MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 19, 2015

Sila Jangan Beli Produk Ni Kalau...



Aku ni, lama dah dok merengek kat husben mengadu kulit muka macam hapa je sekarang. Makin kusamnya, makin berminyaknya. Kadang bersiap-siap nak pegi sekolah, baru masuk kete, enjin pun tak start lagi muka aku dah berminyak-minyak dah. Habis mekap iols. Baru 15 minit mekap, cayor mekap iols! Mana taknya, mendukung si Adel 11kg, beg 2 biji kat bahu, Aidi lagi nak dipimpin tangan sementara nak sampai ke kereta, berpeluh! Fuh Fuh! Sampai sekolah terus feeling bad mood sebab muka dah serupa tak mekap.Sobs


Sedih sangat dengan kulit muka sendiri. Bilalah nak jadi cantik macam sinderella ni? Kehkehkeh...verangan ko kan dayang senandung.


Unfortunately, Ha meh sini nak sambung citer.

Aku terbekenalan dengan 1 produk ni tau.

BB Cream Seqy Beauty.



Kalau BB cream tu memang banyak jual kat pasaran. Aku pun pernah beli and try 1 jenis BB Cream ni, tapi efek dia so so je. Tak berapa nak ummph sangat. Kulit aku masih berminyak lagi.


Semalam, BB cream Seqy Beauty ni sampai. Uiii tak sabaq ceq nak try. Baca testimoni semua kata baguih dok ada. Tak caya korang boleh baca sendiri kat SINI . Tengok testimoni semua macam wow wow wow je kan, terus tak sabar nak test kat muka sendiri.

So pagi ni terus iols pakai.

Botol kiut miut comel. Kurus kurus langsing langsing, terus feeling nak langsing macam botol BB cream tu. Kehkehkeh.

Tekstur ringan. Lebih ringan dari foundation.

Apply kat muka, langsung tak melekit. Kat tangan tak lekit, kat muka apatah lagi. Kualiti sama mcm pakai foundation cuma BB cream Seqy Beauty ni ada kelebihan ekstra lagi.

Sebabkan ni 1st try pakai and kulit muka aku sebelum ni pun memang hazabedah, so belum ada keyakinan nak pergi keje pakai BB cream Seqy Beauty semata. Hakak tepek jugak bedak dap dap gitu je dik non, takyah tetebal sangat sebab BB cream Seqy Beauty dah ada. Calit eyeliner sikit, merah merah pipi sikit, lipstik sikit, terus iols jadi macam retis uols! Kahkahkah!







lawa tak hakak nak pergi sekolah? Ahaaa


Walaupun pepagi hari dah berpeluh-peluh dah rupa pokok krismas anak dan beg beg kiri kanan, tapi muka tak berminyak. Saya suka! Saya Suka!


Aku tak sabar nak pakai lagi BB cream Seqy Beauty ni esok dan esok dan esok sampai habis sebotol. Tazabar hokey sebab katanya BB Cream Seqy Beauty ni boleh buat macam-macam.

Hilangkan bintik-bintik hitam kat muka
Hilangkan pigmentasi kulit. Selalu jadi hitam tompok-tompok kat hidung tu.
Melindungi kulit dari sinaran UV. Boleh jadikan sun block jugak.
Mengelakkan wajah berminyak sepanjang hari.
Boleh jadi foundation. So boleh say bye bye to your old foundation. Gituuuu.

Banyak lagi kelebihan BB Cream Seqy Beauty ni. Korang boleh klik SINI untuk baca.


Kepada sesiapa yang nak berkenalan lebih lanjut dengan produk produk Seqy Beauty ni, boleh ke link ni 



or boleh terjah instagram Seqy Beauty


Paling best uols boleh beli produk Seqy Beauty through their website tau. Senang baq ang. Klik klik klik masuk bakul, bayar, Takyah sesusah nak pm pm bagai. Klik link di bawah ni.




Jangan lupa tau try BB Cream Seqy Beauty. Sama sama kita pakai, sama sama kita cantik. Ceaaaa!!

Tapi kalau uols tamau kulit cantik, nak kulit kusam berminyak, sila jangan beli. Kihkihkih

Nanti lepas seminggu aku bagi testimoni lagi.

Manalah tau kot boleh jadi macam nowadenish. Auuwww!


