MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2015

Tips Handle Anak dan Gajet


Hari ni aku terpanggil nak share pendapat aku tentang tajuk kat atas nun.

Gadget vs childhood

Ketara sangat kan, kanak kanak zaman sekarang zaman kanak kanak mereka tak seriang childhood kita dulu. Dulu kita seronok main memacam permainan, konda kondi la, rounders (dulu sebut rondes), layang layang, main kad tepuk tepuk,main patung kertas, baling selipar/tin, eh banyaklah lagi. Habis 1 entri kalau sebut semua.

Bebudak zaman sekarang main apa??

1. Tab
2. Phone mama
3. Phone abah
4. Tab
5. Phone mama
6. Phone abah

Ulang ulang itu je lah.

Ini secara general je lah, pemerhatian aku sendiri. Anak aku sendiri tak terkecuali.

Adelea setakat umur 1y 9m ni, dia belum lagi menunjukkan minat terhadap gajet. Passion dia hanya pada upin ipin dan susu.😂😂

Tapi Aidi...jangan cakaplah. Pantang dibagi chance, memang tak lepas.

Aku ngaku, aku memang ada allowed aidi bukak youtube guna phone aku, dia nak tengok ultraman, tak pun upin, tak pun pocoyo. Kadang aku perasan dia bukak lagu lagu kanak kanak ke apa. Tapi youtube je la, games memang a big no kecuali games bentuk education macam puzzle, alphabet quiz gitu. Memang ada aku bagi, TAPI UNDER CONTROL.

Aku punya konsep, jangan sekat sangat anak dari explore teknologi. Ini memang zaman diorang, zaman teknologi. Aku kena dedahkan. Rasa macam tak patut pulak kalau kita sengaja biar anak ketinggalan. Kita pun tau teknologi ada banyak kebaikannya jugak kan. So let them explore tapi tapi tapi wajib dalam kawalan aku and asben.

Macam mana kata UNDER CONTROL tu?


1. Jangan belikan tab/phone peribadi untuk anak

Bukan sebab kedekut atau tak mampu (walau kadang ada rasa jugak.haha), tapi untuk elakkan anak rasa "its my tab, saya boleh buat apa saya suka". Memang satu masa dulu masa duit tengah berlebih dalam bank, nyaris nyaris aku nak beli samsung kids tab untuk aidi. Nasib masih boleh pikir panjang lagi, so akhirnya tak jadi. Aidi kalau gian sangat nak tengok ultraman kat telefon, nah guna fon mama. Aku belum terbuka hati nak belikan aidi fon. Kalaupum dia naik darjah 1 nanti maybe aku belikan cokia 33sekupang je kot. Haha

2. Pastikan anak tak tahu password 

Walaupun password ni macam kacang je anak anak kita dapat carik, tapi selagi boleh usahalah agar anak anak tak dapat unlock phone. Maybe boleh ubah password 2 minggu sekali ke. Cara aku adalah, time nak unlock memang aku tak bagi aidi tengok. So tiap kali dia nak unlock phone, dia akan cari mama dia jugak. Kalau mama baik hati unlocked phone, dapatlah layan youtube kejap. Kalau mama tengah not im good mood, buhbye!







3.  Bagi Time Bateri Dah Kong

Ha ni pun trick bagus. Aku selalu amalkan. Kalau anak nak main phone, tunggu bateri tinggal 20% ke bawah. Lagi sikit lagi bagus. Jadi dia takkan main phone lama. Bateri habis, maka wassalamu la ye nak. Sila pulangkan balik.



4. Jangan Ajar Anak Cas Bateri.

Kalau anak anak kecik ni memang aku tak bagi diorang main dengan plug. Bahaya dah tentu kan. So idok le aku nak ajar aidi macam mana cas bateri phone. Dia paham phone kena cas tapi dia takkan berani cas sendiri semang dah lali dengan pesanan mama. Bahaya. So dari awal elakkan suruh anak tolong cas telefon. Once dia pandai cas telefon, bateri habis pun takde hal derr. Oh ye, powerbank pun jangan bagi. Haru!

5. Off data connection.

Aku suka cara ni. Aidi merempan nak tgk ultraman dia, n aku not in mood nak bagi dia main, memang aku off data je. Kalau tak memang habislah data mama. Sebulan 8g pun tak cukup. Huh

6. Tegas

Ini paling penting. Sila tegas tegas tegas. Tegas tak sama dengan garang. Dalam tegas ada lembutnya. Kalau tak benarkan anak main phone, tegaskan kata tak boleh. Jangan dilayan sangat peel nak mengadap tab sampai tak ingat masa mandi, masa makan, masa tido semua. And jangan lupa gantikan dengan aktiviti lain yang dia suka. Insyaallah tak lama rempannya tu.




Memang anak anak umur 2 ke 6 tahun ni banyak ragamnya. Nak kita je dengar cakap dia kam. Cakap mama taknak dengar, heyy ku cubit jugak kang. Haha

Apapun yang anak kita buat, sila pantau. Jangan biar dia leka sorang sorang ngadap tan dia. Silap silap entah apa video dia tengok kang kita x sedar.

Nak didik anak zaman sekarang memang bukan senang. Nak dikurung disekat semua pun macam tak boleh jugak, nak dilepas semua lagilah tak boleh.

Jomlah kita buat macam main layang layang.

Lepas lepas tarik.Lepas lepas tarik.
Jangan dibiar terlalu tinggi di awan, takut takut terputus tali.


Notakaki: gambar aidi tengah main tab or phone takde pulak dalam simpanan. So tepek gambo dia main permainan lain yanh lebih berfaedah.hehe

7 comments:

  1. nak tanya..mana beli lego gedabak tu? hehe
    sorry lari tajuk ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Lego tu sy beli kat kedai baby di labuan ni sis. Tak pernah lg jumpa on9. Kalau ada jumpa nnt sy share k.

      Delete
  2. Tq sharing yong..
    Ank ros pun mmg dh kurg gadget ni..
    Byk buat aktiviti yg mama papa main dlu... nk bg rasa bebudak kan..hahaha

    ReplyDelete
  3. samalah dgn anak2 sy....siap pandai minta youtube lg skg

    ReplyDelete
  4. inilah cabaran ibubapa sekarang..

    ReplyDelete
  5. nencabar sungguh..memang kene banyakkan aktiviti luar rumah....

    ReplyDelete
  6. alamak yong...fayel ada gadet sendiri...dulu dia hantu..sekarang denda tgk seminggu sekali je...ok la pulak..tp dia reti caj

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...