MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 25, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

1st time nak join giveaway (GA) ni oiii!

Ctmah ada buat GA.

Macam best jek, macam senang jek. Haha. GA kali ni temanya "gelagat anak dalam kereta".

Amboiii comel sangat kamu Alisha posing gitu. Berapa hantaran mau?? Haha


Hadiah pun best ha.


Empat orang pemenang dengan gambo yang paling mencuit dan menguit hati ctmah akan dapat hadiah best ni. Aku paling nak sekali termos air tu. Dah lama aku aim tapi saja takmo beli lagi. Kot menang kan? Bahahaha.

Ni ctmah..aku pertaruhkan gambo aidi yang ni.



Sebelum nak gelak ke apa silalah ketahui bahawa ini adalah kerja abahnya. Aku tak taulah ni kes terkepit ke atau saja dikepit. Haha. Nasib ko lah aidi oii.


Ada yang nak join sama ke GA ctmah ni??

Nak join kalu, sila terjah SINI

Tarikh tutup katanya 17 FEBRUARI 2014.

Fuh kanan fuh kiri. Harap harap menanglah nanti.

Bye tmah!! Ilebiu!!

Erin..(..life after "i do") First Giveaway


Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!


TEMA GIVEAWAY



 Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini




Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!

***********************************************************************

Kalau GA Ctmah aku pertaruhkan gamba Aidi, GA Erin ni marilah aku pertaruhkan gambar Adelea pulak. Adil giteww!




Matiklah pengsan juri tengok gambo laki aku tengah tido. Bahahahah!

Ini gambo masa aku dalam pantang. Adelea masih dalam hari. Aku pilih gambar ni sebab rasa macam cool jek macam cool jek Adelea jaga abah dalam pantang. Kehkehkehkeh. Ate tengok abah nampak letih sangat sampai anak kena tahan mata jaga abah takut abah pengsan. Haha.

So Erin, selamat menjuri. Kalau tak nak bagi aku menang pun kurang kurang jangan letak aku nombor last sekali tau. Ekekekeke.

Yang belum join tu, moh ler join. Klik klik SINI je Senah!!




Seperti Aidi Mendapat Kidzoona


Hari tu masa balik kolumpo aku sempat bawak Aidi pegi kidzoona dekat aeon au2 tu. Lama sangat dah aku pasang cita cita nak bawak Aidi main kat situ, baru ni tercapai.

Aidi kalau tengok reaksi dia pegi kidzoona, uuu aiiii. Macam orang hilang arah. Tak sempat abahnya bayor duit masuk dia dah terkinja kinja terlompat lompat dah.

Elok je staff kidzoona bukak gate masuk, pheeewwww terus berdesup dia lari masuk dalam. Nak tergelak aku tengok. Kesian pun ada jugak. Sedih sangat ko abanglong duduk Labuan tak jumpa benda ni semua. Haha.

Jadi layan gambo lah.






Lama jugak kitorang dalam tu. Mujur Adelea mentido je, so senang. Kejap aku pegang, kejap abahnya pegang.

Lepas dah keluar kidzoona, rasa nak pegi shopping la puleeekk. Haruslah kan jah!

Aku nak beli baju basahan Aidi. Baju siang baju tido dia banyak sangat dah sendat. Sedih tengok anak dah rupa bodybuilder. Uhuk uhuk.

Tapi punyalah payah nak soping dengan tangan kendong Adelea ni. Incik suami sampai lenguh tangan katanya kendong anak. Haha.

Sudahnya tau apa?

Beli stroller baru kata ko!!



Murah je ni. Kalau mahal memang tak beli lah. Kendong je lah pinkcess tu sampai kebas tangan. Haha.

Jadi sekarang jumlah stroller kat rumah ada tiga!!

Anak ada dua, stroller dah tiga. 

Pitamm!!



Friday, January 24, 2014

Majlis Aqiqah Adelea


Aku ni la kan..dah tahap pemalas dewa 18 ke apa ni, malas nau rasa hapdet blog. Teruk nau malasnya. Haha.