Tuesday, November 17, 2015

Teruja Tengok Report Card Aidi


Baru-baru ni, teacher Aidi pulangkan semua buku kerja, kertas exam, dengan report card Aidi. Hampir terlupa nak tengok bila balik rumah. Dah malam, anak-anak dah tido baru aku teringat nak tengok.

Mula tengok kertas exam Aidi dulu. Tersengih sengih je aku. Biasalah exam, jarang orang dapat fullmark. Ada la salah sini sana tu biasalah. Nama pun budak 4 tahun ye dop. Tapi overall aku impress jugak sebab boleh jawab dengan baik kebanyakan soalan.

Tengok buku-buku latihan,  makin diselak makin ada improvement. Alhamdulillah. Kalau hari yang Aidi absent, teacher akan noted absent kat mukasurat belajar pada hari tu. So aku boleh tau la kenapa sekian sekian page ni kosong, ooo Aidi absent rupanya.

Last baru tengok report card.



Tersenyum senyum sorang.

Dalam hati tak putus putus ucap syukur Alhamdulillah. Aidi dah capai melebihi apa yang aku ecpect dia akan capai.

Last year, aku hantar Aidi sekolah niat utama aku cuma nak bagi Aidi bergaul berkawan so kemahiran komunikasi dia akan lebih baik. Aidi lambat bercakap. Masuk sekolah umur 2y 6m tu dia memang tak bercakap sangat. So aku memang set target by end 2015, Aidi aku harap dapat improve communication skills dia besides dapatlah kenal alphabet, kenal nombor, kenal huruf hijaiyah dengan baik. Memang itu je target aku pada awal masukkan Aidi ke sekolah.

Tapi alhamdulillah syukur, Aidi capai jauh dari apa yang aku jangka. Aku tanak compare dengan pencapaian anak orang lain, aku cuma compare Aidi dengan target yang aku set je.

Markah exam Aidi pun aku tak tekankan sangat. He is just 4 years old. Aku taknak stress kan diri sendiri tengok markah exam anak. Tak perlu la nak tanya why why why Aidi tak dapat 100% untuk semua paper. Why why why???!!! Hahahaha!

Tapi aku suka tengok bahagian Qualitative tu.

Ability to recognised alphabet, rocognised number, ability to read, ablity to spell simple word etc ha yang tu aku suka tengok. And aku sangattttt impress!

Aidi boleh membaca sikit-sikit dah rupanya. Aku tak tauuuuuu. wuwuwuwu. Aidi tak pernah tunjuk dia membaca kat rumah. Maybe sebab kat rumah takde buku yang dia guna di sekolah. Kat sekolah Aidi belajar membaca BM guna buku Bacalah Anakku. Sekarang Aidi dah masuk buku 4 kata teacher. English pulak Aidi guna buku Peter and Jane. Sekarang Aidi buku 1.



Aku seronok sangat tengok perkembagan Aidi.

Dah besar anak sulung aku ni rupanya. Rasa macam baru je lagi beranakkan Aidi. Tau tau dah boleh sunat dah ni ha. Ekekeke.

Tahun depan, Aidi masuk 5y. Aku akan buat extra reading class kat rumah. Mengaji pun kena mula secara konsisten dah tahun depan. Sekarang Aidi boleh hafal 2 3 surah-surah lazim. Next year nak ajar dia mengaji bebetul. Takmo la pandai hal duniawi je, agama kena mantop jugak. Insyaallah.

Target aku untuk Aidi tahun depan, by end 2016 aku doakan Aidi boleh membaca walau tak berapa lancar, dan boleh mengira simple mathematic. Cukup. Kalau Aidi dapat capai lebih, aku bersyukur sangat.


Doakan anak anak kita semua berjaya dunia akhirat. Terang hati derang untuk terima ilmu yang diajar. Aminnn



Sebab result bagus, mama blanja makan pizza!

Monday, November 16, 2015

Konsert Akhir Tahun Aidi




Hujung-hujung tahun ni mesti ramai anak-anak ada konsert and graduation day tadika. Pastu kita mak mak la orang paling excited gitu. Teruja gila. Hahah.

Aidi ada konsert and graduation day 8 November ritu. Lama dah berlalu tapi biasalah lambat update belog. Hihi.

Ini kali kedua Aidi join konsert akhir tahun tadika dia. Last year dah pernah jugak sekali, yang langsung dia tamau bagi kerjasama. Nak mama dia bertebeng sebelah. Sudahnya dengan aku sekali kena naik pentas. Pfft!

