah tu ada tanda gitu.
Kalau tak..memang mata aku je dah spero.
Okey..cer korang perhati telinga Aidi ni
Ada tak korang nampak sesuatu..sama macam apa yang aku nampak???

Aidi Si Referee
Aidi ni kan..ada sixth senth gamaknya tau.
Bukan apa..bila aku gaduh gaduh *manja* dengan incik suami jek, dia mesti nak meragam sama, Tunjuk protes la tu. Peliknya mana dia tahu? Mama dengan abahnya perang dalam telefon je pun. Guna sms je pulak tu.
Dah beberapa kali dah aku perati, asal aku hangin dengan incik suami je..Aidi mesti nangis. Bila aku cakap "okey okey..mama tak marah abah dah...mama kawan dengan abah dah"..
Terus dia diam.
Aik??
Kecik-kecik dah boleh jadi referee rumahtangga.
Miahaha!!

Tuesday, February 14, 2012
Aidi Dah 2 Bulan Rupanya....
12 Februari lepas genap 2 bulan usia Aidi. A big yeay!!
Berat terkini adalah 5.45 KILO!!!
Kuss semangaaatttt.
Panjang pulak adalah 59 cm. Tapi aku rasa macam lebih jek sebenarnya. Takpelah, janji Aidi sehat.
Semalam pergi klinik untuk cucuk 2 bulan. Macam bulan lepas, Aidi cuma menjerit kejap je time jarum cucuk kulit. Selang beberapa saat...papp!! Aidi ketiduran. Otomatik. Macam ada suis pulak. Sungguh aku hairan. Huhu.
Nurse ada pesan..katanya baby mungkin akan demam after kena cucuk kali ni. Kalau baby demam lagi bagus sebab itu tandanya badan dia memberi reaksi pada suntikan tu.
Aku ada baca dalam paper metro semalam. Kebetulan pulak ada artikel tentang suntikan vaksin pada baby. Bila baca baca barulah aku tau..rupanya yang disuntik ke dalam tubuh anak tu bukannya ubat ke apa, rupanya bakteria dan virus yang dah dilemahkan. Ngeri tak bila dapat tau ada bakteria dengan virus masuk dalam badan anak?? Haha. Tapi jangan panik, ada sebab kenapa bakteria lemah tu disuntik ke dalam badan. Semuanya untuk hasilkan antibodi. Cenggini..bila bakteria dan virus lemah tu masuk dalam badan, badan baby akan bagi reaksi dengan menghasilkan antibodi untuk lawan bakteria tersebut. Jadi masa bakteria and antibodi tengah berperang tu la biasanya baby akan demam atau muncul tanda-tanda lain seperti lemah badan, ada merah-merah pada badan, nafas berbunyi etc. Nanti next time kalau badan baby dijangkiti bakteria dan virus lagi, dah ada antibodi dalam badan untuk lawan bakteris-bakteria tu semua. Kan bagus cenggitu.So jangan risau sangat..kalau anak demam lepas kena cucuk itu petanda badan anak dalam keadaan baik. Kalau demam berlarutan 3 hari tak kebah-kebah, bawaklah ke klinik. Tapi kalau tak demam pun takdelah masalah pulak. Janganlah pulak ada yang susah hati kalau anak tak demam lepas kena cucuk. Lain baby lain efeknya kan.
So far Aidi takdelah pulak panas-panas badan ke apa. Cuma malam tadi dia meragam sikit. Mata ngantok tapi takmau tido atas katil dia. Nak tido berpeluk. Maka aku kendonglah dulu sampai dia betul betul lena then baru aku letak atas katil. Lena tidonya. Bangun pukul 4 pagi untuk minum susu, Then pukul 5 tido balik sampailah 9.30 pagi. Syurga!
Sebenarnya jauh di sudut hari aku kalau boleh tak mau Aidi demam. Entahlah..tengok dia merengek rengek semalam pun hati dah meruntun sayu. Kalau Aidi demam?? Mau mama dia yang menangis dulu. Huhu.
Tapi bila bangun pagi tengok anak senyum ceria je, terus hati tak gundah gulana dah. Mungkin Efek suntikan tu pada Aidi kejap jek. Tak melarat larat.
Apalah makna hari seorang mama kalau tak dapat tengok anak tersengih riang seperti ini.

Saturday, February 11, 2012
Review Bedding And Feeding Set
Nak sambung entri review meview baby stuff ni. Ada yang nak baca lagi ke? Huhu..
Semalam setel dah bab pakaian baby. Arini sambung pulak bab lain yang mana sempat.
Mula dengan..
BEDDING SET:
Entri tentang bedding set ni aku pernah published dulu. Boleh cari kat entri-entri bawah label "Baby Stuff".
