MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Gambar Kenduri Aqiqah Aidi Lagi.

Semalam sempat tepek sekeping je gambar dari OP Aqiqah Aidi. Hari ni aku bagi lagi berkeping-keping. Tapi semua pun aku curik dari fesbuk OP.. Bukan apa, semua album gambar, cd, semua tu ada kat Ampang, tak tahulah siapa yang sudi nak poskan album tu ke Labuan ni. Kesian kat aku..masih tak dapat tengok full gambar. Nasib baik OP upload banyak jugak gambar kat fesbuk beliau. Merasalah jugak.

Jadi hari ni aku tepek lah semua gambar yang ada kat fesbuk tu. Ini je lah yang mampu.

Gambar pun adalah tidak mengikut turutan. Tak kuasa aku nak susun-susun bagai. Mak sibuk nak...hehe.


Okeylah..layanlah gambar Aidi ni.


Aku nak cau cin cau pergi kelas. Hari ni nak ngajar bebudak buat karangan. Esok-esok depa boleh bukak belog sendiri. Mengarang ntah hapa-hapa macam aku. Haha!


Okey Daa!!



























Thursday, March 29, 2012

Sangat Manis




Baru dapat gambar-gambar kenduri aqiqah Aidi. From Sam Festo


Antara gambar yang paling sweet bagi aku.


Heh.


1 dulu okey?


=)

Wednesday, March 28, 2012

Nak Tulis Tajuk Pun Penat.

Semalam husband kerja malam, jadi aku tinggallah berdua dengan Aidi. Aku ni semalam punyalah letih tahap dewa 19 gamaknya. Letih sesangat. Rasanya sejak dari 1st day aku naik kerja sampailah hari ni tak pernah lagi aku balik sekolah ngam-ngam pukul 2. Mesti balik lambat punya. Paling cepat boleh amik Aidi pukul 4 petang. Selalunya pukul 5 baru dapat tengok muka anak.

Balik rumah pulak nak mesra-mesra dengan anak dulu. Yela...rindu kan? Main dengan Aidi sampailah budak tu tido then barulah boleh pikir nak mandi, nak kemas rumah, nak masak, nak basuh baju segala. Semua tu kena buat dalam masa Aidi tido. Bila dia dah jaga...nak kena kepit dengan dia je nanti. Manja!


Aidi ni kan..pandai berlakon tau. Bila kat rumah Mak Long dia, uiiiii kemain behave lagi. Letak je dia atas tilam, pandai lah dia membawak diri sendiri. Dia main golek-golek, dia main hisap jari, main nyanyi-nyayi, sembang sorang-sorang, bila penat dia tido je sendiri. Senang.


Bila balik rumah sendiri...hamboiiiii..ngengadanyaaaa.


Letak je atas tilam...ek ek ek ek. Berbunyi.

Mama jauh sikit dari pandangan mata dia..hek hek hek...berbunyi lagi.


Kalau mama masuk bilik air nak mandi ke hapa..lagilah, kuat dia meraung. Pernah sekali aku sampai kena mandi dengan pintu bilik air terbukak semata-mata nak bagi Aidi nampak aku ada kat bilik air tu. Dia bukan boleh, perasan mama takde je mulalah...rakam lagu. Heh.


Semalam..sebelum tido, sempatlah main-main dengan Aidi. Dudukkan Aidi atas perut aku sambil aku baring atas sofa. Main agah-agah.


Tentiba Aid buat reaksi terkejut bila dia nampak kaki dia. Sebelum ni dia asik ralit tenung tangan je,agaknya baru perasan dia ada kaki gamaknya. Ralit dia tenung kaki dia.


Dalam posisi dia duduk tu, gigih dia tundukkan kepala..







Nak capai kaki nak masuk dalam mulut.









Nasib baik tak berjaya.



Miahahah!

Sunday, March 25, 2012

Ikan Bawal Katanyaaa...

Ini kejadian baru je berlaku kejap tadi. Tengah nonton TV dengan incik suami. Aidi tido, jadi masa berkualiti berdua-duaan gini tak harus dilepaskan. Ceaa.. Tengah tengok TV, terbukak chanel berapa ntah..rancangan Saffiya. Ada model tengah demo cara nak pakai shawl.


