MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 29, 2010

" DAH MENGANDUNG KE? " *SENTAPP!*

Masuk hari ni sudah 5 bulan 3 minggu 4 hari sudah aku kawen. Beberapa hari lagi dah boleh masuk setengah tahun yang kedua. Rasa macam sekejap jek. Sementelah aku pun baru 2 bulan je tinggal serumah dengan incik suami. Sebenarnya nak cakap tinggal sebumbung tadi, tapi bila pikir-pikir aku ni duduk rumah flat, share bumbung dengan 19 biji rumah yang lain, so tak boleh guna frasa tinggal sebumbung. Tinggal sesiling boleh. Haha..kalau bab meraban kau memang terrer Yongnana.


Okey berbalik kepada topik asal aku tadi. Dah nak masuk 6 bulan dah usia pernikahan kami. Dan selama itu jugak aku dok sabar menunggu rezeki yang satu tu. Bukan sorang dua yang dah bertanya, tapi boleh tahan ramai jugak lah. Kalau kat sekolah lagi lah...siap ada cikgu-cikgu ingat aku memang tengah mengandung. Almaklumlah..perut aku standard 7 bulan punya. Haha..

Jadi bila orang bertanya, aku lebih selesa senyum je sambil keluarkan dialog standard.


"belum lagi kak...tak de rezeki lagi"


Standard.


Tapi pernah satu hari aku kena jerkah dengan sorang cikgu sebab bagi jawapan standard gitu. Kata beliau..jangan dok kata-kata "takde rezeki, takde rezeki". Rezeki Tuhan tu banyak...bukan itu je rezeki yang ada.


Hoh. Terkesima aku kejap. Aku mati-mati ingat itulah jawapan terbaik aku. Silap besar rupanya.


Jadi lepas ni kalau ada yang bertanya, aku akan jawab gini.


Err..senyum dulu. Penting tu untuk menjawab sambil tersenyum supaya orang tak pikir kita ni loser sangat. Boleh??


" Belum lagi kak..Insyaallah nanti adalah tu. Saya pun tengah berusaha ni. Wish me luck ya!"


Haha!

Boleh gitu? Rasa nak lempang diri sendiri jek.


Tapi apapun..memang sungguh aku tengah nantikan kehadiran insan baru dalam hidup aku dan incik suami.

Bila??

Janganlah ditanya. Aku pun tak tahu bila. Itu bukan dalam bidang kuasa aku. Aku harap, dalam usia 6 bulan perkahwinan ni janganlah ada yang menuduh melulu bukan-bukan kat aku especially.


Aku tak merancang apa-apa. Apa lagi mengekang kehamilan. Langsung la tidak. Jangan ingat aku sengaja tak mau mengandung lagi sebab nak berjola-joli sama incik suami lagi. Jangan pikir aku tak mahu kehadiran baby sebab nak jaga reputasi. Takde pernah sedetik pun aku pikir camtu. Cumanya aku lebih suka biarkan ianya terjadi secara semulajadi. Tak perlu memaksa, terpaksa, dan dipaksa.


Yang penting, sekarang ni aku bahagia.


Seronok jalani kehidupan sebagai suami isteri yang normal zahir dan batin.


Aku mohon..


Kalian semua yang membaca, doakan aku.


Yes. Aku mahu jadi ibu.


Absolutely. *terasa macam satu kejayaan dapat mengakhiri entri dengan satu perkataan English. Haha*


Sunday, November 28, 2010

MY NAME IS WAN...AND IM NOT A TERRORIST.

Ye..nama aku adalah Wan Nor Fadzlina binti W. Mahadzer. Nama timang tinggi-tinggi aku kat rumah adalah Yong. Nama timang-timang aku dalam belog adalah Yongnana. Hampir semua yang kenali aku tahu hal itu.


Tapi sejak dua tiga pat menjak lepas aku kawen ni aku seakan-akan dapat nama baru. Nama pemberian incik suami.


Elehh..nak kata nama baru tu ayang la tu..Tak pun manja mucuk intan payung gunung berapi gunung krakatoa bagai la tu. Ceh.