Playpen aku tak beli. Guna semual playpen anak buah aku yang sekian lama bersimpan je dalam almari.
Playpen brand Bumble Bee.
Playpen ni senang gila nak pasang. Aku pasang seekor diri je haritu. Masa tu tengah sarat pulak tu. Ala..setakat peluh-peluh jantan keluar sikit apa ada hal kan? Haha.
Untuk tilam Aidi, aku beli dua set. Dua-dua pun beli online
satu beli kat Kedai Mini Kelantan
Satu lagi beli kat Wanisa Shop.
Dua-dua pun aku guna. Gila tamak. Aku saja beli dua konon-konon satu nak jadikan tilam dalam playpen, satu lagi tilam mobile..jenis yang boleh aku hangkut ke sana ke mari. Alih-alih dua-dua pun aku jadikan tilam playpen jek. Lapik dua-dua tilam bagi tinggi and gebu. Nyenyak Aidi tido. Hehe.
Review??
Mula dengan tilam Kedai Mini Kelantan.
Tilam kekabu yang ni tebal sikit banding satu lagi. Memang dari awal aku jadikan tilam playpen jek sebab tak berapa sesua nak buat travel mattress. Tambah lagi berat. Jenuh nak angkat. Cumanya kat kedai ni diorang takdelah offer tilam dengan design kain yang kiut kiut fancy fancy sangat. Kain sedia ada jenis biasa biasa, kalau kita ada kain yang cantik nak buat sarung, boleh je hantar kat diorang. Diorang jahitkan. Tapi kes aku walaupun beli kain sendiri..tetaplah design biasa-biasa jugak. Kain murah jek. Uhul uhuk. So far aku tengok Aidi tido nyenyak je atas tilam tu. Kalau tak sedap tak tahulah..beratus jugak regenya mama beli nak oii.
Tilam Wanisa Shop
Sedikir nipis. Lebih kurang 2 -3 inci tebalnya. Tapi ringan. Paling best, design sarung tilam semua kiut miut. Suka!!
Tilam yang ni sesuai buat travel mattress sebab ringan. Boleh dilipat dua. Senang.
Tapi bila pikir-pikir balik aku rasa macam sebenarnya tak payahlah nak bertempah beria tilam sampai dua set. Kalau nak tempah pun satu cukup dah. Satu lagi tu beli je tilam biasa-biasa yang banyak jual kat kedai tu. Bukan apa..kadang rasa membazir pulak. RM400 terbang hanya untuk beli tilam?? Waa Weee!!! Junior juss!!
FEEDING SET:
Okeh, meh kita masuk bab botol botol susu pulak.
Masa mengandung memang dah set mind yang aku nak breastfeed Aidi. Memang sangat-sangat mahu. Jadi aku takde pikir sangat hal nak beli botol susu anak ke pacifier ke apa ke. Dalam kepala masa tu cuma aim nak beli breastpump jek. Tahu je la breastpump ni rege dia berapa kan? Berbulan sep duit tahu? Huhu.
Aku beli and guna breastpump Madela Swing. Beli secara pakej di Fabulous Mom. Harga RM799.
Dalam pakej ni ada:
1 set madela swing breastpump
6 biji storage bottle brand jingle jungle
1 beg breastpump and cooler bag (beg jenis 2 in 1)
3 keping ais pek
1 helai nursing bra jenama apa ntah aku lupa. Huhu.
So far aku memang selesa guna pam jenis ni. Suction tak menyakitkan. Bunyi pun tak bising. Kira kalau aku mengepam sebelah Aidi tengah tido pun takde hal lah.
Madela Swing pun jenis senang nak cuci. Part-part dia senang nak bukak and senang nak cuci. Tapi aku takdelah cuci setiap kali guna. Takut tak sempat kering untuk next pumping session. Aku cuci sekali sehari jek. Waktu lain aku lap je bersih-bersih dengan tisu.
Madela Swing juga kecik and ringan. Nak sumbat dalam hand beg pun boleh. Pastu boleh pakai bateri jugak. Kalau tentiba blackout ke atau ada kat mana-mana yang takde bekalan letrik pun still boleh pumping dengan syarat kau ada bateri. Haha.
Botol susu pulak aku beli brand The First Year.
Aku pilih botol susu ni bukan sebab aku rasa botol ni bagus ke apa. Aku beli sebab aku rasa botol ni murah. Beli 3 biji botol per set harga RM53.90. Okeylah tu.
Sekali bila dah guna..
Wow!!!
Bestlah botol ni.
Ceh, macam aku pulak yang menghisap botol tu kan? Miahaha!
Tapi memang..melalui pemerhatian aku pada Aidi aku tengok botol ni bagus. Walaupun design takdelah super duper kiut macam tommie tippie tapi aku suka.