Aku : Kite kalau pakai tudung belit-belit cenggini memang habis Aidi tarik jek.

Suami : Hurmmm..


Aku : Kalau abang..abang suka kite pakai tudung style macam mana?


Suami : Tudung Ana Rafali.

Aku : Hah?? Ana Rafali?


Suami : Eh silap..bukan Ana Rafali. Tudung Najwa Latip.

Waahhhh...kemain kau nak aku pakai tudung bebudak remaja kalut dok pakai sekarang. Tudung najwa latip dia mintak.

Tapi memang beberapa hari lepas aku ada pakai tudung bawal. Lama sangat rasa tak pakai tudung bawal, jadi improvised sikit bagi ada kelainan sikit. Sempaaat ye nak kelainan bagai. Haha. Incik suami panggil style aku pakai tu style najwa latip. Ok fine.

Sambung borak..


Aku : Ohhh kalau nak kite pakai tudung cenggitu, kena belikan kite tudung bawal banyak-banyak lah. Tudung bawal kite semua dah tinggal kat Ampang. Ada selai tu je la yang ada kat sini pun.


Suami : *diam*


Aku : Abang tau ke tudung bawal tu macam mana?


Suami : Tau. *konfiden okey nada suara*


Aku : Macam mana??

Suami : Ala..yang BENTUK MACAM IKAN BAWAL tu...




Erk??!

Hapa pun tak boleh!

Saturday, March 24, 2012

Nak Jawab Pertanyaan Tentang Evamatic Mat

Assalamualaikum.


Aih, sopannya pembuka entri hari ni. Heh.


Ni..berkenaan dengan tikar evamatic yang aku pum pang dalam entri sebelum ni tu, ramai jugak yang mintak nak order, nak mintak kirim.


Tapi aku mintak maaf awal-awal. Aku tak dapat nak tolong.


Bukan apa...tempat yang aku kata jual tikar murah tu di Tawau, Sabah. Aku pulak sekarang ni di Labuan. Jauh Labuan dengan Tawau tu lebih kurang macam KL nak ke Perlis ada kot. Ke jauh lagi. Tapi memang jauh.


Pastu member sekolah yang bagitahu kata kat kampung dia (Tawau) jual eva mat murah tu sama macam aku jugaklah, mengajar kat Labuan. Sekali sekala je balik kampung.


Jadi memang susahlah kalau nak mintak tolong dia belikan tikar tu banyak-banyak untuk dijual semula. Nak suruh aku bisnes memang takdelah..kerja cikgu yang ada ni pun macam tak cukup 24 jam. Mana nak jaga Aidi lagi..nak jaga laki lagi?? Huhuhu...tunggu pencen bolehlah berbisnes. Hehe.


Jadi aku mohon ampun dan maaf banyak-banyak. Bukan korang je frust tak dapat beli eva mat dengan harga RM19. Aku pun tak dapat jugak. Muahahah!! Sebab aku dah order and bayar eva mat harga RM45 dari KL, then baru member ni bagitau kat kampung dia jual eva mat harga RM19. Tapi kalau aku nak order yang RM19 tu pun bukan boleh pun...member dah ada kat sini, kerja. Tunggu dia balik kampung la kalau nak order pun.


Jadi kesimpulannya...aku pun frust beli eva mat harga berganda mahal dari yang dijual di Tawau. Huhu.


Tapi kalau ada reader blog ni orang Tawau atau orang Sabah Sarawak yang boleh beli eva mat harga murah, and nak bisnes...bolehlah laungkan di kotak komen. Mesti ramai yang nak order. Aku pun nak order. Hehe.


Jadi maaf ye kawan-kawan.


Harap semuanya memahami.

=)

Friday, March 23, 2012

Ingatkan Dah Murah.....

Jumaat datang lagi!!

Yeay!!

Bila Jumaat je mesti seronok lebih. Beza sangat dengan hari Isnin. Kaaannn??


Tak sabar nak weekend. Nak hibernate. Letih sepanjang minggu. Tapi esok pun kena sekolah jugak, ada kelas tambahan KH. Pastu kat bandar ada aktiviti untuk Kelab Pengguna sekolah-sekolah di Labuan pulak. Tahun ni dah naik pangkat jadi ketua guru penasihat Kelab Pengguna, jadi kau sila attend itu aktiviti. Ohh letih-letih lah lagi.


