Situasi 1 di kelas sejarah tingkatan 4........
Cikgu : Murid-murid, cikgu mungkin tak akan mengajar kamu sejarah lagi lepas ni. Tempat cikgu mungkin akan diganti dengan cikgu lain.
Murid-murid: Alaa..nda mau la cikgu. Kenapa cikgu nda mau ajar kami lagi? Sedihlah macam ni kami cikgu..
Cikgu : Okey, beginilah, kalau kamu lulus ujian bulanan akan datang, cikgu akan perjuangkan untuk pegang kelas kamu lagi. Tapi kalau kamu gagal.....maknanya cikgu pun dah gagal ajar kamu. Eloklah cikgu lain pulak amik tempat cikgu.
Murid-murid:*tentiba hampir semua murid terus bukak buku teks sejarah konon nak ulangkaji bagi lulus ujian.*
********************************************************
Situasi 2 di kelas pendidikan moral tingkatan 4...
Cikgu : Murid-murid, naik cuti pertengahan semester nanti, cikgu tak akan ajar kamu lagi dah. Kamu semua akan dapat cikgu Moral yang baru.
Murid-murid: Yess!! Yesss!! *siap dengan gaya lagi*
Cikgu: Huhuhu..
********************************************************
Ceritanya gini...
Aku ditawarkan mengajar subjek Bahasa Melayu menggantikan sorang cikgu yang baru pindah. Kau tahu je la BM..1 kelas je dah 6 waktu seminggu. Aku ditawarkan mengajar BM 12 waktu seminggu. Sekarang timetable aku dah 24 waktu seminggu. Kalau aku accept offer tu...12 waktu + 24 waktu = pheww! Masak!
Tapi..........
Aku memang nak ajar BM. Aku memang minat BM sejak dari tadika lagi. Uhuk uhuk. So kalau aku nak ajar BM, aku kena lepaskan kelas Sejarah (6 waktu), dan moral (6 waktu). Kemahiran hidup (12 waktu) memang tak boleh la lepaskan. Itu memang core subjek aku tu.
Tapi...........
Cer tengok reaksi budak sejarah aku dalam situasi 1 tu.
Tak ke meruntun jiwa raga? Ada sorang pelajar tu setiap hari datang jumpa aku tanya betul ke aku tak kan ajar kelas dia lagi untuk subjek sejarah. Setiap hari okey...dia datang jumpa aku tanya. Ada budak lain pulak, setiap kali bertembung dengan aku, dia akan keluarkan ayat ini..
" Cikgu, saya mesti lulus ujian nanti cikgu. Yang penting cikgu ajar kelas kami. "
Ohhh...aku memang sayang kelas sejarah aku ni.
Tapi untuk kelas moral, tengok reaksi situasi 2 tu......hmmm..bebudak pun tak mau aku ajar diorang. Aku tahu sebab apa. Aku kan garang, tegas lagi..asik layang kad merah jek. Haha..Abis dah korang jugak yang mengada. Suruh hafal definisi nilai pun amik masa sampai dua hari. Padahal nilai-nilai tu korang belajar dari form 1 lagi, pun tak hafal-hafal. Memang patut la kena layang kad. Haha.
Kesimpulannya, keputusan aku untuk lepaskan kelas moral, dan kekalkan kelas sejarah adalah amat tepat.
So camne dengan offer kelas BM tadi??
Aku mohon pada Penolong kanan supaya bagi aku kelas BM 6 waktu je seminggu. Maknanya aku cuma pegang 1 kelas je untuk BM. Tentu-tentu aku mohon nak ajar kelas 1 Lavandula, kelas aku sendiri sebab setakat ni, aku memang takde mengajar the whole class of 1 Lavandula. Kalau ada pun, subjek Kemahiran Hidup (ERT) yang hanya jumpa dengan 8 orang budak out of 30 orang.
Jadi lepas ni senang la aku nak pantau anak-anak aku tu. Korang nakal, malas, membaca pun ala-ala lady gagap..SIAPPP!!
No comments:
Post a Comment