MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, November 14, 2013

Happy breastfeeding to me!!


Hai!!

Iols masih kat spital. Doktor kata sila bertabah duduk spital sampai hari Sabtu. Baiklah.


So sabtu baru boleh discaj.

Adelea??

Dia masih dalam nicu.

Adelea bergantung pada berat badan dia. Cukup 1.8kg baru dia boleh discaj. So maknanya lepas ni aku kena ulang alik ke spital jugak untuk tengok adelea and susukan dia.

Cakap pasal susu.

Yeayy!! Aku dah start breastfeed adelea.

Aku ada try directfeeding. Macam bisalah..memang agak susah sebabkan problem inverted nipple aku ni. Tapi aku usaha jugak. Adelea pun nampaknya berusaha untuk try latch on. Walaupun ada kala dia ngamuk jugak marahkan puting terlepas, tapi dia mencuba sedaya upaya.


Alternatif lain...aku pam. Setiap 4 jam aku pam.

Mula mula pam..dapat 2ml je. Huhu.

Takmolah sedih sedih sebab dah tau itu adalah normal. Ko bajet 1st time pam terus boleh dapat sebotol penuh ke apa? Memang tak la.haha.

Kejap tadi aku pam...alhamdulillah.dah boleh dapat 1.5 oz. Rasanya adelea sekali minum pun dalam 20ml je. Itu dah boleh buat dia kenyang tido lena untuk 3 jam. Nurse pun memang jenis bg susu 3 jam sekali. So oklah. Kalau dapat directfeed, aku bagi direct. Tapi anak aku tu kalau dah kenyang minum susu pam, aku datang nak bagi directfeed pun dia tak layan. Baik dia tido katanya. Haha.


 Tapi so far memang adelea belum kenal botol susu. Susu yang aku pam pam tu nurse bagi samada guna shringe atau guna cawan je. No bottle.


Target aku untuk adelea adalah nak breastfeed dia selama yang boleh.

Aku tak kata nak fully or exclusive breastfeed dia sebab aku tau keadaan diri aku macam mana. So aku takmau terLalu obses. Cukup kalau aku dapat bagi adelea susu badan aku selama yang boleh walaupun hujung2 nanti terpaksa campur fm.


Tapi buat masa skrg, misi aku adalah untuk gain berat adelea ke 1.8kg secepat yg boleh.


Hari ni ada sesi timbang berat adelea.

Aku harap ada pertambahan positif walaupun cuma beberapa gram.


Tak sabar nak bawak adelea balik rumah..and be a one happy famili at home.

=)

14 comments:

  1. berniat utk breastfeed tu pun dah dapat pahala yong.. Insyaallah boleh..sama-sama susukan anak dengan susu ibu.. hehe.

    cepat balik, pantang kat rumah lebih selesa kan..ciknaa doakan :)

    ReplyDelete
  2. Yong.. Chaiyuk2 tau.. Bg susu byk2... Klu bleh biar 2kg bru kuar wad :) hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah!!.. terngat lagi entry awak yang sedih masa tak dapat nak BF aidi dulu...

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi adelea debab la....tunggu eh mama yong

    ReplyDelete
  5. go go yong, mommy gojes memang boleh! InsyaAllah, zara doakan adelia cepat tambah berat n balik umah jumpa mama, ayah n abg long ..Amin :D

    ReplyDelete
  6. Insyaallah Yong...kalu dh niat nk bf mst akan brjaya... Semoga Adelea dan Yong akan cpt2 discaj... =)

    ReplyDelete
  7. yong....caiyok lah yong.

    aku tau ko mampu.

    hanya kau yang mampu.

    bak kata aizat dalam lagu dia tu.

    :)
    happy BF adelea sayang mamicha :)

    ReplyDelete
  8. insyallah boleh yong

    daku pun inverted nipple yong, tapi alhamduillah boleh sebab baby tak latch kat nipple, dia latch kat breast.. mula2 memang susah sebab dia tak pandai lagi, mengamuk bagai.. (aisya lagi lah mcm baby boy), tapi lama2 dia dah pandai sendiri....

    good luck...

    ReplyDelete
  9. ada org cakap, susu tu keluar ikut keperluan baby. Baby baru x bnyk minum susu jadi susu pon xbnyk. Bila baby dah kuat menyusu nanti insyaAllah susu bnyk.

    good luck...

    ReplyDelete
  10. semoga perjalanan bf berjalan lancar dear

    jom follow blog saya dan kita bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. hai sy stuju sngat gan statement puan tu.. susu slagi blh dan xnak terlalu obsess.. bkn apa kebanyakan blog yng sy baca ada yg terlalu obsess.. rsa mcm belakon pn ada mcm nk tnjuk dia perfect.. dan ada juga mcm sendiri seksa fizikal dan mental.. chayok2 puan.. sy sokong niat puan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...