Ohh..kalau la nama baru tu adalah segala jenis yang disebutkan di atas, takde perlu aku nak pukul canang dalam belog. Boleh kata semua awek-awek yang punya pacar *ayattt tak hengat* pasti akan ada nama timang-timang yang bajet romantik gitu. Jadi takde heran dah.


Tapi ini masalahnya incik suami bagi aku nama yang aku tatau nak kategori sebagai romantik ke plastik ke bombastik mister loba loba ke..susah nak diklasifikasikan.


Agak-agak kamu, kalau laki kamu bagi nama timangan....


MAVELU

MABUNCA

J. TAIK *agak kekotoran sedikit nama ini.harap maaf*





dan paling tak boleh blah...







TONG GONDU!!






Nak masuk kategori mana tu??


Haih!

Wednesday, November 24, 2010

SIAPA NAK TENGOK KONDISI RUMAH AKU?? MARI KLIK SINI..



Hari ni agak membosankan. Pagi pegi sekolah, buat-buat bizi di sekolah. Petang balik rumah. Malas masak hari ni jadi tapau kuew teow goreng siap-siap untuk incik suami peliharaan di rumah. Lepas makan, tengok sinetron Aya Cahaya Aya secara berduet dengan incik suami. Iye, sila percaya bahawasanya incik suami aku sudah mendaftar sebagai ahli kelab peminat sinetron Indonesia. Kenkadang tu beliau lagi ke depan bila jam dah mula tunjuk pukul 3 petang setiap hari. Huh..lawan tokey.


Lepas dah abis sinetron semua, mulalah dah tak tahu nak buat apa. Mata kejap tenung siling, kejap pandang tingkap, sat lagi mula lah renung semua benda yang ada dalam rumah termasuk suami belaan. Bila dah sasau gitu aku amik keputusan untuk menyenap segala benda yang ada dalam rumah aku. Simpan buat pusaka.


Dan sebabkan aku tak de modal nak membelog hari ni *ceh takde modal tapi karangan dah 2 3 perenggan dah pun *, maka aku amik keputusan untuk menyiarkan gambar-gambar yang aku snap petang tadi buat tontonan umum.

Kamu nak tengok ke tak nak tengok ke, mesti kena tengok jugak. Tak kira! *lempangg*


Gambar 1:


Ruang tamu. Sebabkan belum ada tetamu yang bertandang ke rumah aku maka aku tukar nama jadi Ruang Kau dan Aku. Ceh, nama tak boleh blah..nak jugak bagi nama drama. Ceh.


Aku memang belum ada kesempatan nak men decorate men design bagai ruang ini. Ate kata baru je pindah, mana ada sempat nak cari bungan-bunga ke langsir ropol-ropol ke buat cantikkan ruang ini. Rumah pun sekangkang kera, tak kuasa aku nak penuhkan lagi. Ini pun dah berlaga-laga vontot dah dengan incik suami.


Gambar 2:




Ini pulak ruang untuk melantak. Meja makan cenonet jek. Nampak kerusi ada empat tapi hakikatnya kami berdua duduk je dah penuh satu meja. Meja makan inilah yang banyak menjadi saksi aku dan incik suami melantak bagai tak makan tiga hari. Haha.


Gambar 3:





Ohh..ini ruang kegemaran aku sekarang. Cewahhh! Padahal hari ni pemalas amat nak masak. Dan dan mengaku ini ruang kegemaran. Tapi memang betul lah jugak ini feveret side aku. Aku memang jaga dapur aku ni. Kalau incik suami tertumpahkan air *air masak je pun* setitik pun aku mesti membebel 3 kilometer. Huh, jangan kau coba-coba nak mengkapal karamkan my dapur. Nahas disitu. Hoh harimau belang dah aku.



Gambar 4:



Ha..ini pulak almari kesayangan incik suami. Pasai apa? Pasai kat almari ni biasanya penuh sesak dengan makanan minuman kegemaran beliau. Bermula dari milo nescafe sampailah kepada biskut tiger coklat. Semua pun beliau punya. Tapi aku suka jugak mencurik jajan incik suami ni. Hahaha. Senyap, jangan bagitahu incik suami ya.