Satu...puting botol ni ada dua lapis. Bukan dua lapis yang bercantum, tapi boleh separate untuk mudahkan dicuci. Kenapa ada dua lapis??
Ha..inilah bagusnya botol ni. Putingnya dua lapis untuk jadikan milk flow sama macam breast flow. Tak laju dan haluuussss je keluarnya. Jadi baby insyaallah takkan tersedak masa minum susu sebab susu mengalir sama macam breast flow.
Dua..putingnya ala-ala puting breast *yang normal lah. Bukan puting aku. Huhu*. Jadi kalau baby jenis yang directfeeding pun takde masalah nak guna botol sebab puting sama design.
Tiga...botol ni akan paksa baby menghisap, then baru susu akan keluar. Kalau baby tak hisap..susu takkan keluar dari puting. Andai kata baby tertido masa minum susu pun takdelah risau sangat sebab susu tak mengalir keluar masuk dalam mulut. Bahaya tau kalau susu masuk dalam mulut sedangkan baby dah tido. Itu yang boleh buat tersedak susu tu. Uiii..mintak simpang.
So far aku selesa dengan botol ni. Buat masa ni Aidi cuma ada 3 biji botol je. Maybe sebelum balik Labuan nanti aku akan beli lagi 3 biji kot. Banyak sikit botol pun takpe..Aidi kuat minum. Belum sempat basuh 1 botol ni, dia dah mintak susu lagi. Belum sempat kering botol yang dibasuh, dia merengek nak susu lagi. Aku rasa berus botol and sinki tu dah naik muak tengok muka aku asik membasuh botol jek. Haha!
Cukuplah sampai sini dulu.
Ngantoklah..maklumlah...mama baru kan tak pernah tido lena malam-malam. Huhu.
Tapi Alhamdulillah sekarang Aidi dah pandai kenal mana siang mana malam. Siang-siang dia tido ala-ala jek. Banyak nak main nak bersembang bagai. Bila malam dia tido lama and panjang sikit. Apapun tetap kena bangun tengah malam susukan Aidi at least sekali setiap tengah malam.
Okeylah tu kan?
Nanti next entri aku sambung review stuff yang lain pulak okeh?
Daaa..babai!

Friday, February 10, 2012
Review Baby Stuff
Hai!!
Hari ni nak buat review tentang baby stuff pulak. Tapi sebenarnya malu..sebab aku takdelah beli barang-barang mahal pun kat Aidi. Semua pun aku amik yang paling murah punya harga. Hoho.
Nak review dari mana dulu ye?
Aku ikut susunan yang ada dalam baby checklist kat side bar sebelah ni la ye. *anak dah nak 2 bulan, baby checklist tak reti-reti nak delete lagi ke?*
1) Pakaian
Pakaian ni memang bab paling best nak dibeli. Kau tengok baju ni..cantik. Kau tengok baju tu..eh kiutnya. Tengok tengok lagi...wahh handsome kot anak aku kalau pakai baju ni..sekali tengok tengok purse..eh eh takde duit. Begituuu.. Haha.
Untuk Aidi, kebanyakan baju Aidi aku beli secara online. Maklumlah kat Labuan tak banyak sangat choice. Jadi beli online je. Beli online ni ada baik buruknya. Baiknnya kebanyakkan bajunya harga sedikit murah banding dengan harga kat kedai. Tapi yang buruknya kita tak dapat nak rasa material kain baju tu. Tebal sangat ke, nipis ke, kasar ke, lembut ke apa ke kan. Jadi iktulah mana terbaik. So far aku beli online takde pulak aku kena tipu ke apa. Semuanya sampai dengan selamat. Cuma aku perasan kebanyakan baju yang aku beli online jarang aku pakaikan as a daily wear untuk Aidi. Mungkin sebab kainnya sedikit tebal kot.
Tapi bagi aku kedai paling best nak borong baju baby adalah di Butik Anakku.
Kat Anakku...harga bajunya taklah terlalu mahal. Kalau tengah lelong-lelong tu kau boleh dapat baju seploh hengget je sepasang. Tapi apa yang lagi penting adalah material kain baju tu sesuai dengan cuaca dan iklim kita kat Malaysia ni.
Selesa.
Tentang baju lagi. Ramai yang kata jangan beli baju banyak-banyak..anak cepat besar. Yep itu betul. Jangan beli terlalu banyak tapi jangan sampai beli 2 3 helai je pulak ye. Aku sebenarnya tak berapa suka stigma sesetengah orang yang beli baju anak 2 3 helai kononnya nanti ada ramai oranga akan hadiahkan baju lagi. Entahlah..kurang suka pandangan gitu. Itu anak kau, kenapa nak mengharap orang lain sediakan kain baju anak kita pulak kan? Kalau ada orang hadiahkan alhamdulillah la..rezeki. Buatnya takde??? Berbedung semata la budak tu kat situ. Jadi pandai-pandailah bajet nak rembat bape pasang baju untuk baby baru lahir. Tips dari aku...