Minggu ni Aidi macam dah sikit terabai. Kesiannya anak mama. Pagi-pagi hantar Aidi ke rumah mak long, sayu je rupa dia. Macam tahu je mama nak tinggalkan dia. Bila petang datang amik...wahhh, kemain tersengih nampak muka mama ni ha. Pastu mulut tak reti diam. Ajak mamanya berborak. Maklumlah..sepanjang hari kena tinggal, banyak nak cerita. Heh.


Ni pun tengah pikir-pikir, balik ni nanti nak terus amik Aidi ke atau aku nak balik rumah kemas-kemas rumah dulu. Rumah dah macam rumah spiderman dah aku tengok. Berabuk bersawang sana sini. Tak baik untuk Aidi.


Rumah aku memang pesen cepat betul naik habuk. Rumah tingkat paling bawah, tepi jalan pulak tu, memang merasalah makan habuk setiap hari.


Baru ni dah order tikar evamatic untuk bentang kat hall rumah and bilik Aidi. Eva mat ni lebih senang nak jaga dari guna karpet. Jenuh nak vakum tiap hari.


Beli corak macam ni untuk playroom Aidi. Dengan harapan AIdi cepat hafal ABC. haha.


Aku beli tikar ni regenya RM45 sekeping. Ingat murah dah la tu.


Sekali ada sorang cikgu sekolah bagitau yang dia beli tikar ni kat kg dia kat Tawau nun rege RM19 sajork.

Ye RM19!!


Coi!!


Kalau aku tau..aku kirim je masa cuti sekolah baru ni. Bayar RM30 pun takpe. Masih murah.


Haishh!!

Thursday, March 22, 2012

Terima Kasih Aidi.

Selalu kita dengar seorang ibu boleh baca isi hati anaknya. Kan?

Mak aku pun terer bab bab baca isi perut anak ni, kadang tak payah cakap pun dia dah tau dah. Ingat lagi dulu masa sekolah teknik duduk asrama, henfon manalah nak glamer lagi tahun 2001 dulu, jadi susah nak contact. Tapi hati dok teringin nau makan KFC *tak habis-habis KFC*. Tup-tup mak datang melawat bawak seplastik KFC. Sumpah gembira masa tu.


Itu cerita mak yang superb baca hati anak.


Semalam, macam berlaku kes anak pandai baca isi perut mak.


Aku memang serius penat sangat semalam. Minggu ni setiap hari aku kena balik lambat sebab sibuk nak training budak pantun. Pesta Pantun minggu depan dengan sekolah aku jadi tuan rumah. Memang berdabel bizinya. Tambah pulak semalam ada aktiviti ko-kurikulum..triple letihnya. Jadi keluar pintu pagar sekolah tengok jam dah dekat pukul 5 petang. Sekolah pun dah sunyi dah time tu.

Balik sekolah, terus amik Aidi.


Sampai rumah aku terus pass Aidi kat abahnya. Aku dah kong sangat dah ni. Nak lelap kejap. Jaga-jaga dah pukul 6. Nak maghrib dah kat Labuan ni.


"Abang dah tidokan Aidi, ada atas katil. Abang pergi kerja dulu k."


Ohh incik suami kena kerja malam. Lupa pulak aku. Jadi berdua je la aku dengan Aidi malamnya. Mesti letih sebab assistant dah takde.


Sementara Aidi tido aku mandi, kemas-kemas rumah, makan semua dulu. Nanti Aidi bangun memang tak jadi kerja.


Sampai jam 7.30 Aidi tak bangun lagi. Dekat pukul 8 baru dia terjaga.


Mintak susu.


Aku bagi susu...kendian dia terlena balik.


Aik?? Tido balik??


Aku pun apalagi. Mata dah memang ngantuk, badan penat. Jadi amik kesempatan tido sama-sama Aidi. Kunci jam pukul 9 konon nak tengok On Air.


Sekali bila terjaga....


12.30 malam!!

Tengok sebelah..eh Aidi pun sama terjaga.


Kedaung dua beranak.


Aidi jaga..nak susu lagi. Bagi susu, tukar pampers. Kendian...


Dia tido balik.


Hahaha!!