Gambar last:

Oh dah sampai kepada gambar last. Sebenarnya ada banyak lagi gambar bosan-bosan yang aku snap tadi, tapi setelah ditapis sebanyak tujuh lapisan, maka ini je yang molek untuk ditonton. Yang lelain tu semua kategori "meluat menyampah mak nokks!".


Jadi gambar yang terakhir..atau omputeh kata last but not least...










Gambar tuan punya belog harus ada kan. Aku rasa dah lama jugak aku tak tepek gambar aku kat belog ni. Jadi kamu musti rindu sama aku kan? kan?



Bluweekk!


Tentiba aku rasa ini adalah gambar paling boleh dikategorikan sebagai "meluat menyampah mak nokks!"


Siap peace peace lagi.


Pooodahh citt!

Tuesday, November 23, 2010

KAU INGAT KAU TUAN PUTERI??


Aku ni heran betul dengan diri aku ni. Entah ada api apa agaknya dalam badan aku ni, asik nak hangin je satu badan. Pantang tersentap sikit mulalah nak mengamuk. Yang selalu jadi mangsa incik suami lah.

Pagi semalam...aku kejut-kejut incik suami ajak breakfast sesama. Sekali kejut, tak jalan. Dua kali kejut, beliau cuma "hurmmm" jek. Tiga kali kejut, beliau bukak mata...tapi bagi dialog "makanlah dulu, nanti abang makan" dan terus sambung katup mata.


Dan aku??


" Ahhh! Tak nak makan sudahlah! Penat-penat orang masak langsung tak hargai!!"


Sambil hempas pintu bilik..Pangg!!! *kalau pintu tu roboh dan dan tu jugak memang mampos aku nak menjawab dengan tuan tanah.*


Tengok? Baran tak baran aku. Hal kecik pun nak mengamuk. Tapi time tu memang aku rasa aku yang betul. Takde orang lain yang betul melainkan aku jek. Kalau pintu bilik tercabut dan tuan rumah saman aku pun aku rasa aku akan menang kat court. Haha. Begituuu...


Baran yang ke-2.

Petang semalam..aku pesan kat incik suami suruh pegi bayar bil telefon sebanyak RM270 sebab line dah kena barred ni. Harus bayar full amount, kalau tak takleh aktif balik line tu. Sekali beliau dengan yakinnya membayar RM230 sajork. Ohh ohh ohhh hangin dah mula berpusar dalam kepala dah ni.


Kalau dalam cerita P. Ramlee ada dialog "kenapa kau masak sayur asam tak bubuh belacan???!"...aku pulak rasa nak bagi dialog "kenapa kau bayar bil telefon tak cukup pat ploh hengget haa???" kat incik suami.


Dah tu apa jadi?? Terus aku mencuka sepanjang petang. Sebagai tanda protes, aku bantai tido sampai mahgrib. Lantakkan incik suami takde kawan nak tengok Sukan Asia kat chanel Astro Arena. Aku mogok mogok mogok!!!


Adeilah...pat ploh hengget punya hal pun nak mogok ke derr?? Tak paham pulak aku dengan diri sendiri. Tapi dalam mogok mogok, protes protes aku pun, kaki tetap setia berjalan ke dapur. Tangan ni masih mahu nak siang bawang cili bagai, sampai tersedia jugaklah tiga jenis lauk buat santapan incik suami malam tu. Haha. Itu namanya mogok separuh. Haha.


Aku rasa aku ni memang cepat sentap lah. Manja terlebih kalau dengan laki sendiri. Mengalah tuan puteri mintak dilayan. Coii!!


Sampai incik suami mengadu...


Katanya aku garang macam harimau belang.


Dan beliau dah serupa penyu....menyuruk dalam cengkerang sebab takut.





Penyu?? Boleh??






Nota-noti: Aku dah mintak ampun maaf zahir batin dah kat incik suami sebab menjadikan beliau berperasaan seperti penyu hari semalam. Hehehe..