- beli baju butang depan lebih sikit.
- rompers tak perlu beli banyak. Tak berapa sesuai sebab kulit baby terdedah. Bila umur dia dah 3 bulan ke atas mungkin okey. Boleh pakai legging.
- Beli baju takde lengan 3 4 pasang. Malaysia ni panas. Baju cenggitu amat selesa kecuali baby kamu duduk dalam air cond hampir kebanyakan masa.
- Baju saiz newborn mesti ada jugak sikit. Kesian kat anak lahir-lahir je habis semua baju seluar longgar-longgar kalau semua baju beli saiz besar.
- Beli baju 1 saiz lebih besar dari saiz badan sebenar anak. Katakan baby newborn *saiz 0-3 bulan*, jadi beli baju saiz 3 - 6 bulan supaya tahan lama sikit. Baby pun cepat besar. Aidi ni 2 bulan dah kena pakai baju saiz 3 - 6 bulan dah. Baju-baju newborn semua dah al sendat al ketat.
- Mitten and booties kena ada at least 8 - 10 pair. Baby newborn sampai umur 3 bulan memang akan pakai mitten and booties setiap masa. Oh ye, ada sesetengah mitten and booties ni ada saiz. Jadi check it out.
- Stokin tak perlu beli banyak. 2 3 pasang cukup. Beli saiz besar sikit supaya boleh pakai lama.
- Barut sila beli banyak. Kalau boleh, beli lebih dari 10 helai. Baby biasanya akan tukar barut tiap kali tukar pampers sebab barut pun sama kotor kena kencing berak dia. Jadi beli lebih tak kiralah barut jenis tali ke jenis stripe ke. Tapi untuk baby baru lahir, barut tali lebih sesuai sebab boleh adjust saiz. Barut jenis berpelekat tu biasanya longgar untuk baby 0 - 2 bulan.
- Baby bip tak perlu beli lagi pun takpe. Baby bukan boleh makan lagi pun. Setakat minum susu boleh alas dengan sapu tangan jek. Lebih senang.
- Sapu tangan...pun sila beli banyak. Itu lah nak guna buat lap air lir meleleh dia..itulah nak guna lap sisa-sisa susu kat mulut pipi dia, nak lap muak dia apa semua..jadi beli lebih.
- Bedung...guna napkin sudah. Boleh jugak nak beli kain bedung yang fancy fancy yang banyak jual sekarang ni tapi bagi aku kainnya agak tebal and panas. Kesian baby. Aku bedung Aidi guna kain napkin jek. Itupun tak lama dia nak berbedung dan tak ramai baby yang suka dibedung. Huhu.
- Selimut...beli la 2 helai cukup.
- Towel..beli lebih. 5 6 helai pun takpe. Baby bisanya suka nak kencing time lepas mandi. Time mama dia nak pakaikan baju, time tulah dia nak kencing. Pastu habis dengan towel-towel pun kena kencing sekali. Huhu.
Apa lagi yang penting bab pakaian ni ye??
Itu je kot yang penting. Kalau ada yang tertinggal boleh share kat comment box okey. =)
Eh Aidi dah bangun tido lah pulak.
Kita sambung lain kali ye barang-barang yang lain pulak.
Im sorry....*versi Amir Raja Lawak*

Wednesday, February 8, 2012
Ini Namanya Berpantang Secara Moden
Hai!!
Berkenaan entri yang lepas, tak sangka pulak rupanya ada jugak pembaca blog ni yang senasib dengan aku. Dan tentiba aku jadi bersemangat waja balik nak keep on breastfeeding Aidi even tak secara fully apalagi ekslusif. Dan walaupun cuma menggunakan botol susu. Tetap kena set mind..everyday tetap kena pam pam pam pam...demi Aidi. Huhu. Eh sekarang ni baru discover yang horlicks boleh bantu aku tingkatkan production susu, susu pun jadi lebih pekat sama macam masa mula-mula breastfeeding dulu. Cayalah ho ho ho horlicks!!
=)
Sebenarnya entri kali ni nak lunas satu hutang entri.
Entri tentang Berpantang
Walaupun aku ni berpantang takdelah ketat mana. Boleh kata tak ketat langsung. Tapi nak share jugaklah mana yang boleh share. Tak dapata banyak mungkin sikit boleh bantu kawan-kawan yang tengah cari info tentang berpantang ni.
