MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, November 16, 2015

Konsert Akhir Tahun Aidi




Hujung-hujung tahun ni mesti ramai anak-anak ada konsert and graduation day tadika. Pastu kita mak mak la orang paling excited gitu. Teruja gila. Hahah.

Aidi ada konsert and graduation day 8 November ritu. Lama dah berlalu tapi biasalah lambat update belog. Hihi.

Ini kali kedua Aidi join konsert akhir tahun tadika dia. Last year dah pernah jugak sekali, yang langsung dia tamau bagi kerjasama. Nak mama dia bertebeng sebelah. Sudahnya dengan aku sekali kena naik pentas. Pfft!

Tapi this year nampak Aidi matured sikit dah. Hari-hari praktis persembahan dia kat rumah. Siap persembahan orang lain pun dia praktis sekali. Kemain bujang sorang ni. 

Walaupun hari hari gigih praktis, tapi aku tetap debor debor tunggu hari kejadian. Aidi ni bukan boleh jangka sangat. Buatnya dia ulang balik perangai bertebeng tahun lepas tu, naya!


So aku plan hari konsert tu aku nak datang awal. Incik suami kerja, so tak dapat join. Adelea aku tinggalkan kat pengasuh. Elok macam tu lah, kang mana nak kejar Adel, mana nak tengok Aidi. Kang pitam aku di sana. So Adel tinggal. Pergi berdua je dengan Aidi.

Majlis start pukul 8 pagi, kul 7.30 pagi kami terpacak dah kat dewan. Guess what?? Aidi student kedua sampai!!

Punyalah semangat kami. Ahaks!


Tiga peserta pertama yang sampai. Besfren Aidi dedua ni.

Awal awal tu mood Aidi swing swing jugak. Memalu jugak dia walaupun orang tak ramai lagi. Melekat ajelah dia dengan mama ni ha.


Tamau berpisah. Macam kena gam.

Bila orang makin ramai masuk dewan, Aidi mula cuak dah. Muka ketat takbleh blah. Ticer buat annoucement mintak semua students duduk setempat sebab majlis nak mula dah. Haaaaa...masa ni la paling cabaran. Aidi tamau lepaskan mama dia. Dia nak kita ni duduk sebelah dia jugak kat tempat budak-budak tu. Acaner?? Kena la duduk melangut situ kejap. Agak-agak Aidi ralit berborak dengan kawan dia, cecepat aku lari keluar dewan. Ekekekeke.

Dari jauh nampak Aidi cari aku, tapi dia tak nangis so okeylah. Cuma tengkuk je panjang macam zirafah mencari mama hilang. Hihi. Bila ticer panggil semua students naik pentas untuk nyanyi lagu Negaraku bagai bagai tu, barulah aku masuk dewan duduk.


Dia baru perasan mama dia kat bawah, kemain sengih.

Aidi join persembahan Red Class (class 3y 4y). Persembahan medley lagu bahasa Melayu. Lagu anak ayam, lagu suka hati, lagu apa ntah satu lagi tu tajuknya, lagu kanak-kanak la kiranya. menari menari gitu, nyanyi nyanyi ramai-ramai. gitu je la persembahan 3y 4y punya kelas.

Macam biasalah, mesti ada yang menangis atas pentas tu. Yang keras kejung dari awal sampai habis persembahan pun ada, kelako tengok gelagat budak-budak. Aidi alhamdulillah mau dia menari menyanyi kali ni. Seronok aku.

Lupa la nak amik gambo persembahan kelas kelas lain. Best tau persembahan anak-anak Tadika Muhibbah ni. Berbakat betul. Paling best tengok si cilik comel ni menari tarian tradisional. Olololo ikutnya korang. Harap next year Aidi terpilih menari tarian tradisional pulak. Ewaahhh!! Mama akan latih kamu kat rumah sampai pandai. Ceaaaa!!



Penyampaian hadiah untuk semua students



Tahniah Aidi!

Walaupun just 4 years old, belum pun cecah 4y lagi sebenarnya ni tapi Aidi matang sebelum usia Aidi. Mama bangga dengan Aidi.

Next year, Aidi naik kelas 5y. Lebih mencabar. Aku target by end of 2016, Aidi boleh membaca (walaupun merangkak), boleh hafal surah surah and doa dengan lebih baik, and boleh buat simple mathematic. 

Next entry aku share report card Aidi untuk tahun 2015 ni.

Stay tuned!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...