Monday, November 22, 2010

TUTORIAL PERTAMA AKU: CARA NAK BUAT SCREEN CAPTURE


Hadehlah...Aku rasa macam malu betul dengan diri sendiri. Sekian lama aku asik tengok je orang dok tepek gambar yang dicapture dari screen laptop memasing tapi aku sampai ke sudah tak reti nak buat kekdah itu. Maka kalau kamu perasan selama ni gigihlah aku snap gambar screen laptop aku sendiri guna kamera cikai aku tu, pastu dengan usaha jayanya aku dok blutut gambar tu ke laptop aku sebelum aku boleh upload gambar tu ke belog peliharaan ni. Adoilah..betapa punya ketinggalan dah aku ni.


Tu la..tak reti, tapi tak mau tanya. Orang kata b&*%h sombong. Haha.


Hehe..sebenarnya bukan aku tak nak tanya. Memang dah lama aku simpan hajat nak shout kat belog ni nak tanya kat kamu-kamu yang arif lagi bijaksana ni macam mana nak buat screen capture tu *wah..istilah tahu, tapi nak buat tak reti*, tapi aku asik terlupa jek. Tentiba tadi aku teringat balik hal ni, jadi sebelum aku shout menanya kat kamu-kamu, ada baiknya aku godek-godek menanya kat pakcik google, kot-kot dia boleh bagitahu kekdahnya. Hehe..


Dan kamu tahu apa??


Taraa!!






Heheheh..


Berjaya jugak aku ketemukan kekdah terbaik nak buat screen capture ni. Oh ye, lupa nak kenalkan..gambar di atas tu adalah hasil tangan incik suami yang telah mengerjakan wallpaper laptop aku. Entah mana dikautnya gambar resaksa tu aku pun tak tahu. Tak kuasa aku nak tukar dah wallpaper tu. Lantakkan aje beliau di situ. Yang penting aku dah tau camne cara nak buat screen capture. Tak perlu bodoh-bodoh pegi amik gambar screen kat laptop pastu buat susah payah nak blutut pulak ke dalam laptop pastu baru boleh haplod ke dalam belog. Memang cara kuno.


Ni aku nak share kekdah terbaik terpantas tersenang nak buat screen capture. Kepada yang dah lama reti tu, kamu senyum-senyum je la tengok aku nak buat tutorial ni ek. Ini khas untuk mereka-mereka yang spesis aku. Snap gambar screen guna kamera henset. Haha.


Cara untuk buat Screen Capture:


Langkah 1:

Sila berkenalan dengan satu keypad ini.



Keypad "Print Screen"

gambar ihsan pakcik google


Aku selama ni punyalah tak tahu apa fungsi keypad yang satu tu. Baru hari ni aku tahu fungsinya adalah untuk buat screen capture. Haih!


Okey, bila kamu ada satu-satu page yang tertera di skrin laptop untuk dicapture, just klik keypad "Print Screen" tersebut.


Langkah 2:

Bukak mana-mana program mengedit imej seperti Paint, dan klik "paste".


Langkah 3:

Gunakan tool "crop" untuk crop gambar yang telah dipaste tadi.


Langkah 4:

Save imej tersebut.


Tadaa!! Siap!!


Kalau masih tak berapa paham, kamu boleh klik link ini. Aku pun blaja ilmu ni dari link ni.



Baiklah..

Sekian sahaja kelas kita untuk hari ini *bila masa pulak aku selalu buat kelas*. Jumpa lagi kita di hari dan waktu yang samaaa....dalam ranncangannnnnn..


Kelasku Kenkadang Ada!!!!


Haha.


Daaa...

Sunday, November 21, 2010

KARANGAN AKU DAN SEBUAH HELMET



Sekarang ni semua orang dah makin sedar yang penggunaan helmet ketika menunggang mahupun membonceng motor amatlah penting. Hatta mat rempit pun sekarang ni dah ada kesedaran sivik nak pakai helmet sebelum membuat aksi-aksi ngeri yang mungkin membawa tiket bertuah penginapan seumur hidup ke "Hotel Batu Dua". Memang mustahak sungguh helmet sekarang ni.


Jadi aku pun tak terkecuali. Sejak-sejak duduk di Labuan ni memang aku jadi pembonceng setia motorsikal incik suami. Almaklumlah, kereta masih kat showroom. Ahaks! Tak lama lagi boleh la aku bawak keluar Honda Jazz putih idaman hati aku tu. Heh..berangan!


