MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 24, 2010

KENAPA PENGANTIN PEREMPUAN SUKA MENANGIS WAKTU AKAD NIKAH??

Dah lama tak buat entri tentang kawen-kawen kan? Rindu pulak rasa. Kalau dulu asiklah citer hal nikah kawen jek sampai muntah baca. Alih-alih sekarang rindu pulak nak cerita hal orang kawen.

Jom kita citer hal kawen-kawen mahu tak?


Mahu tak mahu kamu baca jugak lah.hehe..


Siang tadi kan, aku ada terpikir kan satu benda ni. Aku terpikir, kenapa pengantin *perempuan terutamanya* suka menangis waktu akad nikah?

Kenapa ya?

Pernah terpikir tak?

Aku pun heran..Dulu sebelum kawen lagi lah tinggi meng klcc heran aku ni. Tapi bila dah rasa sendiri baru aku paham. Baru aku tahu kenapa ada pengantin yang menangis sedu-sedan time sahnya akad nikah, ada jugak yang sengih je sepanjang masa tanda hati riang bahagia, ada jugak yang muka jenis takde perasaan, cuak mungkin. Huhu.


Kamu tahu tak, sebenarnya terpulang pada kita nak pilih memek muka mana satu. Mahu menangis terharukah? menangis sedih kah? ketawa gembirakah? atau apa-apa je riak muka yang kita suka..semuanya terpulang pada kita. Kita yang tentukan.


Camne??

Biasanya manusia jarang menangis tentiba tanpa ada sebab musabab, betol tak? Selalunya mesti ada benda atau perkara yang buat kita rasa nak ngalir air mata. Sama jugak masa nak nikah. Bagi aku, pengantin yang menitis air mata time nikah tu mungkin dia telah meng flash back kan segala kisah cinta beliau di ruang minda. Bila kita ingat balik time mula-mula kenal dengan sang suami dulu, kemudian bercinta sakan bagai nak rak, perang dunia meletus dah bukan takat perang dunia ketiga lagi dah..mungkin dah membawak ke perang yang ke doploh lapan atau lebih mungkin, cakap nak clash dah bape kali clash dah, pastu sambunnnggg balik, gedebak gedebuk akhirnya bertemu jodoh jugak. Kan mampu mengundang emosi tu?? Sebab tu lah mengalir airmata sang gadis di hari bahagianya.huhu.


Ada lagi...

Tadi kalau sang gadis meng flash back kan kisah cintan cintun beliau. Cuba kalau sang gadis meng rewind kisah hidup beliau sendiri dengan keluarga. Dari kecik dibesarkan mak ayah dengan penuh kasih sayang, merampus memberontak bagai nak mainan sampai hentak-hentak kaki kat depan kedai apek tu tapi mak ayah sabar je layan. Itu belum masuk bab kita melawan kata mak ayah lagi...uiiiii..kemain muncung sekilometer bila mak mintak tolong basuh pinggan mangkuk penuh sinki *contoh je*. Tapi ada mak kita halau kita dari rumah?? Ada ayah denda tak bagi makan seminggu?? Takde kan?? Tengok betapa besar kasih sayang orang tua. Sampai kita nak kawen pun mereka yang berhempas pulas berkerah tenaga.

Cuba sang gadis-gadis tenung muka ayah masing-masing saat kamu nak dinikahkan. Cuba baca riak muka mereka. Nampak macam beliau tengah senyum happy je kan? Tapi....................dalam hati, Hmmmmm....tak tau nak cerita. Mungkin luruh jantung sebab nak lepaskan anak gadis ke tangan lelaki lain.

Cuba tengok mak pulak...biasanya kaum mak-mak ni akan main peranan untuk tenangkan hati sang anak yang mahu bernikah. Tapi tahu tak...sebenarnya hati mereka lagilah tak keruan. Lagi sedih..tapi ada yang nak tenangkan? Tak de kan?

Bila kita renung-renung balik semua ni la yang bakal membuat air jernih itu tak segan-silu mengalir laju. Sungguh.

Kalau kamu tak mahu menangis time akad nikah *yelah...ada yang risau make-up comot, gambar tak cantik sebab muka dah mencebik*, kamu jangan sekali-kali cuba untuk meng flash back kan apa-apa pun tentang hidup kamu. Stay tune di situ bak kata orang. Cuba hayati saat-saat penting itu dengan senyuman, pikirkan yang indah-indah di masa depan, Insyaallah..takkan comot make kamu. Mata pun takkan jadi mata panda. Huhu..


