MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

SUAMI PERGI PASAR BELI IKAN...COMEL TAK?



Serasa aku, sejak-sejak aku mengandung ni belum pernah lagi sekali pun aku masak ikan. Beli ikan, siang ikan pun tak pernah kecuali satu je..ikan bilis. Heh.

Sampailah satu hari incik suami meluahkan perasaan mahu makan ikan. Asik-asik makan ayam jek, naik muak agaknya pakcik tu. Aku ni takpe, aku memang sedari azali penggemar ayam yang tegar.

Walaupun incik suami dah mengadu-ngadu nak makan ikan, aku tetap buat tak reti jek. Eh takdelah, aku selalu jugak usha-usha kaunter jual ikan kat supermarket tu, tapi ikan asik tak de jek..yang ada banyak ikan billis, itu yang memanjang aku beli ikan bilis je. Ikan jugak kan. Haha.

Agaknya incik suami dah tak menahan sangat kot nak makan ikan....semalam, aku balik sekolah, bukak peti ais, tengok-tengok ada ini..



Heh.

Ikan apa ni namanya ek?

Aku sumpah tak kenal. Incik suami kata ikan kerapu..aku pun iye kan je lah.

5 ekor terus dia beli. Bagi kami yang tinggal berdua ni kira banyak dah tu. Boleh makan seminggu.

Bila bayangkan incik suami turun ke pasar basah yang ada macam-macam bau tu, dengan uniform keje tak tukar lagi, pastu pilih-pilih ikan pastu terus order sampai 5 ekor...aku rasa macam tersenyum sendiri.

Comel pulak kamu ni incik suami.

Tambah comel bila semua ikan-ikan tu beliau siang sendiri.

Tugas aku??

Cuma masak sajork.

Incik suami order kerapu masak sambal malam semalam.

Puas hati dapat kenyangkan perut suami dengan air tangan sendiri yang tidaklah sesedap mana pun aku rasa.

Asalkan incik suami kata sedap..dibuktikan lagi dengan makan bertambah-tambah...yep, aku sudah puas hati.

=)

HARI NI MC...TAK SEHAT KATANYA.


Hai...

Nak bagitahu, hari ni im not feeling well. *wah! bahasa!*


Subuh-subuh tadi bangun macam biasa nak pergi sekolah, tapi kepala rasa berat ya amat. Sakit. Tapi gagah jugak pergi mandi sebab takut lewat ke sekolah kalau melayan sangat sakit kepala tu.

Masuk bilik air..tentiba rasa bilik air berpusing-pusing. Oh gila! Aku pitam. Mandi laju-laju pastu terus kejut incik suami mengadu.

Incik suami biasalah..mamai-mamai dia bukan paham sangat. Dia picit-picit kepala pun macam perah baju, punyalah kasar. Haih!

At last aku decide nak mc je la hari ni. Tak larat rasanya nak mengharung satu hari dengan sakit kepala gini.


Tapi sakit-sakit pun uniform keje suami tatappp aku kena iron jugak. Incik suami tu sejak-sejak bebini terus pencen dari iron baju. Heh.

Lepas suami pergi keje, aku sambung tido...bagi lega sikit kepala.

Ha, ni baru bangun tido la ni. Baby dah gerak-gerak kejutkan aku bangun. Mintak makan gamaknya. Huhu.

Aku mau makan dulu...pastu nak pikir nak pergi klinik ke tak. Nak drive ke klinik pun aku tak sure mampu ke tak..

Tapi takut aku pening sebab tekanan darah tinggi.

Oh no..harap-harap bukan.

Saturday, June 25, 2011

4 BULAN SUDAH..

Alhamdulillah...

Baby dah cecah 4 bulan.

Perubahan pada diri??

- selera makan masih so so aje. Tidak terlalu ghairah nak makan makan dan makan sajork. Tapi bila lapar, kelaparan tu akan datang secara mengejut. Tengah syok-syok mengajar kat kelas tentiba...pappp!! L.A.P.A.R. heh.

- Jerawat adalah sahabat baik aku sekarang. Muka adalah sangat banyak jerawat. Serasa aku last aku tumbuh jerawat kat dahi adalah zaman sekolah menengah dulu, lepas tu takde dah..sekarang??yess, ia menyerang kembali. Sila redha.

- Ohh..tak lupa jugak bahagian badan. Juga diserang jerawat secara bertubi-tubi. Sebelum ni boleh eksyen dengan adik-adik sebab badan aku sorang je takde jerawat kat badan..badan diorang semua spesis berjerawat badan..sekarang?? Nah! rasakan!

- Semakin kerap dapat rasa macam ada sesuatu dalam perut. Tak pasti itu pergerakan baby atau apa. Tapi ia sangat mengasyikkan..hehe.

- Tak boleh pencen minum air sejuk. Sangat in love with air sejuk. Maksud aku air sejuk kosong..bukan air sejuk manis. Kalau depan incik suami, memang tak dapek la den nak telan air sejuk peti ais tu. Dilarang keras! Kalau nak jugak..kena buat manja-manja aksi kucin sambil kenyit-kenyit mata dulu...itupun belum tentu dapat. Hehe.


- Dah makin cekap drive kereta. Apa ada hal drive kereta dalam jem sekarang ni? Aku relax jek..haha.

Itu saja.

Sekian.

Friday, June 24, 2011

KISAH HARI JADI AKU


Dengan tak malunya nak bagitau hari ni hari jadi saya. Heh.

24 Jun setiap tahun memang hari yang ditunggu-tunggu. Kenapa perlu tunggu entahlah, padahal setiap kali sampai tarikh tu maknanya umur makin naik satu angka, usia makin tua, muka pun silap-silap makin kedut. Tapi hari itu la yang ditunggu-tunggu jugak setiap tahun.

Nak flashback balik pasal entri ini....

Nak tahu tak apa sebenarnya yang terjadi?? Nak tahu ke taknak ke baca jugak lah ye..hehe.

Pagi tadi...lepas je punch card kat pejabat, budak-budak dah mula memanggil-manggil nama aku. Mula-mula sorang dua je..lepas tu makin ramai makin ramai yang kerumun. Semua pun tujuannya satu...Nak ucap happy besday kat cikgu.

Ohh terharunya..awal pagi dah dapat hadiah ucapan dari anak murid. Bersungguh la depan salam cium tangan sambil doa yang baik-baik untuk sang cikgu ni. Thanks anak-anak..

Jam 9.45...ada kelas dengan 1 Allamanda. Ini la kelas budak yang tentiba datang tanya harga tudung aku aritu. Hehe..

Masuk kelas aku mula ngajar macam biasa. Hari ni aktiviti budak-budak adalah menyiapkan menu sarapan pagi iaitu sandwich telur. Bila dah siap semuanya dihidang, sampai masa aku untuk nilai masakan setiap kumpulan pulak.

Tiba-tiba ada sorang murid bersuara..

"Cikgu...boleh saya cakap sekejap?"

Ha..cakaplah.

"Cikgu..hari ni hari jadi cikgu kan, kami sebenarnya nak buat surprise kat cikgu..tapi ada kawan-kawan yang tak nak share duit..jadi tak jadi."

Huhu..

"Tapi kan cikgu..boleh tak kami nak nyanyi satu lagu untuk cikgu?"

Ha..nyanyilah..satu dua mula...


"Happy birthday to youuuuuu................................."

Pakat gempita la kelas bila dah diorang menyanyi cenggitu. Siap bertepuk-tepuk tangan lagi. Terharu pulak aku. Sikit lagi nak ngalir air mata, tapi tahan je la. Tak macho pulak rasa kalau cikgu disiplin menangis depan budak. Haha.

Biarpun takde hadiah berbentuk material, ingatan, ucapan, nyanyian itu pun dah lebih dari cukup.

Eh eh..jap. Siapa kata takde hadiah material?? Adaaa....


Ini.


Ada sorang budak hadiahkan sebiji honey dew yang ditanam sendiri belakang rumah.

Honey dew kaler kuning..First time aku jumpa ni. Thanks ya Shikin!!

Habis sekolah..terus balik rumah. Tak sabar nak jumpa incik suami. Tak sabar nak terima peluk cium hari jadi. Hehe.

