Entri ini rentetan dari entri
ini. *siapa belum baca sila baca. Kalau tak mau, sudah.*
************************************************************************
" Cikgu dah beli dah segala langsir, alas meja, alas notis board semua untuk kelas kamu ni. Jadi bila kita nak pasang semua tu??"
" Hari ni cikgu!!"
" Waktu rehat nanti cikgu!!"
" Sekarang pun boleh cikgu!!"
Ahhh sudah..teruja lebih nampaknya bebudak ni dengar aku dah beli kain langsir segala.
"Okey okey...kita akan pasang langsir, alas meja, alas notis board segala ni semua esok. Esok kan cuti Maulud Nabi, jadi siapa yang tinggal dekat-dekat dengan sekolah ni boleh lah datang esok."
" Okeyyy cikgu!!"
***********************************************************************************
Esoknya...tepat jam 8 pagi, aku dah terpacak di sekolah yang sunyi sepi sebab semua orang bercuti. Aku je yang hegeh-hegeh baru nak decorate kelas. Padan muka!
Tak lama lepas tu...terpacak pulak dua orang budak lelaki depan aku.
Alhamdulillah..ada jugak yang datang. Harap-harap kejap lagi muncul la lima nam orang lagi. Lagi ramai lagi bagus, cepat siap kerjanya.
Tapi.....
Huh nan ado!
Bengang pulak aku. Semalam kemain berderet angkat tangan tanda boleh datang. Tup tup hari ni, jangan kata batang hidung..selai rambut diorang pun aku tak nampak. Huh!
Tapi takpe..berbekalkan kederat dua orang anak murid yang sangat dedikasi itu...misi harus diteruskan.
Sorang setelkan hal alas meja. Gigihlah beliau mengalas 30 biji meja tu seekor diri.
Yang sorang lagi komited sungguh memasang langsir *guna stapler sajork..mudah dan cepat.hehe*. Dah siap langsir, beliau pasang alas pada notis board depan dan belakang kelas pulak. Huh memang mengah aku tengok.
Aku??
Aku macam biasalah..kata cikgu..jadi pemantau ala-ala nazir sekolah tu sudah lah. Haha..Takdelah, aku pun sama naik jugak memanjat menstapler, memaku tekan segala. Sampailah tetiba rasa macam tak cukup tenaga buruh...uiii penat woo nak setel semua denga kederat dua orang budak lelaki 13 tahun dan seorang guru cun lagi comel berusia dua kali ganda. Ish...memang tak cukup. Jadi terus aku roger-roger hero poojaan yang sedang bersenang lenang kat rumah tu.
"Hello abanggggg...muleh tak abang datang sekolah tolong kitorang decorate kelas ni. Budak ada dua ketul je bangg..sian kat kami. Errr...datang nanti bawakkan makanan sekali ye..kalau tak dapat nasik lemak, kepsi pun jadilah..hihihi"
Paling tak percaya...beliau sungguh-sungguh datang! Sungguh-sungguh bawak makanan jugak tu. Tapi bukan kepsi la..cuma kuew teow goreng bertatahkan telur mata kerbau. Jadilaa...dari takde langsung. Huh.
Jadi mehla kita tengok gambar kelas aku yang dah di decorate ala-ala rancangan ANDA ADA 60 SAAT sebab semuanya dibuat dengan pantas dan tangkas. Kekemasan tidak lagi diambil kira. Hahaha.
Sila angkat kerusi letak atas meja..cikgu nak sapu kelas sekarang
Sekeping carta harga RM8..kalau dah 12 subjek?? Tak ke sejuta??? Huh.
Board depan kelas menggunakan carta beli saja. Cepat Mudah dan Mahal. Haha.
Board depan kelas belah kanan pulak..jadual waktu dan jadual bertugas adalah hasil kekretipan cikgu kelas yang sungguh bitara. Pheww!
Gambar paling menyentuh hati...
Incik suami yang keletihan dan kemengahan membanting tulang mendecorate kelas yang mungkin tak pernah dibuat seumur hidup beliau. Hahaha. Tenkiu laling!!
Gambar paling ralat....
Tiada gambar dua orang budak yang sangat berdedikasi dan bermamakasi menghias kelas mereka. Huh..ralat sungguh!
Sekian laporan dari bilik berita.