MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2015

Tips Handle Anak dan Gajet


Hari ni aku terpanggil nak share pendapat aku tentang tajuk kat atas nun.

Gadget vs childhood

Ketara sangat kan, kanak kanak zaman sekarang zaman kanak kanak mereka tak seriang childhood kita dulu. Dulu kita seronok main memacam permainan, konda kondi la, rounders (dulu sebut rondes), layang layang, main kad tepuk tepuk,main patung kertas, baling selipar/tin, eh banyaklah lagi. Habis 1 entri kalau sebut semua.

Bebudak zaman sekarang main apa??

1. Tab
2. Phone mama
3. Phone abah
4. Tab
5. Phone mama
6. Phone abah

Ulang ulang itu je lah.

Ini secara general je lah, pemerhatian aku sendiri. Anak aku sendiri tak terkecuali.

Adelea setakat umur 1y 9m ni, dia belum lagi menunjukkan minat terhadap gajet. Passion dia hanya pada upin ipin dan susu.😂😂

Tapi Aidi...jangan cakaplah. Pantang dibagi chance, memang tak lepas.

Aku ngaku, aku memang ada allowed aidi bukak youtube guna phone aku, dia nak tengok ultraman, tak pun upin, tak pun pocoyo. Kadang aku perasan dia bukak lagu lagu kanak kanak ke apa. Tapi youtube je la, games memang a big no kecuali games bentuk education macam puzzle, alphabet quiz gitu. Memang ada aku bagi, TAPI UNDER CONTROL.

Aku punya konsep, jangan sekat sangat anak dari explore teknologi. Ini memang zaman diorang, zaman teknologi. Aku kena dedahkan. Rasa macam tak patut pulak kalau kita sengaja biar anak ketinggalan. Kita pun tau teknologi ada banyak kebaikannya jugak kan. So let them explore tapi tapi tapi wajib dalam kawalan aku and asben.

Macam mana kata UNDER CONTROL tu?


1. Jangan belikan tab/phone peribadi untuk anak

Bukan sebab kedekut atau tak mampu (walau kadang ada rasa jugak.haha), tapi untuk elakkan anak rasa "its my tab, saya boleh buat apa saya suka". Memang satu masa dulu masa duit tengah berlebih dalam bank, nyaris nyaris aku nak beli samsung kids tab untuk aidi. Nasib masih boleh pikir panjang lagi, so akhirnya tak jadi. Aidi kalau gian sangat nak tengok ultraman kat telefon, nah guna fon mama. Aku belum terbuka hati nak belikan aidi fon. Kalaupum dia naik darjah 1 nanti maybe aku belikan cokia 33sekupang je kot. Haha

2. Pastikan anak tak tahu password 

Walaupun password ni macam kacang je anak anak kita dapat carik, tapi selagi boleh usahalah agar anak anak tak dapat unlock phone. Maybe boleh ubah password 2 minggu sekali ke. Cara aku adalah, time nak unlock memang aku tak bagi aidi tengok. So tiap kali dia nak unlock phone, dia akan cari mama dia jugak. Kalau mama baik hati unlocked phone, dapatlah layan youtube kejap. Kalau mama tengah not im good mood, buhbye!







3.  Bagi Time Bateri Dah Kong

Ha ni pun trick bagus. Aku selalu amalkan. Kalau anak nak main phone, tunggu bateri tinggal 20% ke bawah. Lagi sikit lagi bagus. Jadi dia takkan main phone lama. Bateri habis, maka wassalamu la ye nak. Sila pulangkan balik.



4. Jangan Ajar Anak Cas Bateri.

Kalau anak anak kecik ni memang aku tak bagi diorang main dengan plug. Bahaya dah tentu kan. So idok le aku nak ajar aidi macam mana cas bateri phone. Dia paham phone kena cas tapi dia takkan berani cas sendiri semang dah lali dengan pesanan mama. Bahaya. So dari awal elakkan suruh anak tolong cas telefon. Once dia pandai cas telefon, bateri habis pun takde hal derr. Oh ye, powerbank pun jangan bagi. Haru!

5. Off data connection.

Aku suka cara ni. Aidi merempan nak tgk ultraman dia, n aku not in mood nak bagi dia main, memang aku off data je. Kalau tak memang habislah data mama. Sebulan 8g pun tak cukup. Huh

6. Tegas

Ini paling penting. Sila tegas tegas tegas. Tegas tak sama dengan garang. Dalam tegas ada lembutnya. Kalau tak benarkan anak main phone, tegaskan kata tak boleh. Jangan dilayan sangat peel nak mengadap tab sampai tak ingat masa mandi, masa makan, masa tido semua. And jangan lupa gantikan dengan aktiviti lain yang dia suka. Insyaallah tak lama rempannya tu.




Memang anak anak umur 2 ke 6 tahun ni banyak ragamnya. Nak kita je dengar cakap dia kam. Cakap mama taknak dengar, heyy ku cubit jugak kang. Haha

Apapun yang anak kita buat, sila pantau. Jangan biar dia leka sorang sorang ngadap tan dia. Silap silap entah apa video dia tengok kang kita x sedar.

Nak didik anak zaman sekarang memang bukan senang. Nak dikurung disekat semua pun macam tak boleh jugak, nak dilepas semua lagilah tak boleh.

Jomlah kita buat macam main layang layang.

Lepas lepas tarik.Lepas lepas tarik.
Jangan dibiar terlalu tinggi di awan, takut takut terputus tali.


Notakaki: gambar aidi tengah main tab or phone takde pulak dalam simpanan. So tepek gambo dia main permainan lain yanh lebih berfaedah.hehe

Monday, August 10, 2015

Walaupun rumah pprt, ada hakak kesah?