Sekaliiii.....

Tengok-tengok beliau tengah sedap berdengkur!! Haih!!

Beliau buat tak tahu je dengan besday aku. Makan ati. Majuk!!

Tapi nasib baik ada sesuatu yang memujuk hati..

Hadiah dari semenanjung.

Tada!!



Nalaaa punya kotak!

Sampai abang pos laju tu pun mengah nak hangkut. Heh.

Bungkusan dari mak...apalah agaknya ada dalam kotak besar ni ek?

Jom tengok..





Tada!!

Banyak betul! Padanlah kotak besar.

Dari kiri....bantal comel bentuk love, hand bag from Hong Kong, Biskut famous amos baaanyakkk, bawah beg ada t-shirt Hong Kong untuk incik suami, kad ucapan, dan paling best...baju ngandung!! Mak rembat sekali 4 helai baju untuk aku. Untung badan...bertambah koleksi uniform mak buyong aku. Tapi sayang punya pasal..rasa tak nak sarung lagi. Tunggulah sebulan dua lagi. Heh.

Senyum sampai telinga dapat hadiah dari mak. Setiap tahun pun ada hadiah dari mak. Heh.

Incik suami apa cerita lagi??

Hoh. Sudahlah tak mau wish, pastu buat derk je dengan hari besday..nyampah. Tambah nyampah tentiba dia kata nak keluar ke bandar kejap. Huh. Pegilaaaaa...tak heran!


Memang geram.

Sejam lepas tu beliau balik.


Balik bukan dengan tangan kosong.

Balik bawak Pizza Hut!!!

Yeay!!

Memang dah lama ngidam nak makan pizza sebenarnya. Dan incik suami dah tunaikan. Yeay!!

Jadi tadi aku makan pizza sampai tersandar kenyang. Itu pun tak habis lagi. Nantilah sambung makan lagi.

Kek adalah tiada. Tak kisah sangat, sebab memang takde nafsu nak makan kek pun sekarang. So dari membazir kek tu beku dalam peti ais, baik takyah beli terus.

Hadiah dari suami??

Hmmm..aku rasa kalau ada pape hari istimewa selama 9 bulan mengandung ni, hadiahnya hanya satu..

Ni...baby dalam perut.

Balik-balik itulah hadiah yang incik suami sebut-sebut.

Haih!


Apapun..untuk semua famili, kawan-kawan yang banyak wish samada melalui call, sms, facebook segala...Thanks banyak-banyak. Moga pertambahan usia kali ini bawa sejuta rahmat dan rezeki buat diri dan famili.

Aminn..



Thursday, June 23, 2011

SEJUK PERUT CIKGU MENGANDUNG



Hari tu dalam kelas....

Aku mengajar sambil berdiri sambil usap-usap perut.

Tentiba budak-budak...







"yeayyyy!!! Perut cikgu dah besarlah."


Heh.

Agaknya selama aku mengajar tadi depa dok ralit pandang perut, bukan pandang white board.


Pastu rasa macam terharu pulak sebab ada anak-anak murid yang over caring tentang kandungan cikgu mereka.


Kadang kalau aku berdiri lama sikit..budak-budaklah ribut suruh cikgunya duduk.

Bila terserempak aku kat mana-mana bawak buku timbun-timbun, ada je yang offer kederat nak tolong bawakan buku-buku.


Sejuk perut cikgu mengandung


^_^

Wednesday, June 22, 2011

CIKGU NI MACAM MODEL TUDUNGLAH. pigidaahhhh!



5 minit lagi jam 10 pagi.

Laju-laju aku berjalan ke bilik masakan sebab jam 10 nanti aku ada kelas dengan budak 1 Ixora.

Tentiba...


"Cikgu Wan! Cikgu Wan! Tunggu kejap!".


Toleh-toleh cari mana datang suara tu. Ohh..dari dua orang budak perempuan kat tingkat atas. Laju-laju jugak diorang turun tangga kejar aku.

Sampai je depan mata..

"Cikgu..berapa harga cikgu beli tudung ni?" Sambil tunjuk tudung yang aku pakai.

Aku jenis pakai tudung shawl setiap hari. Mungkin budak-budak ni berkenan kot..nak beli dan cuba pakai sendiri.

"Ohh..tudung ni lama dah cikgu beli. Dulu masa beli harga dalam RM8 camtu. Sekarang ni RM5 pun dapat. Entah-entah ada yang jual 3 seploh hengget je."


"Ooooo..." Budak-budak hangguk tanda paham.

" Cikgu suka warna apa cikgu?" Depa tanya lagi.

Dalam hati aku...lorh..apa kena mengena harga tudung dengan warna kegemaran aku pulak ni? Konpius kejap..Ahh jawab je la. Bukan soalan killer pun sampai takleh nak jawab kan..hehe

"Cikgu suka warna ungu."

"Ooooo...". Depa mengangguk lagi.

"Oklah cikgu..nak tanya itu je. Bye Cikgu!" Dan depan pun blah..


Hmmm...mula-mula aku malas nak pikir sangat soalan budak-budak tu. Biasalah budak form 1....semua benda yang cikgu pakai diorang nak amik tau.

Tapi tentiba baru tadi aku terpikir sesuatu...

Sesuatu yang menjadi sebab kenapa budak-budak tu tanya soalan-soalan cenggitu.


Heheheh...

Sambil senyum usap-usap dagu..



cer teka cer teka apa yang aku pikirkan?


Jawapan hanya boleh di reveal pada hari Jumaat ini..

Jeng jeng jeng...


Monday, June 20, 2011

AYANG...NANTI BERPANTANG KAT RUMAH ABANG LA YE?


Berpantang.

Memang satu tempoh yang menyeksakan buat ibu-ibu yang baru bersalin. Selama 44 hari segala bendalah mesti pantang. Makan kena pantang, pergerakan pun kena pantang, aktiviti pun kena sekat, sampai ada yang kata dalam pantang nak dekat-dekat dengan suami pun tak boleh. Dilarang. Haih!

Seksa nau bunyinya.

Tapi kali ni aku bukan nak ulas panjang lebar tentang pantang-pantang ni sangat, tapi aku lebih suka nak bukak topik tentang lokasi berpantang.

Kat mana lokasi terbaik untuk kita berpantang?

Rumah keluarga sendiri? *keluarga perempuan*

Atau rumah keluarga suami?

Atau berpantang di rumah sendiri?


Banyak nau pilihan.

Kebiasaannya, ibu-ibu lepas bersalin lebih suka memilih rumah keluarga sendiri sebagai tempat berpantang. Mungkin lebih selesa. Eh bukan nak kata rumah sebelah lagi tu tak selesa ye. Maksud aku mungkin lebih selesa sebab itu pernah jadi rumah kita satu masa dulu. Kita dah tahu selok-belok dalam rumah keluarga sendiri. Dikelilingi pulak dengan ahli keluarga yang memang dah berpuluh tahun kenal kita luar dalam.

Jadi keselesaan itu ada.

Kalau rasa nak mengada-ngada, nak merengek manja, nak mintak minum air extra lebih....takdelah segan sangat sebab yang menjaga adalah ibu ayah kita yang dah masak sangat dengan peel kita.

Kalau rasa nak tidur gaya kuak lentang ke, balik kuang ke, terbongkang depan TV sambil layan drama sinetron sekalipun..hati memang takde malu. Sebab berpuluh-puluh tahun dulu pun memang itulah perangai kita kat rumah. Mak ayah takde kuasa nak geleng kepala tengok perangai buruk kita lagi dah. Heh.

Itu antara bestnya berpantang kat rumah famili sendiri. Yang dah menjadi tradisi.

Tapi apa pulak salahnya kalau berpantang kat rumah sebelah sana?

Bukan ke mereka juga keluarga kita? Bukan ke kita jugak anak mereka?

Mak ayah sebelah sana pun rasanya teringin nak jaga menantu dan cucu dalam pantang. Tapi selalunya mak ayah sana hanya berpeluang tengok cucu bila cucu dah umur 2 bulan ke atas. Seksanya diorang nak menunggu tempoh 2 bulan tu baru dapat tengok cucu. Apatah lagi yang lahir tu cucu sulung dalam keluarga. Ohhh meronta-ronta jiwa tok dan pah belah sana.

