MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, February 27, 2014

Adelea Dah Meniarap


Hari ni nak story pasal anak dara iols. Heh.

Adelea makin hari makin bijak. Jujurnya dulu masa Adelea baru lahir, aku macam ada set mind yang perkembangan Adelea ni mungkin akan lambat sikit due to masalah berat badan dia yang kecik tu.

So aku memang dah ready especially mental untuk hadap situasi ni.

Tapi syukur alhamdulillah..ramalanku salah belaka. Adelea berkembang normal macam baby lain. Kalau ikut kata maklong dia, perkembangan Adelea laju lagi banding Aidi. Tapi aku rasa macam Aidi lagi advance. Heh. Takpelah, small matter je tu. Tak elok bandingkan anak anak.

Yang penting pada umur 3 bulan 2 minggu, Adelea dah meniarap!!

Yeayy!!



Tapi kat umah mak long je dia buat aksi meniarap. Umah sendiri tak hingin plak dia.

Kalau aksi angkat angkat kaki tinggi tinggi gitu selalu lah.



Aku ni menunggu la jugak bila Adelea meniarap depan mata aku ni.

Tapi nan hado lagi.

Hari tu aku tengok dia gigih cuba nak pusingkan badan macam gambo bawah ni.



Tapi sampai mengiring je, tup tup dia senyap diam. Rupanya dah ZZZzzzzzz. Coi sangat! Kemain mama dia bersorak bagi semangat, alih alih dia semangat nak tido je. Ahahaha.

Ini pulak cubaan hampir sangat dah dengan kejayaan. Tapi sebab aku tengok muka dia dah tersembam atas bantal gitu, laju laju aku angkat.


Takpelah Adelea, nanti bila dah ready nak tunjuk skill kat mama, bagitau eh.



3 comments:

  1. gudluck adelia pipi setoi...yong, cepat tau adelia ni meniarap...airiell lambat..5 bulan ke 6 bulan baru meniarap..lupa dh...huhu

    ReplyDelete
  2. yeayy..da myiarap dah dia...raynia pun baru nak menyiarap..asek la dok mengiring je....tp blom penah lagi tgk dy myiarap sendiri....

    ReplyDelete
  3. sedap2 dah badan anak dara ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...