Ni nak habaq mai, aku syukur sangat kenduri aqiqah puteri kecik aku Adelea Sofea telah berlangsung dengan jayanya. Memang aku happy sangat dah selamat tunaikan tanggungjawab ibubapa yang satu ni.



Dress Adelea ni aku tempah khas. Cewaahhh perlu ke mention ditempah khas?? Haha. Bukan apa, anak iols kan thumbelina, takut kang beli yang readymade kang besar pulak. Jadi tempahlah siap beria aku amik tali tape ukur badan Adelea bagai. Rupanya bila pakai baju tu dah jadi singkat pulak sebab Adelea dah makin bam bam. Mujur ada seluar kat dalam. Legaaa.haha



Kumpulan marhaban ni memang aku suka sangat. Nanti aku buat entri review vendor vendor k. Tapi memang aku suka group ni. Siap masa diorang nak balik sempat lagi aku tinggal pesan:

"Nanti kalau saya ada yg no. 3 nanti saya contact lagi k."

Hahaha..kemahen ko yong. Siap verangan yg no 3 dah. Luka czer pun tak elok betul lg. Haha.



Sebenarnya majlis ni kira joint venture antara aku dengan adik aku. Kebetulan adik ipar aku, sakinah pun baru dapat 2nd baby september lepas, so kita naik buai sekali lah. Cuma aqiqah tu aku sorang je buat sebab sakinah dah aqiqahkan anak dia dah. Mujur la majlis ni share. Kalau tak botak kepala den nak bayor semua.haha


 

Haa..yang debab tu Faiha. Kira sepupu Adelea la tu. Beza sebulan lebih je umur deoa tapi badan...mak aih. Macam langit dengan bumi. Haha. Faiha ni betul anak didik aku ni. Adelea bakal mengikut jejak. Nantikan!!



Aku puas hati sangat dengan majlis kali ni. Tetamu ramai, makanan tak membazir  doorgift licin, cuaca baik, adelea pun behave sepanjang majlis..memang aku lega sangat. Syukur alhamdulillah.

Paling best bila geng geng gojes pun ada yang datang. Suka hoi!! Antara yang hadir Airenz, Fariza, Kayrul, Aznor, Leenda, Kak Diya, Kak Mimi, Ika, Liza, Ros Anis, Wawa Donut, Dayah, Umie, siapa lagi eh? Adeh memori aku dah shut down gamaknya. Gambo adalah takde sebab tuan umah kan bizi. Hahaha. Nanti tunggu gambo fotografer. Yang ada ini je, gambo cilok dari fb orang.hahaha.




Geng geng member lain pun buat aku happy. Team bomba aku!! Lama gila tak berkumpul. Tak cukup korum tapi takpelah. Gambo mana gambo. Jap, nak curik kat fb orang lagi.haha.


Dalam fon aku memang ada 2 3 keping je gambo yang sempat aku snap. Tak taulah nape, sibuk sangat layan tetamu sampai lupa nak keluarkan fon amik gambo. Aku hari tu kalau rasa nak bergambo je aku panggil suhaimi fotografer tu je amikkan gambo. Dah tentu tentu cantik gambonya. Haha.

So nantilah bila gambo op dah siap, aku tepek lain.

Yang penting entri aqiqah anak dah setel. Esok kamu dah besar, bolehlah kamu baca ye nak.

Eh, ada tertinggal pulak sekeping gambo lagi.

Tatap je lah yek.



Bye!

Thursday, January 9, 2014

Undangan ke Majlis Aqiqah Adelea


Assalamualaikum.

Ehem ehem (betulkan suara)

Ni aku nak koba ni. Insyaallah Ahad ni aku nak buat kenduri aqiqah untuk Adelea. Jadi besar hati aku nak undang pembaca belog aku yang kiut miut ini.hewhewhew.



Ekceli majlis ni untuk dua baby. Sorang Adelea, sorang lagi cousin Adelea..Faiha. Faiha dengan Adelea ni beza sebulan lebih je, so marilah kita kendurikan bersama. Gituuu.

So kalau ada antara korang korang yang ada kelapangan, sudi nak meriahkan majlis Adelea, jemputlah datang ye.