Tapi itulah...

Bila berpantang di rumah sebelah sana, belum tentu kita berani nak merengek-rengek manja mintak minum milo taruk gula lebih.

Belum tentu kita sanggup nak tido siang terbongkang depan TV macam kebiasaan diri.

Silap haribulan ada yang malan-malam menangis berjurai air mata bercakap dengan mak sendiri kat telefon. Kalau ini sesi pantang yang kedua ketiga mungkin kita cool lagi, sebab kita pun dah agak lama dalam keluarga suami. Dah biasa. Tapi buat yang bersalin sulung, tambah pulak tempoh kawen belum pun cecah setahun *maklumlah bunting pelamin*, mesti sedikit sebanyak akan ada rasa risau di hati.

Jadi macam mana?

Berpantang je lah kat rumah kita suami isteri. Senang. Takde sebelah siapa-siapa.

Tapi...

Siapa pulak nak menjaga kita?

Suami? Ohh..kalau yang pertama kali menjaga isteri dalam pantang ni?? Boleh ke suami? Kita pun takde pengalaman..apatah lagi suami. Silap haribulan suami pulak yang melebih-lebih mintak dijaga. Haru!

Memikirkan tempat berpantang ni buat hati berbelah bagi.

Kalau suami 100% bagi greenlight boleh berpantang di mana saja kita suka..senang.

Tapi bila suami mula tunjuk-tunjuk hint offer kampung dia sebagai lokasi...

Ohh..susah hati.

Nak ditolak....itu permintaan suami.

Nak setuju.....hati sendiri fifty-fifty.


Jadi camno?

Dalam situasi aku, incik suami takdelah lagi bagi hint suruh berpantang kat rumah dia setakat ni. Tambah pulak awal-awal lagi aku dah booking nak bersalin and berpantang kat Ampang..rumah sendiri. Nampak macam incik suami setuju.

Tapi tak tahulah kalau tiba-tiba dia berubah hati.

Ohhh tidak...

Sunday, June 19, 2011

KHAS UNTUK ABAH KESAYANGAN


Hari ni 19 Jun 2011....Hari Bapa.

Oh tentiba terus ingatan melekat kat abah kesayangan nun jauh kat semenanjung.

Terus pikiran rasa nak flashback semua memori-memori aku dengan abah dari zaman dendolu.

Dulu..masa aku masih baby, abah suka dukung aku, timang-timang aku, dan aku pasti aku mesti akan ketawa ngekek-ngekek bila ditimang tinggi-tinggi cenggitu. Sampailah satu hari, macam biasa abah akan timang-timang aku....sekaliiiiii.....

Gedebuk!

Aku terjatuh ke lantai.

Abah terlepas...

Mak kata abah terlepas sebab badan aku terlalu montel. Bulat macam bola sampai tak tahu nak pegang bahagian mana.

Haha. Aku boleh gelak je lah.


Lagi yang memori..

Sedari aku lahir sampai aku besar gajah macam sekarang, abah tak pernah pukul aku. Rasanya cubit pun tak pernah.

Sampailah satu hari...abah libas aku dengan tali pinggang.

Sebab aku degil...aku selalu ponteng ngaji surau.

Tapi...lepas abah pukul, abah jugak yang sapu minyak sampai rasa sakit tu hilang.

Aku tak pernah rasa tak puas hati sebab abah libas aku..sebab aku tahu memang patut abah buat cenggitu. Salah aku kan.

Lagi...

Oh ini aku memang ingat. Memang aku terharu.

Time ni aku dah besar..dah masuk U. Satu hari tu aku tidur rumah abah. Aku memang jenis tidur tak suka berselimut. Rimas.

Tentiba tengah tidur aku rasa macam ada seseorang tengah balut badan aku. Aku pun celiklah mata sikit.

Ohh rupanya abah...tengah selimutkan aku.

Terus rasa terharu time tu. Tak sangka anak dah besar-besar gini pun abah akan check dulu anak-anak tidur lena dan selesa ke tidak sebelum dia sendiri masuk tidur. Masa abah selimutkan tu aku rasa macam secure sangat. Rasa macam sangat dilindungi. Kalau ada pencuri masuk umah pun aku rasa aku tak takut sebab abah ada.

Entahlah...

Aku memang bukan jenis anak abah. Mungkin sebab dah terbiasa berdikari. Tambah lagi aku cuma berpeluang tinggal sebumbung dengan abah sampai umur 11 tahun jek.

Tapi aku tahu..abah sayangkan aku.

Abah tak pernah lupakan aku.


abah bersama anak-anaknya



Abah...

Terima kasih atas semua pengorbanan abah selama ni. Walaupun sekarang Yong bukan lagi bawah jagaan abah, tapi abah tetap abah Yong. Yong tetap anak abah.

Sempena Hari Bapa hari ni..

Yong nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk abah.

Oh tak lupa juga untuk abah sebelah sana..

Oh juga tak lupa untuk ayah *bapa tiri*.

Selamat Hari Bapa semuanya..

Semoga kalian sentiasa bahagia...gembira..dunia dan akhirat.

Aminn..






Notakaki: untuk incik suami...Selamat Hari Bakal Bapa! =)


Friday, June 17, 2011

CERITA BERAT BADAN DAN BAJU MENGANDUNG


Dua hari ni aku kecoh dengan cerita berat badan aku tak naik-naik walaupun dah pregnant hampir 4 bulan.

Sebenarnya dalam hati macam nak kata Yess!!! Berjaya maintainkan berat badan..tapi bila kenangkan anak dalam perut, hati mula risau takut anak kurang berat badan. Tapi kalau baby terlebih berat pun risau jugak. Tak dapat nak bayangkan kalau anak lahir berat lebih 3.5 kg!


Jadi aku pun mula lah bertanya kat ibu-ibu yang pakar. Aku tanya kat mak, kat makcik kantin sekolah pun aku mengadu jugak. Heh. Dan semuanya jawapan kata masalah berat tak naik awal-awal ni its okey. Nanti baby masuk bulan ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 nanti bersedia je la mengadap mesin penimbang tu. Masa tu boleh menganga puas-puas. Silap-silap kena tadah mulut telan air gula siap. Hoh tamau!


Aku rasa berat badan aku tak naik-naik mungkin sebab aku aktif kat sekolah. Err sebenarnya takdelah aktif mana. Cuma aku banyak berjalan, panjat naik turun tangga, berdiri direct 2 3 waktu masa mengajar...jadi mungkin sebab tu berat susah nak naik walaupun makan setiap hari adalah telur. Haha.


Jadi lupakan je la pasal berat badan ni...asalkan anak sehat walafiat kira alhamdulillah dah.

Sekarang ni dah mula rasa-rasa nak mencari maternity dress. Kalau boleh nak yang labuh dan berlengan panjang supaya boleh dipakai ke sekolah hari-hari. Ramai yang suggest beli jubah..tapi aku ni jubah pun kalau pakai dah kena pakai saiz 46 atau 48. Nak cari saiz yang besar lagi adalah amat susah.

Tapi mungkin boleh cuba cari.

Dapat kumpul maternity dress dalam 6 helai pun cukuplah. Buat rotate seminggu. Pastu ulang-ulang je la pakai. Kalau nak nampak lain sikit tukar tudung je sudahlah. Takyah nak bazir sangat borong baju ngandung berbelas-belas helai. Nanti kalau ada rezeki ngandung lagi mesti nak beli baju ngandung baru pulak lagi kan? Hehe..dah pikir ngandung sekali lagi dah ha...maju ke depan. heh.

Apapun buat masa ni baju-baju sedia ada masih muat. Masih longgar. Kain baju kurung pun masih boleh dipusing-pusing keliling pinggang lagi. Rasanya bolehlah bertahan sampai baby 6 bulan. Start raya nanti baru nak sarung baju ngandung.


Kata takde baju raya tahun ni. Kain pasang yang berhelai-helai tu simpan je la dulu. Mana tahu lepas pantang nanti badan boleh terkurus pulak kan?

