MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, February 12, 2011

1ST TIME BELI KAIN 50 METER SEKALIGUS!

Jadi guru kelas adalah letihhh!


Dapat pulak kelas penuh hero-hero seantero dunia. Bayangkan kelas aku cuma ada 5 orang je budak perempuan. 25 orang lagi adalah lelaki. Pheww!


Awal-awal tahun ni biasalah..pertandingan keceriaan kelas dah start. Jadi langsir kelas nak kena beli, alas meja budak nak kena sediakan, segala mak nenek jadual kelas jadual bertugas kata-kata hikmah segala nak kena buat. Bagi cikgu kelas yang pegang kelas hero macam aku ni memang toksah harap la bebudak tu nak hias kelas masing-masing. Memang harammm. Nama pun budak lelaki..nak mintak sapu sampah pun kena laung berkali-kali baru nak capai penyapu, ini pulak nak suruh decorate kelas bagi cantik menawan. Memang tak la. Mintak tolong kutip duit kelas seminggu lima posen pun liat. Haih!


Jadi nak tak nak kenalah aku yang berkorban jiwa dan raga. Semalam hangkut la incik suami bawak pegi kedai kain dengan tujuan murni yang utama nak cari kain langsir dengan alas meja untuk budak-budak. Aku cari kain yang palinggggg murah yang ada dalam kedai tu. Semeter 2 hengget. Hehehe..jadilah nak buat belasah-belasah dalam kelas je pun.


Jadi lepas dah puas memilih 50 meter kain..jumlah wang yang terkorban di kedai kain semalam adalah seratus tujuh belas hengget dan kosong sen. Kira sedekah je la kat budak-budak.



Tapi budak-budak...korang kalau ujian nanti ramai yang gagal, cikgu balut sorang-sorang dengan kain-main ni segala. Siapp!

3 comments:

  1. baiknya hati cikgu ni...
    haha jangan risau ujian nanti semua lulus..confirm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...