Hujung minggu yang baru ni memang syok lah aku bersoping barang anak. Di mana? Di internet sajork. Segalanya dihujung jari. Ceaa.
Ada jugak yang komen,
" Yong, okey ke beli barang online ni?"
" Eh, kau tak takut kena tipu ke beli barang melalui skrin laptop jek"
Kalau ikutkan memang lah aku pun ada perasaan curiga jugak masa nak membeli belah online ni. Tapi itulah, kena pandai cari kedai lah. Kalau boleh carilah blogshop yang ada akaun fesbuk. Senang kalau kita nak berurusan. Nak mesej ke nak chat ke...kalau agak-agak dia menipu pun senang jugak kita nak memaki hamun kat wall dia. Haha...Takdelah, gurau.
So far, apa yang aku beli selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya. Barang yang dibeli pun dalam keadaan baik, tiada cela. Tunggulah esok lusa, Insyaallah ada 3 4 bungkusan lagi akan sampai ke rumah aku di Ampang nun. Semua pun barang baby. Heh.
Setakat ni aku kira-kira baby dah ada 16 pasang baju. Majoriti aku beli saiz 3-6 bulan. Aku rasa cukuplah tu beli baju anak kat blogshop. Pasni ingat nak cari baju bajan kat mall pulak..itupun just nak beli baju belasah-belasah macam baju lubang-lubang, baju takde lengan, baju yang murah-murah sepasang RM10 tu. Heh, ada ke?
So sekarang ni mood aku tengah tertumpu mencari set bedding baby.
Aku dengan incik suami dah bincang, kami pakat nak beli tilam kekabu untuk anak kami nanti. Kitorang pun tido atas tilam 5" je tanpa katil. Jadi baby pun tido atas tilam je la ye, takyah lah katil. Heh.
Sebenarnya play pen dah ada, playpen anak buah aku si Shaqil punya. Budak tu tak reti tido dalam playpen, jadi berabuk kat situ je lan playpen tu. Mama suruh aku amik, tapi macam segan pulak. Heh..yelah, dulu beria share 50% sorang nak beli playpen untuk anak buah sendiri, alih-alih kita pulak nak amik untuk anak sendiri pakai. Adeh...malulah i. Heh
Inilah playpen Shaqil.. Mak Yong yang pilih dan tolong bayarkan....separuh. hehe.
Tengoklah, kalau baby reti tido dalam playpen masa berpantang nanti, bolehlah aku hangkut bawak balik. Itupun kalau rasa malu tu dah hilang lah. Haha.
Kalau tak..baby tido atas tilam dengan mama dan abah je okey baby? Baby tak demand kan....hehe
Jadi semalam aku terjumpa satu blogshop jual tilam kekabu yang perghhh!! Cun kot design sarung tilam dia.
Nama kedai:
Facebook: search Bantalkabu Indah
Memang cantik betul tilam kabu kat kedai ni.
Tapi harga pun cantik jugak lah ye. Keh keh keh.
Ini...aku tengok aku sendiri rasa nak baring atas tilam cantik gini. Kiut kot sarung tilam corak bee.
Tengok ini pulak.
Adehlah..comeynya mickey and minnie.
Teruja kot nak rembat satu walaupun harganya adalah RM190 satu set. Tak sedar diri duit takde,. Huhu..
Tapi malangnya dua-dua ni dah sold out.
Memang kebanyakan stok kat kedai ni dah abis buat masa ni. Aku tengah tunggu stok baru, mana tau tiga kali ganda lebih cantik mesti marrri!!
Kalau rasa harga tilam kedai atas ni mahal skit, meh sini aku share kedai tilam kabu yang murah sikit pulak.
Kat sini harganya rendah sikit. Starting dari RM110 untuk satu set tilam kekabu.
Contoh...ini.
Biasanya harga tilam kabu ni bergantung pada jenis kain untuk buat sarungnya tu. Lagi berkualiti kain yang digunakan, lagi mahal la harga. Standarlah kan. Tapi kat sini kita boleh beli kain kita sendiri dan bagi kat tuan kedai untuk dibuat sarung. Jadi harga akan kurang sikitlah sebab kita guna kain sendiri. Best kan?
Kalau tak cukup best, ni ada satu lagi yang aku jumpa..
Blogshop ni aku baru jumpa semalam. Beroperasi di Kelantan. Jauh tu..Kat sini pun boleh pilih kain sendiri kalau kita tak bape berkenan dengan kain yang diorang sediakan. Almaklumlah, mom to be zaman sekarang taste semua nak canggih aje. Tak main lah sarung tilam anak gambar doremon ke hello kitty ke bagai. *terasa kot aku*
Harga kat sini pun boleh tahan..