Alahaiiii..verangan!

Thursday, June 16, 2011

2ND CHECK UP


Semalam pergi klinik kesihatan untuk 2nd check up. Kali ni dah tak mau pergi awal pagi dah, takut jadi macam 1st check up dulu..lamaaaaaa kena tunggu giliran sampai terlepas kelas pukul 10. Kesian budak-budak. Jadi amik jalan selamat baik aku pergi klinik petang, lepas habis sekolah.

Jadi habis je sekolah jam 2, terus start enjin tuju klinik. Hari hujan la pulak. Aritu masa pegi 1st check up pun hujan jugak..kali ni pun jugak. Mungkin hujan rahmat kot. Hehe.

Sampai klinik....


Yes!!

Takde orang. Mungkin ada patient 2 orang dalam bilik doktor. Tapi kat ruang menunggu kosong. Sangat sorga.

Cepat-cepat pergi toilet amik urine sebab kejap lagi nurse tu mesti nak wat urine test. Apa yang di testnya aku pun tak pasti.

Tak lama kendian nama aku dipanggil. Yang terharunya nurse-nurse situ semua pakat panggil aku cikgu. Mula-mula dalam hati macam...eh eh..diorang hafal gamaknya pekerjaan aku. Rupa-rupanya baru aku perasan yang aku lupa nak tanggalkan name tag pada baju. Heh, siapa lagi yang rajin pakai name tag kalau bukan cikgu.hehe..

Macam biasa..mula-mula timbang berat.

Nak jalan ke mesin timbang tu hati dah risau dah..matik lah berat naik..kata cuti sekolah 2 minggu asik makan tido jek. Sekali....

Aik??!

Berat tak naik!!

Berat badan sama dengan berat masa 1st check up. Selama 4 bulan mengandung ni berat cuma naik 1kg je..itupun naik dua bulan yang lepas. Lepas tu tak naik-naik dah. Normal ke eh?

Nurse dah mula tanya-tanya, aku ada muntah-muntah ke....takde.

Aku ada kurang selera makan ke....takde. Bertambah selera lagi ada.

Jadi nurse pun mula pelik kenapa berat tak naik. Tapi nurse kata takpelah..kita tengok next check up macam mana..harap jangan sampai berat turun sudahlah.

Pastu amik tekanan darah...semua ok. Normal.

Amik darah sikit kat hujung jari....ohh lega. Kandungan sel darah merah pun normal..tapi nurse kata paras sel darah merah aku dah turun sikit banding dengan 1st check up dulu..Dulu bacaannya 13.9..sekarang dah turun sikit jadi 12 something. So nurse suruh aku makan makanan yang bekalkan darah banyak sikit..macam makan hati ayam, hati lembu, kerang ke...hmmm baiklah nurse. Saya akan makan maaanyakk!

Hope next check up paras sel darah merah tak turun lagi. Kalau turun below than 11, memang kena buat pemeriksaan lanjut.

Pastu kena baring kat katil. Nurse check badan...dia check mata, kaki, tangan, breast, perut segala. Jadi redha je la baring kat situ biar nurse sentuh mana dia suka. Haha.

Nurse kata rahim aku belum naik lagi. Makna kata baby masih kat bawah. Mula aku risau ingatkan itu satu masalah besar..rupanya nurse kata itu normal untuk kandungan 15 minggu. Nanti kandungan dah masuk 5 bulan baru rahim akan naik. Ok lega..

Pastu biasalah..nurse isi rekod buku pink tu sambil dia borak-borak dengan nurse sorang lagi..pot pet pot pet pot pet sampai aku rasa dekat 45 minit aku kat dalam bilik tu..Padahal patient yang tinggal cuma aku sorang. Heh.

Jadi sekarang kena rancang balik pemakanan..kena makan lebih sikit sebab makanan nak share dua nyawa. Aku sekarang makan macam biasa je..kadang sehari sekali je makan. Ikut suka aku la nak makan ke tak..adeh.

Yang penting berat kena bagi naik sikit. Naik sikit jek..jangan nak naik melampau pulak ye.


Rasanya inilah pertama kali dalam hidup aku merancang nak naikkan berat badan.

Pelik.

Selama ni asik pikir camne nak turunkan berat jek.

Heh.

Sunday, June 12, 2011

ARSENAL ADA PEMAIN BARU. MALAYSIA MESTI KALAH TERUK.




Aku rindu sangat dengan sorang mamat hensem ni.

Sumpah lama betul tak jumpa. Makan bulan dah rasanya. Nasib baik tak makan tahun, kalau tak..makan hati la aku.

Kalau bukak fesbuk jek mesti rasa nak cari-cari info terkini tentang mamat ni. Kalau tak dapat gambar, dapat tahu perkembangan terkini pun jadilah..buat lepas rindu.

Ish rindu amat.

Nasib baik incik suami bukak kaki cemburu. Kalau tak mahu makan pelempang sekeping dua kalau dah tiap-tiap hari nak hapdet cerita tentang mamat tu kat dia.

Tapi kalau pikir logik pun..incik suami tak patot nak cemburu.

Sebab aku mabuk rindu menggila ni pun kat dia.







Mamat hensem..Wan Shaqil Fahim nama beliau. Panggil Shaqil pun dah ok. Kalau nak tak nak, panggil Beckham pun ok jugak lah.


Sumpah rindu.

Itu gambar masa beliau dalam pantang lagi. Duluuu punya gambar.


Lepas tu aku tak de can nak jumpa mamat tu lagi. Gila busy duduk Labuan ni sampai takde sempat nak balik. Ceaa alasan..padahal takde bajet nak beli tiket. Haha.


Jadi menanggung la kerinduan sorang-sorang.


Haih! Muka punya comel macam ni takde hati ke nak terbang balik KL? Pipi umang aiii..kalah pau yik mun Tanjung Malim. Kalau dapat..memang kempis aku picit-picit.


Cer tengok ni pulak..

Aik, boleh berubah-ubah pulak muka kamu ye?

Orang jarang tengok memang rasa cenggitu..asik nampak lain jek. Takpelah, yang pasti pipi maintain cap pau yik mun.






Berbulan tak balik...sampai majlis cukur jambul mamat ni pun aku terpaksa absent.

Rugi betul rasa tak dapat nak hayun-hayun buai cantik ni untuk dia.





Okey cukuplah stori pasal mamat hensem tu.


Dan sekarang ni aku nak bukak cerita lagi best.

Aku dengar berita kata tak lama lagi pasukan bola Arsenal akan datang ke Malaysia..nak lawan bola katanya.

Mula tu aku rasa macam yakin jugak lah Malaysia boleh menang kali ni. Kita kan ada keeper gila kentang hebat punya...KFCM.

Tapi bila aku nampak gambar ni..terus aku rasa macam pasukan Malaysia akan kalah lagi.

Mesti kalah teruk punyalah.

Sebab apa??


Sebab ini..







Arsenal ada pemain baru dowh..

Tengok body pun dah tahu hebat di padang.

Kalau tengok muka lagi lah....KFCM pandang terus sukarela bagi bola masuk gol.


Mamat ni hari-hari turun training tau..jangan buat main.



Tak cukup atas padang...atas katil pun dia belasah training jugak.

Komited tahu.

Friday, June 10, 2011

DULU SURUH JADI PELACUR SEKARANG SURUH PAKAI BAJU SEKSI

Perhatian: Entri ini adalah pendapat peribadi aku..kebanyakan isi entri ini adalah berkaitan denga diri aku, harap tiada yang tersentappp mak noks!




Baru-baru ni kecoh dengan kenyataan timbalan presiden Kelab Taat Suami Malaysia yang berstatuskan doktor yang meminta para isteri di Malaysia ni supaya melayan suami ala-ala layanan pelacur kelas pertama.

Wowww!!!

Tapi layanan ala-ala pelacur kelas pertama tu macam mana rupanya?

Aku tak pernah langgan pelacur. *pangg!*


Blurr..


Itulah yang terlintas kat pikiran aku mula-mula baca artikel tu dulu. Terus aku hebahkan pada incik suami. Reaksi beliau...


hanya mencebik.