Tapi this year nampak Aidi matured sikit dah. Hari-hari praktis persembahan dia kat rumah. Siap persembahan orang lain pun dia praktis sekali. Kemain bujang sorang ni. 

Walaupun hari hari gigih praktis, tapi aku tetap debor debor tunggu hari kejadian. Aidi ni bukan boleh jangka sangat. Buatnya dia ulang balik perangai bertebeng tahun lepas tu, naya!


So aku plan hari konsert tu aku nak datang awal. Incik suami kerja, so tak dapat join. Adelea aku tinggalkan kat pengasuh. Elok macam tu lah, kang mana nak kejar Adel, mana nak tengok Aidi. Kang pitam aku di sana. So Adel tinggal. Pergi berdua je dengan Aidi.

Majlis start pukul 8 pagi, kul 7.30 pagi kami terpacak dah kat dewan. Guess what?? Aidi student kedua sampai!!

Punyalah semangat kami. Ahaks!


Tiga peserta pertama yang sampai. Besfren Aidi dedua ni.

Awal awal tu mood Aidi swing swing jugak. Memalu jugak dia walaupun orang tak ramai lagi. Melekat ajelah dia dengan mama ni ha.


Tamau berpisah. Macam kena gam.

Bila orang makin ramai masuk dewan, Aidi mula cuak dah. Muka ketat takbleh blah. Ticer buat annoucement mintak semua students duduk setempat sebab majlis nak mula dah. Haaaaa...masa ni la paling cabaran. Aidi tamau lepaskan mama dia. Dia nak kita ni duduk sebelah dia jugak kat tempat budak-budak tu. Acaner?? Kena la duduk melangut situ kejap. Agak-agak Aidi ralit berborak dengan kawan dia, cecepat aku lari keluar dewan. Ekekekeke.

Dari jauh nampak Aidi cari aku, tapi dia tak nangis so okeylah. Cuma tengkuk je panjang macam zirafah mencari mama hilang. Hihi. Bila ticer panggil semua students naik pentas untuk nyanyi lagu Negaraku bagai bagai tu, barulah aku masuk dewan duduk.


Dia baru perasan mama dia kat bawah, kemain sengih.

Aidi join persembahan Red Class (class 3y 4y). Persembahan medley lagu bahasa Melayu. Lagu anak ayam, lagu suka hati, lagu apa ntah satu lagi tu tajuknya, lagu kanak-kanak la kiranya. menari menari gitu, nyanyi nyanyi ramai-ramai. gitu je la persembahan 3y 4y punya kelas.

Macam biasalah, mesti ada yang menangis atas pentas tu. Yang keras kejung dari awal sampai habis persembahan pun ada, kelako tengok gelagat budak-budak. Aidi alhamdulillah mau dia menari menyanyi kali ni. Seronok aku.

Lupa la nak amik gambo persembahan kelas kelas lain. Best tau persembahan anak-anak Tadika Muhibbah ni. Berbakat betul. Paling best tengok si cilik comel ni menari tarian tradisional. Olololo ikutnya korang. Harap next year Aidi terpilih menari tarian tradisional pulak. Ewaahhh!! Mama akan latih kamu kat rumah sampai pandai. Ceaaaa!!



Penyampaian hadiah untuk semua students



Tahniah Aidi!

Walaupun just 4 years old, belum pun cecah 4y lagi sebenarnya ni tapi Aidi matang sebelum usia Aidi. Mama bangga dengan Aidi.

Next year, Aidi naik kelas 5y. Lebih mencabar. Aku target by end of 2016, Aidi boleh membaca (walaupun merangkak), boleh hafal surah surah and doa dengan lebih baik, and boleh buat simple mathematic. 

Next entry aku share report card Aidi untuk tahun 2015 ni.

Stay tuned!

Tuesday, November 3, 2015

ADEL, My Princess.


Adelea dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi.

Sekejap je rasa. Besar dah anak dara iols. Siapa sangka si kenit Adelea, lahir dengan berat 1.55 kg sekarang dah anak dara dah. Comel cantik lemah lembut. ceaaaaaa lobi anak nampak! 




Tapi aku ada sikit masalah dengan perkembangan Adel ni.
Dia berjalan normal. Umur 1 tahun 2 bulan. Oklah tu kan. Takla cepat but taklah lambat sangat.
Tapi sampai sekarang kemahiran komunikasi dia sangat lemah. Lambat cakap.


