MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, November 17, 2015

Teruja Tengok Report Card Aidi


Baru-baru ni, teacher Aidi pulangkan semua buku kerja, kertas exam, dengan report card Aidi. Hampir terlupa nak tengok bila balik rumah. Dah malam, anak-anak dah tido baru aku teringat nak tengok.

Mula tengok kertas exam Aidi dulu. Tersengih sengih je aku. Biasalah exam, jarang orang dapat fullmark. Ada la salah sini sana tu biasalah. Nama pun budak 4 tahun ye dop. Tapi overall aku impress jugak sebab boleh jawab dengan baik kebanyakan soalan.

Tengok buku-buku latihan,  makin diselak makin ada improvement. Alhamdulillah. Kalau hari yang Aidi absent, teacher akan noted absent kat mukasurat belajar pada hari tu. So aku boleh tau la kenapa sekian sekian page ni kosong, ooo Aidi absent rupanya.

Last baru tengok report card.



Tersenyum senyum sorang.

Dalam hati tak putus putus ucap syukur Alhamdulillah. Aidi dah capai melebihi apa yang aku ecpect dia akan capai.

Last year, aku hantar Aidi sekolah niat utama aku cuma nak bagi Aidi bergaul berkawan so kemahiran komunikasi dia akan lebih baik. Aidi lambat bercakap. Masuk sekolah umur 2y 6m tu dia memang tak bercakap sangat. So aku memang set target by end 2015, Aidi aku harap dapat improve communication skills dia besides dapatlah kenal alphabet, kenal nombor, kenal huruf hijaiyah dengan baik. Memang itu je target aku pada awal masukkan Aidi ke sekolah.

Tapi alhamdulillah syukur, Aidi capai jauh dari apa yang aku jangka. Aku tanak compare dengan pencapaian anak orang lain, aku cuma compare Aidi dengan target yang aku set je.

Markah exam Aidi pun aku tak tekankan sangat. He is just 4 years old. Aku taknak stress kan diri sendiri tengok markah exam anak. Tak perlu la nak tanya why why why Aidi tak dapat 100% untuk semua paper. Why why why???!!! Hahahaha!

Tapi aku suka tengok bahagian Qualitative tu.

Ability to recognised alphabet, rocognised number, ability to read, ablity to spell simple word etc ha yang tu aku suka tengok. And aku sangattttt impress!

Aidi boleh membaca sikit-sikit dah rupanya. Aku tak tauuuuuu. wuwuwuwu. Aidi tak pernah tunjuk dia membaca kat rumah. Maybe sebab kat rumah takde buku yang dia guna di sekolah. Kat sekolah Aidi belajar membaca BM guna buku Bacalah Anakku. Sekarang Aidi dah masuk buku 4 kata teacher. English pulak Aidi guna buku Peter and Jane. Sekarang Aidi buku 1.



Aku seronok sangat tengok perkembagan Aidi.

Dah besar anak sulung aku ni rupanya. Rasa macam baru je lagi beranakkan Aidi. Tau tau dah boleh sunat dah ni ha. Ekekeke.

Tahun depan, Aidi masuk 5y. Aku akan buat extra reading class kat rumah. Mengaji pun kena mula secara konsisten dah tahun depan. Sekarang Aidi boleh hafal 2 3 surah-surah lazim. Next year nak ajar dia mengaji bebetul. Takmo la pandai hal duniawi je, agama kena mantop jugak. Insyaallah.

Target aku untuk Aidi tahun depan, by end 2016 aku doakan Aidi boleh membaca walau tak berapa lancar, dan boleh mengira simple mathematic. Cukup. Kalau Aidi dapat capai lebih, aku bersyukur sangat.


Doakan anak anak kita semua berjaya dunia akhirat. Terang hati derang untuk terima ilmu yang diajar. Aminnn



Sebab result bagus, mama blanja makan pizza!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...