Mungkin tidak bersetuju.


Aku pun tidak setuju bila peranan seorang isteri mahu disamakan dengan layanan pelacur kelas pertama. Mungkin maksud doktor tu mahukan isteri melayan suami secara layanan 1st class, yang tiada cacat celanya, yang boleh buat tidur suami lena sampai ke subuh..silap-silap haribulan terlepas subuh sebab terlalu nyenyak tidurnya. Heh.

Tapi apapun silalah jangan gunakan perlambangan yang negatif cenggitu.

"Pelacur"

Terasa hati aku dibuatnya.

Suami ada bagi reaksi cenggini..katanya tugas seorang isteri bukan hanya atas katil semata-mata. Tanggungjawab suami isteri lebih besar dari itu. Lelaki pun bukan setiap masa perlukan hubungan intim. Cukup kalau dapat pelukan dan ciuman kasih dari isteri setiap hari..sudah memadai untuk tenangkan jiwa. Itu kata suami..aku olah sikit la ayatnya.hehe.

Jadi kat sini aku boleh katakan, setiap lelaki perlukan layanan yang berbeza dari isteri masing-masing. Bukan semua suami mahukan layanan ala-ala pelacur, dan bukan semua suami kaki langgan pelacur dan tahu seni layanan pelacur kelas pertama tu sendiri.

Macam makanan...

Bukan semua orang suka makan KFC...kadang-kadang makan nasik dengan telur goreng tu lebih terkesan di hati.


Dan hari ini..

Keluar satu lagi isu baru..

Oleh Presiden Kelab Taat Isteri pulak..

"Isteri haruslah berpakaian seksi dan menarik untuk memenuhi keperluan batin suami"

Hmmm...


Kenyataan ini aku sokong jugaklah sedikit sebanyak.

Sebab kita isteri-isteri zaman sekarang ni selalu cuai bab ini. Termasuklah aku. Heh.

Kita ni..kalau nak keluar pergi kedai depan pun kemain berbedak bergincu bagai..konon takmau orang nampak selekeh. Tak salah...

Tapi dalam rumah kenapa kita selalu berat nak bersiap-siap cantik macam nak keluar pegi soping eh? Eh jap, jujurnya pertanyaan ni aku tanya kat diri aku sendiri..sebab mungkin ada readers yang membaca ni memang jenis selalu bersiap cantik ketika di rumah..kang sentap pulak.susah aku.hehe.

Terus terang aku memang bukan jenis suka berbedak bila dalam rumah. Habis kuat pun aku tenyeh bedak talkum je. Pastu kalau mood rajin aku calitlah sikit lip gloss konon nak bagi bibir nampak shining-shining gitu. Ceaa!!

Tapi pakaian...

Tetap baju kelawar!

Haha.

Kalau famili aku memang dah tau baju kelawar memang uniform rasmi aku kalau kat rumah. Selesa amat.

Tapi sejak-sejak dah ada sumai ni ada jugaklah koleksi baju-baju "tak malu" untuk aku pakai depan suami. hehe.


Tapi campur tolak tambah semua..aku rasa penampilan aku tetap selekeh bila di rumah.

Pernah aku suakan topik ni kat incik suami sebelum ni..Apa dia kecik ati ke bila aku selalu bersiap-siap cantik *cantikkk ke??* hanya bila nak keluar rumah..tapi bila dalam rumah selamba yada beraksi macam batwoman..haha.

Beliau senyum..."abang tak kecik ati lah..abang lagi suka ayang tak solek-solek..natural beauty."

Hohoho..jawapan amik ati tu.


Tapi atas kesedaran sebagai seorang isteri yang wajib melayan suami zahir dan batin termasuk melayan mata suami..maka aku pun tengah la cuba-cuba ubah penampilan sikit-sikit bila kat rumah.

Aku jarang dah pakai uniform kelawar aku tu bila suami ada kat rumah. Selalu kalau siang aku pakailah proper sikit...aku lenjan semua baju jalan-jalan aku. Habis tu, nak tunggu berjalan ke bandar memanglah jarang..baik aku sarung kat rumah je..jamu mata suami. Heh.

Bila malam..hehe..adalah pakaian malam yang sesuai. Takkan nak gebang sini jugak kot..hehe


Daa!



KITE NAK MAKAN TIAW LULING LA...


Aku sejak-sejak mengandung ada satu tabiat pelik.

Bagi aku pelik lah sebab jarang dibuat orang, atau mungkin tak pernah dibuat langsung.

Sejak kebelakangan ni aku suka berkomunikasi dengan cara yang unik dengan incik suami. Aku suka bercakap dalam bahasa pelat yang selalu kanak-kanak guna tu. Haha.

Pelik kan?

Aku pun tak tahu mana mulanya. Serasa aku sejak-sejak aku mengandung ni la aku mula buat perangai. Nasib baik incik suami rajin melayan. Sampai kadang-kadang dengan dia sekali pun dah bercakap style pelat dengan aku. Haha.

Incik suami kata aku sound comel bila bercakap macam tu. Heh.


Incik suami paling suka dengar aku sebut perkataan-perkataan ini..


goreng pisang = luling cang

kuew tiaw goreng = tiaw luling

gotong-royong = ruyung


Huhu..sebenarnya ada banyak lagi. Tapi segan pulak nak disclose banyak-banyak. Maluuuuu...


Aku pernah lah cakap kat incik suami, camnelah kalau aku terlepas keluar sound-sound comel ni depan keluarga bila balik semenanjung nanti..mampus kena cop mengada-ngada dek diorang. Incik suami kata..takpelah, comel apa cakap gitu. Sampai semalam incik suami suruh aku tukar nama belog aku jadi "Tiaw Luling La..". Apakah??

Mungkin ini yang dinamakan pembawakan budak kot..dulu tak macam ni pun, sekarang je ngengada lebih.

Takpelah..mengada dengan incik suami sendiri tak salah kan..........


Mungkin baby dalam perut ni suka nak manja-manja dengan abahnya..


Anak abah la katakan...

Hehe




Wednesday, June 8, 2011

I LOVE BREASTFEEDING


Breast feeding.

Memang topik utama ibu-ibu. Lagi-lagi bakal ibu yang ngandung sulung macam aku ni. Memang sumpah hapa ilmu pun aku takde tentang breastfeeding (bf) ni.

Serasa aku zaman aku kecik-kecik dulu takdelah glamer sangat isu bf ni. Aku rasa aku nyusu badan mak pun tak lama sebab aku 8 bulan, mak aku ngandung lagi. Heh. Jadi takde kesah pun sumbat susu tepung dalam mulut aku. Aku telan jek. Membesar sehat bagai johan jugak. Hehe.

Tapi tapi tapi...

Sekarang ni kesedaran untuk fully bf bayi masing-masing macam dah jadi satu fenomena dah aku tengok. Sampaikan aku pun terpengaruh sama.

Yelah..takde siapa pun boleh sangkal yang susu badan tu jauh berganda lebih berkhasiat dari susu cap lembu yang dicanang-canang ada macam-macam vitamin, dha, bha *ada ke*, ganglioksida la segala macam dikatakan ada dalam susu cap lembu. Susu cap gantung jugak yang paling hebat.

Agama Islam jugak galakkan ibu-ibu susukan anak secara ekslusif sampai anak umur 6 bulan. Kalau boleh teruskan sampai anak usia 2 tahun. Ohh..kalaulah berjaya susukan anak sampai 2 tahun, memang jimat kos betul. Susu tepung pun dah makin lambung-lambung harganya. Seminggu mahu habis setin susu, sebulan? Uiii...congak-congak duit la nampaknya.


Jadi atas kesedaran ini *cewahhhh*, aku dah set dalam mind aku nak bf anak aku nanti. Insyaallah. Sampai umur dia berapa? Itu aku tak berani nak cakap...aku berdoa moga anak aku nanti murah rezeki untuk disusukan sampai usia dia 2 tahun. Insyaallah...