Lebih kurang RM130 satu set.
Contoh tilam yang aku berkenan kat kedai ni adalah ini.
polkadot..tengah in kot corak ni sekarang, heh.
Bila aku dah puas jenjalan blogwalking cari kedai tilam kabu kat alam maya ni, aku dapat rumuskan *wahh bahasa* bahawa harga tilam kabu sememangnya tidaklah murah.
Mahal kot!
Semua pun harga lebih RM100. Padahal tilam cenonet jek. *hoi, nak murah bagi anak tido atas tilam toto la woi*
Takpe takpe...aku rasa baik aku jangan gopoh sangat order tilam ni lagi.
Tak lama kan nak raya, aku insyaallah akan balik ke Kuala Kangsar, Perak. Rasanya kat pekan kuala tu pun ramai yang jual tilam kekabu ni. Mana tahu harga jauh lebih murah.
Kita survey dulu!!
notakaki: Psssttt, sesiapa ada tahu mana-mana lagi kedai best jual tilam kekabu untuk baby, kongsi-kongsilah kat ruang komen kat bawah ni. Sharing is caring rite? =)
salam,ai pun belikan tilam kekabu ni utk our baby nanti..tp mak ai beli kt kwn dia,katanya brg direct dr kelantan..ade tilam+2bantal peluk+2bantal kepala+sarung tilam n bantal(diasingkan) n 3pieces raga berbalut kain n renda..semua total rm160 je..lebih kurang mcm ni http://www.mudah.my/Set+tilam+dan+bakul+baby+poh-10843909.htm
ReplyDeletetp ai punye corak mstla pinky2 hehe
Ayda..murah tu rm160 siap dapat bakul segala..bestnya dah dapat tilam kekabu utk baby dah..ni yg buat tak sabar nak beli utk anak sendiri ni.hehe
ReplyDeleteBtw..thanks share link tu.=)
saya jumpe yg nie..murah tp sarung kene cr lain la kot ;)
ReplyDeletehttp://norainshakira.blogspot.com/
mn lg best ye? play pen ke baby cot? dua2 utk tido jugak kan..
ReplyDeleteAlin..thanks share links.nnt saya jenguk, sarung kena cari lain takpe, banyak je kedai amik upah jahit sarung semata.=)
ReplyDeleteNurul..play pen dgn baby cot memang dua-dua tido tapi kalau tanya mana best, tengok bajet and keperluan kita jugak la.
Playpen...harga murah. RM200 pun dah boleh dapat. Tapi kalau nak yang canggih manggih beribu pun ada harganya. Cumanya playpen ni tak boleh pakai lama. Setakat baby 2 3 tahun bolehlah kot. Tapi bila playpen boleh convert jadi ruang bermain untuk baby bila dia dah boleh berdiri and duduk nanti. Letak je baby dalam tu, humban banyak-banyak mainan..bolehlaj kita buat kerja lain. Nak hapdet belog pun sng.hehe..
Baby cot...harga mahal sikit. Rasanya paling cikai pun RM400. Tapi baby cot tahan lama..boleh pakai sampai baby besar sikit (jadi katil anak umur 3-6 tahun bila bukak palang katil)
Apapun tengok bajet masing-masing lah. Kadang baby ni tak suka tido atas katil sendiri..nak mengempeng je maknya.huhu
yongnana : nak ty la.. awak ade x beli stroller kat sweet cherry online, udah smpai ke? sy pun mcm nk oder.. tp, mcm risau aje..
ReplyDeleteAnony...hai. Ye, stroller baby tu dah selamat sampai ke rumah dah. Tapi saya tak dapat nak tgk depan mata lg sempat saya mintk di deliver ke rumah famili di ampang.
ReplyDeleteSo far...alhamdulillah. Stroller sampai dlm keadaan tip top.=)
salam. saya juga ada menjual tilam kekabu untuk bayi. Promosi hanya RM80 sahaja :-)
ReplyDeleteset tilam kekabu asli utk bayi
1 tilam dan sarung(jahitan berspan)
2 bantal kecil dan 2 sarung
2 bantal peluk dan sarung
boleh lawati page facebook saya jika berminat - https://www.facebook.com/AzzikraAttoyibah?ref=tn_tnmn
SLM perkenalan..kami adalah penyambung warisan perusahaan keluarga..menjual tilam kekabu Asli Dan import..serta lain2 klengkpan IBU Dan bayi..feel free to LIKE our page..FB: Tilam Kekabu Murah UMMI..smga dpt mmbantu ibu2 sekalian..:)
ReplyDelete