Aku pun apa lagi kan?


Sambunglah tido balik....tido sampai pagi.


Tentiba terpikir..gamaknya Aidi tahu yang mamanya letih. Jadi dia pun sama buat-buat letih dan tido memanjang sepanjang malam.


Kalau dia berjaga...nanti mama mesti penat nak layan dia main, layan dia sembang, layan dia meraung, layan cubaan-cubaan meniarap terlentang dia segala.


Gamaknya mungkin betul, Aidi boleh baca isi hati aku.


Terima kasih Aidi anak mama kerana bagi mama tido 9 jam malam tadi.


Legaaaa...

Wednesday, March 21, 2012

Al Kopak Al Koyak

Semalam, lepas habis handle budak pantun, terus zass balik rumah. Rindu Aidi katanya. Ke rindu bapaknya tak tahulah.ekekeke. On the way nak balik boleh pulak kena tahan dengan JPJ.


Phewww!!


1st time ni aku kena tahan dengan JPJ.


Eh bukanlah kena tahan pun, tapi sebab JPJ buat roadblock..pastu dia memang akan tahan semua kete supaya benti sebab dia nak check lesen, check road tax segala.


Bila aku sampai je depan abang JPJ tu, bukak cermin kete..lempar senyuman semanis mungkin.


" mintak lesen"

Katanyaa..


Fuh, nasib baik aku teringat nak renew lesen sebelum balik Labuan aritu sebab lesen aku mati time aku cuti bersalin tu. Nasib baik nasib baik..lega.


" road tax mati bila?"

Katanya lagi.


Adeh..sendiri tengoklah kat cermin tu bila matinya. Lagi nak tanya-tanya. Heh, cakap dalam hati je la kan..berani nak cakap cenggitu depan JPJ??


Tentiba aku terpandang ada sorang lagi mamat JPJ ni dok tekap-tekap tangan kat sticker road tax sambil letak muka kemain rapat dengan cermin. Ala..buat gaya macam kita nak intai sesuatu melalui cermin tu.


Apahal pulak tu kan??


Pastu abang JPJ tu tanya lagi sekali..bila road tax mati?


Aku jawab la tak pasti. Boleh?? Haha.


Dia tanya lagi...ada simpan tak slip road tax tu?


Adeh..slip apa pulak ni kan? "Entahlah..saya tak ingat pulak letak kat mana."


Begitu aku jawab. Kau berani nak jawab gitu kat JPJ? Haha!


Agaknya JPJ tu dah malas nak layan driver sengal macma aku ni semua benda tak tahu kan..last last dia lepaskan je aku.


Sambil drive tu otak ligat-ligat pikir, bila road tax mati eh? Sebab kat sticker road tax kat cermin tu takde tulis expired date. Pelik pulak aku.


Balik-balik check surat-surat yang tak terbukak, tak terbaca lagi..rupanya ada reminder notice dari syarikat insurans kete aku.


Rupanya road tax mati 23hb ni!!


Pheww!! Tak berapa hari je lagi ni.


Nak renew insurans, nak renew road tax bukan sikit-sikit pakai duit ni.


Mahu koyak setengah bulan gaji jugak ni.


Jadi dengan ini diisytiharkan bulan April adalah bulan berjimat cermat. Sila makan ikan bilis setiap hari.


Huhu..

Tuesday, March 20, 2012

Ada Benda Nak Bisik Ni..

Hari ni bizi. Balik lambat lagi nampaknya hari ni sebab aku terlibat dengan pemilihan peserta pesta pantun. Wahhh cikgu pantun dah kau sekaraang ye. Haha.

Bizi bizi jugak,

Tapi nak bagitau satu benda ni jugak.

Hari ni kan genap usia Aidi 100 hari.

Makna kata hari ni tamatlah pantang 100 hari aku.

Muahahahah! Gelak jahat!

Masalahnya aku berpantang ke?

Gelak lagi..Muahahahah!




Err, tentiba rasa nak tukar cadar barulah hari ni.


Eh?

Monday, March 19, 2012

Welkam Bek To Skool Bebeh!!

Fuh fuh fuh amik nafas..fuh fuh fuh.


Gila semput aku arini.