Apapun, menangis ke ketawa ke terbahak-bahak ke....itu adalah majlis kita, momen indah buat kita. Terpulang pada kita untuk merasakan apa saja.






Cuba teka aku menangis ke tak masa nikah aritu??





















Menangis..Gila tak nangis...aku ni sensitip tau. Hati tak cekal..haruslah nitik sebutir dua..tapi ala-ala kaber gitu. Haha.

13 comments:

  1. huhu..kina kuat nangis..senang sgt nangis..tp kl depan2 org segan & buat hati kering..tp rse cam menangis jugak je..huhuu..

    ReplyDelete
  2. i like this pic..
    menangis pun nampak cantik..
    kalo dipilih mimik muka pada waktu ni sy rasa tangisan tu agak sesuai laa ngan konsepnya..

    alasan sy:
    1. tggjawab ibu dan bapa dh diserah pada suami so pas ni kena taat pd suami pula..

    2. semua kena wat sendiri pas ni, bsh bj, masak, jaga suami suma lah..

    3. airmata kegembiraan dan terharu sebab sang suami telah berjaya ngan jayanya melafazkan akad nikah itu.. mgkin suami ada perasaan yg berbeza time ni kn..

    ni pandangan sy je spjg pi tgk proses akad nikah sedara mara terdekat.. pengalaman sendiri blom tahu lg..

    ReplyDelete
  3. hahaha~
    same la kite..nangis jgk.. pompuan kn hatinye lembut.. =)

    ReplyDelete
  4. so touching moment that i had before...semua dtgserentak,kenang segala jasa mak ayah,nak2 bila dgr abah bagitahu kawan2 kita,cakap yg dia dah hilang sorang anak which is kita nih dah jadik milik org lain...sedih..=)

    ReplyDelete
  5. ai xnanges tau masa nikah. Sbb sblm tu kena letup dek ayah via phone. Maunya x, pngantin lelaki dah lama tggu kt masjid, ai xsmpai2 lg. Stuck sbb nak kuar dr umah hujan, keta parking jauh sbb dpn umah dah penuh ngan khemah2. Nanti abesla makeup. Masa akad gbra xhilang2 lg, tu yg xbrapa nak feel.

    ReplyDelete
  6. huhu..kte nangis jugak tau..sedih sgt2..mula2 cool jugak la, tapi bila kadi kata sah! terus lemah lutut, mengalir air mata.

    tp paling syahdu bila lafaz penyerahan anak, ayah june hampir menitikkan air matanya, tp air mata anaknya yang macam hujan.huhuhu..

    rsa sayu sbb lps ni org lain yang akan jga kita. cam kata yong, kalu mak ayah anak wat slah semua dia maafkan, skng da jd isteri?? pandai2 la jaga diri dan suami. sob sob...

    ps:: soryy terpanjang lak komen. hiks!

    ReplyDelete
  7. salam...im a silent reader of your blog also a b2b...cara awk susun2 ayat dlm post awk sgt best...kiter suker bacer...tp harini nak post comment heheh after terbacer post yong ni...raser mcm nak nangis lak..walaupun mjlis sayer next year..but when u mention all the flashback stuff about the family part...mmg wat hati nad tersentuh...ni blum kahwin lg nanti dah khwin for sure banjir kot that day. do keep writting a gud post ek:)

    ReplyDelete
  8. hihi alaaaa terbalik la pulak...saye x nangis langsung pun aritu, siap gelak2 sebab ayah pengantin pulak yang nebes smpai 4 kali ulang lafaz akad hihi =O

    ReplyDelete
  9. Wahh....mcm2 pengalaman ada kan? Tapi biasanya kita yang ladies2 ni musti cpt tersentuh kan? nangess....huhu..takpela, momen itu memang indah..mmg patut penuh dengan emosi.huhu

    ReplyDelete
  10. sedih plak baca part tentang parent tu...baca pun leh buat za sedih..tambah2 lagi kalau za rewind cam tu..sah2 la..nangis..ehehe

    xmo la...photographer & videographer capture time za tgh nangis coz za nangis x leh kontrol punya..siap sedu sedan..ehehhe

    ReplyDelete
  11. tetibe air mata dh meleh... baru baca n3 ni..blom time nikah lagi...sobs sobs...
    haih...

    ReplyDelete
  12. 8months till my akad nikah and I am crying while reading this post
    Harap tak nanges la masa hari kejadian

    ReplyDelete
  13. Tersentuh plak bila baca pengantin perempuan flash back hal2 keluarga,kenang balik jasa mak ayah. Apa2 yg berkaitan dgn mak ayah mmng something yg sensitif bg saya. Mesti sedih betul time tu.sob2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...