Okey sambung cerita helmet tadi. Aku ada satu helmet. Helmet aku kaler putih. Incik suami pun ada satu. Biasalah tu kan, takkan helmet pun nak share kan? Ate gimana rupanya kalau naik motor berdua kongsi satu helmet ye tak? Jadi aku ada satu helmet putih. Incik suami punya kaler gold. Rupa helmet kami memang lah macam jambatan tak siap *apa kena mengena helmet dengan jambatan??*. Dengan dah bercalarnya..terkopek-kopek kulitnya, memang huduh abis. Tapi aku gagah jugaklah pakai tanpa rasa segan silu sebab aku lagi malu kalau tentiba aku kena tahan dengan abang polis bagi surat saman sebab tak pakai helmet.


Nak dijadikan cerita, satu malam tu aku dengan incik suami pergi dating ke bandar. Wah..nak dating memalam aje. Siang-siang tak feel. Haha.


Incik suami park motor cantik-cantik. Helmet aku di sangkut bawah seat. Helmet beliau diletak selamba yada je atas seat. Alasan beliau helmet beliau lebih buruk. Memang buruk sangat dah. Jadi tak de hal la letak gitu je atas seat. Takkan ada yang nak amik. Mat pit nak curik pun pikir tiga pat kali agaknya. Haha.


Jadi kami pun berdating macam biasa. Mentang-mentang dah jadi laki bini, naik eskalator pun nak berpimpin tangan. Coii!


Lepas dah puas dating, kami pun nak balik. Niat hati on the way nak balik tu nak singgah supermarket satu lagi, nak beli lesung batu. Ye, rumah aku memang belum ada lesung batu. Apa lagi mesin cabai. Pikir lapan ploh juta kali aku nak beli mesin cabai bila tengok harganya tadi. Jadi elok beli lesung batu jek. Baru lima belas hengget. Murah.


Jadi, berjalan lah kami laki bini ke motor. Sekali incik suami bersuara...



" Ayang..helmet abang kena curik lah."



Aku...."hah!! Apa!! What??? Kena curik??"


Terus aku emo semacam pasal helmet buruk incik suami kena curik. Abis bawah motor, tepi motor, belakang motor, bawah seat semua aku jenguk kot-kot tersembunyi helmet kat situ tapi tak dapat lah der...memang dah hilang kena curik.


Tak paham betul la aku. Helmet buruk gitu pun kau ada hati ke nak curi. Dei brader! Kalau nak pinjam cakap je la...kami boleh bagi pinjam lah. Pinjam free lagi aku boleh bagi. Tak perlu nak rembat-rembat hak orang.


Walaupun helmet tu cuma helmet cabuk, yang sekali tengok macam dah takde value..tapi aku tetap tak paus hati sebab...



Aku kena balik rumah naik teksi.



Terbang dua puluh hengget aku!


Coii!




Sekian sahajalah cerita Aku dan Sebuah Helmet untuk malam ini.

Sunday, November 14, 2010

BILA SUAMI KELIHATAN COMEL


Tadi berkali-kali incik suami call. Tapi aku tak sempat nak jawab. Maka jadilah miss call. Tak lama lepas tu incik suami call lagi dan aku cepat-cepat jawab. Risau pulak aku, lewat-lewat malam gini *kat Labuan ni kalau pukul 11.30 malam tu kira lewat malam dah tu. Serupa pukul 12.30 malam di semenanjung* incik suami call berkali-kali mesti ada hal penting. Ish. Merisaukan sungguh.




" Kenapa abang? Sorilah kita tak dengar bunyi fon tadi. Abang okey tak ni. Macam ada benda penting nak bagitahu jek "


" Takde apalah..saja je abang call......nak ucap selamat malam je. "




Omaigod!!


Memang zaman bercinta sungguh. Sanggup call berkali-kali hanya untuk cakap selamat malam. Sungguh comel kamu incik suami. Sebab kamu comel, esok upah makan nasik lauk kari ikan tenggiri. Hehe..

