Tuesday, July 31, 2012
Rasa Bersalah Pulak.
Berkaitan dengan entri sebelum ni, bila aku pikir-pikir balik kan, aku rasa macam bersalah pulak. Aku rasa bersalah kat incik suami. Kenapa eh dia rasa macam aku akan marah kalau dia beli kasut mahal?
Memang aku marah ke?
Ke aku jeles?
Ke aku memang menghalang dia dari beli apa-apa?
Oh tidak tidak tidak!
Aku tak pernah nak halang dia beli apa-apa. Cuma mungkin aku lebih suka kalau dia libatkan aku dalam proses membeli tu.
Sama-sama survey.
Sama-sama pilih.
Sama-sama setuju.
Tapi yang bayar..dia. Haha. Taklah..kadang-kadang sama-sama bayar jugak.
Aku suka cenggitu. Sebab aku pun selalu akan buat gitu kalau nak beli apa-apa.
Apapun..aku tetap rasa bersalah sebab aku buat incik suami rasa takut-takut nak beli sesuatu. Tapi bukan aku marah pun dia beli. Tapi aku rasa bersalah jugak. Eh pening pulak nak cakap. Huhu.
Tapi aku sebenarnya memang dah perasan lama dah tentang kasut tu. Tiap kali duduk depan laptop, dia akan bukak zalora.com. Pastu asiklah dok belek-belek gambar kasut tu berkali-kali. Aku tau dia suka tapi dia tak ngaku. Aku siap offer nak belikan untuk dia, pun dia tolak mentah-mentah.
Alih-alih....kasut idaman hati dah sampai ke rumah. Heh.
Mula-mula aku ingat kasut tu kasut sukan. Dia nak buat pakai-pakai untuk physical training (PT) dia kot. Rupanya tak.
Itu kasut raya.
Nak pakai balik kampung.
Pakai dengan jeans.
Terkejut aku.
Sebelum-sebelum ni dialah paling membangkang sekali bila aku usulkan idea supaya pakai kasut ala-ala sneakers tu dengan jeans. Oh nehi nehi nehi katanya. Tak smart katanya. Dia lagi suka pakai dengan selipar sandal jek. Okey fine.
Dah tu sekarang??? Heh.
Eh..jeans baru pun ada beli dah oiii..beli senyap-senyap jugak. Tau-tau kata nak amik jeans kat tailor. Uiiii siap dah pegi alter siap.
Bila aku suarakan rasa hati...
"abanggg...abang janganlah beli barang senyap-senyap, tak bestlah gini."
"Okey okey..pasni tak buat dah."
"Ayang..dapat bonus nanti abang nak beli jam tangan besi pulak okey?"
SAKAN NAU DIA RAYA KALI NI!
Monday, July 30, 2012
Tiga ratus lebey?? Pengsan!!
Aku nak tergelak tau hari ni.
Balik-balik rumah..nampak ada katalog Zalora kat kabinet TV. Dalam hati.."eh datang mana pulak katalog ni?". Tapi aku biarkan je pertanyaan ku berlalu pergi. Heh.
Pastu buat susu untuk Aidi. Budak tu mata dah kuyu dah. Nak mentido la tu.
Bawak Aidi masuk bilik, tidokan dia kejap. Pastu keluar bilik.
Lalu depan bilik stor.
Nampak incik suami dok tertunduk-tunduk macam mencari sesuatu kat bawah sofa lama.
"Abang buat apa tu?"
"Hah? Errr arr errrr arrrr........."
Aku nampak dia pegang kotak...macam kotak kasut.
"Apa tu bang?"
"hehehehe.......ni...abang beli kasut raya abang."
"Dah tu, nape abang sorok kat stor?"
"Abang takut ayang marah abang beli kasut mahal."
Mahal uolsss kasut dia katanya....
tiga ratus lebey.
Kasut raya sahaja.
Pengsan..bangun balik..pengsan lagi..bangun balik..pengsan lagi sampai lapan belas kali.
tiga ratus lebey....huhu..dia beli aku kasut raya rege namploh hengget jek. Itu pun ada voucher diskaun seploh hengget lagi.