1st day naik keje selepas 4 bulan setengah berehat goyang kaki makan gaji free memang amat tidak best. Sumpah aku macam cikgu yang baru laor diri arini.

Orang lain buku rekod mengajar dah separuh habis, aku baru nak request buku dari kakak kerani. Baru hegeh-hegeh nak tulis nama kat muka depan buku. Heh.


Pastu kocoh-kocoh pulak cari ketua panitia nak mintak rancangan mengajar tahunan la, buku teks la, buku rujukan la segala.

Pastu nak kena kejar-kejar masuk kelas pulak. Kelas adalah 7 waktu je harini. Gila! Tahun lepas maksimum aku sehari 6 waktu je. Kali ni kena 7 waktu. Isnin pulak tu..memaaaanggg Monday Blues.





Tapi yang bestnya hari ni macam retis la sikit sebab ramai yang tegur. Maklumlah..cikgu baru.hehe.

Anak murid jangan cakaplah.

Yang datang jumpa merayu-rayu mintak aku ajar diorang lagi tahun ni pun ada.

Yang datang jumpa nak dabel confirm betul ke aku ngajar diorang lagi tahun ni pun ye jugak. Bila aku angguk kepala..kemain Yeay mereka-mereka itu. Comel. Hehe.


Tapi yang muka muka "aishh, cikgu ni ajar aku lagi ke tahun ni? Spoil betol!!". Pun ada jugak. Haha..Ada aku kesah?? Haha!

Tapi bila masuk kelas form 1, haruslah aku berlakon jadi mak rimau arini. 1st time masuk kelas jumpa budak-budak baru memang takleh buat muka mesra. Teruk aku kena pijak nanti. Jadi muka haruslah garang. Kalau boleh tiru muka hulk, ha tirulah.


Aku dah rindu kat Aidi dah sebenarnya ni, padahal baru berapa jam berpisah. Rindu dah ha. Sampai dalam kelas pun kalau boleh nak mengajar tajuk " Anakku Aidi". Boleh??


Sudahlah petang ni ada meeting. Mahu pukul 5 baru meeting habis. Adoilah..1st day ni pulak lah nak ada meeting bagai. Sabarlah menanti wahai anakku. Huhu.


Eh, sebenarnya aku masih dalam keterkejutan ni.

Tengah aku mengadap nasik makan tengah hari jap tadi kan, ada sorang anak murid aku ni..namanya Abdah...datang ke tempat aku sambil bawak secawan air nescafe instant punya. Wahh..sekolah aku sekarang dah ada vending machine jual air nescafe, air milo etc yang dalam papercup tu tau. Canggih betul. Eh bukan nak cerita pasal vending machine tu..nak cerita ni..anak murid aku tu datang bawak secawan nescafe..




Sambil bgi dialog begini.


"Cikgu..sudikah cikgu terima air nescafe ni. Saya nak bagi cikgu sebab saya nak mintak maaf sebab saya selalu nakal dalam kelas."


Errr.....


Incik suami pun tak pernah buat surprise macam ni kat aku.


=)

Sunday, March 18, 2012

Maternity Leave Sudah Tamat.

Maternity leave sudah sampai ke penghujungnya.

Sob sob sob..

Sebenarnya dah habis dah pun cuti bersalin 3 bulan, tapi bertuahnya sebab cuti bersalin tamat masa cuti sekolah, jadi sambunglah cuti lagi.

Dulu ingat kalau bersalin hujung tahun rugi..sebab cuti bersalin bertindih dengan cuti sekolah. Jadi rugilah. Tapi rupa-rupanya untung jugak. Orang lain cuti bersalin 3 bulan, aku cuti bersalin 4 bulan setengah. Heaven betul! Kenapa 4 bulan setengah? Adeh..malaslah nak explain. Huhu.


Jadi maknanya esok bermulalah kembali tugas aku sebagai seorang guru bitara. Rasa macam cikgu baru nak lapor diri pun ye jugak sebab dah lama benau tak ke sekolah. Silap-silap nak buat rancangan mengajar pun aku lupa dah.


Paling buat aku neves ni...sekolah aku sekarang ada pengetua baru. Uiiii..neves den. Penolong kanan semua pun dah tukar orang. Lagi berdabel la aku punya neves nak masuk sekolah esok.