Thursday, November 11, 2010

AKU COII BETUL DENGAN ADEGAN SEPERTI NI



Pada suatu malam yang indah nian, sepasang suami isteri keluar berdating kerana si isteri telah mendapat gaji pertamanya hari tersebut. Maka haruslah berjalan berjola joli berdua dulu. Huhu.


Jalan punya jalan..akhirnya sampailah mereka berdua ke sebuah kompleks membeli dan membelah yang paling gah di bandar itu. Si isteri ni dalam kepala dah macam ada senarai khas dah nak beli apa malam tu. Kalau boleh segala benda yang boleh jual hendak dibeli, tapi sebabkan belum masuk kategori shopaholik lagi, maka si isteri men decide untuk membeli sekeping dvd yang bertajuk Lagenda Budak Setan sahaja. Ceh..


Okey sambung..


Sebabkan isteri nak beli dvd, maka haruslah seret kaki dan laki masuk ke kedai yang menjual pelbagai jenis dvd. Belum sempat kaki masuk kedai, sang suami dah mula keluarkan arahan tentera beliau..


"tak payahlah beli dvd..mahal dvd kat sini. Tengok sekali je pun. "


Dalam hati si isteri...


" huh, sukati aku lah nak beli dvd ke tokey dvd ke..aku punya duit. heh. "

Berlagak di situ. Huhu.. Alang-alang dah berlagak, jadi diteruskan jugak masuk ke kedai. Suami pun kena hangkut sama. Maka suami pun pasrah je la ikut kehendak isteri terchenta katanyerrr..


Baru setapak melangkah dalam kedai dvd, si isteri terdengar ayat ini terkeluar dari mulut suami..





" dik, cerita We Are Family ada jual tak? "



Coii!









Tadi kata mahal lah rugi lah apa lah..sekali dia paling ke depan mintak dvd. Huh!


Tuesday, November 9, 2010

ADA APA DENGAN 10 HARIBULAN SEBELAS??



Sudah berapa hari aku menanti..
Lenguh sudah urat dan sendi..
Terlalu banyak dugaan dan cabaran menimpa diri..
Bayangkan...
Adakala dapatlah aku makan nasi..
Adakala hanya mampu makan megi..


Tetapi..
Malam ini..
Senyumku sudah tak boleh berhenti.
Mungkin nanti tidur pun sambil nampak gigi..
Oh tak sabarnya nak tunggu esok pagi..


Rasa macam nak amik kalkulator sekarang ni..
Berkira-kira apa nak dibuat dengan si jantung hati itu esok hari..
Yang pasti aku nak berjoli..
Memanjakan diri..hihihi.
Ops, tak lupa juga pada famili..
Jangan risau pasti ada habuan menanti.


Oh memang tak boleh tahan lagi..
Cepatlah terbit sang matahari...
Dah tak sabar rasanya hati..






NAK DAPAT GAJI!!



HOYEHHH!! ESOK GAJI!!






Nota-noti: Penulis adalah seorang guru yang baru posting. Maka harus tahu bahawa beliau sudah sebulan setengah kerja tidak bergaji. Itu sebab beliau meroyan tulis puisi syok sendiri di malam sebelum gaji. Haha!

Sunday, November 7, 2010

PERGI BUKAK ISI PERUT LAPTOP KAMU SEKARANG



Laptop aku buat hal lagi. Aku pun pelik lah, dah dekat 3 tahun aku bela laptop tu, tak de pulak masalah pape. Setakat ada menternak virus sikit-sikit tu biasalah kan. Tapi bila aku duduk di Labuan ni, asik ber problem je laptop belaan tu. Entah apa masalahnya ntahlah. *sambil menjeling tajam pada incik suami.heh*


Aku pernah bagitahu sebelum ni laptop aku telah di format, dah tu biasalah kan, laptop bila dah format memang otomatik akan jadi suci sesuci lebaran kekdahnya sampai habis hilang semua fail-fail, gambar-gambar, pendek kata hilang semualah..dah jadi sebijik macam laptop baru. Dan aku memang bengang tahap langit ke tujuh belas saat itu.