Orang kata sebagai ibu, kita sendiri kena set kan mind dan yakin bahawa kita mampu untuk susukan anak. Kalau kita yakin..Insyaallah kita boleh berjaya. Kalau sampai tengah jalan nanti susu kurang ke hapa ke..itu cerita lain. Insyaallah ada cara untuk selesaikan. Yang penting sekarang ni aku kena selalu cakap dengan diri aku yang aku akan susukan anak aku sendiri. By hook or by crook..aku mesti cuba.

Jadi sekarang aku dah aim satu set breastpump. Dengar-dengar orang yang pernah guna..breastpump jenis ni bagus. Dan paling penting taklah mahal sangat sampai cecah ribu riban. Pengsan aku nak belinya.


Yang ini kira okeylah lagi...

Spectra 3 Breastpump *Back to Work Package A* (SAVE >RM218) - Click Image to Close


Spectra 3.


Aku survey-survey kalau nak beli breastpump tu saja harganya dalam RM300++.

Tapi kalau beli one set macam yang ada dalam gambar tu harganya RM560.

Ini offer dari kedai One Baby World. Boleh klik sini untuk tengok pakej-pakej lain.

One Baby World ni memang best. Semua keperluan baby ada jual sini. Harga pun aku tengok agak murah banding online shop yang lain. Mungkin aku akan beli banyak barang baby kat sini nanti. Tengoklah macam mana.

Malas nak pikir membeli lagi sebab anak pun kecik lagi. Aku tetap akan ikut pesan orang tua..mula beli kelengkapan baby bila perut dah berusia 6 bulan ke atas.


Lagipun banyak berjalan time dah dekat-dekat nak bersalin itu kan bagus?


Okeylah..nak pen off dulu.


Akhir kata..


doakan aku berjaya untuk bf my baby nanti ya!




Tuesday, June 7, 2011

YA..SAYA SUKA BERCAKAP. SEKIAN



Bila husband kerja, kita kena tinggal kat rumah sorang-sorang mesti bosan kan?

Walaupun kat rumah ada TV, ada astro *yang konon ada byk channel tapi semua cerita siaran ulangan*, ada dvd, ada internet yang patutnya boleh buat kita taklah boring sangat.

Tapi aku tetap bosan.

Aku tak suka situasi di mana aku cuti tapi incik suami keje. Tambah tak best bila beliau keje malam. Jadi aku bangun pagi, takde siapa kat sebelah. Huh..memang tak sorga.

Kalau incik suami ada best....aku boleh caaaaakaaaapppp banyak -banyak dengan incik suami. Entahlah, aku ni memang banyak cakap. Pot pet pot pet tak tentu hala. Bertuah pulak dapat suami yang jenis tadah je telinga..memang ngam betul. Haha.


Punya suka aku bercakap sampai baru-baru ni aku selalu rasa penat bila banyak sangat bercakap. Rasa macam mulut aku letih. Haha.

Incik suami kata rehatlah..stoplah bercakap tu kejap. Nanti penat.

Jadi aku pun stop.

Tapi kejap jek..2 minit. Pastu aku mula start enjin lagi...pot pet pot pet pot pet.

Ntah apa benda yang aku cakap pun tak tahulah. Semua benda boleh jadi topik. Kucing melintas tepi rumah pun aku boleh karang jadi satu cerita. Gila.

Sampai incik suami pernah kata..


"cakap lah banyak-banyak...nanti baby keluar dia asik caaakaaap je macam ayang. Jenuh nak jawab soalan baby nanti."


Heh.

Aku senyum je.

Dalam hati aku..baguslah anak tu petah cakap.

Serupa macam mama dia.

Sebab mak aku kata..masa aku kecik dulu pun aku suuukaaaa nau bercakap. Paling tak tahan asik bertanya soalan jek.

Nasib tak makan pelempang mak abah.

Haha.













Nota kaki: sekarang dah ada hobi baru..bersembang dengan baby pulak. Hehe.

Monday, June 6, 2011

TAK HABES-HABES CERITA ENIBESERI



Aniveseri dah berlalu dua hari lepas. Ingatkan dah boleh tutup dah cerita anivesari ni..tapi tapi tapi...


O! M! G!


Aku terima surprise!!


Surprise hapanya??


Bacalah dulu..=)


Cenggini...

Hari Jumaat lepas..masa aku dan incik suami ke klinik untuk scan baby, rupanya abang posmen ada datang rumah..Nak hantar bungkusan katanya. Jadinya sebabkan takde orang kat rumah, jadi abang posmen tinggalkan nota je suruh kami amik bungkusan tu sendiri kat kaunter pos laju.

Dalam hati aku...


"oooo...ini mesti baju yang aku order dari kedai tu. Takpelah..nanti mintak tolong abang la amikkan."


Yep. Aku memang ada order blouse dari sorang tokey baju kat fesbuk. Lama dah aku order...berbulan dah. Tapi sebab ada sedikit masalah teknikal, lambat sikit la nak sampainya baju tu.


Hari ni...6 Jun...pagi tadi.

Aku dapat call dari pos laju. Katanya ada barang sampai. Dia nak datang hantar ke rumah.

Okey fine. Legaa..tak payah lah aku susah payah nak suruh incik suami pegi amik kat pejabat pos dah since abang posmen sudi nak datang hantar sekali lagi.

Good Job Poslaju!


Seperti yang dijanjikan...abang posmen pun sampai. Incik suami yang sain borang penerimaan segala. Aku malas la tunjuk muka. Dengan kain batik pun senget-senget, nak capai tudung lagi..Ahh malas lah.


Jadi bila incik suami bawak masuk bungkusan tu...aku macam...


"Eh, kenapa ada dua ni?"


Ada dua bungkusan dikk oii. Satu dalam plastik. Lembut-lembut...aku tau itu baju aku. Satu lagi dalam kotak...sederhana besar..tak tahu apa dalamnya. Jadi aku bukak yang dalam plastik dulu..


Yeayy!!


Baju aku dah sampai!!


Ada dua helai.


Selamat dah aku sarung kat badan.

suka baju ni..tapi muat-muat je kat badan. Rasanya bila perut makin besar terpaksa simpan dalam almari je la baju ni. huhu



baju ni besar sikit. Rasanya boleh pakai sampai 7 8 bulan mengandung. Yolaaaahhh.


Tapi...bukan itu yang menjadi surprisenya.


Yang menjadi kejutan untuk aku adalah benda yang dalam kotak tu.


Apakah?? Siapakah? Mengapakah??


Tengok pada kotak..


Pengirim: Zuraida Mohd Zahari


What!!

Mak yang kirim la!! Oh neves dah ni..mak kirim apa pulak tiba-tiba ni.


Dengan eksaitednya terus aku rabakkan wrapper kotak tu. Dengan ganasnya. Heh.


Ada kad!

Tulis "Happy Anniversary"


O.M.G...nak nanges.


Lepas tu tengok dalam kotak..


Ada satu beg biskut famous amos. Tiga bungkus famous amos yang mana 200 gm setiap satu. Ke lebih..aku pun tak pasti.


Seronok kuasa dua.


Sebelum ni mak pernah dah poskan biskut famous amos untuk aku gara-gara aku publish kat facebook yang aku mengidam nak makan biskut tu. Kat Labuan memang takde jual. Jadi mak terus beli dan poskan untuk aku. Ohhh terharu.


Tengok lagi dalam kotak..


Ada sehelai t.shirt lelaki.


Dah tentu-tentu untuk menantu beliau. Cantik! Lengan panjang..belang-belang..sebijik macam taste incik suami. Incik suami dah terkesima dah time tu. Speechless la tu..tau dah...hehe


Tengok dalam kotak lagi.


Ada maternity dress!!


Wahh..tentu-tentulah ini untuk aku. Takkan untuk incik suami jugak kan? Hehe. Dress yang cantik dan selesa. Confirm boleh pakai sampai bersalin nanti. Suka!




Ohh..memang terharu sangat.

Tak sangka mak akan pos hadiah banyak-banyak gini.

Patotlah minggu lepas mak asik tanya ada pape yang teringin ke..aku je saja tak nak habaq mai. Padahal dalam hati teringinnya nak makan rendang daging mama masak. Huhu.. Bukan apa..aku tau, kalau aku cakap aku teringin sekian-sekian benda mesti dan-dan tu jugak mak akan poskan. Tak nak la susahkan mak...dahlah aku ni memang selalu susahkan mak..dari belum kawen sampai dah lepas kawen..adeh.