Oh lupa..sebelum pape, nak bagitau dulu yang entri ni adalah based on pengalaman aku and pendapat peribadi aku. Jadi mungkin ada beberapa statement yang bukan fakta..tapi auta. Hahaha..gila.
Nak mula dari mana ye? Aku ikut mana yang terlintas dalam kepala dulu la ye.
1) Set Bersalin
Keperluan berpantang ni yang paling penting adalah set bersalin.
Aku guna set bersalin Amway. Mulanya dulu nak beli set bersalin Nona Roguy, tapi tentiba tak jadi bila mak suggest guna Amway. Sebelum beli aku adalah study sikit tentang produk ni. Ada yang kata Amway ni bagus untuk ibu yang fokus pada penyusuan susu badan sebab produk ni hanya guna herba berasaskan tumbuh tumbuhan sahaja. Organik la gitu. Tapi kalau kita fokus untuk turunkan berat badan lepas bersalin, Nona Roguy is better. Ini maklumat yang aku dapat lah.
Pengalaman aku guna Amway..
- herba mandian and cucian miss V sangatlah best. Senang pun senang nak sediakan. Kau rendam je uncang herba tu dalam air panas, pastu campurlah sikit air sejuk sikit bagi air jadi suam suam kuku gitu pastu mandi la lalalalalala. Best. Segar je rasa. Herba untuk cucian miss v pun sama. Terasa segar dan bersih lepas guna.
- Pilis dan param. Jujurnya aku tak guna langsung param Amway ni. Bukan apa, aku tak konfiden nak pakai param sebab aku selalu kendong kendong Aidi. Risau pulak kalau param tu melekat sama kat badan dia. Naya je anak aku hangat badannya nanti. Jadi sebagai ganti param, aku guna losyen mustajab tu. Panas jugak kan? Cuma dia cepat meresap pada kulit.
Pilis..ada jugaklah aku pakai. Tapi tak selalu. Kan dah kata, aku ni bukan berpantang sangat pun. Lagipun aku takdelah rasa efek best sangat pakai pilis tu. Tepek tepek kat dahi, tunggu kering dalam sejam pastu basuh. Aku tengok sebelum and selepas guna sama je. Huhu.
- Bengkung..biasanya kalau beli set amway ni kita akan dapat sekali bengkung yang style tali kena ikat tu. Memang itu je la satu-satunya bengkung yang aku ada. Mula-mula nak pakai tu memang hazab jugaklah sampai dua tiga orang kena tolong pakaikan. Hoh. Lama-lama dah pandai sikit dah okey dah sampai incik suami pun dah terer ikatkan bengkung kat aku. Memang masa dia ada kat Ampang ni dulu dia la tukang pakaikan bengkung untuk aku tiap hari. Lebih romantik gitu. Miahaha!
Tapi pada aku bengkung tali ni leceh sikit la. Sejam pertama pakai okeylah lagi..bengkung elok je duduk kat badan. Lama kelamaan mulalah ada tali yang melurut ke atas, ada yang ke bawah, pastu bengkung berlipat-lipat. Hurmmm..rasanya ikatan tak cukup ketat kot. Kalau ikat ketat sangat kang mahu aku tak bergerak langsung pulak. Hehe.
- Jamu..ha ini best. Amway ni takde jamu jamu yang jenis kena bancuh bancuh tu. Semua dalam bentuk pil kecuali herba tea. Teh tu kena la dibancuh baru minum. Yang lain dalam bentuk pil. Ko telan jek. Tak gaduh nak rasa pahit ke apa ke. Senang. Yang aku perasan, pil lepas bersalin amway ni membantu jugak untuk banyakkan susu. Tapi dalam masa yang sama pil tu akan efek pada taik baby. Mungkin bergantung pada baby jugak kot. Macam Aidi, lepas aku makan pil tu, dia berak macam cirit. Cair betul. Risau pulak aku. Last-last aku kurangkan doa pil tu. Kalau kata sehari kena telan 4 biji, aku telana 2 biji je. Cukuplah.
- Minyak mama and baby...yang ni paling best and berbaloi. Lagi-lagi minyak baby tu. Aku tak payah nak beli minyak yuyi ke minyak kayu putih ke minyak kayu apa pun tak payah dah. Aku guna je minyak baby yang ada dalam set bersalin tu. Memang bagus minyak tu. Aidi setakat ni alhamdulillah langsung tak pernah kembung perut. Tambah lagi Aidi boleh tido lena lepas aku sapu minyak tu kat perut and tapak kaki dia. Aidi ada bisik-bisik kat aku..dia kata.."selesanyaaaa mamaaaa". Hehe.
Kesimpulannya aku bagi 3.5 mata dari 5 mata untuk set bersalin Amway ni.
2) Menu Berpantang
Ha...bila cakap tentang pantang, mesti dah terbayang yang itu tak boleh makan, ini tak boleh makan, habis apa yang boleh makan??