Selang beberapa minggu, si laptop ni buat hal nak hang hang pulak. Nak turn on pun berejam, nak refresh pun sama, apatah lagi nak bukak belog, bukak fesbuk segala. Sampai aku dah jarang sangat dah berinternet. Belog terabai, fesbuk pun macam hak milik orang mati gara-gara tak dijaga selalu.


Kemudian aku dah tak boleh sabar. Aku mintak incik suami pegilah hantar repair laptop tu buat sekian kalinya. Gila payah wei takleh guna laptop. Macam-macam kerja terbengkalai. Jadi incik suami pun pi la hantar repair. Lama jugak laptop aku kat sepital. Makan hari jugak lah.


Dan pagi tadi, laptop aku pulang ke rumah. Aku pun risik-risik lah apa penyakit laptop aku tu sampai asik hang jek.


Kamu tahu apa??















Hard disk laptop terbakar!!!


Terkujat aku.


Nak lebih thrill lagi??


Hard disk yang selama ini bermastautin dalam perut laptop berjenama Dell rupanya hard disk Toshiba!!


Add Image



Aku tentiba rasa nak pergi Sunway Pyramid maki-maki tokey kedai aku beli laptop dulu.


Haih!!

Friday, November 5, 2010

MARI BERGOSIP SEBAKUL DUA...*takdelah gosip pun sebenarnya*

Huh dah pukul 9.15 pagi. Cepat taip, setengah jam lagi ada kelas pulak. Oh cepat-cepat taip. Nanti tak sempat. Walaupun aku tak tahu nak taip apa, aku harus taip jugak cepat-cepat. Sudalah ini laptop pinjaman, laptop sendiri sudah masuk sepital. Sakit tak kebah lagi gamaknya. Huhu.

Omaigod! Tapi baru seperenggan dah abis 5 minit. Faster faster cikgu!

Hari ni dapat 3 slip relief class. Kalau dapat 3 slip gaji best lah jugak kan? Oh cakap pasal gaji, Insyaallah minggu depan aku akan dapat my 1st gaji as a cikgu. Happy?? Or not happy?? Oh tentulah happy suka ria kan? Dalam kepala dah berkira macam-macam nak dibuat, macam-maca nak dibayar, macam-maca nak dijoli dengan duit gaji 2 bulan itu. Weeehoo!! Ops silap...Alhamdulillah..*dengan memek muka bajet suci.haha*


Minggu ni aku memang membizi abis. Semalam mengajurkan explorace untuk pelajar tingkatan 3. Walaupun budak-budak yang berlari-lari keliling sekolah, tapi aku pelik kenapa aku yang mengah berganda. Penat seh! Baru aku tahu bukan senang nak organised explorace ni. Susah nak mati. Penat lagi. Haih!

Tadi pulak aku kena bergotong dan beroyong dengan bebudak. Dengan baju kurungnya...bayangkanlah aku mencabut rumput-rumpat yang penuh selerak kat taman nun. Terus dah tak cun dah. Pheww!! Kau kalau tak cabut rumput pun tak cun jugak Yongnana oii. Jangan nak perasan lebih. Haha!

Ohh mungkin ada yang heran, kenapa aku bekerja hari ni. Bukan ke hari ni deepavali?? Patutnya semua cuti, duduk rumah makan muruku depan TV. Tapi malang lah aku...Labuan tak amik cuti deepavali. Lagipun kat Labuan ni susah nak jumpa mereka-mereka yang smabut Deepavali. Jadi tak perlulah cuti.

Hujung minggu ni pulak aku kena ikut bebudak pergi kem ko-k di Ganggarak. Penat lah lagi nampaknya. Tapi takpelah, dah nak jadi cikgu sangat kan, kenalah bertabahkan hati. Huhu.

okeylah, nak pergi kelas dah. Sebelum pergi kelas, muka kena set bagi menyinga dulu.


Grrrrr...


Okey daa!

Tuesday, November 2, 2010

AKU SEPASANG KASUT, KAU SEHELAI SELUAR.

Ini adalah rentetan daripada entri sebelum ini. Siapa yang belum baca bolehlah skrol down. Kalau malas, tak payah. Sambung je baca entri ni. Huhu.