Mak...


Thanks banyak-banyak atas hadiah yang best ni. Ohh..thanks untuk Haziq jugak sebab nampaknya Haziq dengan mak komplot untuk bikin surprise ni.


Nak call mak sejurus dapat hadiah...tak boleh pulak. Mak and Haziq nun ada kat Hong Kong tengah holiday. Gamaknya tengah main roller coaster kat Disneyland kot tu. Aku boleh hantar sms je la..itu pun tak reply. Hehe.


Esok baru diorang balik ke Malaysia. Jadi esok je la aku call untuk ucap million million tenkiu again.


Sangat seronok hari ni.


Just mahu senyum...tak perlu kata apa-apa.


=)


PERUT 14 MINGGU



Baby sudah nak masuk 14 minggu. Alhamdulillah..

Tapi kalau ikut bacaan scan hari tu..baby dah nak masuk 15 minggu dah. Membesar bagaikan johan nampaknya anak aku ni.

So tak hairanlah kalau perut aku pun bagaikan johan sekali.


kan besar tu..macam 6 bulan.huhu


Sekarang ni jeans aku memang surrender dah nak pakai. Walaupun masih muat, tapi terima kasih je lah. Senak perut rasanya. Kesian pulak kat anak.

Besar dah perut aku.

Betul ke aku ni mengandung 3 bulan setengah??

Kadang musykil jugak. Heh.


Bila perut dah makin besar, stamina pun dah makin kurang. Aku sangaaaat cepat keletihan. Kalau buat kerja rumah, harus buat slow-slow. Jangan nak cepat siap jek..sebab nanti yang tak cukup nafas nak sedut..aku jugak. Sangat cepat letih sekarang. Berdiri goreng nasi 10 minit pun dah bebel-bebel mulut aku mengadu letih kat incik suami.

Takpelah..demi mu anak.


Lagi...aku cepat berpeluh.


Panasss bahang setiap hari. Maklumlah Labuan ni pulau. Jadi panas tu memang hazab. Tambah pulak rumah takde ekon...berkipas lipas je la aku memanjang. Panass. Kadang tu dah tahan sangat, aku tutup pintu tingkap langsir semua rapat-rapat..pastu aku seksi meksi sendiri dalam rumah. Baru legaaa..


Tengah takde anak ni boleh la nak seksi meksi dalam rumah sendiri. Ada anak esok...uiii jangan buat perangai nak menyeksi depan anak. Tambah pulak anak dah dapat mulut..mau di canangnya satu taman..


"awak..awak..semalam kan..mama kite kan..dia pakai baju tak malu....."


Dang!!


Saturday, June 4, 2011

INCIK SUAMI...BACALAH.



September 2007...

Ah! Macam tak percaya pulak..skrin komputer tu menemukan kita.

Asalnya cuma nak chatting-chatting kosong je buat pelepas bosan sementara nak tunggu waktu berbuka puasa.


Alih-alih boleh ter kawan pulak. Dah ter kawan tu tentiba boleh ter feeling-feeling jatuh chenta pulak.


Alahaiiii..


Maka berchenta la kita...



Bila mood okey, bahagia rasa macam di sorga. Bila hati rasa nak berperang..uiii kalah perang dunia.


Heh.


14 Jun 2009...

Penat dah berchenta tanpa hala tuju...lalu dari hati ke hati bersetuju untuk diikat.


Majlis yang meriah.


Majlis yang indah.





Alhamdulillah..


Separuh diri kamu kini milik aku.


Separuh jiwaku telah pergi ke kamu.


Aicehhhh!




4 Jun 2010...


Berwalikan abah...



Bersaksikan kadi dan seluruh jemputan..

Dengan sekali lafaz, aku kini sah menjadi milikmu.




Bernaung bawah kepimpinanmu..




Bahagia.


Hanya bahagia yang dirasa.


Tapi makin menginjak usia perkahwinan...makin banyak cabaran yang dirasa.

Oh..sedarlah bahawa berkahwin bukan sekadar untuk suka-suka.

Tahulah bahawa perkahwinan banyak mengajar erti kehidupan segala.

Walau kita berperang bersilat bertomoi sekalipun, semuanya akan kembali baik.

Tiada istilah "mahu clash" atau "hantar kite balik rumah mak".

Sebab apa?

Sebab kita tahu...hati kita saling chenta.

Kita tahu...hidup bagai porak peranda jika salah seorang tiada.

Kerana kita tahu...

Kita memang ditakdirkan untuk bersama






Dan hari ini...


4 Jun 2011..


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama..

Niat hati mahu sambut di hotel bintang-bintang. Tapi tak apa lah. Kita sambut di rumah pun okey jugak apa.


Makanan pun taraf hotel banyak bintang jugak..








Meja makan pun bukan lipat-lipat..kukuh..style hotel jugak.heh



Diiringi gambo-gambo kawen yang membangkitkan suasana romantik..ceaaa!




Semoga diberikan peluang untuk meraikan tahun-tahun yang berikutnya.


I love You Abang!












Nota kaki: entri ni patutnya publish semalam..tapi biasalah orang sambut anibeseri memang bizi. Haha.

ENTRI ITU SUAMI YANG TAIP

Semalan aku buat permintaan kecil dari incik suami. Aku mintak beliau taip satu entri sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.


Sambil sengih-sengih terus beliau capai laptop dan mula tekun menulis. Dan aku terus tak diizinkan duduk dekat-dekat..syohh syohh jauh jauh.


Jadi baik aku bawak diri pergi mandi.


15 minit aku mandi...dah siap-siap wangi-wangi semua pun incik suami tak selesai menaip lagi. Aku pun intai la dari jauh. Nampak dia tekun menaip...kejap-kejap termenung, pastu sambung taip lagi..pastu habis di delete semuanya..pastu dia taip balik..pastu menung..pastu delete..haha.


Dekat sejam baru beliau kata..okey dah siap!


Aku ajar dia camne nak auto publish supaya entri tu di post hari ini.


Dan hasilnya....







Tu....


Entri kat bawah tu.


Aku baca pun nak tergelak dulu. Punya lama duduk depan lappy..banyak tu je dia taip? hehe..


Tapi apapun itu adalah entri yang sangat berharga.


Walau ayat tunggang terbalik. Tatabahasa pun tak berapa nak markah penuh..


Aku tahu...semua ayat tu lahir dari hati dia yang ikhlas.


Semua kata-kata tu hanya untuk aku..


Isterinya yang terchentaaaa...


Gitu kekdahnya!

HAPPY ANNIVERSARY ISTERIKU


Selamat ulangtahun yang pertama untuk isteriku yang tercinta.............ulangtahun yang pertama ni sungguh bertuah dan bermakna untuk kami berdua kerana sedang menunggu cahaya mata pertama yang bakal lahir pada awal bulan 12 nanti..............Diharap dengan ulang tahun yang pertama ini kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan perkahwinan kami kekal sepanjang hayat.....................Ammmmmiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnn..........................................


Yang benar,
Suamimu yang tercinta......................................................


Friday, June 3, 2011

HADIAH ANIVESARI YANG PRICELESS!



Esok anibesari kami yang pertama!!


Yeay!!


Walaupun tiada sebarang plan sambutan yang grand-grand tapi dapat hadiah ini dah cukup buat hati tersenyum gembira.


Hadiah apa??














Ini.








Hadiah jumpa dengan baby!!


Seronok sungguh.


Dah berhari-hari plan nak scan baby, tapi asik gagal je. Hari ni pun sebenarnya hampir gagal tapi biasalah...niat yang baik memang Tuhan akan tolong.


Mula-mula tu doktor macam refuse jugak nak scan sebab katanya kalau scan pun bukan nampak apa..baby baru 13 minggu. Kecik sangat. Tapi doktor kata kalau nak scan jugak untuk tengok perkembangan baby..boleh je.

Jadi kami terus angguk kepala tanda mahu scan baby.

