Berkali-kali aku cuba dail nombor fon dia tapi tak dapat. Langsung takde sebarang bunyi. Bunyi "Tuuuttt" pun tidak. Apa lagi nak berdering. Caller ringtones lagilah takde sebab dia memang takde langgan. Aku cuba guna kekdah remaja zaman sekarang pulak..guna SMS. Taip panjang-panjang..bila tekan butang "send"...huh, kedaung perginya. Tak sampai. No coverage katanya. Mungkin kabel belum cukup tinggi kat Labuan ni.
Jadi takpelah..sendiri pilih nak duduk di pulau ni, maka pasrahlah. Cubaan untuk menghubungi laki sendiri gagal nampaknya malam ni. Call tak dapat, sms pun cannot go. Pusing kepala aku. Sudahlah aku ada benda penting nak bagitau ni. Tak boleh tidak. Mesti kena habaq pi kat dia.
Jadi sudahnya aku terpaksa guna kekdah ini. Kekdah yang sedikit kuno, amik masa agak panjang untuk sampaikan mesej tapi mungkin paling meninggalkan kesan. Yang penting dia harus tahu hal ini. Penting!
Aku mulakan dengan menulis front page dulu. Ini kira macam alamat la. Tapi sebab dah memang tinggal serumah, tak de kuasa aku nak tulis alamat rumah sendiri panjang-panjang kat muka depan. Jadi tulis yang ringkas, tapi padat sudah.
Kemudian teruskan dengan menulis mesej yang penting amat-amat penting tadi. Jangan ada tertinggal satu butir perkara pun. Tulis kesemuanya. Biar dia tahu. Heh.
Heh. See? Maklumat pentingkan itu?? Sangattttt....
Dan last sekali..poskan.
Tapi adakah logik aku pegi masukkan surat penting ni dalam peti surat? Siap letak setem bagai?? Oh tidakk..pembaziran itu. Guna alternatif lain selain peti surat. Lagipun peti surat tu tak selamat. Mudah diceroboh lanun-lanun tak berhati perut *apakah???*.
Jadi aku dengan ini mengambil keputusan untuk mengeposkan surat ini ke....................
sini.
Laci seluar beliau. Lebih selamat.
Jadi kita tunggu dia pulang esok pagi dan membuka "peti surat" beliau ni.
Apa agaknya reaksi, persepsi, konklusi, pepsi, nasi dan segala bagai si si si yang akan beliau berikan.
Yang penting..maklumat dah disampaikan.
Mission accomplished!
Wan, selalu saya tulis nota cinta pendek je. Letak kat meja sisi katil. Memang dia akan baca punya sebab bila balik, bukak lampu. For sure, dia nampak nota tu dan baca. Heh, tak suprise langsung. hahaha.
ReplyDeleteisteri mithali gitu....
ReplyDeletemoga masjid korang bahgia selalu...
Azlina...xpe..surprise tak surprise itu tak penting..yg penting mesej sampai.haha..
ReplyDeleteAbgreds..thanks doakan kami. Mudah-mudahan makbul lah doa itu.=)
SEMOGA WAN BERBAHAGIA DISAMPING SUAMI.... APA AGAKNYE REaKSI SUAWI WAN YEK???...
ReplyDeleteyong ni kelakar la...tp sweet je..moga korang bahagia selalu..aminnn..
ReplyDeleteZaida..reaksi dia pg td?? hehe...for sure la terkejut, pastu malu-malu kucen sengih-sengih sambil terus pegi pakai deoderant kat meja solek.hehe..speechless katanya..haha
ReplyDeleteCik Embam..thanks doakan kami..Aminn.