Tak aci. Huhuhu.
Tapi takpelah....sekali sekala dia nak memanjakan diri.
Nanti hensem-hensem.....
"eh laki siapa tu?"
"itulah laki yongnana..."
Haha!
Tiga ratus lebey????
pengsan lagik!
Friday, July 27, 2012
Masterchep Untuk Suami
7 hari dah berpuasa.
Alhamdulillah.
Tak lama dah nak raya. Maknanya tak lama lagi tunggang terbaliklah dapur aku ni nak siapkan makanan raya. Haha!
Tahun ni, aku sedikit kagum pada diri sendiri sebab berjaya mengawal diri dari membeli makanan banyak-banyak kat pasar ramadhan. Cewaaahhhh! Boleh kata setiap hari aku akan cuba jugak memasak. Hentam je lah masak apa pun sebab aku ni bukan kategori hebat di dapur. Balik-balik lauk sambal, tak pun masak kicap, tak pun sup, tak pun goreng-goreng jek. Nak kata masak yang menggunakan santan-santan ni memang aku kalau boleh elakkan. Entahlah..aku dengan santan macam segan sikit. Haha.
Pastu aku nak puji diri sendiri sebab selama seminggu puasa ni aku dah berjaya hasilkan 2 jenis kuih.
Haaa....mesti ada yang nak kata dalam hati *ek eleh...dua jenis kuih pun nak kecoh!*
Haha.
Takpe..sila gelakkan sebab aku pun kenkadang suka gelakkan diri sendiri. Umur dah banyak tapi kat dapur alahaiiiii.....malas nak sebut.
kuih keria air tangan yongnana
buah melaka versi merah in karer.
Secara peribadi, bulan Ramadhan ni telah melonjakkan *begituuuu* sedikit kemahiran di dapur aku ke satu tahap lagi. Tepuk tepuk tepuk.
Ni kalau mama tengok aku buat kuih muih, masak setiap hari semua ni mesti beliau tak percaya.
Sebab aku masa anak dara dulu..goreng ayam pun mentah dalam.
Haha!
Thursday, July 26, 2012
Syoknya Dapat Bonus Raya.=)
Hari ni bangun je subuh tadi terus rasa macam kepala berat sangat. Macam pening. Bila cuba berdiri, rasa pitam. Berpusing-pusing dunia. Jadi terus baring balik sambil memikir-mikir nak sekolah ke nak mc..nak sekolah ke nak mc. Last-last buat keputusan untuk mc. Heh. Jap gi nak pegi klinik. Manalah tau kot-kot aku kena blood pressure ke apa, maklumlah..cikgu. Huhu.
Eh, semalam best kan bila dengar ada bonus raya.
Syukur alhamdulillah. Setengah bulan gaji tu bagi aku dah banyak dah tu. Cukuplah buat belanja raya. Incik suami pun dapat jugak. Syukur...rezeki kami.
Tapi dah dengar dapat bonus, terus tak tau nak buat apa dengan duit tu. Boleh?? Haha..macamlah kau kaya sangat duit berkepuk sampai tak tau nak buat apa kan? Banyak je benda boleh buat. Tapi kalau bab nak beli-beli baju raya lagi memang incik suami dah sekat dah.
Baju raya Aidi dah segini tingginya...boleh bikin menara.
Manalah laki aku tak jeling-jeling je bila aku pegang-pegang baju baby kat mall lagi. Haha.
Cukuplah tu.
Baju melayu husband pun siap ada 2 pasang. Padahal kena duty masa raya. Achaner? Bawak ke tahun depan la nampaknya baju tu. Hehe.
Baju aku pun setel dah. Dah jadi mak mak ni aku malas nak beli blouse and jeans dah. Hari raya memang tiap hari pakai baju kurung.
Tinggal kasut raya je lagi. Semalam aku usha-usha jugak kasut raya kat supermarket underdog kat Labuan ni, tapi incik suami buat muka ketat tengok design-design kasut situ. Dia suruh cari kat Parkson. Eh sebijik macam mak lah, kalau nak beli kasut kat Labuan ni mesti suruh beli kat Parkson. Hehe.