Huhu.
Nurse ada pesan, kalau kita menyusu badan, jangan pantang makan ketat sangat. Tetap kena amik makanan seimbang. Daging, ikan, ayam, sayur, buah semua kena makan. Cuma janganlah makan makanan yang terang-terang boleh mudaratkan ibu dan baby contohnya nangka sebab berangin. Kalau bab makanan yang gatal-gatal tu aku rasa bergantung pada badan individu tu jugak. Macam aku, ayam aku boleh je makan. Tak gatal. Telur pun ada jugak aku try-try makan..tapi makan ada efek gatal-gatal sikit, jadi hentikan.
Menu makan aku dalam pantang simple jek.
boleh kata tiap kali waktu makan mama akan sediakan nasik panas untuk aku. Lauknnya ikan bilis goreng tanpa minyak bubuh lada hitam sikit. Kadang-kadang mama gaul dengan kentang yang digoreng sama. Sedap. Krap krup krap krup bunyinya bila makan.
Ada masa lain mama masakkan hati masak kicap campur lada hitam. Tak kiralah hati ayam ke hati lembu ke. Dua-dua pun feveret aku. Jadi memang berseleralah aku makan kalau itu lauknya.
Lama-lama aku dah mula makan ikan kukus, ayam masak halia,sup ayam sampailah sudahnya aku bedal je kari lah sambal lah. Haha. Kan dah kata...aku tak berpantang sangat. Hehe.
Oh ada satu benda nak share.
Mama kata masa berpantang, kita makan tak boleh bertambah nasik. Kalau dah habis nasik dalam pinggan tu habislah. Tak boleh tambah lagi. Jadi selalunya aku akan bubuh nasik banyak-banyak. Kalau tak habis, letak tepi. Kalau tak cukup, bedallah sampai licin. Huhu..manalah tak gemuk.
3) Berurut
Ini pun penting. Berurut itu wajib paling tidak 3 hari pertama. Kalau dapat buat lebih lagi bagus.
Aku berurut dengan sorang kakak ni. Aku panggil Kak Tina. Dia memang amik job mengurut orang lepas bersalin ni. Kak Tina ni urut memang perghhh!! Sedap. Nak kata sakit sangat pun tak, tak sakit sangat pun tak. Kira sedaplah. Selalunya aku memang terlena bila time berurut ni.
Kak Tina ni dia urut full body la. Sekalu dengan bertungku sekali dengan pakai bengkung sama. Dia ikat bengkung ketat betul wehhh..macam pakai kimono je aku jalan. Haha.
Aku nak share nombor fon Kak Tina ni kat sini tapi malangnya fon aku rosak, terpaksa beli baru. Maka no fon yang ada dalam fon lama pun hilang sama. Kalau ada yang nak jugak no fon Kak Tina ni boleh la emel atau pm aku kat fesbuk. Nanti aku usahakan bagi. Kak Tina ni rumah dia kat area Kg. Pandan/Maluri camtu. Kalau nak dia datang rumah, kena amik hantar dia lah. Boleh jugak dia naik teksi..bagi alamatlah.
4) Pakaian.
Masa berpantang standardlah ibu-ibu baru semua sama je uniformnya.
Kain batik dan t. shirt.
stokin
rambut ikat sanggul tinggi ketat ketat.
Pakai sweater *aku tak pakai pun*
Rasanya bab pakaian ni takde hal sangat. Kau nak pakai apa pun pakailah..jangan terdedah sangat dahlah takut masuk angin. Bagi aku, pakai stokin and ikat rambut tu penting. Sampaikan bila dah habis pantang aku jadi macam kekok bila dah tak pakai stokin dalam rumah lagi. Rasa sejuk betul tapak kaki. Jadi pakailah stokin. Beli je stokin 99 sen kat Giant tu. Comel pun comel..warna warni. Hehe.
5) Mneguruskan anak.
Hohoho...ini memang terrible sikit.
Dalam hari-hari awal lepas bersalin biasanya bdan kita memang lemah lagi. Anak pulak baru nak sesuaikan diri dengan dunia yang fana ni. Jadi memang dua-dua akan "meragam". Kalau ada suami/mak/mak mentua/ ahli keluarga keliling kita Alhamdulillah la. Boleh jugak membantu. Tapi kalau kau seeokor diri kena uruskan anak dalam pantang memang cabaran.
Macam aku..seminggu yang pertama lepas lahirkan Aidi memang aku dilayan macam tuan puteri la jugak. Hehe nak jugaaakkk.
Time tu memang sorga.
Kau celik je mata..mak dah sediakan air mandian aku. Nasib baik mak tak ofer nak mandikan aku sekali. Haha.
