MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

8 MINGGU SUDAH

Sudah 8 minggu bawak nyawa dalam perut.


Alhamdulillah..masih dikurniakan kesihatan yang baik. Tak de alami alahan yang teruk, setakat pening-pening dan rasa tak sedap tekak tu biasalah. Tapi muntah belum lagi merasa. Harap - harap sampai ke sudah takde la muntah ye.


Selera makan pun okey. Tak terlalu over nak makan makan makan memanjang. Tapi apa nak buat, dapat suami penyayang..sekali dia bagi makan, memang untuk dua orang. Beli roti canai untuk aku 2 keping, kalau beli burger pun 2 biji, kalau beli air kotak pun beli dua kotak..semua pun nak beli double. Jangan menduakan aku sudahla ye. Hahaha.


Sepanjang minggu lepas memang bizi denga kursus induksi kat kota kinabalu, jadi langsung tak sempat nak curi masa pegi klinik kesihatan untuk bukak buku pink. Harap next week dapat curi masa sikit untuk ke klinik. Doktor-doktor yang aku jumpa pun nasihatkan bukak buku pink awal, lebih bagus kalau kesihatan ibu dan baby dipantau dari awal.


Lagi apa yang berubah ek?

Erm..perut nampaknya macam makin membuncit. Sudahlah sedia buncit, bila makin buncit ni naik seriau aku. Incik suami pulak setiap hari dok ukur kenaikan perut aku, pastu siap bayangkan perut aku nanti akan buncit sampai tahap mana. Ceh!


Tapi yang betulnya semua baju kurung dan seluar jeans masih molek di badan. Yes!


Cuma....


Cuma....


Cuma...






Bra je rasa macam nak kena beli baru.


Ketat!


Coi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...