Takpelah..dah orang nak sponsor, kita layankan ajek. Kang banyak-banyak komplen kang terus tak dapat baru padan muka.
Yang penting henbeg jurulatih i dah setel bayar.
incik suami lah kiut sangat bila keluarkan dialog...
"ayang...lepas hidangkan lauk tu, pergi mandi. Lepas mandi jom kita bayar duit beg kuch."
Olololo...comelnya. Muntoh!
Wednesday, July 25, 2012
Boleh kata Confirm dah lah.
Cerita balik raya.
Nampaknya 90% confirm aku akan beraya di Labuan dulu tahun ni. Raya kelima baru fly balik semenanjung.
Kenapa 90%? Sebab hal tiket flight belum setel. Tunggu aku tuntut tiket dulu, then buat urusan pertukaran tarikh semua. Kalau semua setel, okey done. Boleh balik raya kelima. Kalau tak dapat tukar tarikh......hurmm..nak kena pikir pikir lagi ni. Itu yang tinggalkan 10% untuk kes-kes pikir memikir tu. Hehe.
Jadi raya tahun ni aku kena berdikari.
Segala hal persiapan rumah sila buat sendiri. Kalau balik kampung, tak payah pikir hal siap-siap rumah. Balik-balik je semua dah siap. Heh.
Baju raya pun camtu. Selalu bila nak raya je semua dah siap. Sampai sekarang dah beranak sorang pun baju raya masih mak yang uruskan semua. Sian mak. Tambah pulak tahun ni anak dia ni beraya di perantauan, jadi baju raya mak jugaklah yang kena pos ke Labuan. Manja okey!
Baju raya Aidi yang cecah 20 pasang tu kita melaram kat rumah je lah Aidi oii. Selang 4 jam kita ganti baju baru raya nanti. Haha.
Tapi ada satu benda yang runsingkan aku sekarang ni.
Menu raya.
Paling aku gerun sekarang adalah nak mikirkan menu hari raya.
Oiiii..apalah yang aku nak masak ni oii!
Masak rendang tak reti.
Masak ketupat apatah lagi.
Kuah kacang pun aku tak pernah tahu resepi.
Kuah lodeh?? Hurmmmm..aku tau makan jek.
Stress!!
Aku ingat..aku nak beli kukus yang size kecik tu. Then aku nak cuba-cuba buat pulut kuning. Wahh!! Macam handal kan?
Takpelah..cuba-cubalah..
Mana tau sedap. Haha.
Semalam pun aku 1st time cuba-cuba masak kari.
1st time okey dalam hidup ni aku masak kari. Umur dah 28 tahun..tapi never never never masak kari. Tak taulah macam mana semalam boleh ada keberanian nak cuba. Mungkin sebab suami teringin sangat kot..jadi naluri keisterian aku tersentuh, lalu terus nekad. Maka terhasillah ini.
Nanti bila moon coming sekali lagi, aku nak praktislah buat..
Pulut kuning
Rendang ayam
Kari daging.
Kuah lodeh/lontong. Makan dengan nasik impit segera.
Kalau menjadi..bolehlah jadikan menu raya.
Jadilah kaaannnn.

Rupa takdelah yummy mana.
Rasa pun...entahlah. Tapi suami memuji. Maksudnya?? Hehe.
Kira bolehlah kan. Kalau tak cuba, mana nak tau ye tak?
Nanti bila moon coming sekali lagi, aku nak praktislah buat..
Pulut kuning
Rendang ayam
Kari daging.
Kuah lodeh/lontong. Makan dengan nasik impit segera.
Kalau menjadi..bolehlah jadikan menu raya.
Jadilah kaaannnn.
Tuesday, July 24, 2012
Instagram?? Apakebendanya tu??
Amboiiiii hangpa la ni..masing-masing dok kalut instagram instagram no..mentang-mentang masing-masing telefon canggih. Jelly tau!