Lepas tu mama pulak dah hidangkan breakfast untuk aku makan.
Lepas tu tengok-tengok..eh eh, bakul baju kotor dah kosong. Rupanya mak mentua dah tolong basuhkan. Dengan anak-anak baju pun habis semua mak mentua tolong basuhkan. *malu*
Aidi pun ramai yang uruskan. Ada yang bagi mandi, ada yang bagi susu, ada yang dodoikan..pendek kata aku kadang sampai takde peluang nak pegang anak sendiri pun. Ramai nau "mama" Aidi kat situ. Huhu.
Tapi masuk minggu seterus-seterusnya..bila mak mentua pun dah balik ke kampung, mak pun dah mula keje, incik suami pun dah balik Labuan..tinggallah aku kontang kanting menguruskan anak. Time tu memang kelam kabut lah aku. Nak betungku berbengkung pun kadang ter miss. Kalau sempat..buat. Tak sempat..bye bye je lah. Aidi lagi penting dari cubaan nak dapatkan bentuk badan solid molid tu. Huhu.
Pendek kata dalam pantang ni bukan persediaan fizikan je kena ada. Persediaan emosi pun kena mantap.
Kalau tak...
Ada jugaklah kes di mana mama dan baby sama-sama menangis jam 3 pagi gara-gara anak payah nak tido. Huhu.
Hapdet terkini:
Ini nombor telefon Kak Tina tukang urut tu.0172333065. Siapa-siapa yang tengah cari tukang urut bolehlah try call. Eh, aku takde amik komisen tau. Huhu.

Monday, February 6, 2012
Susu Dalam Botol.....
Sejak sejak Aidi lahir ni, ramai yang tanya aku..
"Aidi menyusu badan ke?"
"Eh, kenapa Aidi minum susu dalam botol, kenapa tak bagi direct je?"
" Kenapa nak kena pam pam susu ni? Bagi terus je kan senang."
Kenapa cenggitu..kenapa cenggini..kenapa kenapa kenapa kenapaaaaaa!!!!
Pang!!! Kena lempang sedas!
Muahaha!!
Banyak betul pertanyaan yang aku kena jawab guna satu jawapan yang sama. Letih. Kadang rasa nak tulis siap-siap jawapan tu then ikat dengan tali pastu kalung kat tengkuk setiap masa. Senang. Hehe.
sebenarnya bukan kamu-kamu je yang selalu bertanya kenapa kenapa kenapa tu. Aku sendiri kadang tertanya jugak kenapa aku tak dapat nak direct feed Aidi, kenapa aku tak dapat nak fully breastfeed Aidi, kenapa mesti aku yang kena problem flat nipple ni. Kenapa kenapa kenapa???
Ha..sila jawab. Huhu.
Stress okey.
Tapi aku kena terima hakikatlah. Tak semua manusia tu sama. Macam aku, mungkin aku ada kelebihan kat satu sisi, tapi aku ada kekurangan di sisi lain. Dalam bab breastfeed ni, rasanya ada yang dah tau masalah aku.
Flat nipple.
Owhh..tertekannya bila pikirkan kekurangan yang satu ni. Sebabkan nipple flat la aku susah nak directfeed Aidi. Benda yang mula-mula cuma susah nak buat lama-lama terus jadi tak boleh nak buat. Bukan aku tak cuba directfeed Aidi..cubaaaaa. Banyak kali jugak cubaan dibuat. Tapi kebal ke hati aku bila tengok Aidi meronta-ronta meraung sebab tak dapat nak cari puting. Menangis sedu sedan sebab tak tahu macam mana cara nak hisap puting nak flat tu.
seminit dua minit hati aku batu jugaklah. Buat tak tahu je anak meraung. Siap aku gelak gelak lagi ketawakan Aidi. Tapi lama-lama..hati ibu manalah tahan. Muka Aidi sampai dah merah padam cuba nak menyusu direct. Aku ada jugak guna cuba guna nipple shield sebagai alternatif lain. Pun gagal.
Sudahnya aku give up.
Jawapannya feeding Aidi guna botol susu jugak.
Sedih.
2 minggu pertama dulu aku mampu lagi fully breastfeed Aidi walaupun cuma guna botol. Yang penting Aidi minum susu perahan aku setiap kali masa minum. Bangga sudah di situ.
Tapi masuk minggu ketiga..bila nafsu minum susu anak memuncak-muncak. Setiap jam nak susu nak susu nak susu...mana mampu aku nak penuhi demand anak. Sehari aku boleh pam lebih kurang 20 oz susu sedangkan Aidi demand lebih dari tu. Tak cukup.
Maka terpaksa top up susu formula.
