MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 13, 2015

Hai Ebelibadi!! Ada reader lagi ke tak ni??


Yiuuuhuuu!!

Agagagaga, bila last aku update blog eh? Jap nak check..

20 November hoi last entry! Punyalah lama tak sentuh belog. Dashboard pun tak bukak, sekali bukak berderet comments tunggu moderate. Ampun tunku beribu ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Aku serius cuti sekolah baru ni malas sungguh nak update blog. Banyak benda nak cerita tapi malasnya rasa nak menaip. Sesiapa friend kat fesbuk rasanya tau la perkembangan aku yang makin mengembang ni. Haha

Cuti sekolah baru ni best gilak! Aku balik semenanjung, buat birthday party Aidi Adelea kat Ampang, jenjalan kolumpo soping bagai nak gila. Kuar masuk kuar masuk Poney je aku ritu. Kemain sangat macam banyak nau duit kan. Tapi best soping Poney. Memang baju baju dia agak pricey la bagi golongan marhaen macam aku ni. Juling bijik mata tengok shirt budak rege RM100 lebih, dress baby RM150. Uiii pinau pinau mata. Sekali salesgirl kata " Kak, kalau akak rembat 5 pcs, akak dapat diskon 50% atas total price." Terus aku macam what??? 50%??? Okey sekarang jugak meh ko tolong akak cari 5 pcs baju anak anak akak. Hahaha. Jimat banyak dah tu. 3 kali masuk Poney aku bayor dalam RM200 je untuk 5 pcs baju. Tiga kali masuk maknanya terbang paling tak RM600 kat Poney sajork. Untunglaaa anak anak. Baju duduk umah pun Poney dah sekarang. Mama jugak pakai baju kelawar je duduk umah. Rege 3 lai RM25. Hahaha.


Pastu aku merambu berjalan sampai ke Padang Besar, ke Langkawi, balik kampung, attend wedding pegi Zoo bla bla bla cuti sekolah ritu. Pendek kata puas betul aku holiday ritu. Puas dapat quality holiday. Tak dapat balik raya tahun ni pun takpe, hujung tahun nanti aku balik lagi merambu holiday lagi.


Eh, Adelea dah boleh jalan tau. Jalan kedek kedek gitulah. Belum laju lagi berlari lagi. 1 st step dia masa dia genap 1 tahun 1 bulan 1 minggu ritu. Sama macam Aidi jugak. Tapi adik amik masa lebih lama nak berjalan denga yakin. Dia macam takut takut jugak nak langkah. Slow slow dia jalan, tau tau gedebuk jatuh. Sian ko dik. Gigi dia pun dah nak masuk 8 batang. Tengah naik gigi geraham pertama. Pacifier pun aku dah mula ceraikan. Sian dia meronta ronta cari puting bila nak tido. Takyahlah dik, dah beso dah takyah la puting. Kang dah elok cecantik kang jadi kak limah JO pulak. So ceraikan talak 1.


Aidi pulak berkembang dengan jayanya.

Badan mengembang. Baju takde der size 4 tahun sekarang. Size 6 tahun je aku beli. Padahal dia baru masuk 3 tahun Disember ritu.

Mulut macam Joyah pot petnya. Kadang paham kadang tak paham apa dia cakap. Ate kalau dia buat dialog gini..

"mama, nininininininini mama??"

Rasa rasa paham tak? Kehkehkeh.

Aidi masih sekolah tadika kat tempat yang sama. Eksaited dia sekolah sampai tido malam pun nak pakai baju sekolah.

Masih belum berjaya potty train Aidi sepenuhnya. Kejap nak pakai spender, kejap taknak, nak pampers jugak. Takpelah nak, pelan pelan kayuh.

Banyak cerita sebenarnya. Nak cerita semua pakat tak masuk kelas la aku nanti. Aku try, okey betul aku try ni untuk update blog at least seminggu sekali.

Orait??

Lusa dapat bonus iols nak beli tab la, senang update blog. Pakai note 2 macam leceh la. Asik typo je taip. Cait!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...