Aku ni dah lama jugak dok perati lepas sorang sorang dok post gambar kat facebook using instagram. Dalam hati aku..."diorang pakai fon canggih, bolehlah amik gambar cantik-cantik instagram instagram ni. Kau punya fon cokia ko duduk diam-diam sudah." Haha...mengutuk diri sendiri kekdahnya.
Tapi aku tak puas hati. Nak jugak tau menatang apa instagram ni. Jadi aku google.
Google kata, instagram boleh guna untuk semua telefon android.
Android??
Eh bukan fon aku pun kategori android ke walaupun harga pat ratus jek. Haha. Nak jugaaakkk.
Sekali godek godek....klik sini klik sana..download install sikit-sikit..
Tada!!!
Henfon cokia i dah ada instagram!! Weehooo!!
Pastu apa lagi...terus upload sekeping kat facebook.

Hai aunties!!
Lepas tu terus ada orang nak follow. Retis sangat kan aku? Haha..debishhh!!*tumbuk diri sendiri*
Padahal aku tak tau pun instagram ni macam blog, boleh follow follow. Pastu mulalah gelabah tak tahu camne nak follow orang.
Gelabah sangat okey.
Boleh baca perbualan sengal di bawah.
Rupanya si Tira Miss U tu pun tak reti. Wakaka!! Apa ni kak, nama je kita dua ni cikgu, tapi nan hado!
Eh hari ni 24 Julai besday Tira Miss U, HAPPY BIRTHDAY MAMA BABY A!!
Okey sambung balik.
Yang aku ni tak habis-habis la dok godek-godek camne nak follow member kat instagram ni. Tak setel-setel.
Rupanya.....
Ha baca sendiri dialog di bawah.
Gigih nak instagram pakai LAPTOP!!
Manalah boleh.
Oii..orang sekarang tak pakai dah lappy lappy ni. Semua pakat pakai notty notty *note* and s3 s3 and tabby tabby *tab* jek.
Pandai sangat nak ber instagram guna laptop. Zaman batu ke apa kau ni yongnana?? Haha.
Tapi takpelah..yang penting telefon cokia aku tu pun adik beradik android. Walaupun murah..yang penting boleh instagram.
Lepas ni semua entri kita upload gambar siap edit instagram hokey.
Haha.
Okeylah..daa.
Nak masuk kelas.
Terimalah gambar instagram dari aku lagi.
Labels:
MUNGKIN ADA GUNANYA,
SUKA HATI AKU
Monday, July 23, 2012
Mood Raya Dah Turn Off =(
Mood celaru.
Semalam incik suami dah confirmkan tahun ni dia hanya boleh balik beraya pada hari raya kelima.
What???
Raya kelima?
Ya.
Suami dapat cuti start raya kelima iaitu 23 Ogos sampai 1 September. Yang aku pulak cuti sekolah start 17 Ogos sampai 26 Ogos.
Jadi dia kata aku boleh buat pilihan...
Sama ada nak balik awal then beraya di kampung halaman bersama sanak saudara dan Aidi. Nanti raya kelima dia follow kendian.
Atau...
Beraya dulu di Labuan bersama suami dan Aidi dan abang ipar sekeluarga. Then raya kelima baru kami sama-sama balik sambung beraya bersama sanak saudara.
Mana satu harus aku pilih??

Saturday, July 21, 2012
Playroom: Perlu Atau Tidak
Salam Ramadhan dan salam 1 Malaysia.
Wahhh..macam nak berpidato kan. Haha. Hari ni seronok sebab 1st Ramadhan. Aku tengok kat fesbuk masing-masing dok tayang lauk berbuka. Perghhh!! Memang sedap. Tengok gambar pun tau sedap. Aku je segan nak tepek lauk berbuka sendiri sebab tau dah tak sedap. Haha. Eh aku sebenarnya belum puasa lagi. Korang puasa-puasa lah dulu, aku puasa kendian sikit. Haha.
Jadi tajuk entri kita pada hari ini adalah
Playroom...Perlu Atau Tidak.
Begituuu...
Mari kita bahaskan. Miahaha!