Bila dah mula bagi susu formula, production susu pun jadi slow. Mungkin sebab minda dah bagi isyarat kata "takpe...tak dapat pam banyak pun takpe..susu tin ada."
Sedih lagi di situ.
Sebenarnya susahlah nak cakap. Mungkin siapa yang berada dalam kasut aku je yang mengerti. Orang memang boleh nak salahkan aku sebab tak kuat, tak cekal, tak mantap minda dalam nak breastfeed anak. Tapi cubalah korang ada kat tempat aku. Kalau ada yang mampu bekalkan anak 100% hanya dengan susu perahan setiap hari tanpa directfeeding memang aku salute sangat. Sungguh aku nak sangat berkawan dengan orang macam tu untuk kutip ilmu. Kalau tak boleh apply pada Aidi, maybe boleh apply pada anak seterusnya. Insyaallah.
Kesimpulannya aku memang nak sangat merasa directfeed anak sendiri. Tapi entahlah..
Redha je lah.
Cuma jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur masih mampu suap susu badan sendiri ke mulut Aidi..
Walau cuma susu dalam botol...

Sunday, February 5, 2012
Ada Yang Rindu Saya keww??
Baa Cak!!
Hai!
Ada yang merindu keww??
Huhuhu.
Charger laptop i rosak la u...that why la i tak dapat nak hiburkan hati u all u all yang tiap hari kelik kelik belog tengok ada entri baru ke tidak ni..muahahaha. Baru tak hapdet belog berapa minggu dah ber i i ber u u gitu. Dasarr!!
Tapi betullah charger laptop rosak. Dari belum habis pantang sampai sekarang Aidi dah nak masuk dua bulan dah ha..baru berkesempatan nak menaip lagi di belog peliharaan ni. Ingatkan memang dah kena resign jadi blogger dah. keh keh keh.
Aku sekarang dah habis pantang dah. Lama dah habisnya sampai siap aku dah period balik dah. Wahh gitu! Cepat nau aku period balik kan? Itulah..apa nak buat, aku tak mampu nak fully breastfeed Aidi. Cuma dapat halfly breastfeed jek. Selebihnya terpaksa jugak top up dengan susu formula. Makanya cepat jugaklah bestfren setiap bulan tu datang balik menjenguk diri. Bila aku khabarkan pada incik suami, jawapan beliau...."Ha eloklah tu.bolehlah kita dapat baby girl pulak pasni."
Begituuuuuu ayat power dia. Anak yang ada pun baru nak cecah dua bulan, dia dah pikir anak nombor dua pulak. Coi!
Eh sebenarnya kan, banyak betol benda nak pahat dalam belog ni tau.
Nak tulis pasal pengalaman berpantang yang tak berapa nak pantang tu. Hik hik.
Nak cerita pasal perkembangan Aidi yang dah semakin keletah tu. owh beliau dah pandai bersembang sambil gelak-gelak ketawa tau? Gerammm!!
Pastu rasa macam nak share info tentang baby stuff yang aku dah beli. Manalah tau ada yang boleh dijadikan rujukan untuk mommy mommy to be kat luar tu. Walaupun barang-barang Aidi takdelah yang branded branded va va voom pun, tapi aku percaya baby stuff yang biasa-biasa tulah yang ramai yang nak tau review nya kan? kan? kan? =)
Nantilah..bila aku dah berjaya beli charger laptop yang baru nanti, aku lunaskan semua janji janji ku padamu. Wahhh!
Bukan aku tak nak beli charger, aku dah pusing satu Ampang Point *jer lah* mencari charger laptop Dell, tapi hampagas..tak jumpa.
Ker ada sesape nak sponsor charger laptop untuk aku?
Boleh aku hapdet belog setiap hari. Sehari 3 4 kali pun boleh. Janjiiiiii pelesu!!
Penutup entri *habis macam tu je*, tataplah gambar-gambar Aidi yang dah berjaya memontelkan diri beliau.
Sumpah aku tak larat nak ketimang ketimang tinggi tinggi dah anak aku sorang tu.
Berat walaweii!!
Aidi di hari jadi Abang Shaqil beliau. Umur 1 bulan 4 hari masa ni. Dah bam bam kan?
Ini pulak selang seminggu dari gambar di atas. Muka tak kuasa nak layan mama dia asik nak snap snap gambar je keje. Alasan, nak MMS kat abah. Hehe.
Ini Aidi..kelmarin. Umur sebulan 3 minggu lebih kurang. Aidi nak follow mama pergi kedai depan, beli nasik lemak. Sebelum ke kedai kiut je rupa..sampai kedai kemain meraung ajak balik. Nak susu katanya. Mama pun apalagi, tolak stroller kemain laju macam masuk sukaneka. Muahaha!!
Daa!!

Subscribe to:
Posts (Atom)