Mula aku tak la risau sangat sebab Aidi pun lambat cakap jugak. Masuk umur 3 tahun baru dia banyak vocab sikit. Adel ni tak berapa hari lagi nak 2 tahun, tapi dia tak boleh panggil mama or abah pun lagi. Dia mumbling ajo.



Mulut dia bising, tapi mumbling. Kalau ada pun dia menyebut, semua words yang takde maksud. Bahasa jerman katanya.


So i is risau.

Mulalah otak ni nak pikir bebukan.

Autisme kah??

Dulu..Aidi pun aku pikir perkara yang sama. Tapi ramai yang nafikan, and now alhamdulillah Aidi berkembang dengan baik. Boleh bercakap walaupun ayat tak bape cantik sangat. Tapi bolehlah. Aidi December nanti masuk 4y.

Ni Adel pulak. Aku perhati Adel memang lagi lambat banding Aidi. Adakah sebab dia lahir full term tapi tak cukup berat tu mempengaruhi (37w, 1.55kg) ?? 

Aku susah hati pikir.
Tapi incik suami cool wat lek wat pis je. Dia yakin sangat Adelea takde apa-apa. Plus dalam seminggu dua ni Adel boleh sebut dua perkataan, "SEDAP" (sambil buat sign thumb up) dengan "CANTIK".  Dalam banyak banyak word, "sedap" jugak yang jadi 1st word dia. wuwuwuwu.




Cane eh?

Perlu bawa jumpa speech therapist tak?
Ke just wait and see?
Ke cane?

Next year, by June 2016 Insyaallah aku akan hantar Adel masuk kindergaten sama dengan Aidi. Harap-harap communication skills dia boleh improve bila dia bersekolah and blajar berkawan.

Monday, November 2, 2015

Resepi Playdoh Homemade.



Hai uols!

Budak budak sekolah cuti hari ni sempena SPM, jadi cikgu ada free la sikit, moh le hapdet belog. Padahal keje berlambak ni, takpelah amik 15 minit kejap je update sikit. Penting ni nak update, kang esok-esok aku nak buat lagi, senang..iols google je belog sendirik. Kehkehkeh.


Nak buat Yong oiii??


Ni ha Kiah....iols buat homemade playdoh ha.





Benda ni lama dah viral, aku je lambat buat. Takpelah, aku bukan jenis nak in trend sangat. Lambat lambat pun takpe.

Bagus ni buat sendiri playdoh. Lebih selamat gitu untuk anak-anak sebab bahan-bahan dia semua bahan boleh makan. Jap nak kasi resepi.


RESEPI PLAYDOH HOMEMADE

Bahan:

Tepung gandum 2 cawan
Garam setengah cawan
Cream tartar 2 sudu besar (kalau takde pun takpe)
Minyak sayuran 1 sudu (Aku pakai minyak jagung. Minyak masak pun okey je)
Air panas setengah cawan
Pewarna (ikut warna apa suka)

Caranya:

1. Campur semua bahan (kecuali pewarna), uli sampai jadi doh lembut. Air panas tu masukkan sikit-sikit. Uli sampai tak melekat kat jari. Kalau melekit lagi, tambah tepung lagi.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna yang kita nak buat.

3. Titiskan pewarna pada satu bahagian doh, uli lagi sampai warna sebati.


Ha gitulah cara buatnya. Senang jo eh. Tapi berpeluh jugaklah nak menguli tu. Fuh fuh fuh. Bila dah siap tu rasa macam waaaaa...tokey playdoh pun tarak buleh carik makan gini. Hakhakhak.


Aidi teruja.

Aku biar dia main ikut suka dia. Dia buat resaksa, pastu suruh aku buatkan ultraman. Peh peh peh ulraman macam mana nak buat guna platisin ni?? Ah gasaklah buat cane pun, janji ada tanduk dua, mata kuning. Jadilah ultraman tu. Eh nape macam setan pulak aku rasa tu? Wakakakak!!



Mainlah ye nak.. silakan silakan.

Adelea tak layan sangat benda ni. Dia belum paham kot. Aidi je layan.

Eh, lupa nak bagitau, playdoh homemade ni tahan lama tau, boleh tahan sampai 6 bulan kalau korang simpan dalam peti ais. Jadi lepas anak main, masukkan dalam tupperware then simpan dalam peti ais.

Playdoh aku ni elok elok aku buat 6 kaler, sekarang semua jadi 1 kaler je. Habis semua Aidi campurkan.


Nangess!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...