Dulu..masa aku kekecik, tak pernah aku ada playroom apa semua ni. Toys aku semua mama simpan dalam bakul baju yang besar sekali tu. Bila nak main, ha kau terbalikkan je bakul tu. Maka mainan akan bertabur. Ruang tamu otomatik bertukar jadi playroom. Lepas main, simpan balik. Kemas. Begitulah setiap hari.
Bila aku mengandungkan Aidi...aku terus terdetik nak sediakan 1 bilik bermain untuk dia. Kenapa dan mengapa? Hurmm payah nak jelaskan. Tapi bagi aku ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan nak sediakan playroom anak ni.
1. Nak rumah kemas sentiasa.
Okey. Jujurnya ini adalah sebab utama kenapa aku dari awal bercadang nak buat playroom untuk Aidi. Kononnya kalau anak ada ruang bermain dia sendiri, ruang tamu akan lebih terjaga. Walaupun rumah aku takdelah kemas berkilat sampai secubit habuk pun tak jumpa, at least kalau Aidi ada playroom, takdelah aku jumpa anak patung beruang bawah kusyen sofa, teether bentuk ulat bulu ada atas kabinet TV, bola ada bawah meja makan dan sebagainya.
Aku sekarang memang tengah latih Aidi, toys tak boleh bawak keluar dari playroom. Nak main, main dalam bilik. Even nak minum susu pun aku train Aidi minum susu dalam bilik dia sendiri. Cuma walker dia je dibenarkan keluar dari bilik. Hehe.
2. Ada Ruang Lebih.
Faktor ni kena kenalpasti jugak. Kalau rumah ada bilik lebih, ada ruang lebih, bolehlah buat bilik bermain. Tapi kalau rumah ngam-ngam je biliknya..takkan nak meroyan nakkan playroom untuk anak jugak kan? Mungkin boleh pikirkan alternatif lain..contohnya beli playard, letakkan kat satu sudut dalam rumah sebagai ruang bermain anak. Lebih selamat banding biarkan dia main bawah meja makan.
3. Bajet.
Nak sediakan playroom untuk anak, bajet mesti ada. Tak banyak, sikit mesti ada. Playroom memang tak perlukan perabot. Kalau boleh tak payah ada sebarang perabot. Biarkan kosong dan lapang. Mudah untuk anak bergerak. Tapi tetap kena ada sedikit peruntukan untuk dekorasi bilik.
- Beli tikar/alas lantai yang sesuai dan selamat untuk anak. Aku cadangkan ABC puzzle mat. Memang selamat sebab lembut. Aidi dah berapa kali jatuh, berapa kali muka tersembam ke lantai pun muka maintain macho. Tak sakit katanya. Haha.
- Beli rak/bekas/bakul untuk isi semua toys anak. Dicadangkan beli yang tidak terlalu tinggi supaya mudah anak-anak nak capai mainan mereka.
- Kalau ada duit lebih, boleh beli wall sticker yang bersesuaian untuk bilik baby. Aku beli wall sticker di buywallsticker.com. Beli pun cari yang ada diskaun besar-besar jek. Hehe. Aku terbeli lebih, pastu yang lebih tu aku bagi kat Mak Long Aidi untuk hias bilik anak-anak dia...sekali korang tau apa? Dia buang!! Aku jumpa dalam tong sampah rumah dia. Sedih sangat. Walaupun sticker 50 hengget, duit jugak tu wei. Sampai sekarang aku masih sedih kenankan sticker aku dalam tong sampah. Wuwuwuwu...Okey dah.
4. Sediakan toys yang sesuai.
Kalau ada playroom je tapi toys je takde tak jadi jugak kan? Hehe. Jadi sebagai ibubapa, kita kena sediakan mainan untuk anak. Toys ni sebenarnya mainkan peranan penting jugak dalam perkembangan otak baby. Ye memang dulu-dulu kita pun main je apa yang ada kat rumah tu. Ada sudip, mainlah sudip. Ada mangkuk, main mangkuk..tapi membesar jugak, berjaya jugak kerja hebat-hebat. Ye, itu nasib kita. Apa salahnya kau dah kerja hebat-hebat ni sediakanlah sedikit peruntukan setiap bulan untuk beli sesuatu yang boleh merangsang perkembangan anak. Bukan untuk orang lain, anak kita jugak.
