MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 28, 2014

Hari hari mak anak dua



Rutin harian mak beranak dua memang beza masa aku anak sorang dulu. Okey lap peluh dulu. Heh.

Paling letih bila hari bekerja. Okey lap peluh lagi.

Tiap hari aku kena bangun 5 pagi. Itu kalau aku dah siap siap kemas beg anak anak, dah siap iron baju semua malamnya. Kalau belum, maka kenalah bangun kul 4.30 pagi.

Bangun, pam susu, iron baju, kemas beg anak, kemas rumah sikit, mandi and apa yang patut lah sambil berdoa janganlah budak budak ni jaga. Kalau jaga..haru! Nak nak adelea. Mau drag masa extra 20 minit nak layan dia pulak 

Pukul 6.10 pagi
Bergerak hantar anak anak ke rumah maklong diorang. Nak bawak anak anak ke kereta tiap pagi pun 1 hal jugak tu. Jalan nak ke parking tu ada longkang dan Aidi tak pandai langkah longkang. So acaner??

Dengan henbeg, dengan beg breastpump, beg anak anak ok aidi galas. Adelea aku kendong guna carrier. Aidi aku pimpin. Sampai kat longkang, macam hulk hogan aku kena dukung Aidi sekali. Nasiblah mama korang ni kuat macam popai. Badan je gemuk tak serupa popai. Haha.

Baru subuh hari aku dah berpeluh dah. Habis mekap I tau. Haha

Sampai umah maklong, panjat tangga tingkat 3 sambil join Aidi count 123 sampai atas. 

Lepas tu laju laju drive pegi sekolah. Okey sampai sekolah hilang jap nama anak anak. Huhu.

Kalau nasib baik, kul 2 dah boleh chalo balik. Nasib tak baik, maybe ada meeting ke aktiviti apa apa ke. So balik dalam pukul 4.30 ke 5. Selalunya memang balik lambat lah. Letih.

Balik ambik anak.

Sampai parking kat rumah,sama jugak macam subuh tadi. Bersangkut la segala mak nenek beg henbeg anak anak semua kat badan aku sampai masuk umah.

Selalunya...masuk je rumah, dua dua merengek nak susu. Aku tudung pun tak sempat bukak kadang kadang.haha

Oklah layan lah budak budak dulu walaupun aku dah kong dah ni.



Bila dua dua dah kenyang, otomatik diorang akan diam. Adelea mungkin akan tetido kekenyangan. Yang abang akan terus dengan misi sepahkan rumah dengan mak nenek toys. Lantaklah dia. Yang penting aku nak mengepam.

Dalam jam 5.30 ke 6 petang, aku mandikan anak anak. Kalau aku balik lewat biasanya maklongnya dah mandikan petang siap siap. So lega sikit.


Lepas mandi biasanya Adelea memang akan tido balik. Nanti kul 9 mcm tu baru dia bangun menyusu. So ini masa untuk aku mandi, masak, basuh baju, lipat baju, vakum rumah, tengok tv, layan Aidi bla bla bla sampai Aidi tido. Kalau hari weekdays biasa Aidi tido kul 10. Kalau hari cuti dia mampu je berjaga sampai pukul 1. Aku lantakkan aje dia depan tv tu. Pandai pandailah dia bawak diri.


Nampak dalam cerita ni macam takde watak suami kan? Hehe..beliau ada. Tapi selang sehari je dia ada kat rumah. Selang sehari lagi dia kena keje 24 jam. So kalau arini ada esok takde. Lusa ada, tulat takde. Gitulah keje dia.

Kalau incik suami ada, ringan sikit keje aku. Dia akan tolong mandikan Aidi, jagakan Adelea, kadang tolong masak, tolong basuh baju, so ringan sikit keje aku.

Dan aku bila nak tido??

Bila dua dua anak dah lena barulah aku senang hati nak tido. Esok kul 5 pagi nak kena bangun dah. Ulang balik rutin hidup yang sama tapi bahagia. =)


4 comments:

  1. Yerlah..kita ni selagi anak x tidur..selagi tu la x senang nak lelapkan mata kan

    ReplyDelete
  2. fuhhh..hecticnye.. tp ok jugak blk kje awal kan..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. tp best kn yong..hihihi..yong..susu bdn ada lg eh..bc ms aidi dlu yong cm gv up..bc entri ni i truja nk branak dua u..

    ReplyDelete
  4. Yong entry pembakar semangat..lepas ni dah balik Perlis,turn sha pulak 'huru-hara' mcm ni..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...