Semalam, sebelum mentido sempat la ber pillow talk kejap dengan hubby. Ewaaahhh hubby tetiba kan. Haha. Mata tak bape nak ngantok lagi, tapi have to sleep sebab esok nak koje. So nak bagi ngantok, bawak bawak la borak.

Tajuknya adalah 'Dah 5 tahun kita duduk rumah ni kan.'

Gitewww sekali kami terobek.

Sesiapa yang memang folo blog cabuk aku ni dari dulu memang tau la syurga kecil kami ni cane rupa. Tarap pprt je dik non. Tapi inilah syurga kami.

5 tahun dulu, masuk rumah ni deposit pun pinjam duit mak. Betapa takde duitnya kami nak bayo depo ribu riban tu. Rumah tak kosong 100%, ada kerusi sofa style kusyen tu, ada meja lipat, ada tilam single usang. Tv takde apatah lagi astro. Memang yilek. And kami masuk just bawak 2 beg luggage je. Laki aku siap spender pun ada 3 lai je masa tu. Adoiilah bang!

Esoknya pinjam moto kawan asben (dah arwah dah kawan tu, al fatihah), naik moto pegi beli barang barang asas sikit. Kete memang takde lagi, moto pun takde. Laki aku selama bujang kat labuan tu pegi keje bonceng moto kawan je. Jadi naiklah moto jinjit beg beg plastik barang barang. Sampai tengah jalan, hujaaaaannnnnnn. Kuyuplah kami laki bini sementara nak sampai rumah. Heyyy suwitttt angat!

Lepas 2 bulan, iols dapat gaji dah,tertunggak lagi. Macam jakun sangat dapat gaji tertunggak 2 bulan tu. Tak pernah dapat duit banyak gitu. Maka terusss bayo balik duit pinjam kat mak ritu, anto duit ke famili, pastu gedik pegi hunting perabot untuk rumah.

Kami beli sofa, meja makan, kabinet dapur, bedroom set, kabinet tv. Amik pun yang paling murah. Miskin kan time tu. Uhuk uhuk. Katil tu dah jahamam, roboh kau! Sofa pun dah tukau lain sebab dah koyak rabak, kerusi meja makan pun dah jahanam sebijik. Ni lemari dapur pun macam dah kiok dah. Drawer takleh tutup la apa la, tapi sayang pulak nak beli baru. Sentimental value katanya.

Sekarang alhamdulillah, selepas hampir 5 tahun, rezki makin bertambah. Rumah dah lengkap walau tak mewah, kereta ada walau bank punya lagi, moto ada walau cuma ex5, anak ada dua walau katil sampai roboh bahahahah,bahagia masih kekal bahagia. Alhamdulillah alhamdulillah.

Kadang terpikir jugak nak pindah rumah lain yang lebih selesa, tapi sayang pulak kat rumah kenit ni.

Our 1st house hidup sama sama.
Banyak memori kami dalam rumah ni.

Tak dapat bayangkan bila nanti satu hari kami berpindah balik semenanjung.


Uwaaaaa mesti sedih!

Okey gambo rumah takde. Malas nak carik. Haha

Monday, August 3, 2015

Cadar Patchwork 6 pcs Murah!

Aku memang ada satu tabiat iaitu GILA CADAR

Siapa ada habit macam aku ni? Pepelik je kan nak gilakan cadar. Orang lain berlumba lumba gilakan henbeg la kasut la bagai, aku gilakan cadar. Lantok kamu Yong!

Sesejak cadar patchwork glamer ni, aku jatuh cinta suda sama itu barang. Ohhhh ilebiu! Kalau banyak duit, mau tiap bulan aku beli cadar baru. Malangnya duit tak banyak, maka aku ada 3 set cadar patchwork saja plus 1 set aidi punya.

Antara koleksi iols.

Paling latest iols beli.

Songket design...Paling feveret

Aidi's favourite

Satu lagi design takde pulak gambonya. Dah terdelete  dalam gallery fon. Tapi sekarang memang aku ulang ulang pakai 3 cadar patchwork ni je. Tak laku dah cadar lain. Jadi tukun je dalam lemari.


Why aku suka benor benda ni?

1. Senang kemas katil. Tarik tarik sikit. Siap!
2. Senang cuci, cepat kering.
3. Material best. Menyejukkan bila panas, menghangatkan bila sejuk. Giteew.
4. Senang simpan. Tak bulky bila lipat mcm set comforter yang biasa2 tu.
5. Design cun oh!

So disebabkan aku dah jatuh gila dengan cadar patchwork ni, maka aku amik keputusan untuk aku sendiri niaga cadar ni. Dapat beli rege rendah sikit, untung untung ada customer, dapat jugak side income. Hihihi.


Yang latest sekarang, tengah trend cadar patchwork 6 pcs. 
1 cadar labuh (patchwork)
4 sarung bantal (patchwork)
1 sarung bantal peluk (bukan patchwork)

Sebelum ni 3 pcs saja. Now ada 6 pcs ko! Berbaloi.

Design pun makin cun melecun. Meh aku tepek sikit kasi jamu mata korang.






Huwaaaa cantiknyaaaa!!

Ini baru sikit. Ada banyak lagi kat igshop iols @yongnana_shoppe. Kat katalog supplier lagi banyaaakkkk, tak larat nak upload semua. Huhu.

Tazabarrr tunggu gaji.

Iols nak rembat 1 set. Pastu fefeeling princess tido cadar cantik.

Jom jom follow @yongnana_shoppe kat instagram.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...