Jadi beli mainan yang bersesuaian. Kalau baby baya-baya Aidi ni, elakkan beli toys yang ada small parts macam lego ke, playdoh, permainan masak-masak, even kereta kecik-kecik tu pun bahaya. Beli toys yang besar *jgn gedabak sangat*, lembut, mudah dipegang dan mudah dicapai oleh baby. Yang penting warna yang terang. Baik untuk mata baby.
Aku ni sedar diri bukan orang kaya, jadi kalau teringin nak beli toys branded macam playskool ke, fisher price ke apa..aku beli yang second hand jek. Beli kat juaimurah. Dapatlah toys yang branded dan masih elok pada harga murah. Biasanya 50% lebih murah. Jadilah. Bukan nak main sampai tua kan?
playgym, big rattle, music drum tu aku beli kat juaimurah. Semuanya favourite toys Aidi.
Setakat ni, itu je lah yang aku terpikir tentang playroom ni.
Apapun semuanya di tangan kita. Rasa nak sediakan playroom, boleh sediakan.
Kalau rasa tak perlu, pun tak jadi masalah.
Yang penting, sediakan ruang yang selamat untuk anak bermain.
lepas dah penat main, kita tido. Huhu
Ini gambar paling latest. Tengah elok mama dengan abahnya makan berbuka..anak bertuah ni pandai bawak diri masuk dalam bilik layan diri sendiri.
Habis tunggang terbalik semua.
Lantakkan.
Nama pun playroom.
Friday, July 20, 2012
Cepatlah Gajik.
Oh mai!!
Beg "jurulatih" yang diorder telah sampai ke Malaysia!!
Hip hip hooray!!
Tapi duit baru bayar 50%. Ada lagi 50% nak kena bayar ni. Hohoho..cepatlah gaji.
Aku ni kan..mana pernah pakai beg branded-branded ni. Paling gah pun henbeg cap Carlo Rino je aku mampu beli. Tapi selalunya aku pakai beg cap Uptown je. Hew hew hew.
Bagi can la sekali sekala nak merasa. Mungkin 5 tahun sekali baru dapat beli beg cap obersi gini.
Dan nasib baik usaha murni aku ni *murrrrni lah sangat* disokong oleh incik suami.
Beliau tau je beg tu dah sampai ke Malaysia, terus bisik-bisik kat telinga aku..
"nanti abang belanja ayang beg jurulatih ye."
Wahhh!! Ada penaja bersama rupanya.
Thanks abang!
Hiks!
Thursday, July 19, 2012
Kisah Baby Arjuna Yang Telah Menyentuh Hati Mama
Cuba lihat wajah baby ni.
Comel kan?
Sangat.
Bakti Arjuna namanya.
Tapi siapa sangka baby secomel ni menderita SAKIT JANTUNG BERLUBANG.
Ya Allah...runtun hati.
Baby seawal usia sebulan lebih didapati mengidap sakit jantung berlubang yang mana kos pembedahan adalah sebanyak RM35 RIBU as soon as possible.
Ya Allah..aku tak kaya. Aku tak mampu hulurkan bantuan yang banyak. Tapi aku harap, apa yang aku sumbangkan sedikit sebanyak dapat kurangkan penderitaan baby comel ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi tadi.
Bukak fesbuk..jumpa post ini di page ibu baby Arjuna.
Aku copy paste bulat-bulat dari page beliau.
*******************************************
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.
rakyat malaysia.
semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.
ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.
dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.
terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.
ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.
ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.
dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.
"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.
dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"
aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".
*pause*
kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.
pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?
DALAM SATU HARI.
aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.
aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.
aku tak kira.
yang penting, jantung juna.
dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.
dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.
tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.
rakyat malaysia.
terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.
juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.
sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.
tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.
assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.

****************************
Dua kali aku baca sajak ni, dua kali jugak aku nanges.