Esok seawal jam 6 pagi aku dah kena hantar Aidi ke rumah Pak Long dia. Aidi akan dijaga oleh mak long dia sepanjang aku kat sekolah. Sebabkan mak sedara sendiri yang jaga Aidi, maka aku adalah tidak risau sangat. Masa try tinggalkan Aidi kat rumah mak longnya jumaat lepas pun nampaknya mereka berdua serasi. Ada chemistry gitu. Wahhh!


Jadi malam ni, harus tido awal. Aidi memang dah masuk tido awal sekarang. Pukul 9 dia dah lena dah sampai ke pagi.


Harap esok, dapat bangun awal..dengan semangat baru sebagai seorang cikgu.


Chaiyok! Chaiyok!







Errr..tapi kuat ke aku nak berjauhan dengan Aidi selama setengah hari??


Ohh...mama miss u Aidi.


Saturday, March 17, 2012

Keguguran

Aku keguguran....sob sob sob.


Keguguran rambut. sob sob sob lagi sekali.


Bukan sebelum sebelum ni tak pernah keguguran rambut. Selalu sangat dah. Tapi kali ni punya keguguran memang boleh bikin aku seriau.


Dulu-dulu kalau sikat rambut guna sikat baru boleh nampak ada helai-helai rambut yang gugur. Sekarang ni???


Guna jari pun boleeehhhhhhh.






Gila.


Aku sikat rambut guna jari pun berpuluh-puluh helai rambut tertanggal dari kulit kepala. Itu belum sikat guna sikat rambut lagi. Lagilah berlambak rambut gugur. Eh nak lagi banyak cubalah mandi basahkan rambut..perghhh, lagi meriah rambut aku berguguran di lantai bilik air nun. Gila banyak rambut gugur.






Lantai rumah jangan cakaplah...dah macam hiasan lantai dah. Kadang rambut aku jadi bahan mainan Aidi je. Dia buat main-main kat jari, gamaknya pernah kot rambut aku masuk dalam mulut dia.


Memang selalu aku dengar orang kata kalau kita ada baby, rambut memang akan gugur. Orang tua-tua kata bila baby kita start main air liur dan menyembur-nyembur gitu..ha memang gugurlah rambut mak dia. Rambut gugur sebab baby sembur katanya.


Tapi dalam majalah Pa & Ma keluaran Jan ke Feb aku tak pasti, pun ada artikel tentang keguguran rambut bagi ibu-ibu lepas bersalin. Itu memang normal. Biasanya rambut akan terus gugur sampai baby umur 1 tahun.

Perghh!!

1 tahun???


Mahu botak kepala aku cenggini.


Incik suami dah bagi greenlight untuk aku potong rambut bagi pendek.


Gamaknya dia pun tak tahan dah bila setiap kali tido mimpi makan mee. Bila celik mata rupanya makan rambut aku.


Muahahah!!

Thursday, March 15, 2012

Cerita Majlis Aqiqah Aidi

Nak pahat memori kenduri aqiqah dan cukur jambul Aidi lah hari ni. Cerita pun dah berkurun lama..baru nak hapdet. Coi sangat.


Alhamdulillah...kenduri aqiqah Aidi selamat diadakan pada 3 Mac lepas. Aku aqiqahkan sekor kambing je untuk kenduri tu. Boleh jugak kan? Cuma digalakkan sembelih 2 ekor untuk anak lelaki. Takpelah, insyaallah sekor lagi aku dan incik suami akan sumbang duit je kat mana-mana badan yang ada derma daging aqiqah ke mana-mana fakir miskin. Memang trend sekarang orang buat cenggitu. Sembelih sekor je..sekor lagi kita bayar duit ikut harga kambing tu jek and buat akad aqiqah. Nanti pandailah badan tu sembelihkan kambing and sedekahkan kat fakir miskin.


Dua hari sebelum kenduri, orang pelamin buai dah datang pasang pelaminnya. Aku biarkan je diorang buat keje. Sekali-sekali aku datang la jenguk. Tapi memang takde apalah yang aku komplen ke apa ke. Maklumlah berbudi bahasa...ahaks!







Bila diorang dah balik, baru aku rasa macam ada yang kureng. Tapi takpelah, esok je lah betulkan. Aku nak testing letak 'pengantin' dulu dalam endoi tu. Tengok dia serasi ke tidak.