Err kalau boleh, inform aku siapa yang nak datang tu. So boleh aku buat homework supaya takde insiden "aaaa errrr aaaa errr siapa ni eh?". Malu aku kalau tak kenal tetamu. Wuwuwuw.

Jemput datang ye laling!!

Wednesday, January 8, 2014

Adelea yang berkembang




Adelea.

Apa cerita??

10hb ni cukuplah Adelea 2 bulan. Sekejap je rasa. Macam baru je lagi rasanya aku ulang alik ke hospital jaga Adelea kat nicu dulu. Sekarang dah beso dah anak dara aku.

Berat Adelea yang terkini aku tak tau. Esok baru nak pegi monthly check up. Tapi berat dia masa cukup sebulan harotu 2.3kg. Sekarang tak taulah. Macam berat je...macam montel je..haha

Adelea so far takdelah pandai apa pun.  2 Baby 2 bulan apa je yang dia pandai. Susu berak tido susu berak tido. Itu je lah keje dia.

Kalau bab nyusu, anak dara ni boleh tahan. Takde cukup der dia minum 2oz je sekarang. 5 oz pun dia slamber je telan. Sampai nak tercabut bra mama ngepam susu bagi dia. Huhu.

Adelea masih macam dulu. Tak banyak ragam. Dia meragam kalau lapar je. Ko sumbat je susu, diam lah dia situ.


Ini gambo Adelea yang latest.

Boleh tahan gebu.

Kalau dulu tiap hari kena pakai rompers size nb siang malam. Sekarang dah boleh melaram gown kembang kembang. Baju size 6-12 pun dia sarung je jah. Haha.

Tak sabar tunggu esok. Berapalah berat si kecik ni sekarang.

Nanti aku kabor k. 








Besday basi Aidi. Haha



Blog belum tutup ye kawan kawan.

Haha.

Lama nau tak hapdet blog, jangan ada yang pikir aku dah pencen membelog pulak. Huhu.

Tak taulah apa yang aku sebok sangat sampai nak tengok dashboard pun takde masa. Apa lagi nak taip entri. Memang tak lah. Haha

Ni aku nak up cerita besday aidi.

Punyalah dah basi. Tapi ada aku kesah katanyaaa.

Ni besday aidi yang ke 2 tahun ni aku buat awal beberapa hari. Kalau tak salah 8 december aku buat. Besday aidi patutnya 12 december. Alah halal je la beberapa hari awal tu ye dok?


Takde jemput orang pun. Kami kami je satu famili. Tumpang mak aku dengan mak mentua ada kat sini, jadi meriahlah sikit.

Besday boy awal awal mood memang okey. Happy je dia tau nak buat besday dia. Tapi..

Ha ada tapi pulak kan. Nanti ku cerita.Huhu


Ini kek aidi.

Aku tempah kat orang yang sama buat kek 1st besday aidi dulu. Kali ni tema pocoyo sebab aidi suka nau pocoyo. Aku cakap kat aidi..aidi pocoyo, mama elly ke apa nama.si gajah pink tu, yang abahnya pato si itik kuning tu. Cukup 1 famili. Adelea?? Oh adelea cerita lain. Sofia the first. Haha


Aidi ni bila dia nampak je kek dia atas meja, ha mulalah drama dia.

Dia nak cuit sana cuit sini.

Bila kita larang...bedebok dia meniarap atas lantai. Urut dada je aku.

Last lastnya memang dia mengamuk situ. Kek belum potong lagi majlis dah ranap.huhu



Mujurlah mak long dia ada bawak hadiah. Tenteram sikit suasana. Huhu.

Mak longnya bagi hadiah kereta. Tapi aku pun dah tak tau mana pegi kereta tu. Jahanam dah ke apa aidi kerjakan. Uhuk uhuk



Nah..gambo last.

Aku malas nak tepek banyak banyak gambo sebab bukan ada apa pun sangat. Besday party yang simple. Asal ada kata orang.

Yang buat dia nampak lagi simple bila gambo aku sekeping pun tak dak.

Coi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...