Masuk kelas..aku sambung lagi bercerita kisah baby Arjuna pada murid-murid. Aku baca sekali lagi sajak ni. Nak nanges lagi buat kali ketiga tapi aku control sehabis baik. Depan budak kot...haha!
Sesungguhnya aku rasa macam sangat magic.
Plus aku rasa sangat gembira.
Memang baby Juna bukan anak aku.
Baby Juna bukan darah daging aku.
Baby Juna bukan siapa-siapa bagi aku.
Tapi naluri keibuan aku tetap tersentuh mengenangkan nasib si comel kecil ini.
Syukur...status terkini, baby Juna dah semakin stabil. Jantungnya berfungsi dengan begitu baik.
Semoga Baby Juna dapat membesar dengan sihat dan sempurna macam kanak-kanank yang lain.
Syukur padamu ya Allah!
p/s: Baby Arjuna adalah anak angkat kepada blogger terkenal Fyn Jamal. Dan baru aku tau jugak yang suami Fyn Jamal ni adalah ex schoolmate aku masa kat Teknik KL batch 2000/2001 dulu. Fitri namanya Tapi kat sekolah dulu semua gelarkan dia Taper. Huhu. Kami sama batch tapi lain course and kelas. What a small world.
Wednesday, July 18, 2012
Baby's stuff untuk di let go Part II
Tu diaaa!!
Asik nak let go benda je kan? Haha.
Barang kali ni memang masih panas lagi. Baru je abang posmen hantar petang tadi. Tapi itulah...silaaappp hantar lagi.
Aku mintak design lain, sekali sampai design lain. Tapi boleh tahan hensem kasutnya. Eh, lupa nak bagitau. Kasut lagi kali ni pun. Biasalah, nak raya ni sibuk nak belikan anak kasut baru kan? Standardlah tu..kaum mak mak memang cenggitu. Hehe.
So balik pada kasut yang nak let go tadi. Kasut ni memang cantik. Mulanya aku decide nak amik je kasut ni untuk Aidi even sebenarnya aku nak yang lain. Tapi bila cuba pakaikan kat Aidi, adeh..aku kurang pandailah pakaikan kasut bertali ni kat Aidi. Aidi biasa pakai kasut strap on tu jek. Kasut tali-tali ni aku failed sikit.
So kalau ada antara kamu-kamu yang suka belikan kasut tali kat baby masing-masing, bolehlah try yang ni. Memang hensem kasut ni.
Ini dia kasutnya.
GUESS PRE WALKER SHOES
SIZE 3 (12 CM)
Ini gambar kat online. Smart kan?
Ini pulak yang real sampai depan mata aku. Kacak sungguh.
Sampai ke tapak kasut pun stylo jugak.
Masih ada plastik. Segala kertas-kertas yang ada dalam kasut tu pun aku tak buang lagi.
Kalau Aidi pandai pakai kasut tali, aku memang simpan kasut ni untuk Aidi. Tapi sebab aku ni lemm sikit bab-bab kasut tali ni..jadi baiklah aku jual balik kasut ni.
Tapi harga aku amik harga asal la ye sebab kasut ni memang baru sangat sampai kat aku. 3 jam yang lepas sampainya. Cuma aku tak amik duit pos lah. Duit pos tu kira aku belanja je lah. Hehe.
Harga beli = RM25 tak termasuk pos.
HARGA LET GO = RM25 termasuk pos.
SOLD!!
Kalau ada yang berminat nak beli, bolehlah hubungi aku.
EMEL: yongnana1881@yahoo.com
Facebook: Wan Fadzlina W. Mahadzer
Aku biasanya lebih rajin bukak facebook banding emel. Jadi contact by facebook la lagi bagus eh.
Itu je..daa!
Tuesday, July 17, 2012
Solid Food: Tanda-Tanda Baby Ready For Solid Food
Bila anak dah mula makan, maka bermulalah satu lagi siri pengembaraan dalam dunia keibubapaan. Wahhh! Ayat!
Tapi betul.