Tengok tu..


Kemain lagi kamu ye Aidi. Baring siap angkat-angkat kaki. Nasib baik bersandingnya nanti sesorang. Kalau ada pengantin perempuan..memang larilah budak tu tengok gaya kamu. Haha.


Sehari sebelum majlis, keadaan dah jadi kelam kabut sikit. Biasalah nak kenduri. Time tu lah baru nak perasan tikar takde lagi, baru nak sedar eh eh kain langsir tak cukup helai, kain langsir tak matching dengan kaler tema la apa lah. Memang kelam kabut. Aku mmang dah feeling macam nak buat keduri kawen Aidi je time tu. Bizinya boleh tahan.

Itu nasib baik kami decide takmau masak sendiri.Semua order pakai katering jek. Sampai ke makanan breakfast nasik lemak kuih muih segala pun pakai order jek. Yang masak sendiri cumalah pulut kuning and rendang ayam sajork. Cukup. Malas nak renyah-renyah. Doorgift pun pakai tempah jek. Tempah dari orang pelamin tu jugak. Jadi takde kalut nak pikir-pikir doorgift dah. Tinggal nak masukkan bendanya dalam beg jek.





















Malam sebelum kenduri tu orang datang pasang khemah. Gambar takdelah aku amik sebab time tu pun dah pukul 12 lebih. Gelap lagi kat luar tu, hujan lagi, jadi malaslah nak gambar-gambar. Janji khemah dan kerusi meja selamat pasang cukuplah.


Malam sebelum nak kenduri tu jugak si pengantin ni mata tentiba tak boleh nak lelap. Selalu tu jam 11 dia dah lena dah. Ini sampai orang khemah dah balik pun dia tak tido lagi. Nampau nau kamu neves Aidi oiii. Haha.


Esoknya pagi kenduri, mulalah mengantuk segala. Sementara tunggu orang marhaban datang, Aidi bantai tido dulu. Nak charge bateri katanya. Huhu





Majlis berjalan ikut apa yang dirancang.


Dimulakan dengan marhaban dan cukur jambul.







Aidi memang takdenya tido sepanjang orang marhaban ni. Dia duduk diam je dalam buai sambil bersembang dengan bunga-bunga yang ada keliling.



Bila tentiba kepala dia teringat kat susu dia..ha mulalah drama dia. Nak susu.


Terpaksalah aku sumbat susu dulu ke mulut dia. Dah dapat susu baru tertido lena. Haiii la anak.





Lepas dah habis cukur jambul semua..mulalah acara jamuan makan. Kambing aqiqah tu pihak katerer buat kambing golek siap ada mushroom sup dengan garlic bread. Pastu ada jugaklah nasik and lauk pauk.


Antara tetamu yang hadir..





Tetamu yang dijemput takde ramai pun, dalam 100 orang. Ramai ke tak ramai ke yang penting Aidi dah selamat diaqiqahkan. Alhamdulillah.


Sekarang ni tak sabar nak tunggu gambar dari OP. OP gigih bebenau. Sabar je dia tunggu Aidi bagi posing maut.





Tau je lah..bekerja dengan baby tak semudah bekerja dengan kita yang dewasa ni. Baby lagi banyak kerenahnya. Kejap-kejap susu..kejap-kejap susu. Cabaraannnn..





Aidi pulak setelah setengah hari suntuk jadi pengantin, memang letih. Kesian Aidi. Baju sampai 4 persalinan dia pakai.

1 baju sebelum majlis.

1 baju melayu.

1 baju ganti..tukar sebab Aidi dah kepanasan.

1 lagi baju ganti sebab baju habis kena Aidi punya yayak. Euuuuuwww!!!


Sehari lepas majlis, Pak Nyah Aidi dah botakkan kepala Aidi. Tapi guna gunting je. Belum cukur bagi licin lagi. Sengaja ditinggalkan sikit rambut Aidi nak bagi abahnya pulak cukurkan bagi licin. Maklumlah..abahnya tak dapat balik join majlis aqiqah aritu, jadi dapat peluang cukurkan kepala anak pun cukuplah kan.






Shaver dah beli 2 paket dah.


Bila nak cukurnya entahlah..abah asik membizi ajek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...