Masuk bilik khas untuk scan baby. Bilik gelap. Cuma ada lampu samar-samar jek. Sementara tunggu doktor get ready semua, incik suami sempaattt amik gambar mak buyong yang dah bersedia ayomat geset go kat katil.

tang perut menggunung terpaksa cop sensored..seksi terlampau tu. haha

Sebenarnya banyak gambar incik suami snap..teruja gamaknya laki aku tu pertama kali dapat peluang scan baby. Huhu.


Paling tak boleh blah time doktor tengah khusyuk tunjukkan anggota badan baby segala...incik suami boleh selamba yada nak snap gambar skrin tu..guna kamera hand set je pulak tu..terus aku tegah. Malu pulak aku kat doktor tu..lagipun nanti kan dapat gambar yang print out punya kan. Haha..laki i...laki i..eksaited!




Masa scan baby ni happy betul. Baby sangat aktif. Dia siap angkat-angkat badan, pastu gerak-gerak kan jari tangan macam gaya baby selalu babai tu..comel.

Sebelum scan tu aku dah "kejut" baby, suruh jangan tido sebab mama dengan abah nak jumpa baby..Tengok..betul-betul dia tak tido..dancing-dancing untuk mama dan abah siap. *pandailah hang...baby 13 minggu memang keje dia tido jek*

Memang seronok. Sampai dah balik rumah pun masih senyum lagi. Incik suami siap jadikan gambar baby ni sebagai wallpaper hand set lagi. Haha.

So far...alhamdulillah. Lega hati bila tengok anak yang dikandung sehat, aktif, cergas dalam tummy. Moga semuanya akan berjalan lancar lagi.

Next scan?

Tunggulah 5 bulan pulak..scan yang wajib klinik kesihatan buat tu. Selalu sangat scan pun tak baik jugak untuk baby.


Hopefully next scan dah boleh tahu jantina baby.


Daa!






p/s: kalau ikut kiraan usia baby dari tarikh last period, baby baru 13 minggu 1 hari. Tapi doktor tadi kata kalau ikut scan yang ni..baby dah 13 minggu 6 hari. Aik? Macam mana boleh ter extra 5 hari di situ? Konpius..

Thursday, June 2, 2011

SUAMI ANDA BAGAIMANA?


Suami ohh suami.

Suami ni memang banyak tabiatnya. Kalau dulu sebelum kawen memang nampak yang baik-baik jek. Bila dah kawen, baru mula nampak yang kurang baik sama. Eh tapi tak bermakna tabiat yang baik hilang macam tu saja. Tidak...biasanya tabiat baik-baik pun meningkat sekali ganda.

Beruntung.


Aku pernah terbaca, lelaki ni suka kalau isteri layan dia sama macam mak dia layan dia masa bujang dulu. Dulu kalau belum kawen, mak mereka lah yang gigih susah payah layan makan pakai segala.



Bangun tido...katil sepah larat sampai tertanggal-tangal cadar...takpe. Mak akan kemaskan.


Nak mandi...bukak baju seluar sepender segala..gumpal-gumpal atas lantai..oh takpe..jap lagi mak akan kutipkan.

Lepas mandi..towel main campak je mana sempat..mak akan kutip dan sidaikan.


Nak makan, nak minum? Order jek...sepantas kilat mak akan sediakan.


Pendek kata semua benda mak akan buatkan walaupun mulut sang ibu takkan berhenti pot pet pot pet berkilometer panjangnya.


Jadi sebab itu ada kelompok-kelompok suami yang suka sepah laratkan rumah ni. Dia suka bila tengok si isteri layan dia sama macam mak diorang layan diorang. Bukan maksud untuk mendera isteri..cuma mungkin mereka rasa lebih selesa, rasa seperti berada dalam dakapan ibu. Cewahhh!!*padahal yang berpeluh sampai masam ketiak adalah isteri*


Tapi tak semua lelaki cenggitu. Ada jugak lelaki yang pandai berdikari. Hatta dah punya isteri pun tahu je mana nak cari bawang halia segala nak masak kari katanya. Tahu nak sinsing lengan baju bila pinggan mangkuk dah penuh satu sinki. Tahu nak tolong sidaikan kain baju bila mesin basuh dah mula berhenti.

Oh bertuah badan.


Walau apapun, bagi aku...sekuat mana sang suami berdikari sendiri, sebagai isteri tugas melayan suami tetap perlu diutamakan.

Segarang mana rupa suami, sebenarnya dalam hati tetap ada taman.


Biar selentik mana misai suami...ketahuilah..mereka suka jika sekali sekala dimanjakan.


Tak percaya?


Cubalah!

=)


MELANGKAH KE TRIMESTER KEDUA


2 Jun akhirnya tiba jua..


Ada apa dengan 2 Jun?


Bila datangnya 2 Jun bermaknanya aku dengan rasminya telah masuk trimester kedua kehamilan.


Yeayyy!!


Alhamdulillah..


Finally 1st trimester yang selalu orang kata penuh onak ranjau tu berjaya jugak aku lepas dengan jayanya.

Syukur sekali lagi pada Allah kerana kurniakan kesihatan yang baik sebaik-baiknya sepanjang tempoh itu.


Aku tiada sebarang alahan yang menyeksakan.


Ada yang kata kalau mengandung tanpa alahan ni kemungkinan baby boy...yeke? Sebenarnya instinct aku pun ada rasa-rasa baby jantung hati dalam perut ni hero. Kalau tengok barang-barang baby pun aku secara spontan lebih ter fokus pada barang baby boy. Entahlah..tunggulah 2 3 bulan lagi. Hehe.


Jadi dan masuk trimester kedua ni perasaan kurang sikit risaunya. Kata orang trimester ni adalah peringkat yang paling kurang risiko. Jadi boleh menikmati alam hamil dengan gembiranya.


Perut pun dah makin membulat. Walaupun masih boleh sarung jeans zaman anak dara *sila amik perhatian bahawa zaman anak dara pun perut aku buncit jugak.haha*, tapi keselesaan tu dah kurang. Tambah-tambah bila duduk. Memang rasa senak perut. Tapi baju-baju baik t.shirt, blouse, baju kurung semua masih elok tersarung. Insyaallah boleh bertahan lagi 2 bulan sebelum aku officially kena sarung uniform ibu-ibu mengandung. Huhu.


Mengharapkan baby dalam kandungan sentiasa menjadi anak yang baik....yang tidak menyusahkan mama dan abah beliau.


Aminn..

Wednesday, June 1, 2011

RASA TAK SELAMAT


Aku rasa macam dah tak selamat tinggal kat taman ni.

Lepas satu, satu kejadian buruk jadi.

Tak tahulah siapa yang dengki. Serasanya selama kami tinggal kat sini tak pernah pun musuh kami cari.


Tapi pagi tadi...kesian incik suami. Nak pegi keje tiba-tiba motor tak boleh start. Rupa-rupanya minyak takde. Kalau minyak takde sebab dia lupa nak isi satu hal jugak. Ini tangki minyak kosong sebab ada orang curi minyak!!


Incik suami kata ada orang "bertuah" potong tali minyak motor dia untuk curi minyak.


Haih! Tak sangka kat taman ni pun ada orang minyak.


Itu satu kisah..sebelum ni motor incik suami jugak kena kerja..Ada orang pecahkan tayar motor. Pagi-pagi nak pergi keje baru perasan.


Itu cerita motor suami. Cerita kereta aku tak tinggal jugak. Ada jugak yang dengki.


Ada satu hari elok aku parking kereta tepi jalan mengadap rumah, saja parking situ sebab senang nak tengok-tengok kereta. Kalau parking kat lot parking memang tak nampak langsung kereta.


Tapi malangnya..dah parking depan rumah pun terkono jugak.


Pernah sekali kereta aku kena "calar" dari depan ke belakang side body guna marker pen!!


Huh.

Nasib baik guna marker pen yang white board punya tu. Kalau guna marker pen permanent??


Mau bertukar hijau aku nanti.


Jadi sekarang memang rasa tak berapa nak selamat dah tinggal kat sini. Kita tak ganggu orang, orang suka-suka hati nak ganggu hidup kita.


Nak cari rumah lain la...rumah yang ada parking lot sendiri.


Nak pindahhh!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...