Once baby dah makan, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa alert, kena rajin, kena perhati, kena kaji segala-gala tentang pemakanan anak. Tapi sebab sekarang ni semua dah moden, maka semua dah senang. Pilihan ada di mana-mana. Tinggal pilih mana suka jek.
Hari ni aku nak share sikitlah apa ilmu yang aku ada tentang pemakanan baby ni. Aku pun ilmu bak sebutir pasir di gurun sahara, tapi tak salah rasanya kita kongsi. Mana yang baik..amiklah. Mana yang salah tu..betulkanlah.
Aku nak share info yang aku jumpa tentang Tanda-Tanda Baby Ready for Solid Food.
Biasanya baby akan diperkenalkan dengan first solid food bila mereka cecah umur 6 bulan. Tapi ada jugak ibu bapa yang perkenalkan solod food lebih awal dari tu. Contohnya aku. Aidi start makan masa umur ngam-ngam 5 bulan. Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh kita kenalpasti sama ada baby kita dah ready for solid food or not.
Antaranya:
1. Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan.
Maksudnya kalau kita letak baby dalam bumbo seat atau baby boleh duduk tegak atas pangkuan kita tu kira okey dah la tu. Bukan apa, bagi baby makan dalam keadaan baring adalah tidak digalakkan. Takut baby tersedak atau tercekik. Jadi suap baby dalam keadaan baby duduk tegak supaya makanan lebih mudah ditelan.
2. Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
Contoh: Masa lahir berat baby 3kg. By the time kita nak bagi dia makan, berat baby tu mesti at least 6 kg baru dikatakan baby dah ready for solid food.
3. Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
Ini biasa berlaku. Time mama abahnya makan, dia pun sama berselera nak makan. Padahal gigi satu milimeter pun tak tumbuh lagi. Haha.
4. Baby dah pandai mengawal lidah mereka.
Part ni maksudnya gini. Baby umur 6 bulan ke bawah biasanya suka main jelir-jelir lidah macam nak menghisap sesuatu. Kalau baby dah mula mengurangkan kekerapan menjelir-jelir lidah tu, maknanya dia dah pandai control lidah sendiri. Kira dah boleh perkenalkan makanan kat dia. Kalau baby masih suka keluar-keluarkan lidah dia then kita dah bagi dia makan, itu yang jadi kes kononnya baby tolak makanan lah, luah balik apa yang dia makan lah semua. Sebenarnya mungkin baby tu belum pandai control lidah dia.
5. Boleh megawal kepala dan tengkuk.
Maksudnya kat sini tengkuk baby tu dah keras, dah stabil untuk mengawal kepalanya sendiri. Janganlah tengkuk baby lembik lagi kita dah sua makanan kat baby. Not good not good.
6. Cepat lapar.
Baby memang makin besar makin kuat menyusu. Kalau kita perhatikan kekerapan baby menyusu makin kerap, dah tu setiap kali menyusu tak reti nak sikit-sikit..hah silalah ready untuk bagi anak makan. Tak cukup susu dah lah tu. Dia nak makanan tambahan lain.
Seelok-eloknya tunggu hingga baby cecah 6 bulan atau semua tanda baby ready ready for food ni ada pada diri anak masing-masing then barulah bagi baby tu makan.
Macam kes aku dulu...
Aku cuma guna naluri keibuan aku jek. Lepas dah suap Aidi makan buat pertama kali, baru macam-macam info tentang pemakanan baby aku jumpa. Haha!
Makanan pertama Aidi
Tapi Alhamdulillah...Aidi sihat.
Kadang-kadang, tak semua perkara kita kena ikut cakap buku. Ada sesetengah perkara yang naluri keibuan boleh menang. Tapi kalau bab-bab makan ni, eloklah kita rujuk pada yang lebih pakar. Terlalu awal perkenalkan makanan pada baby memang boleh membahayakan. Ada banyak kes dah berlaku. Apapun, boleh guna tips di atas as a guideline, plus naluri keibuan masing-masing. Dan jangan lupa baca Bismillah sebelum bagi anak makan.=)
Next time, aku share lagi info tentang solid food. Insyaallah.
Daa!!
Subscribe to:
Posts (Atom)