Semalam aku dok membebel bersungut menyungut tentang camnelah kekdahnya nak bagi suami makan dengan cara yang paling efisyen lagi efektif sekali. Sebabnya perut kami laki bini dah melantun-lantun kembungnya. Terlebih kasih sayang mungkin. Dan aku dapat beberapa feedback dari kamu-kamu yang baik hati ni. Wahh..memang banyak tips. Terima kasih daun kayu. Insyaallah aku akan eksperimen satu persatu. Huhu.

Tapi dalam aku dok sibuk-sibuk bebel di belog ni rupanya memberi kesan pada incik suami tanpa sedar. Pasai apa? Pasai semalam tengah syok-syok kami berdua tengok tv, tetiba incik suami bersuara..




" Ayang, ayang dapat gaji nanti belikanlah abang seluar track selai. Cap Cheetah punya. "



Uiiiikk?!

Incik suami minta seluar track bottom? Hmm..memang selama ni aku tak pernah nampak selai pun seluar track beliau berlipat dalam almari. Mungkin betul beliau mahukan seluar track hanya semata-mata beliau takde seluar track dalam koleksi. Jadi aku pun...okey. Setakat seluar track berapa hengget la sangat kan. Huhu.


Lepas tu......beliau bersuara lagi.



" Ayang pun belilah kasut sukan. Beli cap Adidas. "



Uiiiik lagi aku.


Aku pulak kena beli kasut sukan. Tadi beliau nak seluar track, sekarang disuruh aku beli kasut sukan. Siap letak jenama lagi. Adidas pulak tu. Kalau agak tak mampu, Adibas pun boleh lah. Haha. Tapi apsal la incik suami tetiba pelik gini?? Beliau mahu seluar track, aku kena beli kasut sukan.


Agak-agak kamu, kenapa ya? Ada klu tak di situ??



Heh!

Monday, November 1, 2010

PERUT BELIAU SUDAH BULAT MACAM BULAN

Dah dekat sebulan aku tinggal di Labuan ni. Makna kata hampir sebulan jugak aku duduk bawah ketiak incik suamiku.huhu. Best tau duduk bawah ketiak suami ni, aromanya...awww. Boleh lah kita buat drama di bawah ketiak suami pulak nanti. Haha. Ada yang muntah bluwek-bluwek pulak pagi ni nanti. Haha. Ada aku kesah?? *agak kurang ajar kau jah*

So selama sebulan ni gigih la aku bagi laki aku makan. Asal beliau balik keje je, makan. Kalau hari beliau off, lagilah..makan makan makan. Pastu tido tergolek laki bini. Sampailah pada suatu hari incik suami bersuara begini..


" kawan abang kata abang dah gemuklah. Kena diet la gini.huhu "


See..see?

Dapat aduan tergempar tiba-tiba. Rasa macam bersalah pulak. Tapi memang betul, perut beliau dah semakin maju ke depan. Sikit lagi boleh dapat pingat PJK *Perut Jalan Ke depan*. Ini kira nasib baik jugak lah rumah aku ni takde mesin penimbang berat. Kalau ada, tak berani aku nak tengok angkanya. Aku tak tahulah berapa kilo dah berat incik suami naik. Mahu seploh kilo apa? Aiyakkk!!

Berat aku??

Oh berat aku tak yah dihitung lah. Tak cukup jari kaki tangan nak kira nanti. Haha. Tapi yang pastinya badan aku pun dah makin menunjukkan perkembangan. Kalau kembang berisi takpelah jugak, ini kembang saja-saja. Takde pekdahnya. Huh!


Jadi aku pun mulalah berpikir-pikir untuk catu makanan kami laki bini. Makan nasik sekali sehari je cukup. Dan no tambah-tambah nasik. Laki aku tu makan tak pernah tak bertambah sampai aku pun kadang tersampuk makan bertambah dua pinggan. Haha.


Kamu-kamu yang cemerlang terbilang gemilang menjaga suami masing-masing ni ada tips tak? Camne cara nak bagi laki kenyang makan, tapi perut maintain bujang. Ada? Share lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...